P. 1
Profil Madrasah

Profil Madrasah

|Views: 362|Likes:
Published by Janggutmenz Bundle
Usaha Mendapatkan Dana
Usaha Mendapatkan Dana

More info:

Categories:Types, Brochures
Published by: Janggutmenz Bundle on Mar 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/06/2014

pdf

text

original

PROFIL

‫مدرسة علومأالقرآنأوا أحاديث‬ ‫أ ل‬
MADRASAH ‘ULUMULQURAN WAL AHADITH
(JAI.Sel BPI 03/05/083/02 Jld 1 (002))

(PELAN UNTUK MENDAPATKAN DANA SEBANYAK RM 48,39200.00 BAGI PROJEK PEMBINAAN ASRAMA & PENYEDIAAN KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR UNTUK PELAJAR-PELAJAR,PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN UTAMA SERTA PENYEDIAAN MODAL PENGURUSAN & PENTADBIRAN UNTUK FASA AWAL)
(EDISI DIPERBAHARUI & DIKEMASKINI)
HAKCIPTA TERPELIHARA. Tidak dibenar mana-mana pihak individu atau berkumpulan,untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana,ilustrasi dan isikandungan di dalam profil ini di dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun samaada secara elektronik,fotokopi,mekanikal,rakaman atau cara-cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada pihak penerbit iaitu daripada Pengerusi Lembaga Jawatankuasa Madrasah ‘Ulumulquran Wal Ahadith.(Cod1/111)(2011/2012)

GANJARAN DAN KELEBIHAN-KELEBIHAN BERAMAL MENGINFAQKAN HARTA DAN BERSEDEQAH. Petikan Surah-Surah Dari Al-Quran Firman Allah SWT:

ْ ِْ ُ َ ۞‫مثَل الَّذيهَ يُىفِقُىْ نَ أَمىالَهُم فِي سبيْل هللاِ كمثَل حبَّة أَوبَتَت سبع سىَابل فِي كلِّ سىبُلَة مائَةُ حبَّة وهللاُ يُضاعف لِمه يَشاء وهللاُ واسع علِيم‬ ِ ٍ ُْ ُ ْ َ ِ َ َ َْ ْ ْ ٍ َ ِ َ َ ٌْ َ ٌ ِ َ َ ُ َ ْ َ ُ ِ َ َ ٍ َ ِ َِ ْ ْ َ ْ
Perumpamaan orang-orang yang menginfaqkan harta-harta mereka di jalan Allah seperti perumpamaan satu benih (ia) menumbuhkan tujuh tangkai di setiap tangkai (ada) seratus benih dan Allah (Dia) melipatgandakan bagi siapa yang (Dia) kehendaki dan Allah Maha Luas (lagi) Maha Mengetahui. (Surah Al- Baqarah: Ayat 261, Terjemahan Syaamil Al-Quran)

۞‫لَىتَىَالُىاالبِرَّحتَّىتُىفِقُىامماتُحبُّىوَىماتُىفِقُىامه شيءفَإِوَّاّللَ بهعلِيم‬ َ ْ ْ ٌ َِِ ّ ٍ ْ َ ِْ َ َ ِ َّ ِ ْ
Kalian tidak akan memperolehi kebaikan (syurga) sehingga kalian menginfaqkan daripada apa yang yang kalian cintai dan tidaklah kalian menginfaqkan dari sesuatupun niscaya sungguh Allah dengannya Maha Mengetahui. (Surah ‘Ali-‘Imran : Ayat 92,Terjemahan Syaamil Al-Quran)

۞‫إِوَّالمصدقِيىَىالمصدقَاتِىأَقرضُىااللَّهَقَرْ ضًاحسىًايُضاعفُلَهُمىلَهُمأَجْ ركريم‬ َ َ َ ْ َ ِّ َّ ُ ْ َ ِّ َّ ُ ْ ٌ ِ َ ٌ ْ َ ْ َ َ
Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak. (Surah Al-Hadiid : Ayat 18, Terjemahan, Tafsir,Asbabun Nuzul)

Petikan Hadith-Hadith Rasulullah S.A.W Sabda Rasulullah S.A.W. : َ ‫عن أبي عبيدة بن الجراح قال: سمعت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول: “من أنفق نفقة فاضلة في سبيل هللا فبسبعمائة، ومن أنفق على نفسه وأهله، أو عاد مريضا أو ماز أذى، فالحسنة بعشر‬ ‫أمثالها‬ Dari Abu Ubaidah bin Jarah R.A telah berkata : Aku mendengar Rasullulah S.A.W bersabda : sesiapa yang menginfakkan (mendermakan ) hartanya pada jalan Allah maka Allah akan membalasnya dengan tujuh ratus kali ganda di akhirat kelak. Dan sesiapa yang menginfakkan (mendermakan) hartanya untuk dirinya dan ahli keluarganya atau untuk menziarahi orang sakit atau menghilangkan halangan di jalan Maka Allah akan membalas satu kebaikan dengan sepuluh ganjaran diakhirat. (Hadith riwayat Imam Ahmad) ‫عن عمران بن حصين، عن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال: “من أرسل بنفقة في سبيل هللا، وأقام في بيته فله بكل درهم سبعمائة درهم يوم القيامة ومن غزافي سبيل هللا، وأنفق في جهة ذلك فله بكل‬ ‫درهم سبعمائة ألف درهم”. ثم تال هذه اآلية وهللا ُ يضاعف لِمَنْ يشاء‬ ُ َ َ ُ ِ َ ُ ‫َ ه‬ Dari Imran Bin Hussin R.A telah bersabda Rasullulah S.A.W : Sesiapa yang menghantar derma (infak) pada jalan Allah dan ia duduk di rumah (tidak pergi berjuang) Maka Allah membalas bagi tiap-tiap satu dirham dengan tujuh ratus dirham di hari qiamat . Dan sesiapa yang berperang pada jalan Allah dan juga mendermakan hartanya pada jalan Allah ,Maka Allah akan membalas bagi tiap-tiap satu dirham ُ َ َ َ dengan tujuh ratus ribu dirham pada hari qiamat.Kemudian nabi membaca ayat‫وَّللا ُ يضاعِفُ لِمنْ يشاء‬ َ ُ ‫َ ه‬ (Hadith riwayat Ibnu Majah)
. ‫عن الحسن رضي هللا عنه قال: قال رسول هللا صلي هللا عليه وسلم حصنوا اموا لكم بالزكوة وداووا مرضاكم با لصدقة واستقبلوا أموا البالء بالدعاء والتضر‬

Daripada Hassan R.A, Rasullullah S.A.W telah bersabda: Selamatkanlah hartamu dengan kubu kuat zakat, ubatkanlah pesakit-pesakitmu dengan sedeqah dan hadapilah ombak-ombak bala musibah dengan doa dan tawaddhu terhadap Allah. (Hadith riwayat Abu Daud,Tabrani dan Baihaqqi)

