You are on page 1of 36

INTERAKSI ANTARA TAMADUN

Siti Aisyah Bt Khalid Nur Izzatol Bt Ismail PISMP Pendidikan Khas

DEFINISI INTERAKSI

Interaksi ialah pertembungan atau reaksi tidak balas di antara tamadun / peradaban bangsa-bangsa atau kolompok - kelompok yang terlibat. Ia boleh berlaku melaui pelbagai cara seperti hidup bersama, hidup berjiran, perdagangan, penjajahan, media dan sebagainya. Interaksi mempunyai batasan yang perlu dipersetujui satu pihak atau pelbagai pihak seperti agama, bahasa, adat resam, makanan, pakaian dan sebagainya.

JENIS-JENIS INTERAKSI 1. Bangsa & Budaya Yang Sama


Mudah berinteraksi kerana sempadan geografi yang sama.

Ia mempunyai budaya yang hampir serupa seperti bahasa, pakaian, makanan dan hanya berbeza dari segi agama seperti menganut agama Islam, Hindu, Sikh, Buddha, Jaina dan sebagainya. Contohnya, India, Pakistan dan Bangladesh.

2. Bangsa & Budaya Yang Berbeza

Sukar untuk berinteraksi kerana berbeza dari segi bangsa, bahasa, agama, warna kulit dan budaya yang berbeza seperti jenis makanan, pakaian, dan sebagainya. Contohnya, bangsa Cina dan India.

3. Bangsa & Budaya Yang Setara


Mereka mudah mesra kerana setaraf, iklim dan geografi yang hampir sama, mempunyai matlamat yang sama untuk kemakmuran bersama dan sentiasa bersedia untuk dialog dan toleransi.

Contohnya, China dan Amerika Syarikat, ASEAN, NAM.

PENGHALANG INTERAKSI
Geografi
Nepal dan Monggolia terletak agak jauh dari negara lain dengan muka bumi yang bergunung-ganang dan sukar untuk dijelajahi oleh pihak lain. Ini menjadikannya sukar untuk menerima perubahan.

Nasionalisme Fanatik
Pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi di Jerman oleh pihak Nazi merupakan kesan dari pengamalan nasionalisme sempit yang kemudiannya menjadi satu tuntutan Yahudi kepada masyarakat dunia bahawa mereka memerlukan sebuah negara untuk jaminan keselamatan bangsa Yahudi.

Bahasa

Bahasa Arab dan Bahasa Cina mempunyai perbezaan yang jelas dari segi tulisan dan sebutan.
Sukar untuk kedua-dua tamadun saling mengerti antara mereka menggunakan bahasa yang sama sekali tiada titik

Agama Perang Salib antara Kristian-Islam dari 1077m hingga 1292m yang melibatkan rantau Asia Barat dan rantau Balkan menjadi duri dalam daging interaksi Islam-Kristian.

Perasan prejudis, dendam, kemarahan dan kekecewaan sering mewarnai hubungan mereka.
Ini dapat diperhatikan dalam banyak konflik semasa yang melibatkan mereka seperti permohonan keanggotaan Turki dalam EU dan isu Negara Yahudi Israel.

Budaya
Mereka saling memandang serong antara satu sama lain kerana bahasa yang berbeza menimbulkan salah tanggapan. Makanan yang ramuan, bau dan rasa yang tidak diminati. Pakaian yang dilihat agak seksi atau keterlaluan.

FAKTOR-FAKTOR INTERAKSI ANTARA TAMADUN


Kepimpinan Pemimpin yang memrintah dengan adil terhadap rakyat dan musuhnya akan membolehkan berlaku interaksi antara tamadun.

Pemerintah membenarkan bangsa atau penganut agama lain untuk berkhidmat dengan kerajaannya. Contohnya, sikap Nabi Muhammad S.A.W dengan orang Kristian dan Yahudi di Madinah, Kesultanan Islam di India dan rakyat Islam China dengan kerajaan china.

Peperangan & Penaklukan

Peperangan membawa kepada pertembungan tamadun. Ia bakal menyaksikan tamadun yang dominan menghakis tamadun yang tewas dalam peperangan.
Ini dapat diperhatikan dalam Tamadun China interaksi di antara orang China dan Menchu.

Geografi
Geografi kadangkala merupakan batasan tapi ia bukan halangan. Kedudukan yang hampir seperti Tamadun Islam, Tamadun China dan Tamadun India mempercepatkan interaksi tamadun. Oleh itu, mereka saling memperkaya aspekaspek tamadun.

Perkahwinan
Perkahwinan merapatkan perpaduan dan hubungan politik antara tamadun yang berbeza. Ia boleh membawa kepada interaksi tamadun. Contohnya, Akhbar Yang Agung membenarkan perkahwinan anakanaknya dengan anak-anak Raja Hindu. Perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansyur Shah.

