You are on page 1of 26

SIRI ANNAIM (38)

CARA-CARA PENGURUSAN MAYAT (memandi, mengapan, sembahyang dan kebumi)


Oleh : Haji Muhammad B. Haji Abdul Rahman Ketua Bahagian Penyelidikan dan Dakwah JHEUIK
Dikeluarkan oleh : Jabatan Hal Ehwal Ugama Islam Kelantan

.
Risalah kecil ini datang menemui adik-adik saudara kaum muslimin bagi menjelaskan cara-cara urusan fardhu kifayah yang mesti disempurnakan oleh orang-orang Islam terhadap seseorang Islam yang telah mati sama ada kecil atau besar, lelaki maupunperempuan, kita sedia maklum dan percaya setiap yang hidup pasti akan berkesudahan dengan mati . Firman Allah SWT : Ertinya : Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawa pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan amalan kamu, ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. Hidup lawannya mati, selepas mati kemudian manusia akan dibangkit hidup semula pada hari kiamat bagi menerima balasan di atas segala amalan dan perbuatannya di dunia ini. Sabda Nabi SAW :

, , : , , , ,

. ,
Ertinya : Daripada Amru Bin Maimun Al-Aidi R.A, katanya Rasulullah S.A.W ada bersabda kepada seorang, menasihatkannya : "Rebutlah peluang lima keadaan sebelum datangnya keadaan yang lain, keadaan mudamu sebelum datang keadaan tuamu dan keadaan sihatmu sebelum datangnya keadaan sakitmu, dan keadaan berada (kaya)mu sebelum datangnya keadaan fakir (berhajat)mu dan keadaan lapangmu sebelum datangnya keadaan sibukmu, dan keadaanmu masih hidup sebelum datangnya matimu. (hadis riwayat At-tirmizi). Dan Sabda Nabi SAW lagi :

. ,
Ertinya : Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada mati serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi mati itu, mereka itu ialah orang-orang yang benar-benar cerdik. Dan mereka akan pergi ke alam akhirat (alam baqa') dalam keadaan mulia di dunia dan membawa iman dan amalan yang akan memberi kemuliaan di akhirat (beramal sempurna untuk mendapat balasan di akhirat tanpa meninggal nikmatnya di dunia). PERKARA-PERKARA YANG WAJIB TERHADAP ORANG MATI Perkara-perkara yang wajib terhadap orang mati (fardu kifayah) empat perkara : 1. 2. 3. 4. Memandikan mayat. Mengapankannya. Sembahyang ke atasnya. Mengebumikannya.

1. Memandikan Mayat Salah satu daripada mandi yang diwajibkan ialah memandikan mayat dan adalah fardu kifayah dan disyaratkan : 1. Mayat itu mayat orang Islam. 2. Mayat itu ada tubuh walau sedikit sekalipun. 3. Mayat itu bukan mati syahid ma'rakah.

Cara Memandikan Mayat Sebelum seorang mayat dimandikan perlu disediakan lebih dahulu beberapa perkara supaya setelah dimandikan dapat di kapan kemudian di sembahyang dan dibawa ke kubur untuk disemadikan (dikebumikan) tanpa kelengahan lagi itu : 1. Disediakan air mutlak secukupnya. 2. Air daun bidara atau sabun mandi. 3. Air kapur baruh. Ketiga perkara ini alat untuk memandikan mayat. 4. Kain kapan secukupnya. 5. Kapas satu bungkus. 6. Air mawar. 7. Serbuk pewangi (debu kayu gaharu atau lainnya). 8. Pengusung mayat (keranda). 9. Kayu tudung liang lahad atau lung. 10. Kain untuk tudung keranda atau pengusung untuk diusung ke kubur. 11. Ugupan (kemenyan) dan bekas bara api. Setelah semua perkara di atas sudah ada dan orang yang hendak sembahyang pun ada, mayat dibawa masuk ke bilik mandi atau di mana-mana tempat yang sesuai untuk dimandikan mayat, mula-mula : 1. Disalinkan pakaiannya (pakaian-pakaian basahan). 2. Diletakkan di atas tempat tinggi atau di riba oleh keluarganya. Dan orang yang memandikan mayat seelok-eloknya memakai sarung tangan. 3. Dibersihkan najis pada tubuh jika ada. 4. Dihilangkan perkara yang menegah sampai air ke seluruh badannya. 5. Diangkatkan sebelah atas tubuhnya (sebelah kepala) dan disandarkan punggungnya ke paha atau sesuatu. Dan diurutkan atas perutnya kemudian ditekan sedikit dengan perlahan-lahan supaya keluar kekotoran yang patut keluar dari duburnya (Nguwam) kemudian dibasuh duburnya seperti biasa. 6. Mayat ditelentangkan, dimandikan dengan air mutlak meratakan tubuhnya dan digosok, seperti mandi wajib daripada janabat, haid atau sebagainya, supaya meratai air ke seluruh badan termasuk celah-celah paha. Lipatanlipatan dan sebagainya. 7. Disugikan mulutnya dengan benda lembut seperti kain putih yang disediakan khas baginya dan dicungkilkan di celah-celah kuku jika perlu, dan diselati celah-celah jari atau janggutnya jika ada dan perlu disisir rambutnya. 8. Kemudian dibalik badannya sebelah kanan ke atas sebelah kiri ke bawah dicucurair mutlak, digosok-gosok dan dicucur air hingga rata. 9. Dibalik pula tubuhnya. Supaya sebelah kiri ke atas dan sebelah kanan ke bawah dan dicucuri air supaya meratakan semua tubuhnya. Semasa melintang,menyenggeng hendaklah digosok tubuhnya supaya hilang