Petikan Kisah Daripada Sahabat-Sahabat r.a Dan Tabii’n rah.a. Kisah 1 : Salah seorang telah mendatangi Imam Hassan r.a dan menerangkan hajatnya,telah meminta pertolongannya.Beliau Imam Hassan menjawab, “oleh kerana kamu meminta kepadaku, maka sudah wujud hakmu ke atasku yang pada pandanganku, sangat tinggi.Pertolongan yang aku patut berikan kepadamu ialah satu jumlah wang cukup besar.Tetapi keadaan kewanganku buat masa ini tidak mengizinkan aku untuk memberi dengan begitu banyak wang yang munasabah dengan kedudukanmu.Sebenarnya, di jalan Allah,berapa banyak pun dibelanjakan, maka itu adalah sedikit sahaja.Tetapi apakah yang aku boleh buat sedangkan aku tidak mempunyai wang sebanyak itu..?? Aku memang terhutang budi kepada kamu kerana kamu telah memberitahuku akan keperluanmu.Jika sekiranya kamu bersedia untuk menerima dengan rela hati apa yang ada padaku dan tidak mendesak aku untuk mencari daripada mencari dari tempat lain untuk memberi kepadamu akan jumlah wang yang sebenarnya sesuai dengan kedudukan kamu dan untuk menunaikan hak kamu yang sudah menjadi wajib ke atasku, maka aku boleh memberi dengan rela hati apa yang sedia ada”.Orang yang meminta tadi berkata pula, “ Wahai anak kepada Baginda Rasullullah s.a.w. apa sahaja yang Tuan berikan, maka saya akan menerimanya dengan perasaan senang hati dan akan mensyukuri dan menghargainya dan saya akan memahami bahawa Tuan tidak berupaya untuk memberi lebih daripada itu”. Hadzrat Hassan kemudiannya telah berkata kepada bendaharinya, “dari tiga ratus ribu dirham yang aku telah simpan dengan kamu, bawalah berapa bakinya.”Bendaharinya telah membawa wang lima puluh ribu sahaja.Hadzrat Hassan r.a berkata, “lima ratus dinar (asyrafi) lagi patut ada…? Bendaharinya menjawab, “lima ratus dinar (asyrafi) itu memang ada lagi”. Beliau mengarahkan, “bawalah ke sini juga”.Apabila kesemua wang itu telah dibawa, maka Hadzrat Hassan r.a menyuruh si peminta itu tadi untuk memanggil seorang pemikul yang akan membawa wang itu sampai ke rumahnya.Apabila dia telah membawa si pemikul, maka Hadzrat Hassan r.a telah menyerahkan kesemua wang kepada si peminta itu tadi lalu menanggalkan cadar dari tubuhnya yang mulia dan memberi juga kepada si peminta sambil berkata, “upah untuk si pemikul yang membawa wang ini sampai ke rumahmu juga tanggungjawabku,oleh itu, juallah cadar ini dan bayar upahnya”.Apabila si peminta bersama wang itu berangkat, maka hamba-hamba Hadzrat Hassan r.a telah berkata kepada beliau, “kini,kami tiada satu dirham pun untuk membeli makanan,Tuan sudah memberi semua kepadanya”. Hadzrat Hassan r.a menjawab, “aku yakin dan harap Allah S.W.T akan memberikan pahala yang besar sebagai balasan kepada ku”. Setelah memberi wang itu kesemuanya tanpa ditinggalkan apa-apa dan yang diberikan pun jumlah yang amat banyak, namun beliau terus menyesal dengan katanya, “ hak peminta masih belum dipenuhi”.
(Petikan daripada Kitab Ihya.Ditulis semula dalam karangan Kitab Fadhail-Sodaqah, Syaikhul Hadith ‘Allamah Maulana Muhammad Zakariyya Al-Khandalawi Rah.a.)

Kisah 2 :

Satu ketika Hadzrat Munkadar rah.a telah datang kepada Hadzrat Siti Aisyah r.a lalu menerangkan hajat keperluannya sendiri yang amat mendesak.Hadzrat Aisyah r.a berkata, “buat masa ini aku tidak mempunyai apa-apa.Jika sekiranya walaupun sepuluh ribu dirham ada padaku, maka sudah tentulah aku akan memberikan kesemuanya kepadamu.Tetapi kini aku tiada apa-apa”. Maka Hadzrat Munkadar rah.a pun pulang.Selepas beberapa ketika, telah sampai sepuluh ribu dirham kepada Hadzrat Aisyah r.a sebagai hadiah daripada Khalid Ibnu „Asad r.a. Setelah menerimanya, beliau berkata, “kata-kataku tadi (kepada Munkadar rah.a) telah terlalu cepat diuji”.Maka lekas-lekaslah beliau menghantar orang untuk memanggil Hadzrat Munkadar rah.a. Kemudian beliau telah memberikan kesemua wang tersebut kepada Hadzrat Munkadar rah.a dan yang mana seribu dirham daripadanya Hadzrat Munkadar rah.a telah gunakan untuk membeli seorang hamba wanita.Daripada hamba wanita itu, beliau telah dikurniakan oleh Allah S.W.T tiga orang anak lelaki bernama Muhammad, Abu Bakar dan Umar. Ketiga-tiga anaknya telah menjadi masyur sebagai orang-orang yang kuat ber‟ibadat di Madinah.
(Petikan daripada Kitab Tahzib-ut-Tahzib.Ditulis semula dalam karangan Kitab Fadhail-Sodaqah, Syaikhul Hadith ‘Allamah Maulana Muhammad Zakariyya Al-Khandalawi Rah.a.)

Kisah 3 : Hadzrat Sai‟d Bin Khalid Amuwi rah.a merupakan seorang hartawan yang amat termasyur di tanah Arab.Kekayaannya disebut-sebut sebagai bidal-bidalan.Tabiatnya, apabila didatangi sesiapa dengan apa-apa hajatnya, maka beliau sedikit pun tidak akan bakhil daripada apa-apa yang beliau ada.Tetapi jika sesiapa datang pada ketika beliau memang tiada apa-apa pun, maka beliau akan sekurang-kurangnya membantu dengan akan diberikan kepada si peminta-peminta sepucuk surat akuan hutang sambil berkata, “ apabila saya ada sesuatu kelak, maka saya akan menjelaskan hutangmu ini.Jika sekiranya aku mati, maka dengan menunjuk surat ini, ambillah daripada waris-waris aku”.
(Petikan daripada Kitab Ithaf.Ditulis semula dalam karangan Kitab Fadhail-Sodaqah, Syaikhul Hadith ‘Allamah Maulana Muhammad Zakariyya Al-Khandalawi Rah.a.)

