You are on page 1of 19

Saka (keturunan) Definasi:

Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan dipertrunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki. Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, meeka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Nama-anam seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan. Dalil: Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:

Ertinya: "Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6 Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya. Pertalian Antara Jin Dan Saka: Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka. Dalilnya: Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya: "Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah." Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya. Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka: Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit

disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya: 1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah menurun. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir al-jilani, Syeikh Bahauddin anNaqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka. 2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman. 3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yng langsung tidak dapat difahami. 4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat. 5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar. Masa Saka Berpindah: Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi. Proses Perpindahan Saka: Berikut adalah kronologi bagaiman jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut: Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia. Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsur manusia. Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:"Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman :"Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16

Kemudiannya saka tersebut akan bepindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati. Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganngya.

GEJALA SAKA Jin saka adalah jin yang diwarisi dari samada ibu atau bapa pewaris berkenaan. Mangsa saka biasanya adalah anak sulong atau anak bungsu atau mana-mana anak yang amat disayangi oleh ibu atau bapa yang bersaka. Ibu atau bapa ini pula sebenarnya mewarisi saka dari generasi sebelumnya sehinggalah sukar untuk mengetahui bilakah starting point kehadiran saka berkenaan. Melalui pengalaman merawat saya mendapati jin-jin saka kebanyakan telah tua, ini kerana generasi saka sekarang berada pada generasi ke-6 dan ke-7 jika dikira dari generasi pertama. Umur jin panjang, ia mula bersekolah menengah diusia 80 tahun, berkahwin seusia 200 tahun dan gagah perkasa diketika umur 200-500 tahun. Ketika berumur 500 tahun ke atas jin mula dizaman manepouse dan sudah tidak bergigi, rabun dan bongkok apabila berumur 700 tahun ke atas. Bagi mereka yang mewarsi sejenis sahaja (lelaki atau perempuan) jin2 ternyata semakin tua berusia 700 tahun ke atas. Gejala kepada pewaris saka adalah mudah pelupa dan penyakit-penyakit yang sukar sembuh seperti asthma, resdung, kurap, kudis dan banyak lagi. Jika pewaris saka ini mewariskan saka kepada generasi seterusnya kemungkinan anak ini kurang siuman, gila, sindrom down, cacat anggota dan sebagainya. Gejala saka ini sukar dikesan kecuali ada kesungguhan dan melalui proses rawatan ataupun apabila sipewaris diganggu secara jin sihir. Apabila seseorang yang bersaka disihir, jin2 saka ini menjelmakan dirinya pada pewaris seolah-olah mahu membantu anak buah jagaannya dengan kata lain jin saka tidak semestinya berada pada batang tubuh pewaris berkenaan mereka keluar masuk kecuali jika jin2 ini telah tua, buta dsb. Secara umum saya berpendapat majoriti orang melayu ada jin saka. Adakalanya bilangan jin saka menjangkau angka 1,000 ekor dan akan diwarisi sehingga 7 generasi akan datang. KENAPA ORANG MELAYU BERSAKA ? Sejarah mencatitkan bahawa orang melayu adalah berasal dari rumpun melayu kepulauan Indonesia samada dari kepulauan Sumatra, Jawa ataupun Banjarmasin/Kalimantan. Atok-nenek kita membuka tanah di Tanah Melayu. Sejarah menyatakan kekuatan atok-nenek kita membuka berpuloh ekar tanah hutan-belantara secara solo. Secara logiknya mana mampu tulang empat-kerat manusia ini melakukan kerja sukar ini. Kajian mendapati adanya permohonan pertolongan kepada jin2 dalam kerja2 begini. Apabila mahu meninggalkan keluarga bagi membuka kawasan yang baru jin2 juga dipanggil untuk menjaga rumah, keluarga dan kebun. Begitulah kepergantungan generasi dahulu kepada makhluk bernama jin. Umur manusia pendek, paling lama 100 tahun. Tetapi jin2 yang berkhidmat dengannya masih muda belia. Jin2 ini telah sebati hidup dengan manusia. Kematian rakan kongsi menyebabkan jin ini berkhidmat dengan anak2

orang berkenaan seterusnya dan seterusnya.

Kesimpulannya kewujudan jin saka dalam badan manusia mampu memberi kesan negatif pada kehidupan manusia baik dari segi fizikal dan sosial,oleh itu ia perlulah dibenteras kerana pengaruhnya dalam kehidupan yang turun-temurun.

