You are on page 1of 2

Ujian Nilai pH Tanih dan Air Pengenalan: pH tanah memainkan peranan penting dalam kesuburan tanah.

Tanah terlalu asid dan alkali tidak berpotensi untuk dbangunkan sebagai tapak atau tanih begi pertanian. Kesuburan tanah yang baik adalah berjulat sekitar 6 7.5. Menentukan nilai pH bagi setiap horizon tanih dan sumber air di kawasan kajian. Radas: Meter pH elektrik, bikar kaca 50 ml, rod kaca, alat penimbang berat, jam randik. Reagen: Sampel tanah (10 g) dari setiap horizon, air suling (25 ml), sampel air (30 ml).

Tujuan:

Prosedur: pH Air 1. Sampel air sebanyak 30 ml dimasukkan ke dalam bikar 50 ml. 2. Nilai pH diambil dengan menggunakan meter pH. 3. Bacaan pH sampel air direkodkan. 4. Bacaan di ambil sebanyak 3 kali bagi memperolehi ketepatan.

pH Tanah 1. Nilai pH bagi suatu sampel tanah di tentukan dengan menggunakan kaedah elektrometrik. 2. Lapan belas buah bikar 50ml yang bersih disediakan. 3. Bikar-bikar itu kemudiannya diisi dengan sampel tanah sebanyak 10 g setiap satu. 4. Kemudian, bikar yang berisi sampel itu ditambah dengan air suling sebanyak 25ml dan dikacau dengan menggunakan rod kaca selama 5 minit sehingga tanah di dalam bikar tersebut menjadi rata. 5. Sampel tersebut dibiarkan sementara selama 30 45 minit. 6. Setelah itu, sampel dikacau semula dan langkah 4 diulang. 7. Selepas dikacau, nilai pH diambil dengan menggunakan meter pH. 8. Bacaan pH direkodkan. 9. Bacaan diambil sebanyak 3 kali bagi memperolehi ketepatan.

You might also like