You are on page 1of 9

PENGARUH AMALAN PENGURUSAN PEMIMPIN SEKOLAH TERHADAP KOMITMEN DAN TINGKAHLAKU INOVATIF GURU Dr. Rusmini bt.

Ku Ahmad Zahari bin Ahamad Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara amalan pengurusan pemimpin sekolah terhadap komitmen serta tingkah laku inovatif guru. Amalan pengurusan pemimpin sekolah merujuk kepada semua aktiviti dan peranan yang dimainkan oleh pengetua semasa mereka menjalankan tugas-tugas pengurusan di sekolah. Di dalam kajian ini amalan pengurusan pemimpin diukur dengan menggunakan Taksonomi Amalan-amalan Pengurusan Yukl (2002) yang terdiri daripada 14 tingkah laku pemimpin yang menjadi amalan dalam bidang pengurusan . Dimensi tingkah laku inovatif dibina melalui gabungan definisi penjanaan idea dan implementasi idea. Sampel kajian terdiri daripada 246 orang guru dari 10 buah sekolah cemerlang di Malaysia yang telah dikenal pasti oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Melalui soal selidik yang diberi, penganalisisan data dibuat menggunakan kaedah Analisis Deskriptif , Korelasi Pearson dan Analisis Regreasi Berganda. Hasil kajian mendapati ciri kepimpinan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku inovatif guru. Dengan menggunakan analisis Regreasi Berganda, didapati ciri kepimpinan menyumbang sebanyak 37.8% kepada tingkahlaku inovatif guru. Kajian juga mengenalpasti 3 amalan pengurusan pemimpin yang mempunyai lebih pengaruh terhadap tingkahlaku inovatif guru iaitu pemberitahuan (informing), motivasi dan jaringan kerjasama (networking). Manakala pemboleh ubah komitmen organisasi bertindak sebagai penyederhanaan apabila menambahkan sumbangan kepada tingkah laku inovatif daripada 36.1% kepada 37.8% . Ini bermakna komitmen guru terhadap organisasi atau sekolah menjadikan guru lebih berinovasi dan guru yang komited akan sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan kepada sekolah.

Pengenalan Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan dan kecemerlangan sekolah. Untuk itu sesebuah sekolah harus dapat mengenal pasti kebolehan individu untuk melakukan inovasi serta menjadikannya sebagai satu amalan. Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi dan bagaimanakah ia berlaku? Inovasi merupakan satu tindakan memperkenalkan sesuatu amalan baru atau melakukan perubahan bagi meningkatkan keberkesanan organisasi.
1

Asas kepada inovasi adalah kreativiti (Scott & Bruce, 1994) di mana kreativiti merupakan satu proses yang membantu menjana idea-idea. Penjanaan idea kreatif serta implementasi idea itu merupakan satu tindakan inovatif ( de Jong & Den Hartog ,2007). Walau bagaimanapun faedah daripada inovasi tidak dapat digunakan kecuali ianya diamalkan dan disebar luas dalam organisasi. Kreativiti dan inovasi harus bermula di sekolah. Elemen-elemen ini menjadi teras dalam sistem pendidikan bagi melahirkan murid-murid yang kreatif dan berinovatif, tanpa kedua-dua elemen itu, tahap pemikiran mereka tidak akan berkembang dan proses pengajaran serta pembelajaran menjadi bosan terutama kepada mereka yang celik komputer. Tugas-tugas yang dijalankan pada masa kini adalah berteraskan kepada knowledge-based. Dalam konteks ini guru-guru harus komited bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui kebolehan mereka menjana idea dan menggunakannya untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang baru dan lebih baik. Inovasi individu merupakan teras kepada kerangka pengurusan termasuk pengurusan kualiti menyeluruh, penambahbaikan berterusan dan organisasi pembelajaran. Inovasi individu diukur melalui ciri personaliti atau output. Terdapat banyak kajian yang menjelaskan hubungan antara kepimpinan sekolah dengan komitmen, efikasi serta kepuasan kerja guru. Namun begitu masih terdapat kekurangan kajian yang memberikan tumpuan terhadap hubungan pemimpin sekolah dengan komitmen dan tingkah laku inovatif guru. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan tingkah laku inovatif mempunyai hubungan dengan interaksi sesama individu dalam organisasi. Secara umumnya pemimpin mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku guru. Begitu juga dengan tingkah laku inovatif. Walaupun banyak pandangan menyatakan pengaruh pemimpin terhadap komitmen dan tingkah laku inovatif guru, masih terdapat kekurangan kajian-kajian yang menunjukkan hubungan antara komitmen, tingkah laku inovatif guru dengan pengaruh pemimpin. Oleh itu kajian ini cuba melihat hubungan antara amalan pengurusan pemimpin dengan komitmen serta tingkah laku inovatif guru. Latar belakang Tingkah laku inovatif Menurut Zaltman et al. 1973; Axtell et al. 2000, proses inovasi mengandungi dua fasa iaitu penjanaan idea dan idea implementasi. Banyak kajian telah memberikan perhatian terhadap kreativiti atau penjanaan idea (Mumford, 2000; McAdam and McClelland, 2002). Namun begitu inovasi seharusnya melibatkan implementasi idea. De Jong dan Den Hartog (2007), memberikan definisi tingkah laku inovatif sebagai penjanaan idea dan aplikasi sama ada sebagai tugas individu, kumpulan atau organisasi. Inovasi boleh disemai dalam organisasi dengan meneroka peluang, mengenal pasti jurang prestasi atau mengutarakan cadangan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Peluang-peluang untuk menjana idea dalam organisasi seperti melakukan penambahbaikan dalam bidang tugas untuk meningkatkan kepuasan pelanggan serta meningkatkan prestasi organisasi. Dalam proses implementasi, staf boleh menunjukkan tingkah laku berasaskan aplikasi
2