Mereka Yang Menjadi Sasaran Saka: Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya. Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama. Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa. Adakalanya anak cucu yang kuat pegangan agamanya kerana jin dan syaitan sangat mengidamkan supaya orang yang taat berjaya disesatkan. Anak cucu yang lemah; fizikal dan antibodinya. ini akan memudahkan jin untuk bertapak di dalam badan mangsanya. Anak cucu yang memang menginginkan sangat apa yang dipunyai oleh nenek moyang mereka. Apabila saka ini diwarisi seolah-olah orang mengantuk disorongkan bantal. Anak cucu yang memang mengidamkan kehebatan dengan pelbagai kelebihan di hadapan manusia walaupun dengan cara yang mencabar syariat Allah s.w.t. Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka: Gejala pada waktu tidur: Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah. Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut. Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya erjadi dalam keadaan 'kena tindih'. Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya. Bunyi gig berlaga ketika tidur. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur. Berdiri dan berjalan ketika tidur. Mimpi jatuh dari tempat tinggi. Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan. Mimpi berada di tempat sunyi. Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita). Mimpi melihat salib atau gereja. Mimpi bertemu paderi. Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala pada waktu jaga: Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri. Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t. Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul. Sering lesu dan malas. Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya. Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang. Lenguh di sendi-sndi utama. Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin. Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur. Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan. Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu. Mudah marah dan panas baran. Emosional dan terlalu sensitif.

Kesan Dan Akibat Daripada Saka: Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak. Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya. tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin. Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat. Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang. Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan iblis dan jin.

Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk. Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua. Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.

KAEDAH RAWATAN: Ada 2 kaedah rawatan yang kami jalankan: Rawatan seluruh ahli keluarga yang ada saka Terapi secara individu yang diganggu saka

1. Rawatan Seluruh Ahli Keluarga Yang Ada Saka: Ini adalah kaedah terbaik untuk menghapuskan saka keluarga terbabit. Rawatan ini membabitkan semua ahli keluarga samada yang telah diganggu saka dan ahli keluarga yang belum diganggu saka terbabit. Ini memerlukan komitmen (kerjasama) dari seluruh ahli keluarga bermula dari datuk, nenek, anak-anak dan cucu-cicitnya (pernah kami buang saka bagi keluarga yang besar jumlahnya iaitu hampir 100 orang! InsyaAllah rawatan ini dapat menghapuskan saka secara keseluruhannya

Simptom-Simptom Terkena Gangguan Jin


1) Sakit kepala dan dada selepas waktu asar keatas. 2) Badan terasa berat dan malas. 3) Sukar mendapat jodoh. 4) Badan terasa bisa-bisa/gatal. 5) Sakit/takut ketika ziarah orang meninggal. 6) Sukar tidur malam. 7) Sakit pinggang tanpa sebab. 8) Sakit dada bila waktu asar keatas. 9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan binatang berbisa. 10) Bermimpi bayi/kanak-kanak atau menyusukan bayi. 11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi. 12) Bermimpi di tempat yang kotor. 13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki,tangan selepas waktu asar. 14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit. 15) Bayi kerap menangis. 16) Bunyi guli jatuh diatas syiling. 17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. 18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. 19) Malas beribadat. 20) Nyanyuk ketika usia lanjut. 21) Panas baran. 22) Sikap berubah secara mendadak. 23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran. 24) Suka melakukan tabiat buruk. 25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran. 26) Kerap keguguran. 27) Gagal melakukan hubungan kelamin. 28) Mengantuk bila dengar al-quran. 29) Bermimpi seram yang menakutkan. 30) Darah haid turun lebih 15 hari. 31) Batuk yang berpanjangan tanpa sebab klinikal.

32) Selalu ditindih ketika tidur. 33) Kuat berangan. 34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. 35) Nafsu seksual yang melampau. 36) Selalu melihat kelibat dirumah. 37) Terasa diri selalu diperhatikan/diekori. 38) Mandul. 39) Kerap mendengar sesuatu bisikan. 40) Melihat jin secara terus. 41) Sakit mental atau gila. 42) Sakit tulang belakang tanpa sebab. 43) Sakit kepala tak tentu masa tanpa sebab klinikal. 44) Loya/sebu pada bahagian perut tanpa sebab klinikal. 45) Sakit dibahagian tulang rusuk kiri/kanan dan ulu hati. 46) Sakit dibahagian tulang punggung tanpa sebab. 47) Timbul rasa takut tanpa sebab. 48) Sering pengsan tanpa sebab. 49) Kerap mendengar bisikan/hasutan untuk melakukan perkara-perkara syirik. 50) Ragu-ragu tentang keimanan (ingin murtad). 51) Terdengar suara yang datang menyergah ketika tidur. 52) Terasa sesuatu menyentap kaki ketika tidur. 53) Kerap terdapat tanda lebam pada anggota badan.