MUQADIMAH

Madrasah U‟lumulquran Wal Ahadith (MUQWA) adalah merupakan sebuah madrasah persendirian yang telah didaftarkan dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Madrasah yang ditubuhkan atas rasa insaf dan kesedaran fikir ini, diwujudkan atas dasar untuk diperbanyakkan lagi seboleh-bolehnya ruang dan kepelbagaian pilihan untuk mana-mana pihak samaada daripada institusi keluarga atau kumpulan masyarakat untuk menghantar anak-anak atau ahli keluarga yang berpotensi untuk menuntut dan menambahkan lagi ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran dan Al-Hadith.Dengan tanpa bermatlamatkan keuntungan dan tanpa menggahkan nilai-nilai komersil,warga MUQWA beriltizam untuk bersungguh-sungguh menerapkan sepenuh mungkin pembentukan dan pengisian jiwa, ilmu,amal, nilai-nilai mulia akhlaq dan peribadi kepada insan-insan yang masih boleh dilentur laksana rebung ini sepertimana yang dituntut oleh Allah S.W.T. di dalam kalimahkalimahNya yang terkandung di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Diwujudkan alternatif , pusat pengajian pendidikan Islam ini membolehkan semua kelompok masyarakat sama ada yang mampu atau yang kurang berkemampuan untuk melibatkan anak-anak mereka yang berkesungguhan,berbakat,bercita-cita,berpotensi untuk dilahirkan sebagai kelompok Hufaz, „Ulama dan Da‟ei-Da‟ei. Dengan mengkhususkan bidang pengajian menghafal Al-Quran dan pengajian Kitab sebagai pendidikan teras,operasi pengurusan MUQWA telah dikelolakan dibawah satu bumbung lembaga jawatankuasa yang berkhidmat atas dasar sukarela dan visi ukhrawi. Dengan hasrat yang tinggi, lembaga jawatankuasa MUQWA berusaha sedaya mungkin untuk memasyarakatkan madrasah dengan dibuka ruang penglibatan agar semua pihak dapat bersama-sama berganding bahu bagi menjayakan cita-cita masa depan dengan dilahirkan seramai mungkin golongan-golongan seperti ulama,fuqaha,hamlatulQuran,mufassirin,muhaddithin, dan yang seumpamanya. Justeru, adalah menjadi harapan pihak lembaga jawatankuasa,impian melahirkan seramai mungkin golongan-golongan „Ulama ini dapat dikongsi bersama oleh semua pihak tanpa ada sempadan dan tembok perbezaan mazhab dan fikrah perjuangan kerana jalan-jalan bathil dan mengelirukan semakin hari semakin jelas menjadi panduan ummat yang berada di dalam suasana kegelapan dan wajibnya semua pihak hari ini membantu saling-menyaling dan mempermudahkan ruang-ruang kesulitan agar terbukanya hijab dan terbukanya jalan “ihdinassirotolmustaqim”, iaitu jalan dan panduan Sunnah sebenar-benar yang telah ditunjuki nabi yang mulia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. sebagai jalan cahaya untuk ummat yang memerlukan petunjuk yang jujur.

MISI

 Pusat pengajian menghafal Al- Quran.  Pusat pengajian „Alim.  Pusat pengajian ilmu-ilmu Al-Quran dan „Alim untuk masyarakat umum.  Pusat penyebaran ilmu-ilmu Islam pelbagai saluran,kaedah dan medium.

VISI “Berjaya dan unggul melahirkan Huffaz dan „Ulama „Amilin berketrampilan yang akan menjadi asbab tersebarluasnya hidayah untuk mengeluarkan ummat yang dalam kegelapan kepada cahaya hidayah dengan cara Al-Quran dan As-Sunnah dengan sesungguhnya dijadikan budaya dalam kehidupan dan amalan ummat”.

OBJEKTIF

1. Memenuhi tuntutan fardhu „ain dan fardhu kifayah. 2. Untuk melahirkan insan-insan Al-Hafiz yang berpengetahuan dan membudayakan kehidupan seharian dengan amalan-amalan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. 3. Melahirkan insan-insan yang mempunyai akhlaq dan peribadi mirip-mirip seperti akhlaq Nabi S.A.W dan Sahabat-Sahabat R.A. Ajma‟in disamping mampu pula untuk menggerakkan saudara Muslim yang lain beramal kepada akhlaq dan budipekerti luhur tersebut. 4. Untuk melahirkan golongan-golongan Al-Hamlatuquran dan Al-Hamlatussunnah 5. Untuk melahirkan kelompok Huffaz dan „Ulama yang berketrampilan dan berkeupayaan untuk membimbing dan memimpin ummah yang memerlukan panduan. 6. Menyebarluaskan syiar Islam dan melangsungkan Islam sebagai Ad-Din dalam kehidupan ummat sejagat dengan diwujudkan sebanyak mungkin suasana-suasana persekitaran yang Islamik. 7. Membudayakan amalan “sampai dan menyampaikan” kepada komuniti madrasah dalam perkara-perkara iman,ilmu dan amal. 8. Memadrasahkan setiap rumah-rumah yang berdekatan agar kelak dari setiap rumah-rumah muslimin tersebut mampu mengeluarkan golongan-golongan Hufaz , A‟lim Ulama‟ dan Da‟ei-Da‟ei. 9. Melahirkan golongan Hufaz dan „Ulama yang berkeupayaan hidup berdikari dengan berpengetahuan secara tidak langsung dalam bidangbidang seperti keusahawanan dan profesion pengajar.

SEJARAH

MUQWA ini merupakan madrasah yang baru sahaja ditubuhkan pada 24 Julai 2011 yang lalu yang mana dengan izin Allah S.W.T. pada awalnya ianya telah digerakkan dan diasaskan secara bersama-sama oleh Al-Fadhil Ustaz Hj. Mansor Bin Adnan,Sdr. Roslan Bin Ariffin, Sdr. Ayub Khan Bin Harun, Sdr. Iskandar Md. Sani dan Sdr. Amran Bin Johari. Rahmat,manfaat dan peluang yang baik tidak seharusnya disia-siakan apabila terdapatnya penyertaan utama di dalam madrasah ini oleh AlFadhil Ustaz Hj. Mansor Bin Adnan, iaitu seorang Ulama‟dan Da‟ei yang merupakan lulusan Syahadah Usuluddin,Hadith,Kefatwaan dan Dakwah dari Darul-Ifta‟ dan dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Melalui penyertaan awal pelajar seramai 4 orang dan dibantu seorang guru Hafiz, maka MUQWA telah berjaya memulakan sesi pengajian untuk menghafal Al-Quran pada 1 Ogos 2011 yang lalu. Sebulan pertama, sesi pengajian telah dimulakan di sebuah rumah yang disewa oleh pihak jawatankuasa MUQWA di No 10, Lorong Haji Nakman Kadis di Jalan Musran, Kg. Rantau Panjang Klang dan di atas ketentuan Allah S.W.T. pihak MUQWA dengan sukacitanya telah mendapat galakan dan sokongan daripada seorang usahawan dan kontraktor dengan dihulurkannya sumbangan yang mana ianya telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak jawatankuasa untuk menyewa sebuah lagi bangunan dan tanah lapang disekitarnya untuk dijadikan sebagai bangunan utama menempatkan pejabat pentadbiran,kelas-kelas pengajian,asrama pelajar, tempat riadhah untuk pelajar dan pusat aktiviti-aktiviti untuk masyarakat sekitar yang ingin menuntut ilmu sepertimana yang akan direncana dan dijadualkan oleh pihak MUQWA kelak.

