You are on page 1of 22

BAB 3

JAWATANKUASA PENTADBIRAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH
ISI KANDUNGAN

3.1 JAWATANKUASA INDUK PSS


(Struktur Organisasi & Senarai
Tugas)
3.2 JAWATANKUASA KERJA PSS
(Struktur Organisasi & Senarai
Tugas)
3.3 JAWATANKUASA NILAM
(Struktur Organisasi & Senarai
Tugas)

2
3.1 CARTA ORGANISASI JK INDUK PSS

Pengerusi
Pengetua/Guru Besar
PKG PIBG

Naib Pengerusi 2 Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 3


(GPK HEM) (GPK 1) (GPK KOKU)

Setiausaha
(GPMS)

Ketua Bidang
Ketua Panitia
Kaunselor
Guru cemerlang
Pendidikan Khas
Penyelaras ICT
PRA Sekolah

3
SENARAI TUGAS JK INDUK

1.Membentuk dasar bagi menentukan PSS mencapai fungsi


pengwujudannya.
2.Merancang pembangunan dan kemajuan PSS dari
semasa ke semasa.
3.Merancang bagi mendapat bantuan dari pihak yang
tertentu.
4.Merancang penambahan koleksi bahan sama ada
berbentuk buku atau bahan bukan buku.
5.Memastikan PSS mempunayai berbagai kemudahan
dalam bentuk fizikal, perkhidmatan dan kepenggunaannya.
6.Merancang aktiviti galakan penggunaan PSS.
7.Menilai keberkesanan PSS.

4
3.1.1 Pengetua

3.1.2 GPK 1

3.1.3 Setiausaha

3.1.4 Ketua Panitia

5
3.1.1
3.1.2 SENARAI TUGAS PENGETUA & GPK 1

1. Merancang pengwujudan PSS dan merangka peranan,


kepentingan dan strategi perkembangannya.
2. Menentu dan memastikan segala kemudahan fizikal PSS adalah
lengkap.Contohnya: bilik, perabot, bekalan elektrik dan
kemudahan asas yang lain.
3. Mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan oleh PSS.
4. Menentukan Sumber kewangan PSS dan cara perbelanjaannya.
5. Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian
bahan-bahan PSS seperti bahan cetak,media teknologi dan
bahan-vbahan bantu mengajar.
6. Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus PSS.
7. Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan.
8. Mereangka strategi perkembangan PSS.
9. Merancang aktiviti PSS.
10. Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak
tertentu dalam bentuk moral dan material.

6
3.1.3 SENARAI TUGAS SETIAUSAHA

1. Membantu dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan


2. Mentadbir, menyelaras perkhidmatan PSS
3. Merancang skim latihan untuk guru-guru PSS, guru-guru lain, Kerani
PSS dan Pengawas PSS
4. Memilih dan melatih Pengawas PSS, Pelajar dan Pembantu PSS
5. Menyediakan Bibliografi untuk kegunaan guru dan pelajar
6. Merancang bersama AJK PSS segala aktiviti PSS untuk sepanjang
tahun
7. Menyediakan laporan, taklimat dan memaklumkan kepada semua
pihak yang berkenaan mengenai perkhidmatan PSS
8. Menguruskan mesyuarat-mesyuarat J/Kuasa Induk dan Kerja PSS
9. Menyediakan perancangan dalam penggunaan dan pembangunan
PSS dan mengemukakannya kepada J/Kuasa Induk pentadbiran
PSS
10. Mengurus perbelanjaan dan rekod kewangan PSS
11. Merangka dan menghasilkan Program Lima Tahun PSS bersama
AJK PSS
12. Menjadi Setiausaha J/Kuasa pentadbiran PSS
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru
Besar/Pengetua/GPK 1
14. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail berkaitan
PSS
15. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan
dilaksanakan mengikut perancangan

3.1.4 SENARAI TUGAS KETUA PANITIA

1. Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan alat dan bahan


pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru
dan pelajar
2. Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan
media yang dibeli atau dihasilkan sendiri
3. Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua
4. Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.
5. Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai
alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.

