P. 1
teori-teori

teori-teori

|Views: 9|Likes:
Published by Ashamilah Mohamed

More info:

Published by: Ashamilah Mohamed on Mar 31, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/26/2014

pdf

text

original

Pendahuluan Pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan penting dalam pendidikan di negara kita Malaysia.

Era ICT kini telah memajukan bidang pendidikan . Kalau dulu, guru-guru terikat dengan buku teks dan mengamalkan pengajaran dan pembelajaran ala 'chalk and talk' tetapi kini pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara atas talian atau menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer(PPBK). Dalam pembinaan PPBK, seseorang guru perlu memahami psikologi pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Griffith W. Williams, psikologi bermaksud satu cabang penyiasatan saintifik tentang tingkah laku. James O. Whittaker menyatakan bahawa psikologi adalah aktiviti atau sains tingkah laku khususnya tingkah laku manusia. Atan Long(1976) menghuraikan psikologi pendidikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku pelajar dalam suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Smith (1978) menjelaskan psikologi pendidikan sebagai kajian saintifik terhadap tingkah laku individu dalam pendidikan , termasuk prinsip-prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pendidikan. Ahli psikologi mungkin mengkaji tingkah laku secara saintifik, atau mereka mungkin menggunakan teori dan dapatan penyelidikan orang lain untuk masalah praktikal. Pengajaran adalah sesuatu proses berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya pelajar-pelajar dapat mempelajari dan menguasainya dengan berkesan. Melalui pengajaran, pelajar berubah dari tidak tahu kepada tahu. Terdapat beberapa model pengajaran yang dipraktikkan oleh guru-guru pada masa kini. Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakukan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Pembelajaran merupakan satu proses berterusan. Menurut kamus dewan(1994), pembelajaran adalah usaha memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan. Proses ini mengkehendaki pelajar melalui pengalaman seperti mendapat penerangan guru, membuat latihan bertulis atau amali sehingga berlaku perubahan dalam diri pelajar. Robert M. Gagne (1970) dalam bukunya 'The Condition of Learning' mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan tingkah laku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan. Menurut Mayer (1982), pembelajaran adalah perubahan kekal dalam pengetahuan seseorang melalui pengalaman. Driscoll (1994) menyebut bahawa pembelajaran adalah perubahan prestasi secara berterusan dalam diri manusia hasil dari interaksi pembelajaran dengan persekitaran. Oleh itu pembelajaran merupakan satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia menerusi pengalaman. Ciri kekekalan terbentuk dari perubahan-perubahan ini.

Pada asasnya konsep pembelajaran berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini. Konsep Pembelajaran diperoleh manusia sejak kecil lagi sama ada secara formal atau tidak formal. Manusia menggunakan derianya seperti mata, hidung, mata, telinga bagi meyesuaikan diri dengan persekitaran. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif, konstruktisme, behaviourisme dan 'Multiple Choices'. Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat. Tindakan mengamalkan pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam proses pembelajaran merupakan satu perubahan tingkah laku manusia.

Teori Pembelajaran Kognitif Kognitif adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami. Ahli-ahli psikologi kognitif terdiri daripada Koffka, Kohler, Wertheimer Lewin, Piaget, Ausubel, Bruner, Reigeluth dan Gagne berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat memori dan persepsi. Lokus pembelajaran menggunakan struktur dalaman kognitif. Tujuan adalah untuk perkembangan kapisiti dan kemahiran untuk belajar lebih baik. Rekabentuk dalam perisian PPBK adalah struktur kandungan aktiviti pembelajaran. Mengikut teori Gestalt (bentuk, pola atau tatarajah), manusia mempunyai struktur kognitif di mana otak akan menyusun maklumat dalam ingatan dalam proses pembelajaran. Perkataan gestalt berasal daripada bahasa Jerman yang bermaksud bentuk, pola atau konfigurasi yang dipersepsi.Teori gestalt menyatakan terdapat dua aspek penting iaitu gestalt dan latar dalam pengamatan manusia. Gestalt dan latar boleh bertukar kedudukannya bergantung kepada salah satu aspek yang utama. Contoh : Ilustrasi di bawah mengandungi gestalt dan latar.

