You are on page 1of 20

BAB 1

1.1 Latar Belakang Kajian

Mata pelajaran matematik sentiasa mengalami anjakan paradigma apabila unsur-unsur baru dimasukkan ke dalam sukatan pelajarannya bagi memenuhi kehendak dan cabaran masa hadapan murid. Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR dan kini KSSR telah diperkenalkan perlu dirancang dan dikendalikan dengan berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi pelajar. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu diambil kira dan diberi perhatian.Pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi peluang kepada semua murid untuk mengalami pembelajaran yang seronok, bermakna, berguna dan mencabar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran dan pembelajaran dan latihan perlu berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman serta minat murid. (Ahmad Hozi H. A. Rahman, Ketua Penolong Pengarah, Bidang Sains dan Matematik, Pusat Perkembangan Kurikulum)

Matlamat pendidikan matematik sekolah rendah ialah untuk membina dan mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1995). Sehubungan dengan itu, program Matematik sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab. Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatis dan kreatif yang berteraskan penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Matematik.

Justeru penyelesaian masalah ialah fokus kurikulum dan menjadi tujuan utama semua pengajaran dan aktiviti matematik . Oleh itu penyelesaian masalah bukanlah satu topik yang berasingan tetapi satu proses yang meliputi seluruh program pengajaran.

Page 1 of 20

1.2 Pernyataan Masalah

Penyelesaian masalah ialah satu bidang matematik yang tersendiri dan istimewa kerana perkara ini lebih berkait rapat dengan situasi dan pengalaman harian. Penyelesaian masalah merupakan kemuncak dalam pengajian matematik sebab ianya menguji kepintaran berfikir dan kemahiran lain seperti kemahiran dalam fakta asas, menaakul masalah, operasi, menyusun data, menggunakan pelbagai konsep matematik dan menyemak secara logik.

Di Malaysia, kajian yang dibuat oleh Jemaah Nazir Institusi Pendidikan (JNIP) mengenai pengajaran dan penguasaan fakta asas matematik di kalangan 3569 orang murid Tahun 3 sekolah-sekolah kebangsaan di 128 sekolah di seluruh negara pada tahun 1994 menunjukkan bahawa pada keseluruhannya prestasi murid menjawab secara spontan bagi semua operasi belum mencapai tahap yang diharapkan iaitu 70 % ke atas daripada jumlah bilangan soalan (JNIP, 1996). Keadaan ini telah mendorong kepada keperluan untuk membentuk suatu strategi penilaian dan pemulihan yang dapat mengatasi masalah akademik yang dialami oleh murid.

Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran matematik dapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid mengalami masalah pembelajaran dalam matematik dapat dibantu dan diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini.

Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah

Page 2 of 20

bercerita disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira.

Selain daripada itu, berdasarkan kepada pemerhatian, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), mempunyai dua bentuk soalan iaitu soalan berbentuk mekanis yang sememanya melibatkan dua proses penggiraan iaitu proses mengira biasa dan soalan berbentuk bercerita atau dipanggil penyelesaian masalah. Bagi soalan penyelesaian masalah, ia memerlukan kemahiran pelajar dalam membaca soalan, memahami dan mengetahui apa yang diperlukan oleh soalan tersebut dan seterusnya menjalankan proses penggiraan yang melibatkan empat operasi asas. Berdasarkan kepada saranan Polya, empat prosedur yang dicadangkan untuk meleraikan maklumat dalam soalan adalah seperti pengasingan maklumat dalam soalan iaitu melalui pentafsiran atau memahami masalah, merancang strategi penyelesaian, melaksanakan perancangan dan menyemak semula jawapan yang diperolehi. Sekiranya prosedur-prosedur ini dipatuhi dan diikuti, sudah pasti murid-murid dapat mengukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah berdasarkan teknik bercerita.

