You are on page 1of 84

KULIAH

AE015 MIKROEKONOMI
SEMESTER I

BAB 3:
KEANJALAN PERMINTAAN
&
PENAWARAN
Keanjalan Permintaan

3.1.1. Keanjalan permintaan harga.


3.1.2. Keanjalan permintaan silang.
3.1.3. Keanjalan permintaan pendapatan.

Keanjalan Penawaran
Pengenalan

 Keanjalan merupakan suatu konsep yang mengukur darjah


tindakbalas dalam kuantiti permintaan dan penawaran kesan
daripada perubahan sesuatu pembolehubah tertentu.

 Dalam konteks keanjalan permintaan, pembolehubah-


pembolehubah tersebut terdiri daripada harga barang itu
sendiri, harga barang lain dan pendapatan pengguna.

 Manakala bagi keanjalan penawaran, pembolehubahnya ialah


harga barang itu sendiri sahaja.
Keanjalan permintaan harga

 Keanjalan permintaan harga (Ed) didefinisikan sebagai


ukuran kadar atau darjah gerak balas perubahan kuantiti
permintaan sesuatu barang kesan daripada perubahan
tingkat harga barang tersebut.

 Rumusnya ialah nisbah di antara peratus perubahan


kuantiti diminta sesuatu barang dengan peratus perubahan
tingkat harga barang tersebut.
Keanjalan permintaan harga dapat dikira dengan
menggunakan rumus berikut:

Ed = % ∆Qd / %∆P

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0
Qd0 P0

Ed = ∆Qd /Qd0 ÷ ∆P /P0


Pengiraan keanjalan permintaan harga

 Terdapat dua cara bagi mengira keanjalan permintaan


harga iaitu keanjalan lengkuk dan keanjalan purata.

 Keanjalan purata digunakan kerana terdapat nilai


keanjalan yang berbeza walaupun ianya mengukur
perubahan harga di antara dua titik.
Keanjalan lengkuk

 Keanjalan lengkuk digunakan bagi mengukur kadar


perubahan yang berlaku ke atas permintaan satu barang
apabila berlaku perubahan harga di mana keadaan tersebut
membolehkan kita melihat kewujudan dua titik di atas satu
keluk permintaan yang sama.
Berikut adalah contoh pengiraan keanjalan permintaan harga.

Apabila harga petrol naik daripada RM1.38 ke RM1.49 seliter, maka


kuantiti yang diminta turun daripada 5000 liter ke 4500 liter sehari
(pergerakan dari titik B ke A dari rajah sebelah). Berapakah nilai
keanjalan permintaan harga petrol?

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0
    Qd0 P0
     
Ed = 4500 - 5000 ÷ 1.49 - 1.38
    5000 1.38
     
Ed = - 500 ÷ 0.11
    5000 1.38
     
Ed = - 5 x 1.38
    50 0.11
     
Ed = − 1.25
Keanjalan permintaan harga

1.49 A

1.38 B

D
0              4500 5000 liter
Apabila harga petrol turun daripada RM1.49 ke RM1.38 seliter,
maka kuantiti yang diminta naik daripada 4500 ke 5000 liter
sehari (dari rajah pergerakan dari titik A ke B). Berapakah
keanjalan permintaan harga?

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0
    Qd0 P0
     
  = 5000 - 4500 ÷ 1.38 - 1.49
    4500 1.49
     
  = 500 ÷ - 0.11
    4500 1.49
     
    - 5 x 1.49
    45 -0.11
     
  = − 1.51
Nilai keanjalan permintaan harga yang diperoleh daripada dua
contoh pengiraan di atas adalah berbeza walaupun perubahan
harga yang berlaku di atas dua titik yang terletak pada satu
keluk permintaan yang sama. Kelemahan ini dapat diatasi
dengan mengambil kira harga purata dan kuantiti purata barang
tersebut sebagaimana yang dinyatakan menerusi rumus berikut
yang lebih dikenali sebagai keanjalan permintaan harga purata.

