You are on page 1of 21

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN


1.0 PENDAHULUAN

Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insane yang seimbang. Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat. Tanpa mengira di mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan perlulah dinikmati dan dikuasai secara bersama. Pendidikan merupakan suatu aspek yang sangat penting kepada

pembangunan negara. Ini kerana pendidikan merupakan penyalur kepada modal insan negara. Kecemerlangan pendidikan akan menjamin kecemerlangan dalam sesebuah negara. Justeru itu pembangunan pendidikan perlulah mengambil kira semua aspek tanpa mengira di mana lokasi sesebuah sekolah berada. Satu permasalahan yang sentiasa menjadi pokok perbincangan utama ialah

kecemerlangan pendidikan antara bandar dan luar bandar. Banyak kajian telah dijalankan untuk melihat perbezaan pendidikan antara bandar dan luar bandar (lihat Mohd Hisham, 2000; Siti Sara, 2000; Suryanti, 2000; Lim Geok Ping, 2003). Didapati bahawa jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar masih ketara terutamanya daripada aspek kemudahan-kemudahan asas dan sumber pendidikan.

Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan pula bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya. Konsep diskriminasi/ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan

membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Ketaksamaan telah berlaku sejak dahulu lagi (sistem feudal). Rakyat bawahan atau marhain, golongan pembesar, dan golongan istana menerima
1

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

sistem pendidikan yang berbeza. Diteruskan lagi pada zaman penjajah. Golongan pembesar mewariskan kecerdikan sebaliknya anak petani dan orang kampung terus ketinggalan.

Tugasan ini akan menghuraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya ketaksamarataan peluang pendidikan antara pelajar sekolah luar bandar dengan pelajar sekolah bandar serta menyenaraikan kesan-kesan serta langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ketaksamarataan peluang pendidikan ini.

2.0

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA KETAKSAMARATAAN. Terdapat beberapa faktor yang seringkali menyebabkan ketaksamarataan

peluang pendidikan ini berlaku dalam kehidupan kita pada masa kini. 2.1 Jurang Kelas Sosial Kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat. Kelompok ini boleh dikatakan sebagai satu golongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi politik, kuasa, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan ataupu hubungan dengan punca-punca pengeluaran. Paul B. Horton dan Chester L. Hunt (1992), mobiliti sosial dapat diertikan sebagai suatu gerak perpindahan dari suatu kelas ke sosial. Dari segi ekonomi, keluarga yang kaya dan berada lebih berupaya untuk menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Sebaliknya keluarga yang miskin tidak mampu untuk menghantar anak mereka untuk menanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi. Golongan berada biasanya mempunyai pekerjaan sebagai pegawai tinggi ataupun mempunyai perniagaan sendiri. Golongan miskin pula hanya bekerja sebagai petani dan nelayan di kampung. Mereka biasanya mengamalkan pekerjaan tradisional untuk sara diri. Sesetengah ibubapa juga lebih menginginkan anak mereka mewarisi pekerjaan

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

tradisi keluarga daripada melanjutkan pelajaran ke bandar dan meninggalkan kampung. Contoh kelas sosial yang terdapat dalam masyarakat kapitalis terbahagi 2 golongan iaitu yang pertama Bourgouisie yang bermaksud masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran dan yang kedua ialah Proletariat iaitu masyarakat yang tidak memiliki perkara di atas sebaliknya hanya tenaga kerja sahaja. Istitusi sosial pula merujuk konsep utama dalam memenuhi masyarakat dan kebudayaan. Konsep ini berkait raat dengan pola tingkah laku yang telah menjadi kebiasaan atau suatu pola hubungan sosial yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu. Antara contoh institusi sosial yang utama ialah institusi keluarga, institusi politik, institusi agama, institusi pelajaran dan lainlain. Aspek ketaksamaan peluang pendidikan masa kini pula meliputi pelbagai aspek daripada kemudahan mendapatkan guru di sekolah sehingga peluang kerjaya selepas tamat belajar.