Apabila kita memberi perhatian kepada gestalt (bahagian putih), persepsi yang diperoleh ialah sebuah pasu bunga manakala jika perhatian ditumpu kepada latar (bahagian hitam) maka kita akan melihat sebagai dua muka orang. Dua orang psikologi Jerman iaitu Kohler & Koffka menggunakan pendekatan kognitif bagi mengkaji bagaimana sesekor cimpanzi menyelesaikan masalah untuk mendapatkan sebiji pisang yang tergantung di bumbung sangkarnya. Cimpanzi telah cuba untuk mendapatkan pisang tersebut namun gagal. Cimpanzi tersebut telah menyusun kotak-kotak yang terdapat di sangkarnya dan akhirnya ia berjaya memperoleh pisang tersebut. Menurut Kohler, persepsi perkaitan ini digunakan untuk menyelesaikan masalah, dalam hal ini cimpanzi yang cuba mendapatkan pisang. Inilah celik akal. Celik akal

adalah kebolehan mental yang mendorong manusia membuat persepsi perkaitan unsur-unsur dalam persekitaran secara tiba-tiba untuk membantu diri menyelesaikan masalah. Bruner(1973) mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui proses pengkategorisasi perkara-perkara atau benda-benda yang mempunyai ciri-ciri yang sama.Konsep yang dinyatakan dikategori kepada tiga iaitu konsep konjuntif, konsep disjuntif dan konsep hubungan. Konsep konjuntif merujuk kepada konsep yang mempunyai dua atau beberapa atribut yang tergabung dan tidak dapat dipisahkan ataupun dikurangkan. Konsep disjuntif merujuk kepada atribut-atribut yang tergabung dalam konsep itu boleh digunakan dalam situasi ataupun situasi lain. Konsep hubungan pula merujuk kepada atribut-atribut dalam konsep mempunyai hubungan khas di antara satu sama lain. Mengikut Piaget (1977) mengariskan tiga konsep iaitu skema, asimilasi dan akomodasi yang dapat menjelaskan cara perkembangan mental terjadi. Skema Skema merupakan struktur mental di mana individu menyusun maklumat dan pengalaman yang diperolehi hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Struktur mental berubah dan boleh disesuaikan semasa berlakunya perkembangan mental dan pembelajaran. Skema digunakan untuk mengenal pasti, memproses dan menyimpan maklumat yang mengalir masuk malah boleh diertikan sebagai kategori-kategori di mana individu mengelas dan menyimpan maklumat spesifik serta pengalaman. Skema sebagai struktur perkembangan kognitif berubah menerusi proses asimilasi dan akomodasi. Asimilasi Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seorang pelajar mengintegerasikan maklumat dan pengalaman baru dengan skema yang sedia ada. Proses ini melibatkan: a) sesuatu organisma makan makanan, b) hadam makanan itu, dan c) asimilasikan atau tukarkan kepada bahan yang berguna kepada badan manusia. Semasa pembelajaran, proses asimilasi berlaku hasil daripada interaksi pengalaman dengan skema yang ada. Skema berkembang dengan bertambahnya pengalaman baru tetapi struktur asasnya tidak berubah. Oleh itu, proses asimilasi cuba menempatkan dan membina konsep-konsep baru dengan

bantuan skema yang ada.

Akomodasi Akomodasi merupakan proses untuk meminda/menambah skema yang ada atau menghasilkan skema baru. Skema berubah hasil daripada pengalaman dan kerana itu bidang skema pelajar dewasa lebih luas daripada kanak-kanak. Seorang pelajar akan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada apabila bertemu dengan konsep atau pengalaman baru. Jika proses asimilasi ini tidak secocok, dua kemungkinan boleh dilakukan. 1) pelajar boleh bina satu skema baru berasaskan rangsangan itu. 2) Skema yang ada boleh dipinda supaya rangsangan baru itu dapat disesuaikan. Kedua-dua proses ini merupakan bentuk akomodasi. Kesimpulan Ahli-ahli psikologi kognitif berpendapat pembelajaran adalah perubahan pengetahuan yang disimpan dalam ingatan. Ingatan manusia terbahagi kepada dua ciri penting iaitu maklumat yang ada dalam ingatan akan tersusun dan aktif. Ingatan tidak menerima sebarang maklumat dengan begitu mudah sebaliknya ingatan akan membuat sintesis terhadap maklumat, membuat pencarian dan menyusunnya menjadi maklumat baru. Maklumat tadi disepadukan dengan pengetahuan serta disimpan dalam ingatan. Menurut Bell Gradler (1986), ingatan yang aktif membuat sintesis melibatkan tiga proses iaitu pemerhatian (attention), mengekod (encoding) dan penemuan(retrieval). Pemerhatian merujuk kepada proses memilih maklumat yang diterima dari persekitaran. Mengekod merujuk kepada proses menterjemah maklumat ke bentuk yang bermakna yang mudah diingati. Manakala penemuan merujuk kepada proses mengenalpasti dan memanggil semula maklumat bagi tujuan tertentu. Oleh itu seseorang individu akan mudah memanggil semula maklumat dari ingatan dan menggunakannya di situasi tertentu secara efektif.