contohnya staf yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap sesuatu idea boleh mempengaruhi orang lain untuk mengimplementasikan idea itu. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan kreativiti dan inovasi berkait rapat. Namun begitu kajian ini akan mengambil kira penjanaan idea dan implementasi idea sebagai tingkah laku inovatif. Komitmen Komitmen merupakan satu sikap atau perlakuan pekerja yang amat penting dan ia menjadi tumpuan para penyelidik dalam bidang gelagat organisasi, pengurusan dan pengurusan sumber manusia. Ini kerana pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi akan menyumbang kepada matlamat organisasi. Mowdey, Steers dan Porter (1979), mendefinisikan komitmen sebagai tingkah laku individu yang mempunyai satu kepercayaan kuat terhadap nilai dan matlamat organisasi, semangat sukarela untuk berusaha meningkatkan organisasi dan keinginan yang kuat untuk terus kekal dalam organisasi. Allen dan Meyer (1990) telah mengenal pasti tiga bentuk komitmen iaitu afektif, berterusan dan normatif. Komitmen afektif ialah komitmen yang timbul hasil ikatan emosi antara pekerja dengan organisasi dan sanggup membantu organisasi mencapai matlamat. Komitmen berterusan ialah hasrat pekerja untuk terus kekal dalam organisasi kerana kos yang ditanggung jika meninggalkan organisasi dan kerana ganjaran yang akan dinikmati jika kekal dalam organisasi. Komitmen normatif merujuk kepada perasaan tanggung jawab pihak pekerja untuk terus kekal menjadi ahli organisasi hasil pendedahan kepada matlamat organisasi. Terdapat banyak kajian-kajian sekolah berkesan yang menghubungkaitkan komitmen guru dengan peningkatan keberkesanan sekolah. Kebanyakan tinjauan literatur menunjukkan komitmen organisasi merupakan penyumbang utama terhadap keberkesanan sekolah. Komitmen organisasi dikatakan peramal yang baik terhadap tingkah laku pekerja berbanding dengan ukuran lain seperti kepuasan kerja (Vroom, 1964; Steer & Porter, 1984). Kajian-kajian terdahulu secara konsisten menunjukkan komitmen mempunyai hubungan yang positif dengan prestasi organisasi. Firestone & Rosenblum (1988) menyatakan komitmen sangat penting kepada guru terutamanya untuk meningkatkan motivasi bagi menangani pelbagai perubahan yang menuntut jangkaan yang tinggi dalam profesion perguruan. Kepimpinan Kepimpinan merujuk kepada proses mempengaruhi orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat (Yukl, 2002; Bryman, 1992). Kajian-kajian mengenai kepimpinan telah memberikan penekanan daripada pelbagai perspektif seperti trait, tingkah laku dan pengaruh situasi ke atas keberkesanan pemimpin. Walaupun kajian-kajian terkini kepimpinan memfokuskan kepada kepimpinan transformasional dan kepimpinan karismatik namun begitu kajian ini memberikan tumpuan kepada perspektif tingkah laku dan hubungannya dengan komitmen dan tingkah laku inovatif guru. Kajian-kajian lalu menunjukkan kepimpinan transformasi, kepimpinan penyertaan (participative leadership) dan
3