Max Weber (1989) mengatakan ada lima kelas sosial iaitu golngan atasan atau orang kaya dan ahli korporat. Mereka ini juga dikenali sebagai golongan bangsawan. Golongan kedua adalah kumpulan pertengahan atasan iaitu yang

berpendidikan tinggi, professional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mereka ini kebanyakkan terdiri daripada golongan pembesar yang menguruskan pentadbiran negara. Golongan ketiga adalah pertengahan bawahan yang mana mereka terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil serta pekerja kolar biruyang berpendidikan SPM dan PMR. Golongan terakhir adalah golongan bawahan yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan formal. Menurut kajian Saifuddin Hj Masduki (1977) mendapati terdapat hubungan signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Serta mendapati kedua-dua hubungan adalah positif, iaitu semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

Rusli Md Zain (1998), dalam kajiannya melaporkan terdapat hubungan positif diantara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan

peluang belajar dalam kalangan murid. Suasana tempat tinggal yang lengkap dengan kemudahan asas, fizikal rumah dan keadaan persekitaran turut memberikan impak kepada jurang pendidikan. Struktur keluarga yang mempunyai jumlah ahli keluarga yang kecil atau besar, kes perceraian, tahap pendidikan ibubapa, pengaruh luar terdiri dari masyarakat dan rakan sebaya juga memainkan peranan terhadap pembentukkan kelas sosial dalam masyarakat. Kajian ini membuktikan bahawa tahap pendidikan yang secukupnya perlu diberikan kepada murid agar tahap ekonomi mereka juga terus bertambah baik. Faktor kelas sosial yang jelas mempengaruhi pencapaian akademik murid adalah seperti tahap ekonomi sama ada murid miskin dan murid berada. Murid yang berada tentunya menerima peluang pendidikan yang lebih baik. Tahap kesihatan, makanan berkhasiat dan kawalan penyakit menjadi faktor kepada penerimaan peluang belajar dalam kalangan murid.

2.2

Jurang Jantina (Perbezaan layanan di antara lelaki dan perempuan)

Kebanyakkan ibubapa dari pelbagai masyarakat percaya bahawa anak lelaki mereka berupaya mencapai kejayaan dibandingkan dengan anak perempuan. Oleh itu mereka lebih mengutamakan anak lelaki daripada anak perempuan. Bagi anakanak perempuan pula, mereka diharapkan untuk tinggal di rumah bagi membantu membuat kerja rumah. Ibubapa juga kurang memberi sokongan untuk anak

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

perempuan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Ibubapa beranggapan bahawa anak perampuan tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi kerana akhirnya mereka akan berumahtangga.

Bernama 2008 pernah mengeluarkan kenyataan 65.3% pelajar institute pengajian tinggi adalah perempuan.(sesi akademik 2008/09) dan 34.7% terdiri daripada pelajar lelaki. Kajian Busch (1995) pula menyatakan isu kecekapan kendiri dlm mata pelajaran matematik dan sains menunjukkan perbezaan dari sudut jantina. Kajian sutherland (2000) juga menyebut fenomena prestasi pelajar wanita lebih baik daripada lelaki adalah fenomena sejagat. Siti Rohani Yahya (1989) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja dalam proses pembangunan. Menurut beliau, terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita hampir sama dengan yang disumbangkan oleh lelaki, maka adalah wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama. Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan. Dalam kajian Shamsulbahriah (1989), berdasarkan data sekunder kajian beliau mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia. Oleh yang demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksankan pengajaran dalam kelas. Ini bagi memastikan objektif pembelajaran dapat dcapai.

Murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian. Zaman penjajah peluang diberi kepada lelaki
5

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

manakala golongan perempuan dinafikan peluang untuk menerima pendidikan. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita, perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas. Selain itu peluang pekerjaan yang ada selepas tamat belajar juga dikeluarkan mengikut gender sedangkan pencapaian masing-masing adalah berbeza. Hal ini adalah kerana pencapaian akademik pelajar perempuan adalah jauh lebih baik daripada pelajar lelaki. 2.3 Kumpulan Minoriti

Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebaginya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka. Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah yang sering suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengsterism dan lain-lain lagi. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu menggangu keharmonian sekolah. Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya. Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.

