BAB 5 KESESUAIAN ITEM UJIAN

Pengenalan

Selepas sesuatu pembinaan dijalankan , satu pencerapan haruslah dijalankan bagi memastikan samada item atau soalan tersebut sesuai untuk digunakan. Biasanya prosedur yang dijalankan termasuklah menganalisa setiap item tersebut. Ini adalah untuk membolehkan kita mengasing atau menggunakan item-item tersebut untuk tujuan ujian seterusnya. Seperkara lagi ialah untuk memastikan samada pengguna tahu atau tidak tahu akan ujian yang akan diambil. Dalam memastikan bahawa item tersebut boleh digunapakai adalah membuat pengukuran perbezaan bagi setiap item yang dijalankan. Sebagai contoh, jika ujian yang dibina adalah bertujuan mengukur pencapaian sekolah maka ujian yang hendak dijalankan hendaklah akur akan pencapaian yang ditetapkan.

Kesahan item bagi tujuan meramal pengukuran criteria boleh di tentukan dengan membuat pengiraan korelasi diantara skoran tehadap item dengan skoran pengukuran tersedia. Pengukuran korelasi koefisien yang sering digunakan adalah koefisien titik-biserial ( pointbiserial coffecient).

Namun bagi tujuan pengukuran bilik darjah, kebiasaannya posedur yang disering digunakan adalah melibatkan penentuan peratus pengambil ujian yang lulus setiap item denga korelasi setiap criteria item. Dalam hal ini, criteria yang dimaksudkan adalah skor keseluruhan ujian tersebut. Item yang berkualiti harus mempunyai ciri-ciri keakuran dari aspek kurikulum, spesisfikasi dan peluang. Item juga hendaklah tepat dalam konstruknya, tepat akan tajuk atau konteksnya dan hendaklah jelas dari segi stimulus, tugasan dan arahan. Oleh itu item atau soalan yang dibina juga hendaklah sesuai dengan kehendak serta ketetapan.

Objektif

Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat :

i) menilai ujian berdasarkan tahap kebolehpercayaan dan kesahanujian ii) membina item ujian agar lebih dipercayai dan sah

5.1.1 Indeks Kesukaran

Yang pertama adalah indeks kesukaran (item-difficulty index) (p). Indeks ini ditentukan dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item dan dinyatakan dalam persamaan berikut

Bilangan calon yang menyatakan jawapan yang betul bagi item x P= Bilangan calon yang menjawab item x

Nilai bagi p ialah diantara 0.00 hingga 1.00. item yang mudah mempunyai p yang besar dan sebaliknya sesuatu item yang sukar nilai p adalah kecil. Walau bagaimanapun, dikatakan bahawa item yang terlalu mudah ( apabila nilai p adalah lebih dari 0.85 ) atau item itu terlalu sukar ( apabila p kurang daripada 0.15 )tidak akan memberikan maklumat psikometrik yang berguna.

Aras kesukaran item boleh ditentukan dengan nilai p, seperti berikut ;

. Nilai p akan membolehkan kita membuat pengukuran indek kesukaran di situasi atau ditempat berbeza. bagi kita menentukan samada menjawab soalan sejarah melibatkan pengetahuan yang lebih mantap. Contoh yang lain. Lagi tinggi peratusan item kesukaran lagi mudahlah item tersebut (Wood. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperolehi lagi mudahlah sesuatu item. item manakah dikatakan sukar ? 1.50.85. manakala item yang dijawab betul oleh 50% pelajar akan mempunyai nilai indeks kesukaran p yang rendah iaitu 0. Sebagai contoh. kompleks atau khusus dari yang diperlukan untuk menjawab soalan matematik.36 hingga 0. Siapakah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ? Siapakah Tun Dr. item ujian Bahasa Inggeris yang sukar bagi pelajar sekolah rendah akan ternyata lebih mudah bagi pelajar sekolah menengah kebangsaan. Adalah sukar. 1991).Nilai p 0.20 hingga 0. kesukaran boleh didefinisikan dalam bentuk kekerapan relatif pengambil ujian memilih respon jawapan yang betul (Thorndike et al. Berikan definisi indeks kesukaran.60 0. Nilai p hanyalah satu ukuran sikap. Seseorang akan hanya mengenali nama bagi kedua-dua tokoh tersebut. 1960).35 Aras kesukaran Item mudah Item sederhana Item sukar Indeks kesukaran juga boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab ujian dengan betul. Item yang dijawab betul oleh 85% pelajar akan mempunyai nilai p 0. Namun untuk menyatakan soalan mana yang ditanya itu sukar hanya boleh ditentukan dengan membuat ujian kesukaran item.Mahathir ? Kita tidak boleh menyatakan item mana yang sukar selepas membaca soalan ini. Definisi lain bagi terma kesukaran dalam ciri intrinsik.61 hingga 0.80 0. 2.

kebanyakan ujian skoran adalah agak tinggi. Apabila semua item didapati sukar. 3. Pengiraan di atas menunjukkan : Item A lebih mudah daripada item B. nilai p akan terus menghalang kepelbagaian ujian skoran. Bagi item subjektif yang skornya boleh bernilai 0.Apabila nilai p digunakan untuk menentukan indek kesukaran. 2. Dan jika semua item adalah mudah. Indeks kesukaran item (K) = Skor Purata Skor Maksimum Indeks kesukaran bagi item ujian menerangkan bilangan pelajar yang menjawab dengan betul sesuatu soalan yang diberikan. Item B yang direspons betul oleh 30 daripada 100 orang murid. indeks kesukarannya ditentukan dengan mencari peratus skor min (skor purata) atau kadar skor min. majoriti ujian skoran adalah rendah. Sebagai contoh. Oleh itu. …atau tidak dikotomus. Apabila kita memilih jawapan yang tidak ditetapkan ( p=0 ). Untuk lebih memahami keadaan ini. 1.3. indek kesukaran item adalah 65. Contoh: Item A yang direspons betul oleh 80 daripada 100 orang murid. aras kesukaran item ditakrifkan sebagai peratus atau kadar bilangan murid yang memberi respons dengan betul. Bagi item objektif yang skornya berbentuk dikotomus. indeks kesukarannya ialah 80% atau 0. adalah lebih mudah bagi menentukan samada item ujian sejarah adalah lebih sukar dari item matematik khusus bagi ujian yang diambil oleh pelajar yang sama. dan tidak ada perbezaan individu didalam skoran bagi item tersebut. indeks kesukarannya ialah 30% atau 0.8. kadaran tersebut dipanggil indeks kesukaran item. ini menunjukkan bahawa 65 peratus pelajar yang mengambil ujian tersebut . kita lihat beberapa lagi contoh berikut. dalam sesuatu ujian didapati . Aras kesukaran item lebih tinggi daripada item A.