LEMBAGA JAWATANKUASA MUQWA

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Jawatan Pengerusi Setiausaha Bendahari Ketua Penerangan AJK (Aktiviti) AJK (Pengurusan & Pembangunan) AJK (Pengurusan & Pembangunan) AJK (Informasi & Teknologi, IT) AJK (Hal-Ehwal Perhubungan Awam,PR) AJK AJK AJK

Nama Ust. Hj. Mansor B. Adnan Amran B. Johari Mohd. Zafri B. Mohd. Rozhi Roslan B. Ariffin Mohd. Ayub Khan B. Harun Iskandar Bin Md. Sani Mustafa B. Soib Mohd. Zulezee B. Kamarulzaman Omar Najib Bin Johari Wahyudi@Wahid Bin Musa Haeirul Haneiff B. Hassan Mustafa B. Mohamed

Profesion/Kerjaya Peniaga & Pendakwah Bebas Peniaga Pengarah Urusan Syarikat Juruteknik Pemandu Jentera Kontraktor Kontraktor Pelajar IPTA Peniaga Guru Guru Peniaga

LATAR BELAKANG TENAGA PENGAJAR MUQWA

1. Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Mansor Bin Adnan Nama Lahir Tempat Lahir : Hj. Mansor Bin Adnan : Tahun 1959 : Tangkak,Muar, Johor

Jawatan/Kerjaya Sekarang Pendakwah Bebas Peniaga Mudir Madrasah „Ulumul Quran Wal Ahadith

Pendidikan Sek. Men Agama Kerajaan Johor Sek. Ibtida‟iyah Khairiah, Gubah, Segamat, Johor 4 Thanawi , Sek. Maahad Johor, Johor Darul Takzim Universiti Al-Azhar, Mesir  B.A (Syahadah) Usulludin & Dakwah , Syu‟bah Hadith Darul Ifta‟, Al-Azhar, Mesir  Hal-Hal Kefatwaan, Kementerian Kefatwaan Mesir

Pengalaman Kerjaya Pendakwah Bebas & Tenaga Pengajar Jemputan Mudir Madrasah Tahfiz Al-Quran Al-Muhsinin Syahabudin Al-Haj (Madrasah yang diasaskan oleh Gabenor Melaka) Guru Pengajian „Alim & Warden Madrasah Tahfiz Al-Quran, Sg. Pinang, Klang, Selangor (madrasah tajaan Syarikat Zikra Holding Sdn Bhd)

2. Al-Ustaz Mohammad Azwan Empaoh Bin Abd. Halid Nama Lahir Tempat Lahir : Mohammad Azwan Empaoh Bin Abd. Halid : 1989 : Kg. Sg. Udang, Klang, Selangor

Jawatan/Kerjaya Sekarang Guru Tahfiz, Madrasah „Ulumul Quran Wal Ahadith

Pendidikan Pengajian Tahfiz, Madrasah Al-Quran Sinaran Baru, Kempas Lama. Johor Darul Takzim 4 Thanawi, Sek. Men. Agama (Arab) Bugisiah, Tampok Benut, Pontian, Johor Darul Takzim Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Maahad Johor Bahru, Johor Darul Takzim

3. Al- Ustaz Muhammad Hassan B. Saine Nama Lahir Tempat Lahir : Muhammad Hassan B. Saine : 1992 : Hospital Sultan Aminah, Johor Bahru, Johor

Jawatan/Kerjaya Sekarang Guru Tahfiz (Pembantu) & Warden, Madrasah „Ulumul Quran Wal Ahadith

Pendidikan Maahad Tahfiz Al-Quran, Pasir Gudang Pengajian Tahfiz, Madrasah Al-Quran Sinaran Baru, Kempas Lama. Johor Darul Takzim

Pengalaman Kerjaya Guru Tahfiz Madrasah An-Nawawi, Kg. Belahan Tampok, Batu Pahat, Johor

KURIKULUM MUQWA

Lembaga jawatankuasa MUQWA telah mensyaratkan Bahasa Arab akan dijadikan sebagai bahasa pengantar sepenuhnya sewaktu sesi pengajian dan saranan juga diberikan kepada pelajar-pelajar menggunakan bahasa Arab di luar sesi pengajian. A). Pengajian Menghafal Al-Quran MUQWA tidak menetapkan sasaran tempoh tahun kepada pelajar-pelajar untuk mengkhatamkan hafalan 30 juzuk.Anggaran tempoh 3 hingga ke 5 tahun biasanya sesorang pelajar itu boleh menamatkan hafalan dan ianya banyak bergantung kepada kemampuan dan kegigihan pelajarpelajar. Disamping itu,pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pengajian berkitab secara sekaligus dengan pelajar-pelajar daripada aliran „Alim dengan penglibatan pengajian subjek-subjek dan tahap pengajaran yang terpilih seperti Bahasa Arab,Fiqh,Tauhid,Tasauf,Hadith,Nahu dan Sorf,Insya‟,Mutala‟ah,‟Arudh & Qawafi dan juga Tafsir. Terbahagi kepada tiga tahap iaitu Nazirah , „Aliah dan Pra Takhassus.       Tahap 1: 1 Nazirah Tahap 2: 2 Nazirah Tahap 3: 1 Aliah Tahap 4: 2 Aliah Tahap 5: 3 Aliah Tahap 6: Pra Takhassus

Tahap Nazirah Subjek-subjek yang telah ditetapkan untuk Tahap Nazirah (Tahap 1 dan 2) : Subjek al-Quran

1. Nazirah al-Quran Tajwid (Teori) Tajwid (Amali) Subjek Lisan 1. Nazirah al-Quran Tajwid (Amali) Mutalaah

2. Nazirah al-Quran Tajwid (Teori) Tajwid (Amali)

2. Nazirah al-Quran Tajwid (Amali) Mutalaah

Tahap ‘Aliah Subjek-subjek yang telah ditetapkan untuk Tahap Aliah (Tahap 3, 4 dan 5):

Subjek Al-Quran 1. Aliah al-Quran al-Qiraat (Teori) al-Qiraat (Amali) Subjek Lisan 1. Aliah al-Quran al-Qiraat (Amali) 2. Aliah al-Quran al-Qiraat (Amali) 3. Aliah al-Quran al-Qiraat (Amali) 2. Aliah al-Quran al-Qiraat (Teori) al-Qiraat (Amali) Rasm al-Quran 3. Aliah al-Quran al-Qiraat (Teori) al-Qiraat (Amali) Rasm al-Quran al-Fawasil

Tahap Pra-Takhassus Merupakan tahap lanjutan pengajian pada subjek-subjek yang terdapat di Tahap 1 dan Tahap 2

Kitab- kitab utama pengajian Hafazan Al-Quran  Al- Quran Rasm Uthmani  Al-Quran Riwayat Hafs Dari„Asim  Kitab Ilmu Tajwid, Riwayat Hafs `An `Asim

Toriq Asy-Syatibiyyah (Karangan Surur Shihabuddin Hassan An-Nadwi Al-Hafiz)

B). Pengajian ‘Alim Tempoh 8 tahun hingga ke 10 tahun diambil untuk pelajar-pelajar menamatkan pengajian dan lulus dalam bidang „Alim ini yang mana pelajarpelajar diwajibkan untuk mendapatkan Syahadah Thanawi.Terdapat 3 tahap yang perlu pelajar-pelajar tempuh yang mana ianya juga bergantung kepada tahap keupayaan pelajar tersebut. 1. Tahap 1: ‘Idadiyah   Merupakan tahap pengenalan dan pra persediaan untuk pelajar Mengambil masa 2 tahun.