segala kekotoran dan disertakan dengan air daun bidara atau kapur baruh atau sabun bagi memudahkan hilang kekotoran daki jika ada. Sekali rata semua tubuh sekali. Kemudian dicucur lagi hingga tiga kali rata air rata, kemudian dicucur air daun bidara diakhiri dengan air kapur baruh (semolek-moleknya 3 kali). Orang yang berhak memandikan mayat Orang yang lebih utama memandikan mayat ialah keluarganya (warisnya) yang terdekat jika ia pandai memandikan mayat, jika tidak keluarganya yang lebih dan beramanah walau macam mana sekalipun mayat lelaki hendaklah dimandikan oleh orang lelaki atau isterinya atau orang yang haram nikah dengan si mati, begitu juga mayat wanita hendaklah dimandikan oleh wanita atau suaminya atau orang yang haram nikah dengannya. Jika ketiadaan mereka-mereka seperti ini ditayamumkan sahaja, seperti mayat perempuan tidak ada orang perempuan atau suaminya atau mahramnya begitu juga sebaliknya. Setelah selesai mandi disalin kain basahan itu dan dilapkan tubuhnya dengan kain yang bersih. Semasa menukar pakaian dan semasa memandikan, wajib dijaga jangan terbuka auratnya dan di tempat memandikan mayat sama ada bilik atau tidak hanya orang yang perlu sahaja boleh masuk kerana jaga aurat si mati dan seorang kerabatnya yang terdekat. 2. Fardu Kifayah yang kedua terhadap mayat orang Islam ialah kapan. Setelah selesai dimandikan dan disalin kainnya dengan kain yang bersih mayat dikapankan iaitu : 1. Kain kapan telah disediakan, yang wajibnya selapis bagi lelaki dan perempuan. Dan afdal bagi lelaki tiga lapis bungkus lepuk (tanpa baju dan serban) menggunakan kain kapan berwarna putih menutup seluruh badannya dan salah satu daripadanya kain pakai atau tiga lapis selain daripada kain pakai dan boleh dipakai baju dan serban dengan dua lapis kain kapan yang lain. Manakala bagi mayat perempuan afdal lima lapis iaitu kain pakai di pinggang, baju, telekung atau kain tudung kepala dan dua lapis kain kapan yang lain menutup semua tubuhnya (badan mayat).

2. Kain kapan dihampar sehelai demi sehelai dan ditaburkan di atasnya dengan serbuk pewangi seperti debu kayu gaharu atau kapur baruh atau sebagainya dialas di atas kain kapan dengan kapas dan direnjis air mawar atau sebagainya. 3. Mayat lelaki dipakai kain lebih dahulu baru diletak di atas kain kapan tersebut, kedua tangan mayat diletak ke atas badannya, tangan kanan diletak di atas di atas tangan kirinya seperti semasa kiam sembahyang atau kedua-dua tangannya diluruskan menurut badannya. Dan bagi mayat perempuan dipakai kainnya, bajunya lebih dahulu kemudian baru diletak di atas kain kapan yang terhampir itu. Tangannya diletak sama seperti lelaki juga kemudian dipakai telekung atau kain tudung kepala. 4. Kapas digunakan untuk menutup lipatan-lipatan badan, sendi-sendi dan muka si mati sebelum dibungkus dengan kain kapan. 5. Kain kapan hendaklah ditutup (dibalut tubuh si mati) selapis demi selapis kemudian diikat dengan tali daripada kain putih juga jika ada supaya tidak terbuka. Sebaik-baik ikatan lima ikatan ; di bahu, di punggung, di betis, di hujung kepala dan hujung kaki. Ikatan itu dibuka semasa hendak dikebumikan dan setelah dimasukkan ke dalam kubur. 3. Fardu Kifayah yang Ketiga Fardu kifayah yang ketiga wajib dilakukan ke atas mayat orang Islam ialah sembahyang iaitu setelah selesai kapan, mayat diletakkan di tempat yang suci atau di dalam usungan. Jika mayat lelaki kepalanya di sebelah kiri orang yang hendak sembahyang ke atasnya, dan kakinya di sebelah kanan mereka tersebut. Dan jika mayat perempuan adalah sebaliknya dan diletak terlentang melintang kiblat di sebelah hadapan. Orang hendak sembahyang ke atasnya dan ditudung dengan kain yang bersih. Rukun Sembahyang Mayat Rukun sembahyang mayat tujuh perkara : 1. 2. 3. 4. 5. Niat sembahyang ke atas mayat. Takbir Allahuakbar empat kali. Berdiri betul bagi orang yang berkuasa. Membaca Al-Fatihah selepas Takbiratul Ihram. Berselawat ke atas Nabi SAW selepas takbir kali yang kedua.