Bincangkan. Koefisien korelasi titik-biserial mengukur hubungan diantara skor item dengan skor ujian. Nilai julat statistik ini adalah diantara -100 dan + 100. jika terdapat peluang atau petunjuk bahawasanya akan ada indeks atau tahap dibawah 25 .000.menjawab dengan dengan betul.75 adalah sesuai. maka seharusnya item tersebut tidak dimasukkan. . . koefisi kebolehpercayaan pada tahap 0. terutama bagi ujian pendek. lebih mudah item ujian tersebut. Dalam keadaan biasa. Anggaran hendaklah dibuat secara berhati-hati jika bilangan pelajar yang mengambil ujian tidak menyempurnakan ujian dalam masa yang ditetapkan. Memanjangkan masa ujian (apabila terdapat ujian amali) boleh meningkatkan tahap kebolehpercayaan. Untuk ujian biasa selama 50 minit. Begitu juga jika sesuatu item ujian dijangka akan menjadi terlalu mudah maka ianya juga harus tidak disertakan. Lagi tinggi indeks kesukaran. Nilai hampir sifar akan menunjukkan terdapat hubungan yang sedikit diantara skoran pada item dan skoran ujian. Sebagai panduan. Nilai positif tinggi menunjukkan sesesorang yang menjawab item dengan betul akan menerima skoran yang tinggi dalam ujian berbanding dengan menjawab dengan tidak betul.000 menunjukkan ujian tersebut mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi. namun. Korelasi kebolehpercayaan jenis ini akan menentukan dan memberikan tahap indikasi individu yang mengambil ujian akan memperolehi skoran yang sama dalam ujian. adalah dicadangkan item korelasi yang bernilai negatif atau hampir sifar ( 10 atau kurang) dibuang atau dikajisemula dan item ujian yang bernilai kolerasi positif rendah dikaji semula bagi menentukan bagaimana untuk memperbaiki keadaan item tersebut. Kebolehpercayaan boleh ditingkatkan melalui ujian ulangan berdasarkan analisis data yang dijalankan. Satu ujian yang merangkumi bahan subjek berkaitan hendaklah mengandungi item yang merangkumi pelbagai nilai julat kesukaran. sesuatu ujian hendaklah yang mengandungi tahap kesukaran diantara julat 60 hingga 85 dan selebihnya pada sekitaran 25 dan 100. Ujian yang mengandungi 2 alternatif (betul-salah) seharusnya mengandungi tahap kesukararan diantara 50 hingga 100. Nilai yang hampir dengan +1. Nilai anggaram julat Kuder-Richardson ini adalah diantara 0. Adalah harus untuk mengekal item ujian yang mempunyai koefisien korelasi titik biserial yang tinggi dan membuangkan item ujian yang hampir bernilai sifar atau bernilai negatif. Rumusan konsisten dalam Kuder-Richardson 20 digunakan dalam pengiraan komputer bagi menentukan anggaran kebolehpercayaan item ujian. Lagi tinggi peratusan item kesukaran lagi mudahlah item tersebut. Ujian kebolehpercayaan dan kesahan akan dimaksimakan jika kebanyakkan kesukaran item adalah agak mudah yakni diantara tahap peluang dan 100.000 dan 1.

ditentukan dengan menggunakan persamaan berikut : .Pengukuran ralat rawak adalah anggaran bagi ralat kemungkinan skoran ujian.500 sebagai contoh. Item yang baik akan mendiskriminasikan diantara mereka yang baik dengan mereka yang kurang baik. lagi kecil lah nilai ralat tawak. kemungkinannya adalah 2 : 1. Lagi tinggi kebolehpercayaan dan lagi bebas kesalahan ujian tersebut. seseorang akan menganggap mereka yang boleh menjawab dalam ujian tersebut akan menjawab dengan baik atau betul bagi item tersebut dan jika mereka yang gagal menjawab ujian tersebut akan turut gagal alam menjawab item tersebut. Aplikasi terusan ini kepada skoran menjadikan pengukuran ralat rawak amat penting bagi menilai perbezaan diantara pelajar dan menentukan markah dan gred. Pengukuran ralat rawak pada tahap 3.2 Indeks Diskriminasi ( rbis ) Jika sesuatu ujian dan sesuatu item mengukur perkara yang sama. Indek kesukaran boleh digunakan untuk:     Mengenalpasti konsep yang akan diajar semula Menyediakan atau memaklumkan kemungkinan kelemahan dan kekuatan kurikulum Memberi maklumbalas kepada pelajar Memberi atau memaklumkan mengenai kemungkinan item bias 5.500. 1 jika memilih dan 0 jika tidak memilih opsyen bagi sesuatu item berkenaan.1. yang mana skoran sebenar pelajar ( purata skoran bagi setiap ujian ) tidak akan terpencong dari lebih 3. Indek diskriminasi ialah pekali korelasi yang mengaitkan skor ujian ( data selanjar ) dengan skor setiap opsyen ( data dikotomous . menunjukkan bagi mana-mana satu skoran ujian. Ia diinterpretasikan sebagai mana dijalankan keatas sisihan piawai. Pekali korelasi “point-biserial”. rbis digunakan untuk menentukan darjah keupayaan sesuatu item bagi membezakan antara calon daripada kumpulan yang mempunyai market keseluruhan ujian yang tinggi dengan yang rendah.

00. Jika sebaliknya berlaku.dimana : x ialah min skor ujian calon yang menjawab betul µ ialah min skor ujian σ ialah sisihan piawai ujian p ialah nisbah calon yang menjawab betul (indeks kesukaran) q=(1–p) Nilai indeks diskriminasi adalah antara – 1. Bagi item yang . dimana calon yang mendapat skor ujian yang tinggi memilih opsyen yang salah (distraktor).00 hingga 1. manakala calon yang mendapat skor ujian yang rendah memilih opsyen yang salah (distraktor). rpbis yang bernilai positif menunjukkan calon yang mendapat skor ujian yang tinggi menyatakan jawapan yang betul. manakala calon yang mendapat skor ujian yang rendah menyatakan jawapan yang betul. rpbis akan bernilai negative.

20 hingga 0.30 hingga 0.299 0.menunjukkan nilai rpbis adalah 0. Sama ada ujian itu akan diperiksa dan diberi markah oleh beberapa orang guru sebagai pemeriksa yang berasingan atau oleh seorang guru.40 dan keatas 0.199 Kurang daripada 0.10 hingga 0. bermakna item ini tidak dapat mendiskriminasikan antara pelajar dari kumpulan yang mendapat skor tinggi dengan kumpulan calon yang mendapat skor ujian yang rendah. Sesuatu ujian .399 0.3 Pemarkahan Item dan Tahap Masa Ujian Menjawab persoalan sama ada sesuatu ujian boleh menjamin ketekalan dalam pemeriksaan dan pemarkahannya.10 Pengelasan Sangat baik Baik Sederhana Kurang baik Tidak baik Apakah yang dimaksudkan dengan indeks diskriminasi. Bincangkan 5. Pengelasan kebolehan item mendiskriminasi berdasarkan rpbis rpbis 0.1.

