You are on page 1of 2

Kemalagan jalan raya dikatakan berlaku hampir pada setiap hari.

Huraikan punca-punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya.

Kemalangan jalan raya ialah tregedi yang biasanya melibatkan pelanggaran dua atau lebih kenderaan di jalan raya. Kemalangan sebegini boleh membawa kecederaan, penderitaan, dan kematian. Hal ini juga mengakibatkan kerugian yang amat besar kepada negara kita. Soalnya kini, apakah punca-punca kemalangan jalan raya yang terus menjadi konflik negara yang menyebabkan kematian di kalangan pengguna jalan raya? Pelbagai punca telah dikenal pasti menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya. Salah satu punca utama adalah sikap pemandu itu sendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan kemalangan yang berlaku ini berpunca daripada pemandu-pemandu yang mempunyai sikap negatif seperti panas baran, menunjuk-nunjuk, memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, dan sebagainya. Tindakan pemandu yang kurang bijak seperti memandu secara terburu-buru, penggunaan telefon bimbit semasa memandu, memotong kenderaan lain di selekoh atau lereng bukit boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya. Selain itu, pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk, khayal dan mengantuk adalah merbahaya. Banyak kemalangan ngeri atau tregedi bas ekspres yang meragut puluhan nyawa telah berlaku pada waktu larut malam. Ujian-ujian polis terhadap pemandu dan mangsa kemalangan membuktikan mereka memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Fenomena pemanduan yang tidak berhemah ini akan menyusahkan semua pihak. Keadaan atau struktur jalan yang tidak baik boleh mengundang bahaya terutama bagi penunggang motosikal. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandu tidak berhati-hati. Keadaan jalan yang berlopak atau berlubang-lubang amat berbahaya terutamanya kepada penunggang motosikal kerana tayarnya boleh terjerlus ke dalam lubang berkenaan sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.

Di samping itu, kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Banyak pemandu tidak membuat pemeriksaan rutin terhadap kenderaan sendiri sebelum memulakan perjalanan jarak jauh. Pemandu yang bersikap lepas tangan akan menghadapi masalah apabila bahagian-bahagian tertentu kenderaan mereka sperti brek, lampu brek, lampu isyarat dan hon tidak berfungsi dengan baik. Banyak kenderaan yang jatuh ke gaung atau terbabas kerana kerosakan brek. Ada juga kenderaan yang dilanggar dari belakang kerana lampu brek yang tidak menyala. Kesimpulannya, punca-punca yang menyebabkan kemalangan jalan raya adalah sikap pemandu yang selalu cuai ketika memandu. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka ketika berada di jalan raya untuk menghalang masalah ini menular lagi. Bak kata pepatah, janganlah sudah terhantuk baru hendak tengadah kerana apabila sesuatu kecelakaan sudah berlaku, tiada guna menyesalinya lagi kerana nasi sudah menjadi bubur.

You might also like