2. Tahap 2: Ibtidaiyyah    Merupakan pengajian tahap menengah Mengambil masa 4 tahun Pelajar-pelajar yang berjaya sekaligus akan mendapat Syahadah Khatam Bukhari manakala pelajar yang gagal perlu mengulang semula sehingga lulus

3. Tahap 3: Thanawi    Merupakan pengajian tahap tinggi Mengambil masa 4 tahun Pelajar-pelajar yang berjaya sekaligus akan mendapat Syahadah Thanawi manakala pelajar yang gagal perlu mengulang semula sehingga lulus

Subjek- Subjek Utama Pengajian Diantara subjek-subjek utama yang akan dipelajari adalah seperti Bahasa Arab,Fiqh,Tauhid,Tasauf,Hadith,Nahu dan Sorf, Insya‟, Mutala‟ah, ‟Arudh & Qawafi ,Tafsir,Balaghah dan yang lain-lainnya.

Kitab-Kitab Utama Untuk Pengajian Tauhid
Risalah Tauhid Matan Ummu Brahim Bakaratul Amani Jauharotul Tauhid Kifayatul Awam Abdul Salam Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aqidah Najin

Fiqh
Matlain Badrain Sittin Fathul Qarib Iqna‟ Fathul Mui‟n Bughyatul Thulab Sabilal Muhtadin Mun-yatul Musolli

Tasauf
Penawar Hati Sira Salikin Hidayatul Solikin Minhanjul „Abidin Hikam Muntakhab Ahadith

Tafsir
Tafsir Jalalain Tafsir Nasafi Saufuatul Tafsir Pimpinan ArRahman Nurul Ihsan Sowi Syamil AlQuran Tafsir Ibnu Katsir

Hadith
Sohih Bukhari Sohih Muslim Sunan Ibnu Majah Sunan Abi Daud Adzkar Nawawi RiyadhusSolihin Hayatus Sahabah Al-Mu‟ta‟

Nahu
Matan AlJurumiah Tashil Syeikh Khalid Ibnu A‟qil Kawakib Al-Piah

Sorof
Matan Bina Tashil-NilAmani Al-Khoilani

B. Arab
Ajrumiah Syarah Ibnu A‟qil Durus Al-Lughah Al‟Arabiyyah Li Ghair An-Natiqiin Bihaa

Bidayatul Bidayah

Assyaman

Bahrul Mazi

KO-KURIKULUM MUQWA

Ko-kurikulum MUQWA direncanakan mengikut keperluan dan kesesuaian semasa jadual pengajian pelajar-pelajar dan perubahan sekitar pengurusan MUQWA.Justeru ko-kurikulum harian,mingguan,bulanan dan tahunan akan dikemaskini dari semasa kesemasa mengikut kesesuaian. 1. Harian Riadhah (Aktiviti Permainan Gelanggang)

2. Mingguan Kelas Pembelajaran Akademik (5 subjek- Bahasa Malaysia,Matematik,Bahasa English, Sains dan Komputer) Praktikal Perniagaan (hanya untuk pelajar-pelajar yang tertentu yang dimesyuaratkan lembaga jawatankuasa) Kelas Silat

3. Bulanan Mengikuti Latihan Dakwah 1 Hari Setiap Bulan Kelas Memanah Praktikal Perniagaan (hanya untuk pelajar-pelajar yang tertentu yang dimesyuaratkan lembaga jawatankuasa)

4. Tahunan Mengikuti Latihan Dakwah 40 Hari (hanya untuk pelajar-pelajar tertentu yang berumur 16 tahun ke atas)

-

Latihan Mengajar (pelajar-pelajar yang telah khatam atau telah memperolehi Syahadah pada mana-mana tahap pengajian akan dilatih selama 1 tahun atau pada sekian-sekian tempoh untuk mengajar pelajar-pelajar tahap lebih rendah daripadanya)

-

Menjadi Imam Solat Terawih (untuk pelajar-pelajar yang telah khatam masjid,surau,madrasah yang memerlukan Imam Solat Terawih) Qiyamullail Perkhemahan Lawatan Sambil Belajar

hafalan 30 juzuk akan dihantar ke mana-mana

Menyertai Ijtima‟ Pelajar- Pelajar Madrasah (aktiviti tahunan PITAS, PERMATA dan lain-lain madrasah seperti Madrasah Miftahul U‟lum Sri Petaling dan Madrasah Islamiah Jenderam Hilir) Menyertai Isbat Hafazan & Konvokesyen Tahunan (acara tahunan PITAS dan PERMATA)

HALATUJU PELAJAR-PELAJAR. Sebagai sebuah madrasah yang lebih menumpukan kepada pembentukan sahsiah, akhlaq dan juga penumpuan kepada pengisian ilmu-ilmu AlQuran dan Al-Hadith ke dalam jiwa anak-anak,MUQWA secara jujurnya mengakui hakikat,bahawa masa depan pelajar-pelajar selepas tamat menuntut ilmu di MUQWA ini perlu dirancang dan disiapsiagakan dari awal samaada khusus oleh ibubapa pelajar-pelajar ataupun melalui perancangan secara tidak langsung daripada pihak MUQWA sendiri.

Walaupun pihak MUQWA , tidak memasukan pelajaran-pelajaran akademik semasa sebagai sebahagian daripada kurikulum dan pendidikan teras, namun ini tidaklah bermakna pihak MUQWA meminggirkan terus bidang pendidikan tersebut.Justeru,menurut apa yang telah direncanakankan,pihak MUQWA bercadang akan mewujudkan juga kelas pembelajaran akademik ini dengan dilaksanakan melalui konsep „tuisyen-study‟ yang mana pembelajarannya hanya menumpukan kepada subjek-subjek tertentu yang akan dibuat dalam bentuk pembelajaran kaedah „focus/formula-study‟ dan kelas-kelas akademik ini pula hanya akan diadakan pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu-minggu tertentu sahaja dengan sesi pembelajaran ditetapkan 2 jam setengah sehari. Mengikut perancangan pihak lembaga jawatankuasa juga, MUQWA akan didaftar sebagai ahli gabungan kepada Persatuan Institut Tahfiz Selangor (PITAS) dan Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran Malaysia (PERMATA) yang mana kedua-dua persatuan ini bergerak aktif di dalam mengusahakan perancangan masa depan pelajar-pelajar lepasan madrasah-madrasah seperti MUQWA ini untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian-pengajian peringkat kolej dan universiti yang sesuai mengikut syarat-syarat yang dikehendaki persatuan tersebut.Selain itu,kedua-dua persatuan ini juga ada mengeluarkan sijil Syahadahnya sendiri yang mana ianya diiktiraf oleh beberapa kolej dan kolej universiti di dalam negara.Ruang seperti ini,sekurang-kurangnya sudah tersedia kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran diperingkat Diploma,Ijazah,Master atau Phd di luar-luar negara yang tersohor bidang keilmuan dan pengajian Islamnya. Selain itu,pihak MUQWA juga berharap, melalui kegiatan ko-kurikulum yang dilibatkan kepada pelajar-pelajar seperti Latihan Keusahawanan dan Latihan Mengajar,insyaAllah akan menjadi pemangkin dan motivasi kepada pelajar-pelajar tersebut mencorak kehidupan mereka untuk terlibat di dalam dunia perniagaan atau kerjaya profesional pada satu masa kelak.

