Tajuk kajian

LABU SAYONG

Senarai kandungan MUKA SURAT PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN 1) MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN 2) LATAR BELAKANG PRODUK .SENARAI PERALATAN .SEJARAH KEWUJUDAN .CABARAN .KEISTIMEWAAN / KELEBIHAN / KEUNIKAN 3) KAEDAH / CARA PENGHASILAN .PENGIKTIRAFAN / SAMBUTAN .TUJUAN / KEPENTINGAN PRODUK .TENAGA KERJA .PROSES / PERINGKAT PENGHASILAN 4) PERKEMBANGAN PRODUK .POTENSI PRODUK RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN .PENGENALAN .SENARAI BAHAN .KEMAJUAN YANG DICAPAI .

terima kasih kepada pihak-pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya. Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Petani. . Akhir sekali. yang telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan folio yang bersejarah ini .Penghargaan Bersyukur kehadrat Ilahi atas limpah kurniaannya . Sekian. Assalamualaikum. Banyak dugaan yang telah menimpa kami semasa melakukan tugasan ini . saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru kelas tingkatan 3G Puan Khadijah binti Abdul Rahman kerana telah memberi tunjuk ajar dan membimbing kami untuk membuat folio ini .saya dapat juga menyiapkan folio sejarah ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya dan abang saya . terima kasih. Puan Hafsah binti Lebai Hussin kerana telah membenarkan kami melakukan tugasan yang berat ini . Selain itu.

Mensyukuri nikmat Tuhan kerana dilimpahkan dengan pelbagai seni dalam kehidupan kita.Mengetahui secara terperinici proses – proses pembuatan produk tersebut.Mengetahui banyak produk tempatan yang terdapat di Malaysia. . .Menilai keistimewaan dan keunikan produk tersebut. . Dengan menghasilkan folio ini.Mengetahui lokasi penghasilan produk tersebut.Objektif kajian 1. . . saya akan dapat: .

Berdasarkan media massa dan media elektronik 4. Temubual bersama abang dan kawan – kawan 5. Membaca bahan – bahan artikel . Melalui pemerhatian 3. Mencari sumber atau bahan melalui internet 2.Kaedah kajian 1.

Hasil kajian 1. Mukim Sayong Kuala Kangsar  Kampung Paya Lintah. Padang Rengas  Kampung Kuala Dal. Lokasi Berikut antara lokasi perusahaan membuat labu sayong dalam daerah Kuala Kangsar:  Kampung Kepala Bendang. 49 tahun. Mukim Buaia. Padang Rengas . Mukim Buaia. MAKLUMAT ASAS PRODUK TEMPATAN Nama produk Labu sayong Kategori Kraf tangan Nama pengusaha Zaleha Pandak Sidek.

Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional. Negeri Perak. Bekas menyimpan air yang dihasilkan daripada tanah liat ini dibentuk dan diukir dengan teliti. iaitu sebuah desa yang terletak 1 kilometer dari Kuala Kangsar. khususnya bunga-bungaan seperti bunga tanjung. padi. LATAR BELAKANG Pengenalan Labu sayong ialah sejenis bekas tembikar bernama labu berwarna hitam yang merupakan produk perusahaan dari Kampung Kepala Bendang. perusahaan membuat labu sayong telah berkembang di kalangan waris asal pembuat tembikar ini ke sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar. Lanjutan daripada ini. lawang. dalam Mukim Sayong. cengkih dan pucuk rebung.2. Dari kampung inilah perusahaan ini berasal kerana sumber bahan mentah iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung tersebut. senduduk. .

baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagai bekas air minuman dan untuk bersiram . Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dari istana Pulau Cempaka Sari. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golongan rakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya. sebagaimana yang dicatat oleh Raja Chulan dalam Misa Melayu.Sejarah kewujudan Menurut cerita. keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kaluk menyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. parang. dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datang dari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salah seorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana. Lama-kelamaan penduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalam kehidupan seharian memang meluas. dikatakan telah dianugerahi tanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuat hasil pertukangan seperti pedang.