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0
½( Qd0 + Qd1) ½( P0 + P1)

   
Contoh (a) : Harga naik daripada RM1.38 ke RM1.49

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0
    ½( Qd0 + Qd1) ½( P0 + P1)
     
Ed = 4500 - 5000 ÷ 1.49 - 1.38
    ½( 5000 + 4500) ½( 1.38 + 1.49)
     
Ed = - 500 ÷ 0.11
    4750 1.435
     
Ed = - 50 x 1.435
    475 0.11
     
Ed = − 1.37
Contoh (b) : Harga turun daripada RM1.49 ke RM1.38

Ed = Qd1 - Qd0 ÷ P1 - P0
    ½( Qd0 + Qd1) ½( P0 + P1)
     
Ed = 5000 - 4500 ÷ 1.38 - 1.49
    ½( 4500 + 5000) ½( 1.49 + 1.38)
     
Ed = 500 ÷ - 0.11
    4750 1.435
     
Ed = 50 x 1.435
    475 - 0.11
     
Ed = − 1.37
Keanjalan titik

 Keanjalan titik merupakan keanjalan pada satu titik di atas


satu keluk permintaan.
 Keanjalan titik mengukur perubahan harga yang sangat
kecil dan perubahan yang sangat kecil ini dipandang
sebagai satu titik di atas keluk permintaan.
Keanjalan titik

P Ed=α
A Ed > 1

Ed=1
Po C
Ed < 1

Ed=o
0 qo B Q
Dari rajah keluk AB ialah keluk permintaan. Keanjalan titik C boleh
diukur berdasarkan rumus asas keanjalan iaitu:

Ed=CB/CA
Ed = ∆Q/Q = ∆Q x P = ∆Q x P
∆P/P Q ∆P ∆P Q
Berdasarkan rajah, ∆Q = qoB dan ∆P = Cqo.
Jadi,
∆Q/∆P = qoB/Cqo
sedangkan P = Cqo
Q = 0qo
Maka, P/Q = Cqo/0qo
Edt = ∆Q/∆P x P/Q
Edt = qoB/Cqo x Cqo/0qo
Edt = qoB/0qo
pulannya ada tiga cara untuk mengukur keanjalan pada titik C iaitu:

a. Edt=CB/CA
b. Edt=qoB/0qo
c. Edt=0Po/PoA
 Oleh kerana rajah segitiga ApoC dan CqoB merupakan rajah yang
sama bentuk, jadi,
QoB/0qo = CB/CA
Maka CB/CA = 1
 Nilai keanjalan bagi titik – titik di sepanjang keluk permintaan AB
adalah berbeza-beza.
 Pada titik A, nilai keanjalan titik adalah infiniti.
 Pada titik C, nilai keanjalan ialah sama dengan 1.
 Pada titik B, nilai keanjalan ialah sama dengan 0.
 Antara titik A dan C, nilai keanjalan titik adalah lebih besar dari
satu.
 Antara titik C dan B, nilai keanjalan titik adalah kurang dari satu.
Kira keanjalan pada titik V, W, X, Y dan Z

8 V

W
6

X
4
Y
2
Z
0 25 50 75 100 Q
Kesimpulan

 Dapatlah dirumuskan bahawa semakin tinggi tingkat harga,


semakin tinggi nilai keanjalan titik dan sebaliknya.
 Nilai keanjalan permintaan bagi setiap titik juga akan berbeza-
beza pada satu tingkat harga tertentu jika titik–titik tersebut
berada pada keluk permintaan yang berlainan tetapi bersifat
linear dan mempunyai kecerunan yang sama.
Nilai keanjalan titik akan menjadi semakin kecil ( tidak anjal ) apabila
kedudukan keluk permintaan terletak semakin jauh dari titik origin
(asalan).

P
Kirakan keanjalan permintaan
pada titik A dan B

Apa kesimpulannya?

