You are on page 1of 3

Imaginasi membawa maksud daya khayal atau daya kemampuan seseorang individu menggambarkan sesuatu dalam angan-angan dan

mencipta sesuatu secara khayalan.Kanak-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Namun begitu, bukan sahaja kanak-kanak yang berimaginasi akan tetapi orang dewasa juga sering berimaginasi. Setiap percakapan, perbuatan dan imaginasi kita akan dirakam oleh minda separa sedar dan minda separa sedar akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap kata-kata dan imaginasi kita. Imaginasi boleh mendatangkan kesan yang positif dan negatif. Imaginasi yang baik, memberikan hasil yang baik, manakala imaginasi yang buruk akan memberikan hasil yang buruk, dalam erti kata yang lain, kita bertanggungjawab kepada apa yang diimaginasikan. Kesan imaginasi yang positif ialah seseorang berimaginasi boleh membantu dalam penambahbaikan mutu kerja / hasil kerja atau juga merangka pembelajaran dan pengajaran yang menarik. Selain itu juga, berimaginasi dapat menajamkan dan boleh mempelbagaikan idea-idea selain membentuk dan meningkatkan kualiti kekreatifan seseorang murid. Justeru, ia dapat menerokai jangkauan perkara-perkara yang akan berlaku. Atau pun murid tersebut mampu mengeluarkan idea yang bernas dan mampu memberi perubahan yang besar pada peredaran dunia. Manakala kesan negatif pula ialah imaginasi yang tidak dilakukan dengan bijaksana. Antaranya mungkin menyebabkan seseorang hilang fokus pada sesuatu idea yang difikirkan, akan timbul perasaan dan perlakuan suka berangan atau berada dalam dunia khayalan yang tidak difahami oleh orang lain dan menyebabkan seseorang membuat sesuatu kerja tanpa mengikut kehendak sebenar arahan serta tindakannya boleh dianggap sia-sia atau tidak menepati kehendak. Justeru itu, kita harus berwaspada apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja yang suka berimaginasi. Salam, Kanak-kanak adalah insan yang gemar dan biasa berfikir dengan menggunakan imaginasi. Mereka menggunakan imaginasi, jauh sebelum mereka memiliki kemampuan berbahasa. Imaginasi kreatif adalah kemampuan berimaginasi yang hebat dan ianya membawa hasil yang diingini dengan cara menghilangkan setiap halangan atau gangguan keatas setiap pencapaian yang diinginkan. Dengan kata yang lain, jika kita membayangkan sesuatu yang kita bayangkan dengan kesedaran terarah, demi mencapai tujuan tertentu. Sekiranya kita sentiasa melakukan semua perkara ini, maka kejayaan akan berada di tangan anda. Dalam hal ini, imaginasi kreatif bukanlah satu angan-angan kosong, tetapi ianya adalah satu impian yang terarah dan telah mendatangkan kesan yang positif. Namun, kita jangan melakukan imaginasi kreatif yang menghala kearah yang negatif, kerana ia akan mengakibatkan kerugian kepada diri kita. Contohnya, kita telah pun berazam untuk melanjutkan pelajaran di universiti, namun perasaan bimbang sentiasa menghantui diri anda, Anda bimbang gagal, berfikir tentang gagal, selalu membayangkan bagaimana keadaan sekiranya gagal. Akhirnya keputusan yang diperolehi oleh anda gagal. Jadi sekiranya anda inginkan kejayaan , sentiasa berfikir tentang kejayaan bukan sebaliknya. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, imaginasi adalah daya khayalan, daya atau kemampuan menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan. Imaginasi merupakan satu perkara yang akan wujud pada manusia. Setiap orang mempunyai imaginasi yang tersendiri. Ia merupakan suatu perkara yang tidak boleh dielakkan atau dinafikan kewujudannya. Imaginasi mencakupi penglihatan fikiran, suara, rasa, sentuhan dan sensasi lain tubuh. Kita dapat menciptakan alam lain di dalam kepala kita ketika kita menggunakannya. Hal ini terjadi kerana otak manusia adalah jaringan saraf terkompleks di dunia dan yang memiliki ragam kemampuan yang luar biasa.Kanak-kanak dan imaginasi adalah sesuatu yang saling berkait rapat. Mereka belajar menerusi imaginasi. Imaginasi kanak-kanak kadang-kada Di antara individu yang paling memberi kesan terhadap imaginasi kanak-kanak ialah mereka yang

