You are on page 1of 3

Contoh karangan:-

BERKUNJUNG KE PAMERAN KRAF TANGAN

Pada hari Ahad yang lalu, saya telah berpeluang mengunjungi pameran kraf tangan yang diadakan di dewan orang ramai di taman perumahan tempat tinggal saya. Saya pergi ke pameran itu bersama-sama dengan ibu saya. Di situ saya Nampak banyak gerai. Ada gerai pameran gubahan bunga, gerai pameran gubahan pengantin dan gerai kraf tangan daripada buluh, rotan, tempurung, lidi, kayu dan mengkuang. Mula-mula saya berjalan menuju ke gerai kraf tangan yang terdiri daripada barangan mengkuang. Saya sungguh kagum melihat anyaman beg mengkuang yang begitu halus buatannya. Beg itu dijual dengan harga yang agak murah walaupun proses membuatnya sungguh rumit. Ibu saya membeli sebuah bakul mengkuang yang besar dan bertutup. Kami terus berjalan dari satu gerai ke satu gerai yang lain. Kami singgah di gerai yang mempamerkan barangan daripada buluh. Di situ terdapat kraf tangan yang sungguh unik, iaitu sumpit buluh bekas tangan orang asli. Saya lihat ibu membelek-beleknya. Saya kagum melihat bekas tangan orang asli yang sungguh kemas buatannya. Selepas itu, saya dan ibu beredar ke tempat kraf tangan daripada tempurung. Sungguh cantik kraf tangan yang dipamerkan di situ. Saya nampak pelbagai kraf tangan seperti bunga hiasan, replika burung merak, butang baju dan barangan hiasan wanita. Saya tertarik melihat replika burung merak yang amat cantik itu. Saya meminta ibu membelikan saya hiasan dinding tersebut. Ibu bersetuju. Setelah melihat pelbagai barangan kraf tangan yang dipamerkan di situ, saya dan ibu pun berjalan pulang. Saya menolong ibu menjinjing beg plastik yang berisi barangan kraf tangan yang dibeli oleh ibu. Saya berasa amat gembira kerana itulah kali pertama saya mengunjungi pameran kraf tangan seperti itu. Tambahan pula, ibu membelikan saya kraf tangan yang saya sukai.

CONTOH KARANGAN:HOBI SAYA Hobi saya membaca. Saya suka membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang informative seperti surat khabar, buku-buku yang berunsur pengetahuan dan pelbagai majalah yang menyajikan berbagai-bagai maklumat tentang sesuatu yang belum saya ketahui. Saya gemar membaca kerana saya cinta akan ilmu. Tambahan pula, ibu bapa saya memang menggalakkan saya membaca. Mereka juga menjadi idola saya karana mereka juga rajin membaca. Mereka bukan sahaja membelikan saya majalah yang berunsur pengetahuan malah sering membawa saya ke pameran buku. Mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih majalah yang bermutu dan informatif. Saya juga gemar membaca kerana saya menanam cita-cita untuk menjadi guru. Untuk menjadi guru yang baik, kita haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Ilmu tersebut sudah tentu akan dapat dimanfaatkan oleh murid-murid kita. Guru yang berpengetahuan luas sudah tentu akan dihormati dan sentiasa disayangi oleh murid-muridnya. Sesungguhnya banyak kebaikan yang diperolehi melalui membaca. Selain mendapat maklumat terkini dan menambah ilmu pengetahuan, kita juga dapat mengisi masa terluang dengan perkara-perkara yang berfaedah. Oleh itu, kita perlu memilih hobi yang baik dan mendatangkan faedah. Kenalilah bakat dan kelebihan yang ada pada diri kita. Pupuklah bakat tersebut dan tanamkan azam untuk berjaya.

Contoh karangan :

LAWATAN KE PAMERAN BUKU

Pada cuti sekolah yang lalu, bapa membawa saya berkunjung ke pameran buku. Pameran tersebut diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Kami pergi ke pameran itu untuk membeli buku-buku yang berharga murah yang ditawarkan pada masa pameran tersebut berlangsung. Sesampainya di tempat itu, saya Nampak orang berduyun-duyun menuju ke setiap gerai yang disediakan. Suasana di situ riuh rendah. Di situ terdapat penerbit yang mempamerkan dan mempromosikan buku daripada syarikat masing-masing. Saya dan bapa berjalan dari satu gerai ke satu gerai. Kami meluangkan masa untuk melihat dan membelek-belek buku yang dipamerkan di setiap gerai. Kemudian, saya dan bapa menuju ke gerai yang menjual buku cerita dan buku latihan. Saya memilih beberapa buah buku cerita dan buku latihan ulangkaji untuk beberapa mata pelajaran. Pada hari itu, buku-buku dijual dengan harga runtuh. Jurujual memberikan diskaun sebanyak 10 peratus bagi sebuah buku. Bapa memang menggalakkan saya membeli buku-buku yang saya minati. Dia tahu bahawa saya ulat buku. Bapa juga membeli beberapa buah buku resepi untuk emak dan beberapa buah novel terkini untuk kakak. Semasa pameran berlangsung, ada juga antara penerbit yang mengadakan pertandingan kuiz berkaitan dengan buku-buku yang dikeluarkan oleh syarikat mereka. Saya cuba menjawab satu soalan yang berkenaan dengan majalah keluaran syarikat berkenaan. Saya dapat menjawab soalan tersebut dengan tepat. Saya diberi hadiah langganan majalah keluaran syarikat tersebut secara percuma selama setahun. Saya berasa sungguh gembira. Pameran buku yang saya kunjungi pada kali ini amat berbeza dengan pameran buku yang pernah diadakan di sekolah saya. Bapa juga mengatakan bahawa pameran buku pada kali ini amat menarik kerana terdapat beberapa acara lain seperti pertandingan bercerita dan pertandingan mewarna. Saya dan bapa tersebut. Setelah membeli buku-buku yang kami kehendaki, bapa mengajak saya pulang. Saya berasa berat hati untuk pulang kerana belum puas melihat buku-buku yang dipamerkan di situ. Saya harap bapa akan membawa saya ke pameran buku itu sekali lagi. benar-benar puas hati mengunjungi pameran buku

You might also like