You are on page 1of 12

TOKOH-TOKOH BAHASA

Tokoh bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, tidak


banyak yang perlu diulas, kerana masyarakat umum sudah tahu dirinya, kelebihan, semangatnya dalam memperjuangkan bahasa. Soal sumbangannya dalam bidang bahasa tidak perlu dipersoalkan kerana anugerah sebagai Profesor Emeritus oleh Universiti Malaya (UM) serta anugerah Pingat Emas Tun Fatimah yang disampaikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah pada 2002 sudah menggambarkan segala-galanya. Jika dihitung anugerah atau pencapaian dirinya, terlalu banyak yang boleh dihuraikan, hinggakan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA) mengeluarkan sebuah buku mengenai hidupnya berjudul Nik Safiah Karim - Meniti Dua Zaman hasil tulisan Nurhafilah Musa. Cuma mungkin ramai yang tidak mengetahui, tokoh wanita berusia 68 tahun ini sebenarnya tidak pernah mengikuti pengajian di sekolah Melayu dan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu sepanjang zaman persekolahannya sehingga ke peringkat universiti. Bagaimana ini boleh berlaku sedangkan beliau adalah pakar bahasa. Inilah suatu yang menarik untuk dikongsi mengenai kelebihan yang dimiliki anak bongsu daripada lima beradik dan kini bergelar nenek kepada 11 cucu. Nik Safiah bersama suami Mohd Zain Omar di rumah mereka di Taman Tun Dr Ismail. Beliau sebenarnya hidup di dua zaman, dilahirkan sebelum merdeka, membesar dan menyumbang dalam zaman selepas merdeka dan kini menikmati hidup selepas 51 tahun negara merdeka. Pada usia kanak-kanak, beliau cukup bertuah kerana dilahirkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan tanpa mengira jantina. Ketika itu, anak perempuan tidak begitu digalakkan ke sekolah dan dianggap cuma layak berada di dapur. Namun, bapanya, Abdul Karim Abdul Malek iaitu anak seorang ulama tersohor Kelantan dikenali sebagai Tok Malek Sungai Pinang yang berkahwin dengan seorang lagi anak ulama, Haji Che We (Ismail), Nik Mas (Ibu Nik Safiah) memang dikenali sebagai seorang yang mementingkan pendidikan. Ketika kecil, Nik Safiah sering menghabiskan masa di rumah membaca buku koleksi bapanya dalam bahasa rumi dan jawi. Sebagai anak bongsu, beliau sering ditinggalkan abang-abangnya dan dibiarkan bermain sendirian di rumah dan buku menjadi teman hidupnya. Ringkasnya, beliau dihantar ke Sekolah Inggeris Perempuan Kerajaan (GGES) di Kota Bharu, Kelantan untuk mendapat pendidikan Inggeris pada 1948 sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Perempuan Melayu (MGC), Kuala Lumpur pada 1953. Kemasukannya ke MGC adalah pilihan guru besar sekolah rendah, Miss Leicester yang memilihnya sebagai calon tunggal murid perempuan Kelantan untuk dihantar ke sana yang ketika itu terletak di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kursiah (TKC). Sepanjang tempoh itu, bekas gurunya itu sentiasa memantau dan bertanyakan perkembangan dan kemajuannya di MGC sehingga menduduki peperiksaan Sijil Sekolah Cambridge pada 1957. Ketika di MGC, beliau mula menulis puisi dalam Bahasa Inggeris yang tersiar dalam majalah sekolah yang memperlihatkan kecenderungannya terhadap bahasa melalui penulisan. Setahun kemudian, beliau melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di St Francis Institution,