teori LMX (leader-member exchange theory) mempunyai hubungan dengan tingkah laku inovatif individu. Kepimpinan transformasi telah menunjukkan hubungan yang positif dengan kreativiti dalam beberapa kajian yang dijalankan dalam bidang perniagaan (Kahai, et al. 2003;Shin dan Zhou, 2003). Ini kerana kepimpinan transformasi merangsang pemikiran individu untuk menjana ideaidea baru serta membina potensi individu. Namun begitu terdapat juga kajian yang menunjukkan kepimpinan transformasi kurang memberikan kesan terhadap kreativiti individu (Jaussi dan Dionne, 2003). Kepimpinan penyertaan melibatkan pelbagai prosedur membuat keputusan yang mempengaruhi keputusan pemimpin. Kepimpinan penyertaan terdapat dalam pelbagai cara seperti konsultasi, penyelesaian masalah secara bersama dan delegasi. Kepimpinan ini telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada tingkah laku inovatif individu (Axtell et al. 2000). Teori LMX memberikan tumpuan kepada pertukaran hubungan antara pemimpin dan pengikut. Teori ini menjelaskan hubungan pemimpin dan pengikut akan menghasilkan kepuasan kerja, meningkatkan komitmen, kejelasan tugas dan prestasi organisasi (Yukl, 2002). Graen dan Sandura (1987 ), menyatakan hubungan pemimpin dan staf mempunyai hubungan dengan inovasi. Objektif Berdasarkan kepada kajian-kajian yang lalu maka kajian ini bertujuan untuk mengkaji: a. Hubungan antara amalan pengurusan pemimpin dengan tingkah laku inovatif guru b. Peranan komitmen organisasi sebagai pemboleh ubah penyederhana antara hubungan amalan pengurusan pemimpin dengan tingkah laku inovatif guru Kaedah Kajian ini merupakan kajian kuantitatif. Pensampelan, kaedah dan instrumen akan dijelaskan dalam bahagian ini. Pensampelan Untuk menguji objektif kajian ini, data telah dikumpulkan daripada sampel sepuluh buah sekolah cemerlang di seluruh Malaysia seperti yang telah dikenal pasti oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. Setiap sekolah dibekalkan soal selidik kepada 30 orang guru. Sebanyak 246 orang guru daripada 300 orang bagi kesemua sekolah telah mengembalikan soal selidik masing-masing. Pengumpulan data Soal selidik telah diedarkan ke sepuluh buah sekolah melalui pos. Pengetua sekolah telah dihubungi sebelum soal selidik diedarkan. Semua maklumat yang diberikan oleh guru adalah untuk kegunaan penyelidikan sahaja.
4

Instrumen Keseluruhan instrumen kajian adalah berdasarkan kepada ukuran pemboleh ubah tak bersandar iaitu ciri kepimpinan, pemboleh ubah penyederhana; komitmen organisasi dan pemboleh ubah bersandar tingkah laku inovatif dapat dijelaskan seperti berikut: Kepimpinan Amalan pengurusan pemimpin diukur dengan menggunakan Taksonomi Amalan-amalan Pengurusan Yukl (2002). Taksonomi ini mengandungi 14 tingkah laku pemimpin iaitu perancangan, penyelesaian masalah, penjelasan tugas, pemberitahuan, pemantauan, motivasi, konsultasi, delegasi tugas, sokongan, mentoran, pengurusan konflik, jaringan, penghargaan dan penganugerahan. Kesemua item yang terkandung di dalam taksonomi ini ialah 33 item yang diukur berdasarkan skala Likert 5 point. Taksonomi ini dipilih kerana ianya menggambarkan amalan-amalan kepimpinan yang menyeluruh dan telah terbukti ketekalannya melalui beberapa kajian. Komitmen organisasi Item-item komitmen organisasi telah diadaptasikan daripada Instrumen Mowdey (1999) yang mengandungi 12 item skala Likert 5 point. Kajian-kajian lalu telah menunjukkan kebolehpercayaan item-item ini melebihi 0.75. Tingkah laku inovatif Dimensi tingkah laku inovatif dibina melalui gabungan definisi penjanaan idea dan implementasi idea. Terdapat 8 item yang terkandung dalam dimensi ini dan diukur melalui skala Likert 5 point. Hasil faktor analisis menunjukkan kedua-dua unsur penjanaan idea dan implementasi idea terletak dalam komponen yang sama, oleh itu ianya telah disatukan dan dinamakan tingkah laku inovatif. Analisis Data dan keputusan Bahagian ini akan membincangkan tentang analisis data dan pengujian model tingkah laku inovatif. Statistik deskriptif dan korelasi Peringkat pertama analisis kajian ini adalah dengan meneliti statistik deskriptif dan korelasi antara pemboleh ubah tak bersandar (ciri kepimpinan) dan bersandar (tingkah laku inovatif) seperti dalam jadual 1 dan 2.