1.3 Objektif Penyelidikan

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan murid-murid menghadapi kesukaran dalam menyelesaikan masalah bercerita. Kajian ini akan menganalisis punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid ketika menyelesaikan masalah bercerita. Tumpuan kajian ini adalah ke atas empat operasi asas matematik iaitu penambahan, pengurangan, pendaraban dan pembahagian. Selain daripada itu, kajian ini juga akan menumpukan kepada tahap matriks penyelesaian masalah bercerita iaitu item masalah tidak langsung, item masalah yang mempunyai maklumat pengganggu dan item masalah yang memerlukan dua langkah penyelesaian. Selain daripada itu, tujuan kajian ini adalah untuk menambahbaikkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Contohnya, guru akan melakukan kajian untuk penambahbaikan kepada teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan olehnya di dalam bilik darjah. Selepas melakukan sesuatu pengajaran , guru akan melakukan refleksi adakah teknik pengajaran yang dilakukannya di dalam kelas tersebut bersesuaian dan memberi kesan atau tidak kepada pelajar serta objektif pengajaran dan

Page 3 of 20

pembelajaran tercapai atau tidak dengan penggunaan teknik tersebut. Jika tidak bersesuaian dan tidak memberi kesan kepada pelajar, maka guru perlulah melakukan kajian untuk penambahbaikan dengan menggunakan teknik lain atau teknik yang lebih bersesuaian yang boleh menarik minat pelajar. Penambahbaikan ini boleh dilakukan oleh guru apabila mengajar bagi subjek yang sama di kelas lain.

Mengikut Newman (1977, 1983), apabila seseorang ingin menyelesaikan masalah bercerita, ia perlu mengikut hieraki berikut :

1. Membaca masalah. 2. Memahami apa yang dibaca. 3. Membuat transformasi pemikiran. 4. Mengaplikasikan kemahiran proses yang diperlukan. 5. Membuat pengkodan jawapan dalam bentuk bertulis.

Apa yang dipentingkan dalam Prosedur Analisis Kesilapan Newman adalah setiap masalah dilihat dalam bentuk hieraki. Ini adalah kerana kegagalan pada mana-mana tahap akan menghalang penyelesaian masalah untuk menyelesaikan masalah dengan jayanya kecuali secara tidak sengaja.

1.3.1 Tujuan Kajian Tindakan i) Meninjau sejauhmana penggunaan teknik bercerita dapat menarik minat murid-murid belajar kemahiran penyelesaian masalah harian .

ii)

Meninjau tahap penguasaan murid-murid mengekstrak maklumat daripada ceritadan mengenalpasti operasi yang terlibat.

iii)

Menjadikan matematik sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan.

Page 4 of 20

1.4 Persoalan Kajian

Berdasarkan kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut :

a) Apakah strategi yang digunakan oleh murid-murid Tahun 5 yang lemah untuk menyelesaikan masalah bercerita?

b) Apakah punca-punca kesilapan yang dilakukan oleh murid-murid Tahun 5 yang lemah dalam menyelesaikan masalah bercerita?

1.5 Kepentingan Penyelidikan

Penyelesaian masalah merupakan satu kemahiran yang harus dimiliki oleh semua orang terutamanya kepada golongan guru untuk menyesuaikan kaedah pengajaran mereka. Tumpuan kepada aspek pemulihan akan memberi manfaat kepada murid-murid dari segi psikologi dan menambahkan motivasi belajar mereka.

Kajian ini bertujuan untuk membuat diagnosis terhadap kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh murid-murid Tahap II terhadap penyelesaian masalah bercerita. Dengan mengenal pasti kelemahan murid-murid pada peringkat awal akan membolehkan langkahlangkah pemulihan yang sewajarnya dilakukan bagi mengelakan murid-murid terus menerus mengalami kegagalan yang boleh melemahkan motivasi mereka untuk terus maju dalam mata pelajaran matematik. Setelah menguasai kemahiran ini, mereka akan mempunyai keyakinan diri, menyukai Matematik, berminat dan bermotivasi tinggi untuk terus mempelajari Matematik (JNIP, 1996) Jemaah Nazir Institusi Pendidikan.

