You are on page 1of 13

Tajuk 1

Komunikasi, Bahasa dan Pertuturan

SINOPSIS Tajuk ini menghuraikan maksud istilah-istilah komunikasi, bahasa dan pertuturan serta hubungkait antara ketiga-tiga istilah tersebut. Komponen-komponen dalam proses komunikasi dan pertuturan turut dibincangkan. Anda diberi pengetahuan mengenai punca sebab masalah komunikasi dan bahasa serta bagaimana mengenal pasti kanak-kanak yang bermasalah bahasa dan komunikasi. Definisi tentang masalah komunikasi dan masalah bahasa juga diperjelaskan.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1. Menjelaskan hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan. 2. Menghuraikan komponen-komponen penting dalam proses komunikasi. 3. Membeza antara aspek segmental dan aspek non-segmental dalam pertuturan. 4. Mendefinisikan masalah komunikasi dan masalah bahasa. 5. Mengenal pasti ciri-ciri kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi. 6. Menerangkan punca sebab masalah bahasa / pertuturan.

KERANGKA TAJUK

KOMUNIKASI

Aspek Para-Linguistik

Aspek Linguistik

Aspek Bukan Linguistik

Pic Intonasi Suara Ritma Kadar

Bahasa

Tingkah Laku Pragmatik

Pertuturan

KANDUNGAN

1.0

Hubungkait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan

Komunikasi, bahasa dan pertuturan merupakan istilah-istilah yang biasa diguna dalam kalangan orang ramai dalam kehidupan harian. Bolehkah anda menjelaskan dengan tepatnya konsep ketigatiga istilah tersebut serta membeza antaranya ?

Cuba jawab soalan-soalan berikut :

Bolehkah komunikasi berlaku tanpa bahasa ? Bolehkah seseorang memperolehi bahasa tanpa pertuturan ? Bolehkah pertuturan berlaku tanpa bahasa ?

Adakah haiwan mempunyai bahasa ?

Jawapan anda terhadap soalan-soalan di atas akan menunjukkan tahap kefahaman anda mengenai konsep komunikasi, bahasa dan pertuturan.

1.1 Komunikasi Komunikasi merupakan satu proses pemindahan pengetahuan / maklumat dan pendapat, keperluan dan hajat (Owens, 2001). Ia memerlukan sekurang-kurangnya dua pihak dan biasanya berlaku melalui bahasa. Komunikasi boleh juga berlaku tanpa bahasa. Bolehkah anda fikir beberapa kaedah komunikasi yang tidak melibatkan penggunaan bahasa ? Semua bentuk komunikasi melibatkan empat elemen berikut :

(i) (ii) (iii) (iv)

Penghantar mesej Penerima mesej Satu hajat untuk berkomunikasi yang dikongsikan Satu kaedah berkomunikasi yang dikongsikan

Jika keempat-empat elemen wujud, komunikasi akan berlaku (rujuk Rajah 1.1).

Penghantar

Dikongsi Hajat Kaedah

Penerima

Rajah 1.1 : Komunikasi yang berjaya Apabila satu atau lebih elemen tidak wujud, maka berlaku gangguan dalam komunikasi. Rajah 1.2 menggambarkan apa yang mungkin berlaku jika anda berjumpa dengan seorang dari negara asing. Anda masing-masing ingin berkomunikasi, tetapi jika tiada perkongsian bahasa, komunikasi akan terganggu. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua pihak sudi menggunakan gestur tangan dan mimik muka, komunikasi masih boleh berlaku, tetapi tidak begitu lancar dan maklumat yang boleh dikongsikan mungkin terhad.

Penghantar

Dikongsi Hajat

Penerima

Rajah 1.2 : Gangguan Komunikasi akibat tiada perkongsian kaedah komunikasi

Dalam senario lain, jika anda selaku guru bertanya kepada seorang murid yang duduk di sebelah tingkap bilik darjah, Bolehkah kamu buka tingkap? dan murid menjawab, Boleh, tetapi tidak bangun, masalah komunikasi telah berlaku disebabkan oleh tiada perkongsian hajat (Rujuk Rajah1.3). Anda hendak minta murid membuka tingkap, tetapi pada persepsi murid, anda sedang bertanya mengenai keupayaannya membuka tingkap.

