You are on page 1of 22

Pembuli dikalangan murid sekolah rendah dapat dibendung dengan mengaplikasi teknik WDEP dalam Terapi Realiti.

27 3 2012 azhari

APA ITU BULI? Buli ialah suatu tindakan yang dilakukan dengan tujuan atau niat untuk mencapai kepuasan pembuli semata-mata untuk membuktikan yang si pelaku mampu menandingi atau boleh melakukan kepada mangsanya. Pada zaman 1950an, buli kerap dilakukan kepada orang yang lebih kecil daripada pelakunya. Sebab itu istilah Buli Kecil pernah digunakan dan adalah sindiran kepada pelaku kerana mencari orang yang lemah dan lebih kecil daripadanya untuk di lepaskan perasaan, kemarahan, tumbukan atau mengejek. Dalam erti kata buli sebenarnya boleh berlaku sama ada melalui percakapan, tenaga fizikal, luahan perasaan ataupun paksaan dalam bentuk kerja dan sebagainya. Pada hari ini, buli tidak kira tua atau muda yang penting kepuasan menindas seseorang dianggap suatu kebolehan. Buli juga termasuk mengusik orang yang suka melatah sama ada untuk menghibur diri atau orang lain. Buli adalah budaya samseng yang terpangaruh dengan zaman Kongsi Gelap yang dibawa oleh orang-orang dari Negara China.

KENAPA SUKA BULI? 1. Buli memberi kepuasan kepada pelakunya semata-mata untuk menunjukkan yang si pelaku mampu lakukan, mempunyai kuasa dan tiada orang boleh buat apa-apa. 2. Pembuli kerap kali adalah mangsa penindasan atau penderaan yang pernah mengalami tekanan dalam hidupnya. 3. Kecenderungan untuk pilih kasih juga adalah sebagai petanda sifat buli itu wujud. 4. Pembuli cenderung kepada mengejek, mengata sesuka hati, membuat fitnah, mencederakan orang lain, merancang untuk menjatuhkan seseorang hinggalah ke peringkat menyebabkan seseorang itu sengsara. 5. Buli boleh diwariskan, ikutan tindakan orang, kesan dari kecederaan fizikal atau psikologi semasa di dera.

JENIS-JENIS BULI:
1. Pembuli suka mengusik, mencubit, menendang, menampar, membaling sesuatu kepada si mangsa. 2. Buli juga berlaku dengan menggunakan isyarat seperti bersiul, menunjuk tangan, jari , lidah, mimik muka dsb. 3. Peras Ugut, memaksa lakukan kerja, mengugut hendak membunuh dan mencederakan selepas atau sebelum terima wang. 4. Mengelar nama, menyakitkan hati, melabelkan orang , memaki hamun dan bercakap seseorang itu penipu supaya orang lain dengar. 5. Buli juga berlaku dalam hubungan kekeluargaan atau perhubungan, teman lekai dan perempuan, suami isteri, abang dan adik dsb.

JENIS BULI DI SEKOLAH RENDAH: 1. PERAS UGUT Lazimnya murid tahap 2 meminta duit daripada murid tahap 1. 2. MENGGANGGU - Pelajar Perempuan. 3. MEMAKSA MELAKUKAN SESUATU KERJA Pembuli kepada si buli. 4. MENGADAKAN CERITA Sama ada betul atau di reka untuk menjatuhkan kawannya. 5. MENUMBUK Murid yang besar tumbuk murid yang kecil. 6. BERGADUH Untuk menegakkan sesuatu. 7. MENAKUTKAN MURID Semata-mata untuk mendapat sokongan. 8. MEMINTA MAKANAN Secara lembut atau paksaan (Ugutan).

JAWAPAN YANG SELALU MENJADI ALASAN PEMBULI: 1. Saya menakutkan budak itu hanya semata-mata bergurau sahaja. 2. Saya tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan dia. 3. Dia takut saya kerana saya murid yang kuat. 4. Semua murid lelaki perlu melalui ketahanan fizikal dan mental. 5. Saya suka usik budak yang penakut supaya jadi berani. 6. Saya tak paksa Cuma minta duit sahaja sebab dia banyak duit. 7. Saya minta duit untuk berikan kepada kawan-kawan yang tiada duit. 8. Dia suka mengadu yang saya ini jahat. 9. Dia seorang murid yang manja. 10. Dia mencabar saya jadi saya tumbuk saja. 11. Dia sikit-sikit suka lapor kepada cikgu. 12. Dia tuduh saya macam-macam jadi saya naik berang. 13. Cikgu tak percaya tanya dia (si kena buli) saya pukul dia sikit aje. 14. Saya memang panas baran dan saya tak tahan dengan orang lembut. 15. Dia suka mengusik saya jadi saya hentam lah. 16. Dia geletek saya dulu, saya tak tahan saya marah lah. 17. Dia beli makanan untuk saya jadi saya makan lah. 18. Saya tak minta pun tapi dia bagi saya duit dan suruh kawan dengannya. 19. Saya ambil jamnya kerana dia sendiri yang suruh saya ambil. 20. Cikgu jagan percaya pada dia kerana kawan-kawan saya nampak.