menjadi tempat simpanan air Keistimewaan/kelebihan/keunikan 1. . Air yang telah disimpan di dalam labu sayong boleh merawat beberapa jenis penyakit seperti batuk. Menyejukkan air 2. sebagai bekas menyimpan air sewaktu menziarahi tanah perkuburan 2.Tujuan/kepentingan produk 1. demam panas dan sebagainya. perhiasan di dalam dan luar rumah 3.

botol atau bekas bulat untuk melicinkan . kerja secara berkumpulan akan menjimatkan masa. Untuk meluaskan pasaran. Bekerja secara individu ataupun kumpulan.3. Senarai bahan 1. 2. Semua alat ini digunakan untuk membuat ragam hias. Sekeping papan empat persegi 30. Kayu-kayu penepik atau pengukir 4. 3.Tanah liat busut . 5. 6.48 cm x 12. Batu-batu licin. Beberapa batang pisau dari builuh atau kayu untuk memotong tanah liat 3. KAEDAH / CARA PENGHASILAN Tenaga kerja 1.Tanah sawah Senarai peralatan 1. Beberapa alat pengukir lain juga digunakan yang diperbuat dari dawai dan besi yang telah ditajamkan pada bahagian hujungnya. Terdapat juga pihak yang menggunakan bantuan mesin. Tempurung atau mangkuk untuk bekas air bagi membasahkan tanah liat kental. Medium utama ialah tanah liat yang diambil daripada: .7 cm tebal digunakan untuk membentuk dan mencantum tanah liat yang diuli sewaktu proses membuat bentuk tembikar 2.

Menjemurkan tanah -tujuan mengeringkan tanah-tanah liat yang digunakan. Menumbuk -tanah yang telah kering ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki. Proses / peringkat penghasilan 1.permukaan tembikar. Membancuh -proses ini mencampurkan tanah dengan air. Mengambil Tanah . 3. Beberapa batang kayu kecil untuk melicinkan tanah liat ketika bentuk tembikar (labu) masih basah.tanah pasir dan tanah liat. 8. Terdapat juga papan leper yang bulat seperti piring disebut sebagai capah. Tanah-tanah liat itu dijemur di bawah cahaya matahari selama dua atau tiga hari. Pinggan ayan dan daun pisang sebagai tapak untuk membentuk tembikar. 2. 4.mengambil tanah yang sesuai iaitu tanah biasa. berfungsi sebagai roda pemutar. Mengayak -proses ini bertujuan untuk mengasingkan sampah dan bahan yang tidak hancur. -proses ini juga untuk menjadi tanah liat tadi berbentuk tepung 5. Bahan yang dibancuh mesti . 7.

Lingkaran tanah dipicit sambil memusing pinggan. Menguli Tujuan untuk menjadikan ketulan tanah yang padat dari mengandungi angin. Ibu jari berperanan penting dalam pembentukan permukaan labu. Tanah berbentuk silinder akan dilingkari menjadi satu bulatan dan diletakkan di atas pinggan. Proses pemicitan ini dilakukan untuk menaikkan tanah agar berbentuk badan. Menguli tanah boleh dikerjakan dengan tekanan tangan dan pusingan tanah. leher. Membentuk Membentuk adalah penting dalam menghasilkan labu kerana inilah yang menentukan keindahan dan kekuatan labu. Menghias Apabila labu siap. Motif-motif yang dihasilkan dengan menekan kayu meterai ke permukaan labu. . Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan labu supaya kelihatan sama dan licin. Penepek digunakan untuk memampatkan badan labu. kepala dan muncung labu.tanah liat yang telah dileperkan dicantum bagi menutup bahagian terbuka. Labu dibiarkan kering sebelum dihiasi dengan motif. -bahan ini boleh diadun di dalam baldi atau besen. Tanah liat leper akan menjadi bahagian tapak labu. Setelah badan labu terbentuk . 6. Labu ini dibiarkan kering untuk dibakar. 8. ia dilicinkan dengan sudip buluh dan digilap menggunakan batu luru.tidak terlalu lembik. 7.