Penghantar

Dikongsi Kaedah

Penerima

Rajah 1.3 : Gangguan Komunikasi akibat tiada perkongsian hajat Setelah membaca setakat ini, bolehkah anda menjawab soalan yang ditanya pada awal tajuk ini Bolehkah komunikasi berlaku tanpa pertuturan atau bahasa ?

Komunikasi boleh dianalisis mengikut tiga komponen berikut :

Linguistik : melibatkan bahasa Para-linguistik : intonasi, pic, stres, ritma, suara, kadar iaitu ciri yang berkaitan bagaimana komponen linguistik dihasilkan. Bukan linguistik: tingkah laku pragmatik (kontak mata, turn taking, body language,mimik muka, gestur tangan, penggunaan ruang, dan lain-lain), yang tiada kaitan dengan komponen linguistik.

1.2 Bahasa Bahasa merupakan satu sistem simbol yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan tertentu untuk berkomunikasi maksud. Setiap bahasa mempunyai ciri-ciri berikut :

Ia melibatkan komunikasi perkongsian pemikiran, pendapat dan makna Ia terdiri daripada satu kod yang dikongsi walaupun bukan semua orang mengetahui Bahasa Isyarat, orang yang mengetahuinya boleh berkomunikasi menggunakan bahasa tersebut.

Ia terdiri daripada simbol-simbol arbitrari kita yang menetapkan simbol yang diguna untuk mewakili sesuatu perkara atau benda. Tiada sebab mengapa kita tidak boleh guna perkataan seperti bubu untuk mewakili pokok jika itulah yang dipersetujui oleh ahli-ahli dalam sesuatu komuniti.

Ia

adalah generatif jika terdapat satu set perkataan dan peraturan-peraturan yang adalah kreatif perkataan-perkataan baru sentiasa dibina dari masa ke semasa

ditetapkan, penutur boleh menjanakan bilangan ayat-ayat tanpa batasan. Ia

sementara perkataan yang sudah ada mungkin hilang atau maksudnya telah berubah. Bolehkah anda fikirkan tentang perkataan-perkataan baru yang telah masuk sistem Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam masa lima tahun ini atau perkataan-perkataan yang telah hilang atau berubah maksudnya baru-baru ini.

1.3 Pertuturan Pertuturan boleh didefinisi sebagai tingkah laku untuk menghasilkan satu kod bahasa dengan membentuk pola-pola bunyi yang sesuai. Ia memerlukan kefungsian saraf dan otot yang sempurna. Pertuturan boleh dibahagi kepada dua komponen iaitu komponen segmental (artikulasi) dan komponen bukan segmental (suprasegmental / prosody). Artikulasi melibatkan penghasilan bunyi pertuturan yang melibatkan pergerakan otot-otot tertentu (spt. bibir, lidah, lelangit) yang juga dikenali sebagai articulators. Pergerakan articulators adalah dikawal oleh sistem saraf pusat, terutamanya bahagian otak yang bertanggung jawab atas koordinasi sistem pergerakan otot. Artikulasi yang baik akan menghasilkan bunyi-bunyi pertuturan yang tepat dan jelas. Jenis masalah pertuturan yang kerap dijumpai dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas ialah masalah artikulasi kerana ia merupakan satu proses yang kompleks ia memerlukan sistem persepsi dan produksi yang sempurna.

Sila rujuk Rajah 1.4 untuk kefahaman lanjut mengenai komponen-komponen penting dalam produksi pertuturan.

PERTUTURAN

KOMPONEN SEGMENTAL

KOMPONEN BUKAN SEGMENTAL (PROSODI)

FONOLOGI (terdiri drp. Komponen Fonetik + Bahasa)

Mempunyai kesan terhadap makna seperti unsur berikut : - stres (penekanan) - intonasi - kelancaran - kualiti suara - kelajuan/kadar

Rajah 1.4 : Komponen-komponen Pertuturan Bahagian badan manusia yang terlibat dalam produksi pertuturan adalah ditunjukkan dalam Rajah 1.5 di bawah.

Rajah 1.5 : Organ-organ Vokal Manusia

1.4 Masalah Komunikasi dan Bahasa Pernahkah anda berjumpa dengan individu yang bermasalah komunikasi atau bahasa? Apakah ciriciri yang ditunjukkan oleh individu tersebut?