POSTER MENGHINDARI DARIPADA BULI: 1. Semua murid adalah sama dan perlu mendapat layanan yang sama. 2. Jika ada sebarang kejadian yang meragukan sama ada buli atau tidak perlu dilaporkan kepada Guru Kelas, Guru Bertugas, Kaunselor, P.K. HEM atau Guru Besar. 3. Jika kejadian buli belaku markah de merit akan di tolak sebanyak 20 markah. 4. Semua murid tidak boleh bertindak untuk memukul, menghukum murid lain atau membalas tindakan kawan sendiri. 5. Selain daripada mendapat de merit murid boleh juga di kenakan denda rotan atau kesemua sekali. 6. Mengusik kawan adalah kesalah membuli. 7. Jauhi diri daripada meminta, memeras, ugut, atau perkara-perkara yang menyusahkan murid lain. 8. Alasan daripada pembuli tidak akan di terima pakai. Kerana buli adalah satu jenayah. 9. Semua murid mesti menghormat hak murid lain, tidak boleh mengambil hak orang lain. 10. Bekerjasama sesama murid perlu dijaga dan berhati-hati supaya tidak te

KAJIAN KES TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH MANGSA BULI


Aminah seorang murid Darjah 6 yang sedang menuntut di sebuah sekolah di Jelutong. Beliau merupakan anak sulong kepada lima orang adik-beradik. Di sekolah Aminah seorang yang periang dan aktif dalam sukan dan bola jaring. Keputusan pelajarannya begitu baik sekali dan telah digolongkan antara murid yang mampu skor 5 A dalam Peperiksaan U.P.S.R. pada bulan September 2011. Pada bulan Mei guru kelas, Cikgu Shamila merujuk Aminah kepada Kaunselor Sekolah. Dalam borang rujukan, Cikgumembuat catatan ringkas yang berbunyi sererti ini. Aminah suddenly becomes a different person. She is less attentive and most of the time she sits down doing nothing. During her Trials she did badly and we are worried about her result and herself, as well. Please look into this matter soonest possible.

SESI KAUNSELING PERTAMA: Guru mengisi maklumat Aminah dan disuruh beliau menandatagani borang tersebut. Aminah hadir ke sesi kaunseling pada 10 Mei 2011 jam 9.30 pagi.

Pada sesi pertama, Kaunselor menerangkan kepada Aminah tentang amalan dalam kaunseling dan diberhak untuk tidak mahu menjawab soalan-soalan yang dikemukan.
Kaunselor memulakan proses kaunseling dengan Ice Breaking . Dalam sesi ini Aminah menceritakan tentang dirinya dalam keluarga dan merupakan anak sulung kepada 5 orang beradik. Aminah kelihatan begitu ceria menceritakan tentang dirinya. Kemudian kaunselor minta menceritakan tentang pembelajaran di sekolah dan pencapaiannya sebelum keputusannya mulai merosot bulan Mac dalam tahun 2011. Kaunselor mula intervensi dengan , Apa yang berlaku pada bulan Mac 2011. Aminah pada mulanya semacam tersentap sedikit tetapi mahu bercerita tentang sesuatu berlaku kepada dirinya.

Sesi sudah berlangsung selama 15 minit dan Aminah menceritakan tentang peristiwa hitam yang terjadi kepadanya. Tanpa disedari, Aminah terasa sakit perut dan memulas-mulas. Dia meminta kebenaran untuk ke tandas. Dalam masa dia hendak beredar keluar dari pintu belakang kelas, tiba-tiba Azman teriak, Woi! Aminah, Period! Aminah segera ke tandas. Dalam bilik air dia rasa begitu tersinggung sekali dengan sikap Azman dan dalam bilik air dia cuba membersihkan kainnya yang berwarna biru air laut. Aminah terasa siksa dan sambil mencuci mengungkapkan kenapa perlu jadi pengawas, kalau pakai uniform biasa, biru tua tentu perkara sebegini tidak berlaku.