Teori Pembelajaran Konstruktivsme Konstruktivisme adalah teori mengenai pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Tokoh-tokoh Konstruktivisme terdiri daripada Jean Piaget, Seymour Papert, Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey.

Jean Piaget

Seymour Jerome Lev Papert Bruner Vygotsky

John Dewey

Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Tokoh-tokoh konstruktivisme melihat pembelajaran sebagai pembinaan mental. Pelajar belajar mencantum maklumat baru dengan maklumat lepas yang diketahui. Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif pelajar dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran di mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Mengaitkannya dengan situasi baru, mencantum dan menambah maklumat baru dengan pembinaan intelektual sedia ada. Guru harus mengambil berat akan struktur kognitif sedia ada pelajar. Maklumat baru yang telah diolah akan disesuaikan dan menjadi sebahagian dari pelajar, maka kerangka baru ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. J. Bruner merupakan salah seorang tokoh teori pembelajaran konstruktivisme. Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajr memilih dan mengubah maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk berbuat demikian. Contoh struktur kognitif adalah skema dan model mental yang menyediakan makna dan mengatur pengalaman serta membenar individu pergi disebalik maklumat yang

diberi. Kurikulum hendaklah diatur dalam bentuk spiral agar pelajar terus membina atas perkara-perkara yang telah dipelajari. Bruner(1966) telah mengariskan bahawa terdapat empat aspek utama dalam teori pengajaran iaitu : 1. Keadaan mudah terpengaruh ke arah pengajaran (Predisposition towards learning) 2. Penstrukturan maklumat agar pelajar mudah mencapai maklumat tersebut. (The ways in which a body of knowledge can be structured so that it can be most readily grasped by the learner) 3. Susunan yang efektif untuk mempersembahkan bahan. (The most effective sequences in which to present material) 4. Secara semulajadi memberi ganjaran atau dendaan kepada pelajar. Kaedah terbaik bagi menstruktur maklumat seharusnya menghasilkan keputusan yang ringkas, generalisasi pernyataan baru dan meningkatkan manipulasi maklumat (The nature and pacing of rewards and punishments. Good methods for structuring knowledge should result in simplifying, generating new propositions, and increasing the manipulation of information)

Teori Pembelajaran Behaviorisme Tokoh-tokoh yang telah memperkenalkan teori behavorisme terdiri daripada Psikologi(1920's - 1960's) Behaviorisme: sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku(observable behavior ) Ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma. Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. John Watson (1878 - 1958) John Watson: Tingkah laku berfikir tanpa rujukan tikus dan psikologi SR (Stimulus-Response) keatas penelitian fikiran psikologi sebagai sains, harus fokus ke atas keupayaan perhatian (observable behavior ) mental proses psikologi rangsangan pendorong ( Stimulus-Response psychology) B.F. Skinner (1904 - 1990) B. F. Skinner merupakan antara tokoh behaviorisme yang terkenal. Teori Perlaziman Operan yang diperkenalkannya merumuskan pembelajaran manusia sebagai : sependapat dengan Watson,semua tingkah laku boleh dijelaskan dengan psikologi rangsangan pendorong. menitik beratkan peneguhan dan dendaan behaviorism berdasarkan akibat burung merpati(kajian tahun 1953) dan kotak Skinner Pembelajaran berlaku melalui perlaziman. Rangsangan bagi menggalakkan respon pelajar dengan peneguhan positif. Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini. Kejayaan dalam proses pembelajaran, Kejayaan dicapai melalui konsep diskriminasi. Implikasi teori perlaziman operan ini adalah ianya mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial bagi memotivasi pelajar agar mengulangi tingkah laku yang diingini. Tanpa ganjaran, insentif dan peneguhan sosial

maka tingkah laku tadi akan berhenti dan hilang dari diri pelajar. Ivan Petrovich Parlov(1902) mengkaji tindakbalas anjing, air liur anjing dan makanan asasnya Parlov membuat eksperimen psikologi untuk mengetahui bagaimana otak berfungsi. Parlov percaya bahawa tingkah laku manusia lebih komplek berbanding haiwan kerana manusia boleh berbahasa, dan ini dikenali sebagai 'second signal system'. Thordike Membentuk tiga hukum iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Hukum Kesediaan : pelajar bersedia belajar, (rangsangan motivasi) berkesan. Pelajar belum bersedia belajar , (tanpa rangsangan) -> tidak berkesan Hukum Latihan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan. Hukum Kesan : Pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap Merumuskan bahawa ganjaran dapat menggalakkan individu manakala denda menghalang individu daripada melakukannya. Kesimpulan Fokus utama dalam teori pembelajaran behaviourisme adalah perspektif tingkah laku terhadap tingkah laku dan pengaruhnya terhadap persekitaran luaran dalam membentuk tingkah laku individu. Menurut Skinner, pengajaran bermaksud penyusunan sesuatu yang mungkin berlaku di mana pelajar belajar; pelajar belajar tanpa pengajaran, tetapi pengajaran menyediakan sesuatu yang istimewa mungkin berlaku (merujuk kepada keadaan persekitaran yang membentuk tingkah laku individu di mana ianya mempercepatkan pembelajaran.