. sama ada ujian formatif atau sumatif. Perkiraan sama ada hendak menjalankan sesuatu ujian pada hujung bulan. Sesuatu ujian yang berbentu aneka pilihan biasanya terdiri daripada beberapa item. Jenis ujian kecil ini bertujuan untuk melihat kemajuan murid dalam mempelajari sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang tertentu sebelum guru melanjutkan pengajarannya dengan perkara baru. Contohnya. Dalam pendidikan bahasa. Tujuan skim ini untuk mengurangkan ciri subjektiviti kepada peringkat yang paling minimum dan meningkatkan ciri objektiviti kepada peringkat yang paling maksimum dan mengawal ketekalan pemarkahan dan pengukuran melalui satu skim pemarkahan yang standard atau serupa. Dalam kemahiran menulis pula. Dalam pendidikan bahasa. hujung penggal. Ujian ini mungkin tentang satu atau dua kemahiran bahasa ataupun tertumpu kepada satu atau dua aspek bahasa seperti tatabahasa atau perbendaharaan kata. misalnya jenis rasmi seperti memohon pekerjaan atau menulis karangan mengikut tajuk yang bercorak perbincangan sahaja. Sekiranya guru telah menguji bacaan dan kefahaman keratan pelbagai jenis prosa dalam bulan Januari. ini akan menentukan jenis ujian yang akan dibina oleh guru. persoalan subjektiviti dalam pemarkahan mungkin tidak timbul. Ini amat penting bagi ujian jenis subjektif. ujian lisan yang dinilai oleh pemeriksa secara bersendirian. pertengahan tahun atau pada hujung tahun akan membawa implikasi terhadap penentuan skop dan kandungan ujian tersebut.dikatakan mempunyai kebolehpercayaan (ketekalan) antara beberapa orang pemarkah sekiranya keputusan pemarkahan mereka sama atau hampir sama. seperti ujian mengarang. Bagaimanapun. ujian formatif mempunyai skop dan kandungan yang terhad. Kita perlu melihat kebolehpercayaan item tersebut. Ketekalan jenis ini tidak mencukupi untuk menjamin kebolehpercayaan sesuatu ujian secara keseluruhannya. Bagi ujian bahasa yang bercorak objektif seperti ujian kefahaman bacaan atau aspek bahasa yang lain menggunakan soalan dalam bentuk aneka pilihan. ujian yang bercorak formatif mungkin hanya menguji kemahiran murid menulis surat kiriman. ketekalan pemarkahan antara pemeriksa yang biasanya terkawal ketat dalam ujian yang menggunakan soalan-soalan aneka pilihan. Setiap item perlu dinilai dari aspek kebolehpercayaan atau ketekalannya menjalankan sesuatu tugas. kadang kala ujian ini tertumpu pada kefahaman mendengar sahaja ataupun bacaan dan kefahaman sahaja. Skim ini bertujuan untuk menyelaraskan prosedur pemarkahan atara pemeriksa dan menjaga ketekalan dalam pengagihan markah. ujian bulanan atau ujian pertengahan penggal eloklah bercorak formatif dan diagnostik yang bertujuan untuk menguji kemajuan murid dalam mempelajari satu atau dua kemahiran atau aspek bahasa dari semasa ke semasa. Bagi kemahiran bahasa pula. Faktor penting ialah skim pemarkahan bagi ujian tersebut. Dengan kata lain. ujian bacaan dan kefahaman juga ada pelbagai jenis. mungkin dalam bulan lain guru tersebut boleh menguji bacaan dan kefahaman puisi. pertengahan bulan.

pertengahan tahun atau di hujung tahun. contohnya aspek tatabahasa dan peribahasa. Begitu juga dengan sesuatu ujian yang dijalankan dan dihasilkan. Kebolehpercayaan atau reliabiliti yang berkaitan dengan konsep ujian hendaklah boleh diharapkan. adakah tempoh mengadakan ujian memberikan kesan ketas ujianyang dijalankan. boleh di agak atau dijangka dan tepat. Ujian yang bercorak sumatif memerlukan guru memilih satu sampel subkemahiran yang hendak diuji. Kebolehpercayaan ujian boleh disebut sebagai darjah ketekalan antara dua pengukuran terhadap sesuatu bahan atau benda. tidak berubah dan tetap sama. Bincangkan. adalah stabil. Skoran yang tidak konsisten yang disebabkan pembolehubah seperti kandungan yang tidak berkaitan. ujian yang tidak sesuai. .Sekiranya ujian yang hendak dijalankan itu pada tahap pengajaran yang lebih panjang seperti di hujung penggal. Kita harus bertanya samada ujian yang diberi dapat memberi ukuran yang konsisten kepada seseorang pelajar jika pelajar tersebut mengambilnya berulangkali.2 Kebolehpercayaan Ujian Kebolehpercayaan boleh merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skoran bagi mengambarkan prsetasi calon dalam perkara yang diuji. Pada pendapat anda. ianya mestilah boleh dipercayai dan bermakna. Kebolehpercayaan skor berkait rapat dengan instrumen pentaksiran yang digunakan. Ini mungkin memerlukan guru membina ujian yang lebih menyeluruh dan bercorak sumatif bagi tahap tersebut. Hal ini perlu sekiranya subkemahiran yang telah diajar itu banyak dan luas. kohort dan sebagainya. Begitu juga jika kita mempercayai seseorang insan atau kawan yang sudah semestinya mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan. Tetapi dalam ujian penggal atau hujung tahun itu. Mungkin dalam tempoh sepanjang penggal atau sepanjang tahun guru telah mengajar pelbagai jenis tatabahasa dan peribahasa. guru boleh membina hanya beberapa soalan atau ujian tentang tatabahasa atau peribahasa. skop dan isi kemahiran atau aspek bahasa yang akan diuji menjadi lebih luas. 5.

