You are on page 1of 13

1.

Pengenalan Pendidikan Khas.

Berdasarkan definisi Jabatan Kebajikan Masyarakat, kanak-kanak istimewa adalah anak yang disahkan oleh doktor sebagai kanak-kanak yang mempunyai sebarang kecacatan. Kanak-kanak kurang upaya juga adalah seorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuh atau sebahagian daripada keluaran biasa seseorang individu dan tidak dapat hidup bermasyarakat sepenuhnya disebabkan sesuatu kekurangan sama ada dari segi fizikal atau mental dan sama ada berlaku semenjak lahir atau kemudian dari itu (kanak-kanak istimewa, n.d, seperti yang dinyatakan dalam Fazimi, 2005). Kecacatan ini menyebabkan kanak-kanak kurang upaya tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa. Adalah sukar bagi kanak-kanak yang mengalami cacat penglihatan, pendengaran, terencat akal, sindrom down, epilepsi, cacat fizikal, autisme dan juga hiperaktif untuk mengikuti pembelajaran seperti kanakkanak normal lain. Justeru itu, menurut Zalizan (1995, seperti dinyatakan dalam Fazimi 2005) golongan kanak-kanak kurang upaya ini memerlukan pengubahsuaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mendapatkan perkembangan yang optimum. 2.0 Definisi Konsep Bahasa. Lutfi Abas (1975:4) mengemukakan kosep beliau mengenai bahasa iaitu sebagai satu data yang dianalisis dalam linguistik. Menurut definisi linguistik, bahasa iaiah suatu sistem symbol-simbol yang terdiri daripada bunyi-bunyi yang diucapkan dalam atau melalui mulut manusia, yang dipersetujui bersama, dipelajari oleh sekelompok manusia itu berkomunikasi. Mangantar Simajuntak (1982:5) pula mengemukakan bahawa bahasa ialah satu sistem kognitif manusia yang unit yang dapat dimanipulasi oleh manusia untuk menghasilkan sejumlah ayat yang tidak terbatas untuk dipakai oleh manusia sebagai alat komunikasi dan mengakumulasi ilmu pengetahuan. Asraf yang menjawab pertanyaan penulis secara lisan pada 10 ogos 1985 menyatakan bahawa bahasa merupakan himpunan ayat-ayat yang tidak terbatas jumlahnya tetapi terbatas
1

panjangnya, yang mempunyai susunan kata, frasa, dan struktur, menurut ketetapan tertentu yang berupa sistem dalam bahasa itu. Bahasa tidak terbatas kepada simbol-simbol sahaja tetapi terbahagi kepada beberapa komponen yang penting. The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) membahagikan bahasa kepada beberapa bahagian iaitu dari segi bentuk (form), kandungan (content) dan aspek fonologi, morfologi dan sintaksis. Fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Manakala, morfologi pula merupakan kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Sintaksis pula merupakan pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb.) tentang susunan kata dalam ayat. Semantik termaktub dalam kandungan bahasa yang membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.Manakala pragmatik ialah penggunaan bahasa dan bermaksud cabang linguistik yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul tertentu. (Kamus Dewan Edisi Terkini). Berdasarkan konsep yang dikemukakan oleh keempat-empat tokoh bahasa yang saya rujuk, dapatlah disimpulkan bahawa bahasa merupakan salah satu instrumen atau alat yang memerlukan pengetahuan khusus dan digunakan dalam komunikasi seharian oleh sekelompok masyarakat. Bahasa tidak terbatas kepada pengucapan yang dilafazkan secara sewenang-wenangnya tetapi memerlukan individu tersebut menggunakan bahasa dengan baik dengan memasukkan nilai etika dan budi pekerti yang tinggi dalam pertuturannya. 3.0 Metodologi kajian. Dalam melaksanakan cara pengumpulan data, pengkaji telah memutuskan untuk menggunakan dua jenis metodologi kajian iaitu pemerhatian dan analisis dokumen. Menurut Sagor (1992, seperti dinyatakan dalam Mills, 2000) pengkaji yang melakukan kajian dicadangkan untuk mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga cara yang berlainan
2

