You are on page 1of 21

Chapter 8

[WindowsMovieMaker] Bab4
CHAPTER 4 WINDOWS MOVIE MAKER 4.1 Windows Movie Maker Pengenalan Antara Muka Utama 4.2 Mengimpot Elemen-elemen Multimedia Mengimpot Grafik Mengimpot Video Mengimpot Audio / Muzik 4.3 Membangunkan Persembahan Memasukkan Grafik Ke Dalam Persembahan Kesan Khas Video Transisi Video Memasukkan Audio Ke Dalam Persembahan Memasukkan Video Ke Dalam Persembahan Memasukkan Teks Ke Dalam Persembahan 4.4 Menyimpan Persembahan Menyimpan Sebagai Movie Menyimpan Sebagai Fail Projek 4.5 Latihan

Bab 4

[WindowsMovieMaker]

4.1 WINDOWS MOVIE MAKER

Pengenalan Movie Maker ialah satu perisian aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan satu persembahan multimedia yang menarik. Dengan menggunakan perisian ini kita boleh menggabungkan beberapa elemen multimedia seperti teks, grafik, video, animasi dan audio serta kesan khas (special effect) untuk menghasilkan satu persembahan.

Perisian ini boleh digunakan dalam pelbagai bentuk oleh guru di sekolah. Misalnya seorang guru boleh menggunakan perisian ini untuk menghasilkan set induksi yang menarik bagi sesi pengajaran dan pembelajaran beliau. Selain dari itu, guru di sekolah juga boleh menggunakan perisian ini untuk menghasilkan montaj untuk sebarang majlis rasmi sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang.

Antara Muka Utama Antara muka seperti di dalam Gambarajah 4.1 akan dipaparkan apabila perisian Windows Movie Maker dibuka.

4
Gambarajah 4.1: Antara muka utama Windows Movie Maker

Di dalam perisian Windows Movie Maker terdapat empat bahagian utama seperti dilabelkan di Gambarajah 4.1. Setiap bahagian mempunyai fungsi masing-masing iaitu :

: Bahagian ini dikenali sebagai movie tasks. Ia terdiri dari tiga sub menu utama iaitu Capture Video, Edit Movie dan Finish Movie.

: Bahagian ini akan memaparkan fungsi yang dilaksanakan oleh Movie Tasks seperti

Chapter 8

[WindowsMovieMaker] Bab4
Import pictures, Import video, Import audio/music, Show collections, View video effects, View video transitions dan Make titles or credits. Misalnya, apabila ikon Show collections diaktifkan senarai fail yang telah diimpot akan dipaparkan pada bahagian ini.

: bahagian ini akan memaparkan persembahan multimedia yang telah dibina. Persembahan tersebut boleh dimainkan, dipercepatkan, diulang semula atau diberhentikan mengikut kehendak kita.

: bahagian ini terdiri dari dua bentuk paparan iaitu paparan storyboard dan paparan timeline. Walaubagaimanapun hanya satu bentuk paparan sahaja akan diaktifkan pada satu-satu masa. Paparan yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.1 adalah paparan storyboard. Paparan storyboard digunakan untuk memasukkan grafik, video, kesan khas movie, transisi movie dan teks untuk membina persembahan multimedia. Dalam bentuk paparan ini elemen audio tidak boleh dimasukkan serta fungsi overlay tidak boleh diedit. Untuk melaksanakan kedua-dua fungsi tersebut paparan timeline perlu digunakan.

4.2 MENGIMPOT ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Mengimpot Grafik Perisian Windows Movie Maker membenarkan kita mengimpot pelbagai jenis grafik atau gambar ke dalam persembahan. Sesuatu grafik yang hendak digunakan dalam perisian Windows Movie Maker hendaklah disimpan di dalam bentuk format fail grafik yang disokong oleh perisian ini terlebih dahulu. Antara format fail grafik yang disokong oleh perisian Windows Movie Maker adalah bmp, jpg, jpeg, jpe,jfif dan gif.

Langkah untuk mengimpot fail grafik : Pada bahagian Movie Task, klik sub menu Capture Video. Tindakan ini akan memaparkan tiga sub menu seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.2.

Bab 4

[WindowsMovieMaker]

Gambarajah 4.2: Sub menu Capture Video Klik Import Grafik untuk memasukkan fail grafik ke dalam perisian Windows Movie Maker. Satu tetingkap untuk mengimpot fail grafik yang dikehendaki akan dipaparkan seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.3.

Gambarajah 4.3: Tetingkap untuk mengimpot fail grafik Browse, pilih dan klik fail grafik yang hendak dimasukkan ke dalam persembahan dan seteruskan klik butang impot seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.4. Gambarajah 4.5 menunjukkan fail grafik yang telah diimpot.