Melaka sebelum menjadi guru sementara di Sekolah Inggeris Redang, Kampung Banggol. Sepanjang tempoh itu hingga melanjutkan pelajaran di UM pada 1960, beliau tidak pernah mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu tetapi mengikuti kesusasteraan Inggeris. Memang ini berlaku dalam sejarah pendidikan saya yang tak pernah ke sekolah Melayu. Ketika di Tingkatan Enam, sekolah itu tidak menyediakan mata pelajaran Bahasa Melayu. Sekolah itu hanya tawarkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sastera Inggeris, Ekonomi, Sejarah dan Geografi. Apabila masuk universiti, barulah saya mengambil kursus Pengajian Melayu tetapi saya sebenarnya mengikuti pengajian ekonomi. Pada tahun kedua dan ketiga, barulah saya membuat pengkhususan dalam Bahasa Melayu. Memang agak pelik kerana saya cukup berminat dengan Bahasa Melayu walaupun tak pernah belajar pada peringkat sekolah. Alhamdulillah, saya boleh lulus dengan baik dan mampu menjadi pakar dalam bidang ini, katanya. Persoalannya ialah bagaimana keadaan ini boleh berlaku kerana beliau mempunyai latar belakang pendidikan Inggeris dan banyak didedahkan buku tulisan karyawan Inggeris seperti Shakespeare, Wordsworth dan Keats. Jelasnya, ketika di sekolah menengah, beliau dididik seorang guru sastera Inggeris yang sangat pandai mengajar dan pendedahan itu ditambah lagi dengan kehadiran seorang lagi guru drama Inggeris. Cantuman guru sastera dan drama Inggeris itu dapat memupuk keupayaan mengungkap mengenai sastera dalam Bahasa Inggeris. Saya menjadi pandai melalui bahasa, apabila belajar Bahasa Inggeris, saya juga tertarik dengan Bahasa Melayu. Mata pelajaran pengajian Melayu adalah ilmu linguistik yang amat teknikal tetapi boleh dipelajari melalui buku. Walaupun saya tidak mendapat pendedahan sebelumnya, saya anggap ia sebagai ilmu baru yang sangat menarik. Sebab itulah saya katakan, jika hendak belajar bahasa, kena belajar sastera tanpa mengira bahasa apa pun. Saya terdedah kepada sastera Inggeris tetapi dapat belajar dan menghayati sastera Melayu. Konsepnya hampir sama dan ramai orang tidak faham mengenai hal ini. Sastera ialah kelahiran buah fikiran dan perasaan melalui rasa, kalau tak pandai bahasa, kita tak boleh hasilkan bahan sastera yang baik, katanya.

Za'ba (16 September 1895 - 23 Oktober 1973; nama penuh:


Zainal Abidin bin Ahmad) merupakan seorang ahli bahasa yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan bahasa Melayu. Dilahirkan pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Jempol, Negeri Sembilan, beliau telah khatam AlQuran ketika berusia tujuh tahun, menghafal Surah Yassin dan berzanji. Za'ba mulai bersekolah ketika berusia 12 tahun di Sekolah Melayu Batu Kikir. Tidak lama selepas itu, Za'ba bertukar ke Sekolah Melayu Linggi untuk pengajian Arab dan Islam lanjut. Pada 1915, Za'ba berjaya tamat (Senior Cambridge), menjadi pemuda Melayu pertama dari Negeri Sembilan yang

