You are on page 1of 5

CARA CARA ASAS PERMAINAN PETANQUE (PETONG) CARA CARA ASAS MEMEGANG BOULE (BOLA) DAN LONTARAN POINTING

NG 1. BOULE (BOLA) DILETAK DI TAPAK TANGAN ATAU DI HUJUNG JARI

2. GENGGAM BOULE (BOLA) DENGAN KELIMA-LIMA JARI

3. MENGGUNAKAN KELIMA-LIMA JARI DENGAN SOKONGAN IBU JARI PADA SISI TEPI

4. PERGELANGAN DIBENGKOKKAN KE BAWAH

5. SEDIA UNTUK MEMBUAT AYUNAN ATAU LONTARAN

6. MEMBUAT AYUNAN

7. SELEPAS AYUNAN ATAU LONTARAN

8. KEDUDUKAN KAKI SEMASA DALAM GELUNG (RING)

9. LATIHAN LONTARAN ROLLING POINTING SECARA DUDUK

10.

LATIHAN LONTARAN HALF LOB POINTING BERDIRI

SEJARAH PETANQUE Dikesan kewujudannya sejak 900 SM apabila satu set bola dan jek ditemui di makam orang Mesir Purba tahun 7000 SM. Kemudian sukan ini dimainkan oleh orang-orang Rom dan Greek. Dikaji bahawa orang Rom, orang yang pertama memainkannya di Marseilies 2600 SM yang lalu. Pada zaman pertengahan sukan ini sangat popular sehingga dilarang kerana sesuatu sebab yang tidak diketahui. Pada kurun ke 17 bangsawan Perancis menjadikan permainan ini sebagai permainan bangsawan dan Raja Louis XIV Perancis telah memperkenalkan permainan petanque kepada 14 mata kiraannya. Semasa perang Napoleon menggunakan peluru meriam sebagai bola permainan. Sejarah moden sukan ini bermula di Clotat perancis pada tahun 1910 apabila seorang yang cacat daripada kemalangan telah membaling bola petanque tepat ke sasaran dengan keadaan berdiri. Menakjubkan, kemudian permainan ini cukup popular ke tanah jajahan Perancis di Afrika, Pasifik Selatan dan Eropah Barat, Thailand, Vietnam, Jepun dll. Di Malaysia sukan ini diperkenalkan oleh Prof DiRaja Ungku Aziz ( Naib Canselor Universiti Malaya ) dan YDP Angkasa pada tahun 1989. Pada tahun 1990 upacara permainan ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Menteri Belia dan Sukan Malaysia) pada 22 Mac 1990 di padang Jalan Timur, Petaling Jaya sebagai salah satu acara sukan Negara. Sehingga kini sukan ini terus diangkat martabatnya ke peringkat kebangsaan oleh ANGKASA. ANGKASA telah menganjurkan pertandingan petanque antara koperasi sekolah setiap tahun sejak 1995 lagi. Pemenang telah dibawa keluar Negara untuk bertanding.

You might also like