  A B
P0

0 8 16 24 Q
Nilai keanjalan titik-titik A dan B pada harga
P di atas keluk permintaan masing-masing ialah:

      (A) = 16 – 8
Ed 8
= = 1
8–0 8

      (B) = 24 – 16
Ed 8
= = 0.5
16 – 0 16
Terdapat lima darjah keanjalan
permintaan harga yang berlainan
1. Anjal

  Nilai keanjalan : 1 < Ed < ∞

P
Sifatnya:
Peratus perubahan kuantiti
diminta lebih besar daripada
peratus perubahan harga
barang tersebut. D

Q
2. Tak Anjal

  Nilai keanjalan : 0<Ed<1

P
Sifatnya:
Peratusan perubahan kuantiti
diminta adalah kurang daripada
peratus perubahan harga
barang tersebut.
D
Q
3. Anjal Satu

  Nilai keanjalan : Ed = 1

P
Sifatnya:
Peratus perubahan kuantiti
diminta adalah sama dengan
peratus perubahan harga
barang tersebut.
D

Q
4. Anjal Sempurna

  Nilai keanjalan : Ed = α

P
Sifatnya:
Pada harga yang tetap pengguna
akan membeli barang yang
ada dalam pasaran tetapi tiada D
kuantiti diminta apabila harga
lebih tinggi dari harga tetap
tersebut.

Q
5. Tak Anjal sempurna

  Nilai keanjalan : Ed = 0

P D
Sifatnya:
Sebarang perubahan dalam
harga tidak akan menyebabkan
berlakunya perubahan dalam
kuantiti diminta.

Q
Hubungan antara keanjalan
permintaan harga dengan jumlah
hasil atau jumlah perbelanjaan
Hubungan antara keanjalan permintaan harga dengan
jumlah hasil atau jumlah perbelanjaan

 Jumlah hasil (TR) ialah hasil yang diperoleh oleh pengeluar


apabila barangannya dibeli oleh pngguna.
 Jumlah perbelanjaan (TE) pula ialah perbelanjaan yang dibuat
oleh pengguna apabila membayar barangan yang dibeli dari
pengeluar.
 Jumlah hasil/perbelanjaan diperoleh dengan mendarabkan
harga barang tersebut dengan kuantitinya .
Hasil Total = Harga x Kuantiti
TR = P x Q
1. Anjal
  Nilai keanjalan : 1 < Ed < ∞
Harga TR/TE Rumusan
P
Harga TR/TE
meningkat OP1AQ1 berkurangan
dari P0 ke P1 sebab
A
P1 OP1AQ1 <
B OP0BQ0
P0 D Harga jatuh TR/TE
dari P1 ke P0 OP0BQ0 meningkat
sebab
0 Q1 Q0 Q OP0BQ0 >
OP1AQ1
2. Tak anjal
  Nilai keanjalan : 0<Ed<1

Harga TR/TE Rumusan


  P
  D
Harga TR/TE
  P1 meningkat OP1AQ1 meningkat
  A dari P0 ke P1 sebab
OP1AQ1 >
   B O0PQ0
P0 
    Harga jatuh TR/TE
 D
dari P1 ke P0 OP0BQ0 berkurangan
  0 Q1 Q0 Q        sebab
                 OP0BQ0 <
OP1AQ1
3. Anjal satu (unitari)
  Nilai keanjalan : Ed = 1
Harga TR/TE Rumusan

P Harga Tiada
meningkat OP1AQ1 perubahan
dari P0 ke P1 TR/TE sebab
A
P1 OP1AQ1 =
B OP0BQ0
P0 D Harga jatuh Tiada
dari P1 ke P0 OP0BQ0 perubahan
TR/TE sebab
OP0BQ0 =
0 Q1 Q0 Q           OP1AQ1
                              
4. Anjal sempurna
  Nilai keanjalan : Ed = α
Harga TR/TE Rumusan

P Harga TR/TE = 0 sebab


0 meningkat 0 kuantiti permintaan
melebihi P0 jatuh sehingga tidak
terhingga

P0 D
Harga jatuh TR/TE = α sebab
kurang α kuantiti permintaan
∞ daripada P0 meningkat dengan
banyaknya sehingga
Q tidak terhingga
5. Tak anjal sempurna
  Nilai keanjalan : Ed = 0
Harga TR/TE Rumusan
P Harga TR/TE
meningkat OP1AQ1 meningkat
D
dari P0 ke P1 sebab
OP1AQ0 >
P1 OP0BQ0
A
Harga jatuh TR/TE
P0   B dari P1 ke P0 OP0BQ0 berkurangan
sebab
OP0BQ0 <
OP1AQ0
Q0 Q
Ringkasan hubungan keanjalan permintaan harga
dengan jumlah hasil dan jumlah perbelanjaan