Dalam memilih dan membina ujian bahasa di bilik darjah amatlah penting bagi guru bahasa memikirkan tentang kebolehpercayaan sesuatu ujian yang hendak digunakan.Dalam bilik darjah atau makmal. iaitu ketekalan (kebolehpercayaan) pengukurannya. Selain itu kita persoalkan syarat kedua. Kebolehpercayaan ujian tersebut ialah mengenai ketekalannya mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang diukurnya. Contohnya.00 tepat. Sebuah jam sebagai alat pengukur masa yang sah perlu boleh dipercayai dari segi ketekalan waktu yang ditunjukkannya. ukuran waktu yang ditunjukkan tidak tekal. Dalam mengukur pencapaian pelajar pula. Jam yang baik akan menunjukkan waktu pukul lapan setiap hari apabila berita TV3 dibacakan. iaitu mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang hendak diukur. Dengan kata lain. kita katakan pengukurannya tidak tepat dan tidak boleh dipercayai. atau. Perkara yang hendak dinilai ialah ketekalan pengukurannya sebagai alat penguji. Alat ini mempunyai syarat terpenting sebagai alat penguji. mendapatkan pertimbangan yang sama apabila mengunakan penimbang yang berbeza dalam masa yang berbeza. Konsep asas teori pengujian menyatakan bahawa skoran yang dicerap atau diperhatikan (observed score) iaitu skor yang didapati oleh seseorang pelajar didalam sesuatu ujian mempunyai dua komponen : i) ii) skor sebenar ( true score iaitu ukuran sebenar kebolehan pelajar ) dan skor ralat ( error score iaitu ukuran yang disebabkan oleh alat dan kaedah pengukuran ) Oleh itu kita boleh membuat anggapan bahawa tiada skor yang menjadi ukuran sebenar bagi kebolehan seseorang. iaitu kesahan. Dalam ujian bahasa kita boleh katakan bahawa kebolehpercayaan sesuatu ujian sebagai ketekalan. seorang guru biasanya mengharapkan untuk memperoleh pengukuran yang sama keatas sesuatu benda yang yang diukur. Misalnya. Sekiranya jam itu menunjukkan pukul 8. kita setuju bahawa jam adalah alat yang sah untuk mengukur masa. guru mengharapkan keputusan ujian dakan tekal bagi gua ujian yang sama bentuk yang dijalankan kepada kumpulan yang sama pada dua masa yang berbeza.20 walaupun waktu yang sepatutnya pukul 8. sekiranya ujian digunakan pada pelajar yang .15 atau pukul 8.

Kebolehpercayaan item bermaksud ketekalan sesuatu item ujian itu membezakan murid yang lemah dalam sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Hal ini kerana murid yang lemah dan pandai tidak dapat menjawabnya. item yang kabur atau yang mempunyai dua pilihan jawapan yang boleh dianggap betul hendaklah digugurkan daripada ujian tersebut. Sepatutnya item yang digunakan oleh guru adalah item soalan yang bercorak susah. Ada tiga kaedah yang dikemukakan untuk menghitung kebolehpercayaan sesuatu ujian iaitu Kaedah Test-Retest. guru janganlah menggunakan item yang terlampau senang. kita katakan item ejaan yang susah mempunyai kebolehpercayaan item yang tinggi kerana ketekalannya (kebolehpercayaan) membezakan antara murid yang pandai dan murid yang lemah dalam ujian. bolehkah menunjukkan keputusan yang sama walaupun ujian itu digunakan dua kali pada waktu yang berlainan. Pekali kebolehpercayaan selalunya diwakili oleh nombor yang bernilai diantara 0 hingga 1 yang menunjukkan kestabilan sesuatu ujian. Menurut teori ujian dan pengukuran. terdapat tiga jenis kebolehpercayaan. Guru janganlah menggunakan item soalan yang terlampau susah. guru perlu jangkakan bahawa terdapat ejaan yang hanya boleh dieja dengan betul oleh murid yang pandai dan kerap dieja salah oleh murid yang lemah dalam ejaannya.sama. kita katakan item tersebut tidak boleh dipercayai. Setiap satunya merujuk kepada ketekalan pengukuran yang boleh dihasilkan sesuatu ujian. Kaedah Bentuk Selari dan Kaedah Belah Dua. Oleh yang demikian item tersebut tidak dapat membezakan antara murid yang lemah dengan murid pandai. Ini kerana murid yang pandai dan lemah pun boleh menjawabnya. mengetahui faktor yang boleh mempengaruhi kebolehpercayaan sesuatu ujian dan menggunakan pengetahuan ini bagi membina atau memilih ujian. ujian ejaan yang mengandungi 25 atau 50 item ejaan. Contohnya. iaitu ejaan yang susah kebanyakannya boleh dieja dengan betul oleh murid yang lemah dan tidak boleh dieja oleh murid yang pandai. Kebolehpercayaan item kadang kala disebut sebagai ketekalan dalam sesuatu ujian kerana setiap item dalam ujian berfungsi dalam kebolehpercayaan atau ketekalannya membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah tentang kemahiran atau aspek bahasa yang diukur ujian tersebut Sehubungan itu. sederhana dan senang dan bukan yang terlampau susah atau terlampau senang. Selain itu. Oleh yang demikian item-item tersebut tidak dapat berfungsi dalam membezakan antara kedua-dua golongan pelajar tersebut. Guru bahasa boleh membina ujiannya sendiri atau memilih dan menggunakan ujian yang sedia ada. Sekiranya ini berlaku. . Sebaliknya berlaku.

Apa yang berkaitan atau yang dikorelasi ? Kunci aspek kebolehpercayaan ini adalah untuk membentuk alternative yang hamper sama dengan terma kandungan. proses respons. Bolehkah anda memikirkan satu contoh lain ? Kaedah Bentuk Selari    Bagi mengantikan kaedah latihan dan lain-lain masalah dengan kaedah test-retest. dalam hal ini. Pembina ujianakan memberi ujian yang sama kepada calon di situasi yang berbeza. kaedah dan cara. Ingat lagi pada pita pengukur. Ukuran kaki yang pertama adalah sama dengan . Salah satu kembimbangan yang dijangkakan adalah dikatakan sebagai latihan atau kesan tanggungan . Keadaan ini adalah satu perhatian khusus yang perlu diambil kira berkaitan dengan ujian semula . dan ciri statistic. Adakah aktiviti semula dan kesan latihan dihapuskan atau hilang terus ? adakah cara lain bagi kaedah alternative ini ? Kaedah Belah-Dua  Kaedah belah-dua ini mengukur konsistensi dalam ujian. yang merujuk kepada konsistensi skoran ujian berbanding dengan kebolehpercayaan sebenar yang didefiniskan sebagai nisbah diantara varians sebenar dengan varians pemerhaatin Pentadbiran ujian diantara kedua-dua ujian boleh dijalankan dalam masa yang terdekat maupun masa yang berlainan Apakah yang anda dapat agak jika masa pentadbiran ujian dijalankan agak lama ? tentulah tahap kebolehpercayaan adalah meingkat. ini akan membolehkan mereka menyelesaikan atau memperbetulkan sebarang kesilapan keatas ujian yang pernah mereka ambil. Pembina ujian biasanya memberik ujian yang selari kepada calon yang sama tetapi berlainan masa. kenapa ? Anggapan yang boleh dibuat adalah. calon-calon yang sama mengambil ujian semula tidak akan berubah dari segi sikap dan tahap kebolehan mereka walaupun pada dan waktu yang berbeza. Sesetengah penyelidik memberi pandangan berbeza mengenai kesan latihan ini kerana kesan ini dianggap sebagai unsure kestabilan dan ketidak-stabilan dalam pengukuran sementara sesetengah yang lain menganggapnya sebagai unsure bagi pengukuran ralat rawak. sekali lagi di nilai dengan korelasi. ia mempunyai konsistensi dalaman yang tinggi.Bincangkan mengenai kebolehpercayaan ujian Kaedah Test-Retest         Dengan mengunakan kaedah test-retest . Latihan atau latih-tubi adalah kelebihan kepada calon yang telah mengambil ujian tersebut. Kebolehpercayaan. Skoran yang diperolehi pada tadbiran ujian pertama dibandingkan pada skoran tadbiran ujian ke dua dengan menggunakan korelasi ( r ) Kaedah ini menguji pencapaian keatas waktu dan memberi kestabilan anggaran Kebanyakkan penyelidik menganggap kaedah ini amat sesuai untuk membuat pengukuran sementara. Bolehkah anda fikirkan sebarang factor yang boleh menukarkan respons seseorang dengan cepat.