Aminah membersihkan kainnya dan duduk di dalanm bilik air sehingga kainnya kering. Semasa balik ke kelas Azman menyoalnya, Awak sakit kah? Sakit perut, mai period tentu sakit, kan? Ini lah kata-kata yangbenar-benar menyakitkan hati Aminah. Dia rasa dia tidak dapat maafkan Azman sampai bila-bila. Mulai saat itu dia sentiasa senyap dan rasa begitu tertekan dengan sikap Azman yang melaung-laung bunyi suaranya. Habis dah itu dia beritahu kepada kawankawan yang lain pula hingga kan ada yang datang meminta pengesahan daripada Aminah.
Sesi di tamatkan selepas 30 mint dan Kaunselor meminta Aminah datang keesokan hari jam 9.30 pagi.

Sambungan Sesi Pertama: 11 Mei 2012, jam 9.30 pagi


Aminah hadir di bilik kaunseling. Guru meminta Aminah mengambil tempatnya. Guru mengimbas kembali di mana Aminah berhenti kelmarin. Lepas tu apa lagi yang Azman buat? Saya tak dapat maafkan dia Cikgu, Di luar semasa menunggu basa dicanang dia dan mengusik-usik lagi. Seminggu lepas itu baru lah reda di Azman. Saya rasa malas hendak datang ke sekolah, malu dan macam-macam lagi. Macam-macam itu apa dia? Saya rasa macam hendak berhenti sekolah, tak sanggup tunggu pagi tiba, tak ada selera, dan macam-macam. Macam putus asa? Tak tahu lah tapi lebih kurang kut.

Sambungan Sesi Pertama Hari Kedua.


Kaunselor membuat para frasa, Saya setuju dengan kamu tentang perasaan terganggu. Tapi.tidak kah kamu keterlaluan sampai terbawa-bawa ke bulan Mei. Dah tiga bulan dah. Saya tahu cikgu, Saya faham, tapi saya marah dia sangat. Ok, Baik lah, Jika Azman suka pada buli takkanlah kamu pun nak jadi macam dia?

Saya tak mahu la jadi macam dia?


Bagus lah kalau begitu, sebenarnya apa yang berlaku kepada kamu adalah suatu perkara yang biasa yang di lalui oleh murid perempuan yang meningkat jadi dewasa. Cuma pada kamu mungkin tak disangkakan ia berlaku dalam kelas, kurang persediaan. Tentang, Azman jangan risau saya tahu buat apa. Tapi, kamu ni. Perkara ini tak perlu di risaukan. Bagaimana dengan sekarang bila datang. Sekarang, Ok Cikgu.

Sambungan Sesi Pertama Hari Kedua


Hah! Tau pun, sekarang dah biasakan.

Ya..
Jadi tak perlulah sampai rasa sakit hati, dan marah dan sebagainya. Jangan jadi macam Azman. Ha! Taupun. Jadi saya hendak awak fikir tentang pelajaran, kawan-kawan, tugas dan tanggungjawab awak. Peristiwa itu lupakan saja. Nanti satu hari nanti awak pula yang rasa lucu. Ya kah,Cikgu? Percayalah. Saya hendak buat masa ini awak lupakan apa yang berlaku dan lupa kan Azman. Biar saya yang berjumpa dengan dia. Balik ke Kelas dan ambil temu-janji ini 17 Mei hari Selasa 9.30 pagi.

13 Mei 2011 Kaunselor buat temu janji dengan Azman dari 6 Baiduri. Tarikh: 19-5-2011 (Khamis) Temujanji: 9.30 pagi Tempat: Bilik Kaunseling

SESI KEDUA 17 MEI 2011 SELASA Dalam Sesi Kedua Aminah Kaunselor membantu dia

Memahami kenapa dia di buli oleh Azman. Memberi dia aktiviti latihan asertif untuk membina keyakinan diri. Latihan Kemahiran Sosial supaya boleh berkomunikasi dengan Pembuli dengan Berkesan

Aminah di pelawa datang sesi Ketiga - Penamatan Sesi Penamatan untuk mendapatkan makluamt guru kelas, murid dalam kelas Membuat perbandingan supaya Aminah tidak lagi bersikap tertekan dan sudah pulih seperti sedia kala. Jika tidak sesi ketiga akan dijalankan dengan intervensi kepada sikap Aminah.

19 Mei 2011(Khamis) S SESI KAUNSELING PERTAMA DENGAN PEMBULI. Kaunselor jemput Azman masuk ke dalam bilik kaunseling. Memberi penerangan biasa kepada Azman tentang hak nya dalam sesi kaunseling. Kaunselor juga memberitahu Klien bahawa semua bukti tentang Pembuli ada pada Rekod Kaunselor dan semuanya sulit dan hanya akan digunakan ketika berlaku kecemasan atau semasa perbuatan klien mendatangkan kemudaratkan kepada klien.

