You are on page 1of 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Tahun Masa Tema Tajuk : 4 Maju 1 : 8.50 pagi -9.50 pagi (60 minit) : Pencemaran : Enjut-enjut Semut

Fokus Utama : 7.1. Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat. Aras 2 1. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik. Fokus Sampingan: 6.1. Membaca dan merujuk pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji termasuk maklumat daripada internet. Aras 2 1. Merujuk media elektronik untuk mendapatkan maklumat bagi tajuk yang sedang dikaji. Objektif : Pada akhir pelajaran, murid dapat:1. Mentafsir gambar atau jenis pencemaran yang berlaku di negara ini. 2. Menyenarai sekurang-kurangnya empat kesan pencemaran daripada gambar yang ditunjukkan. 3. Mengembangkan idea perenggan dengan menggunakan kata adjektif dan ayat yang betul. 4. Kemahiran Bahasa : Kemahiran menulis, Kemahiran membaca, Kemahiran mendengar dan Kemahiran bertutur Menulis maklumat yang didengar kepada genre naratif.

Sistem Bahasa : Tatabahasa : Kata Adjektif Kosa Kata : rakus, punah,

Pengisian Kurikulum :

Ilmu Nilai Murni

- Kajian Tempatan & Sivik - Cintai alam sekitar Kajian Masa Depan

Kemahiran Bernilai Tambah :1. 2. 3. 4. Kemahiran Berfikir Membanding dan Membeza, Mentafsir Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Belajar Cara Belajar Pembelajaran Konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar: Rujukan URL: (slaid/ power point), LCD, Komputer, Lembaran Kerja, Petikan.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui dan pernah melihat aktiviti pencemaran dan kesannya.

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi ( 5 minit )

- Tayangan video pencemaran. - Guru bersoal jawab dengan murid tentang tayangan tersebut . - Murid memberi pendapat berdasarkan pengetahuan sedia ada.

KBT:Verbal Linguistik BBM: Rujukan URL: http://www.youtube.com/wat ch?v=qwzcTvEOryU&featur e=related

Langkah 1 ( 10 minit )

- Murid menyanyi laguEnjut-enjut Semut berdasarkan seni kata yang dipaparkan pada slaid dan merujuk buku teks. - Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan maklumat yang terdapat dalam teks sama ada yang tersurat atau tersirat - Murid menyatakan aktiviti pencemaran dan kesannya berdasarkan teks.

Seni kata laguEnjut-enjut Semut

Lampiran 1 Senikata Lagu Enjut-enjut Semut

Langkah 2 ( 15 minit )

- Murid mengklafisikasi jenis pencemaran berdasarkan pengetahuan sedia ada. - Murid menyenaraikan jenis pencemaran dalam borang grafik yang diberi . - Murid menyenaraikan kata sifat/adjektif akibat /kesan pencemaran tersebut dalam borang grafik. - Guru menerangkan akibat/kesan pencemaran kepada alam dan generasi akan datang.

ICT Konstruktivisme Intrapersonal Verbal Linguistik Lampiran 2 Kata Adjektif dan contoh Lampiran 3 Borang Grafik

Langkah 3 (15 minit )

Permainan Siapa Saya - Guru meminta seorang murid melakonkan aksi.

ICT Interpersonal Verbal Linguistik

- Murid yang lain meneka menggunakan kata adjektif yang sesuai.

Langkah 4 ( 10 minit )

Membina ayat berdasarkan kata adjektif - Murid diminta membina ayat mengandungi kata adjektif berdasarkan simulasi video dan teks.

Lembaran Kerja Rujukan URL :

Penutup ( 5 minit )

- Guru dan murid menyanyi semula lagu Enjut-enjut Semut - Guru menegaskan kepentingan menjaga alam sekitar.

Verbal Linguistik PAK

Refleksi

LAMPIRAN 1

LAGU ENJUT-ENJUT SEMUT Enjut-enjut semut, Siapa sakit naik atas, Enjut-enjut semut, Siapa sakit naik atas.

2X

Membuang sampah merata-rata, Baunya busuk tidak terkira, Sikap yang degil angkara manusia, Sukar ditegur sukar disapa. Hutan yang tebal sudah dimusnah, Manusia rakus gilakan tanah, Di atas sana dibina rumah, Kalaulah runtuh habislah punah. Hidupan air menjadi mangsa, Bahan beracun sering diguna, Siapa yang makan turut binasa, Bermacam penyakit akan dirasa. Risau di hati kalau fikirkan, Alam yang bersih penuh kotoran, Mengapa terus kita biarkan, Tindakan keras kita kenakan.

LAMPIRAN 2

JENIS PENCEMARAN

KESAN PENCEMARAN

KATA ADJEKTIF Contoh: pokok tumbang

LAMPIRAN 3 Siapa Saya

Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara. a) Seekor harimau yang sedang berjalan dan mengaum

Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara. b) Seekor gajah yang berjalan-jalan mencari makanan.

Sila lakonkan watak di bawah hanya menggunakan aksi tanpa suara. c) Seekor ular yang sedang menyusur

LAMPIRAN 4

Bina lima ayat lengkap dengan menggunakan kata adjektif berdasarkan gambar di atas.

1.___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 2.___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 3.___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 4.___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ 5.___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

You might also like