P. 1
Format Rancangan Perniagaan Taska

Format Rancangan Perniagaan Taska

|Views: 864|Likes:
Published by johari_reed8866

More info:

Published by: johari_reed8866 on Mar 28, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/20/2013

pdf

text

original

PROJEK USAHAWAN BUMIPUTRA DALAM BIDANG PERUNCITAN

PROSPER SISWAZAH

RANCANGAN PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH WAN IKMAFARIZ BIN WAN SA’ARI (820501-03-5233) ISTAMATU KIDS CAMPUS Taska Mutiara Idaman NO 2, JALAN 1 / 21 B, TAMAN SETAPAK, 53300 KUALA LUMPUR.

TARIKH 16 Januari 2006

SENARAI KANDUNGAN
1.

PENDAHULUAN DAN PENGENALAN

2. LATARBELAKANG USAHAWAN / AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT
3.

PROFIL PROJEK / LATARBELAKANG PERNIAGAAN

4. ASPEK PENGURUSAN 5. ASPEK PERKHIDMATAN 6. ASPEK PEMASARAN 6.1 6.2 6.3 6.4 KAWASAN / LOKASI PERNIAGAAN PREMIS PERNIAGAAN SASARAN PASARAN SAIZ PASARAN 6.5 SYER PASARAN 6.6 RAMALAN JUALAN 6.7 STRATEGI PEMASARAN 6.8 ANALISA PESAING 6.9 PROMOSI & IKLAN 7. ASPEK KEWANGAN 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5 PERINCIAN ALIR TUNAI PROJEK PENYATA ALIRAN KEWANGAN PENYATA UNTUNG RUGI CADANGAN PEMBIAYAAN PROJEK CADANGAN PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN

8. KESIMPULAN / JUSTIFIKASI 9. LAMPIRAN

1. PENDAHULUAN DAN PENGENALAN

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM 50,000.00 daripada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di bawah Skim Keusahawanan Prosper Siswazah untuk menjalankan perniagaan Taska Mutiara Idaman di Taman Setapak, Kuala Lumpur. Rancangan Perniagaan ini juga bertujuan untuk merancang kewangan, mengawal perbelanjaan syarikat dan membandingkan prestasi tahunan syarikat. Projek yang akan dijalankan adalah perkhidmatan taman asuhan kanakkanak (Taska) yang dinamakan TASKA MUTIARA IDAMAN di bawah syarikat ISTAMATU KIDS CAMPUS di Taman Setapak, Kuala Lumpur. Projek dan lokasi ini dipilih adalah berdasarkan hasil kajian yang dijalankan mendapati masih kurang terdapat taska milik Bumiputra yang beroperasi di kawasan tersebut sedangkan kawasan ini mempunyai bilangan penduduk yang agak ramai dengan majoriti adalah kaum Bumiputra. Potensi projek ini adalah amat baik kerana bilangan taska di kawasan ini masih sedikit. Hanya terdapat 3 buah taska yang sedang beroperasi di sekitar kawasan ini iaitu sebuah di Taman Ibu Kota yang terletak lebih kurang 1 kilometer dari lokasi projek dan 2 buah taska di Taman Setapak yang terletak lebih kurang 300 meter dari kawasan projek. Dua buah daripada taska tersebut dimiliki oleh Bumiputra manakala sebuah lagi taska dimiliki oleh kaum Cina. Dengan majoriti penduduk adalah kaum Bumiputra dan persaingan yang kurang, saya berkeyakinan penuh projek ini akan berjaya.

2. LATAR BELAKANG PENGARAH
2.1 BUTIR-BUTIR PERIBADI Nama No. Kad Pengenalan Alamat Tetap Tarikh Lahir Umur Jantina Taraf Perkahwinan Warganegara Taraf Pendidikan Kelulusan Akademik Agama Pengalaman Kerja Pekerjaan Sekarang Kursus-kursus Yang Dihadiri