2.4

Murid Keperluan Khas Murid Berkeperluan Khas mengikut Dr Chua Tee Tee (1982) merupakan satu

program pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani dan sosial atau emosi. Terdapat anggapan negatif samada anak mereka itu normal atau berkeperluan khas. Terdapat dua kategoti murid berkepeluaran khas iaitu kategori masalah dan kategori masalah khusus.
6

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

Selain itu ada pendapat menyatakan bahawa murid berkeperluan khas mempunyai kecerdasan yang amat rendah berbanding dengan kecerdasan purata dan menghadapi masalah penyesuaian diri dalam masyarakat dan program sekolah biasa. Dengan membandingkan dua definisi berkenaan, jelas menunjukkan kepada kita bahawa majoriti kanak-kanak pintar cerdas dan kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah menyesuaikan diri di sekolah biasa. Oleh itu mereka memerlukan pendidikan khas. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang mana kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak menafaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh itu, guru harus memberi fokus terhadap masalah sosio-emosi mereka. Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi kanakkanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Sebagai golongan minority, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. Antaranya, konsep kendiri seperti fobia, perkembangan nilai dan moral, keupayaan yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. Menurut Woitaszewski (2003). Faktor persekitaraan seperti masalah

berkomunikasi, diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka. Terdapat tujuh (7) kategori kanak-kanak istimewa yang memerlukan Program Pendidikan Khas iaitu; kerencatan mental
7

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran


bermasalah pembelajaran kecelaruan tingkah laku cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi cacat penglihatan cacat fizikal pintar-cerdas dan berbakat istimewa

2011

Kanak-kanak berkeperluan khas juga menghadapi kecelaruan tingkah laku iaitu tingkah laku terbias. Mereka ini mempunyai tingkah laku yang suka menentang autoriti, tidak mematuhi peranan atau undang-undang, kurang bertimbang rasa dan suka menyerang orang. Kanak-kanak golongan ini adlah hiperaktif atau hiperkinetik. Mereka juga mempunyai sifa pengongkongan dalaman. Kadang-kadang mereka juga bersifat pendiam, sensitive, pasif, tidak suka berkawan dan mudah tersinggung serta sering melakukan tindakan luar kawalan. Murid keperluan khas juga didapati menghadapi tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara. Kurang menumpukan perhatian dalam pelajaran, tidak minat belajar, sering berkhayal dan tidak mengendahkan nilai kendiri sendiri. Dikatakan juga mempunyai tingkahlaku antisosial. Mereka ini sering bertindak liar dan kerap menimbulkan masalah disiplin sekolah seperti memeras ugut, mencuri dan ponteng. Kirk and Kirk (1994) berpendapat murid keperluan khas berbeza dari murid biasa dari segi mental (kognitif), fizikal (keupayaan otot-otot dan sendi), social (interaksi dan komunikasi interpersonal) dan emosi (keupayaan menangani perasaan). Terdapat juga murid berkeperluan khas kerana proses perkembangan yang lewat, hiperaktif dan pintar-cerdas dan berbakat. Murid berkeperluan khas yang lain seperti ADHD tanpa hiperaktiviti (Attention Deficit Hyperactiviti Disorder). Murid ini kurang memberi perhatian, kurang mengekalkan perhatian lama dalam penglibatan setiap aktiviti dan tidak
8

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

menyempurnakan tugasan yang diberikan. Terdapat pula murid ADHD dengan hiperaktiviti-impulsif. Murid ini menunjukkan tanda-tanda kurang senang duduk diamdiam, suka berkeliaran, aktif, menunjukkan inpulsiviti dan sering menggangu orang lain. Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat.

2.5 -

Golongan Keciciran Orang Asli Orang Asli merujuk kepada msayarakat yang kebanyakanya tinggal di dalam

atau pinggir hutan. KAdar keciciran yang sangat tinggi dala kalangan murid Orang Asli merupakan isu yang perlu ditangani secara bersama dan bersemuka supaya sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan. Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semula jadi. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaatdan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002). Orang Asli dibahagikan kepada tiga rumpuan bangsa iaitu Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dalam semua rumpun bangsa ini terdapat 18 jenis suku kaum. Statistik 2005 , jumlah orang Asli adalah 141, 230 orang. Majoriti ekonomi orang Asli masih lagi berasaskan pertanian dan bersifat sara diri. Dari segi agama, sebahagian besar orang Asli beragama Animisme. Dari segi pendidikan, pencapaian orang Asli amatlah rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok etnik lain di Malaysia.

Kebanyakkan orang Asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasaran yang kurang lengkap di kawasan tempat tinggal mereka.
9

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

Kemudahan seperti bekalan elektrik, air bersih dan jalan, masih tidak diadakan. Biasanya pembekalan kemudahan-kemudahan seperti ini terhenti sebelum sampai ke perkampungan orang Asli. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi, prasaran seperti kipas, bilik darjah yang selesa tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh masyarakat orang Asli.