7
3.2 JAWATANKUASA KERJA
PUSAT SUMBER (NAMA SEKOLAH)
TAHUN XXXX

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

PERKHIDMATAN PERKHIDMATA PERK. BBM PERK.ICT PERK. PERK


PER.
PERPUSTAKAAN N Bank Taman
NILAM
Angkat

KETUA UNIT PENGAWAS


PEMBANTU PUSAT SUMBER

8
SENARAI TUGAS JK KERJA

1Pastikan pengurusan PSS berjalan lancer, menjalankan


tugas setiap bahagian dalam PSS. (Rujuk tugas khusus
Guru Perpustakaan, Guru APD/BBM/K, Guru NILAM, Guru
SAL, ).
2Merancang dan melaksanakan program peningkatan
akademik.
3Mengelas, mengkatalog dan menguruskan bahan buku,
bahan bukan buku dan bahan Bantu mengajar.
4Menyediakan bahan dan sumber pendidikan.
5Menjalankan aktiviti kemajuan staf dan pengawas PSS.
6Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk murid-murid
dalam memaksimumkan penggunaan PSS.
Guru Perpustakaan & Media Sekolah

Guru Perpustakaan

Guru APD / Komputer

Guru TVP

Guru BBM

Guru NILAM

Guru Siaraya

Pembantu PSS

Pengawas PSS
3.2.1 SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA SEKOLAH

1. Merancang dan mengajar antara 6 hingga 8 waktu seminggu.


2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS
bersama pengetua/ guru besar, kakitangan PSS dan pelajar
sekolah.
3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan PSS bersama AJK
Kurikulum Sekolah.
4. Merancang perolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif,
seimbang dan kemaskini.
5. Merancang dan melaksanakan program kemahiran maklumat dan
perkhidmatan PSS yang dapat menyokong pelaksanaan P&P.
6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program Nilam)
dan pembudayaan ilmu.
7. Merancang, melaksanakan dan menyelaras program pembangunan
staf dan program latihan dalaman berhubung dengan PSS.
8. Merancang dan mengurus program PSS.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P&P
berasaskan sumber.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan PSPN, PKG, Perpustakaan
Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program PSS.
11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS.
12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat Jawatankuasa Induk dan
Jawatankuasa Kerja PSS.
13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program PSS.
14. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori dan peralatan
PSS.
15. Mempromosi dan menjadi ahli persatuan perpustakaan/PSS Negeri.
16. Menjalankan penyelidikan/kajian tindakan berhubung dengan
perkhidmatan PSS.
17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan,
pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan PSS.
18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan program PSS khasnya
laporan PSS dan nilam kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada
bulan Oktober setiap tahun.
19. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan
sekolah dari semasa ke semasa.
3.2.2 GURU PERPUSTAKAAN

1. Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS


2. Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
3. Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan
menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
4. Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat
pelajar menggunakan perpustakaan
5. Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi
bahan
6. Menyediakan perancangan dan melakukan promosi aktiviti
perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
7. Menubuhkan J/Kuasa Guru Pembantu Perpustakaan dan
pengagihan bidang tugas
8. Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu
menggunakan PSS dengan baik dan betul
9. Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang
diterima untuk makluman guru dan pelajar
10. Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut
keperluan di sekolah
11. Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk
membantu menguruskan perpustakaan
12. Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang
memerlukan.
13. Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog
daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk
mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
14. Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan
pelajar mengikut keperluan.
15. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun
3.2.3 SENARAI TUGAS GURU ALAT PANDANG DENGAR / KOMPUTER