Chapter 8

[WindowsMovieMaker] Bab4

Gambarajah 4.4: Fail grafik DSC01309.JPG akan diimpot

Gambarajah 4.5: Fail grafik DSC01309.JPG telah diimpot Semua gambar atau fail-fail grafik yang hendak digunakan di dalam persembahan hendaklah diimpot terlebih dahulu ke dalam Windows Movie Maker. Proses yang sama perlu dilakukan untuk memasukkan fail-fail grafik yang lain.

Gambarajah 4.6: Empat fail grafik telah diimpot

Bab 4

[WindowsMovieMaker]

Untuk mengeluarkan fail grafik yang tidak dikehendaki dari Windows Movie Maker, klik pada gambar tersebut dan tekan kekunci delete. Mengimpot Video Video dalam persembahan multimedia boleh mengwujudkan keseronokan dan keunikan kepada keseluruhan persembahan. Antara format fail audio yang disokong oleh Windows Movie Maker adalah mpeg, mpg,mp2 dan wmv.

Langkah untuk mengimpot fail video : Pada bahagian Movie Task, klik sub menu Capture Video. Pilih dan klik sub menu Import video seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.7.

Gambarajah 4.7: Tetingkap untuk mengimpot fail video Untuk mengimpot fail video ulang langkah-langkah yang sama seperti mengimpot fail grafik. Satu paparan seperti di dalam Gambarajah 4.8 akan diperolehi. Paparan ini menunjukkan fail video montage_sukan.wmv telah diimpot ke dalam Windows Movie Maker.

Gambarajah 4.8: fail video telah diimpot ke Windows Movie Maker.

Chapter 8

[WindowsMovieMaker] Bab4
Catatan: Sekiranya fail-fail yang telah diimpot tidak kelihatan pada bahagian dilabelkan A pada Gambarajah 4.9. Anda boleh mendapatkannya semula dengan mengklik pada ikon collections yang dilabelkan seperti ditunjukkan pada label
1 2

. Apabila ikon ini diklik semua koleksi akan dipaparkan . Dalam paparan ini terdapat dua koleksi iaitu Collections

dan montage_sukan. Anda boleh memilih mana-mana koleksi dengan mengklik pada koleksi tersebut.
1

Gambarajah 4.9: koleksi semua fail yang telah diimpot.

Mengimpot Audio/Muzik Audio merupakan satu elemen yang penting di dalam sesuatu persembahan multimedia. Tanpa audio, persembahan kurang menjadi walaupun pelbagai elemen visual dipaparkan di skrin. Perisian Windows Movie Maker membenarkan kita mengimpot pelbagai jenis audio ke dalam persembahan. Seperti fail grafik, fail audio juga hendaklah disimpan di dalam bentuk format fail audio yang disokong oleh Windows Movie Maker terlebih dahulu. Antara format fail audio yang disokong oleh Windows Movie Maker adalah mp3, wav, snd, au, aif, aifc dan aiff.

Langkah untuk mengimpot fail audio : Pada bahagian Movie Task, klik sub menu Capture Video. Pilih dan klik sub menu Import audio or music seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.10.

Bab 4

[WindowsMovieMaker]

Gambarajah 4.10: Tetingkap untuk mengimpot fail audio Untuk mengimpot fail audio ulang langkah-langkah yang sama seperti mengimpot fail grafik atau video. Satu paparan seperti di dalam Gambarajah 4.11 akan diperolehi selepas fail audio diimpot ke dalam perisian Windows Movie Maker.

Gambarajah 4.11: Fail audio telah diimpot ke Windows Movie Maker.

4.3 MEMBANGUNKAN PERSEMBAHAN

Memasukkan Grafik Ke Dalam Persembahan Langkah untuk memasukkan grafik ke dalam persembahan : Pilih dan klik grafik atau gambar yang dikehendaki. Seteruskan drag gambar tersebut dan drop di bahagian storyboard seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 4.12.

Chapter 8

[WindowsMovieMaker] Bab4

Gambarajah 4.12: Memasukkan grafik ke dalam storyboard

Kesan Khas Video Sesuatu persembahan boleh dijadikan lebih menarik dengan memasukkan kesan khas kepada elemen grafik dalam persembahan tersebut. Perisian Windows Movie Maker menyediakan beberapa kesan khas seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.13.

Bab 4

[WindowsMovieMaker]

Gambarajah 4.13: Kesan khas video (video effect)

Langkah untuk menghasilkan kesan khas video : Pada bahagian Movie Task, klik sub menu Edit Movie. Pilih dan klik sub menu View video effects seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.14. Dalam bahagian Video Effects senarai kesan khas akan dipaparkan.

Gambarajah 4.14: Antara muka kesan khas video

10

Chapter 8

[WindowsMovieMaker] Bab4
Pilih dan klik kesan khas yang dikehendaki. Seteruskan drag dan drop kesan khas tersebut di atas gambar yang dipilih pada storyboard. Paparan dalam Gambarajah 4.15 menunjukkan langkah tersebut.