SUMBER DANA & KEWANGAN UNTUK PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN MUQWA. Pihak MUQWA telah mengenalpasti, salah satu faktor selain daripada faktor-faktor lain untuk kelangsungan sesebuah madrasah seperti MUQWA ini adalah sumber kewangan untuk mengurus dan mentadbir.Justeru beberapa usaha untuk menjana pendapatan MUQWA ini telah dirangka.Perlaksanaan perancangan-perancangan dibawah ini, akan diatur dengan pengurusan yang sistematik dan profesional,cermat,langkah demi langkah dan berdikit-dikit agar ianya benar-benar menguntungkan dan sukses. 1. Mewujudkan perniagaan

a. b. c. d. e.

Membuka kedai runcit Menjadi agen atau stokis untuk sebarang produk-produk pengguna dan pemakanan kesihatan Menubuhkan Lujnah Pendidikan Akademik dan membuka kelas tuisyen untuk subjek akademik Menerbitkan akhbar tabloid keluaran berkala yang berciri pengiklanan komersil dan konsep Islamik Mewujudkan Lujnah Penerbitan dan Penterjemahan untuk mengarang,menerbit dan menterjemah kitab-kitab

2. Mewujudkan aktiviti untuk masyarakat umum a. Mengadakan kursus-kursus seperti kursus perkahwinan,kursus mandi jenazah dan lain-lain seumpamanya b. Menubuhkan Lujnah Bahasa dan mewujudkan kelas atau kursus bahasa Arab,English,Urdu,Mandarin 3. Melalui infaq a. b. c. d. Mewujudkan program „Anak Angkat‟ Mewujudkan kupon sumbangan „RM 2.00‟ Mewujudkan Lujnah Baitul-Mal yang dinaungi di bawah AJK Biro Ekonomi untuk urusan zakat dan infaq Membentangkan keperluan mendesak semasa MUQWA dengan diiklan melalui pelbagai medium

4. Mempromosikan MUQWA a. Membina laman web, blog, web sosial dan sistem pengiklanan melalui SMS b. Mengedarkan risalah-risalah di masjid-masjid, surau-surau,kepilan-kepilan di akhbar-akhbar dan seumpamanya

RANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PEMBINAAN. Fasa awal penubuhan MUQWA ini lebih kepada usaha merencana untuk membangun dan memajukan lokasi tempat pengajian yang telah dipilih.Fasa awal ini melibatkan pelbagai skop kerja-kerja seperti :   Pengubahsuaian dan pembaikan bangunan Pembinaan asrama pelajar-pelajar

 

Penyediaan kemudahan infrastruktur bangunan utama,asrama pelajar dan dewan kuliah untuk umum Pembinaan tempat riadhah,

Justeru, bertepatan dengan apa yang telah,sedang dan akan direncanakan oleh pihak MUQWA ini,sebenarnya membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk beramal,sama ada yang mampu dengan nilai keupayaan terhad mahupun yang berkeupayaan dengan milikan yang melimpah ruah.Perbezaan mengamalkan mazhab,perbezaan ideologi pemikiran,pertembungan budaya hidup,konflik kekeliruan identiti dan apa sahaja yang biasa menjadi tembok perpecahan dan kesatuan ummat perlulah dilatih dinyahkan dalam kehidupan sesama saudara muslim ini kerana ruginya tidak akan nampak pada hari ini tetapi akan jelas mendukacita pada kehidupan di Masyar kelak yang tiada apa beza antara mana-mana kelompok pada sisi pandangan Allah S.W.T. Penglibatan semua pihak di dalam usaha memaju dan membangunkan kemudahan dan prasarana untuk pelajar-pelajar di MUQWA ini amatlah memerlukan pelbagai bentuk sokongan daripada semua pihak.Galakan,motivasi,nasihat,cadangan dan doa daripada komuniti di dalam dan luar MUQWA amatlah dialu-alukan.Kepada mana-mana pihak yang dianugerahkan Allah S.W.T dengan rezekinya yang luas,pihak MUQWA dengan rendah diri, membuka ruang untuk menyalurkan sebarang infaq,sedeqah,sumbangan,zakat dan apa sahaja bantuan atau tajaan.

KEPERLUAN SEMASA PERUNTUKAN DANA MUQWA
(1). PERUNTUKAN UNTUK RANCANGAN MEMBINA DAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN ASRAMA UNTUK PELAJAR-PELAJAR DAN WARDEN. Ciri-Ciri :

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Bakal menempatkan 50 orang pelajar Hafiz dan „Alim Dibina bersebelahan bangunan utama MUQWA Menggunakan 4 buah kabin kontena yang setiap satu kabin berukuran 30‟ x 10‟ Susunan kabin secara „double-decker‟ Menyediakan 26 buah katil „double-decker‟ dan 26 buah tilam bujang Menyediakan 12 buah almari „locker‟

Anggaran Kira-Kira Kos Yang Diperlukan : 1. 2. 3. 4. 5. Kerja-kerja pengubahsuaian dalaman dan luaran kabin Penyambungan bekalan elektrik Almari „locker‟ Kain ela (untuk membuat sarung & cadar tilam) Bantal 23 buah x RM 260.00 2 gulung x RM 290.00 50 biji x RM 12.00 RM 3,000.00 RM 2,500.oo RM 5,980.00 RM 580.00 RM 600.00 ____________ RM 12,660.00

-

JUMLAH DANA DIPERLUKAN

*(Jumlah dana seperti mana di dalam versi profil yang lalu yang diperlukan sebelum ini adalah RM 32,214.00.Namun jumlah ini telah berjaya dikurangkan dengan izin Allah S.W.T hasil
daripada sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan oleh pelbagai pihak).

Gambar-gambar terkini kerja-kerja pembinaan asrama pelajar yang sedang giat diusahakan.

Antara barang-barang terpakai berupa katil,tilam dan almari ‘locker’ untuk kelengkapan asrama yang telah diterima oleh pihak madrasah daripada penyumbang-penyumbang dermawan yang telah menghulurkan bantuan.

(2). PERUNTUKAN UNTUK RANCANGAN MEMBINA BILIK MANDI,TEMPAT WUDHUK DAN TANDAS UNTUK PELAJAR-PELAJAR

Ciri-Ciri : 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Membina 7 bilik tandas berdinding zink dan lantai simen Membina ruang bilik mandi dan kolah Membina kolah dari bahan batu Menyediakan tadahan air Membuat sebanyak 20 saluran paip untuk wudhuk Dinding tandas dan bilik mandi dari bahan zink Lantai bersimen Membuat saluran longkang Menyambung bekalan elektrik

Anggaran Kira-Kira Kos Yang Diperlukan : 1. 2. 3. 4. 5. Kerja-kerja membina tandas, bilik mandi & membuat kolah Kerja-kerja membina kolah tadahan air Kerja-kerja membuat saluran paip-paip air Kerja-kerja membuat saluran longkang Kerja-kerja menyambung bekalan elektrik - bahan & upah - beli bahan - bahan & upah - bahan & upah - bahan & upah RM 2000.00 RM 400.00 RM 400.00 RM 400.00 RM 600.00 _____________ RM 3800.00

JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN

(3). PERUNTUKAN UNTUK RANCANGAN MEMBINA RUANG DAPUR DAN MENYEMPURNAKAN KELENGKAPAN UNTUK MEMASAK. Ciri-Ciri :  Membeli peralatan kelengkapan untuk memasak

Anggaran Kira-Kira Kos Yang Diperlukan :  Membeli periuk nasi elektrik saiz premium,dapur tungku,tong gas dll RM 1500.00 ____________ RM 1500.00

JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN

*( Di bawah tajuk PERUNTUKAN UNTUK RANCANGAN MEMBINA RUANG DAPUR DAN MENYEMPURNAKAN KELENGKAPAN UNTUK MEMASAK.Jumlah dana seperti mana di dalam

versi profil yang lalu yang diperlukan sebelum ini adalah RM 7,150.00.Namun jumlah ini telah berjaya dikurangkan dengan izin Allah S.W.T hasil daripada sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan oleh pelbagai pihak).

