You are on page 1of 7

ASPEK DAN KELEBIHAN KSSR 1.

0 PENGENALAN Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum pula merupakan satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dan emosi serta untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dan telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan seterusnya digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu merupakan satu bentuk perubahan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni sepertimana yang dituntut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006. 2.0 ASPEK-ASPEK TRANSFORMASI KSSR Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan secara berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aspek transformasi KSSR adalah : 2.1 Komunikasi Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman muridmurid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran. 2.2 Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. 2.3 Kemanusiaan Aspek ini menekankan tentang penguasaan ilmu dan amalan tentang nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat, negara dan global supaya murid dapat dilatih untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada masa akan datang. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan perkembangan fizikal murid itu sendiri. Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai supaya segala ilmu yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar ataupun seorang warga masyarakat. 2.4 Keterampilan Diri Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang telah termaktub dalam aktiviti sekolah. Penglibatan murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit beruniform dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Inilah juga yang dikatakan sebagai membina keterampilan diri yang berkesan. Seorang pemimpin haruslah sentiasa menonjolkan kebaikan dan melakukan perkara yang baik pada setiap masa. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang dipimpin. Pemimpin terunggul yang wajar dicontohi segala cara pelaksanaan dan juga kehidupannya adalah Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. baginda menunjukkan ciri yang terbaik dari segala aspek. Tiada cacat cela dalam segala urusan kepimpinan, ketegasan, kelembutan dan ketabahan baginda amat sempurna. Bagindalah contoh utama yang diikuti oleh setiap sahabat. Baik Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan Saidina Umar semuanya mengikuti dan mencontohi gaya kepimpinan Rasulullah. Memimpin untuk dipimpin dan dipimpin untuk memimpin. Jika diambil kata-kata sebegini, semestinya tiada pertelingkahan yang berlaku. Sememangnya memimpin dan juga dipimpin mempunyai kaitan antara satu sama lain. Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai keterampilan diri yang baik, sudah pasti dirinya akan dihormati. Bahkan dirinya akan menjadi contoh serta ikutan untuk generasi yang akan datang. Pemimpin itu juga haruslah sentiasa memotivasikan dirinya menjadi lebih baik dengan mempamerkan tingkah laku yang baik dan secara tidak langsung, orang di bawah tampuk kepimpinannya juga akan sentiasa bermotivasi menjadi lebih baik. 2.5 Fizikal Dan Etestika Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap daya kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Kreativiti merupakan sesuatu proses tetapi

bukanlah dilihat daripada penghasilannya. Oleh itu, setiap hasil karya yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan minda yang cerdas, badan cergas, otak cerdas . Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh. Selain itu, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi juga amat penting dalam proses berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Apabila badan murid cergas dan sihat, otak dan pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan berinovasi berbanding sekiranya badan kita lemah dan tidak bermaya. Sekiranya otak mereka menjadi lebih kreatif, secara tidak langsung kita juga akan dapat mengasah bakat yang sedia ada mahupun tersimpan dalam diri murid melalui pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah. 2.6 Literasi Sains Dan Teknologi Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar. Secara lebih spesifik, PISA (Programme for International Student Assesment) 2006 menyatakan bahawa literasi sains adalah kemampuan menggunakan pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan permasalahan dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia. Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains dalam rangka membuat perubahan alam untuk memudahkan aktiviti manusia. Dengan berkembangnya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat, maka peranan pendidikan diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan teknologi. Berdasarkan hal tersebut, (Poedjiadi, 1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains, menenal teknologi serta kesannya, mampu mempergunakan produk teknologi dan memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan produk teknologi yang sederhana dan mampu mengambil keputusan berdasarkan nilai. 3.1 Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat meningkatkan penguasaannya bagi guruguru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka didedahkan secara langsung dan biasa dengan penggunaan dua bahasa utama negara ini di dalam proses pembelajaran mereka saban hari. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi akan beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).Saya