KEANJALAN DAN TR/TE


PERUBAHAN
Anjal Tak Anjal Anjal Satu Anjal Tak Anjal
HARGA 
Sempurna Sempurna

Harga naik
TR/TE TR/TE Tiada TR/TE
Berkurangan  Meningkat Perubahan  0  Meningkat

Harga turun TR/TE TR/TE TR/TE


Tiada
Meningkat  Berkurangan   Perubahan α   Berkurangan 
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
KEANJALAN PERMINTAAN
1. Bilangan barang pengganti

 Jika sesuatu barang mempunyai banyak penggantinya, permintaan


barang tersebut dikatakan anjal terhadap perubahan harga.
 Ini menunjukkan jika harga sesuatu barang meningkat sedikit,
kuantiti yang diminta akan berkurangan dengan banyak kerana
barang itu boleh digantikan dengan barang lain yang secara
relatifnya lebih murah.
 Sebaliknya sekiranya sesuatu barang tiada pengganti yang hampir
maka permintaan barang tersebut dikatakan tidak anjal terhadap
perubahan harga.
 Ini bermakna jika harga sesuatu barang itu meningkat, kuantiti
diminta tidak akan berkurangan kerana ianya tidak mempunyai
pengganti yang hampir.
2. Bilangan kegunaan sesuatu barang
 Jika sesuatu barang mempunyai banyak kegunaan, permintaan
barang tersebut dikatakan anjal terhadap perubahan harga.
 Contohnya, komputer mempunyai banyak kegunaan seperti
menaip, menyelesaikan banyak kerja-kerja pejabat, persembahan
multimedia, alat untuk pembelajaran, permainan dan penggunaan
internet.
 Kegunaan yang banyak ini menyebabkan ia digunakan oleh ramai
golongan.
 Jika harganya jatuh, permintaannya akan meningkat dengan
banyak kerana pengguna akan membelinya dalam kuantiti yang
lebih banyak kerana semakin banyak kegunaannya.
 Tetapi jika harga meningkat, permintaannya akan berkurangan
dengan banyak.
 Ini bermakna bagi barang yang mempunyai banyak kegunaannya,
permintaannya adalah anjal.
3. Bahagian pendapatan yang dibelanjakan
 Besarnya bahagian dari pendapatan yang dibelanjakan untuk
membeli sesuatu barang akan mempengaruhi keanjalan permintaan
ke atas barang tersebut.
 Kaji sikap pengguna yang membeli barang-barang yang harganya
murah dan memerlukan bahagian pendapatan yang kecil sahaja.
 Contohnya garam, yang memerlukan bahagian pendapatan yang
kecil sahaja untuk dibelanjakan bagi membeli barang ini.
 Apabila harga garam meningkat, permintaannya tidak berubah
kerana bahagian daripada pendapatan yang dibelanjakan untuk
membeli garam amat kecil.
 Ini menunjukkan jika pembelian sesuatu barang itu memerlukan
bahagian daripada pendapatan amat kecil, permintaannya tidak
anjal.
 Sementara itu pembelian sesuatu barang yang memerlukan
bahagian pendapatan yang besar seperti pembelian kereta,
permintaannya adalah anjal.
4. Tahap kepentingan sesuatu barang
 Jika barang tersebut merupakan barang mesti kepada pengguna
contohnya makanan asas seperti nasi dan roti serta pakaian,
permintaan barang tersebut tidak anjal terhadap perubahan
harga.
 Ini kerana jika harganya meningkat, pengguna tidak akan
mengurangkan kuantiti diminta dalam jumlah yang besar
disebabkan kepentingan barang tersebut kepada pengguna.
 Sebaliknya, jika harganya jatuh, permintaan juga tidak akan
bertambah dalam jumlah yang banyak.
 Tetapi bagi barang yang kurang kepentingannya kepada
pengguna contohnya barang biasa, permintaannya adalah anjal.
 Jika harganya jatuh, pengguna akan memintanya dengan
banyak dan sebaliknya.
5. Ketahanan sesuatu barang