80 = 0. Apabila kita menjalankan ujian yang agak lama.80. c.ukuran kaki ke dua dan ketiga dan begitu juga dengan setiap ukuran sentimeternya . kemahiran dan pengetahuan untuk calon.80 Satu lagi rumusan yang boleh dibuat perkiraan adalah dengan mengunakan rumus berikut : rxx = k r / (1 + (k – 1))r . kita juga turut mengurangkan kadar kebolehpercayaannya. ianya adalah uniform. makluman spesifik ini akan memberikan makluman kepada calon dan membolehkan variasi kepada skoran ujian yang akan meningkatkan kebolehpercayan. Rumusan yang digunakan adalah : Kebolehpercayaan Ujian Penuh = 2 X kebolehpercayaan ujian separuh 1 + kebolehpercayaan ujian separuh Jika nilai kebolehpercayaan diantara kedua-belah didapati +0. d. Untuk itu . kebolehpercayaan ujian sepenuhnya akan didapati bernilai berikut : Kebolehpercayaan ujian penuh = 2 X 0.  Kaedah belah dua juga turut mengurangkan atau menghapuskan beberapa masalaah seperti : keperluan menjalankan dua ujian kesukaran membina ujian semula kesan tanggungan dan pengaktifan semula perubahan sesesorang calon melalui masa Kaedah yang mudah untuk menjalan kaedah belah-dua adalah dengan :      a. Namun begitu.89 1 + 0. Mengapa ? Soalan yang sama jenis akan terserlah dan akan memberi makluman terhadap trait.   jalankan ujian keatas sekumpulan individu tertentu sahaja jalankan secara rawak atau kaedah penentuan yang telah ditetapkan hubungkaitkan sebahagian skoran awal dengan skoran baru korelasi ini boleh digunakan untuk membuat anggaran kebolehpercayaan ujian Kesan sabpingan kaedah ini adalah konsistensi dalamannua yang melibatkan masa ujian yang singkat. perubahan dalam kaedah ini adalah diperlukan dan rumusan Spearman-Brown boleh digunakan apabila membuat anggaran kebolehpercayaan dengan menggunakan kaedah belah-dua. b. dan membahagikan soalan kepada dua .

bilangan atau kadar tempoh masa ujian akan menjadi lebih lama. Dalam erti kata yang lain. iaitu bilangan soalan ujian yang asal dari kaedah belah-dua dibahagikan dengan bilangan soalan ujian yang digunakan didalam korelasi belah-dua. Kaedah ini digunakan bagi soalan ujian yang skorannya adalah 2 atau lebih. Ini akan mengurangkan keslilapan sebarang ralat yang timbul akibat pecahan ujian kepada dua. Formula Kudder Richardson 20 dan 21 dibuat berdasarkan penskoran yang dibuat secara diskrit atau dikotomi. KR-20 (Kuder & Richardson.2. Anda menjalankan kaedah kebolehpercayaan belah-dua dan mendapati r = 0.<Σpq) σT2 KR21 = k k–1 ( 1 .8 adalah berdasarkan jumlah 40 item. Bilangan 80 adalah merupakan tempoh atau bilangan ujian yang baru.Σσi2) σT2   Selain dari itu. Nota: Rumusan Spearman-Brown adalah digunakan untuk membuat anggaran berapakah ujian kebolehpercayaan akan meningkat apabila ujian ditingkatkan dengan memasukkan item selari. 1951).Dimana k = bilangan item dalam ujian kaedah-belah dua (baru). Bilangan 40 item tersebut adalah bilangan soalan dari item asal dalam kaedah sebelumnya. Kaedah ini digunakan bagi soalan ujian yang skorannya adalah 0 or 1. Salah satu cara bagi mengukur konsistensi dalaman adalah membandingkan skoran setiap calon dan membahagikan kepada dua bahagian. yang kerapkali digunakan dalam menganggarkah kebolehpercayaan ketekalan-dalaman. Cronbach alpha adalah pekali alpha. r = adalah korelasi diantara pecahan asal    Kekurangan kepada kaedah belah-dua adalah beberapa kaedah ujian di pecahkan.1 Faktor Yang Mempengaruhi Kebolehpercayaan . katakan ujian anda mempunyai 80 soalan. k = 80/40 = 2. Sebagai contoh. 5. 1939).<m(k-m)) ks2  Coefficicent alpha (Cronbach.Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betul-salah) seperti dalam ujian objektif perlbagai pilihan KR20 = k k–1 ( 1 .e. Penyelesaian disini adalah menentukan kebolehpercayaan ujian bagi setiap komponen heterogeneous dan membandingkan dengan mengunakan korelasi komponen. . 1937. masalah yang berkemungkinan timbul adalah samada ujain belahan adalah homogeneous (i. Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betul-salah) atau politomi α = k k–1 ( 1 . Oleh itu. α. Nilai r = 0. Sekarang anda inginkan kebolehpercayaan ujian anda dipinda kerana bilangan soalan ujian adalah 80.8. Ini membuat pecahan memberi nilai korelasi yang tinggi. mengukur hanya satu ciri) or heterogeneous (mengukur banyak ciri)..