54)mimpi terbang,air sungai,laut atau air bah

Jika anda mengalami lebih dari 3 simptom seperti yang saya senaraikan diatas,maka anda sedang terkena gangguan jin berikhtiarlah dengan perawat islam yang berdekatan . sihir Takrif Dan Pengertian Sihir: Syeikh al-Zahri menafsirkan sihir sebagai berikut: "Sihir ialah amal perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya." Pengertian asal kalimat 'sihir' itu sendiri ialah 'memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada selainnya.' Maka, orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya. Pendapat Ibnu Qadamah: 'Sihir ialah ikatan, jampi dan perktaan yang diucapkan atau ditulis atau dibuat sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat buruk terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akalnya tanpa menyentuhnya secara langsung.' Cara Tukang Sihir Mendekati Syaitan:

Sesetengah tukang ada yang menjadikan al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al-quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid. Ada yang menulis sebahagian ayat al-Quran di telapak kaki atau menulis al-Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir di awalnya, hingga rosak ayat tersebut.Ada yang solat tanpa wudhuk atau dalam keadaan berjunub. Ada pula yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah s.w.t. pada waktu menyembelih kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan. Justeru, sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya. Sekiranya tukang sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang disuruh oleh syaitan maka syaitan pun tidak akan bersedia menjadi khadamnya. Kesimpulannya ialah bahawa tukang sihir dan syaitan adalah dua pihak yang bekerjasama untuk bermaksiat kepada Allah s.w.t. Jika kita perhatikan wajah tukang sihir maka akan nampak kegelapan kekufuran meliputi wajahnya seperti mendung hitam. Sekiranya anda berkenalan dengan tukang sihir secara lebih dekat maka anda akan menyaksikan kehidupannya sentiasa dalam sengsara. dia tidak pernah hidup tenang dan damai bersama isteri,anak-anak ataupun dirinya sendiri. Dia tidak boleh tidur tenang, bahkan sentiasa cemas dalam tidurnya. Bukan hanya terhad kepada dirinya, malah syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. Maha Benar allah yang berfirman:"Dan sesiapa yang enggan mengingatKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit dan kelak pada hari kiamat Kami himpunkan dia dalam keadaan buta." Jenis-jenis Sihir: 1. Patung-Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut. 2. Santau-Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir. 3. Telur Layang-Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut. 4. Tangkal Dan Azimat-Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya. 5. Sihir Pembenci Dan Kasih Sayang-Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati. Teknik Merawat Orang Yang Kena Sihir: Firman Allah s.w.t. :

Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orangorang yang beriman. (QS. Al Israa:82) Sesetengah ulama mengatakan bahawa maksud 'syifa' (penawar) di sini ialah syifa' maknawi (ubat spiritual) seperti keraguan, unsur syirik, kefasikan dan kejahatan. Ada juga mengatakan syifa' maknawi sekaligus sebagai syifa' hissi (ubat fizikal). Dalam hadis yang diriwayatkan dari A'isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya ketika ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya:" Ubatilah dengan kitab Allah.' Dari hadis di atas dapat diperhatikan Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara umum dan baginda tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu atau surah-surah tertentu. Dengan itu jelas sekali bahawa al-Quran seluruhnya adalah syifa' (penawar/ubat). Pengertian Ruqyah: Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya dengan HANYA menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan. Jenis-jenis Sihir: 1.Sihir Pemisah Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbukan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi. Jenis-jenis Sihir Pemisah: Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ibunya. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau seumpamnya. Memisahkan hubungan antara seorang suami dengan isterinya. Inilah jenis yang palng bahaya dan paling banyak berlaku di dalam masyarakat.

Tanda-tanda Sihir Pemisahan: Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci. Berlaku keraguan antara suami-isteri. Enggan meminta maaf. Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil. Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan. Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakkan oleh isterinya atau suaminya.

Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

Al-Hafiz Ibnu Kathir menjelaskan: Sebab perceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan perceraian. 2.Guna-guna (Sihir Percintaan) Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna): Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan. Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks. Sukar mengawal cintanya. Rindu bayang yang berlebihan. Patuh secaramembuta-tuli.

Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna): Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri. Perasaan cemburu seorang wanita. Mereka selalu cemas suaminya akan lagi.