 Semua barang pengguna boleh dibahagikan kepada dua iaitu


barang tahan lama dan barang tidak tahan lama.
 Bagi barang tahan lama, contohnya pakaian permintaannya
adalah anjal.
 Apabila harganya jatuh, permintaannya akan meningkat
dalam jumlah yang banyak kerana ianya boleh disimpan
lama.
 Tetapi bagi barang yang tidak tahan lama, contohnya sayur-
sayuran permintaannya adalah tidak anjal.
 Apabila harganya jatuh, kuantiti permintaannya tidak
bertambah dengan banyak kerana ia tidak tahan lama.
6. Barang yang boleh ditangguh

 Bagi barang yang boleh ditangguhnya penggunaannya,


permintaannya adalah anjal.
 Contohnya harga telah meningkat sekarang, jadi
permintaannya akan berkurangan dengan banyak kerana
pengguna akan menangguhkan penggunaannya pada masa
hadapan apabila harganya telah jatuh.
 Bagi barang yang tidak boleh ditangguh penggunaannya, jika
harga meningkat pengguna terpaksa membeli juga.
 Jadi permintaannya kurang anjal.
7. Tabiat pengguna

 Meskipun sesuatu barang itu bukan merupakan barang


keperluan atau barang mesti, akan tetapi disebabkan oleh
tabiat pengguna yang tidak boleh untuk tidak menggunakan
barang tersebut, maka permintaan ke atas barang tersebut
akan menjadi tidak anjal terhadap perubahan harga dan
sebaliknya.
 Contohnya rokok, setiap tahun kerajaan akan menaikkan cukai
jualannya menyebabkan pengeluar menaikkan harganya untuk
memindahkan beban kenaikan cukai tersebut kepada
pengguna.
 Tetapi permintaannya tidak berkurangan.
Keanjalan permintaan silang
(Exy)

Keanjalan permintaan silang ditakrifkan sebagai satu konsep


keanjalan permintaan yang mengukur darjah tindakbalas
perubahan permintaan sesuatu barang (barang X) kesan
daripada perubahan harga barang lain ( barang Y).
Rumus keanjalan permintaan silang (Exy)

Edxy = %∆ Qdx / % ∆ Py

Edxy = Qd1x – Qd0x P1y - P0y


Qd0x ÷ P0y
                 
Qd1x – Qd0x X 100
Qd0x
Edxy =
                         P1y – P0y X 100
P0y
Hubungan barang X dan barang Y

 Perhubungan antara dua atau lebih jenis sesuatu barangan


dapat diketahui sekiranya nilai keanjalan permintaan silang
diperolehi dengan menggunakan rumus keanjalan silang.

Nilai Keanjalan Silang (Exy) Hubungan

Negatif ( - ) Penggenap

Positif ( + ) Pengganti

Sifar ( 0 ) Tiada hubungan


Contoh pengiraan:

Harga Kuantiti diminta


Barang Z Barang P Barang Q Barang R

10 2 20 20

20  5 10 20

 Berdasarkan jadual di atas, cari nilai keanjalan permintaan


silang bagi barang P, Q dan R apabila harga barang Z
mengalami kenaikan dari RM10 kepada RM20. Tentukan
perhubungan antarabarang Z dengan barang P, Q dan R.
Penyelesaian : Barang P

Edpz = Qp1 – Qp0 ZP1 - ZP0


Qp0 ÷ ZP0

Edpz = 5–2 20 - 10
2 ÷ 10
Edpz = 3 10
2
X
10
Edpz = 30
20
Edpz = 1.5

Oleh itu barang Z dan barang P adalah pengganti antara satu


sama lain kerana nilai keanjalannya adalah positif
Penyelesaian : Barang Q

Edqz = Qq1 – Qq0 ZP1 - ZP0


Qq0 ÷ ZP0

Edqz = 10 – 20 20 - 10
20 ÷ 10
Edqz = - 10 10
20
X
10
Edqz = - 100
200
Edqz = - 0.5