Teori Pembelajaran 'Multiple Intelligence' (pelbagai kecerdasan)

Pendahuluan anggota badan/kinetik interpersonel intrapersonel logikal/matematikal musikal/rentak verbal/linguistik visual/spartial

Pendahuluan Gaya pembelajaran seseorang individu berbeza-beza pendekatan antara satu dengan lain. Terdapat beberapa gaya pembelajaran di antaranya ialah secara visual (visual learners), mendengar (auditory learners) dan secara pergerakan, dan 'Tactile/Kinesthetic learners' Pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran secara visual biasanya rasa perlu untuk mereka melihat 'body language' dan riak muka guru mereka. Biasanya pelajar-pelajar ini akan duduk di hadapan kelas agar dapat melihat visual keseluruhan guru yang mengajar. Belajar melalui mendengar, pelajar yang belajar gaya ini biasanya berminat dengan kuliah secara lisan, perbincangan, bercakap dan mendengar apa yang dikata orang. Pelajar akan menterjemah maksud perbualan melalui mendengar nada ton suara, pic, kelajuan dan perbezaan suara. 'Multiple Intelligence' merujuk kepada kepelbagaian kepandaian. Pelajarpelajar adalah berbeza antara satu sama lain dari segi kemahiran, kepandaian, kecerdasan, tingkah laku dan sebagainya. Teori pembelajaran 'Multiple Intelligence' telah diperkenalkan oleh Howard Gadner(1983) di dalam bukunya berjudul ' Frames of Mind' Teori ini telah membuka mata para akademik dan mulai memikirkan bahawa kecerdasan akal sebagai satu set dari kepelbagaian kebolehan dan kemahiran. Ini membantu seseorang individu faham, memeriksa dan respon kepada bayak perkara yang berbeza dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah. Terdapat 7 jenis kecerdasan yang mungkin ada pada individu-individu iaitu anggota badan/kinetik interpersonel intrapersonel logikal/matematikal musikal/rentak

verbal/linguistik semulajadi visual/spartial

Anggota badan /kinetik(Bodily/Kinesthetic) Berkebolehan mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran memegang objek. Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan. Mempunyai daya imbangan yang baik dan koordinasi mata dan tangan yang baik. (misalnya bermain bola, imbang diri atas palang) Berkebolehan salah satu anggota badan untuk menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu. Melalui interaksi dengan rauang persekitaran, mereka mampu untuk mengingat dan memproses maklumat. Kemahiran individu ini termasuk menari, koordinasi fizikal, sukan, menggunakan bahasa tubuh, kraf, berlakon, menggunakan tangan untuk mencipta, membina dan menunjukkan emosi melalui tubuh.

Interpersonal Kebolehan untuk menghubungkait dan memahami orang lain. Individu yang bersifat 'interpersonal' melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain. Tujuannya adalah untuk memahami perasaan dan fikiran orang lain. Individu ini bijak menjiwai perasaan, ingatan dan motivasi. Menggalakkan kerjasama dan mengekalkan kesejahteraan. Menggunakan bahasa secara lisan dan tidak lisan iaitu bercakap, hubungan mata (eye contact) danbahasa tubuh (body language) untuk memulakan saluran komunikasi dengan orang lain

Intrapersonal Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir.

Logical/Mathematical Berkebolehan memanipulasi nombor, menggunakan sebab akibat, menentukan

jawapan secara logikal, konsep berfikir dalam bentuk logikal dan nombor. Ada perasaan ingin tahu mengenai perkara yang berlaku disekeliling. Individu ini banyak menanyakan soalan dan berminat melakkan eksperimen. Kemahirannya meliputi penyelesaian masalah, mengkategori maklumat, bekerja dengan konsep abstrak untuk mengurai masalah, bekerja dengan bentuk geometri dan melakukan pengiraan matematik yang sukar.

Musikal/rentak(Musical/Rhythmic) Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak musik.

Verbal/Linguistic Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan

Visual/Spatial Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->