Pribumi (Indigenious) Indigenious merujuk kepada penduduk pribumi di pendalaman Sabah dan

Sarawak . Penduduk di Sabah dan Sarawak juga terdiri daripada pelbagai kaum, mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal. ekonomi, social dan budaya. Di Sabah terdapat 23 suku kaum, namun yang terbesar ialah Kadazan, Bajau, Murut, Suluk dan orang Brunei. Di Sarawak, kaum terbesar ialah Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh. Penan dan Kelabit.

Masyarakat indigenious merujuk kepada kelompok masyarakat dan etnik yang tinggaal jauh dipendalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar. Mereka masih taksub kepada system kehidupan masyarakt yang telah mereka bina sejak dari dulu lagi. Ketaksamaan dalam pendidikan tetap berlaku dalam masyarakat indigenious kerana system pendidikan sekolah yang

dikembangkan di tanah air belum menyentuh system belajar asli (indigenious learning system) masyarakat tradisional.

Sistem belajar asli memiliki banyak aspek positif, antaranya mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan mempelajari sesuatu. Masyarakat indigenious masih belum bersedia menerima perubahan dalam dunia pendidikan kerana masih berpegang kepada budaya hidup tradisional mereka. Dalam sistem belajar orang asli masyarakat indigenious ini, proses belajar seseorang akan mencakupi empat hal. Dalam belajar, manusia akan mengalami sesuatu cara yang nyata, memikirkan secara konseptual, mengamati sesuatu sambil merenung dan mencubakannya dalam situasi lain yang lebih luas.
10

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

Hal ini bertitik tolak dengan proses belajar dalam konteks masyarakat yang cenderung melakukan proses belajar secara deduktif. Dalam masyarakat ini, proses yang dialami adalah ilmu pengetahuan konseptual dulu barulah mengalami pengalaman nyata. Dalam system belajar asli, masyarakat lebih memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya.

Pendalaman Faktor berlakunya ketaksamaan peluang pendidikan bagi masyarakat

pendalaman ialah kerana kurangnya guru pakar yang berpengalaman dalam satu bidang. Pertumbuhan pusat urban yang lembab turut memberi kesan kepada system pendidikan di kawasan berkenaan.

Suasana persekitaran fizikal dan sosio budaya bagi kawasan pendalaman juga kurang memberangsangkan. Jurang digital juga wujud iaitu perbezaan dari segi akses kepada kemudahan ICT antara lokasi dan penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan guru. Pengunaan bahasa sendiri oleh murid setempat turut menyulitkan pengajaran dan pembelajaran dan guru harus cuba mempelajari dan mengunakan bahasa tempatan bagi menarik minat mereka untuk belajar disampin meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.

Selain lokasi, jurang pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan bandar.

11

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran


3.0 KESAN-KESAN NEGATIF DARIPADA KETAKSAMARATAAN

2011

Dalam era pembangunan Negara kita ini, apabila ketaksamarataan dalam apa jua pembangunan masih ada di dalam suatu struktur masyarakat ini masih wujud, maka pembangunan sepenuhnya masih belum dikecapi dan akan terus menjadi kesan negative yang harus diperbaiki. Antara kesan-kesan yang akan dapat dlihat apabila ketaksamarataan ini berlaku ialah pembangunan Negara terbantut, pencapaian pendidikan yang terhad, Jurang ini juga akan memberikan impak terhadap pencapaian murid termasuklah penyediaan kemudahan fizikal untuk murid belajar. Impak jurang pendidikan telah menyumbang secara ketara terhadap tahap sosioekonomi antara penduduk.

3.1

Kekurangan kemudahan asas Kekurangan kemudahan asas di sekolah juga mewujudkan ketaksamaan

dalam peluang pendidikan, masih ada sekolah yang belum mempunyai bekalan elektrik 24 jam dan ada yang tidak cukup untuk menjanakuasa terutamanya bagi pengunaan teknologi maklumat (ICT). Apabila segala kesulitan ini dihadapi murid, secara tidak langsung menjadi sebagai satu halangan kepada murid untuk menuntut ilmu. Hal ini juga turut mengakibatkan murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik pergi kesekolah untuk memajukan diri mereka sendiri. Sikap ibubapa pendalaman yang tidak mementingkan pelajaran anak-anak dan diri mereka sendiri yang tidak berpelajaran turut memberi kesan negative terhadap pendidikan anak-anak mereka.