Memahami dan menyelesaikan masalah bercerita memerlukan keupayaan dalam beberapa kemahiran seperti memahami bahasa, memahami situasi yang dinyatakan, keupayaan untuk mencari ayat matematik yang betul dan juga keupayaan melakukan komputasi. Oleh itu, kajian tentang keupayaan murid-murid untuk menyelesaikan masalah bercerita yang mudah akan memberi sumbangan terhadap keupayaan murid-murid untuk menguasai kemahiran menyelesaikan masalah bercerita yang lebih kompleks.
Page 5 of 20

1.6 Batasan Kajian Penyelidikan

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang berikut :

a) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam menyelesaikan masalah bercerita di kalangan murid-murid Tahun 5 sahaja.

b) Pengkaji tidak mengambil kira faktor emosi, latar belakang keluarga, persekitaran sekolah dan kecacatan fizikal yang mempunyai kaitan dengan kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah bercerita.

c) Kajian juga disekat oleh faktor Geografi memandangkan keadaan muka bumi sekolah pedalaman yang memungkinkan kadang-kadang kedatangan murid tidak memuaskan.

d) Kajian ini juga tersekat kerana kelas gabungan Tahun 4 dan 5 mungkin akan menggangu murid-murid Tahun 4.

1.7 Soalan Kajian

Ada 3 soalan untuk kajian ini.

1.Sejauh manakah kebolehan pendekatan yang dipilih untuk memperkukuhkan kemahiran menyelesaikan masalah melalui teknik bercerita.

2. Sejauh manakah pendekatan pengajaran dengan menggunakan teknik bercerita yang diaplikasikan oleh guru dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan soalan masalah matematik.

3. Bagaimanakah dengan mengaplikasikan teknik bercerita dalam penyelesaian masalah matematik boleh dijawab dengan berkesan oleh murid?

Page 6 of 20

BAB 2

2.1 Tinjauan Literatur

Penyelidikan adalah satu bentuk transformasi pengajian yang meningkatkan "saham pengetahuan" yang menyediakan manusia dengan tujuan supaya kehidupan mereka lebih berkesan dan bermakna. Penyelidikan tindakan adalah satu proses penyiasatan yang sistematik. Tujuan penyelidikan tindakan adalah bagi menyediakan guru-guru dengan ilmu baru dan pemahaman yang membolehkan mereka untuk meningkatkan amalan pendidikan atau menyelesaikan masalah dengan berkesan dalam bilik darjah dan sekolah. Penyelidikan tindakan berpunca daripada satu tradisi kajian yang menitikberatkan kitaran, dinamik, dan pendekatan-pendekatan kolaboratif untuk siasatan.

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya. Selain daripada itu, kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kajian tindakan sebagai salah satu pendekatan P&P dalam bilik darjah mempunyai beberapa kebaikan, antaranya:-

a. Membantu guru berhubung dengan penambahbaikan kebiasaan atau budaya pengajaran dalam bilik darjah.

b. Menyediakan ruang kepada guru untuk menggilap kreativiti dan inovasi terutama dalam menyelesaikan permasalahan dalam pengajaran guru dan pembelajaran murid.

c. Membantu guru untuk memperkembangkan profesionalisme melalui proses penemuan kendiri.

Page 7 of 20

d. Oleh kerana guru mempunyai autoriti dalam bilik darjah masing-masing maka kajian tindakan akan membantu mereka untuk mencuba pendekatan-pendekatan pengajaran yang difikirkan.