3.Memperdaya Pandangan (Hipnotis) Tanda-tanda hipnotis: Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya. Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis: Azan Membaca ayat al-Kursi Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan. Membaca isti'azah dan basmalah.

Baca dalam keadaan berwudhu'. Sekiranya setelah dilakukan seperti yang di atas, sihir tersebut tidak hilang maka bermakna dia tukang silap mata yang bersandar pada kecekapan tangan, bukan tukang sihir. 4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila Tanda-tanda sihir gila: Jadi bingung/bodoh dan pelupa. Cakap merapu Mata layu Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak kesana-sini.Tidak boleh diam setempat. Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu. Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri. Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya

Tanda-tandanya: Suka berseorangan. Mentup diri sepenuhnya. Diam berterusan. Tidak suka bertemu orang. Fikiran melayang. Selalu pening. Lesu dan tidak bermaya

6. Sihir Mendengar Panggilan Tanda-tandanya: Selalu mengalami mimpi ngeri. Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya. Selalu was-was. Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi. Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7. Sihir Membuat Penyakit Tanda-tandanya: Selalu sakit pada salah satu anggota badan. Saraf tersumbat. Lumpuh salah satu anggota tubuh Lumpuh menyeluruh. Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

Perhatian: Sebahagian tanda ini sama dengan tanda-tanda penyakit medik tetapi ianya dapat dibezakan dengan membacakan ruqyah kepada pesakit. Pesakit ini selalunya disahkan tiada penyakit oleh doktor perubatan walaupun beliau mengadu sakit. Pesakit akan merasa pening, gementar atau berlaku perubahan pada tubuhnya waktu dibacakan ruqyah, maka penyakit itu adalah akibat dari gangguan atau sihir. 8. Sihir Pendarahan Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah. Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah. 9. Sihir Menahan Pernikahan Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut: Takut yang bersangatan Marah yang tidak terkawal

Lalai berlebihan Di puncak gelora nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua: Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya. Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wania tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberap hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya. Tanda-tanda sihir menahan pernikahan: Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor. Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam. Melihat pelamar bermuka hodoh. Banyak berfikir (fikiran melayang). Selalu gelisah waktu tidur. Selalu rasa sakit di perut. Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

akta Penting Tentang Sihir: Kemungkinan ada kesamaan antara tanda-tanda sihir dan tanda-tanda kerasukan/kesurupan. Rasa sakit terus menerus di perut orang yang disihir petanda sihir tersebut berupa makanan atau minuman. Tidak akan dapat melakukan rawatan secara Islam melainkan2 syarat:

i. Istiqamah orang yang merawat melaksanakan perintah Allah. ii. Keyakinan pesakit akan kemujaraban rawatan al-quran. Hampir semua jenis sihir memiliki tanda ini: "Merasa sesak di dada terutama pada waktu malam." Anda dapat mengetahui tempat sihir dengan 2 perkara: Pemberitahuan jin yang diberi tugas melakukan sihir itu, tetapi jangan terus percaya sebelum anda mencari sihir di tempat yang disebutkan. Sekiranya anda jumpa bermakna dia jujur tetapi jika tidak maka ketahuilah bahawa jin suka berbohong. Pesakit atau perawat solat 2 rakat dengan sungguh-sungguh, ikhlas, tenang dan khuyuk pada sepertiga malam lalu berdoa kepada Allah supaya Allah berkenan menunjukkan tempat sihir.Setelah itu mungkin dapat mimpi melihatnya atau datang perasaan tertentu kepada perawat atau pesakit. Mungkin juga akan rasa keyakinan yang kuat tentang tempat sihir tersebut.

Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatus sauda' dan gosokkan minyak tersebut setiap hari pagi dan petang di tempat yang sakit.

ANGKARA SIHIR IKATAN Suami yang tidak boleh menggauli isterina disebut 'terikat'. Suami yang terikat, walaupun dari segi fizikalnya normal dan tidak sakit tetapi tidak mampu menggauli isterinya.