1. Memastikan alat BBM/APD/ K yang berkuasa elektrik dan bahan


softwore / hardware sentiasa dalam keadaan baik.
2. Melaporkan kepada penyelaras PSS jika berlaku sebarang
kerosakan atau kehilangan.
3. Mengemas, menyimpan dan menentukan bahawa alat-alat tersebut
sentiasa selamat dan tidak rosak selepas digunakan.
4. Mengadakan peraturan dan cara-cara penggunaan BBM/APD/ K.
5. Menguruskan penggunaan BBM/APD/ K secara berterusan.
6. Memastikan keselamatan BBM/APD/ K.
7. Membantu Pengetua dalam urusan pemilihan, sebut harga alat-alat
BBM/APD/ K.
8. Menggalakkan penggunaan alat BBM/APD/ K dalam pengajaran
dan direkodkan dengan kemas.
9. Memastikan bilik BBM/APD/ K sentiasa kemas, selamat dan ceria.
10. Menyediakan Laporan Tahunan BBM/APD/ K.
3.2.4 SENARAI TUGAS GURU TVP

1. Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan


penggunaan PSS
2. Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk
3. Menyedia dan menyesuaikan Jadual Waktu TVVP dan lain-lain
media Teknologi
4. Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod
berkenaan
5. Membuat penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
6. Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan
TVP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk
PSS
7. Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media
Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
8. Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber bagi
meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
9. Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi
sumber-sumber perisian media teknologi di PSS
10. Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media
teknologi di PSS
11. Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan
teknologi di PSS
12. Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru
mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran
dan Pengetua
3.2.5 SENARAI TUGAS GURU BBM

1. Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan


menguruskan penggunaan PSS.
2. melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh Jawatankusa
Induk.
3. Menyediakan buku Rekod Penggunaan Alat Bantu Mengajar dan
memastikan para guru membuat catatan pada buku rekod
berkenaan.
4. Memproses bahan-bahan bantu mengajar yang diterima daripada
KPM/JPN, PSPN, PPD atau lain-lain sumber dan merekodkan
bahan-bahan tersebut ke dalam Buku Stok PSS.
5. Mengurus dan mengelolakan penghasilan bahan serta penggunaan
bahan tersebut dengan kerjasama para guru.
6. Membantu Penyelaas PSS dalam memberi pendedahan dan latihan
mengenai penggunaan bahan-bahan sumber di PSS kepada guru-
guru lain, kerani PSS (jika ada),Murid Pembantu PSS dan murid-
murid.
7. Bekerjasama dengan Penyelaras PSS dalam pemilihan dan latihan
kepada murid-murid Pembantu PSS.
8. Mengesyorkan dan menggalakkan penggunaan bahan-bahan
sumber bagi meninggikan tahap pencapaian pembelajaran dan
pengajaran guru.
9. Membantu kerja-kerja memesan dan menerima Bahan-bahan Bantu
Mengajar seperti carta, nota, model, realia, mock up dan
sebagainya.
10. Memproses, mengelas dan mengkatalogkan Bahan-bahan Bantu
Mengajar yang terima oleh PSS.
11. Bertanggungjawab mengenai penyusunan BBM di PSS.
12. Bertanggungjawab membaikpulih, menyemak dan menghapuskira
BBM dengan kerjasama Guru-guru Pusat Sumber Sekolah.
13. Membuat penilaian tentang perlkhidmatan dan penggunaan BBM.
14. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua/Guru
Besar,GPK dan Penyelaras PSS.
3.2.6 SENARAI TUGAS GURU NILAM

1. Menyediakan pangkalan data dan maklumat-maklumat yang


berkaitan.
2. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan dan aktiviti-aktivit
program NILAM.
3. Membuat analisis program NILAM berdasarkan data terkumpul.
4. Mewujudkan Fail Progra, NILAM.
5. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat-menyurat berkaitan
dengan program NILAM.
6. Menyediakan laporan berkala dan laporan tahunan melalui borang
NILAM kepada PSPN dan satu salinan kepada pengerusi.
7. Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program serta
mengambil tindakan susulan.
8. Menjadi urusetia untuk pemberian anugerah Gangsa, Perak, Emas
dan NILAM peringkat sekolah.