Oleh yang demikian, teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran bukanlah satu perkara baru,malahan cara ini pernah dilakukan oleh orang-orang kita sewaktu menyampaikansesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Teknik ini mudah menarik minat anak-anak itu. Keadaan yang sama juga boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pelajaran kepada murid-murid mereka. Biasanya murid-murid akan lebih cepat menumpukan perhatian disamping menjadikan pelajaran itu berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. Murid-murid, khususnya di sekolah-sekolah rendah, amat

gemar mendengar cerita. Walaupun mereka masih kecil, tetapi apa yang diceritakankepada mereka itu dapat segera difahami dan kadang kala dapat pula sekaligus memahami maksud cerita itu tadi. Oleh yang demikian, jika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pembelajaran akan lebih

berkesan.Walaubagaimanapun guru-guru mestilah sedar bahawa teknik bercerita dan pengajaran cerita adalah dua perkara yang berbeza. Janganlah disebabkan terlalu seronok bercerita, objektif pengajaran yang sebenar hendak disampaikan ketika itu menjadi menjadi kabur, sedangkan aspek-aspek yang hendak disampaikan adalahlebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.

Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes. Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaimana kanak-kanak belajar.
Page 8 of 20

Daripada kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (02 tahun), pra-operasi (27 tahun), operasi konkrit (711 tahun) dan operasi formal (11 tahun ke dewasa).

Walau bagaimanapun, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Menurut Jere Confrey (1999), Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi ideaidea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatannya penting untuk perkembangan mental.

Oleh yang demikian, kita juga harus merujuk kepada Teori Gagne dalam penyelesaian masalah dengan menggunakan teknik bercerita. Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip. Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.

Cara perlaksanaan teknik bercerita itu samalah seperti guru menjalankan pengajaran cerita, tetapi apa yang penting ialah aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu seharusnya ada dan terkandung di dalam cerita itu. Penekanan harus dilakukan kepada aspek-aspek tersebut semasa guru bercerita. Langkah-langkah yang harus diambil oleh guru dalam persediaan teknik bercerita adalah seperti berikut:

Page 9 of 20

a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

b) Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut.

c) Hafazkan frasa-frasa, atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek nilaiyang hendak disampaikan itu.

d) Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum mencuba teknik ini.

e) Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek nilai yang hendak diajarkan itu.

f) Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar, atau lain-lain alat bantu mengajar. g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lain-lain berkaitan dengan aspek-aspek nilai yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan pembelajaran yang selanjutnya.

Sebenarnya bagi kebanyakan pelajar kebolehan menyelesaikan masalah matematik umunya, bukanlah satu kurniaan sebaliknya kebolehan yang perlu digilap secara berterusan. Oleh yang demikian, murid-murid tidak boleh menganggap jika sekali menghadapi kesukaran tidak seharusnya murid tersebut beranggapan bahawa dia sudah tidak memiliki kebolehan belajar menyelesaikan penyelesaian masalah matematik. Sebaliknya, dia haruslah dibimbing supaya jangan putus asa dan menyerah kalah. Sikap putus asa dan beranggapan matematik adalah satu matapelajaran yang unik dan harus dipelajari pada sepanjang hayat.

Selain daripada itu, kebolehan menguasai ilmu matematik sebenarnya memerlukan teknik yang perlu dipelajari pada sepanjang masa dan diikuti dengan kesungguhan untuk

Page 10 of 20

mempelajarinya. Suatu laporan mengatakan bahawa dua pertiga pelajar di Amerika dilaporkan memiliki sikap negatif tentang matapelajaran Matematik.

2.1 Kajian Lepas Dalam Negara.

Seseorang itu perlu mempunyai kemahiran dan berpengalaman dalam menyelesaikan masalah (Mohd Khairudin Yahya, 1985). Oleh yang demikian, untuk mendapatkan kejayaan yang lebih baik, sudah tentulah latihan yang baik diperlukan dalam menjawab soalan penyelesaian masalah.