Kaunselor bertanyakan tentang latar belakang Azman. Azman bercerita tentang latar belakangnya. Kesimpulan, Azman seorang budak yang selaludibuli oleh Pak Saudaranya. Biasa sekali, Azman di suruh pakai baju adik perempuannya dan diperlikan oleh Pak Sunya. Apabila Azman melawan balik, ibu Azman kata Pak Su hanya melawak. Apa saja Pak Su buat senuanya melawak.Azman meakui bahawa dia terikuikut perangai Pak Sunya yang suka mengusik. Di sekolah apabila dia mengusik orang kawan-kawannya, lelaki dan perempuan pun akan turut mengusik. Jadi sudah menjadi satu kebiasaan di sekolah, bila saya usik yang lain akan turut sama. Saya rasa macam ada orang menyokong saya.

Kaunselor meminta Azman mencerita apa yang sebenarnya berlaku dalam kelas pada bulan Mac 2011 dalam Darjah 6 Baiduri. Azman menceritakan bahawa waktu itu pukul 12.35 tengahari. Ketika itu di sekolah tiada bekalang elektrik. Semua orang terasa panas bahang. Ketika itu saya nampak Aminah angkat tangan dan mohon keluar ke tandas. Entah macam mana saya ternampak ada darah dekat kainnya. Saya cuma suruh kawan-kawan tengok. TEKNIK WDEP WANTS Tadi kamu kata Pak Su kamu suka Buli kamu, macam mana perasaan kamu apbila Pak Su kamu mengusik kamu?

Saya tidak suka dengan gaya dia lihat saya dan cara dia mengejek saya.
Jadi kenapa kamu mengejek Aminah? Kamu tahukah betapa malunya apabila semua murid dapat tahu yang dia sudah datang Haid? Apa tujuan kamu buat demikian? Saja usik, cikgu. Kalau itu jawapan kamu, maka kamu tentu suka bila Pak Su kamu mengusik kamu?

Tidak, cikgu, saya bencinya. Bagaimana rasa Fatimah bila kamu mengusiknya?

Tentu dia benci dan sakit hati.


Kamu sendiri tidak mahu diganggu orang jadi kamu juga tidak boleh mengganggu orang, faham tak? Faham, cikgu.

DOINGS: Azman adakah itu kemahuan hidup seorang murid? Saya tak faham, cikgu. Maksud saya kamu mahu orang buat begitu kepada kamu? Tidak, cikgu, saya mahu orang, kawan-kawan menghormati saya.

Pada pendapat kamu, Aminah akan menghormati kamu?


Tidak , cikgu. Jadi, apa sepatunya kamu buat? Saya tanya dia apa yang boleh saya bantu. Pandai pun!

EVALUATE: Jadi apa yang kamu telah buat ialah di sebalik yang kamu patut buat, betul? Ya, aaa tidak Cikgu, maksud saya, sepatutnya sebagai kawan sekelas saya patu tawarkan diri untuk membantu dia dan bukan bagi semua orang ketawakannya. Betul tu, jadi kamu rasa kamu bersalah tak dalam kes ini? Ya, cikgu saya bersalah besar dan saya rasa saya patut minta maaf kepadanya. Bagaimana kalua kamu di denda dan di rotan oleh Guru Disiplin. Saya sanggup, cikgu sebab saya tamu buli lagi.

PLANNING: Saya sanggup pergi minta maaf, dikenakan denda dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan Buli lagi. Saya tak suka di buli dan membuli orang. Bagus jadi kita boleh akhiri sesi ini. Jika kamu ada masalah untuk membuat keputusan, kamu buat apa? Saya datang jumpa kaunselor sekolah. Ya, bagus saya mahu kamu tandatangan surat janji yang kamu tidak akan mengganggu orang lagi. Kamu datang ke sekolah untuk apa? Untuk belajar dan bukan untuk mengusik atau mengganggu orang. Baik, tepat sekali, Sign di sini dan balik ke kelad untuk belajar.

Hari Rabu 20 Mei 2011 Jumaat 1. Kaunselor keluar surat untuk Azman tandatangan surat janji. 2. Kaunselor beri amaran tegas kepada Azman dan menulis surat kepada Guru Disiplin supaya Azman menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya iaitu BULI. 3. Surat untuk guru kelas Rekod de merit Azman juga potong 15 + 5 = 20 markah. Lima lebih kerana mengulangi buli kepada Aminah.

TAMAT

You might also like