USAHAWAN

/

AHLI

LEMBAGA

: Wan Ikmafariz Bin Wan Sa’ari : 820501-03-6233 : No 23 Jalan 9C/6, Taman Setapak Indah, 53100 Kuala Lumpur : 1 Mei 1982 : 24 tahun : Lelaki : Bujang : Malaysia : Diploma : Diploma Perakaunan (UiTM Shah Alam) : Islam : 1. Kerani (AmBank Group) Feb 2004 – Feb 2006 2. Pekerja Am (PM Enterprise) Oct 2003 – Jan 2004 : Kerani AmBank Group (Notis 1 bulan) : 1. Skim Keusahawan Prosper Siswazah anjuran PUNB 2. Skim Usahawan Siswazah (SUS) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan 3. Memulakan Perniagaan Kecil anjuran Entrepreneurs Development Institute : Mengendalikan komputer (software and hardware) : Pengurus dan Pengetua : 03-4024 7544 : 012-342 4246 : Taska Bunga Tanjung, Taska Ilham Bestari, Taska Putera dan Taska Sutera : Tuan Haji Wan Roslan Bin Haji Wan Salleh : Pengerusi Taska Bunga Tanjung, Taska Ilham Bestari, Taska Putera dan Taska Sutera : Taska Bunga Tanjung, Lot Banglo, Jalan Pandan Indah 1/16,Taman Pandah Indah,55100 KL. : 03-9274 3572 (Pejabat) 019-310 9859 (H/P)

Kemahiran/Kebolehan Jawatan Dalam Syarikat No Telefon Rumah Handphone Sumber Rujukan Nama Pekerjaan Alamat No. Tel

2.2 AKAUN BANK DAN KAD KREDIT Nama Bank 1. 2. AmBank Group Maybank Jenis Akaun Akaun Simpanan Akaun Simpanan Wadiah No Akaun 066-001-020883-3 164687015554

Jenis Kad Kredit _ 1. ____________________________

No Akaun _ _____________________

2.3 BUTIR-BUTIR PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN a. Pendapatan 1. Pendapatan Individu Jumlah (a) b. Perbelanjaan 1. Perbelanjaan Harian 2. KWSP 3. Insurans 4. Bayaran Pinjaman PTPTN 5. Bil Telefon Bimbit Jumlah (b) Lebihan / (kurangan) : a – b RM 300.00 RM 130.20 RM 37.00 RM 126.56 RM 80.00 RM 673.76 RM 411.24 RM 1,085.00 RM 1,085.00

2.4 HARTA DAN TANGGUNGAN Harta 1. Kenderaan (No) JGP 4627 (motosikal) Jumlah I RM 3,000.00 RM 3,000.00

Tanggungan

1. Pinjaman Perumahan
2. Pinjaman PTPTN Jumlah II RM 126.56 RM 126.56

-

Nilai Bersih Harta (I – II)

RM 2,873.44

3. PROFIL PROJEK/LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
3.1 BUTIR-BUTIR PERNIAGAAN / SYARIKAT Nama Syarikat Alamat Perniagaan : ISTAMATU KIDS CAMPUS : Taska Mutiara Idaman, No 2, Jalan 1/21B, Taman Setapak, 53300 Kuala Lumpur No Talipon E-mail Jenis Perniagaan : : 012-3424246 : istamatu_kidscampus@yahoo.com

X

Milik Tunggal Perkongsian Koperasi

Sdn Berhad Syer Awam Perbadanan

Tarikh Daftar Perniagaan : Belum didaftarkan 3.2 PROJEK CADANGAN 1. Jenis 2. Jumlah Kos 3. Modal Sendiri 4. Jumlah Modal Diperlukan 5. Pembiayaan Ekuiti PUNB 6. Cadangan Bayaran Balik Pinjaman Tempoh Bayaran Balik Ansuran Bulanan : 7 tahun : RM 720.00 : Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) : RM 50,500.00 : RM 500.00 : RM 50,500.00 : RM 50,000.00

4. ASPEK PENGURUSAN
1. Nama No KP Umur Jawatan Kelulusan Pengalaman Gaji Bulanan Tanggungjawab : Wan Ikmafariz Bin Wan Sa’ari : 820501-03-6233 : 24 tahun : Pengurus dan Pengetua : Diploma Perakaunan (UiTM Shah Alam) : Bekerja sebagai kerani di AmBank Group selama 2 tahun : RM 800.00 : Mengurus, mentadbir dan mengawal aktiviti, operasi dan kewangan serta merancang strategi syarikat. Memastikan pergerakan syarikat mengikut arah perancangan yang telah dirancang.