2.3 Kajian Lepas Luar Negara

Dalam Model Polya, beliau mencadangkan satu model yang melibatkan 4 fasa iaitu memahami masalah, merancang penyelesaian, menjalankan penyelesaian dan menyemak jawapan yang diperolehi. Fasa pertama memerlukan pelajar membaca, memahami dan menentukan apa yang dikehendakit oleh soalan yang diberikan. Seterusnya, melalui fasa kedua pula, ia memerlukan perkaitan antara fakta dan data seterusnya merancang langkahlangkah penyelesaian. Murid-murid akan menjalankan dengan membuat penggiraan dan akhir sekali menyemak jawapan yang diperolehi bagi memastikan soalan dapat diselesaikan dengan betul.

2.4 Kesimpulan

Oleh yang demikian, dalam teknik bercerita yang telah dipilih ini, kita haruslah menitik beratkan faedah yang boleh dihasilkan. Teknik bercerita yang akan diaplikasikan dalam cadangan kajian tindakan ini akan berdasarkan denan Teori Gagne yang mementingkan langkah-langkah yang berurutan bagi menghasilkan satu kajian tindakan yang mencapai objektifnya dan berkesan.

Page 11 of 20

BAB 3

3.1 Metadologi Penyelidikan

Teknik Bercerita

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah gabungan dua kaedah iaitu pensel dan kertas dan temu duga secara individu. Murid-murid akan diberikan ujian secara kumpulan untuk menentukan tahap pemahaman mereka dalam masalah bercerita.

Selepas itu pengkaji akan menemuduga murid yang gagal secara individu berdasarkan Prosedur Analisis Kesilapan Newman yang telah diubahsuaikan. Murid akan diminta untuk menjawab semula soalan yang mereka salah jawab secara bertulis. Jika jawapan kali kedua ini betul ia dikategorikan sebagai kesilapan akibat kecuaian. Jika jawapan kali kedua ini jua gagal, murid akan diminta untuk membaca soalan, menerangkan apa yang dikehendaki soalan, menterjemahkan masalah bercerita kepada ayat matematik, membuat operasi dan menuliskan jawapan di atas kertas. Penentuan kategori kesilapan adalah berdasarkan kepada peringkat di mana kesilapan atau kegagalan pertama kali dilakukan oleh murid. Murid akan dikategorikan sebagai melakukan kesilapan akibat motivasi sekiranya murid yang tidak menjawab soalan pada ujian kali pertama dan berjaya menjawab soalan dengan bantuan pengkaji.

3.2 Rekabentuk Kajian Penyelidikan

Pengkaji akan mentadbirkan sendiri ujian ke atas murid. Murid-murid diuji secara kelas dalam bentuk ujian bertulis yang terdiri daripada 12 soalan. Masa yang diperuntukkan dalam ujian ini ialah 40 minit. Pengkaji memeriksa ujian bertulis yang diberikan untuk menentukan sama ada jawapan yang diberikan itu betul atau salah.

Page 12 of 20

Pada peringkat kedua, pengkaji menemu duga murid-murid yang melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan itu. Temu duga ini adalah berdasarkan Prosedur Temu Duga Newman yang telah diubahsuai oleh pengkaji. Sebelum temu duga dijalankan, terlebih dahulu saya memberitahu murid bahawa ini bukan ujian tetapi untuk mengkaji apakah kesilapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah bercerita.

3.2.1 Analisis Data

Data dianalisis secara deskritif mengikut kes. Pada peringkat pertama, ujian diagnostik dianalisis berdasarkan kepada jawapan betul atau salah. Saya akan memeriksa jawapan daripada tugasan yang dilakukan oleh murid.

Pada peringkat kedua, jawapan dari sesi temu duga secara individu bagi setiap soalan dianalisis untuk mengenal pasti punca kesilapan sama ada berpunca daripada kecuaian, kurang motivasi, pemahaman, transformasi, komputasi atau kebolehan membuat pengkodan.

3.2.2 Dapatan Kajian

Berikut adalah beberapa perkara yang saya akan titikberatkan.