Sekiranya kita ingin mengetahui bagaimana berlaku ' ikatan' tersebut maka kita mesti mengetahui terlebih dahulu bagaimana proses menegangnya zakar kaum lelaki. Proses Rangsangan Seksual Kaum Lelaki: Sebagaimana sudah sama-sama kita maklumi bahawa alat kelamin kaum lelaki merupakan daging yang elastik, bila darah memancar kepadanya maka akan berlaku penegangan dan andainya darah kembali seperti biasa maka ia pun mengecil dan lemah. Proses penegangan melalui 3 peringkat: Pertama:Ketika berlaku rangsangan seksual kepada kaum lelaki maka biji 'testis' kantong benih akan mengeluarkan hormon yang dituang di dalam darah sehingga hormon tersebut sampai kek ulit kepala dan memenuhi tubuh yang mirip dengan aliran elektrik. Kedua:Rangsangan sksual sampai ke pusat yang khusus menerimanya di otak. Ketiga:Kemudian pusat rangsangan seksual di otak tersebut mengirim isyarat-isyarat cepat ke pusat otot-otot kelamin di tulang punggung. Ketika itu terbukalah pintu yang tadinya tertutup sehingga darah mengalir dengan deras di organ-organ seksual mengarah ke kemaluan dan terpancar darah di dalamnya hingga berlakulah penegangan.

Cara berlakunya 'ikatan' Kaum Lelaki: Mula-mula jin yang berkidmat untuk tukang sihir itu menempati otak, iaitu pusat rangsangan seksual, kemudian mengirim isyarat ke organ-organ seksual itu bekerja secara alami. Sekiranya orang itu mendekati isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual maka syaitan sihir tersebut melumpuhkan pusat rangsangan seksual di otak sehingga terhentilah isyarat-isyarat yang dikirim ke alat-alat yang mengalirkan darah ke kemaluan supaya ia tegang. Ketika itulah darah kembali dengan cepat dari kemaluan sehingga kemaluan menjadi lemah dan mengecil. Maka, keitka orang berkenaan merayu isterinya, dia masih boleh tegang tetapi tetapi ketika akan menggaulinya menjadi mengecil sehingga tidak boleh melakukan hubungan seksal dengan isterinya, kerana tegang adalah faktor utama untuk menyempurnakan hubungan seksual sebagaiaman dimaklumi. Sering terjadi orang yang beristeri dua 'terikat' atau tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan salah seorang dari isterinya tersebut kerana syaitan sihir menghalangi pusat rangsangan seksualnya apabila dia mendekati salah seorang dari mereka. Semua itu berlaku disebabkan oleh sihir. Kaum Wanita Yang Terikat: Sama seperti kaum lelaki, kaum wanita juga boleh mengalami 'terikat' tersebut. 'Terikat' wanita ini ada beberapa keadaan: Menghalangi : "Menghalangi" iaitu seorang isteri menghalangi suaminya untuk menggaulinya, dengan cara merpatkan kedua-dua peha sehingga suami tidak boleh menggaulinya. Perkara ini berlaku di luar kehendak isteri, sampai ada salah seorang lelaki yang isterinya disihir jenis ini, ketika dimarahi suaminya maka isterinya menjawab:"Ini di luar kehendakku, bahkan dia mengatakan kepada suaminya: Ikatlah kakiku dengan rantai besi sebelum melakukan hubungan seksual supaya tidak merapat semula." Setelah sisuamii mencubnaya ternyata proses hubungan seksual pun tidak berhasil, kemudian siisteri mengisyaratkan supaya memberikan suntikan bius ketika akan melakukan persetubuhan. Kali ini hubungan boleh berlangsung tetapi hanya dari satu pihak. Melenyapkan Kenikmatan: Mula-mula jin yang diberi tugas oleh tukang sihir tinggal di pusat rasa di otak seorang perempuan. Apabila suaminya ingin menggaulinya maka jin itu menghilangkan sensitiviti sehingga perempuan itu merasakan kenikmatan dan tidak bertindakbalas terhadap ransangan suaminya

seolah-olah dibius. Walaupun suaminya terus merangsang nafsu isterinya namun kelenjarnya tidak dapat mengeluarkan cairan yang membuatkan vagina perempuan menjadi lembab sehingga tidak boleh berlaku hubungan seksual dengan baik. Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya. Wujud Sumbatan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya tiba-tiba menghadapi sumbatan yang menghalang dihadapannya berupa daging yang tidak boleh ditembusi zakarnya sehingga persetubuhan tidak berhasil. Hilang Perawan : Apabila sorang lelaki menikah dengan seorang perawan, maka ketika menggaulinya tiba-tiba didapatinya benar-benar seperti janda tanpa ada keraguan sedikit pun, tetapi apabil. dirawat dan hilang sihir tersebut maka perempuan itu kembali perawan sebagaimana asalnya.