penggunaan (use). Bentuk bahasa

dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut tahap kesukaran penguasaannya iaitu

daripada penggunaan bahasa dan situasi

dalam merancang pengumpulan data yang lengkap berdasarkan kepada perkara yang ingin dijkaji. Ini kerana kekuatan bagi kajian yang menggunakan kualitatif amat bergantung kepada tringulasi dimana pengumpulan data dalam pelbagai cara adalah lebih baik berbanding hanya tertumpu kepada satu cara sahaja (Wolcott, 1988 seperti dinyatakan dalam Mills, 2000). Bagi kajian ini, pengkaji menjadikan pemerhatian sebagai sebagai cara yang paling utama. Namun demikian, bagi tujuan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan analisis dokumen juga akan digunakan. Penerangan berikut memperincikan setiap kaedah yang digunakan.
1.

Pemerhatian

Pemerhatian peserta merupakan kaedah kajian di mana pengkaji merupakan sebahagian daripada peserta di bawah pemerhatian. Dalam keadaan ini pengkaji akan terlibat terus dengan peristiwa di bawah kajian. Pengkaji telah memilih peranan sebagai peserta penuh dalam pemerhatian peserta. Di bawah kaedah pemerhatian ini, pengkaji berfungsi sebagai pemerhati dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti di bawah kajian. Status dan identiti pengkaji sebagai pemerhatian tidak diketahui peserta dalam kajian (Chua, 2006). Aspek ini diperincikan melalui:

Tia Bil 1.0 1. 1 1. 2 1. 3 2.0 2. 1 2. 2 3.0 3. 1 3. 2 3. 3 3.4 4.0 4. 1 4. 2 4. 3 Perkara Fonologi dan Morfologi Perkembangan bahasa sama dengan kanak-kanak normal tetapi lewat Pengurangan sebutan bagi gabungan konsonan dan kehilangan sebutan bagi konsonan akhir Lewat daripada segi perkembangan morfologi Sintaksis Tahap ayat sama dengan umur mental Masalah memahami struktur sintatik yang berada pada tahap tinggi Semantik Masalah memahami ayat kiasan Lewat daripada segi perkembangan semantik Kekuatan hanya bergantung pada sesuatu perkataan sahaja Lebih kepada pemikiran konkrit Pragmatik Lewat memahami tindak balas percakapan Kesukaran dalam peranan sebagai penutur Masalah dalam giliran Ada da

Rajah 1: Senarai Semak Pemerhatian Masalah Bahasa


2.

Analisis Dokumen

Pada amnya, analisis dokumen ialah pecahan kaedah penyelidikan analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi yang telah dicetak, disiarkan atau digambarkan. Dalam kata lain, bahagian mesej itu dapat

didengar, diperoleh dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud, gambar, simbol, idea, tema, atau apa-apa sahaja mesej yang telah dikomunikasikan (Sabitha Marican, 2009: 97; Babbie,2010: 332) Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada pengkaji kerana maklumat yang diperlukan adalah sedia ada. (Chua, 2006) 4.0 Skop kajian.
1. Mengenal pasti punca-punca masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak

terencat akal
2. Mengenal pasti bentuk masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak

terencat akal.
3. Mengenal pasti keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran semasa yang

diambil oleh guru dalam membantu kanak-kanak terencat akal bertutur dengan baik .
4. Mengenal pasti kaedah-kaedah yang lebih berkesan terhadap masalah sebutan perkataan

yang dijalankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak terencat akal.

5.0

Persoalan kajian.
1. Apakah punca-punca masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak

terencat akal?
2. Apakah bentuk masalah sebutan perkataan yang dialami oleh kanak-kanak terencat akal? 3. Adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh guru di sekolah

dapat membantu kanak-kanak terencat akal untuk menguasai kemahiran bertutur?


4. Apakah kaedah berkesan yang boleh diambil oleh guru untuk membantu masalah sebutan

perkataan kanak-kanak terencat akal? 6.0 Analisis masalah bahasa dan komunikasi

Setelah analisis dilakukan didapati bahawa masalah bahasa yang dihadapi oleh Aina dapat dibahagikan kepada beberapa cabang iaitu masalah dalam fonologi, sintaksis, morfologi, pragmatik dan semantik. Manakala dari segi komunikasi, Aina lebih gemar untuk berkomunikasi secara verbal kepada orang ramai. Aspek-aspek ini, akan diperbincangkan secara terperinci dengan melihat kepada contoh-contoh yang telah diperhatikan semasa pemerhatian dijalankan. Berikut adalah hasil keputusan senarai semak yang telah dijalankan:
Tia Bil 1.0 1. 1 1. 2 1. 3 2.0 2. 1 2. 2 3.0 3. 1 3. 2 3. 3 3.4 4.0 4. 1 4. 2 4. Perkara Fonologi dan Morfologi Perkembangan bahasa sama dengan kanak-kanak normal tetapi lewat Pengurangan sebutan bagi gabungan konsonan dan kehilangan sebutan bagi konsonan akhir Lewat daripada segi perkembangan morfologi Sintaksis Tahap ayat sama dengan umur mental Masalah memahami struktur sintatik yang berada pada tahap tinggi Semantik Masalah memahami ayat kiasan Lewat daripada segi perkembangan semantik Kekuatan hanya bergantung pada sesuatu perkataan sahaja Lebih kepada pemikiran konkrit Pragmatik Lewat memahami tindak balas percakapan Kesukaran dalam peranan sebagai penutur Masalah dalam giliran / / / / / / / / / Ada da

/ / /

Rajah 2: Keputusan Senarai Semak Pemerhatian Masalah Bahasa 6.1 Fonologi.

Dalam aspek fonologi, kekuatan yang dimiliki oleh Aina ialah, Aina dapat menuturkan beberapa bunyi dengan jelas. Namun begitu, terdapat sedikit kelemahan yang ditunjukkan oleh Aina iaitu dari segi artikulasi. Aina sering menggugurkan bunyi huruf pada awal, tengah dan akhir perkataan pada masa tertentu. Contohnya sebutan perkataan cantik menjadi antik, perkataan merdeka menjadi meeka dan sampah sampa. Menurut Long & Long (1994 seperti dinyatakan dalam Kuder, 1997) masalah artikulasi sememangnya kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak terencat akal. Walaubagaimanapun, Shriberg & Widder (1990 seperti dinyatakan dalam Kuder, 1997), menganggarkan bahawa statistik bagi permasalahan artikulasi di Amerika Syarikat berlaku dengan kadar serendah 5 peratus dan pernah mencecah setinggi 94 peratus. Kesalahan fonologi yang biasa berlaku dalam kalangan murid-murid terencat akal adalah gabungan konsonan (menyebut bake menjadi brake) dan pengurangan pada akhir konsonan (menyebut cah menjadi cat). 6.2 Morfologi.

Melalui aspek morfologi, jumlah perkataan yang telah diketahui oleh Aina mula bertambah dari bulan ke bulan meskipun berlaku dengan kadar yang sangat lambat. Ini jelas diperhatikan apabila perbezaan penggunaan perkataan-perkataan yang diketahuinya semasa baru memasuki Program Pendidikan Khas Integrasi berbanding setelah hampir setahun di PPKI. Namun demikian, Aina tidak konsisten dalam penggunaan perkataan yang telah diketahuinya. Ini dapat diperhatikan apabila Aina tahu menggunakan perkataan saya tetapi dalam kebanyakkan situasi Aina hanya terus mengeluarkan perkataan, frasa atau ayat pendek bagi menunjukkan keinginannya. Aina hanya akan menggunakan perkataan yang diketahuinya apabila perkataan itu telah disebut oleh guru atau rakannya
7

Kajian Newfield dan Schlanger (1968, seperti dinyatakan dalam Kuder, 1997) menunjukkan bahawa perkembangan dari aspek kemahiran morfologi dalam kalangan kanak-kanak terencat akal adalah sama dengan perkembangan kanak-kanak normal. Namun demikian, perkembangan dari aspek morfologi ini berlaku dalam kadar yang perlahan. 6.3 Semantik

Berdasarkan aspek semantik, Aina didapati kurang memahami arahan yang diberikan oleh guru terutamanya apabila melibatkan arahan yang menggunakan ayat majmuk. Contohnya, Aina cuba warnakan jalur pertama dengan warna merah dan jalur kedua warna putih. Aina akan mewarnakan kedua-dua jalur dengan warna merah sekiranya tiada bimbingan. Setiap arahan yang diberikan oleh guru mestilah seiring dengan tunjuk cara kerana Aina tidak mampu menafsir maksud bagi ayat majmuk. Menurut Enzell & Goldstein (1991, seperti dinyatakan dalam Kuder, 1997) kanakkanak terencat akal mengalami masalah dalam mengintrepetasi makna ayat. Ini kerana pemahaman ayat atau perkataan bagi kanak-kanak ini lebih berbentuk konkrit. Perkara ini juga sangat berkait rapat dengan perkembangan kanak-kanak terencat akal yang lebih lambat berbanding dengan kanak-kanak normal.

6.4

Sintaksis

Dalam aspek pembinaan ayat, Aina didapati tidak dapat menuturkan ayat dengan panjang. Aina hanya boleh menuturkan perkataan secara ringkas dan pendek sahaja. Contohnya, apabila ditanya Aina main apa waktu rehat tadi? Aina hanya akan menjawab main dan jika tidak dikembangkan oleh guru maka jawapan itu akan berakhir dengan satu perkataan. Jelas kelihatan bahawa Aina hanya boleh mengeluarkan sesuatu perkataan atau frasa bagi menjawab sebarang persoalan. Contoh kedua pula ialah apabila Aina tidak berpuas hati dengan tindakan rakannya Aina akan mengeluarkan frasa seperti Danish tak nak. Tanpa mengembangkan penggunaan ayat dengan menyatakan apakah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh rakannya.
8

Singer, Bellugi, Bates, Jones dan Rossen, (1994) mendapati bahawa kanakkanak Sindrom Down lebih cenderung menggunakan ayat-ayat yang mudah dan pendek berbanding kanak-kanak normal dan kanak-kanak Sindrom Williams. Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down gagal untuk membina konsep tatabahasa pada peringkat ayat yang lebih kompleks. Mereka tidak mampu menjawab soalansoalan yang menggunakan ayat majmuk. 6.5 Pragmatik.

Pruthi (2007) menyatakan bahawa selain fonologi, perbendaharaan kata dan tatabahasa, kanak-kanak mesti belajar untuk menggunakan bahasa secara berkesan dalam konteks sosial. Semasa perbualan berlangsung, seseorang individu haruslah berkebolehan untuk bertukar giliran disamping memastikan topik yang diperbualkan kekal sepanjang perbualan dan mesej yang disampaikan haruslah jelas beserta bahasa badan yang bersesuaian dengan peraturan sesebuah budaya. Namun demikian, kemahiran komunikasi dari segi pragmatik ini kurang dapat dipraktikkan oleh kanakkanak terencat akal seperti Aina. Melalui pemerhatian yang dijalankan, didapati bahawa Aina merupakan penutur yang pasif. Dalam kebanyakkan situasi di kelas, Aina kurang memberi tindak balas dalam bentuk ayat. Aina lebih banyak berdiam diri dan hanya menunjukkan tindak balas secara tidak lisan iaitu dengan menggunakan bahasa badan. Apabila bersama rakanrakannya, Aina lebih cenderung untuk menjadi pengikut berbanding mengeluarkan perkataannya sendiri. Namun demikian, perubahan dari segi tindak balas bagi sesuatu pengucapan akan berlaku apabila Aina bersama keluarganya. Aina akan bertindak balas secara lisan dan menuturkan beberapa perkataan atau frasa yang diketahuinya bagi menyampaikan hajat atau menjawab semula persoalan yang diajukan oleh ahli keluarganya. Secara keseluruhannya Aina masih kurang berkemahiran untuk kekal dalam sesebuah topik yang diperbualkan dan tidak dapat menyampaikan mesej yang diingini dengan jelas terutama kepada pihak yang berada luar daripada lingkungan mikrosistemnya. 7.0 Cara-cara untuk mengurangi atau mengatasi masalah bahasa
9

Bedasarkan

kepada

pemerhatian

yang

telah

dijalankan,

beberapa

masalah

perkembangan bahasa bagi kanak-kanak terencat akal telah dikenal pasti. Justeru itu, terdapat beberapa cadangan yang sesuai boleh dilaksanakan oleh guru-guru yang menghadapi kanakkanak terencat akal seperti kes Aina. Boo Poong Ying dan Ragbir Kaur (1998) mencadangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menimbangkan perkara-perkara berikut:
1. Pengajaran dan pembelajaran perlulah mudah lentur atau fleksibel iaitu memenuhi

keperluan murid.
2. Kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan supaya murid

tidak bosan atau hilang minat pada pengajaran.


3. Guru perlu memberi lebih tekanan kepada pengajaran secara kumpulan atau individu. 4. Guru perlu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran melalui isi

pengajaran yang lebih bermakna, berkesan dan seronok kepada murid. 7.1 Pengajaran Penguasaan Kemahiran (Mastery Learning) Proses pengajaran dan pembelajaran dalam kaedah ini dilaksanakan mengikut langkahlangkah kecil dalam pengajaran daripada mudah ke sukar. Olson dan Platt (2000) menyatakan bahawa kaedah pengajaran penguasaan kemahiran amat berguna untuk mengajar kemahiran asas, konsep-konsep dan fakta-fakta. Antara teknik yang berkesan ialah:
1. Teknik latih tubi, guru memberikan latihan berulang kali kepada murid supaya murid benar-

benar menguasai kemahiran


2. Teknik bercerita, bertujuan untuk menambahkan pembendaharaan kata murid teutamanya

dalam masalah sebutan Menurut Blair (1988 seperti dinyatakan dalam Olson dan Platt, 2000), kebolehan kanakkanak menceritakan sesuatu yang didengarinya merupakan satu perkara yang positif dalam usaha untuk memperkembangkan kemahiran bertutur mereka. Seperti aktiviti pemerhatian senarai semak, iaitu bercerita, guru boleh melaksanakan aktiviti tersebut sebagai aktiviti yang berkesan membantu kemahiran bertutur murid. 7.2 Pembelajaran Koperatif

Teknik pembelajaran koperatif merupakan satu kaedah yang melibatkan sekumpulan murid yang bertugas sebagai satu pasukan bagi menyelesaikan masalah atau melengkapan satu-satu
10

tugasan demi mencapai sesuatu matlamat yang sama atau kumpulan (Azhar Wahid, 2007). Ia amat sesuai bagi murid-murid yang mepunyai pelbagai latar budaya atau kaum, kebolehan dan keupayaan. Fokus utama pembelajaran koperatif dalam mengatasi masalah kemahiran bertutur ialah melibatkan murid secara bersama-sama dengan guru yang bertindak sebagai fasilitator berusaha mencapai kejayaan yang dikehendaki. Prinsip-prinsip utama pembelajaran koperatif ialah:
1. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif 2. Saling menggunakan interaksi bersemuka 3. Akuantabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri 4. Kemahiran koperatif 5. Pemprosesan maklumat secara berkumpulan

Pembelajaran koperatif akan menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam satu kumpulan tugasan. Ini akan mewujudkan satu situasi berkongsi idea dan penerimaan pandangan secara bersemuka di kalangan mereka. Antara aktiviti yang dicadangkan untuk membantu murid terencat akal ialah:
1. Melakukan simulasi aktivti harian secara berkumpulan contohnya melakonkan aktiviti

penggunaan telefon. Murid secara bergilir-gilir melakukan aktivti yang ditetapkan oleh guru
2. Lakonan sesuatu aksi tertentu seperti cerita menggunakan puppet. Dialog lakonan

disediakan oleh guru dan murid secara berpasangan melakonan gaya yang sesuai dengan dialog yang betul.
3. Teknik nyanyian secara berkumpulan iaitu guru menyediakan seni kata lagu dan meminta

murid secara bersama-sama menyanyi dengan baik 7.3 Pengajaran Adaptif

Dalam proses pengajaran, perbezaan individu harus diberi perhatian kerana pertamanya, dengan mengiktiraf perbezaan setiap murid, guru boleh membantu murid menggunakan pengalaman mereka untuk memahami pengajaran guru. Kedua, dengan memahami perbezaan latar belakang murid sendiri, sebenarnya guru dapat menyelami masalah, kekuatan dan kelemahan murid secara individu. Menurut D. Borish (2000), pengajaran adaptif sesuai untuk mengajar murid yang mempunyai latar belakang budaya, bahasa, gender, status sosio-ekonomi yang berbeza.
11

Antara pendekatan pengajaran adaptif yang sesuai digunakan dalam mengatasi masalah pertuturan murid terencat akal ialah pendekatan Remedial (Remedial Approach). Pendekatan ini menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran, atau tingkah laku paling asas yang memberikan faedah kepada murid yang mempunyai masalah pertuturan yang ketara. Sebagai contoh, guru boleh meletakkan murid yang tidak mempunyai masalah pertuturan dalam satu kumpulan dengan murid yang mempunyai kelemahan dalam pertuturan. Guru juga boleh mengajar kemahiran mendengar kepada murid-murid yang tidak mahir dalam sebutan terlebih dahulu sebelum menggunakan pendekatan linguistik sepenuhnya kepada semua murid.
Pendekatan adaptif dapat meningkatkan kejayaan untuk semua murid, tanpa mengambil kira perbezaan individu. Ini dilakukan dengan menggunakan kaedah remedial atau pemulihan terlebih dahulu sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan. Oleh itu dalam pengajaran adaptif ini, prasyarat yang penting ialah guru perlu mengetahui dan memahami tahap kebolehan murid dengan pihilan-pilihan instruksional yang boleh meningkatkan daya penerimaan mereka. 8.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya perkembangan bahasa dan komunikasi bagi kanakkanak terencat akal berlaku lewat daripada kanak-kanak normal. Masalah ini adalah berikutan umur mental yang berkembang lebih lambat berbanding dengan umur biologi mereka. Justeru itu sebagai guru pendidikan khas banyak alternatif terhadap kaedah pengajaran yang perlu dicuba dan diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan kanak-kanak khas berpeluang melalui proses perkembangan dalam pendidikan dengan secukupnya bagi memenuhi hak sebagai seseorang kanak-kanak.

12

Rujukan Azhar Wahid,"HBEF1103 Sosiologi dan Falsafah Pendidikan Malaysia",,Januari 2007, Open University Malaysia (OUM) Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan: Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Olson, J. and Platt, J. (2000). Prentice-Hall, Inc. Singer, N.G., Bellugi, U., Bates, E., Jones, W., & Rossen, M.(1994). Contrasting The Instructional Cycle. Teaching Children and Upper Saddle River, NJ:

Adolescents with Special Needs (pp. 170-197).

profiles of language development in children with Williams and Down syndromes. Technical Report No.9403, Project in Cognitive & Neural Development, University of California, San Diego. S. Jay Kuder. (1997). Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Allyn & Bacon

13

You might also like