menamatkan tingkatan satu ke Senior Cambridge dalam tempoh enam tahun. Za'ba mulai menulis dengan serius ketika berkhidmat sebagai guru sandaran di Johor Bahru pada tahun 1916. Rencana pertamanya berjudul "Temasya Mandi Safar di Tanjung Kling" telah diterbitkan dua kali oleh Utusan Melayu. Kelebihan Za'ba adalah keupayaannya mengabung kesemua aspek dari bahasa, kesusasteraan, agama, ekonomi, pendidikan, dan politik dalam penulisannya. Dia turut tekun menulis mengenai kemunduran orang Melayu yang menjadikan kerajaan koloni British syak. Sungguhpun aktiviti penulisannya ditahan, dia kekal aktif. Ketika berkhidmat di Kolej Latihan Sultan Idris, Za'ba memusatkan usahanya menggabung tatabahasa Arab dan Inggeris ke dalam Bahasa Melayu dang menggunakan aturan tatabahasa tersebut dalam penerbitan buku teks sekolah dan bahan bacaan umum. Perkhawinan pertamanya pada 1917 tidak kekal tetapi dia mempunyai anak perempuan yang dibesarkannya. Za'ba kemudiannya berkahwin dengan Fatimah Umar. Za'ba meneruskan kerjaya penulisannya dengan menulis semula penulisan rencana keugamaannya untuk diterbitkan sebagai buku. Usaha pertamanya, Umbi Kemajuan diterbitkan pada 1932. Za'ba turut aktif dalam khidmat masyarakat. Ini termasuk menjadi Penasihat Umum bagi Persaudaraan Sahabat Pena Malaya pada 1937, dan pada 1945 sebagai Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor. Pada tahun 1946, di kongres menentang pembentukan Malayan Union, dia dilantik sebagai ahli jawatankuasa bagi Jawatankuasa Penggubal Rang Piagam UMNO dan pada tahun yang sama dia menamatkan kerjaya politiknya selepas Piagam UMNO diterima dan diluluskan. Pada tahun 1947, dia mula berkhidmat sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Universiti London. Di bersara daripada perkhidmatan kerajaan ketika berusia 55 tahun. Khidmat Za'ba masih diperlukan dan pada tahun 1953 dia dilantik sebagai pensyarah senior di Jabatan Pengajian Melayu (Malay Study Department (JPM)) di Universiti Malaya, Singapore. Bersama dengan Ungku Aziz, dia mengatur pembentukan pertubuhan bahasa pelajar dan dua tahun kemudian pembentukan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya. Za'ba memduduki peperiksaan akhir kursus luar Universiti London dan menerima Master of Arts Second Class (Lower) ketika berusia 59 tahun. Za'ba menerima gelaran Pendeta sacara rasmi, dalam bentuk songkok pada 1956 dalam Kongres Penulisan dan Bahasa Melayu Ketiga di Johor Bahru. Semua titik peluh yang Za'ba curahkan kedalam hasil kerjanya adalah kerana dia mahu meletakkan bahasa Malay diperdana tanpa meminta penghormatan. Malah dia pernah menolak bintang penghormatan Pingat Manku Negara - yang membawa gelaran Dato', dan juga Bintang Kebesaran Brunei. Bagaimanapun pada tahun 1962, dia akhirnya bersetuju menerima anugerah Pingat Manku Negara yang membawa gelaran Tan Sri. Za'ba telah dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong dengan Bintang Panglima Mangku Negara (gelaran "Tan Sri"). Beliau juga mendapat Ijazah Doktor Kehormat Persuratan pada konvokesyen pertama Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 Za'ba dianggap sebagai peneroka tatabahasa Melayu, yang kabur ketika itu. Dia menyumbang dengan lebih lanjut apabila dia diberikan tanggungjawab untuk merancang kurikulum sekolah, sebagai penterjemah, pensyarah dan semasa era Jepun diberikan tanggungjawab bagi menulis buku yang boleh digunakan di Malaya dan Sumatera. Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad atau Za'ba meninggal pada 23 Oktober 1973 ketika berusia 78.

TOKOH-TOKOH BAHASA MODEN ZAMAN PRAMERDEKA

ABDULLAH BIN ABDUL KADIR MUNSYI


Buku-Buku Tulisan Beliau Syair Singapura Terbakar Hikayat Kalilah dan Daminah Kisah Perlayaran Abdullah Hikayat Abdullah. Kisah Perlayaran Abdullah ke Jeddah

RAJA ALI HAJI


Buku-Buku Tulisan Beliau Kitab Bustanul Katibin Kitab Pengetahuan Bahasa Kitab Salasilah Melayu dan Bugis Tuhfat al-Nafis Mejar Dato' Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman .Buku -Buku Tulisan Beliau Hikayat Queen Victoria.Manual of the Malay Language

