You are on page 1of 8

TEORI KOMUNIKASI MODEL LASSWELL (1948) Sejarah Komunikasi adalah satu bidang yang menarik kerana ia menunjukkan cara

a penginteraksian antara manusia. Disamping itu juga, komunikasi banyak menerangkan mengenai ahli-ahli teori yang menghasilkan model-model yang menarik serta unik. Dapat di ambil contoh adalah seperti Harold Lasswell (model Lasswell), Berlo (model Berlo) serta Shahnon dan Weaver (model Shahnon dan Weaver). Namun, model Lasswell adalah model terawal berbanding model-model komunikasi yang lain kerana model ini dihasilkan pada tahun 1948. Selepas tahun itu barulah model-model lain muncul seperti model Shahnon dan Weaver (1949), model Schramm (1954) dan model Berlo (1960). Para ahli komunikasi ini telah mencipta model yang kini menjadi sumber rujukan oleh para mahasiswa mahupun khalayak yang lain. Model-model ini telah mencipta era komunikasi hingga kini. Salah satu tokoh terpenting dalam sejarah awal ilmu komunikasi di Amerika adalah Harold Lasswell. Diktum Lasswell akan selalu diingat oleh mereka yang pernah mempelajari ilmu politik atau ilmu komunikasi. Hal ini kerana, Harold Lasswell adalah ilmuwan politik yang mengatakan Who says what, to whom, to which channel and with what effect. Inilah ayat yang akan selalu diingat sebagai suatu model teori komunikasi yang linier, yang ditemukan dari hasil pengamatan yang ia lakukan sepanjang masa perang dunia pertama dan kedua. Model teori dari Harold Lasswell dianggap oleh para pakar komunikasi sebagai salah satu teori komunikasi yang paling awal dalam perkembangan teori komunikasi (1948).
1

Harold Lasswell adalah tokoh terpenting dalam sejarah awal ilmu komunikasi. Lassweel menghasilkan suatu model teori komunikasi linear yang ditemui dari hasil pengamatan yang dilakukan semasa perang dunia pertama dan kedua. Pada tahun 1926, Harold Lasswell menulis buku bertajuk Propaganda Technique in the World War. Penulisan ini menyebut tentang sejumlah program propaganda yang bervariasi mulai dari konsep sebagai strategi komunikasi politik, psikologi penonton dan manipulasi simbol yang diambil dari teknik propaganda yang dilakukan oleh Negara Jerman, Inggeris dan Amerika. Pada awal perkembangan ilmu komunikasi, propaganda menjadi topik paling penting dibahas pada masa itu, namun pada tahun 1940-an analisis propaganda ini hilang dari khazanah ilmu sosial di Amerika. Komunikasi massa ( mass communication) menjadi pengganti kepada propaganda dan Laswell member definisi atas propaganda sebagai tingkah laku kolektif dengan cara manipulasi sejumlah simbol sigifikan. Harold Lasswell dalam karyanya The Structure And Function Of Communication In Society menyatakan bahawa cara yang terbaik untuk menerangkan proses komunikasi adalah menjawab pertanyaan: Who Says What In Which Channel To Whom With What Effect (Siapa Mengatakan Apa Melalui Saluran Apa Kepada Siapa Dengan Kesan Apa). Berdasarkan paradigma Laswell di atas, maka komunikasi bererti proses penyampaian pesanan dari seorang komunikator kepada seorang komunikan melaui media komunikasi tertentu untuk menghasilkan kesan tertentu.

Salah seorang teoritisi yang mengungkapkan teori yang paling terkenal dan paling awal adalah Harold Lasswell. Dalam sebuah artikel klasik yang ditulisnya pada tahun 1948 yang berjudul The Structure and Function of Communication in Society, Lasswell
2

menyajikan suatu model komunikasi yang berbentuk sederhana. Model ini sering diajarkan kepada mahasiswa yang baru belajar ilmu komunikasi.