'TERIKAT', MATI PUCUK DAN LEMAH TENAGA BATIN Pertama: "Terikat" - Orang yang terikat merasa mampu sepenuhnya untuk menggauli isterinya, bahkan alat kelaminnya boleh tegang selagi jauh dari isterinya tetapi tiba-tiba jadi lemah bila nak melakukan persetubuhan. Kedua: Mati Pucuk - Tidak upaya untuk melakukan persetubuhandneganisteri kerana zakar tidak boleh tegang samada dekat mahupun jauh dari isterinya. Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya. Ketiga : Seorang suami tidak mampu menggauli isterinya melainkan dalam jarak waktu yang lama, dan hubungan seks yang dilakukan berlangsung sangat singkat dan cepat mengecil dan lemah alat kelaminnya setelah melakukan hubungan seks beberapa ketika.

Santau

Santau dan racun menurut para perawat tradisional tidak pasti perbezaannya. Ramai di kalangan mereka berpendapat bahawa kedua-duanya adalah sama. Hal ini berlaku adalah kerana bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau dan racun adalah sama. Rawatannya juga adalah sama. Terdapat beberapa ciri sahaja yang boleh dijadikan panduan bagi mengenal pasti samada seseorang itu terkena racun atau santau. Pada kebiasaannya, mangsa racun akan menderita serta-merta seperti berlakunya muntah darah. Mangsa santau mengambil masa lama menyebabkan mangsa tidak menyedari sehinggalah mangsa tersalah makan seperti limau nipis dan nenas. Ini adalah kerana mangsa santau amat sensitif kepada limau nipis dan nenas. Jenis-jenis Santau: Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis: Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat. Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadapsyaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.

Tanda-tanda Terkena Santau: Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau: Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.

Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat. Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib. Lenguh seluruh anggota badan. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk. Mimpi jatuh dari tempat tinggi. Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu. Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular. Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam.

Kesan-kesan Santau: Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut: Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t. Hilang daya ingatan. Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah. Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran. Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan. Badan menjadi licin disebabkan seluruh bulu di badan telah gugur. Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu. Terjadinya kanser dan ketumbuhan. Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.

Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas! Amalan Penangkis Santau: Amalkan membaca 3 kali setiap lepas solat dan baca 1 kali sebelum makan atau minum:

PENGERTIAN SIHIR Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah s.w.t. melarang manusia melakukannya. Definasi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mikjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun. PUNCA WUJUDNYA ILMU SIHIR Sihir telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya secara berleluasa dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun dan pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk mencabar mukjizat Nabi Musa a.s. Memiliki ilmu sihir menyebabkan seseorang itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan individu terhadap keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia yang mengamalkannya boleh menggunakan untuk tujuan kejahatan seperti mengenakan sihir kepada orang lain atau membalas demdam kepada seseorang individu. BAGAIMAN AHLI SIHIR MENDEKATKAN DIRI KEPADA JIN

Untuk mwndekatkan diri kepad Jin atau Syaitan, para ahli sihir ini ada yang menjadikan Al-Qur'an ( Mushaf ) sebagai alas kaki untik masuk ke tandas. Ada juga yang menulis sebahagian ayat Al-Qur'an dengan menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah Al-Fatihah secara songsang. Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau tetap dalam keadaan junub. Menyembelih binatang untuk dipersembahkan kepada jin / syaitan dan menyembelihnya dengan tidak menyebut nama Allah kemudian melemparkannya ke suatu sudut yang telah ditentukan oleh jin / syaitan. Terdapat juga pengamal sihir yang menggauli ibu atau anak perempuannya. Menulis jampi-serapah dengan lafaz yang mengandungi kekafiran. Dari sini jelaslah bahawa jin / syaitan tidak akan membantu untuk menjadi khadamnya kecuali dengan satu imbalan atau balasan. Semakin besar kekafirannya itu makin besarlah ketaatan jin / syaitan terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu melaksanakan kekafiran-kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut maka ia juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya. Sesungguhnya bahwa mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka maksiat kepada Allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan kelihatan kegelapan disebabkan oleh kekafirannya. Seseorang yang menjadi ahli sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan sesengsaraan jiwa. Dia tidak tadap tidur dengan tenang, bahkan senantiasa merasa cemas setiap kali tidur di samping memikirkan syaitansyaitan itu sering menyakiti anak-anak dan isterinya dan menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka. PERJANJIAN AHLI SIHIR DENGAN JIN Di bawah ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan antara "seorang ahli sihir dengan wakil syaitan" yang bernama Asmodeus dan tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi copnya ialah Cop Jin. Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah mempermainkan manusia.. Cop yang tertera di surat ini bukan cop perwakilan Iblis, bahkan juga bukan cop 'Ifrit, jenis Jin yang paling perkasa. Ia merupakan cop milik Jin jahat biasa.