Punca Satu : Kegagalan Membuat Transformasi Punca Dua : Cuai Ketika Menjawab Soalan Punca Tiga : Tidak Memahami Soalan Punca Empat : Kurang Motivasi Punca Lima : Melakukan Kesilapan Komputasi

Page 13 of 20

Berikut adalah antara aktiviti-aktivit cadangan yang akan diadakan bagi memantapkan lagi teknik bercerita yang dipilih :

a) Murid membaca semula cerita yang telah diperdengarkan dan meningkatkan kemahiran membaca dan berbahasa di kalangan murid-murid Tahun 5. b) Murid-murid turut menyoal sesama sendiri iatu soaljawab secara lisan.

ii) Berikut adalah cadangan bahan-bahan yang akan digunakan a) LCD dan laptop untuk tujuan presentation b) Soalan-soalan latihan bercerita yang berkaitan dengan penyelesaian masalah matemtik.

Instrumen dan langkah-langkah pemerhatian yang akan disediakan: a) Senarai semak pencapaian individu murid b) Senarai semak perubahan tingkah laku murid c) Borang Soal Selidik 3.3 Lokasi Cadangan kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah pedalaman di Daerah Penampang, Sabah.

3.4 Ekonomi

Tahap ekonomi di kawasan pedalaman tersebut adalah sederhana. Kebanyakan ibu bapa bekerja sebagai petani dan pekebun. Terdapat juga tanaman getah dan buah-buahan. Lokasi yang strategik bagi penangkapan ikan air tawar juga menyumbang kepada ekonomi masyarakat di kawasan tersebut.

Page 14 of 20

3.5 Sampel

Sampel kajian adalah terdiri daripada murid Tahun 5. Sampel kajian juga adalah dikalangan murid-murid sekolah pedalaman di Daerah Penampang, Sabah.

3.6 Instrumen Kajian

Dalam kajian yang akan dijalankan, disediakan:

instrumen dan langkah-langkah pemerhatian yang akan

a) Senarai semak pencapaian individu murid b) Senarai semak perubahan tingkah laku murid c) Borang Soal Selidik

a) Soalan Ujian Masalah Bercerita

Soalan ujian ini mengandungi 12 soalan subjektif. Soalan ini telah diubahsuai mengikut aras pengetahuan murid-murid. Bagi setiap operasi asas matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi terdapat 3 soalan yang terdiri daripada soalan masalah bercerita :

i) Pernyataan Langsung, Tidak ada Maklumat Pengganggu dan Memerlukan Satu Langkah Penyelesaian sahaja.

Contoh.

Ali ada 3 buah buku. Dia membeli 6 buah buku lagi. Berapa jumlah buku Ali ?

ii) Pernyataan Tidak Langsung.

Contoh.

Page 15 of 20

Abu ada 12 biji epal, selepas dia memberi 3 biji epal kepada adiknya. Berapa biji epal yang Abu ada pada mulanya ?

iii) Mempunyai Maklumat Pengganggu.

Contoh.

Di kedai Pak Defi, satu bungkus kacang berharga 30 sen, satu batang pensel ialah 35 sen dan satu kotak mancis ialah 20 sen. Berapakah harga sebatang pensel dan sebungkus kacang ?

iv) Masalah Memerlukan dua Langkah Penyelesaian.

Contoh.

Aji ada 27 ekor kambing. Ahmad ada lebih 11 ekor kambing daripada Aji. Berapa jumlah kambing yang budak-budak itu ada ?

Guru juga menyediakan beberapa teks panjang sebagai salah satu pembacaan tambahan kepada murid-murid untuk memperkukuhkan tahap kefahaman murid tentang teknik bercerita.

b) Temu Duga Individu.