Mejar Dato' Haji Mohd. Said bin Haji Sulaiman


Buku -Buku Tulisan Beliau Hikayat Queen Victoria Manual of the Malay Language

Definisi bahasa

1. DEFINISI BAHASA DAN LINGUISTIKDISEDIAKAN OLEH: NUR ATIKAH BINTI MOHD NOOR880111-46-5002 2. DefinisiBahasaBahasaialahkebolehansemulajadimanusia yang berupasatusistemsimbolbunyi yang arbitrari, yang dipersetujuidandigunakanolehsekelompokmanusiauntukberkomunikasi.KamusDewanedisiketiga (1996:87) bahawabahasaialahlambangbunyisuara yang dipakaisebagaialatperhubungandalamlingkungansatukelompokmanusia. 3. SambunganKamusbesarBahasaindonesiaEdisikeduacetakankesepuluh (1999:77) pula mendefinisikanbahasasebagaisistemlambangbunyi yang arbitrari, yang dipergunaolehparaanggotasuatumasyarakatuntukbekerjasama, berinteraksidanmengidentifikasikandiri. 4. BeberapapendapatmengenaibahasaAbdullah Hassan (1984:14) berpendapat dalammemberidefinisibahasaini, pentinglahkitakitamengetahuiciri-ciribahasatersebut. Ciriciribahasatersebutakanhanyamenjadijelasapabilakitamelihatbahasadarisegigunadansifatnyaseb agaialatperhubungan 5. RaminahHjSabrandanRahimSyam (1985:40) banyakdasar yang bolehdijadikanasasuntukmendefinisikanbahasa. Sesetengahorangmendefinisikanbahasadarisudutfungsibahasaitusendiri. Bagimerekabahasamerupakanalatperhubunganataukomunikasi. 6. Arbak (1983:7) bahasamerupakanbahanlangsung yang menjaditumpuanpengkajian, terutamanyadalamusahamemperlihatkanfungsinyasebagaialat yang dipakaimanusiauntukperhubungan.RaminahHjSabrandanRahimSyamsekalilagimemberidefinisib ahawabahasasebagaialatuntukmenyatakanperasaan, pendapat, fikirandansebagainya. 7. Edward Sapir menjelaskanbahasaialahsuatusitemlambang-lambangpertuturan yang digunakanolehmanusiasecaraarbitrariuntukmenyampaikanfikirandanperasaan.Raja Mukhtaruddin (1980: 25) berpendapatbahawaahliahlibahasaterlebihdahulumendefinisikanbahasasebagaisuatusistemlambang-lambangpertuturan yang arbitrari yang digunakanolehahli-ahlisesebuahmasyarakat. 8. LutfiAbas (1975: 4 ) mendefinisikanbahasaialah data yang dianalisisdalamlinguistik. Bahasaialahsuatusistemsimbol-simbol yang terdiridaripadabunyi-bunyi yang diucapkandalamataumelaluimulutmanusia, yang dipersetujuibersama, dipelajariolehsekelompokmanusiadandengansimbol-simbolnya pula sekelompokmanusiaituberkomunikasi.

9. Asmah Omar (1983: 376) bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkanolehalat-alatujaran yang terdapat dalam ronggamulut dan rongga tekak manusia Disebalik ciri fizikal ini terdapat makna.

. Definisi komunikasi
Istilah komunikasi dari bahasa Inggris communication, dari bahasa latin communicatus yang mempunyai arti berbagi atau menjadi milik bersama, komunikasi diartikan sebagai proses sharing diantara pihak-pihak yang melakukan aktifitas komunikasi tersebut. Menurut lexicographer (ahli kamus bahasa), komunikasi adalah upaya yang bertujuan berbagi untuk mencapai kebersamaan. Jika dua orang berkomunikasi maka pemahaman yang sama terhadap pesan yang saling dipertukarkan adalah tujuan yang diinginkan oleh keduanya. Websters New Collegiate Dictionary edisi tahun 1977 antara lain menjelaskan bahwa komunikasi adalah suatu proses pertukaran informasi diantara individu melalui sistem lambanglambang, tanda-tanda atau tingkah laku. Ilmu komunikasi sebagai ilmu pengetahuan sosial yang bersifat multidisipliner, tidak bisa menghindari perspektif dari beberapa ahli yang tertarik pada kajian komunikasi, sehingga definisi dan pengertian komunikasi menjadi semakin banyak dan beragam. Masing-masing mempunyai penekanan arti, cakupan, konteks yang berbeda satu sama lain, tetapi pada dasarnya saling melengkapi dan menyempurnakan makna komunikasi sejalan dengan perkembangan ilmu komunikasi. Menurut Frank E.X. Dance dalam bukunya Human Communication Theory terdapat 126 buah definisi tentang komunikasi yang diberikan oleh beberapa ahli dan dalam buku Sasa Djuarsa Sendjaja Pengantar Ilmu Komunikasi dijabarkan tujuh buah definisi yang dapat mewakili sudut pandang dan konteks pengertian komunikasi. Definisi-definisi tersebut adalahs ebagai berikut: Komunikasi adalah suatu proses melalui mana seseorang (komunikator) menyampaikan stimulus (biasanya dalam bentuk kata-kata) dengan tujuan mengubah atau membentuk perilaku orangorang lainnya (khalayak). Hovland, Janis & Kelley:1953 Komunikasi adalah proses penyampaian informasi, gagasan, emosi, keahlian dan lain-lain. Melalui penggunaan simbol-simbol seperti kata-kata, gambar-gambar, angka-angka dan lainlain.Berelson dan Stainer, 1964 Komunikasi pada dasarnya merupakan suatu proses yang menjelaskan siapa, mengatakan apa, dengan saluran apa, kepada siapa? Dengan akibat apa atau hasil apa? (Who? Says what? In which channel? To whom? With what effect?) Lasswell, 1960