Pensampelan Item Item-item yang dogunakan dalam sesuatu ujian adalah untuk menguji sebahagian trait yang menjadi pentunjuk kepada kebolehan seseorang. Lain-lain contoh ralat rawak adalah seperti sakit. pilihan jawapan mestilah homogen. Pihak pentadbir yang mengendalikan ujian hendaklah menyediakan keadaan dan persekitaran tempat yang sesuai dan peraturan pentadbiran ujian yang sempurna. Tempoh Ujian Pada amnya semakin panjang atau lama tempoh ujian semakin tinggi kebolehpercayaan skor ujian itu. Ini bermakna tiap-tiap opsyen mestilah berkaitan antara satu sama lain dan ada daya tarikan untuk dipilih oleh pelajar. risau dan lain-lain. Ini akan menyebabkan tumpuan dan konsentrasi calon dan varians skor ralat akan masuk ke dalam varians skor yang dicerap. Misalnya semasa ujian tiba-tiba bunyi bising di sekeliling calon atau bunyi loceng amaran berbunyi. ia menyumbangkan kepada varians ralat pengukuran. Akibatnya skor ujian itu tidak boleh dipercayai. Ralat Rawak Prestasi seseorang adalah berubah-ubah mengikut keadaan sekelilingnya. Sebarang perubahan yang berlaku di sekeliling menyebabkan prestasi berubah. Ini adalah kerana tempoh ujian dapat memberikan persampelan yang baik dari segi tingkah laku yang ingin diukur. penat.Antara yang dipercayai mempengaruhi kebolehpercayaan ujian ialah :- Kemohogenan Item Item ujian yang homogen ialah item-item yang mempunyai kesamaan dari segi prestasi atau peluang untuk dipilih. Jawapan atau distraktor seharusnya tidak bias sehingga pelajar yang diuji terlalu mudah mengenal pasti jawapan atau bukan jawapan. Bagi ujian berbentuk objektif aneka pilihan. Jika pemilihan itu tidak tepat. Opsyen yang tidak ada persamaan boleh menjejaskan kebolehpercayaan skor ujian. malahan skor kurang dinganggu oleh tekaan. ketegangan emosi. . Oleh itu item tersebut adalah semata-mata sample bagi mewakili keseluruhan trait mengenai kebolehan seseorang.

yang memerlukan perbezaan besar dalam mengukur kebolehan dan pengetahuan.3 Mempertingkatkan Kebolehpercayaan Bagi mempertingkatkan kebolehpercayaan. jika calon memperolehi skoran 30 pada ujian pertama. Jika sasaran populasi adalah pelbagai.3 Kesahan Ujian . pendapat menyatakan agar tempoh masa ujian di panjangkan dan bilangan soalan ujian ditambah atau dibanyakkan.2. dan jika calon mengulang ujian yang sama. nilai indeks kebolehpercayaan mestilah nilai positif.7 = 33 atau 30 – 2. Perhatian hendaklah diberi terhadap tahap kebolehpercayaan yang berdasarkan ketekalan sample ujian dan percambahan ujian tersebut. ujian yang lebih lama adalah dipercayai lebih reliable dari ujian yang pendek. beliau dijangka akan memperolehi purata skoran diantara 30 + 2. Oleh itu. kita boleh mengenalpasti pada tahap 68%. Sebagaimana larian marathon memberi lebih jarak atau ruang diantara pelumba lari dari pelumba acara pecut 100 meter dan membolehkan pelumba ruang untuk menyusun langkah larian atau merapatkan larian. pengukuran ralat piawai akan memaklumkan keberkesanan skoran individu pelajar atau calon. Oleh kerana perkara sebegini tidak akan berlaku. Dan apabila sesuatu ujian atau peperiksaan diambil kira. ini akan meningkatkan tahap kebolehpercayaan keseluruhan dan nilai 0. calon dijangka akan memperolehi skoran 30 + (2 x 2.2 Indeks Kebolehpercayaan Selain dari nilai purata p ( indeks kesukaran ).7 ) = 25. Tahap yang dimaksudkan adalah jika 68% ketentuan maka ia akan ada pada tahap purata 1 atau pun jika pada tahap 96% .00. Namun.85 adalah diperlukan. ianya akan berada pada tahap 2. alpha akan mengukur kebarangkalian kebolehpercayaan dengan mengunakan ketekalan hasilan keputusan ujian. adalah lebih mudah untuk mencapai tahap kebolehpercayaan yang diperlukan.5. Indeks kebolehpercayaan akan menunjukkan pada tahap manakah hasilan keputusan ujian adalah sama jika semua pelajar mengambil atau mengulang semula ujian yang telah diambil ( dengan anggapan pelajar tersebut tidak ingat atau lupa akan ujian yang lepas ). Ini bermaksud . 5. 5. Ia akan mengenalpasti ditahap manakah skoran akan dikenalpasti ketepatannya. dan bagi kebanyakkan orang perbezaan pada kadaran 0.65 bagi setiap kertas ujian adalah memadai.7) = 35 dan 30 – ( 2 x 2.00 hingga + 1.7 = 27 dan pada tahap 96% pula. terdapat satu lagi indeks penting yang dipanggil indeks kebolehpercayaan atau “ alpha ( α ) “. Nilai julat indeks kebolehpercayan adalah diantara -1.2.

Sesuatu alat pengukur tidak memiliki kesahan untuk “semua tujuan”. Dalam bidang pengujian bahasa. Konsep kesahan sesuatu ujian bahasa sebagai alat untuk mengukur dan mengkuantitikan sesuatu kemahiran atau aspek bahasa tidak berbeza dengan konsep kesahan alat pengukur yang lain. Contoh-contoh ini perlu ditanyakan kepada diri sendiri apabila membina sesuatu alat ujian bahasa untuk menjaga darjah kesahan atau kesahihannya. Tinggi atau rendah kesahan sesuatu ujian bergantung pada ketepatannya mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang perlu diukur berdasarkan tujuan atau fungsi pengujian. sesuatu ujian merupakan alat untuk mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Setiap kali guru membina ujian bahasa. Sesuatu ujian mungkin sangat sah untuk sesuatu tujuan atau untuk sesuatu tahap umur ataupun untuk jenis subjek tertentu tetapi ia tidak mungkin sah dalam situasi lain. sama ada menguji kemahiran mendengar. Adakah ujian yang dibina benar-benar dapat menguji dan mengukur kemahiran murid mendengar?. Adakah ujian bertutur benar-benar dapat menguji dan mengukur kemahiran murid bertutur?. Dalam ujian bahasa timbul persoalan sama ada kesahan sesuatu ujian dianggap tinggi atau rendah menurut ketepatan mengukur sesuatu kemahiran atau aspek bahasa yang hendak diukur. ujian ejaan dianggap sah sekiranya benar-benar dapat mengukur kebolehan pelajar mengeja. kosa kata dan sebagainya amatlah penting bagi guru mempersoalkan kesahan ujian yang dibina. bertutur. Seterusnya kita melihat jenis kesahan yang terdapat dalam ujian yang baik. membaca.Alat taksiran yang mengukur apa yang ia ukur adalah sah. Oleh sebab sesuatu ujian yang tidak sah adalah dianggap tidak berguna maka seseorang itu hendaklah membentangkan bukti yang boleh memberi keyakinan bahawa ujian yang digunakannya mengukur tepat cirri-ciri ujian yang berkenaan direka bentuk untuk diukur. menulis atau aspek bahasa lain seperti tatabahasa. kadang kala alat ujian yang dibina tidak menepati tujuan ujian. Bincangkan . Adakah ujian kosa kata yang dibina guru benar-benar menguji perbendaharaan kata pelajar atau hakikatnya menguji tatabahasa? Atau berlaku sebaliknya. Perkara lain yang hendak diukur tidak terukur dan perkara lain pula yang terukur. ujian tatabahasa yang dibina guru tidak menguji pengetahuan tatabahasa sebaliknya menguji kosa kata. Berikan definisi kesahan ujian. Jika guru tidak diawasi. Contohnya. Dalam menilai kesahan ujian sesuatu ujian untuk tujuan tertentu kita hendaklah memeriksa satu atau lebih dari jenis kesahan berikut. Kadang kala sesuatu ujian mungkin tidak tepat mengukur perkara yang hendak diukur tetapi hanya mengukur sedikit sahaja atau sipi-sipi.