Oleh itu barang Z dan barang Q adalah penggenap antara satu


sama lain kerana nilai keanjalannya adalah negatif
Penyelesaian : Barang R

Edrz = Qr1 – Qr0 ZP1 - ZP0


Qr0 ÷ ZP0

Edrz = 20 – 20 20 - 10
20 ÷ 10
Edrz = 0 10
20
X
10
Edrz = 0
200
Edrz = 0

Oleh itu barang Z dan barang R tidak mempunyai apa-apa


perkaitan antara satu sama lain kerana nilai keanjalannya kosong
(sifar)
Contoh pengiraan: 2

 Andaikan keanjalan silang permintaan bagi kereta berbanding


perubahan harga minyak petrol ialah – 0.5. Sekiranya pada
harga kereta RM35,000 sebuah, bilangan kereta yang dijual
dalam seminggu adalah sebanyak 12,000 buah. Jika harga
kereta tidak berubah, tetapi harga minyak petrol naik dari
RM1.05 kepada RM1.20 seliter, kirakan bilangan kereta yang
akan dijual.
Penyelesaian :

      
Edxy = Q1x – Q0x X P0y
Q0x P1y - P0y

-       
0.5 = X – 12,000 X 1.05
12,000 20 - 1.05

-      
0.5 = 1.05X – 12,600
1,800

- 900 = 1.05X – 12,600

1.05X = 12,600 – 900

1.05X = 11,700
X = 11,143 unit
Keanjalan permintaan pendapatan (Edy)

 Keanjalan permintaan pendapatan ditakrifkan sebagai satu


konsep keanjalan permintaan yang mengukur darjah
tindakbalas terhadap perubahan permintaan sesuatu barang
kesan daripada perubahan tingkat pendapatan pengguna.
Rumus keanjalan permintaan pendapatan (EdY)

EdY = %∆ Qdx / % ∆Y

= Qd1x – Qd0x Y1 - Y0
EdY
Qd0x ÷ Y0
                 
Qd1x – Qd0x X 100
Qd0x
EdY =
                         Y1 – Y0 X 100
Y0
Keanjalan pendapatan dan jenis barang
 Keanjalan permintaan pendapatan akan membantu
sesebuah ekonomi mengenalpasti jenis-jenis barang yang
wujud dalam ekonomi tersebut.

Nilai Keanjalan Pendapatan (EdY) Jenis Barang


Positif kurang dari 1 Keperluan
Positif lebih dari 1 Mewah
Negatif Bawahan
Sifar Mesti
Contoh pengiraan:

Pendapatan Kuantiti diminta


(RM) Barang P Barang Q Barang R

7,500   2  20 4

12,500   5 10  5 

 Berdasarkan jadual di atas, kirakan nilai keanjalan


pendapatan bagi barang P, Q dan R apabila tingkat
pendapatan meningkat dari RM7,500 ke RM12,500. Tentukan
apakah jenis barang-barang tersebut.
Penyelesaian : Barang P

EdY = Qp1 – Qp0 Y1 - Y0


Qp0 ÷ Y0

EdY = 5 – 2 12500 - 7500


2 ÷ 7500
EdY = 3 7500
2
X
5000
EdY = 22500
10000
EdY = 2.25

Barang P adalah barang mewah kerana nilai keanjalan


pendapatannya adalah positif dan besar dari satu
Penyelesaian : Barang Q

EdY = Qq1 – Qq0 Y1 - Y0


Qq0 ÷ Y0

EdY = 10 – 20 12500 - 7500


20 ÷ 7500
EdY = - 10 7500
20
X
5000
EdY = - 75
100
EdY = - 0.75

Barang Q adalah barang bawahan kerana nilai keanjalan


pendapatannya negatif
Penyelesaian : Barang R

EdY = Qr1 – Qr0 Y1 - Y0


Qr0 ÷ Y0

EdY = 5 – 4 12500 - 7500


4 ÷ 7500
EdY = 1 7500
4
X
5000
EdY = 75
200
EdY = 0.375

Barang R adalah barang keperluan sebab nilai keanjalan


pendapatannya positif (0 < EY < 1) dan kurang daripada 1 iaitu
tidak anjal pendapatan
Diberi fungsi permintaan untuk barang X ialah