Komunikasi adalah suatu proses yang membuat sesuatu dari yang semula dimiliki oleh seseorang (monopoli seseorang) menjadi dimiliki oleh dua orang atau lebih. Gode, 1959 Komunikasi timbul didorong oleh kebutuhan-kebutuhan untuk mengurangi rasa ketidakpastian, bertindak secara efektif, mempertahankan atau memperkuat ego. Barnlund, 1964 Komunikasi adalah suatu proses yang menghubungkan satu bagian dengan bagian lainnya dalam kehidupan. Ruesch, 1957 Komunikasi adalah seluruh prosedur melalui mana pikiran seseorang dapat mempengaruhi pikiran orang lainnya. Weaver, 1949 Kita lihat dari beberapa definisi tersebut saling melengkapi. Definisi pertama menjelaskan penyampaian stimulus hanya dalam bentuk kata-kata dan pada definisi kedua penyampaian stimulus bisa berupa simbol-simbol tidak hanya kata-kata tetapi juga gambar, angka dan lainlain sehingga yang disampaikan bisa lebih mewakili yaitu termasuk gagasan, emosi atau keahlian. Definisi pertama dan kedua tidak bicara soal media atau salurannya, definisi ke tiga dari lasswell melengkapinya dengan komponen proses komunikasi secara lebih lengkap. Pengertian keempat dan seterusnya memahami komunikasi dari konteks yang berbeda menghasilkan pengertian komunikasi yang menyeluruh mewakili fungsi dan karakteristik komunikasi dalam kehidupan manusia. Ke-tujuh definisi tersebut di atas menunjukkan bahwa komunikasi mempunyai pengertian yang luas dan beragam. Masing-masing definisi mempunyai penekanannya dan konteks yang berbeda satu sama lainnya. Definisi komunikasi secara umum adalah suatu proses pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan yang terjadi di dalam diri seseorang dan atau di antara dua atau lebih dengan tujuan tertentu. Definisi tersebut memberikan beberapa pengertian pokok yaitu komunikasi adalah suatu proses mengenai pembentukan, penyampaian, penerimaan dan pengolahan pesan. Setiap pelakuk komunikasi dengan demikian akan melakukan empat tindakan: membentuk, menyampaikan, menerima, dan mengolah pesan. Ke-empat tindakan tersebut lazimnya terjadi secara berurutan. Membentuk pesan artinya menciptakan sesuatu ide atau gagasan. Ini terjadi dalam benak kepala seseorang melalui proses kerja sistem syaraf. Pesan yang telah terbentuk ini

kemudian disampaikan kepada orang lain. Baik secara langsung ataupun tidak langsung. Bentuk dan mengirim pesan, seseorang akan menerima pesan yang disampaikan oleh orang lain. Pesan yang diterimanya ini kemudian akan diolah melalui sistem syaraf dan diinterpretasikan. Setelah diinterpretasikan, pesan tersebut dapat menimbulkan tanggapan atau reaksi dari orang tersebut. Apabila ini terjadi, maka si orang tersebut kembali akan membentuk dan menyampaikan pesan baru. Demikianlah ke empat tindakan ini akan terus-menerus terjadi secara berulang-ulang. Pesan adalah produk utama komunikasi. Pesan berupa lambang-lambang yang menjalankan ide/gagasan, sikap, perasaan, praktik atau tindakan. Bisa berbentuk kata-kata tertulis, lisan, gambar-gambar, angka-angka, benda, gerak-gerik atau tingkah laku dan berbagai bentuk tandatanda lainnya. Komunikasi dapat terjadi dalam diri seseorang, antara dua orang, di antara beberapa orang atau banyak orang. Komunikasi mempunyai tujuan tertentu. Artinya komunikasi yang dilakukan sesuai dengan keinginan dan kepentingan para pelakunya.

