P. 1
PERANAN KEIBUBAPAAN (UKM)

PERANAN KEIBUBAPAAN (UKM)

|Views: 1,983|Likes:
Published by norsayyidatina
peranan keibubapaan dan hubungannya dengan kesejahteraan psikologi remaja cemerlang akademik
peranan keibubapaan dan hubungannya dengan kesejahteraan psikologi remaja cemerlang akademik

More info:

Categories:Types, Research
Published by: norsayyidatina on Mar 30, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/13/2015

pdf

text

original

International Counselling Conference 2011

UKM

PERANAN KEIBUBAPAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN REMAJA CEMERLANG AKADEMIK oleh Norsayyidatina Che Rozubi, Zuria Mahmud &Azad Athahiri Anuar Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK Kajian ini meninjau hubungan antara peranan keibubapaan dan hubungannya dengan kesejahteraan psikologi dalam kalangan 185 remaja yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang di Sekolah Berasrama Penuh MRSM Tumpat, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (mix method) iaitu kombinasi pendekatan kuantitatif dengan pendekatan kualitatif. Data telah dikumpulkan menggunakan soalselidik dan temubual kumpulan fokus. Kajian ini menggunakan satu set soalselidik yang terdiri daripada soalselidik Amalan Keibubapaan dan Skala Kesejahteraan Psikologi. Kajian ini penting dalam memahami dan mengenalpasti peranan yang dimainkan ibubapa dari sudut pandangan anak- anak mereka dan kesejahteraan psikologi remaja yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang merangkumi pelbagai aspek kehidupan .

ABSTRACT The purpose of this study was to examine the relationship between parenting role and psychological well-being amongst 185 adolescents with high achievers academic score from boarding school of MRSM Tumpat, Kelantan student. The quantitative and qualitative mix method combination was used for this study. Data was collected through survey and focus group interview. A set of questionnaire; Parenting Role Inventories and Psychological Well- Being were utilized. This study is significant in identifying and understanding the sense of parenting role from adolescent’s perception and psychological well- being amongst adolescents with high achievers towards various aspects of their life.

PERANAN KEIBUBAPAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN REMAJA CEMERLANG AKADEMIK

1.0 PENDAHULUAN Pembangunan dan pembentukkan keluarga dalam sesuatu masyarakat itu akan menjadi faktor penentu dalam pembangunan sesebuah bangsa(Hasmadi 2008). Keluarga yang bahagia juga merupakan prasyarat dalam merencana rekayasa sosial. Rekayasa sosial (social engineering) adalah salah satu cara dalam mengukuhkan institusi keluarga menerusi pembentukan masyarakat sakinah bagi menghadapi era globalisasi. Pendekatan ini diambil dengan matlamat untuk melahirkan individu dan masyarakat yang berlandaskan norma moral dan nilai kerohanian hidup yang positif (Miskon 2003). Mahatma Gandhi pernah berkata “tiada sckolah yang setanding rumahtangga yang bahagia dan tiada gum yang setanding dcngan ibu bapa yang tulus ikhlas dan berhati mu1ia". Pendapat di atas jelas membuktikan betapa ibu bapa berperanan penting dalam membentuk sebarang jenis perhubungan tingkah laku dan sahsiah anak. Langkah pertama untuk mendidik anak-anak menjadi cemerlang adalah dengan menjadi ibu bapa yang cemerlang ibu dan bapa atau penjaga perlu dibimbing dan dipupuk setiap masa sebelum menjadi pemimpin, ketua keluarga atau pengurus rumah tangga, dan akhirnya menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga, agama dan bangsa (Azizi 2004). Dalam memastikan perkembangan psikologi remaja pada tahap optimun, ibubapa perlu menggunakan segala kebijaksanaan, pengalaman, ketekunan, pengetahuan dan ketabahan hati dalam melaksanakan tanggungjawab. Ini kerana peranan yang dimainkan ibubapa memberi pengaruh yang sangat penting