Contohnya. apakah subkemahiran yang membina kemahiran bertutur? .2 Kesahan Gagasan Kesahan gagasan adalah satu unsure yang dihipotesiskan untuk menerangkan beberapa aspek tingkahlaku manusia seperti kebolehan mekanik. Contohnya. kosa kata dan sebagainya. kecedersan atau sifat pendiam. Perkara penting dalam kesahan ini guru perlu merujuk semula rekod pengajaran seperti buku rekod mengajar dan sukatan pelajaran. apakah konstruk (konsep) sebuah kereta? Sebuah kereta terdiri daripada enjin. Bahagian yang mengisi konstrak mengenai sesuatu kemahiran bahasa sebenarnya adalah subkemahiran yang membina sesuatu kemahiran bahasa.3. meringkaskan karangan. atau kesahan kurikulum dan digunakan meluas dalam ujian pencapaian. pembina ujian hendaklah menganalisiskan kandungan sesuatu bidang ujian yang dinilai dan sterusnya menstruktur satu alat yang representative untuk mengukur pelbagai apsek kandungan berkenaan. Kesahan konstruk ialah satu konsep atau gagasan tentang sesuatu perkara atau benda sama ada yang abstrak atau maujud. cermin.3. menulis karangan. Ujian bahasa yang dibina bagi menilai kemajuan murid pada tahap tersebut mungkin mengandungi ujian tentang kemahiran lisan. ujian bulan Februari guru hendaklah menguji beberapa aspek tatabahasa yang telah diajarnya dalam bulan tersebut. peribahasa. membaca. Kesahan ini mempersoalkan sama ada sesuatu ujian mengandungi satu sampel yang seimbang tentang perkara yang telah diajar seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran atau program pengajaran. gear. pertengahan tahun dan ujian tahunan biasanya memerlukan guru membuat persampelan yang lebih luas tentang kemahiran dan aspek bahasa yang perlu diuji. Contohnya. setiap kemahiran bahasa seperti kemahiran mendengar. roda.1 Kesahan Kandungan Kesahan ini juga dikenali sebagai kesahan logic. Ujian bahasa yang bersifat sumatif seperti ujian akhir penggal. Bagaimanapun. bertutur dan membaca adalah konstrak atau konsep yang agak abstrak. tatabahasa. roda dan sebagainya. Juga dikenali dengan panggilan kesahan konstruk. Untuk menentukan kesahan kandungan. kesahan persampelan. 5. Kesahan ujian isi tinggi sekiranya item ujian yang dibina mewakili semua aspek tatabahasa yang telah diajar dalam bulan itu. Dalam bidang pendidikan bahasa.5. skop ujian hendaklah mewakili pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku dalam tempoh tersebut. Hal ini penting bagi ujian yang berbentuk sumatif atau formatif.

guru seharusnya faham dengan konstrak kemahiran membaca. Tanpa mengenali konstrak mengenai sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Selepas guru membina ujian yang bertujuan menguji sesuatu kemahiran atau aspek bahasa. Sebelum guru boleh menguji kemahiran muridnya dalam kemahiran membaca. perlulah disemak semula setiap item atau soalan supaya tidak terkeluar daripada batasan atau tujuan ujian dibina. Subkemahiran yang terlibat dalam sesuatu kemahiran asas bahasa sebenarnya pengisi konstrak tersebut. Bagi Hearon (1979). Sekiranya konstrak kita mengenai sesuatu kemahiran itu salah. guru ingin melihat subkemahiran penting seperti memilih isi. Contohnya. sebab kadang kala ujian bercorak „superficial‟ sahaja. Item yang dimaksudkan bukanlah menguji kefahaman bacaan murid dalam erti kata sebenarnya. Sebelum guru boleh menguji dan menilai kemahiran muridnya menulis karangan. Selepas diteliti. Menurut Savignon (1983). didapati terdapat beberapa item soalannya menguji kefahaman murid mengenai sinonim. dalam menguji kemahiran murid menulis karangan. kesahan ujian itu dari segi konstraknya boleh dipertikaikan. 5. menyusun isi. tidak mungkin kita boleh membina ujian yang sah dan menepati konstrak tersebut. kesahan muka saja tidak mencukupi. antonim dan dan penggunaan imbuhan. . ujian mesti kelihatan mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Mengandungi dua sub-kelas iaitu kesahan permala dan kesahan serentak. Oleh yang demikian. kosa kata dan aspek mekanis dalam penulisan. Sebaiknya sebelum ujian dicetak atau ditadbir. Contohnya. dan sama ada ujian itu menguji subkemahiran yang dianggap penting dalam sesuatu kemahiran bahasa yang hendak diuji.3 Kesahan Kriteria Kesahan yang ditunjukkan melalui perbandingan skor ujian dengan satu lebih pembolehubah luaran atau criteria yang dianggap berupaya menyediakan pengukuran secara terus terhadap tingkahlaku atau sifat tertentu dibawah kajian.Apabila kita hendak menilai sama ada ujian mengenai sesuatu kemahiran bahasa itu mengandungi kesahan konstrak atau tidak. kita akan mengukur dan menilai subkemahiran yang tidak berkaitan. dapatkan pandangan guru lain mengenai kesesuaian item dengan kemahiran atau aspek yang hendak diuji. guru telah membina satu ujian untuk menguji kefahaman bacaan pelajar dengan menggunakan soalan berbentuk aneka pilihan. Dalam menguji sesuatu kemahiran bahasa. Sekali pandang ujian ini mungkin mempunyai kesahan muka yang benar-benar menguji kefahaman bacaan. kesahan konstrak mengenai sesuatu kemahiran yang hendak diuji sangat penting. tatabahasa. kita persoalkan sama ada ujian tersebut benarbenar menguji konstrak kita mengenai kemahiran tersebut. dia seharusnya faham dengan konstrak kemahiran mengarang dalam bahagian penting yang terdapat dalam sesuatu karangan yang baik.3.

skor yang diperolehi para pelajar dalam ujian ini boleh dikaitkan dengan markah yang didapati dalam ujian sebelumnya untuk subjek yang sama. Semakin tinggi korelasi yang diperolehi semakin berkesanlah ujian berkenaan sebagai satu peramal. dan iii) lakukan korelasi diantara skor ujian tersebut dengan prestasi sebenar ujian yang dibentuk untuk diramal. tetapi hakikatnya bahawa ujian yang memeliki kesahan serentak tidaklah menjamin yang ia memiliki kesahan peramal. Contohnya sekiranya sesuatu ujian baru di struktur. yang mungkin lebi mahal dan lebih sukar untuk ditadbiekan. Sesuatu ujian yang meramal dengan tepat tingkahlaku pada masa hadapan yang kerananya dibentuk. Prosedur asas untuk menentukan kesahan peramal ialah i) mentadirkan ujian berkenaan. Bezanya ialah hasil yang diramal diukur pada masa yang agak sama dengan ujian peramal dibuat.? . dikatakan memiliki kesahan peramal. Kesahan serentak menyediakan bukti dengan agak cepat tentang keraguan sesuatu ujian. kita boleh mengaitkan skor yang diperolehi dalam ujian orang-orang yang berjaya dalam sesuatu pekerjaan dengan skor yang diperolehi dalam ujian pekerjaan lain untuk menentukan samada ujian berkenaan membezakan dua kumpulan tersebut. Masalah yang dikaitkan dengan kesahan peramal adalah ianya hanya boleh diterima hanya dalam situasi dimana ia telah disahkan atau dalam situasi yang sama. Apakah perbezaan ketara diantara kedua kesahan ini. akan dikaitkan dengan penilaian guru mereka ataupun dikaitkan dengan skor-skor yang didapati melalui ujian yang serupa yang telah disahkan. Bandingkan kesahan peramal dan kesahan serentak.i) Kesahan Peramal Pendidik biasanya berminat menggunakan sesuatu ujian untuk meramal sesuatu pada masa hadapan seperti kejayaan dalam persekolahan atau pekerjaan. ii) Kesahan Serentak Prosedur yang digunakan untuk menentukan kesahan serentak adalah sama dengan prosedur yang digunakan untuk menentukan kesahan peramal. Daripada menunggu beberapa tahu samada sesuatu ujian minat vokasional berupaya meramal kejayaan dalam sesuatu pekerjaan. ii) tunggu hingga prestatsi yang diramalkan oleh ujian berkenaan berlaku.

rbis digunakan untuk menentukan darjah keupayaan sesuatu item bagi membezakan antara calon daripada kumpulan yang mempunyai market keseluruhan ujian yang tinggi dengan yang rendah Indeks Kebolehpercayaan. Satu kaedah statistic mungkin mendapatkan satu nilai keatas persamaan sample yang bersamaan dengan parameter populasi tetapi akan mempunyai kadar variance yang tinggi ketas sample yang kecil. Dengan perkataan lain. sesuatu ujian itu dikatakan sah. ujian yang terlibat ialah praujian dan pascaujian. Pandangan berikutnya menyatakan satu pengukuran boleh menjadi tidak boleh dipercayai tetapi hendaklah mempunyai tahap kesahan yang tinggi. 1 jika memilih dan 0 jika tidak memilih opsyen bagi sesuatu item berkenaan. Indek diskriminasi ialah pekali korelasi yang mengaitkan skor ujian ( data selanjar ) dengan skor setiap opsyen ( data dikotomous . Dalam konteks Pembelajaran Masteri. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperolehi lagi mudahlah sesuatu item. Lagi tinggi peratusan item kesukaran lagi mudahlah item tersebut Indeks Diskriminasi. Kesahan sesuatu ujian merujuk kepada sejauh mana ujian berkenaan dapat mengumpul maklumat berkaitan bidang yang ditetapkan. Institusi pemikir memberikan konsep bahawa kebolehpercayaan sebagai invariance dan kesahan adalah unbiasedness. . sekiranya ujian berkenaan boleh mengukur sesuatu yang sebenarnya hendak diukur atau sepatutnya diukur. Boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab ujian dengan betul.Rumusan Sesetengah ahli bijak pandai mempertikaikan mengenai pandangan amalan tradisi bahawa “ kebolehpercayaan adalah satu kemestian tetapi kesahan tidak diperlukan” dan kenyataan ini adalah disangkal. Satu cara untuk mencari ketakalan dalaman atau keseragaman soalan Indeks Kesukaran. Glosari Cronbach Alpha. Indeks kebolehpercayaan akan menunjukkan pada tahap manakah hasilan keputusan ujian adalah sama jika semua pelajar mengambil atau mengulang semula ujian yang telah diambil ( dengan anggapan pelajar tersebut tidak ingat atau lupa akan ujian yang lepas ). Kesahan.

dan kebolehbergantungan ujian berkenaan. tepat seperti yang sepatutnya serta boleh diterima pakai tanpa keraguan. Barbara et al (2002). . Al (1991).  KR-20 (Kuder & Richardson. (5th Edition). D. Test Construction. OH.<m(k-m)) ks2 Rujukan Moskal. 1939).Digunakan untuk item yang diskor secara dikotomi (betul-salah) seperti dalam ujian objektif perlbagai pilihan KR20 = k k–1 KR21 = k k–1 ( 1 . reliability and the assessment of engineering education. New York : Macmillan Wood. Kebolehpercayaan. Columbus. Kesahan ini mempersoalkan sama ada sesuatu ujian mengandungi satu sampel yang seimbang tentang perkara yang telah diajar seperti yang terdapat dalam sukatan pelajaran atau program pengajaran Kesahan Kriteria. Ini bermaksud sesuatu ujian yang boleh dipercayai akan menghasilkan maklumat yang tekal (merujuk kepada beberapa pentadbiran ujian yang telah dijalankan).Kesahan Gagasan. ketepatan. 1937. Formula Kudder Richardson 20 dan 21 dibuat berdasarkan penskoran yang dibuat secara diskrit atau dikotomi. (1960). Charles E. Inc. ujian mesti kelihatan mengukur apa yang sepatutnya hendak diukur. Konstruk ialah satu konsep atau gagasan tentang sesuatu perkara atau benda sama ada yang abstrak atau maujud Kesahan Kandungan. Merill Books.<Σpq) σT2 ( 1 . Validity. Measurement and Evaluation in Psychology and Education. Journal of Engineering Education Thorndike.A. Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada ketekalan. Menurut Savignon (1983). et. Kaedah ini digunakan bagi soalan ujian yang skorannya adalah 0 or 1.

D..) (1995). (Dr. Van Dalen. Writing and Administring Examinations. (1979).P. Understanding Educational Research. CITO.Inc . R.Van Krieken. 4th Edition.McGraw-Hill.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful