You are on page 1of 8

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Meningkatkan Kemahiran Mengeja Murid Pemulihan

ABSTRAK Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana bahan bantu mengajar (BBM) membantu pelajar pemulihan khas dalam menguasai kemahiran mengeja. Tumpuan kajian ialah kepada murid pemulihan, Mohd Haswal Akhma bin M. Roslan. Kaedah kajian dijalankan dengan mengadakan temubual bersama murid dan pemerhatian terhadap hasil kerja murid.. Masalah keupayaan murid pemulihan dalam menguasai kemahiran mengeja yang membolehkan murid membaca harus ditangani secara serius dan bersungguh-sungguh. Masalah ini harus diatasi secara jujur oleh semua pihak. Bahan bantu mengajar sama ada elektronik atau bukan elektronik adalah bahan sokongan yang penting untuk meningkatkan kefahaman murid-murid di samping mengekalkan minat belajar. Dale (1969) menyatakan bahawa pengajaran dapat ditingkatkan dengan berkesan bila dibantu dengan media yang membolehkan pengalamandalam ingatan. Penglibatan melalui pengalaman merupakan cara yang paling berkesan dalam pembelajaran.

Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana penggunaan bahan bantu mengajar berkesan dalam membantu murid pemulihan khas dalam menguasai kemahiran mengeja. Tumpuan kajian ialah terhadap murid pemulihan, Mohd Haswal Akhma bin M. Roslan. Kaedah kajian dijalankan dengan mengadakan temubual bersama murid dan pemerhatian terhadap hasil kerja murid. Faktor-faktor yang biasa menyebabkan kanak-kanak lemah dalam ejaaan ialah lemah dari segi ingatan penglihatan (Visual Memory) dan lemah dari segi analisis pendengaran (Auditory Analisis). Keberkesanan sesuatu pegajaran pula bergantung kepada bahan sumber yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan sesuatu pegajaran bergantung kepada bahan sumber yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini sama ada dihasilkan sendiri oleh guru ataupun dibeli bersesuaian dengan kumpulan dan keperluan murid. Tujuan pengunaan bahan-bahan bantu mengajar ialah:

i. ii. iii. iv.

Memberikan rangsangan dan meningkatkan tumpuan perhatian murid. Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid. Menjimatkan masa dalam pelaksanaan pengajaran & pembelajaran. Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran. Memberi keseronokan belajar pembelajaran kepada murid. keinginan untuk berjaya dalam

v.

PENGENALAN Kegagalan berterusan untuk memboleh terpupuknya dengan berkesan penguasaan kemahiran mengeja tidak boleh dibiarkan. Masalah keupayaan murid-murid pemulihan dalam menguasai kemahiran membaca yang membolehkannya membaca harus ditangani secara serius dan bersungguh-sungguh. Masalah ini harus diatasi secara jujur oleh semua pihak. Ejaan adalah proses memilih serta mengadun lambang-lambang untuk melahirkan bunyi-bunyi perkataan secara lisan atau bertulis.Kemahiran mengeja perlu dipelajari. Kanak-kanak perlu diajar mengeja. Faktor-faktor yang biasa menyebabkan kanak-kanak lemah dalam ejaaan ialah lemah dari segi ingatan penglihatan (Visual Memory) dan lemah dari segi analisis pendengaran (Auditory Analisis). Terdapat kanak-kanak yang lemah dari segi satu aspek sahaja dan ada juga kanak-kanak yang lemah dari segi kedua-dua aspek. Keberkesanan sesuatu pegajaran turut bergantung kepada bahan sumber yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan ini sama ada dihasilkan sendiri oleh guru ataupun dibeli perlulah bersesuai dengan kumpulan dan keperluan murid. Tujuan pengunaan bahan-bahan bantu mengajar ialah:

i.

Memberikan rangsangan dan meningkatkan tumpuan perhatian murid.

ii.

Membantu dalam pengajaran dan meningkatkan kefahaman murid.

iii.

Menjimatkan masa dalam pelaksanaan pengajaran & pembelajaran.

iv.

Mempelbagaikan kegiatan dan penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran.

v.

Memberi

keseronokan

belajar

keinginan

untuk

berjaya

dalam

pembelajaran kepada murid.

Pernyataan Masalah Ejaan adalah proses memilih serta mengadun lambang-lambang untuk melahirkan bunyi-bunyi perkataan secara lisan atau bertulis.Kemahiran mengeja perlu dipelajari. Kanak-kanak perlu diajar mengeja. Faktor-faktor yang biasa menyebabkan kanak-kanak lemah dalam ejaaan ialah lemah dari segi ingatan penglihatan (Visual Memory) dan lemah dari segi analisis pendengaran (Auditory Analisis). Terdapat kanak-kanak yang lemah dari segi satu aspek sahaja dan ada juga kanak-kanak yang lemah dari segi kedua-dua aspek. Lemah mengeja dari segi ingatan penglihatan i. ii. iii. iv.
v. vi.

