You are on page 1of 8

SMK ST.

THERESA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

KERTAS KERJA

PROGRAM GURU PENYAYANG 2012

Anjuran: UNIT HAL EHWAL MURID DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ST. THERESA

KERTAS KERJA PROGRAM GURU PENYAYANG

1.0

PENGENALAN

Tugas pendidik atau guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi pendidikan akhlak kepada anak murid. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar, kerjaya guru juga semakin mencabar. Banyak kali dilaporkan mengenai adanya segelintir kecil guru yang tidak dapat mengawal emosi lantas mengambil tindakan menghukum anak didik di luar batas etika sebagai seorang pendidik. Justeru, guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran tinggi dan nilai kasih sayang yang kental. Tanpa dua sifat penting itu, guru akan berhadapan masalah. Panduan ditunjukkan Rasulullah SAW perlu dijadikan amalan ketika memenuhi tugas mendidik anak bangsa. Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi, tetap relevan sepanjang zaman dan kalis masa. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing di dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah SAW berkata: Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing. Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu adalah

jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan. Rasulullah SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan. Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru. Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar kita perlu bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil. Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah murid dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya. Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat informal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau mencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan mereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan sabar. Cadangan diberikan anak didiknya untuk memperkembangkan kekuatan, dan memperbaiki kelemahan. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengira latar belakang anak didiknya. Anna Eleanor Roosevelt, warga Amerika Syarikat, seorang pejuang hak asasi manusia yang terkenal, pernah mengatakan bahawa The giving of love is an education in itself. Beliau berpendapat bahawa tindakan memberi kasih sayang itu sudah merupakan satu bentuk pendidikan. Pandangan ini menunjukkan betapa pentingnya seorang pendidik untuk sentiasa menunjukkan sifat kasih sayang dan mencipta hasil signifikan ke atas orang yang dididiknya. Guru yang penyabar dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti akan menyedari bahawa sabar itu memberkati usaha

gigihnya mendidik. Selain itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran akan dapat dilaksanakan dengan fikiran tenang. Bagi mencapai matlamat yang ditetapkan Sekolah Penyayang, pihak sekolah akan menjalankan pelbagai aktiviti menjurus kepada "Guru Sayang Murid" dan "Murid didahulukan, Pencapaian diutamakan" tetapi, tidak lari daripada teras atau dasar yang telah ditetapkan. Para guru harus sedar sehingga ke peringkat akar umbi bahawa pelajar adalah klien yang sentiasa perlu diberi keutamaan. Pihak sekolah diharap mampu melahirkan pelajar-pelajar yang sentiasa akan "berlari ke sekolah, dan hanya berjalan apabila pulang".

2.0

RASIONAL 2.1 Permasalahan murid-murid pada masa ini perlukan medium yang sesuai bagi 2.2 2.3 membantu murid tersebut dan menggunakan kaedah dan pendekatan yang terkini serta disukai oleh murid tersebut. Generasi murid hari ini yang terdiri daripada generasi Y dan Z yang unik, di mana mereka mempunyai pemikiran yang liberal dan terbuka. Mengurangkan jurang beza tara antara guru dengan murid

3.0

OBJEKTIF 3.1 3.2 3.3 Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid.

4.0

JUSTIFIKASI 4.1 Terdapatnya peningkatan salah laku disiplin dalam kalangan murid.

4.2 4.3 4.4

Peningkatan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid. Terdapat laporan/aduan pelanggaran etika profesion keguruan. Peningkatan bilangan guru yang mengalami tekanan emosi dalam menjalankan tugas.

5.0

ANJURAN DAN KELOLAAN

Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Bimbingan Kaunseling SMK St. Theresa.

6.0

PERSONALIA

Jawatankuasa Kerja Program Guru Penyayang

Penaung Penasihat Pengerusi

: : :

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda Yan Pn. Rohayah bt Johari Pengetua

Tim. Pengerusi

Tn. Hj. Zahari bin Zakaria PK HEM

Naib Pengerusi 1

Pn. Chua Jock Cheng PK Pentadbiran

Naib Pengerusi 2

En. Dass a/l Velaisamy PK Kokurikulum

Setiausaha

Pn. Nor Hayati bt Ahmed Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Naib Setiausaha 1 :

Pn. Ratna Devi a/p Murugaya Guru Bimbingan Dan Kaunseling

Naib Setiausaha 2 :

En. Chng Kim San Guru Bimbingan Dan Kaunseling

AJK

Semua GKMP Semua Ketua Panitia

: : : : :

Guru Disiplin Guru Kebajikan Guru Biasiswa Penyelia tingkatan AJK PIBG

7.0

PENGISIAN / AKTIVITI Rujuk Modul Guru Penyayang SMKST

8.0 SASARAN

Guru dan murid dan seluruh warga sekolah

9.0 TEMPOH PELAKSANAAN Sepanjang tahun 2012

10.0

SUMBER KEWANGAN 10.1 10.2 10.3 PIBG PCG Kokurikulum Sahsiah Diri/ Pendidikan Islam dan Moral Peruntukan LDP

11.0

PENUTUP

Program Guru Penyayang ini diharapkan dapat memberi sumbangan ke arah pembentukan sahsiah diri murid yang lebih positif, mewujudkan suasana yang lebih harmoni antara guru dengan murid, serta dapat mengurang salah laku disiplin murid.

Disediakan oleh, (PN. NOR HAYATI BT AHMED ) Kaunselor SMK St. Theresa

Disemak oleh,

Disahkan dan disokong oleh,

Tarikh :.

You might also like