Temu duga secara individu adalah berdasarkan kepada Prosedur Temu Duga Newman yang telah diubahsuai. Mengikut Prosedur Temu Duga Newman, seseorang murid yang melakukan kesilapan dalam ujian bertulis yang diberikan akan diminta untuk menjawab soalan itu semula. Apabila ujian semula ini dijalankan, pengkaji akan menemu duga murid-murid berdasarkan 5 soalan mengikut urutan. Pengkaji akan mengklafikasikan kesilapan murid berdasarkan Kriteris Newman iaitu sama ada kesilapan berpunca daripada kecuaian, motivasi, kebolehbacaan, kefahaman, keupayaan untuk membuat transformasi (menukarkan masalah kepada ayat matematik), kemahiran proses (komputasi) atau membuat pengkodan (menulis jawapan yang betul).

Page 16 of 20

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Dalam usaha untuk menjalankan cadangan kajian ini, saya akan mendapatkan kebenaran Guru Besar sekolah berkenaan. Sebagai makluman juga, saya adalah salah seorang daripada guru yang mengajar di sekolah tersebut. Seterusnya beberapa langkah yang telah disusun untuk memastikan proses dan kajian ini dapat dijalankan dengan sempurnya. Berikut adalah langkah-langkah tersebut:

Langkah 1

Memperolehi surat kebenaran untuk menjalankan cadangan kajian tindakan ini di sekolah yang telah dipilih daripada Fakulti Pendidikan dan Bahasa, Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Langkah 2 Memohon kebenaran bertulis daripada pihak pentadbir sekolah untuk membuat kajian di sekolah tersebut.

Langkah 3 Menjalankan cadangan kajian tindakan yang ditetapkan.

Langkah 4 Menganalis hasil dapatan dan juga berdasarkan soal selidik.

Langkah 5 Membuat rumusan kajian yang telah dijalankan dan seterusnya memberikan cadangan atau idea yang bernas untuk tujuan membantu bagi meningkatkan pencapaian matematik pelajar Tahun 5 dalam penyelesaian masalah melalui teknik bercerita.

Page 17 of 20

LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK

Arahan: Sila lengkapkan borang soal selidik ini dengan jujur dan ikhlas. Segala kenyataan adalah sulit dan nama anda tidak perlu ditulis pada borang ini. Kerjasama anda amatlah diharapkan dan dihargai. Kejujuran dan keikhlasan anda didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Makluman:

Sila bulatkan nombor pada skala yang sesuai. Satu soalan hanya sekali bulatkan. Jawapan anda haruslah berdasarkan soalan yang diajukan.

1 2 3 4 5

= = = = =

SANGAT TIDAK SETUJU TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU

SOALAN-SOALAN

1. Matapelajaran Matematik adalah matapelajaran yang paling saya minat

2. Saya seronok belajar penyelesaian masalah dalam matematik.

Page 18 of 20

3. Setiap langkah-langkah menjawab soalan penyelesaian masalah matematik adalah amat bermakna bagi diri saya.

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

4. Saya akan memohon bantuan guru apabila menghadapi masalah pemahaman dalam menyelesaikan masalah harian dalam matematik.

5. Soalan jenis bercerita dalam penyelesaian masalah matematik adalah amat mudah difahami untuk diri saya.

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

6. Guru matematik sentiasa memberikan motivasi dan semangat untuk terus belajar dalam penyelesaian masalah.

7. Pengajaran guru Matematik dalam penyelesaian masalah menarik minat saya.

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

8. Guru matematik menerangkan pelbagai kaedah penyelesaian masalah dengan jelas dan mudah difahami.

9. Latihan penyelesaian masalah matematik yang diberikan adalah mencukupi dan amat membantu saya meningkatkan keyakinan dan kemahiran diri.

10. Guru sentiasa menyediakan latihan-latihan soalan penyelesaian masalah matematik yang mencabar.

Page 19 of 20

RUJUKAN

Buku

Aida Suraya Md. Yunus (1989). Berita Matematik. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur: Dunia Press Sdn Bhd. Disember.

Atan b. Long (1980). Pedadogi Kaedah Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Mohd. Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Polya, G (1957). How to Solve it. London: Open University.

Suratkhabar

Watak Guru (2001, Mei 19). Utusan Malaysia (6).

Page 20 of 20

You might also like