berpendapat bahawa KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan permodenan zaman. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia pasti akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. Lebih-lebih lagi pada zaman serba canggih ini, penggunaan bahasa Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi yang amat penting dalam setiap urusan seharian. 3.2 Penggunaan Portfolio Tambahan pula, segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen ini merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa dan turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Melalui pendekatan baru ini, ia membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam secara teratur. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali. Band satu merupakan peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya. Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada para guru untuk menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan setiap mereka dan cara-cara mengatasi kelemahan mereka dengan cara yang berkesan. Hal ini dapat diibaratkan seperti sesuatu perindustrian. Sesebuah perindustrian biasanya akan ada satu standard yang perlu dicapai. Sebagai contoh, dalam pembuatan kereta Proton akan ada standard dalam pemasangan bahagian-bahagian kereta yang perlu dicapai. Begitu juga dalam KSSR , yang mana pihak kementerian ingin mewujudakan satu standard yang perlu pelajar dicapai dalam sesi pembelajaran terutamanya dalam sudut perkembangan murid-murid. 3.3 Mengambil Kira Bakat Dan Kemahiran Murid-Murid Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu, proses penilaian KSSR amat mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan bakat yang ditonjolkan murid dalam kelas. Oleh sebab sebahagian proses penilaian ini dilakukan oleh pihak sekolah, murid akan sentiasa berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Mereka akan sentiasa berasa tercabar dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan yang lain. Mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka minati secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan. Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama, secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

3.4 Menerapkan Elemen Kreativiti Dan Inovasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan "Malaysia Inovatif 2010" menyatakan bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah inovasi dan kreativiti, dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif". Kenyataan tersebut menunjukkan bahawakeupayaan negara untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 kini memerlukan masyarakat yang berupaya berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea atau penemuan-penemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Maka dalam usaha untuk "mengarusperdanakan" inovasi tersebut merentasi semua lapisan masyarakat, usaha ini perlulah di mulakan dari peringkat awal bermula dengan sistem pendidikan. Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan strategi pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau buku latihan, maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. Tetapi sekiranya pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka pelajar akan melihat bahawa kaedah yang digunaka oleh guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti, maka ini akan mendorong pelajar untuk turut melakukan inovasi dalam kehidupannya . Guru tersebut akan secara tidak langsung menjadi "role model" untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila seseorang guru itu inovatif, maka produktivitinya juga akan meningkat. Ini akhirnya akan memungkinkan seseorang guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang luar dari kebiasaan. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, elemen kreativiti dan inovasi perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar. Sekiranya elemen inovasi ini tidak diterapkan atau terjelma dalam amalan pengajaran dan pembelajaran sains, maka sudah tentu pelajar akan mula hilang minat terhadap matapelajaran tersebut. Pelajar masa kini di lihat sangat terdedah kepada maklumat berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pelajar kini lebih terbuka minda kerana mereka boleh mengakses maklumat tanpa had. Dengan melalui enjen carian "Google" misalnya, mereka boleh mendapat pelbagai maklumat. Jika dalam kurikulum tidak ada elemen kreativiti dan inovasi, mereka akan jemu untuk belajar. Jika guru tidak menerapkan elemen inovasi dalam pengajarannya dan mengekalkan cara pengajaran tradisional yang membosankan sudah tentu akhirnyapelajar akan hilang minat terhadap sains dan melihat sains sebagai subjek yang kurang menarik. 3.5 Pengenalan Mata Pelajaran Baru Yang Bermanfaat Kepada Murid-Murid Selain itu, melalui mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid seperti mata pelajaran sejarah, ianya dapat mendidik jiwa murid-murid dengan semangat patriotik dan kenegaraan yang secara tidak langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Semangat perpaduan dan kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila murid-murid diberi pendedahan awal tentang sejarah yang berlaku di negara kita. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara ini. Konsep 1 Malaysia juga dapat diaplikasikan dan diterapkan di sekolah kerana murid-murid dapat bekerjasama dan menyesuaikan diri sesama mereka meskipun berbeza dari aspek bangsa, agama dan warna kulit dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah. Selain itu, murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3 juga akan diajar mengenai pendidikan seks. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr, Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Melalui subjek ini, murid-murid akan diberi pendedahan awal mengenai perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