Model yang diutarakan Lasswell ini secara jelas mengelompokkan elemen-elemen mendasar dari komunikasi ke dalam lima elemen yang tidak boleh dihilangkan salah satunya (Laswell dalam Littlejohn, 1996:334). Model yang dikembangkan oleh Laswell ini sangat terkenal di kalangan ilmuan komunikasi, dan kebanyakan mahasiswa komunikasi yang mempelajari ilmu komunikasi, akan diperkenalkan dengan model di atas. Sumbangan pemikiran Lasswel dalam kajian teori komunikasi massa adalah identifikasi yang dilakukannya terhadap tiga fungsi dari komunikasi massa. Pertama, adalah kemampuan kemampuan media massa memberikan informasi yang berkaitan dengan lingkungan di sekitar kita, yang dinamakannya sebagai surveillance. Kedua, adalah kemampuan media massa memberikan berbagai pilihan dan alternatif dalam penyelesaian masalah yang dihadapi masyarakat, yang dinamakanya sebagai fungsi correlation. Ketiga adalah fungsi media massa dalam mensosialisasikan nilai-nilai tertentu kepada masyarakat yang dalam terminologi Laswell dinamakan sebagai transmission.

Model Lasswell telah menjadi model komunikasi massa yang sering digunakan dalam kajian teori komunikasi massa. Maksudnya model Laswell telah banyak digunakan sebagai kerangka analisis dalam kajian komunikasi massa. Karakteristik model Laswell adalah kemampuannya mencatat bahagian-bahagian yang membentuk sistem

komunikasi massa dan menggambarkan hasil-hasil yang hendak dicapai oleh komunikasi massa melalui ketiga fungsi yang telah dijelaskan di atas.

Kesimpulan yang dibuat berdasarkan sejarah mengenai Model Lasswell adalah kepentingannya tehadap ilmu komunikasi dari dahulu lagi hingga sekarang. Model Laswell amat mempengaruhi ilmu komunikasi dan sering menjadi sumber rujukan modul-modul mengenai komunikasi.

Pentakrifan Konsep.

Laswell menyatakan bahawa cara yang terbaik untuk menerangkan proses komunikasi adalah menjawab pertanyaan Who says what in which channel to whom with effect? ( siapa mengatakan apa dengan saluran apa kepada siapa dengan pengaruh bagaimana?). menurut Laswell lagi, cara yang baik untuk menggambarkan komunikasi adalah dengan menjawab pertanyaan berikut seperti yang dinyatakan di atas. Berdasarkan definisi di atas, dapat dinyatakan empat unsur yang saling bergantung antara satu sama lain iaitu :

1) Sumber (source). Sumber dikaitkan sebagai pengirim (sender), penyandi (encoder), komunikator (communicator), pembicara (speaker) atau originator. Sumber adalah pihak yang berinisiatif atau mempunyai keutuhan untuk berkomunikasi serta mampu menjadi seorang individu, kelompok, organisasi dan perusahaan.

2) Pesan. Ia ditakrifkan sebagai apa yang dikomunikasikan oleh sumber kepada penerima. Pesan merupakan simbol lisan atau pun bukan lisan yang mewakili nilai, gagasan atau maksud sumber yang dinyatakan di atas. 3) Saluran atau media. Ia merupakan alat yang digunakan sumber untuk menyampaikan pesanan kepada penerima. Pada dasarnya saluran komunikasi manusia adalah dua saluran iaitu suara dan cahaya. Saluran juga merujuk pada cara penyampaian pesanan iaitu apakah langsung (tatap-muka) atau media cetak serta media elektronik (radio dan televisyen). 4) Penerima (receiver). Ia sering disebut sasaran atau tujuan (destination), communicate, decoder atau khalayak (audiens), pendengar serta pentafsir.

Berdasarkan konsep yang diterapkan oleh Lasswell ini, ternyata ia satu model komunikasi yang mantap dan sesuai. Hal ini kerana ia adalah satu model yang meliputi sesuatu bahagian iaitu sumber, pesan, saluran atau media serta penerima. Hasil adanya unsur-unsur tersebut, perhubungan (komunikasi) menjadi semakin menarik dan dianggap sempurrna.