International Counselling Conference 2011

UKM

terhadap perkembangan personaliti anak –anak dan kesejahteraan hidup mereka secara keseluruhan (Adler dalam Gfoerer 2004). Secara keseluruhannya kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauhmana peranan yang dimainkan ibu bapa di Malaysia terhadap anak- anak mereka yang terdiri daripada remaja cemerlang pencapaian akademik dari aspek kesejahteraan psikologi. Penekanan kepada peranan keibubapaan dan kesan terhadap kesejahteraan psikolgi amat penting kerana perkembangan kesihatan anak- anak menjadi pemangkin kearah masyarakat yang cemerlang serta seimbang. Kajian ini juga diharap memberi aspirasi kepada ibu bapa dan masyarakat mengenai peranan yang perlu dimainkan dalam membentuk kesejahteraan psikologi remaja. Peranan yang dimainkan perlulah dari awal dan bersifat berterusan untuk memastikan tidak berlaku sebarang masalah dan rencatan dalam setiap tahap perkembangan terutamanya di peringkat remaja. 1.1 Tujuan Kajian Kajian ini bertujuan membina profil peranan keibubapaan dan profil kesejahteraan psikologi dalam kalangan remaja cemerlang akademik. Kajian ini juga untuk melihat sama ada terdapat hubungan antara peranan ibu dan bapa dengan kesejahteraan psikologi remaja. Pembolehubah ubah tidak bersandar yang terlibat dalam kajian ini adalah lokasi tempat tinggal, jantina, dan pendapatan ibu bapa. 2. KAJIAN KEPUSTAKAAN 2.1 Peranan Keibubapaan Ibubapa memainkan peranan yang sangat besar terhadap anak – anak. Menurut kajian Abdul Razak Habib, Salleh Amat dan Zuria Mahmud. (2001), kelulusan akademik ibu bapa mempengaruhi jumlah pendedahan kendiri anak. Ini dijelaskan bahawa ibu bapa yang berpendidikan tinggi berkemungkinan mempunyai kemahiran berkomunikasi yang lebih mesra dan terbuka dibandingkan dengan ibu bapa yang kurang pendidikan dan masih menggunakan cara-cara tradisional dalam berkomunikasi dengan anak. Walaupun begitu, secara amnya didapati anak lebih banyak membuat pendedahan kendiri kepada ibu berbanding dengan bapa kerana merasakan ibu mempunyai ciri-ciri pengasih, penyayang dan lebih memahami mereka dibandingkan dengan bapa. Kemahiran ini amat penting untuk ibu bapa kuasai supaya tingkah laku mereka terbatas dan tidak melakukan perkara yang tidak wajar atau negatif (Rosmah Dain, 2005). Bukti kajian mencadangkan salah satu pengaruh terpenting ke atas kesejahteraan psikologi dan tingkahlaku remaja dalam keluarga adalah jenis keibubapaan (Joronen & Astedt- Kurki 2005). Kajian Joronen et al (2005) mendapati enam komponen yang menyumbang kepada kesejahteraan subjektif remaja iaitu keadaan rumah yang selesa, suasana penyayang, komunikasi terbuka, keterlibatan keluarga, hubungan luar dan rasa diri penting dalam keluarga. Oleh itu peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam membentuk kesejahteraan psikologi remaja kerana ibu bapa adalah role model yang menjadi contoh pertama terhadap anak – anak. 2.2 Kesejahteraan Psikologi Kajian Buchannan dan Bowen (2008), medapati wujud kesan interaksi yang signifikan antara sokongan ibu bapa terhadap kesejahteraan psikologi remaja. Sokongan positif daripada ibu bapa, guru jiran dan orang dewasa akan dapat membantu remaja membuat penyesuaian diri (Greene & Way 2005). Sebagai contoh hubungan keibubapaan yang rapat dengan remaja akan dapat membantu mereka mengatasi masalah depresi dan rasa rendah diri terutama semasa transisi seperti memasuki sekolah menengah (Hashimah 2010). Sumber sokongan lain turut mempengaruhi tahap kesejahteraan dan pencapaian akademik remaja (Scales et al.2006). Di Malaysia kajian ke atas kesejahteraan dilakukan oleh Haslee Sharil Lim Abdullah dan Zainal Madom ( 2006) ke atas pelajar PLKN berumur 17 tahun, keputusan mendapati hanya 21.6 % sahaja remaja didapati sejahtera. Manakala tahap pendididkan merupakan peramal ke atas kesejahteraan psikologi remaja. 3. METODOLOGI KAJIAN Menurut Rohana (2003), pemilihan reka bentuk kajian dalam sesuatu penyelidikan dibuat berdasarkan tajuk, latar belakang permasalahan, tujuan, objektif dan persoalan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (mix method) iaitu kombinasi pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Reka bentuk eksplanatori (explanatory design) digunakan untuk kajian ini. Pendekatan eksplanatori menggunakan kaedah pengumpulan data secara kuantitatif sebagai data utama dan disokong kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Menurut Sechrest dan Sidani (1995) dapatan yang terhasil daripada dapatan yang terhasil daripada pendekatan kuantitaitf dan kualitatif adalah saling menyokong antara satu sama lain. Populasi kajian terdiri daripada 185 pelajar tingkatan satu, dua dan empat yang belajar di sekolah berasrama penuh tajaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Kelantan. Pelajar- pelajar yang dipilih