Murid-murid akan menjadi lebih berhati-hati dalam setiap pergaulan seharian mereka di sekolah mahupun di luar kerana mereka sudah mengetahui sekiranya berlaku pergaulan bebas, ia akan menyebabkan natijah yang buruk dan akan mencemarkan maruah individu tersebut. Secara tidak langsung juga, ianya menjadikan mereka sentiasa berakhlak mulia dan menjaga peribadi mereka untuk kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga. Guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan juga telah diberi kursus yang khusus manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku. 3.6 Penggabungan Beberapa Mata Pelajaran Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, ianya akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on kepada muridmurid. Murid akan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah seperti Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu untuk menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap bidang teknologi moden dan perubahanperubahan dalam sistem teknologi. Tambahan pula, sains hayat berperanan untuk mendedahkan murid-murid kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling kita supaya murid-murid menjadi lebih akrab dan dapat memahami alam persekitaran atau flora dan fauna untuk memupuk semangat cinta kepada alam sekitar flora dan fauna seterusnya dapat melatih murid-murid agar sentiasa memelihara dan memuluhara flora dan fauna. Sains fizikal pula adalah berkaitan dengan semua jenis deria kurniaan Illahi kepada kita dalam kehidupan, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk bercorak sebuah inovasi baru yang membantu memudahkan segala kerja dan aktiviti seharian kita dalam zaman yang lebih mencabar ini. Pengajaran ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik iaitu secara praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan minda murid-murid menjadi lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan bijak. 3.7 Penggunaan Modul Perubahan atau transformasi yang berlaku dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat dikesan melalui aspek pembelajaran yang digunakan. KSSR telah menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Justifikasi Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik. Sebarang pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak langsung, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini kerana setiap guru ada pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid. Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan menggantikan penggunaan buku teks. Modul-modul ini dapat menarik minat para murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Pelbagai aktiviti yang seronok dan dapat mengembangkan minda serta menajamkan fikiran murid-murid menjadi lebih kreatif dan kritis dilaksanakan seperti melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak hanya tertumpu kepada penggunaan akal, tetapi ianya melibatkan perbuatan yang aktif daripada pelajar. Murid-murid juga akan mudah untuk mempelajari dan memahami serta mengingati sesuatu sekiranya pembelajaran mereka disertai dengan aktivitiaktiviti amali dan praktikal. Ianya juga dapat menarik minat murid untuk terus meminati sesi pembelajaran dan sentiasa berusaha menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan cara dan langkah yang terbaik. Pengaplikasian KSSR ini juga banyak membantu memudahkan perjalanan dalam pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid yang akan melangkah ke tahun-tahun

seterusnya. Melalui cara seperti ini, para murid tidak akan merasa tertekan dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah. Bahkan mereka sentiasa berasa seronok dan tertarik dengan teknik pengajaran guru-guru selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak . 4.0 PENUTUP Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Semoga bermula dari tahun 2011 ini, industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan terbaru dalam bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan contoh modal insan dalam kalangan masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana. Oleh itu, peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka.

KEBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH



Mendidik guru berintegriti. Mudah merujuk pencapaian murid. Memberi makna kepada gred pelajar. Menunjukkan pertumbuhan murid dalam pnp. Taburan markah / gred tidak ditetapkan. Tidak membanding bezakan murid dengan gred. Tiada had peratusan murid untuk mencapai standard. Ia dilaksanakan sepanjang tahun sewaktu pnp dijalankan. Pentaksiran menyeluruh jasmani, emosi, rohani dan intelek.

You might also like