Mempunyai idea yang kurang jelas mengenai lambang-lambang yang mewakili bunyi-bunyi tertentu. Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar perkataan itu. Pembalikan huruf: (b d), (n u) , (m w) dsbnya. Memilih huruf-huruf yang terlibat dengan betul tetapi salah dari segi susunan. Cth: rumah jadi ramuh , padat jadi dapat dsbnya. Mencampuradukkan huruf besar dengan huruf kecil. Cth: Saya jadi sAyA Meninggalkan huruf-huruf tertentu di dalam perkataan. Cth: Tinggal jadi tingal, berenang jadi bernang dsbnya.

Lemah mengeja dari segi analisis pendengaran i. ii. iii. iv. Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi. Tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan itu. Memilih lambang-lambang secara arbitrari dan rawak. Besar kemungkinan lemah di dalam bacaan.

Kajian ini telah dibuat ke atas murid pemulihan, Mohd Haswal Akhma bin M. Roslan di mana murid ini mempunyai masalah dalam mengeja. Murid ini sering melakukan kesalahan dalam ejaan antaranya kumbang dieja kumbat, dinding dieja diding dan tidur dieja tidor. http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengajaran-bahasa-melayu-kelas.html

Persoalan Kajian 1. Adakah penggunaan perisian komputer powerpoint dapat membantu mempertingkatkan pencapaian penguasaan kemahiran mengeja murid pemulihan? 2. Adakah penggunaan perisian komputer powerpoint dapat menarik minat murid pemulihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas pemulihan? Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan mendapatkan maklum balas tentang sejauh mana penggunaan powerpoint memberi kesan kepada peningkatan kemahiran mengeja murid pemulihan. Kajian ini juga bertujuan memperlihatkan bagaimana murid-murid pemulihan tertarik dan juga berminat terhadap apa yang diajar berbantukan persembahan slaid powerpoint yang menarik. Objektif Kajian 1. Untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan powerpoint dapat mempertingkat pencapaian mengeja pelajar pemulihan. 2. Untuk mengenal pasti sejauh mana penggunaan powerpoint dapat menarik minat pelajar pemulihan.

Kepentingan Kajian Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa di kelas pemulihan. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat menyedarkan para guru bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan, motivasi dan minat untuk murid-murid pemulihan menguasai kemahiran mengeja dan secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid pemulihan.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah temubual dengan murid dan pemerhatian. Kaedah temubual digunakan untuk memperolehi maklumat bagi meninjau sejauh mana minat murid terhadap penggunaan powerpoint oleh guru dalam kelas pemulihan. Kaedah pemerhatian pula bagi mengesan pencapaian kemahiran mengeja murid pada awal sehingga terkini. DAPATAN KAJIAN

Temubual Persembahan powerpoint yang saya sediakan, memaparkan gambar beserta perkataan dilengkapi dengan efek bunyi dan animasi. Berdasarkan temubual yang dijalankan bersama murid, Haswal menyatakan bahawa gambar-gambar yang digunakan oleh guru semasa mengajar menarik dan semuanya cantik. Murid juga tertarik dengan penggunaan efek bunyi. Pemerhatian

Daripada pemerhatian di dalam kelas, saya lihat ada perubahan dalam diri Haswal. Haswal sudah boleh mengeja dengan betul perkataan-perkataan yang diajar. Dia juga sudah kurang melakukan kesilapan ejaan. Saya juga melihat daripada latihan yang dilakukan murid daripada semasa ke semasa. Terdapat peningkatan daripada latihan yang dilakukan iaitu murid sudah dapat mengurangkan kesalahan ejaan.

KESIMPULAN Berdasarkan kajian yang dijalankan, faktor-faktor menyebabkan Haswal lemah

dalam ejaaan ialah mempunyai idea yang kurang jelas mengenai lambang-lambang yang mewakili bunyi-bunyi, tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar perkataan, tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi dan tidak boleh mengecam (mendengar) bunyi-bunyi yang terlibat di dalam perkataan. Saya juga mendapati bahawa dengan menggunakan perisian komputer powerpoint mampu meningkatkan kemahiran mengeja murid, di samping meransang minat murid. Ini dapat dilihat melalui temubual bersama murid dan pemerhatian terhadap murid ketika di dalam kelas serta dilihat daripada peningkatan kemahiran mengeja melalui lembaran kerja yang diberikan guru. Prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar sebelum dan selepas penggunaan bahan bantu mengajar powerpoint dalam kemahiran mengeja ada perbezaannya. Ini jelas membuktikan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar powerpoint tidak dapat

dinafikan lagi telah berjaya mempertingkatkan prestasi penguasaan kemahiran mengeja murid pemulihan. Peningkatan prestasi yang ditunjukkan oleh pelajar ini jelas bertepatan dengan Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-lebih lagi untuk mata pelajaran pengajaran Bahasa Melayu.

RUJUKAN Abdul Rahman Rashid. (1995). Kepentingan alat bantu mengajar dalam pengajaran bahasa. Jurnal Teknologi Pendidikan. KPM. Kuala Lumpur. Mohd Daud Hamzah. (1990). Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Mok Soon Sang. (1995). Asas Pendidikan I: Pedagogi sebagai Suatu Proses. Terbitan Kumpulan Budiman Bhd.Kuala Lumpur.

You might also like