International Counselling Conference 2011

UKM

dikategorikan dalam peringkat perkembangan umur remaja iaitu di antara 13 hingga 18 tahun. para pelajar yang berada pada umur remaja diandaikan mampu menilai di antara baik dan buruk. Pelajar – pelajar yang dipilih juga mempunyai keupayaan pencapaian akademik yang cemerlang berdasarkan keputusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 7A ke atas untuk Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kajian ini menggunakan beberapa instrumen seperti berikut :Bahagian A : Latar Belakang Responden, Bahagian B: Soal selidik Amalan Keibubapaan ,Bahagian C: Skala Kesejahteraan Psikologi dan Protokol Temubual Kumpulan Fokus. Data daripada kajian kuantitatif telah menggunakan analisis deskriptif dan analisi inferensi. Analisis deskriptif digunakan untuk membina profil peranan keibubapaan dan profil kesejahteraan psikologi remaja di Malaysia. Manakala analisis statistik inferensi digunakan bagi menguji hipotesis kajian iaitu menggunakan Analisis Varian Multivariat (MANOVA) dan Pekali Korelasi Pearson. Data yang dikumpulkan dianalisi dengan menggunakan program SPSS- Window versi 18 (Statistical Package For Social Science 18). Bagi data kajian kualitatif pula dianalisi menggunakan perisian Nvivo.

4. DAPATAN KAJIAN 4.1 Profil Peranan Keibubapaan Kajian menunjukkan skor min bagi setiap domain peranan keibubapaan secara keseluruhan ialah 4.06 iaitu pada tahap tinggi. Dua domain peranan berada pada tahap tertinggi iaitu peranan Bimbingan (m=4.52) dan peranan Kemudahan (m=4.35). Min keseluruhan bagi domain peranan peraturan (m=4.00), diikuti min peranan Gembira dan Menghargai (m=3.93). Manakala min peranan yang terendah ialah domain Memberi Maklumat (m=3.86) dan domain Membina Jaringan (m=3.50), walaupun terendah namun tetap berada pada tahap sederhana tinggi. 4.2 Profil Kesejahteraan Psikologi Remaja Dapatan kajian profil kesejahteraan psikologi remaja menunjukkan min keseluruhan kesejahteraan psikologi berada pada tahap sederhana tinggi iaitu 3.99. Skor min bagi setiap domain kesejahteraan psikologi juga telah dikira seperti dalam jadual 4.4. Daripada nilai yang diperoleh, didapati skor min keseluruhan bagi Autonomi (m=5.52) adalah paling tinggi diikuti skor min keseluruhan bagi Perhubungan Positif (m=4.52) dan Domain Tujuan Hidup (m=4.12). Nilai keseluruhan yang lain ialah domain Menguasai Persekitaran (m=3.96), Penerimaan Kendiri (m=3.87) dan skor min domain terendah ialah Perkembangan Kendiri (m=3.01). 4.3 Hubungan antara Peranan Keibubapaan dengan Kesejahteraan Psikologi Analisis data menunjukkan korelasi antara peranan keibubapaan dengan kesejahteraan psikologi dengan menggunakan pekali korelasi Pearsons. Hasil analisis data menunjukkan terdapat hubungan positif teguh antara peranan keibubapaan dengan kesejahteraan psikologi r(185)=.724, p=.000 (p<.02). 5. RUMUSAN Adler (Gfroerer 2004) meletakkan pengaruh keluarga terutamanya ibu bapa sangat penting terhadap perkembangan personaliti dan kesejahteraan hidup remaja. Kajian Norsayyidatina (2010) mendapati peranan yang dimainkan ibu bapa terhadap anak- anak dapat mengawal masalah melibatkan krisis, penyakit emosi dan jiwa dalam kalangan anak- anak daripada peringkat awal lagi. Analisis data kuantitatif menunjukkan skor min peranan keibubapaan secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa peranan ibu bapa secara keseluruhannya menjalankan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan. 5.1 Rumusan Analisis Peranan Keibubapaan Skor bimbingan yang tinggi bagi dapatan kajian kuantitatif selari dengan dapatan temubual. Antara aspek yang terangkum dalam peranan bimbingan adalah memberi nasihat dan tunjuk ajar, mengamalkan agama dan membimbing berkaitan nilai baik dan buruk melibatkan kehidupan. Dapatan temubual menunjukkan peranan keibubapaan menitikberatkan tentang aspek –aspek tingkahlaku, menunaikan perintah agama dan menjauhi perkara negatif. Dapatan ini menyokong pandangan Abdullah (2000) yang mengatakan orang yang paling kuat mempengaruhi sahsiah diri anak- anak adalah ibu bapa dan saudaranya. Manakala dapatan kajian ini juga mendapati domain peranan keibubapaan yang paling rendah ialah membina jaringan. Peranan ini merangkumi tanggungjawab ibu bapa untuk menghubungkan remaja dengan dengan dunia luar seperti jiran tetangga,kenalan mereka dan masyarakat. Ini mungkin disebabkan faktor remaja ini tinggal

International Counselling Conference 2011

UKM

di asrama maka masa untuk ibu bapa menggalakkan perhubungan sosial dengan masyarakat luar terbatas. Secara keseluruhannya, kedua- dua dapatan menunjukkan peranan keibubapaan dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap remaja adalah tinggi. Kajian yang lebih terperinci perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti dan meningkatkan lagi peranan membina jaringan ibu bapa terhadap remaja cemerlang akademik. 5.2 Rumusan Analisis Kesejahteraan Psikologi Remaja Secara keseluruhannya didapati remaja cemerlang akademik mempunyai min kesejahteraan psikologi pada tahap sederhana tinggi. Dapatan domain autonomi yang tinggi menunjukkan remaja cemerlang akademik mempunyai kebebasan dan kawalan diri dari dalam yang tinggi. (Hashimah 2010) Individu yang skor tinggi dalam autonomi cenderung untuk bebas dan berdikari, tidak mudah dipengaruhi dan dapat menilai tingkahlaku berdasarkan nilai dan sistem kepercayaan sendiri. Didapati skor domain kesejahteraan psikologi yang paling rendah adalah perkembangan kendiri. Skor perkembangan kendiri menunjukkan remaja ini mungkin belum menyedari tentang apa yang hendak dikembangkan dan kaedah meningkatkan tindakan dan tingkahlaku mereka (Hashimah 2010). Oleh itu pertumbuhan diri remaja ini memerlukan pemerhatian dan pemantauan yang berterusan dan dinamik untuk melahirkan remaja yang mempunyai matlamat yang jelas mengenai diri. Secara keseluruhannya boleh dikatakan remaja yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi mempunyai autonomi yang tinggi iaitu mempunyai lokus kawalan dalaman diri yang tinggi serta dapat membuat keputusan berasaskan kepada aspek internal (Hasimah 2010). Di samping itu, remaja ini juga dapat mengawal persekitaran diri dengan baik sesuai dengan keperluan dan nilai diri mereka. Walaubagaimana pun remaja yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang memerlukan bimbingan yang jelas tentang matlamat dan arah tuju kehidupan mereka serta merasakan kehidupan mereka bermakna. 5.3 Rumusan Hubungan Peranan Keibubapaan dengan Kesejahteraan Psikologi Kajian menunjukkan terdapat hubungan yang kuat antara peranan keibubapaan dengan kesejahteraan psikologi remaja. Dapatan ini selari dengan dapatan temu bual yang dijalankan ke atas remaja. Remaja dalam kajian ini mengatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk kesejahteraan psikologi mereka. Dapatan ini juga menyokong beberapa dapatan kajian lepas seperti kajian Buchen dan Bowen (2008), yang mendapati wujudnya interaksi sokongan ibu bapa terhadap kesejahteraan psikologi remaja. Di samping sokongan positif ibu bapa, peranan rakan sebaya, guru, jiran dan orang dewasa juga sangat penting terhadap kesejahteraan psikologi remaja (Green & Way 2005). Justeru, peranan keibubapaan yang tinggi adalah sangat penting bagi melahirkan generasi remaja yang dapat menikmati kesejahteraan hidup khususnya psikologi. 6.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN Implikasi kajian dibuat berdasarkan beberapa pihak seperti remaja, ibu bapa, institusi sekolah dan masyarakat umumnya. Secara keseluruhannya dapatan kajian menunjukkan remaja cemerlang pencapaian akademik mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang sederhana tinggi. Hasil kajian juga melihat wujudnya hubungan antara peranan keibubapaan terhadap kesejahteraan psikologi remaja bagi melahirkan generasi modal insan kelas pertama. Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan sama ada ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan komuniti perlu lebih proaktif untuk memastikan kesejahteraan psikologi remaja cemerlang akademik pada tahap terbaik.

International Counselling Conference 2011
RUJUKAN

UKM

Abdul Razak Habib, Salleh Amat, Zuria Mahmud. 2001. Pendedahan Kendiri: Perkara yang diceritakan oleh Remaja kepada Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 26: 81 – 92. Azizi Hj. Yahaya .1999. Pembentukan Konsep Kendiri pelajar dan hubungannya dengan pencapaian Akademik. Kertas kerja (Seminar Pendidikan Peringkat Antarabangsa). Anjuran UUM Azizi Yahya .2007. Pembentukan Keluarga Yang Bahagia:Cara Membuat Keputusan dan Cara Mengatasi Masalah untuk Kecemerlangan Keluarga .Skudai :UTM Burke, R., & Herron, R. 1996. Common Sense Parenting. Nebraska: Boys Town Press. Christophersen, E. R., & Mortweet, S. L. 2003. Parenting That Works: Building Skills Washington, D.C.: American Psychological Association. that Last a Lifetime.

Fatanah Mohamed. 1997. Kajian Terhadap Masalah Peribadi Pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh dan Tidak Berasrama Penuh di Pengkalan Chepa. Disertasi Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasimah Ibrahim .2010. Tanggungjawab. Kesejahteraan Psikologi dan Hubungannya dengan Komunikasi Keluarga Dalam Kalangan Remaja.Tesis PHD yang tidak diterbitkan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Haslee Sharil Lim Abdullah & Zainal Madom.2006. Indeks Kesejahteraan Psikologi Remaja: Tahap, Kadar dan Pengaruh latar belakang. Jurnal Pendidikan 16: 153- 165. Hasmadi Omar .2008. “Peranan dan Cabaran Yayasan Pembangunan Keluarga Masa Kini dan Akan Datang”, Kertas Kerja Seminar Kaunseling. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia Hushim Salleh. 2006. Jurnal dakwah dan kaunseling di Malaysia : Pendekatan kaunseling dalam dakwah. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Lily Mastura Harun. 2007. Asas kaunseling keluarga. Shah Alam: Universiti Teknologi Mara. Miskon Jalal. 2003. Jurnal famili : Masalah sosial dan institusi keluarga. Johor Bahru :Yayasan Pembangunan Keluarga Mohd Redzwan Bin Abdul Mutalib, Mohd Hasbi Bin Mohd Yunus,Sulaiman Shakib Bin Mohd Noor .2008. “Panduan Kaunseling Keluarga : Teknik Penyampaian Pengetahuan Mengikut Pendekatan Islam”, Kertas Kerja Seminar Kaunseling Keluarga. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Tahir Ramly. 2003. Jurnal famili : Remaja dan masalah sosial. Johor Bahru : Yayasan Pembangunan Keluarga Nik Azis Nik Pa, 2002. Keluarga Berdaya Maju, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Noraini Ahmad .2003. Kemahiran Keibubapaan dalam menangani Permasalahan Remaja. Prosiding Seminar Kekeluargaan Kebangsaan, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM Bangi. Nor’aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria .2007. Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanakkanak. Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

International Counselling Conference 2011

UKM

Norsayyidatina Che Rozubi .2010. Peranan Pendidikan Dalam Memangani Krisis, Penyakit Emosi & Jiwa Rakyat. Kertas Kerja Seminar Psikologi Kebangsaan. Kota Kinabalu : UMS Ratna Roshida & Nik Haslinda .2007. Jurnal Kemanusiaan :Peranan Institusi Keluarga dalam Penjanaan Bangsa Bertamadun. Penang : Universiti Sains Malaysia. Saemah Rahman, Noriah Mohd Ishak, Zuria Mahmud & Ruslin Amir.2008. Jurnal Teknologi : Indeks dan Profil Kecerdasan Emosi Pelajar Sekolah Menengah. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Safdar Rehman Ghazi .2010. Parental Involvement in Children Academic Motivation. Asian Social Science. Pakistan : University of Science & Technology Teuku Iskandar. 2005. Kamus dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Umi Kalsum Jamak .2004. Persepsi Pelajar Terhadap Peranan Ibubapa Pada Pendidikan Awal Dalam Membentuk Sahsiah Remaja : Satu Kajian di kalangan Pelajar Tahun Empat di Fakulti Pendidikan UTM. Skudai : UTM Zuria, Noriah & Amla. 2005. Prosiding Seminar Kaunseling Kementerian Pelajaran Malaysia Kali Kedua Tahun 2005. Zuria Mahmud & Salleh Amat. 2002. What do Malaysian Adolescents disclose to their parents? Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia .8:104-114.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->