Gambar-gambar ruang dapur dan kelengkapan peralatan untuk memasak yang digunakan kini di madrasah.

(4). PERUNTUKAN UNTUK RANCANGAN MEMBINA RUANG RIADHAH UNTUK PELAJAR-PELAJAR DAN MEMBINA KAWASAN AKTIVITI-AKTIVITI KEILMUAN UNTUK MASYARAKAT UMUM. Ciri-Ciri :

1. Kerja-kerja membersihkan semak samun,merata dan menurap tanah di bahagian belakang bangunan utama MUQWA yang berkeluasan 5000 kaki persegi 2. Kerja –kerja menurap simen untuk membina gelanggang pelbagai permainan yang juga boleh digunakan untuk pada waktu-waktu tertentu sebagai ruang untuk aktiviti-aktiviti kelas pengajian keilmuan,ceramah dan kuliah-kuliah untuk masyarakat umum. 3. Kerja-kerja menaikkan bumbung ketinggian 12 kaki dengan luas kawasan akan meliputi 1000 kaki persegi 4. Membuat sebahagian dinding daripada bahan papan „plywood‟ untuk dijadikan sebagai tirai untuk kelas pengajian umum 5. Membina pagar kawat di sekeliling padang permainan 6. Kerja –kerja mengecat garisan gelanggang permainan 7. Menyediakan pelbagai kemudahan peralatan untuk permainan futsal,sepaktakraw atau bola jarring Anggaran Kira-Kira Kos Yang Diperlukan : 1. 2. 3. 4. Kerja-kerja menambak pasir & menurap simen Kerja-kerja menaikkan bumbung dan dinding Kerja-kerja mengecat garisan gelanggang Menyediakan kemudahan peralatan permainan - bahan & upah - bahan & upah - bahan & upah JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN RM 2500.00 RM 1200.00 RM 700.00 RM 400.00 ____________ RM 4800.00

Gambar pelajar-pelajar beriadhah di bahagian jalan.

Gambar kawasan lapang yang dicadangkan untuk dibangunkan sebagai tempat untuk pelajarpelajar beriadhah dan melakukan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

(5). PERUNTUKAN UNTUK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PERALATAN PEMBELAJARAN DAN PENYEDIAAN KITAB -KITAB RUJUKAN DAN PENYEDIAAN KHUTUB-KHANA.

Ciri-Ciri : 1. Menyediakan „white board‟,‟notice board‟ dan rehal-rehal 2. Menyediakan kitab kitab Al-Quran dan kitab-kitab muktabar untuk kemudahan rujukan pengajian pelajar-pelajar dan rujukan tenaga-tenaga pengajar Anggaran Kira-Kira Kos Yang Diperlukan : 1. 2. 3. 4. 5. Membeli „white board‟ Membeli „notice board‟ Membeli rehal-rehal Membeli kitab-kitab Al-Quran Membeli pelbagai judul,set dan jilid kitab-kitab muktabar 3 set x RM 260.00 4 set x RM 120.00 28 set x RM 38.00 30 set x RM 28.00 RM 780.00 RM 480.00 RM 1064.00 RM 840.00 RM 11000.00 ____________ RM 14,164.00

JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN

*(Jumlah dana seperti mana di dalam versi profil yang lalu yang diperlukan sebelum ini adalah RM 15,820.00.Namun jumlah ini telah berjaya dikurangkan dengan izin Allah S.W.T hasil
daripada sumbangan-sumbangan yang telah dihulurkan oleh pelbagai pihak).

(6). PERUNTUKAN UNTUK KEMUDAHAN PEJABAT UNTUK URUSAN PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN. Ciri-Ciri : 1. Menyediakan kelengkapan peralatan dan kemudahan seperti komputer, printer,mesin fotostat,alat binding dan laminated

2. Menyediakan rak fail dan meja pejabat Anggaran Kira-Kira Kos Yang Diperlukan : 1. 2. 3. 4. 5. 6. Membeli komputer dan kelengkapannya Membeli mesin printer Membeli mesin fotostat (keupayaan maksimum) Membeli mesin binding Membeli mesin laminating Menyediakan rak-rak fail - 1 unit x RM 1300.00 - 1 unit x RM 400.00 - 1 unit x RM 3500.00 - 1 unit x RM 388.00 - 1 unit x RM 300.00 - 3 unit x RM 60.00 RM 1300.00 RM 400.00 RM 3500.00 RM 388.00 RM 300.00 RM 180.00 ____________ RM 6068.00

JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN

(7). PERUNTUKAN UNTUK LAIN-LAIN KEPERLUAN SEMASA. Ciri-Ciri : 1. Menyediakan hamparan tikar getah sepenuhnya di lantai di dewan pengajian utama,asrama dan di ruang pejabat

2. Membuat papan tanda MUQWA(ukuran – 2 keping bersaiz 4‟ x 4‟ dan 1 keping bersaiz 4‟ x 16‟) dan dipasang di bahagian tepi jalan utama dan di bangunan MUQWA 3. Papan tanda yang ditempah adalah dibuat daripada bahan zink 4. Memasang kerangka besi di 2 buah pintu dan 5 buah tingkap pejabat 5. Membina dinding dan bumbung batu untuk dijadikan tempat tadahan air dan menaikkan menara serta memasang kubah di bahagian belakang bangunan utama madrasah

Anggaran Kira-Kira Kos Yang Diperlukan : 1. Menempah dan memasang papan tanda MUQWA 2. Kerja-kerja membuat dan memasang kerangka besi 3. Kerja-kerja membina dinding dan bumbung batu untuk dijadikan tempat tadahan air dan menaikkan menara serta memasang kubah di bahagian belakang bangunan utama madrasah - 3 keping (berlainan harga mengikut saiz) - beli bahan dan upah kerja - beli bahan dan upah kerja RM 1700.00 RM 700.00 RM 3000.00

JUMLAH DANA YANG DIPERLUKAN
*(Jumlah dana yang diperlukan keseluruhan untuk Perkara (7) ini dikemaskini mengikut keperluan semasa)

______________ RM 5400.00

Gambar pejabat pentadbiran madrasah.

JUMLAH KESELURUHAN DANA YANG DIPERLUKAN MUQWA Justeru,berpandu kepada kira-kira tersebut, ketika ini pihak MUQWA memerlukan sekitar sejumlah RM 48,392.00 untuk menjayakan matlamat menyempurnakan kemudahan infra dan prasarana bagi penubuhan MUQWA ini.