1.4.1 Masalah Komunikasi Mengikut Charles Van Riper (1905-1994), seorang pelopor terkenal dalam bidang perkembangan terapi pertuturan, masalah komunikasi merupakan satu penyimpangan daripada pendengaran, pertuturan atau bahasa normal yang mengganggu komunikasi atau yang menarik tumpuan negatif terhadap individu yang mengalaminya, atau menyebabkan individu tersebut menjadi segan atau merasa diri kurang upaya. Berdasarkan definisi tersebut, terdapat banyak jenis dan bentuk masalah komunikasi yang membawa kesan yang serius kepada individu yang mengalaminya. Masalah komunikasi boleh dikategorikan seperti dalam Rajah 1.6 berikut :

Masalah Komunikasi

Masalah Pendengaran Jenis : Kehilangan Konduktif Kehilangan Sensori-neural Kehilangan berpunca drp. saraf pusat, saraf auditori

Masalah Pertuturan Jenis : Masalah Suara Masalah Artikulasi Masalah Kelancaran

Masalah Bahasa Jenis: Masalah Bahasa secara spesifik (fonologi, semantik sintaksis, morfologi pragmatik) Afasia dan yang berkaitan

Rajah1.6 : Jenis dan Kategori Masalah Komunikasi

Berapa kerapnya berlaku masalah komunikasi? Berdasarkan kajian-kajian yang ditelah dijalankan, data-data berikut diperolehi :

Lebih kurang 5% kanak-kanak yang masuk sekolah mempunyai masalah komunikasi 1 dlm 1000 kanak-kanak bermasalah komunikasi mempunyai masalah bahasa yang serius Lebih kurang 23% kanak-kanak khas bermasalah dalam komunikasi Kekerapan masalah komunikasi dari segi jantina - 2 lelaki : 1perempuan 50-80% masalah komunikasi merupakan masalah artikulasi

1.4.2 Masalah Bahasa (Language Disorders) Mengikut the American Speech and Hearing Association (1993), masalah bahasa merupakan masalah dalam kefahaman dan / atau penggunaan sistem simbol bahasa (spt. lisan, penulisan, dll.). Ia mungkin melibatkan (a) bentuk bahasa, (b) kandungan bahasa, dan/atau (c) fungsi bahasa dalam komunikasi dalam apa jua kombinasi.

1.4.3 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Bahasa dan Komunikasi Kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi merupakan satu kumpulan yang heterogeneous. Mereka tidak mempunyai ciri-ciri yang seragam dan tahap masalah yang dialami boleh terdiri daripada ringan sehingga amat teruk. Walau bagaimanapun, masalah bahasa dan komunikasi yang dihadapi membawa impak yang ketara dan serius dalam pelbagai aspek perkembangan dan pencapaian akademik. Kesan masalah bahasa dan komunikasi boleh dirumuskan seperti berikut :

Prestasi Akademik - Kurang menyumbang dalam perbincangan - Sukar mengorganisasi idea-idea - Sukar mendiskriminasi antara bunyi-bunyi pertuturan - Bermasalah menghasilkan bunyi pertuturan - Gagal mengikut arahan - Sukar mencari perkataan yang tepat

Interaksi Sosial - tidak suka berinteraksi dgn. kanak-kanak lain

- biasa disingkir oleh kanak-kanak lain - bermasalah menguruskan perbualan - bermasalah memahami / mengikut peraturan-peraturan permainan

Kefungsian Kognitif - bermasalah dalam mengorganisasi maklumat untuk diingat - Memberi respons yang lambat - Kurang tumpuan

Tingkah Laku - kerap menunjukkan tantrum - kerap bergaduh - berlawan dengan rakan sebaya - menarik diri daripada interaksi

1.4.4 Punca masalah bahasa / pertuturan Antara kanak-kanak berkeperluan khas, kategori masalah yang kerap sekali dijumpai ialah masalah pembelajaran secara spesifik (specific learning disabilities) seperti disleksia yang memberi kesan terhadap salah satu aspek pembelajaran. Masalah komunikasi berada pada kedudukan kedua dari segi kekerapan berlakunya. Tahukah anda apakah pasangan kategori masalah yang kerap sekali dijumpai bersama (dual disabilities)? Jawapannya ialah masalah bahasa/komunikasi bersama masalah kerencatan akal. Memandang kekerapan berlaku masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan kanak-kanak, kita harus meninjau beberapa punca sebab yang boleh mengakibatkan kewujudan masalah tersebut. Walaupun sebahagian besar masalah bahasa dan komunikasi tidak diketahui puncanya, kita boleh mengkateorikan punca sebab seperti berikut :