5. ASPEK PERKHIDMATAN
5.1 Peralatan / Mesin Yang Diperlukan JENIS Komputer Perabot Peralatan Mainan (Luaran) PeralatanMainan (Dalaman) Peralatan Elektrik Peralatan Bantu Belajar Tangga Keselamatan Penyaman Udara Telefon Papan Tanda 5.2 Bahan Mentah / Stok JENIS Barangan Makanan (Kering) HARGA (RM) 150.00 PEMBEKAL Pembekal sekitar KL BIL UNIT 1 5 3 2 4 1 1 1 1 1 HARGA (RM) 2,500.00 3,500.00 4,000.00 1,000.00 2,500.00 800.00 1,500.00 1,000.00 200.00 2,000.00 PEMBEKAL Jaya Com Sdn Bhd Pembekal sekitar KL Pembekal sekitar KL Pembekal sekitar KL Pembekal sekitar KL Pembekal sekitar KL Pembekal sekitar KL Pembekal sekitar KL TM Berhad Pembekal sekitar KL

Barangan Makanan (Basah)

150.00

Pembekal sekitar KL

6. ASPEK PEMASARAN
6.1 KAWASAN / LOKASI PERNIAGAAN

Taska Mutiara Idaman terletak di kawasan perumahan Taman Setapak, Kuala Lumpur yang mempunyai anggaran 5000 buah keluarga. Terdapat beberapa jenis rumah di kawasan ini termasuklah rumah teres setingkat, 2 tingkat, kondominium, apartment, dan rumah pangsa. Di sini juga terdapat beberapa buah sekolah rendah dan menengah di antaranya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota, dan Sekolah Rendah Kebangsaan Danau Kota.Terdapat juga beberapa buah surau dan masjid berdekatan kawasan ini di antaranya ialah Surau At-Taqwa Taman Setapak, Surau Taman Ibu Kota, Masjid Jamek Batu 4 ½, Jalan Gombak dan Masjid Jamek Sungai Mulia Batu 5, Jalan Gombak.
6.2 PREMIS PERNIAGAAN

Lokasi taska yang dicadangkan ialah di kawasan perumahan di Taman Setapak, Kuala Lumpur. Lokasi ini dipilih kerana ianya terletak di kawasan yang dipenuhi perumahan yang mana ianya akan memudahkan para ibu bapa dan penjaga yang tinggal berdekatan untuk menghantar anak-anak mereka ke taska ini. Laluan di kawasan lokasi taska ini juga merupakan laluan utama para penduduk dan perkhidmatan bas bandar yang ingin ke jalan utama Gombak. Ini memberikan satu kelebihan dari segi pengiklanan percuma kepada taska kami. Lokasi taska ini juga terletak berhampiran dengan tapak pasar malam yang beroperasi setiap hari Rabu malam Khamis. Antara kelebihan lokasi ini ialah kurang pesaing dan terletak di kawasan yang padat dengan penempatan penduduk dan kawasan perumahan. Premis yang dicadangkan adalah Rumah Teres Tepi dua tingkat (corner lot) yang mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Keluasan rumah ini ialah 80’ x 16’ kaki, manakala lebar tanah tepi ialah 20’ kaki. Kadar sewa bulanan ialah RM 1,400.00. Pengubahsuaian akan dilakukan ke atas premis ini untuk menampilkan ciri-ciri sebuah taska yang ceria dan mewujudkan satu suasana yang selesa dan mesra kanak-kanak

yang mana ianya mampu menarik perhatian para ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke taska kami.
6.3 SASARAN PASARAN

Sasaran pasaran taska ini adalah kepada para ibu bapa dan penjaga yang bekerja yang tinggal di sekitar Taman Setapak, Teratai Mewah, Taman Danau Kota, Taman Ibu Kota dan Taman Setapak Indah dan sekitarnya tanpa mengira bangsa, pendapatan dan sebagainya. Jika dilihat dari segi komposisi penduduk di kawasan ini, mereka terdiri daripada pelbagai peringkat, samaada dari segi pekerjaan, pendidikan, pendapatan dan taraf hidup.
6.4 SAIZ PASARAN