 Qx = 500 – 3Px + 2PY – 0.2Y 

di mana :

Qx = kuantiti permintaan barang X


Px = harga barang X
PY = harga barangY
Y = tingkat pendapatan

Jika pada mulanya Px = RM20 dan Y = RM1000, tentukan nilai


keanjalan permintaan pendapatan bagi barang X sekiranya
pendapatan pengguna naik kepada RM1500.
Penyelesaian :

 Pada Y = RM1000

 Qx = 500 – 3Px + 2PY– 0.2Y

  = 500 – 3 (10) + 2 (20) – 0.2 (1000)    

  = 500 – 30 + 40 – 200

  = 310
Penyelesaian :

 Pada Y = RM1500

 Qx = 500 – 3Px + 2PY – 0.2Y

  = 500 – 3 (10) + 2 (20) – 0.2 (1500)

  = 500 – 30 + 40 – 300

  = 210
Penyelesaian :

EdY = Qx1 – Qx0 Y1 - Y0


Qx0 ÷ Y0

EdY = 210 – 310 1500 - 1000


310 ÷ 1000
EdY = - 100 1000
310
X
500
EdY = - 100
155
EdY = - 0.65

Barang X adalah barang bawahan kerana nilai keanjalan


pendapatannya adalah negatif
Bab 3: Keanjalan Penawaran

3.2.1. Definisi keanjalan penawaran.


3.2.2. Pengiraan nilai keanjalan penawaran.
3.2.3. Penentu keanjalan penawaran.
Definisi keanjalan penawaran

 Keanjalan penawaran boleh ditakrifkan sebagai satu ukuran


darjah tindakbalas kuantiti ditawar bagi sesuatu barangan
terhadap sesuatu perubahan pada harganya.
 Secara matematik, keanjalan penawaran harga boleh
dinyatakan sebagai peratusan (nisbah) perubahan kuantiti
ditawar dibahagikan dengan peratus perubahan pada harga, di
mana Es mewakili keanjalan penawaran harga.
Keanjalan penawaran dapat dikira dengan
menggunakan rumus berikut:

Es = % ∆Qs/%∆P

Es = Qs1 - Qs0 ÷ P1 - P0
Qs0 P0

Es = ∆Qs /Qs0 ÷ ∆P /P0


Penghitungan nilai keanjalan penawaran

Contoh 1:
Apabila harga barang X meningkat sebanyak 35 peratus,
kuantiti ditawar terhadap barang tersebut turut meningkat
sebanyak 70 peratus. Hitungkan keanjalan penawaran harga
terhadap barang X.
Jawapan:

Es
       = % ∆Qs
%∆ P

Es
       = 70
35

= 2
Penghitungan nilai keanjalan penawaran

Contoh 2:
Apabila harga barang Y jatuh daripada RM12 ke RM8 seunit,
kuantiti ditawar bagi barang tersebut berkurangan daripada 35
unit kepada 28 unit. Hitung nilai keanjalan penawaran bagi
barang Y.
Penyelesaian :

Es = Qs1 – Qs0 P1 - P0
Qs0 ÷ P0

Es = 28 – 35 8 - 12
28 ÷ 12
Es = -7 12
28
X
-4
Es = 21
28
Es = 0.75
Terdapat lima darjah keanjalan penawaran
harga yang berlainan
1. Anjal

  Nilai keanjalan : 1 < Es < ∞

P
Sifatnya:
Peratus perubahan kuantiti
ditawar lebih besar daripada S
peratus perubahan harga
barang tersebut.
 
Q
2. Tak Anjal

  Nilai keanjalan : 0 < Es < 1


S
P
Sifatnya:
Peratus perubahan kuantiti
ditawar lebih kecil daripada
peratus perubahan harga
barang tersebut.
 