3.2.7 SENARAI TUGAS GURU SIARAYA


3.2.8 SENARAI TUGAS KERANI PSS

URUSAN AWAM
a. Mengawal perpustakaan semasa dibuka
b. Mengaturkan buku-buku yang telah dipulangkan di atas rak-rak
c. Menjaga kebersihan perpustakaan
PINJAMAN
a. Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pinjaman
b. Menyemak buku-buku yang dipulangkan
c. Mengirimkan notis peringatan kepada peminjam-peminjam yang belum
memulangkan buku
d. Menyediakan perangkaan mengenai pinjaman
PEMBELIAN
Menjalan kerja perkeranian mengenai pembelian seperti menyediakan senarai
pesanan, menaipkan surat dan menyemak bahan-bahan yang baru dibeli
MEMPROSESKAN BUKU-BUKU
a. Menyediakan senarai rak
b. Menulis nombor panggilan di atas tiap-tiap buku
c. Menyediakan kocek dan slip tarikh bagi setiap buku
d. Menyediakan kad-kad katalog serta lain-lain kerja berkaitan dengan
memproses buku, majalah dan sebagainya
MEMPERBAIKI BUKU
a. membaikpulih buku-buku yang rosak atau koyak
b. menjilid majalah dan lain-lain yang perlu
BAHAN-BAHAN YANG BUKAN BERBENTUK BUKU
Menyediakan bahan-bahan yang bukan berbentuk buku seperti gambar-gambar,
guntingan akhbar dan sebagainya
MENAIP
a. Pengautomasian PSS
b. Menaip kad-kad Katalog bagi setiap buku, senarai buku dan sebagainya
REKOD
a. Merekod dan menyimpan mengenai bahan-bahan dan kewangan PSS
b. Menguruskan hal-hal berkaitan dengan 'Stock Checking'/Penyemakan
Stok
c. Menyusun Kad-kad Katalog
SERANTA
Menyediakan Pameran Buku, Papan Kenyataan dan sebagainya
LAIN-LAIN TUGAS
a. Menolong guru-guru PSS dalam pentadbiran am dan sebagainya
b. Menjalankan tugas-tugas lain mengenai PSS yang diarahkan oleh Guru-
guru PSS, Penyelaras PSS (GKP 1) dan Pengetua
3.2.7 SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER

1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan


pemulangan)
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh
para pengguna ketempat asal
4. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
5. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti
melabel, cop hak milik dan sebagainya
6. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang
diterima daripada pembekal
7. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
8. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan
dan bahan perisian
9. Membantu mempromosikan PSS
10. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
11. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
12. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
13. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS
3.3 JAWATANKUASA PROGRAM NILAM

PENGERUSI
(PENGETUA)

TIMBALAN PENGERUSI
(GPK 1)

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2 NAIB PENGERUSI 3


(GPK HEM) (GPK KOKU) (PENYELIA PETANG)

PENYELARAS PROGRAM
(GPMS)

SETIAUSAHA
(GURU NILAM)

NAIB SETIAUSAHA
GURU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

KETUA BIDANG KETUA PANITIA GURU GURU


MATA PELAJARAN RAKAN PEMBACA

GURU TINGKATAN WAKIL PIBG


A. PENGERUSI – PENGETUA / GURU BESAR

1. Mempengerusikan setiap mesyuarat JK Program NILAM.


2. Memahami dasar dan maklumat program.
3. Memberi taklimat kepada guru dan ibu bapa.
4. Memastikan pelaksanaan program berjalan dengan lancar
melalui :
i) Penyeliaan
ii) Perjumpaan dengan guru
iii) Temubual murid dan ibu bapa secara informal.
iv) Laporan pelaksanaan.
5. Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program dan
mengambil tindakan susulan.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program
NILAM.
7. Menentukan bahan bacaan mencukupi dan sesuai.
8. Melantik ahli panel untuk mengenalpasti murid yang layak
untuk diberi pengiktirafan di peringkat sekolah.
9. Meluluskan peruntukan kewangan dan yang berkaitan.