DEFINISI KOMUNIKASI
Kita sering membicarakan ttg komunikasi yg baik & relevan akan mampu mempengaruh minda mahupun tindakan/perilaku seseorang. Kebanyakkan drpd kita mengandaikan komunikasi itu sebagai percakapan sehari-hari tak kiralah ianya percakapan yg rasmi atau biasa2 seja. Komunikasi sebenarnya merangkumi dua(2) aspek iaitu komunikasi lisan dan juga komunikasi bkn lisan. Komunikasi Lisan adalah melibatkan percakapan atau perbualan & penulisan yg bertujuan menyampaikan mesej dr satu pihak kpd pihak yg lain & pihak yg menerima mesej itu pula akan memproses mesej yg diterima itu. Ia juga tidak terhad secara "face to face" saja, malah komunikasi secara virtual atau maya seperti chatting & e-mail juga adalah dikategorikan sebagai komunikasi lisan kerana tujuannya sama iaitu menyampaikan mesej. Komunikasi Bukan Lisan pula adalah komunikasi yg melibatkan gerak-laku seseorg individu yg ditunjukkan seperti posture tubuh, gesture tangan/kepala, mimik muka termasuk mata, hidung & bibir. Cthnya, menggelengkan kepala memberi maksud tak mahu atau tak setuju dan sebaliknya jika menganggukkan kepala tanda setuju.

Definisi komunikasi
Secara umum, komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorng kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.

Komunikasi berkesan Komunikasi berkesan berlaku dalam keadaan-keadaan berikut: 1. mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas penerima 2. makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima 3. perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej adalah seperti perubahan yang dikehendaki oleh penghantar 4. mesej yang disampaikan mempunyai kos efektif Elemen dalam komunikasi Elemen-elemen tersebut adalah: 1. Penghantar - Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan. 2. Mesej - Maklumat idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dan cuba disampaikan kepada pihak lain. 3. Gangguan - Perkara-perkara yang menggangu dan menghalang keberkesanan komunikasi. Akibatnya maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau salah tafsir Penghantar Penghantar hendaklah memastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian sewajarnya iaitu: 1. penghantar jelas tentang mesej yang hendak disampaikan 2. meneliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan 3. pasti dengan kepentingan mesej itu 4. Mendapatkan perhatian penerima 5. menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai 6. sensitif kepada maklumbalas pihak lain 7. mengenal pasti gangguan 8. mengurangkan gangguan Maklum balas boleh diberi atau didapati melalui berbagai kaedah iaitu: 1. mengemukakan soalan-soalan sama ada daripada penghantar atau penerima 2. reaksi-reaksi bukan lisan yang kelihatan 3. rephrasing atau paraphrasing iaitu merumuskan semula mesej 4. ringkasan-ringkasan Antara gangguan dalam komunikasi ialah:

1. persediaan yang tidak mencukupi di pihak penghantar sehingga menyebabkan mesej kurang jelas . 2. penghantar dan penerima tidak dapat mengenal pasti dan memisahkan antara pemerhatian, sangkaan dan mesej sebenar. 3. pemilihan perkataan yang tidak tepat dan terlalu umum yang mengundang tafsiran berbeza-beza mengenai perkataan 4. masing-masing mempunyai kefahaman yang berbeza-beza mengenai perkataan dan ayat. 5. Satu pihak sensitif dan menghormati kelainan pihak lain. Anggapanya ialah semua yang terlibat mempunyai pandangan dan perasaan yang serupa. Terdapat beberapa kemahiran yang terlibat dalam komunikasi berkesan iaitu: 1. Kemahiran tingkah laku a) komunikasi mata b) kedudukan tubuh dan pergerakan c) mimik muka dan air muka d) ketrampilan e) suara f) komunikasi berkesan 2. Kemahiran menimbulkan minat orang a) libatkan pendengar b) menghiburkan c) mengenalpasti keistimewaan orang lain d) membawa topil perbualan yang anda mahir 3. Kemahiran memberi perhatian a) mendengar dengan aktif b) menumpukan sepenuh perhatian dengan perhubungan mata c) mata tidak liar ke sana ke mari tidak kerap melihat jam atau tidak meninjauninjau keluar d) memberi maklumbalas lisan atau bukan lisan yang positif seperti perkataan ya atau mengangguk angguk kecil e) bertanya untuk penjelasan selanjutnya sekiranya kurang jelas