3.2

Masalah Kekurangan Murid Terdapat juga sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau

dipanggil SKM, iaitu sekolah yang enrolmennya kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan

peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di pendalaman. Jumlah murid yang terlalu kecil menyebabkan SKM mengamalkan
12

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

pengajaran kelas bercantum atau multigrade teaching iaitu mengajar sebuah kelas yang terdiri daripada pelbagai tahun persekolahan tetapi kaedah yang berlainan dengan tahap yang sesuai dengan murid di dalam kelas bercantum tersebut.

3.3

Kadar Keciciran Yang Ketara Selain itu, kesan yang jelas dilihat adalah selain faktor lokasi, jurang

pendidikan juga wujud antara jenis sekolah, kaum jantina, taraf sosioekonomi dan tahap keupayaan murid. Jurang ini menyebabkan perbezaan prestasi dan pencapaian murid, penyediaan kemudahan fizikal dan bukan fizikal serta keciciran murid. Impak jurang pendidikan telah menyumbang kepada keadaan tidak seimbang yang ketara daripada sosioekonomi antara penduduk luar bandar dan Bandar. Kesan-kesan negative ini juga dapat dirasai oleh masyarakat pedalaman dan peribumi yang masih tidak merasai segala kemudahan untk mendapat pedidikan yang sempurna.

4.0

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KETAKSAMARATAAN. Program Pembestarian Sekolah Cabaran Kementerian Pelajaran Malaysia adalah untuk memastikan

infrastruktur, perkakasan, perisian dan latihan yang mencukupi diberi kepada pihak sekolah-sekolah dikawasan luar bandar yang kurang terdedah dengan ICT berbanding kawasan luar bandar. Program pembestarian sekolah yang sedang dijalankan juga menyediakan sekolah luar Bandar dilengkapkan dengan makmal computer, bilik computer dan perkakasan yang mencukupi. Sekolah-sekolah juga akan dirangkaikan dengan akses jalur lebar SchoolNet dan bagi sebahagian sekolah di luar Bandar dan pendalaman, pust akses akan dibina.

13

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

RM 1 bilion disediakan KPM bagi mengurangkan ketidaksamaan dalam pendidikan seperti ;

- Rancangan Makanan Tambahan - Kumpulan Wang SImpanan Pelajar Miskin - Bantuan Makanan Asrama - Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid - Jaket Keselamatan - Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya - Skim Pinjaman Buku Teks - Skim Baucer Tuisyen - Biasiswa Kecil Persekutuan dan Biasiswa Kelas Persediaan Unifrsiti - Asrama Harian Kerajaan harus meletakkan budaya pembelajaran, analitikal dan intelektual sebagai keutamaan dalam agenda negara jika mahu membangunkan modal insan tanpa mengira kelas sosial murid atau keadaan murid berkenaan,

Memberi Pendekatan Yang Lebih Meluas Kita perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya lebih luas. Rakyat negara ini perlu digalak memburu maklumat daripada menerimanya secara pasif. Rakyat digalakkan bersikap terbuka pada idea baru dan berlainan. Rakyat harus meningkatkan pembangunan dalam budaya analitikal. Murid perlu dilatih banyak merenung dan faham apa , bagaimana dan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Jika kita mahukan

pembangunan modal insane, kita harus memiliki komuniti yang mengamalkan


14

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

budaya kerja yang banyak bertanya, mencabar dan berfikir dan setiap kelas sosial perlu diberikan hak yang sama dalam mendapatkan ilmu pengetahuan. Pendidikan seharusnya diterima secara sama rata dan adil dalam apa jua factor,kelas dan sebagainya. Usaha menangani jurang ini terus mendapat perhatian kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3):

..merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang pendidikan antara kaya dengan yang miskin serta antara wilayah dan antara kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan-kemudahan negara dengan lebih saksama

Murid yang berkeperluan ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya mereka tidak tercicir dari arus pendidikan perdana dan seterusnya mewujudkan ketaksamaan pendidikan dalam masyarakat. Modifikasi environmental dan

behavioural adhenenvironmental merupakan kaedah untuk menangani kumpulan ini. Murid ini biasanya ditempatkan berdekatan guru, yang menghadkan ruangan terbuka untuk mengurangkan kesempatannya bertingkahlaku negative. Guru juga boleh mengurangkan ransangan dan hanya membenarkan murid bergerak di suatu kawasan tertentu sahaja. Memberikan Peneguhan Positif Melalui tingkah laku behavioural, guru boleh memberi arahan dengan jelas, mengurangkan kerja tugasan, pecahkan tugasan kepada unit kecil serta elakkan memberi kerja atau latihan ulangan. Guru hanya menyediakan kerja tambahan sekiranya murid telah menyelesaikan kerja lebih awal. Guru disarankan memberi peneguhan positif dari negative. Guru perlu menyediakan program latihan social bagi murid ADHD supaya mereka dapat terus belajar dan bersaing seperti murid normal lain.