Saiz pasaran di kawasan ini dianggarkan lebih kurang 5000 buah keluarga. Penduduk di sini terdiri daripada kakitangan kerajaan (20%), pekerja swasta (40%), dan mereka yang menjalankan perniagaan sendiri (40%). Penduduk di sini di jangka meningkat dengan kewujudan beberapa lagi kawasan perumahan baru, yang dalam proses pembinaan.
6.5 SYER PASARAN

Berdasarkan kepada analisa ke atas keupayaan pesaing, syarikat mensasarkan untuk mencapai sekurang-kurangnya 0.5% syer pasaran daripada saiz pasaran (anggaran 1 keluarga menghantar seorang anak daripada 5000 buah keluarga) untuk peringkat awal operasi. Dan menjelang akhir tahun kedua operasi, syarikat menjangkakan dapat menguasai 0.7% syer pasaran melalui kaedah promosi dan strategi-strategi yang telah dirancang secara tersusun.
6.6 RAMALAN JUALAN

Melihat kepada saiz pasaran dan syer pasaran yang disasarkan, kami menganggarkan pendapatan untuk bulan pertama operasi adalah sebanyak RM1,160.00 berdasarkan andaian di mana pada bulan tersebut kami mampu menarik secara purata seramai 5 orang kanak-kanak. Dan melalui kaedah promosi yang telah dirancang secara

tersusun, kami menjangkakan pendapatan akan mula meningkat pada bulan-bulan berikutnya.

6.7 STRATEGI PEMASARAN

Untuk meningkatkan daya saing syarikat, kami akan mempastikan bahawa perkhidmatan yang akan diberikan adalah yang terbaik. Kami juga akan menawarkan caj perkhidmatan penjagaan dan pengasuhan yang berpatutan dan dengan kadar yang tetap bagi semua peringkat umur iaitu dari 2 bulan hingga ke 5 tahun iaitu RM250.00 seorang sebulan. Manakala untuk perkhidmatan transit, caj yang dikenakan adalah RM160.00 seorang sebulan. Jika dibandingkan dengan pesaing-pesaing kami, mereka mengenakan caj perkhidmatan penjagaan dan pengasuhan mengikut peringkat umur, yang mana bagi bayi di bawah umur 1 tahun, caj yang dikenakan adalah RM280.00, dan bagi peringkat umur 1 tahun ke atas, caj yang dikenakan adalah RM250.00. Kami juga akan menyediakan pakej harga yang menarik bagi para ibu bapa yang menghantar anakanak mereka lebih daripada 2 orang. Kami juga akan menitikberatkan suasana ceria dan keselesaan taska, dengan mengecat taska kami dengan warna dan corak-corak yang mampu memberi daya tarikan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke taska kami. Dari segi peralatan pula, kami akan menggunakan barangan dan peralatan permainan yang bermutu tinggi dan dijamin tahap keselamatannya. Di samping itu, kami juga akan menerbitkan buletin bulanan yang mengandungi aktiviti-aktiviti taska seperti kegiatan kanak-kanak, berita-berita mengenai taska kami, dan maklumat-maklumat serta bahan bacaan ilmiah kepada para ibu bapa. Ini adalah merupakan faktor “WOW” (value added) kepada taska kami yang mana ianya mampu menarik perhatian para ibu bapa kerana dengan secara tidak langsung, mereka (ibu bapa) akan dapat mengikuti perkembangan anak-anak mereka di samping dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka tentang dunia anak-anak mereka, ilmu keibubapaan dan kekeluargaan melalui artikel-artikel dan bahan-bahan bacaan ilmiah yang akan dimuatkan di dalam buletin bulanan ini.