Jadual 1: Statistik deskriptif


Std. Deviation Perancangan Penyelesaian masalah Penjelasan tugas Pemberitahuan Pemantauan Motivasi Konsultasi Delegasi tugas Sokongan Mentoran Pengurusan konflik Jaringan Penghargaan Penganugerahan Inovatif idea Mean 4.3049 4.1165 4.2575 4.1192 4.0813 4.1734 3.7581 4.0081 3.9363 4.1504 4.1585 4.1118 4.0407 3.9797 4.1509 N .60953 .73214 .58525 .67563 .69949 .64853 .87449 .81812 .80644 .65254 .63437 .59308 .90259 .89647 .49063 246 246 246 246 246 246 246 246 246 246 246 246 246 246 246

Jadual 2 Korelasi Pearson


Amalan pemimpin Perancangan Pengurusan Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N 6 Inovatif idea 0.39 0.000 246 0.36 0.000 246 0.38 0.000 246 0.44 0.000 246 0.37 0.000 246 0.35 0.000 246 0.35 0.000 246 0.31 0.000 246 0.32 0.000 246

Penyelesaian masalah

Penjelasan tugas

Pemberitahuan

Pemantauan

Motivasi

Konsultasi

Delegasi tugas

Sokongan

Mentoring

Pengurusan konflik

Jaringan

Penghargaan

Penganugerahan

Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N Korelasi Pearson Sig N

0.37 0.000 246 0.37 0.000 246 0.44 0.000 246 0.302 0.000 246 0.34 0.000 246

Berdasarkan jadual di atas terdapat hubungan antara amalan pengurusan kepimpinan dengan tingkah laku inovatif guru. Seterusnya analisis regresi berganda dilakukan bagi mengenal pasti impak faktor kepimpinan terhadap tingkah laku inovatif guru dan ciri yang banyak memberikan sumbangan kepada tingkah laku inovatif. Dapatan menunjukkan pemboleh ubah tak bersandar (ciri kepimpinan) menyumbang sebanyak 37.8% kepada tingkah laku inovatif guru. Tiga pemboleh ubah yang banyak memberi sumbangan kepada tingkah laku inovatif adalah pemberitahuan (informing), motivasi dan jaringan kerjasama (networking). Pemboleh ubah komitmen organisasi bertindak sebagai penyederhana apabila menambahkan sumbangan kepada tingkah laku inovatif daripada 36.1% kepada 37.8%. Analisis regresi berganda adalah seperti jadual di bawah. Jadual 3: Regresi berganda
Change Statistics Std. Error of Adjusted R the R Square Model Square Estimate Change F Change df1 df2 1 2 3 4 .315 .349 .361 .378 .40597 .39575 .39221 .38699 .318 .037 .014 .019 113.832 13.764 5.405 7.581 1 1 1 1 244 243 242 241

Sig. F Change .000 .000 .021 .006

Perbincangan Kajian ini mengkaji hubungan antara amalan kepimpinan dengan komitmen organisasi serta tingkah laku inovatif guru. Pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam kajian ini berdasarkan kepada tinjauan literatur. Kerangka kajian ini dimantapkan melalui confirmatory dan exploratory faktor analisis. Dapatan menunjukkan amalan kepimpinan iaitu pemberitahuan (informing), motivasi dan jaringan kerjasama (networking) mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku inovatif guru. Dapatan kajian ini telah menyokong semua objektif yang telah
7