Perdagangan Perdagangan bagi memenuhi keperluan hidup mencetuskan interaksi sihat antara tamadun. Kedatangan satu pihak yang lebih maju dengan menggunakan ilmu yang dimiliki oleh pihak tersebut lantaran mencetuskan semangat ingin mempelajari ilmu tersebut di tempat tamadun yang berkaitan.

Tempat yang dikunjungi oleh pedagang asing juga boleh menjadi bandar yang makmur dan serba lengkap dengan kemudahan.

PERSAMAAN TAMADUN DALAM KONTEKS MALAYSIA


Kepercayaan

Masyarakat Tamadun Melayu-Islam, India dan China mempunyai suatu sistem kepercayaan yang kompleks iaitu mempercayai Tuhan yang mempunyai kekuasaan yang unggul, memiliki sifat-sifat kesempurnaan, tempat meletakkan pengharapan dan melaksanakan kasih sayangnya kepada manusia.
Kepercayaan ini menetapkan doktrin dan amalan tertentu yang termaktub dalam kitab suci.

Etika Nilai etika ini dirujuk sebagai perintah Tuhan. Contohnya, ialah kebaikan, kebenaran, kejujuran, kerjasama, mematuhi janji, larangan khianat dan seumpamanya. Etika memberi fokus untuk melahirkan individu yang mempunyai keperibadian yang baik sama ada melalui doktrin tauhid ataupun dengan proses mengenali diri sendiri. Etika juga dapat dilihat melalui kegiatan ekonomi yang baik, hubungan erat institusi kekeluargaan melalui hak dan tanggungjawab, serta sistem lingkungan dalam masyarakat.

Politik
Semua tamadun ini mempunyai sistem politik yang berkesan bagi memudahkan kehidupan rakyat dan memberi tanggungjawab kolektif kepada rakyat. Organisasi politik memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik seperti bertanggungjawab dan berkeperibadian mulia sehingga mampu memerintah dengan baik dan disanjungi rakyat. Sistem politik diberikan legitimasi sebagai suatu perintah keagamaan / Tuhan. Islam contohnya tidak memisahkan politik dengan agama. Dalam Tamadun Melayu kesetiaan merupakan aspek yang penting. Confucius memberikan panduan bahawa raja yang baik adalah pelindung rakyat dan raja yang tidak baik akan ditarik balik mandat kekuasaannya oleh Tuhan.

PERBEZAAN TAMADUN DALAM KONTEKS MALAYSIA

Kepercayaan
Akidah Tauhid dalam Islam menolak sekutu bagi Allah, kepercayaan Trinity dalam Kristian ialah mengakui ketuhanan Father of God, Mary dan Jesus dan reincarnation dalam Hinduisme mempercayai manusia yang mati boleh menjelma semula dalam kehidupan lain jika dalam kehidupan pertamanya ia tidak melakukan perkara-perkara yang baik.

Etika
Dalam semua aspek wujud etika bagi mengatur perjalanan agar lebih sistematik dan mengelakkan pertelagahan.
Tamadun India berpegang kepada sistem kasta, Tamadun Islam dengan demensi sistem akhlaknya dan tamadun China melalui sistem kerabat (kekeluargaan) yang berasaskan hubungan darah.

Politik
Konsep syura menjadi amalan politik Islam yang menjelmakan keadilan dan kesederhanaan. Tamadun Melayu menekankan konsep kesetiaan mutlak dan Tamdun China menekankan betapa mandat politik adalah anugerah dari Tuhan selama mana pemerintah itu bermoral baik.

Institusi
Masjid dan ulama dalam Islam, Gereja dan paderi dalam Kristian, kuil dan sami dalam Hindu dan Buddha adalah sama tapi tak serupa. Ia mempunyai fungsi hubungan dengan ketuhanan dan fungsi mengatur hubungan sesama manusia.

CONTOH INTERAKSI DALAM SEJARAH Tamadun India Interaksi secara aman melalui perdagangan ini membawa kepada pengembangan pengaruh agama Hindu dan Buddha di Alam Melayu sehingga mewujudkan kerajaan Hindu-Buddha seperti Majapahit dan Angkor. Ia memperkenalkan konsep raja sebagai dewa.

Berlaku percampuran Melayu dengan bahasa Sanskrit (puasa,sastera,raja) bahasa Melayu dengan bahasa Tamil (amma, appa).
Wujudnya falfasah Hinduisme seperti Karma, Dharma, Mokhsa dan Nirvana memberi pengaruh besar sehinggga melhirkan Buddhisme. Wujud kesusasteraan berasaskan India seperti wayang kulit, cerita hikayat rajaraja. Sistem kasta sosial mansyarakat Melayu menunjukkan pengaruh Tamadun India.

Tamadun China Interaksi secara aman melalui hubungan diplomatik dan perdagangan tidak melibatkan aspek agama dan budaya tetapi lebih kepada pengenalan barangan dan peralatan teknologi seperti penggunaan kertas dan dakwat, pemikiran, makanan dan sebagainya.

Penyebaran agaman Buddha Mahayana seperti di China sedangkan di India agama Buddha mazhab Hinayana lebih dominan.
Mewujudkan kebudayaan campuran Baba-Nyonya. Tersebar seni bina China dalam bentuk lukisan dan kaligrafi.

Amalan sistem ppemerintahan bercorak maharaja serta tradisi migrasi, kongsi serta kerja kuat.

Tamadun Zaman Renaissance


Interaksi Tamadun Islam dengan orang Kristian dalam era Perang Salib. Aktiviti perdagangan dan keilmuan antaraa Eropah-Islam telah membuka mata Eropah kepada penciptaan sains dan teknologi. Orang Kristian berusaha mencipta kapal, kompas, meggerakkan aktiviti ekonomi dan menguasai jalan perdagangan laut dan membuka tanah jajahan baharu.

Tamadun Islam
Interaksi melalui perdagangan dan dakwah ini berlaku secara meluas sehingga muncul kerajaan Melayu-Islam di Alam Melayu seperti Melaka dan Acheh. Ia memperkenalkan konsep kesultanan yang bertanggungjawab. Memperkenalkan kod undang-undang melalui Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Dalam bidang bahasa ia melahirkan tulisan jawi, dan penggunaan namanama Arab. Dalam kesusasteraan ia melahirkan karya hikayat Islam seperti Hikayat Amir Hamzah.
Dalam ekonomi, wujud makanan Arab (nasi bukhara, kebab).

Pengaruh seni bina dapat dilihat pada institusi masjid melalui kubah dan menara.

KESAN INTERAKSI DALAM SEJARAH TAMADUN MALAYSIA


KESAN POSITIF

Perlembagaan
Penetapan Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. Warganegara yang lain harus menerima hakikat bangsa Melayu / peribumi merupakan tuan dan bangsa yang datang harus menerimanya. Ini pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W apabila memperkenalkan Sahifah Madinah. Dengan pengertian, Islam adalah teras perlembagaan di Malaysia sebelum kedatangan penjajahan. Undang-undang Islam menjadi teras undang-undang di Malaysia.

Dasar Pendidikan
Pengenalan Akta Pendidikan (1961) sebagai teras Dasar Pendidikan Kebangsaan dengan mengambil kira Akta Bahasa Kebangsaan (1967) dan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam (1983) menjadikan Pendidikan di Malaysia mantap. Hal ini kerana, ia bukan sahaja berusaha untuk melahirkan manusia yang berilmu tetapi juga warganegara yang baik, berkerampian dan mampu memberi sumbangan kepada kemajuan agama, bangsa dan negara.

Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Perpaduan


Akta Bahasa Kebangsaan (1967) bagi memupuk perpaduan antara kaum melalui pengucapan satu bahasa iaitu bahasa golongan Orang Melayu sebagai peribumi asal Malaysia.

Perkembanga n Ilmu pengetahuan Ilmu pengetahuan berkembang

pesat kerana interaksi tamadun mengalami proses adaptasi dan asimilasi.


Orang Melayu mengambil ilmu pengetahuan, perubatan, seni bina, sains dan teknologi, sistem dari amalan orang China dan orang India.

KESAN NEGATIF

Jurang Perbezaan Ekonomi


Orang Melayu masih berdepan dengan masalah ketinggalan dan kemiskinan kerana lama dalam cengkaman penjajahan. Kemantapan ekonomi orang China dijadikan dijadikan sebagai alat untuk mendominasikan hubungan mereka dengan orang Melayu dan juga sebagai senjata untuk berdepan dengan tuntutan hak istimewa orang Melayu.

Kesan Sosial
Interaksi tamadun menunjukkan orang Melayu lebih bertoleransi dengan orang China dan India dari sudut pengucapan bahasa.

Dalam hubungan sosial ada unsur saling bantu-membantu tanpa mengira kaum.
Selama ini dari sudut sosial kehidupan mereka saling terpisah.

Pendidikan
Orang Melayu menjadikan pendidikan sebagai mobiliti sosial yang utama. Ia adalah untuk memastikan orang Melayu dapat seiring dengan orang China yang telah teguh sikap terhadap pendidikan dan orang India yang gigih belajar dari keperitan hidup untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan Malaysia.

You might also like