Di bawah ini pula surat perjanjian yang diperkatakan antara "Syaitan dengan O'Ryan Greenfield" seorang ahli sihir dari barat. Sebenarnya surat itu ialah perjanjian otentik antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop 'Ifrit.

RAHSIA DAVID COPPERFIELD David Copperfield sememangnya mengamalkan ilmu sihir. Sebab itulah beliau boleh melakukan apa saja malah boleh terbang. Sebenarnya David Copperfield sangat terkenal di kalangan para Jin. Dia mempunyai perjanjian dengan salah seorang 'Ifrit. 'Ifrit mempunyai pasukan yang ribuan jumlahnya. Merekalah yang mengangkat Copperfield. Agar dia boleh naik sedikit di udara, diperlukan ribuan jin untuk mengangkatnya. Dan lagi satu kebolehannya, seorang gadis yang dipotongnya dalam peti itu, adalah jin perempuan yang menampakkan diri dalam wujud seorang gadis manusia. Dia menghilang, kemudian memperlihatkan dirinya kembali tanpa tanda luka sedikit pun. Adalah mungkin Copperfield telah membuat surat perjanjian sama seperti yang diatas. Wallahu a'lam. CARA AHLI SIHIR MEMANGGIL JIN Cara Pertama : Thariqotul Iqsam Bersumpah atas Nama Jin atau Syaitan. Cara Kedua : Thariqatuz Zabhi Penyembelihan Binatang. Cara Ketiga : Thariqah Sufliyah Melakukan Kenistaan. Cara Keempat : Thariqatun Najasah Menulus Ayat-Ayat Al Qur'an dengan Najis. Cara Kelima : Thariqatut Tankis Menulus Ayat-Ayat Al Qur'an secara Songsang.

Cara Keenam : Thariqatun Tanjim Menyembah Binatang. Cara Ketujuh : Thariqatul Kaffi Melihat melalui Tapak Tangan. Cara Kelapan : Thariqatul Atsar Menggunakan benda Bekas Pakai.

ANTARA JIN & SYAITAN


Jin dan syaitan kedua-duanya dijadikan oleh Allah daripada api. Firman Allah: Maksudnya: Dan Kami jadikan jin sebelum Adam daripada api yang paling panas (lidah api) Dan jin pula, kami jadikan dia sebelum itu dari agin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma (Surah alHijr: ayat 27) Syaitan adalah berasal daripada jin. Allah berfirman (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (Allah) bagi orangorang yang zalim.(Surah al-Kahfi: ayat 50) JENIS-JENIS SYAITAN 1) Syaitan anak cucu iblis 2) Syaitan daripada jin. (Maknanya jin yang sudah jadi jahat dan jadi iblis) 3) Syaitan daripada manusia. Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (Surah al-Anam: ayat 112) Kejadian Jin ada 3 jenis Banyak hadith-hadith nabi yang menyebut tentang jenis-jenis kejadian jin. Salah satu hadith menyebutkan: Allah jadikan jin itu 3 bentuk seperti anak adam, seperti binatang dan seperti angin diruang udara yang luas. Yang berupa manusia itu bermacam-macam jenisnya. Begitu juga ilmu, kekuatan dan kebolehan mereka juga berbeza-beza. Antara jin yang kuat seperti disebutkan dalam al-Quran ialah ifrit. Firman Allah: Maksudnya: Berkata `Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin: "Aku akan datang kepadamu dengan membawa singgasana itu kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya". (Surah al-Naml: ayat 39) Jin dan iblis itu sebenarnya tidak tahu yang ghaib. Seperti yang berlaku jin-jin nabi Allah sulaiman (a.s.) tidak tahu nabi Sulaiman telah meninggal dunia (wafat) sehinggalah tongkatnya reput dimakan anai-anai. Firman Allah: Maksudnya: Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak tetap dalam siksa yang menghinakan. (Surah Saba: ayat 14) Sebahagian daripada jin itu setengahnya bodoh, lebih bodoh daripada manusia. Contohnya: 1) Jin dihambakan oleh manusa dengan pelbagai suruhan Jin ditipu oleh manusia, contohnya: Jin disuruh menunggu tumbuhnya sesuatu benda yang mustahil akan tumbuh, misalnya, batu atay kacang hijau atau bijian yang telah digoreng. Tolong menolong antara jiin dan manusia memang berlaku. Tetapi tolong menolong itu dilarang oleh Allah s.w.t. Allah berfirman: Dan (ingatlah) hari di waktu Allah menghimpunkan mereka semuanya, (dan Allah berfirman): "Hai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu telah banyak (menyesatkan) manusia", lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari

golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian (yang lain) dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allah berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.(Surah al-Anam: ayat 128) Syaitan menjadi musuh manusia, begitu juga jin-jin yang jahat. Tetapi permusuhan mereka dengan cara persahatan. Disebut di dalam al-Quran; Tazzyin, yang salah diperlihatkan betul dan yang buruk diperlihatkan cantik, yang baik diperlihatakan buruk atau jahat dan sebagainya. Dalam al-Quran semua manusia Allah jadikan mangsa tipu-daya iblis, kecuali orang-orang yang ikhlas. Mereka yang bersahabat dengan jin dan iblis sebenarnya telah tertipu dan terpedaya. CARA SYAITAN DAN JIN MENGUASAI DAN MENIPU MANUSIA 1. Dari luar badan, peringkat permulaan. 2. Masuk ke dalam tubuh badan melalui saluran darah dan urat-urat yang besar. Peringkat serius. Mereka yang dimasuki oleh syaitan atau jin adakala seperti sedar seperti biasa. Adakalanya sampai peringkat tidak sedar. Yang tidak sedar dalam al-Quran di sebut Majnun orang terkena jin. Nabi bersabda: Bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu berlari-lari di dalam pembuluh darah anak Adam. Berbagai ilmu tipu daya syaitan melalui berbagai ilmu dan amalan yang salah tetapi diperlihatkan oleh iblis dan jin-jin yang jahat seperti benar, misalnya: Menggunakan ayat al-Quran, nama-nama walil, ulamak, nama pahlawan-pahlawan (Tok Janggut, Hang Tuah, dan lain-lain), nama ahli-ahli tasawuf (Sheikh Abdul Qadir Jailani), nabi-nabi dan Rasul-rasul (nabi Khidir dan lain-lain). Menerusi berbagai ilmu ini, maka orang yang terlibat itu akan mempmemperolehi kebolehan luar biasa seolah-olah seperti karamah walau pun sebenarnya bukan karamah, tetapi tipu daya jin. PANDUAN PENTING UNTUK MEMBEZAKAN KARAMAH DENGAN PERBUATAN JIN DAN IBLIS 1 KARAMAH. Merupakan kurnia Allah, pertolongan Allah, tidak dapat dirancang, tidak disangka-sangka atau boleh diprogramkan. Tetapi perbuatan iblis dan syaitan boleh dirancang, dan diprogramkan. 2. Karamah berlaku sekali-sekala dalam hidup seseorang itu hanya mungkin beberapa kali tetapi perbuatan iblis dan jin sentiasa boleh berlaku pada bila-bila masa yang dikehendaki. Jin boleh masuk ke tubuh kita dengan 5 sebab: 1. Saka atau keturunan. 2. Ilmu salah yang dituntut atau diamalkan. 3. Disihir orang 4. Masuk sendiri kerana disukai jin atau dimarahi. 5. Selalu berdekat dengan orang yang mempunyai atau bersahabat dengan jin.

TANDA-TANDA SESEORANG TELAH DIRESAPI OLEH JIN DALAM TUBUHNYA. erasaan dan sifatnya: 1. Marah 2. Murung 3. Putus asa 4. Susah nak tidur 5. Cakap tak betiul. 6. Sentiasa berfikir yang bukan-bukan. 7. Malas Tanda-tanda fizikal pada tubuh. 1. Panas 2. Sebahagian panas atau sejuk 3. Bila dipegang sakit. 4. Pandangan mata kabur atau tidak terang/jelas 5. Anggota menggeletar

6. Anggota menjadi berat atau kakuPening kepala. 7. Bengkak pada sebahagian anggota tertentu. 8. Bengkak pada sebahagian anggota tertentu. 9. Keras pada bahagian tertentu. 10. Urat-urat tegang. 11. Makan tidak selera atau makan terlalu banyak. 12. Sendi-sendi sakit. 13. Rasa nak muntah. 14. Pening /migrain 15. Terdengar bisikan atau nampak-nampak benda ghaib. CARA PENCEGAHAN Daripada dihampiri oleh iblis, syaitan dan jin, Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran: Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah kamu dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.(Surah al-Anfaal: ayat 45) Amalan-amalan lain dijaga, dipelihara dan ditingkatkan. Antara amalan-amalan tersebut ialah: 1. Memperbanyakkan sembahyang. 2. Memperbanyakkan berdoa. 3. Memperbanyakkan membaca al-Quran juga berzikir 4. Sentiasa membersihkan badan

You might also like