Faktor Genetik / Sejarah keluarga - kes-kes lebih kerap berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu - risiko lebih tinggi dalam kalangan lelaki - ada perhubungan antara ketidaksempurnaan bilangan kromosom dengan beberapa kumpulan masalah bahasa/komunikasi tertentu (contoh: trisomi 21)

Faktor neurologi - ketidaksempurnaan dalam perkembangan sistem saraf, terutamanya pada

bahagian otak tertentu yang bertanggung jawab terhadap pemprosesan bahasa - kecederaan pada bahagian otak tertentu. Didapati kesan kecederaan yang berlaku semasa peringkat bayi biasanya tidak begitu teruk berbanding dengan jika ia berlaku pada peringkat dewasa. Adakah ini merupakan satu bukti untuk plastisiti otak di peringkat bayi ?

Faktor perinatal (semasa kelahiran) - lebih komplikasi semasa kelahiran, lebih tinggi risiko kanak-kanak untuk mengalami masalah perkembangan bahasa (contoh : masa kelahiran yang panjang boleh mengakibatkan kekurangan oksigen kepada sel-sel di otak menyebabkan masalah anoxia)

Kehilangan pendengaran - kehilangan jenis sensori-neural akibat kerosakan pada telinga dalam pada peringkat pralingual, iaitu sebelum kanak-kanak memperolehi bahasa (di bawah 2 atau 3 tahun) - kehilangan jenis konduktif akibat kerosakan pada telinga luar atau/dan tengah (contoh: infeksi otitis media yang kronik) jika tiada rawatan secara medikal atau surgikal

Kerencatan kognitif / mental - terdapat hubungan yang rapat antara perkembangan bahasa dan kognisi (cognition ), maka tidak hairanlah bahawa kerencatan mental dan masalah bahasa merupakan dual disability yang kerap sekali berlaku dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan khas.

Faktor persekitaran / sosial - kemiskinan boleh mengakibatkan risiko biologikal yang mungkin menjejaskan pembinaan organ-organ penting seperti otak dan telinga. - faktor ini boleh berinteraksi dengan faktor-faktor lain untuk menghasilkan kesan yang negatif terhadap pelbagai aspek perkembangan seperti fizikal, emosi dan kognitif.

Rumusan Terdapat hubungkait yang rapat antara proses komunikasi, bahasa dan pertuturan. Bahasa dan pertuturan merupakan alat untuk berkomunikasi. Dalam kalangan manusia, tidak boleh dinafikan bahawa pertuturan merupakan saluran yang efektif dan cekap sekali untuk berkomunikasi. Walau bagaimanapun, komunikasi dan bahasa boleh wujud tanpa pertuturan seperti ditunjukkan oleh individu-individu bermasalah pendengaran yang berupaya berkomunikasi dengan begitu lancar dan mesra melalui bahasa isyarat. Rajah 1.7 di bawah merumuskan hubungkait antara ketiga-tiga komponen tersebut.

Komunikasi

Bahasa

Pertuturan

Rajah 1.7 : Hubung kait antara komunikasi, bahasa dan pertuturan

Punca sebab berlaku masalah komunikasi dan bahasa dalam kalangan kanak-kanak mungkin sukar dikenal pasti. Walaupun kanak-kanak bermasalah bahasa dan komunikasi berkongsi banyak ciri yang serupa, mereka merupakan satu golongan yang sangat heterogeneous (tidak seragam). Justeru jika anda ingin membantu kanak-kanak tersebut meningkatkan tahap kemahiran komunikasi dan bahasa, anda perlu mempunyai terlebih dahulu pengetahuan dan kefahaman mengenai bagaimana perkembangan bahasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak kecil. Aspek ini akan dibincang secara terperinci dalam Tajuk 2 modul ini.

AKTIVITI

Dalam sosialisasi, anda akan mendapat banyak peluang untuk membuat pemerhatian mengenai komunikasi non-verbal yang digunakan. Senaraikan jenis komunikasi non-verbal yang berlaku serta kekerapan setiap jenis untuk perbincangan dalam kelas. Bincangkan peranan komunikasi non-verbal dalam kehidupan harian.

LAMAN WEB

http://www.asha,org http://www.lsad.org http://www.aaal.org

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN

Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston: Allyn & Bacon. Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub. Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5th Ed.). Boston : Allyn & Bacon.

Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : A

You might also like