Dengan strategi-strategi dan keistimewaan yang telah kami rangka ini, kami yakin akan dapat menarik minat dan kepercayaan para ibu bapa untuk menghantar anakanak mereka dengan penuh keyakinan dan pengharapan agar anak-anak mereka mendapat pengasuhan dan penjagaan yang terbaik sepanjang berada di bawah jagaan Taska Mutiara Idaman.
6.8 ANALISA PESAING

Terdapat 3 pesaing utama yang beroperasi di sekitar Taman Setapak iaitu:

Taska
Taska Bintang Gemilang Taska Cerdik (Cina) Taska Impian Manja

Kedudukan
Stabil Stabil

Kekuatan
Telah lama beroperasi (4 tahun) Telah lama beroperasi. Mempunyai pelanggan tetap dikalangan kaum Cina. Mempunyai cawangan. Masih baru (1 bulan)

Kelemahan
Rumah teres setingkat lot tepi, keadaan taska yang tidak ceria. Tidak mengambil kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah. Tidak mempunyai perkhidmatan transit Terhad kepada kaum Cina. Lokasi yang terletak agak jauh dari laluan utama.

Baru dibuka (Januari 2006)

Perbandingan di antara pesaing-pesaing

Taska
Taska Bintang Gemilang Taska Cerdik (Cina) Taska Impian Manja

Kadar caj yang dikenakan
1 tahun ke bawah = RM 280.00 1 tahun – 5 tahun = RM 250.00 Transit = RM 160.00 3 tahun – 5 tahun = RM 390.00 1 tahun ke bawah = RM 280.00 1 tahun – 5 tahun = RM 250.00 Transit = RM 160.00

Waktu Operasi
7.00 pg – 6.00 ptg 8.30 pg – 6.30 ptg 7.30 pg – 6.30 ptg

6.9 PROMOSI DAN IKLAN

Promosi dan pengiklanan merupakan salah satu aspek penting yang akan diberi penekanan dalam operasi syarikat terutama sekali di peringkat awal penubuhan syarikat. Tumpuan promosi pada peringkat awal adalah untuk menyedarkan penduduk Taman Setapak dan sekitarnya tentang kewujudan taska dan menarik perhatian mereka. Antara

kaedah promosi yang akan dilakukan adalah pengedaran poster dari rumah ke rumah, masjid-masjid serta surau-surau yang berdekatan. Kain-kain rentang dan papan-papan tanda yang kreatif akan diletakkan di beberapa kawasan yang strategik dan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai.
7. ASPEK KEWANGAN 7.1 PERINCIAN ALIR TUNAI PROJEK 7.2 PENYATA ALIRAN KEWANGAN Bulanan selama 2 tahun Tahunan selama 5 tahun 7.3 PENYATA UNTUNG RUGI Bulanan selama 2 tahun Tahunan selama 5 tahun 7.4 CADANGAN PEMBIAYAAN PROJEK

8. KESIMPULAN/JUSTIFIKASI

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan, maklumat yang diperolehi serta jangkaan kedudukan dan keuntungan syarikat, juga dengan kerjasama dan tunjuk ajar dari pihak PUNB, dan sumber rujukan dari pihak Taska Bunga Tanjung, Taska Ilham Bestari, Taska Putera dan Taska Sutera, disertakan dengan strategi-strategi yang telah dirangka, kami berkeyakinan penuh bahawa projek taska yang dicadangkan ini adalah berdaya maju dan mampu bersaing dengan taska-taska sedia ada. Selain daripada itu, matlamat kami adalah untuk menjadi contoh usahawan PUNB kepada Bumiputra lain yang ingin menceburi bidang perniagaan yang sama, dengan memberi taklimat, penerangan dan latihan amali di taska kami nanti. Memandangkan rumah yang telah kami sewa akan dikosongkan pada bulan Februari 2006, kami menjangkakan akan memulakan kerja-kerja pra operasi seperti mendaftar syarikat, mengecat rumah, membeli kelengkapan, dan melakukan promosi pada bulan tersebut. Ianya bagi memudahkan kami untuk membuat persediaan bagi memulakan operasi pada bulan Mac 2006. Harapan kami agar cadangan projek taska ini akan mendapat pertimbangan yang sewajar dan sepenuhnya dari pihak PUNB demi untuk meningkatkan kedudukan taraf ekonomi kaum Bumiputra di negara ini. Sekian, terima kasih.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->