Q
3. Anjal Satu

  Nilai keanjalan : Es = 1

Sifatnya: P
Peratus perubahan kuantiti S1  
ditawar sama dengan peratus
perubahan harga barang S0
tersebut.
Mana-mana keluk penawaran yang  S2
bermula dari titik asalan, keanjalan
penawarannya ada satu.
Q
 
4. Anjal Sempurna

  Nilai keanjalan : Es = ∞

P
Sifatnya:
Pada satu tingkat harga
yang tetap, firma akan
menawarkan barang di S
pasaran tetapi apabila harga
kurang daripada harga tetap,
kuantiti barang yang
ditawarkan oleh firma Q
ialah sifar.
5. Tak Anjal Sempurna

  Nilai keanjalan : Es = 0

P
S
Sifatnya:
Perubahan harga sesuatu
barang tidak akan mengubah
kuantiti barang yang
ditawarkan.

Q
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI
KEANJALAN PENAWARAN
1. Tempoh masa yang diperlukan untuk
menghasilkan sesuatu barang
 Masa adalah merupakan faktor utama dalam menentukan
keanjalan penawaran.
 Biasanya semakin lama jangka masa, penawaran sesuatu
barang akan lebih anjal berbanding dengan masa singkat.
 Jangka masa pengeluaran dan hubungannya dengan keanjalan
penawaran boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
a. Jangka masa singkat

 Dalam jangka masa singkat,


penawaran adalah tidak anjal P
sempurna. S
 Sebarang perubahan harga tidak
memberi kesan terhadap
perubahan penawaran. P1
 Ini kerana kenaikan harga dalam
jangka masa singkat, pengeluar P0
tidak sempat menambahkan
pengeluaran .

q0 Q
b. Jangka masa pendek

 Dalam jangka masa pendek,


penawaran adalah tidak anjal.
 Peratus perubahan harga S
P
adalah lebih besar daripada
peratus perubahan kuantiti P1
penawaran.
 Ini kerana kenaikan harga
dalam jangka masa pendek, P0
pengeluar hanya dapat
menambahkan pengeluaran
dengan menambahkan kuantiti
input berubah dan bukannya q0 q1 Q
input tetap.
c. Jangka masa panjang

 Dalam jangka masa panjang,


penawaran adalah anjal. P
 Ini kerana pengeluar
mempunyai cukup masa
untuk melakukan S
P1
penyesuaian dalam
pengeluaran apabila berlaku P0
perubahan dalam harga.

q0 q1 Q
2. Mobiliti faktor-faktor pengeluaran
 Sekiranya faktor-faktor pengeluaran yang digunakan untuk
menghasilkan sesuatu keluaran mudah dipindahkan dari satu firma
ke firma yang lain, dari satu lokasi ke lokasi yang lain atau dari satu
keluaran ke keluaran yang lain, penawaran sesuatu barang akan
menjadi lebih anjal.
 Sebagai contoh, faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan
keluaran elektronik mudah diperoleh sedangkan untuk
menghasilkan minyak petrol, sumber minyak hanya wujud di
kawasan-kawasan tertentu sahaja dan sumber minyak ini tidak
mempunyai sifat mobiliti.
 Oleh yang demikian penawaran untuk keluaran elektronik akan
cenderung untuk menjadi lebih anjal manakala penawaran untuk
minyak petrol cenderung untuk menjadi kurang anjal.
3. Tambahan kos pengeluaran
 Sekiranya tambahan penawaran sesuatu barang hanya memerlukan
tambahan kos pengeluaran yang kecil, penawaran barang tersebut
akan bersifat anjal.
 Tetapi apabila penambahan penawaran sesuatu barang
memerlukan tambahan kos pengeluaran yang besar, maka
penawaran barang tersebut adalah tidak anjal.
 Biasanya tambahan kos pengeluaran bergantung kepada
keupayaan pengeluaran sesebuah firma.
 Jika terdapat masih banyak faktor pengeluaran yang belum
digunakan, tambahan keluaran akan melibatkan tambahan kos yang
kecil sahaja.
 Jika firma sudahpun mencapai keupayaan maksimumnya iaitu
semua faktor pengeluaran habis digunakan, tambahan keluaran
akan melibatkan tambahan kos pengeluaran yang besar dan ini
menyebabkan penawaran barang firma tersebut menjadi tidak anjal

You might also like