Gambarajah 4.15: Memasukkan Kesan Khas video ke dalam gambar Ulang langkah yang sama untuk memasukkan kesan khas video kepada gambargambar yang lain. Paparan dalam Gambarajah 4.16 menunjukkan kesan khas telah dimasukkan ke dalam tiga gambar yang berbeza. Bilangan bintang menunjukkan bilangan kesan khas yang dimasukkan. Dalam gambar ketiga dua kesan khas telah dimasukkan seperti yang ditandakan dalam Gambarajah tersebut.

Gambarajah 4.16: Bilangan kesan khas video yang telah dimasukkan ke dalam gambar Seterusnya untuk melihat persembahan yang telah dibangunkan klik butang play seperti yang ditandakan dalam Gambarajah 4.17.

11

Bab 4

[WindowsMovieMaker]

Gambarajah 4.17: Memainkan persembahan yang telah dibangunkan

Transisi Video Transisi video adalah peralihan visual dari satu slaid ke slaid yang lain di dalam suatu persembahan. Ia dapat menarik perhatian penonton atau pelajar apabila persembahan

tersebut dimainkan. Perisian Windows Movie Maker menyediakan pelbagai transisi video yang sesuai dimasukkan di dalam persembahan.

Langkah untuk menghasilkan transisi video : Pada bahagian Movie Task, klik sub menu Edit Movie. Pilih dan klik sub menu View video transitions seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.18. Dalam bahagian Video Transitions senarai transisi akan dipaparkan.

Gambarajah 4.18: Antara muka transisi video

12

Chapter 8

[WindowsMovieMaker] Bab4
Pilih dan klik transisi yang dikehendaki. Seteruskan drag dan drop transisi ini ke petak segi empat yang terletak di antara gambar-gambar. Ruangan ini ditandakan dalam Gambarajah 4.19.

Gambarajah 4.19: Memasukkan transisi video ke dalam persembahan Ulang langkah yang sama untuk memasukkan transisi video kepada gambar-gambar yang lain. Seterusnya untuk melihat persembahan yang telah dibangunkan klik butang play.

Memasukkan Audio Ke Dalam Persembahan Langkah untuk memasukkan audio : Tukarkan paparan storyboard ke paparan timeline dengan mengklik pada ikon yang dilabelkan dalam Gambarajah 4.20.

13

Bab 4

[WindowsMovieMaker]

Gambarajah 4.20: Show Timeline Pada bahagian collections dapatkan paparan fail-fail audio. Pilih dan klik fail audio yang dikehendaki. Seterusnya drag dan drop fail audio ini ke A bahagian audio/muzik dalam paparan timeline pada ruangan ditandakan . Gambarajah 4.21 menunjukkan paparan tersebut. Kelebihan paparan timeline ialah tempoh persembahan sesuatu elemen multimedia dapat ditentukan oleh pembangun, yang mana ianya boleh dipanjangkan atau dipendekkan tempohnya.

Gambarajah 4.21: Memasukkan audio ke dalam persembahan Anda boleh memendekkan tempoh audio dimainkan dengan mengklik dan drag fail audio tersebut ke tempoh yang dikehendaki seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 4.22.

14

Chapter 8

[WindowsMovieMaker] Bab4

Gambarajah 4.22: Memendekkan tempoh audio dimainkan

Memasukkan Video Ke Dalam Persembahan Langkah untuk memasukkan video : Untuk memasukkan video ke dalam persembahan kita boleh menggunakan paparan sama ada storyboard ataupun timeline. o Langkah untuk memasukkan elemen ini adalah sama seperti memasukkan elemen grafik dalam paparan storyboard. o Jika anda ingin memendekkan tempoh video dimainkan maka hendaklah digunakan paparan timeline, klik dan drag fail video tersebut ke tempoh masa yang dikehendaki sama seperti fail audio.

Memasukkan Teks Ke Dalam Persembahan Dengan menggunakan Windows Movie Maker terdapat lima cara untuk memasukkan elemen teks ke dalam persembahan iaitu : Title at the beginning Teks akan diletakkan di permulaan persembahan seperti tajuk bagi persembahan tersebut. Credits at the end Teks akan diletakkan di akhir persembahan. Biasanya digunakan untuk menyatakan penghargaan kepada pembangun persembahan. Title before the selected clip Pilih dan klik gambar/video yang dikehendaki. Teks akan dimasukkan sebelum gambar/video yang dipilih. Title on the selected clip

15

Bab 4

[WindowsMovieMaker]

Pilih dan klik gambar/video yang dikehendaki.Teks akan dimasukkan di atas gambar/video yang dipilih. Title after the selected clip Pilih dan klik gambar/video yang dikehendaki.Teks akan dimasukkan selepas gambar/video yang dipilih.