15

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran


Mewujudkan Program Pendidikan Prasekolah Khas

2011

Akta Pendidikan Khas 1996 telah memberi kuasa kepada Kementerian Pendidikan untuk menyediakan kemudahan Pendidikan Khas, menggubal kurikulum yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid serta tindakan lain bagi mengembangkan pendidikan khas. Selain itu kerajaan Malaysia telah menubuhkan Program Pendidikan Prasekolah Khas diwujudkan pada tahun 2004 di semua SKPK. Dalam tahun 2005, sebanyak 32 program Pendidikan Khas Intergrasi untuk murid bermasalah pembelajaran diwujudkan di sekolah harian biasa.

Kanak-kanak kurang upaya memasuki sistem pendidikan KPM seawal umur 4 atau 4 tahun lebih, agensi lain yang turut terlibat adalah Kementerian Kesihatan atau Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mengenengahkan Program Gemilang 7 (G7)

Justeru itu, Pernyataan Menteri Pelajaran Malaysia Dato Seri Hishamuddin tentang pentingnya kesamarataan dalam memberikan kemudahan pendidikan kepada semua rakyat Malaysia menggambarkan pentingnya misi pembangunan modal insane yang seimbang. Apa yang penting ialah kemajuan negara hendaklah disertai oleh kemajuan dalam semua aspek termasuklah pendidikan di kalangan rakyat. Tanpa mengira di mana mereka berada, kemajuan dan pembangunan perlulah dinikmati dan dikuasai secara bersama. Maka Program Gemilang 7 tlah dimantapkan untuk menangani masalah ketaksamarataan pendidikan di sekolahsekolah yang tidak merasai pembangunan pendidikan. Antara objektif yang menjadi fokus kepada pembentukan program ini ialah:

1.

Mewujudkan kepimpinan ang berkesan di kalangan G7.

16

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran


2.

2011

Menjadikan G7 sebagai penyumbang kepada peningkatan prestasi UPSR.

3. 4.

Menjadikan G7 sekolah yang gemilang dan berkesan. Mewujudkan budaya kerja yang gemilang dan terfokus melalui kepakaran dalaman dan luaran;

5.

Memupuk semangat kerjasama antara sekolah-sekolah G7 dan masyarakatnya.

6.

Melahirkan insan yang gemilang dan seimbang daripada masyarakat luar Bandar.

7.

Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan G7 di samping dapat memupuk dan meningkatkan keupayaan jati diri di semua peringkat G7.

Empat perkara utama yang menjadi teras kepada pembentukan program G7 selain daripada meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah-sekolah terlibat adalah perkongsian dalam aspek kemudahan fizikal, sumber manusia, bahan dan peralatan, dan bahan rujukan. Keempat-empat perkara ini merupakan perkara yang asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perkongsian yang terstruktur membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah yang dikategorikan sebagai kurang murid tersebut dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih sempurna (rujuk Buku Program Gemilang 7, 2006). Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek kemudahan fizikal, sumber manusia, kemudahan peralatan dan bahan serta buku dan bahan rujukan merupakan antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan program perkongsian pintar G7. Ini selaras dengan kajian-kajian lepas di mana faktor-faktor asas seperti kemudahan fizikal, sumber manusia, kemudahan asas lain, dan buku-buku rujukan boleh mempengaruhi prestasi akademik pelajar-pelajar sekolah (lihat Ain Ahmat, 1999; Noor Akmalwati, 2000; Haleefa, 2008).