Bil.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Perkara Peruntukan
Peruntukan Untuk Rancangan Membina Dan Menyediakan Kemudahan Asrama Untuk Pelajar-Pelajar Dan Warden. Peruntukan Untuk Rancangan Membina Bilik Mandi,Tempat Wudhuk Dan Tandas Untuk Pelajar-Pelajar. Peruntukan Untuk Rancangan Membina Ruang Dapur Dan Menyempurnakan Kelengkapan Memasak. Peruntukan Untuk Rancangan Membina Ruang Riadhah Untuk Pelajar-Pelajar Dan Membina Kawasan Aktiviti-Aktiviti Keilmuan Untuk Masyarakat Umum. Peruntukan Untuk Menyediakan Kemudahan Peralatan Pembelajaran Dan Penyediaan Kitab -Kitab Rujukan. Peruntukan Untuk Kemudahan Pejabat Untuk Urusan Pentadbiran Dan Pengurusan. Peruntukan Untuk Lain-Lain Keperluan Semasa.

Jumlah (RM)
12,660.00 3,800.00 1,500.00 4,800.00 14,164.00 6,068.00 5,400.00

JUMLAH KESELURUHAN DANA DIPERLUKAN

48,392.00

*(Pada edisi profil lalu yang telah diterbit dan diedarkan,usaha untuk mendapatkan dana sumbangan sebanyak RM 70,702.00 telah dilancar dan digerakkan.Di atas izin allah S.W.T, Alhamdulillah selama lebih kurang dua bulan setengah tempoh masa berlalu,jumlah keseluruhan dana yang diperlukan kini telah berkurang kepada RM 48,392.00.Ini bermakna di dalam tempoh beberapa bulan tersebut sejumlah hampir RM 22,310.00 telah berjaya dikumpulkan untuk melaksanakan projek-projek fasa awal penubuhan madrasah ini).

SYARAT-SYARAT PENGAMBILAN PELAJAR-PELAJAR 1. Pengajian yang ditawarkan ialah pengajian menghafal Al-Quran dan pengajian „Alim (Pengajian Berkitab)

2. Penyertaan adalah dibuka dari masa kesemasa tanpa had tarikh 3. Pengecualian bayaran yuran akan diberikan kepada golongan yang tiada berkemampuan atau yang layak dan yuran sebanyak RM 150.00 dikenakan HANYA kepada yang berkemampuan. 4. Had umur dari 8 tahun hingga 17 tahun 5. Pengajian sepenuh masa 6. Wajib menetap di asrama 7. Lelaki sahaja 8. Ada atau tiada asas di dalam pengetahuan atau bidang pendidikan Islam 9. Digalakan penyertaan anak-anak dari kalangan yang kurang berkemampuan/asnaf zakat/o.k.u (yang mampu berdikari sendiri) 10. Mempunyai minat yang bersungguh-sungguh 11. Bersedia untuk ditarbiah 12. Mematuhi undang-undang madrasah dan sentiasa menjaga adab-adab dan akhlaq sebagai pelajar dan sebagai Muslim

Gambar aktiviti-aktiviti sebahagian daripada pelajar-pelajar madrasah.

PENUTUP

Penubuhan MUQWA ini adalah penting dan amat perlu disegerakan kerana ini merupakan salah satu tanggungjawab selain daripada tanggungjawab-tanggungjawab ibadat yang lain yang mana semua ummat yang cintakan agama Islam yang mulia ini perlu terlibat membantu dan memainkan peranan.Di dalam suasana agama yang semakin malap diamalkan kini, pelbagai bentuk pembohongan,fitnah,kepalsuan,penindasan,kebathilan dan lebih seribu satu macam maksiat bermaharajalela menguasai dan menggauli pemikiran dan tindak tanduk ummat.Matlamat melahirkan seramai yang boleh kelompok-kelompok ulama yang mampu duduk bersama-sama bersila membimbing ummat yang di dalam kegelapan tersebut haruslah semua kita menyokong,membantu dan meraikannya.Tiadalah lain harta ummat ini selain daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang telah ditinggalkan junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. dan sesungguhnya ulamaulama daei‟ yang warak itulah pemberitunjuk yang terbaik untuk ummat-ummat yang terkeliru dan memerlukan pedoman. Justeru, melihat kepada keperluan mendesak MUQWA ini,diharapkan mana-mana pihak baik individu,kumpulan-kumpulan,NGO-NGO,ahliahli korporat,dermawan-dermawan dan lain-lainnya bermurah hati untuk menghulurkan sebarang bentuk sumbangan bagi menjayakan penubuhan dan perlaksanan pengajian di MUQWA ini.Sebarang sumbangan bolehlah dibuat samaada dalam bentuk penajaan,sedeqah,waqaf ataupun zakat. Kepada mana-mana pihak yang telah banyak membantu di dalam menjayakan penubuhan dan memulakan pengajian di peringkat awal di MUQWA ini,kami dari pihak lembaga jawatankuasa amat terharu dan mengucapkan jutaan penghargaan yang tidak terhingga di atas kemurahan hati penyumbang-penyumbang.Sesungguhnya, sumbangan-sumbangan awal ini amat memotivasikan dan memberi rangsangan semangat kepada kami untuk berkhidmat menjayakan matlamat dan visi MUQWA.

RUJUKAN ALAMAT DAN TALIAN UNTUK DIHUBUNGI Alamat : MADRASAH U‟LUMULQURAN WAL AHADITH

No. 1667 Lorong Hj. Nakman Kadis, Jln. Musran, Kg. Rantau Panjang 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan Alamat E-mel: muquranwalahadith@gmail.com Laman Web :

Madrasah Ulumulquran Wal Ahadith/facebook.com

Nombor Untuk Dihubungi : 1) Ustaz Hj. Mansor Bin Adnan 2) Sdr. Roslan Bin Ariffin 3) Sdr. Amran Bin Johari 4) Sdr. Mohd. Zafri B. Mohd Rozhi 5) Sdr. Mohd Ayub Khan B. Harun 6) Sdr. Iskandar B. Md. Sani 7) Sdr. Mustafa Bin Soib 8) Cikgu Wahyudi@Wahid Bin Musa 9) Sdr. Mohd.Zulezee B. Kamarulzaman 10) Sdr. Omar Najib B. Johari 11) Cikgu Haeirul Hanieff B. Hassan 12) Sdr. Mustafa B. Mohamed : 019- 2440214 : 016- 2446567 : 012- 6212582 : 012- 2819697 : 013- 6540623 : 012- 3690892 : 016- 3807585 : 019- 6299417 : 017- 6899816 : 019- 3388090 : 016- 9145735 : 016-3059291

Gambar kerja-kerja pengubahsuaian bangunan utama & dewan pengajian yang diusahakan sebelum ini.

Gambar bangunan utama (Pejabat & Dewan Pengajian) sebelum ini.

Gambar bangunan utama (Pejabat & Dewan Pengajian) ketika ini selepas kerja-kerja pembaikan dijalankan.

Gambar Bahagian Dalam Bangunan (terkini 25/10/11)

Gambar Bahagian Luar Bangunan (terkini 10/12/11)

Hakcipta Terpelihara.Profil Dana Madrasah „Ulumulquran Wal Ahadith©. Edisi Diperbaharui & Dikemaskini.Cetakan Kedua Tahun 2011. Diterbitkan dan dicetak oleh Lembaga Jawatankuasa Madrasah „Ulumulquran Wal Ahadith beralamat di No.1667 Lrg. Hj. Nakman Kadis,Jln.Musran Kg. Rantau Panjang, 41200 Klang,Selangor Darul Ehsan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->