Langkah untuk memasukkan teks ke dalam persembahan :

Gambarajah 4.23: Memasukkan teks ke dalam persembahan Pada bahagian Movie Task, klik sub menu Edit Movie. Pilih dan klik sub menu Make titles or credits seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.23. Paparan seperti dalam Gambarajah 4.24 akan dihasilkan.

Gambarajah 4.24: Lima cara memasukkan teks Pilih dan klik pilihan anda. Apabila Title at the beginning dipilih dan diklik paparan seperti dalam Gambarajah 4.25 akan dipaparkan. Taipkan teks yang dikehendaki di ruangan yang ditandakan .

16

Chapter 8

[Win ndowsMov vieMaker] Bab4


Untuk menga animasikan teks tersebut klik pad sub men Change the title an n da nu nimation. .

Gambaraj 4.25: Menaip teks jah masi akan d dipaparkan seperti yang ditunjuk kkan dalam Gambaraja 4.26. ah Senarai anim k ang ndaki. Pilih dan klik animasi ya dikehen gedit teks s seperti men nukar saiz dan jenis font, war rna dan pe eratusan Untuk meng ansperansi teks, pilih d klik sub menu Cha dan b ange the tex font and c xt color. tra A Akhir sekali, pilih dan klik sub men Done, ad title to m nu dd movie untuk memasukk teks k kan te ersebut ke dalam perse d embahan.

Gambaraj 4.26: Fo jah ormat teks

17

Bab 4

[WindowsMovieMaker]

Gambarajah 4.27: Teks dimasukkan sebagai title at the beginning Apabila teks dimasukkan tempoh persembahan akan berubah iaitu masa persembahan akan bertambah. Oleh yang demikian tempoh audio/music yang dimainkan hendaklah dipanjangkan agar ianya selari dengan masa persembahan yang dikehendaki. Gambarajah 4.28 menunjukkan tempoh muzik yang telah dipanjangkan. Dalam paparan tersebut tempoh muzik tidak dipanjangkan sehingga klip terakhir kerana klip tersebut adalah elemen video yang telah pun mengandungi audionya sendiri. Langkah yang sama juga digunakan untuk memasukkan teks di atas klip, cuma anda perlu memilih gambar/video dan klik Title on the selected clip. Dalam contoh ini teks Montaj diselitkan pada video montage_sukan dan animasi yang digunakan ialah newspaper seperti ditunjukkan dalam Gambarajah 4.28. Akhir sekali, pilih dan klik sub menu Done, add title to movie. Paparan seperti dalam Gambarajah 4.29 akan terhasil.

18

Chapter 8

[WindowsMovieMaker] Bab4

Gambarajah 4.28: Tempoh muzik yang telah dipanjangkan Dalam Gambarajah 4.28, Title Overlay menunjukkan teks Montaj serta animasinya hanya akan ditayangkan untuk beberapa ketika sahaja dan bukannya sehingga persembahan montage_video itu tamat. Untuk memaparkan teks dan animasi sepanjang persembahan video, anda perlu memanjangkan tempoh teks montaj pada Title Overlay sama seperti dilakukan untuk memanjangkan tempoh muzik.

Gambarajah 4.29: Teks dimasukkan sebagai Title on the selected clip

19

Bab 4

[WindowsMovieMaker]

4.4 MENYIMPAN PERSEMBAHAN

Menyimpan Sebagai Video Langkah untuk menyimpan sebagai video: Pada bahagian Movie Task, klik sub menu Finish Movie. Pilih dan klik sub menu Save to my computer seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.30. Seterusnya ikut arahan yang diberi sehingga movie disimpan. Format fail adalah .wmv. Dalam format ini anda tidak boleh lagi mengedit persembahan tersebut.

Gambarajah 4.30: Menyimpan sebagai movie

Menyimpan Sebagai Fail Projek Jika anda bercadang untuk mengedit persembahan tersebut pada masa akan datang, anda mesti menyimpan persembahan tersebut sebagai projek.

Langkah untuk menyimpan sebagai projek: Pada bahagian menu bar, klik File. Pilih dan klik sub menu Save Project seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 4.31. Seterusnya ikut arahan yang diberi sehingga fail projek disimpan. Format fail projek adalah .mswmm.

20

Chapter 8

[WindowsMovieMaker] Bab4

Gambarajah 4.31: Menyimpan sebagai fail projek

4.5 LATIHAN Bina satu set induksi untuk satu sesi pengajaran berdasarkan topik yang anda ajar. Tempoh persembahan adalah lebih kurang satu hingga dua minit. Anda dikehendaki menggunakan semua elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Anda boleh membina elemen-elemen ini sendiri atau pun memperolehinya dari internet.

21

You might also like