B. TIMBALAN PENGERUSI - GURU PENOLONG KANAN

1. Menjalankan tugas pengerusi semasa ketiadaannya.


2 Membantu pengerusi merancang, melaksana, menyelaras,
memantau dan menilai Program NILAM.
3. Membantu pengerusi untuk menjayakan Program NILAM
4. Mengenalpasti masalah kelemahan dan kekuatan program dan
mengambil tindakan susulan.
5. Menyelia aktiviti-aktiviti yang menyokong Program NILAM.
6. Menentukan keberkesanan jadual pelaksanaan Program
NILAM.
7. Membantu pengerusi melantik ahli panel untuk mengenalpasti
murid yang layak diberi pengiktirafan di peringkat sekolah.
8. Menyediakan pengurusan kewangan Program NILAM.
C. NAIB PENGERUSI – GPK HEM, GPK KO-KU, PENYELIA
PETANG

Menjalankan tugas pengerusi dan timbalan pengerusi semasa


ketiadaannya.
D. PENYELARAS – GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SEKOLAH

1. Berperanan sebagai penyelaras dalam Jawatankuasa Program


NILAM sekolah
2. Memastikan pelaksanaan Program NILAM berjalan lancar di
sekolah.
3. Menyampaikan segala maklumat dan keperluan Program
NILAM kepada Pengetua dan Guru Penolong Kanan.
4. Mengetuai Majlis Taklimat dan Jawatankuasa Pelancaran
Program NILAM.
5. Mengetuai Panel Penilaian Anugerah Program NILAM sekolah.
6. Menguruskan bajet untuk Program NILAM sekolah.

E. SETIAUSAHA - GURU NILAM

1. Berperanan sebagai setiausaha dalam Jawatankuasa


Program NILAM sekolah.
2. Mewujudkan Fail Program NILAM.
3. Menyimpan rekod, minit mesyuarat dan surat menyurat
Program NILAM.
4. Menyediakan data dan maklumat NILAM.
5. Menganalisis data Program NILAM.
6. Menyediakan laporan berkaitan NILAM kepada GPMS.
7. Menjadi urus setia Majlis Anugerah NILAM sekolah.
8. Menggerakkan program galakan membaca bagi Program
NILAM.
9. Menyediakan Jadual Pelaksanaan NILAM.
10. Menyelaraskan murid tahap rakan pembaca kepada guru-guru
pembimbing.

F. GURU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

1. Membantu menyediakan bahan bacaan yang cukup dengan


jumlah murid.
2. Membantu guru NILAM melaksanakan Program Galakan
Membaca.
3. Sebagai setiausaha jawatankuasa Pelancaran NILAM.
4. Menjadi urus setia Majlis Anugerah NILAM.

G. GURU MATA PELAJARAN

1. Menyediakan sudut bacaan di kelas masing-masing. (Guru


Kelas)
2. Menandatangani buku rekod NILAM murid di bawah jagaan
mereka.
3. Menggalak dan membimbing murid di bawah jagaan untuk aktif
dalam Program NILAM.
4. Melaporkan kemajuan Program NILAM murid di bawah jagaan
kepada Guru NILAM.
5. Membawa murid-murid ke perpustakaan mengikut jadual.
(Guru Bahasa)

H. GURU RAKAN PEMBACA

1. Memberi motivasi kepada Rakan Pembaca (RP) agar mereka


boleh membimbing dan menarik minat murid lain supaya suka
membaca.
2. Guru RP membimbing murid-murid melaksanakan aktiviti RP.
3. Meninjau sejauh mana perkembangan aktiviti yang dijalankan
oleh murid secara tidak formal.
4. Mengesahkan kad RP di bawah jagaan Guru RP

You might also like