paling rapat dengannya, iaitu ibu bapa atau pengasuh.Menurut Marjorie Taylor, seorang pakar psikologi merangkap penyelidik daripada University of Oregon in Eugene, kanak-kanak menggunakan imaginasi sebagai alat pemikiran mereka.Mereka menggunakan imaginasi untuk mencari penjelasan kepada beberapa perkara yang sukar mereka fahami dalam kehidupan, seperti masalah keluarga, isu ketuhanan, mahupun dunia kanak-kanak sebelum kelahiran. Saya berpandapat imaginasi yang positif atau negatif adalah terletak pada individu tersebut. Antara kesan positif imaginasi ialah menghasilkan idea yang bernas. Imaginasi merupakan suatu perkara yang positif dalam kehidpan seseorang.Ia bermanfaat bukan sahaja dalam kehidupan harian, tetapi juga dalam pekerjaan dan pembelajaran. Ia membantu kita membuat penilaian, keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. Imaginasi juga merealisasikan impian yang kita harapkan. Lagi kuat imaginasi dan keinginan kita tetapkan, lagi besarlah peluang impian dan cita-cita itu untuk tercapai. Imaginasi yang positif merupakan satu tapak asas bagi ke arah cita-cita yang diimpikan. Ia memberikan ruang kepada setiap insan untuk membayangkan kehidupan masa akan datang. Ia juga memberikan motivasi kepada seseorang itu untuk meneruskan kehidupannya. Selain itu, kita mestilah berusaha dengan gigih unutk merealisasikan imaginasi itu. Imaginasi adalah ditentukan oleh setiap individu menerusi cara pelaksanaannya. Jika imaginasi yang positif, tanpa usaha ia sia-sia sahaja. Di samping itu, imaginasi yang positif memboleh seseorang itu berasa lega hati. Ini merupakan satu cara unutk mengurang tekanan diri kita. Kesan negatif pula ialah imaginasi yang tidak dilakukan dengan bijaksana. Antaranya mungkin menyebabkan seseorang hilang fokus pada sesuatu idea yang difikirkan, akan timbul perasaan dan perlakuan suka berangan atau berada dalam dunia khayalan yang tidak difahami oleh orang lain dan menyebabkan seseorang membuat sesuatu kerja tanpa mengikut kehendak sebenar arahan serta tindakannya boleh dianggap sia-sia atau tidak menepati kehendak. Justeru itu, kita harus berwaspada apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja yang suka berimaginasi. menghasilkan mutu kerja yang rendah kerana asyik fikir kosong saja. Imaginasi juga tidak reslistik. Orang sekarang lebih suka berfikir kosong dan bercakap kosong. Bila diminta buat apa yang dikatakan itu, mereka terus melepaskan diri. Ini kerana mereka sentiasa berfikiran negatif. Belum cuba sudah mengalah. Sekian...

Walaupun kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menyuntik rangsangan yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak pula akan lebih bermotivasi untuk melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun media-media yang baru. Dengan memperkenalkan alatan-alatan tertentu, ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak. Kit pembinaan tradisional seperti blok-blok berwarna mendorong daya reka cipta kanak-kanak untuk membina rumah atau istana serta mempelajari struktur objek di sekeliling mereka. Dengan teknologi terkini, kanak-kanak boleh didedahkan kepada penggunaan perisian-perisian tertentu yang dapat membantu mereka mencipta imej-imej di komputer yang bukan sahaja boleh diwarnakan dengan pelbagai warna yang menarik, malah mampu bergerak dan bersuara. Apa jua bentuk rangsangan yang diperkenalkan mampu meningkatkan daya fikir mereka kerana kanak-kanak perlu memahami terlebih dahulu bagaimana objek di sekeliling mereka berfungsi supaya imitasi dapat dilakukan kepada hasil

seni mereka Bagi murid yang sudah menguasai sesuatu kemahiran-kemah Menerusi imaginasi murid dapat meluahkan perasaan. Contoh imaginasi yang paling berkesan terhadap murid ialah mimpi kerana ia boleh menyentuh perasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi contohnya adalah satu cara mengekspresi diri mereka ketika dalam ketakutan atau kegembiraan. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi diantara guru dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik,imej unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna dalam proses menggambar. Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri mereka. Bertitik-tolak daripada faktor inilah pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru pendidikan seni visual sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.

Salam 1 Malaysia,

Salah satu kebaika daya imaginasi kanak-kanak dapat membantu mereka menguasai teknik bercerita. Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Melalui teknik penceritaan kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham apabila mereka belajar dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secara lumrahnya manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi kesan apaapa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka akan mengingatinya.

Manakala keburukkan imaginasi dapat menjadikan kanak-kanak hilang fokus semasa belajar.Mereka leka dengan dunia khayalan mereka seperti terikut-ikut watak dalam kartun yang ditonton serta dibaca dalam komik. Dengan itu prestasi akedemik mereka akan merosot.

You might also like