17

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran


Meningkatkan Taraf Sosio-Ekonomi Masyarakat

2011

Usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan perlu dijalankan merangkumi pemberian bantuan kewangan yang bersifat bantuan kebajikan penuh. Hal ini perlu mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan lain-lain agensi yang berkaitan. Selain daripada itu, bantuan kewangan di dalam menyokong penglibatan mereka di dalam kegiatan-kegiatan saraan hidup baru perlu diberikan. Ini termasuk menggalakkan mereka menceburi bidang-bidang keusahawanan, pertanian moden, perniagaan dan lain-lain. Apabila taraf sosioekonomi msayarakat orang asli berjaya ditingkatkan, secara tidak langsung anak-anak mereka berpeluang untuk belajar di sekolah tanpa perlu ponteng untuk membantu menyara keluarga. Program-program berbentuk kerja-kerja kemasyarakatan yang melibatkan pelajar-pelajar Universiti dan persatuan-persatuan pelajar harus disemarakkan bagi mendekatkan mereka dengan golongan yang berpendidikan tinggi. Ini sekaligus menanam keinginan pelajar-pelajar orang asli untuk berjaya diperingkat lebih tinggi. Pendekatan seperti penganjuran bengkel kecemerlangan akademik, kepimpinan, dan lain-lain yang difikirkan sesuai perlu mendapat kerjasama jabatan pelajaran, sekolah dan NGO pelajar.

18

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran


BIBLIOGRAFI Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

2011

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kuala Lumpur. Syed Ismail & Ahmad SUbki (2008). Budaya dan Pembelajaran (2008) . Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd ISBN 978-967-5451-04-1 Ting Chew Peh (1985) Konsep Asas Sosiologi. Dewan Bahasa Pustaka dan kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur Sharifah Md.Nor, 2000 . Keberkesanan sekolah: Satu Perpektif Sosiologi Kementerian Pelajaran Malaysia(2006), Program Gemilang 7 Malaysia, Kuala Lumpur

Hubungan Etnik http://khai89.wordpress.com/pengalaman/ Hubungan Etnik di Malaysia http://ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/102008/29-96-3.pdf Konflik Etnik dan Ras http://sarjana.tripod.com/konflik1.html Orang Cina Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_Cina_Malaysia Orang India Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Orang_India_Malaysia Orang Melayu Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Melayu Teori Perhubungan Etnik http://www.usm.my/ipptn/v2/documents/MonographsIPPTN/Monograf%206,%20200 5%20Integrasi%20etnik%20di%20IPTA/Bab%202.pdf Warisan Budaya Malaysia ~ Adat Resam http://malaysiana.pnm.my/01/01pgenln_adatresam.htm

19

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran


REFLEKSI

2011

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan Budaya dan Pembelajaran walaupun terpaksa menghadapi beberapa masalah dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti kekurangan bahan rujukan, dan sebagainya perkara lain yang berlaku semasa saya menyiapkan tugasan ini. Namun dengan berkat kesungguhan dan azam yang tinggi untuk

menyiapkannya saya dapat menyiapkan juga kerja kursus ini pada masa yang ditetapkan walaupun terpaksa melalui banyak masalah semasa menyiapkannya. Bagi melaksanakan tugasan ini, saya dikehendaki untuk menyatakan peranan guru dalam usaha mewujudkan persekitaran bilik darjah mesra budaya. Saya juga perlu mengkaji sejauh manakah keberkesanannya dalam pemngajaran dan pembelajaran serta telah diminta untuk mencadangkan amalan-amalan baru sebagai

penambahbaikan. Selain itu, antara kekangan yang terpaksa saya hadapi ialah saya terpaksa menyelesaikan banyak kerja kursus dan aktiviti yang bertembung pada suatu masa sehingga melemahkan semangat saya. Sebagai contoh selain saya terpaksa menyelesaikan tugasan-tugasan yang diberi, saya juga mempunyai beberapa tanggungjawab di IPG KKB ini dalam satu-satu masa. Namun, sebagai bakal seorang pendidik saya telah melihatnya sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi dan berfikiran positif untuk menanganinya. Bagaimanapun berkat tunjuk ajar pensyarah saya dalam membantu menjelaskan segala kemusykilan dan masalah yang tidak difahami sedikit sebanyak memudahkan lagi saya untuk bertindak dalam menjayakan kerja kursus ini dengan jayanya. Akhirnya saya berjaya juga menyiapkan tugasan ini pada tempoh yang ditetapkan sebelum menghantar tugasan ini pada tarikh yang telah ditetapkan. Pelbagai faedah serta pengalaman yang saya perolehi semasa menjalani tugasan ini yang mana segala ilmu yang saya pelajari telah dapat saya praktikkan semasa menyiapkan tugasan ini. Ini merupakan sebagai satu pendedahan awal kepada diri saya agar lebih bersedia untuk menjadi seorang guru yang hebat satu hari nanti.
20

EDU 3106 Budaya Dan Pembelajaran

2011

21

You might also like