dinyatakan. Hasil kajian juga menunjukkan komitmen organisasi guru bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhana antara hubungan amalan kepimpinan dengan tingkah laku inovatif guru. Semua amalan kepimpinan yang telah dinyatakan oleh Yukl (2002) mempunyai hubungan dengan tingkah laku inovatif guru. Amalan kepimpinan yang mempunyai pengaruh terhadap tingkah laku inovatif (penjanaan idea dan implementasi idea) ialah pemberitahuan (informing), motivasi dan jaringan kerjasama (networking). Pemberitahuan (informing) merupakan kaedah iaitu pemimpin sekolah menyebarkan maklumat mengenai tugasan yang patut dilaksanakan oleh guru serta membantu mereka menyelesaikan masalah. Ini dapat meningkatkan tingkah laku inovatif guru kerana mereka jelas mengenai kehendak pemimpin sekolah untuk tujuan penambahbaikan sekolah mereka. Tinjauan literatur menunjukkan kejelasan mengenai tugas akan mempengaruhi penjanaan idea. Tugas yang jelas dan menarik akan menjadi pencetus kepada kreativiti. Motivasi pemimpin juga mempengaruhi tingkah laku inovatif guru (penjanaan idea dan implementasi idea). Ini kerana melalui motivasi pemimpin sekolah, guru-guru akan merasa emotionally secured dalam menjalankan tugas serta melaksanakan inovasi untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh pemimpin sekolah serta melakukan penambahbaikan sekolah. Motivasi pemimpin sekolah juga akan meningkatkan komitmen organisasi guru-guru. Ini akan meningkatkan lagi penjanaan idea serta implementasi idea untuk melaksanakan tindakan yang akan meningkatkan keberkesanan sekolah. Motivasi bukan hanya boleh ditingkatkan melalui pemberian anugerah dan hadiah tetapi juga boleh diberikan dalam bentuk pemberian tugasan yang sesuai dengan kemampuan masing-masing atau juga yang mencabar kebolehan dan pemikiran guru-guru. Jaringan kerjasama antara pemimpin sekolah dengan komuniti dan stake holderdapat meningkatkan tingkah laku inovatif guru. Ini kerana komuniti serta stake holder merupakan sumber yang boleh membantu sekolah dari segi kewangan, kepakaran serta masa. Jaringan kerjasama antara sekolah dan komuniti akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid. Komitmen guru terhadap organisasi atau sekolah akan meningkatkan lagi tingkah laku inovatif iaitu penjanaan idea dan implementasi idea. Ini kerana guru yang komited akan sentiasa berusaha untuk melakukan penambahbaikan kepada sekolah. Limitasi dan Kajian Lanjutan Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh amalan pengurusan pemimpin dengan komitmen dan tingkah laku inovatif guru. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif di sepuluh buah sekolah cemerlang seluruh Malaysia. Limitasi kajian ini membuka ruang bagi kajian seterusnya iaitu menggunakan kaedah kualitatif bagi mengenal pasti amalan pengurusan serta tingkah laku inovatif guru yang lebih terperinci. Tingkah laku inovatif guru iaitu penjanaan idea dan implementasi idea dapat dilihat melalui aktiviti dan program tertentu yang dapat dihubungkaitkan dengan inovasi dan kreativiti. Sampel kajian ini juga boleh diperluaskan kepada sekolah-sekolah cemerlang yang lain seperti
8

sekolah kluster, sekolah berprestasi tinggi atau sekolah yang menunjukkan kecemerlangan dan peningkatan yang menyeluruh dari segi akademik dan kokurikulum. Kesimpulan Kajian ini mengkaji pengaruh amalan kepimpinan dengan komitmen dan tingkah laku inovatif guru. Secara keseluruhannya kajian ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dapatan kajian ini telah menyokong kajian-kajian yang lalu yang berhubung kait dengan kepimpinan, komitmen guru serta tingkah laku inovatif guru. Limitasi kajian ini juga dapat dijadikan panduan untuk kajian seterusnya.

Rujukan Axtell,CM Holman, D.J Unsworth,K.L,Wall,T.D Waterson, P.E and Harrington,E.(2000). Shopfloor innovation: faciliting the suggestion and implementation of ideas, Journal of Occupational & Organizational Psychology, Vol 7. Graen ,G. And Scandura,T.(1987) , Towards a psychology of dyadic organizing, In Cummings,L.L and Staw,B.M(Eds) Research in Organizational Behaviour, Vol.9, JAI Press,Greenwich CT. Jeroen P.J de Jong and Deanne N.Den Hartog (2007) , How leaders influence employees innovative behaviour. European Journal of Innovation Management, Vol 10. McAdam,R. and McClelland J.(2002), Individual and team based ide generation within innovation management; organizational and research agendas. European Journal of Innovation Management, Vol 5. Mowday,R.T, Porter,L.W., Steers R.M(1982), Employee-organization linkages: the psychology of commitment, absenteeism and turnover. New York :Academic Press Mumford,MD (2000), Managing creative people :strategies and tactics for innovations, Human Resources Management Review. Vol 10 Scott.S.G and Bruce, R.A (1994), Determinants of innovative behaviour: a path model of individual innovation in the workplace, Academic of Management Journal ,Vol 38 Yukl,G. (2002), Leadership in Organizations, 5th ed.Pentice-Hall, Englewood Cliffs NJ Zaltman, G.Duncan, R and Holbek,J (1973), Innovations and Organizations. Wiley New York.NY
9

You might also like