Selain itu juga, takrifan mengenai model ini menerangkan mengenai siapa, berkata apa, melalui saluran mana, kepada siapa, serta apakah kesannya. Siapa? Ia merujuk terhadap siapa yang menyampaikan maklumat atau sumber. Berkata apa? Seseorang yang menyampaikan ucapan contohnya, ia akan menyatakan sesuatu maklumat tentang apa sahaja dan dengan itulah yang dimaksudkan dengan berkata apa. Selain itu juga, Lasswell menerangkan mengenai melalui saluran mana? Saluran mana sering meliputi sumber perhubungan seperti komunikasi massa

seperti surat khabar, majalah, jurnal dan lain-lain. Kepada siapa? Perkara ini merujuk terhadap para khalayak iaitu audiens. Hal ini amat penting kerana khalayak amat mempengaruhi komunikasi serta menjadi pelengkap terhadap komunikasi. Model Laswell juga menerangkan mengenai apakah kesannya? Apakah kesannya menerangkan mengenai faktor serta akibat jika sesuatu maklumat disampaikan kepada khalayak. Mungkin akan timbul kesan yang positif mahupun negatif dan dengan itulah kerana Lasswell menerangkan mengenai lima perkara seperti yang dinyatakan di atas.

Hasil daripada penerangan konsep tersebut, ia membuktikan bahawa sesuatu teori yang dikaji perlu mempunyai pentakrifan. Hal ini kerana pentakrifan konsep amat berkesan bagi menjadikan sesuatu teori itu lebih efisyen dan jelas tentang apa yang cuba disampaikan oleh teori tersebut. Semakin banyak apa yang dikaji, semakin banyak pentakrifan yang cuba dihasilkan oleh individu. Bagi model Lasswell ini, konsep tersebut menerangkan mengenai lima perkara iaitu siapa, berkata apa, melalui saluran mana, kepada siapa serta apakah kesannya. Melalui kajian ini, ternyata model Lasswell ini mempunyai elemen-elemen tersendiri dalam

menyatakan sesuatu kaedah mahupun tujuan.

Ulasan Teori.

Berdasarkan

teori

serta

konsep

yang

disampaikan

Laswell.

Ia

lebih

menerangkan mengenai apa, berkata apa, kepada siapa, dan apakah kesannya. Melalui konsep ini, sesuatu konsep akan lebih mudah difahami dan sesuai dengan apa itu komunikasi. Komunikasi sering berkait rapat dengan hubungan bersama
6

khalayak (audiens). Berpandukan kaedah modul Lasswell (Harold Laswell) ini, para pengkaji ataupun para pelajar seing menggunakan kaedah ini bagi memantapkan sesuatu komunikasi yang dijalankan. Model ini sering menjadi kerangka sesuatu elemen dalam komunikasi dan menjadi pilihan para mahasiswa dalam mempelajari ilmu komunikasi.

Komunikasi memerlukan model-model yang cantik bagi terus memperkembangkan akan model ini agar seiring dengan penambahan elemen dalam model komunikasi yang sedia wujud dalam ilmu komunikasi. Sehubungan dengan itu, model komunikasi yang lain juga perlu dititikberatkan agar selaras dengan pembelajaran bagi mementapkan minda tentang keilmuan komunikasi. Teori-teori yang lain adalah seperti model Shanon dan weaver (1949), model Berlo (1960), model Schramm (1954) serta model-model lain yang wujud dalam komunikasi hari ini.

Teori-teori hari ini sering digunakan dalam komunikasi termasuk pembalajarannya. Penerapan ilmu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian masa kini. Komunikasi massa sering menjadi pilihan khalayak bagi mendapatkan maklumatmaklumat mengenai apa sahaja. Namun dalam komunikasi massa, model Lasswell sering menjadi pilihan masa kini. Disebabkan ciri-ciri serta idea oleh Harold Lasswell yang bernas serta mantap terhadap komunikasi dan kerana Lasswell juga salah seorang tokoh terawal dalam ilmu komunikasi berbanding Berlo (1960) dan Schramm (1954).

Penutup.

Sewajarnya bahawa teori-teori ini perlu diperkenalkan dengan lebih meluas. Hal ini kerana teori komunikasi bukan sahaja terhad kepada mahasiswa yang mempelajari komunikasi, ia juga boleh dipelajari oleh mahasiswa lain walaupun mahasiswa tersebut mengambil jurusan lain. Teori-teori ini juga mempunyai bidang yang luas skopnya dari pelbagai sudut.

You might also like