DEFINISI KOMUNIKASI
Kata atau istilah komunikasi (dari bahasa Inggris communication),secara etimologis atau menurut asal katanya adalah dari bahasa Latin communicatus, dan perkataan ini bersumber pada kata communis Dalam kata communis ini memiliki makna berbagi atau menjadi milik bersama yaitu suatu usaha yang memiliki tujuan untuk kebersamaan atau kesamaan makna. Komunikasi secara terminologis merujuk pada adanya proses penyampaian suatu pernyataan oleh seseorang kepada orang lain. Jadi dalam pengertian ini yang terlibat dalam komunikasi adalah manusia. Karena itu merujuk pada pengertian Ruben dan Steward(1998:16) mengenai komunikasi manusia yaitu: Human communication is the process through which individuals in relationships, group, organizations and societiesrespond to and create messages to adapt to the environment and one another. Bahwa komunikasi manusia adalah proses yang melibatkan individu-individu dalam suatu hubungan, kelompok, organisasi dan masyarakat yang merespon dan menciptakan pesan untuk beradaptasi dengan lingkungan satu sama lain. Untuk memahami pengertian komunikasi tersebut sehingga dapat dilancarkan secara efektif dalam Effendy(1994:10) bahwa para peminat komunikasi sering kali mengutip paradigma yang dikemukakan oleh Harold Lasswell dalam karyanya, The Structure and Function of Communication in Society. Lasswell mengatakan bahwa cara yang baik untuk untuk menjelaskan komunikasi ialah dengan menjawab pertanyaan sebagai berikut: Who Says What In Which Channel To Whom With What Effect? Paradigma Lasswell di atas menunjukkan bahwa komunikasi meliputi lima unsur sebagai jawaban dari pertanyaan yang diajukan itu,yaitu: 1. Komunikator (siapa yang mengatakan?) 2. Pesan (mengatakan apa?) 3. Media (melalui saluran/ channel/media apa?) 4. Komunikan (kepada siapa?) 5. Efek (dengan dampak/efek apa?). Jadi berdasarkan paradigma Lasswell tersebut, secara sederhana proses komunikasi adalah pihak komunikator membentuk (encode) pesan dan menyampaikannya melalui suatu saluran tertentu kepada pihak penerima yang menimbulkan efek tertentu.

MAKSUD PERTUTURAN
Pertuturan ialah cara atau gaya menuturkan sesuatu, lafaz, sebutan dan ucapan. berasal dari perkataan tutur yangmembawa maksud apa yang telah diucapkan atau diperkatakan. Apabila perkataan tutur inidigabungkan dengan imbuhan per-aniaitu pertuturan, ini membawamaksud cara atau gaya menuturkansesuatu sebutan atau lafaz ucapan. Pertuturan juga digelar sebagai lisan dan percakapan.

DEFINISI PERTUTURAN
Pertuturan merupaka suatu saluran yang membolehkan kita meluahkan perasaan atau rasa hati. Tanpanya kita akan kehilangan daya komunikasi yangpaling penting untuk berkomunikasi bersama keluarga, rakan-rakan dan alam sekelilng. Ia juga melibatkan perpaduan bunyi dengan perkataan, mencantumperkataan kepada unit dan meluahkannya dalam bentuk bunyi yang mempunyai makna. Oleh itu, ia dapat di didefinisikan sebagai simbol-simbol yang di wakilioleh bunyi dalam bentuk bahasa yang formal yang bertujuan untuk pertukaranidea

You might also like