Kemudian labu diletakkan di atas para secara terbalik dan ditutup dengan daun pisang. sabut kelapa kering. Kemudian bahagian bawah tapak labu disapu dengan damar untuk menghalang air daripada meresap keluar. Selepas dibakar labu dimasukkan ke dalam sekam padi untuk mendapatkan warna hitam di permukaan labu.9. . daun kelapa atau tikar selepas disalai. dan sedikit kayu kering yang dibakar. Labu dibiarkan seketika dan dibersihkan sebelum digunakan. membakar dan menyepuh. Labu-labu yang cukup kering disalai menggunakan bahang api. Bahang api ini akan memanaskan labu yang telah dimasukkan ke dalam unggun api.Membakar Proses ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu menyalai. Kayu api disusun dibawah para lalu dinyalakan untuk proses pembakaran.

. Memerlukan ketelitian yang mendalam Potensi produk 1. Berpotensi akan lebih menyerlah pada masa akan datang sekiranya diteruskan oleh generasi kini. Selain itu. PERKEMBANGAN PRODUK Pengiktirafan / sambutan daripada pengguna / penghargaan 1. Kemajuan yang dicapai 1. Telah Berjaya memasarkan labu sayong ke peringkat antarabangsa Cabaran dan masalah yang dihadapi 1. terdapat juga beberapa organisasi kerajaan. Setiap kali mereka melihat. 3. Akan menjadi produk kebanggaan negara 3. Pembuat –pembuat labu sayong akan lebih bangga sekiranya produk hasilan mereka mendapat penghargaan daripada kerajaan. 3. 2. Ramai pengunjung yang datang dari jauh hanya semata-semata untuk melihat cara penghasilan labu sayong ini. Labu sayong terkenal di seluruh Malaysia 2. mereka pasti akan kagum dan secara tidak lansung mereka akan membeli sebagai tanda kenangan ataupun kegunaan mereka sendiri. Proses pembuatan yang agak rumit 2. swasta dan institusi pendidikan yang berkunjung dan membuat lawatan ke tapak pembuatan Labu Sayong. 2.4. Menjadi salah satu kraf tangan yang dikagumi ornag luar.

Alhamdulilah . Insya. saya mendapati Labu Sayong ialah sebuah kraf tangan yang terkenal di seluruh dunia dan turut mengajar saya mengenali kraf tangan yang termasyhur ini.T Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani kerana terus menerus memberi petunjuk dan hidayah kepada kami . Ramai orang yang tidak berminat dengan pekerjaan pembuatan Labu Sayong kerana mengambil masa yang lama untuk siap dan menguji kesabaran si pembuat . Kini.W..Allah ……. . Selain itu . Setelah saya menyiapkan folio sejarah ini.sebelum ini saya tidak tahu apa itu Labu sayong. saya menanam cita – cita untuk menjadi seorang pembuat Labu Sayong untuk menjadikan diri saya sebagai seorang yang sabar dan yang terkenal di pelusuk dunia .RUMUSAN Bersyukur kepada Allah S.

LAMPIRAN .

.

Labu sayong . ensiklopedia bebas.htm 4.Utara.soalan pertanyaan oleh pelanggan bakal pembeli pemborong tentang labu sayong.Komunikasi.htm 3.Wikipedia Bahasa Melayu. Kebudayaan & Kesenian .htm . Keusahawanan.htm 2.htm 6. Utusan Malaysia Online . Labu Sayong Sejarah Labu Sayong.CARI Malay Forums.RUJUKAN Sumber internet: 1. Soalan .htm 5. Labu Sayong .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful