P. 1
Fitrah Menurut Pandangan Islam

Fitrah Menurut Pandangan Islam

|Views: 156|Likes:

More info:

Published by: Hj Mohd Idris Zakaria on Mar 31, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/03/2012

pdf

text

original

Pembentangan oleh : Mohd Idris Hj.

Zakaria Penyelia : Ustaz Yahaya Ismail

FITRAH MENURUT PANDANGAN ISLAM .

ABSTRAK Kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk menerangkan secara lebih mendalam mengenai hakikat fitrah mengikut pandangan Islam .

. aliranaliran falsafah modern dan aliran-aliran psikologi modern ialah tentang sifat asal manusia. Islam mempercayai bahwa manusia diciptakan dalam keadaan fitrah.MUKADDIMAH Salah satu perbezaan utama ajaran Islam dengan ajaran agama-agama lain.

Tapi sebagian besar manusia tidak mengetahui (HADIS RIWAYAT BUKHARI) . Itulah agama yang benar. “setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi sebagaimana seekor hewan melahirkan seekor hewan yang sempurna.DALIL HADIS Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Apakah kau melihatnya buntung?” kemudian Abu Hurairah membacakan ayat-ayat suci ini: (tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu.

Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus.DALIL AL-QURAN "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Ad-Din Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah Ar-Rum Ayat 30) .

meretak dan menciptakan. memecahkan. Tujuan penciptaan manusia adalah penyerahan kepada khalik (pencipta) dan tanpa Islam manusia nyata telah berpaling daripada fitrah asalnya. Menurut Wahbah al-Zuhaily (1991) Fitrah membawa maksud kecenderungan kepada agama Islam seperti mana hadis yang dibawa oleh Abu Hurairah bahawa fitrah bererti beragama Islam. Menurut Ibnu Manzur (1992) Fitrah adalah perkataan dalam bahasa arab yang berbentuk fi‟il madinya adalah fatara dengan bentuk masdar fitrun atau fitratan yang bererti memegang dengan erat. dan ia juga bermaksud tabii. pembawaan dan ia juga bermaksud perasaan keagamaan. wang dll) yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam menyumbangkannya dalam bulam puasa (sebelum 1 syawal). mengoyak. Menurut Abdul Mujib & Jusuf Mudzakir (2001). membelah. bakat.DEFINISI FITRAH Menurut Kamus Dewan Fitrah ialah Zakat (berupa beras. .

Adapun syaikh Abdul Kadir Jailani. Insan yang suci : Konsep Fitrah Islam.ALIRAN PANDANGAN FITRAH Menurut Ikwan Lestari (2009) mengatakan terdapat 3 aliran yang besar pandangan tentang fitrah i. Potensi-Potensi Manusia : seri psikologi islami). . (Fuad Nashori. tokoh popular bagi pandangan ini mengungkapkan bahawa seorang pendosa akan masuk syurga jika hal itu menjadi nasibnya yang telah ditentukan Allah Azza Wa Jalla sebelumnya. Pandangan Fatalis Pandangan fatalis mempercayai bahawa setiap individu. melalui ketetapan Allah Azza Wa Jalla adalah baik atau jahat secara asal. baik ketetapan semacam ini terjadi secara semuanya atau sebagian sesuai dengan rencana Tuhan. Ibnu Mubarak sebagai tokoh utama pandangan ini menafsirkan suatu hadis bahawa anak-anak orang-orang musyrik dilahirkan dalam keadaan kufur atau iman (Yasien Mohamed. penterjemah : Masyhur Abadi).

iman (kebaikan) atau kufur (keburukan) hanya mewujud ketika anak tersebut mencapai kedewasaan (taklif). Menurut pandangan ini. Beliau memandang keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun pada saat kelahiran ini suatu keadaan “kosong” yang suci. Pandangan Neutral Ulama yang paling representatif yang menganut pandangan neutral ini adalah Ibn „Abd Al-Barr. Setelah mencapai taklif. tetapi kosong dari suatu esensi yang baik atau yang jahat.ALIRAN PANDANGAN FITRAH ii. suatu keadaan sempurna atau utuh. . seseorang menjadi bertanggung jawab atas perbuatannya.

dalam suatu keadaan kebajikan bawaan dan lingkungan sosial itulah yang menyebabkan seorang individu menyimpang dari keadaan ini. mengakibatkan kebaikan dan kejahatan sebagai dua kecenderungan yang setara pada manusia (kecenderungan untuk mengikuti Tuhan atau kecenderungan untuk tersesat) Begitupun Shari‟ati berpandangan bahawa manusia adalah berdimensi-ganda dengan sifat dasar ganda. yaitu ruh dan tanah. suatu susunan dari dua kekuatan. Mufti Muhammad Syafi‟i dll. Muhammad Ali Ash-Shabuni. . tetapi juga berlawanan. Pandangan Positif Tokoh pandangan positif ini ialah Ibnu Taimiyyah. bukan saja berbeda.ALIRAN PANDANGAN FITRAH iii. Yang satu cenderung turun pada materi dan yang lain cenderung naik pada Ruh suci (ciptaan)Allah. Menurut Ibnu Taimiyyah semua anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu Qayyim al-Jauziyah. Menurut Sayyid Quthub. dua pembentuk esensial dari struktur manusia secara menyeluruh.

mengagumkan. Maha Perkasa. sedang engkau tetap di atas fitrah yang Allah telah ciptakannya bagi manusia dan sekali-kali tidak ada perubahan pada fitrah itu. Yang Maha Kuasa. ialah mendasari dan menjiwai agama Islam yang lurus. Menurut Ibnu Katsier (2006) Allah SWT berfirman “Hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama Allah yang telah disyariatkannya untukmu dari agama Ibrahim yang ditunjukkannya kepadamu dan telah disempurnakannya sempurna-sempurnanya. akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maha Raya. yaitu adanya kekuasaan yang tertinggi dalam alam ini.PANDANGAN ULAMA TAFSIR Menurut HAMKA (1998) didalam menafsirkan ayat “Fitrah yang Dia fitrahkan” ialah lazimilah atau tetaplah pelihara fitrahmu sendiri. penuh kasih sayang dan indah dan elok. iaitu rasa asli murni dalam jiwamu sendiri yang belum kemasukan pengaruh dari yang lain.” .

masyarakat dan alam persekitaran. Manusia mempunyai naluri anugerah Allah iaitu mengetahui kewujudan tuhan dan kecenderungan untuk mencari tuhan itu dipengaruhi oleh banyak faktor-faktor lain seperti ajaran ibubapa. minum.PERBAHASAN Di sini jelas bahawa pada pandangan Islam fitrah hanya berfokus kepada kecenderungan setiap manusia yang secara tabi’i. hawa nafsu membolehkan manusia memenuhi keperluan fisiologi seperti makan. katanya: Hati seseorang anak bagaikan bumi yang kosong daripada tanaman. ia pasti menerima apa sahaja yang ditanam padanya. Allah menganugerahkan manusia akal. manusia juga inginkan kasih sayang.a. tetapi dikotori oleh pelbagai unsur yang datang kemudiannya. Ini merujuk kepada Hierachy of Needs (Abraham Maslow). mengulas hakikat manusia sebagai makhluk yang asalnya bersih. 2008) Allah menciptakan manusia dalam keadaan fitrah dengan potensi yang ada pada jasmani dan rohani. guru. mendapat penghormatan diri dari kelompok sosial dan inginkan kesempurnaan kendiri. berkahwin berkeluarga. emosi. .(Abdul Hayei Abdul Sukur. Sayidina Ali Bin Abi Talib r. kemudian memenuhi keperluan keselamatan dengan mendirikan tempat untuk berlindung dari kesejukan malam dan sinar terik matahari.

Sehingga kini pembinaan pyramid masih belum boleh ditiru oleh tamadun terkemudian. Untuk itu manusia perlu mengembangkan potensi positif yang ada dalam dirinya untuk rnencapai fitrah tersebut. Struktur bangunan moden sekarang mungkin hanya mampu bertahan selama 200 sehingga 300 tahun sahaja. Desakan hawa nafsu dan pujukan syaitan membawa manusia lupa dan ingkar fitrahnya sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi.PERBAHASAN Bekal yang dimiliki manusia pun tidak hanya berupa nilai positif sahaja karena dalarn diri manusia juga tercipta satu potensi yang diberi nama hawa nafsu. Pembinaan tamadun berdasar kepada 3 unsur ini yang kita lihat bagaimana zaman Firaun di Mesir yang hebat dari segi seni binanya. Dan hawa nafsu ini yang sering membawa manusia lupa dan ingkar dengan fitrahnya sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi. . Seterusnya Allah kurniakan akal bagi membolehkan manusia mengawal hawa nafsu dan jiwanya selari dengan sifat-sifat membina.

matahari. api. Akal sahaja tidak mampu membawa manusia keluar dari jalan kesesatan kerana ianya terbatas. Ini berpunca dari fitrah manusia ingin bertuhan dan meminta bantuan kepada penciptanya telah membawa mereka kepada mengikut hawa nafsunya semata-mata. Dia dan pengikutnya diturunkan bala oleh Allah mati terhina di Laut Merah semasa mengejar Nabi Musa AS. . Kekufuran Firaun dan pengaruh pembesar disekelilingnya ini telah menyebabkan tamadunnya yang hebat hancur akibat kemurkaan Allah SWT. Allah mengutuskan para Rasul untuk manusia mengenal Allah Yang Esa dengan segala tuntutan dan peraturan hukum hakam yang khusus mengikut zaman rasul itu diutuskan. utusan Allah kepada Kaum Israil dan penduduk Mesir. akibatnya manusia akan hanyut dalam kesesatan serta sesat dari fitrah kejadiannya kerana menyembah patung berhala. pokok-pokok dan sebagainya. manusia yang diagungkan.PERBAHASAN Tetapi Firaun menidakkan fitrahnya selaku hamba telah mengaku dirinya sebagai tuhan bagi manusia dizamannya.

.KESIMPULAN Kesimpulannya ialah manusia dilahirkan secara fitrah bersih dari dosa serta mempunyai naluri ingin bertuhan Tetapi asuhan dan didikan dari ibubapa dan persekitaran telah mengukuhkan fitrah beliau atau menyimpang dari fitrah beliau yang asal menjadi sesat.

SEKIAN TERIMA KASIH .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->