6. Doa bagi si mati selepas takbir yang ketiga. 7. Memberi salam "Assalamualaikum warahmatullah" selepas takbir yang keempat. Cara-cara sembahyang ke atas mayat Mula-mula berdiri betul dan bertakbiratul Ihram "Allahuakbar" disertakan dengan niat iaitu jika mayat orang lelaki :


Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat lelaki empat takbir kerana Allah Taala. Jika mayat perempuan dewasa lafaz niatnya :


Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat perempuan empat takbir kerana Allah Taala. Dan lafaz niat bagi mayat kanak-kanak lelaki :


Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat kanak-kanak lelaki empat takbir kerana Allah Taala. Dan jika mayat kanak-kanak perempuan lafaz niatnya :


Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas ini mayat kanak-kanak perempuan empat takbir kerana Allah Taala. Dan lafaz niat bagi sembahyang mayat yang ghaib :


Ertinya : Sengaja aku sembahyang mayat si anu anak si anu yang ghaib empat

takbir kerana Allah Taala. Jika mayat ghaib itu perempuan :


Ertinya : Sengaja aku sembahyang mayat si anu anak perempuan si anu yang ghaib empat takbir kerana Allah Taala. Semua lafaz ini bagi sembahyang berseorangan, jika berimam sebut jadi imam atau mengikut imam mana yang berkenaan.

)(
Atau

)(
Jika mayat yang hadir itu ramai, lafaz niatnya :


Ertinya : Sengaja aku sembahyang di atas semua mayat ini empat takbir kerana Allah taala. Jika seorang diri tetapi jika berimam sama seperti lafaz di atas tadi menyebut imam atau mengikut imam. Selepas takbiratul Ihram baca surah Al-Fatihah dari awal hingga akhirnya, setelah habisFatihah takbir kali yang kedua "Allahuakbar" Selepas takbir ini berselawat ke atas Nabi SAW iaitu seperti :


Dan sunat ditambah

.
Kemudian takbir kali yang ketiga, selepas takbir ini baca dengan doa bagi mayat seperti:

. .
Dan sunat menambah

. . , . . . .
Ertinya : Ya Allah ampunilah baginya dan muliakanlah tempatnya dan lapangkanlah tempat masuknya (di dalam kubur) dan mandikanlah dia dengan air salji dan air dingin (embun) dan bersihkanlah dia daripada kesalahan (dosa) seperti dibersihkan kain putih daripada kekotoran dan gantikanlah tempat yang lebih baik daripada tempat tinggalnya dan ahli (keluarga) yang lebih baik daripada ahlinya dan sahabat yang lebih baik daripada sahabatnya dan masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungkan dia daripada seksa kubur dan seksa neraka. Ini lafaz doa bagi mayat lelaki jika perempuan semua ha' dhomir ditukar kepada haaseperti :

.
Dan seterusnya kecuali :


Dikekalkan hi berbaris di bawah iaitu :


Dan jika mayat kanak-kanak lelaki doanya :

, . ,
Dan doa bagi mayat kanak-kanak perempuan :

, , . ,
Selepas itu takbir "Allahuakbar" kali yang keempat kemudia membaca doa :

Doa ini kepada mayat lelaki dan jika mayat perempuan dhomir berbaris hadapan di ganti dengan haa seperti :


Dan seterusnya. Ertinya : Ya Allah, janganlah Engkau tahankan kami ganjaran pahalanya dan janganlah Engkau fitnahkan kami selepas kematiannya, ampunilah kami dan juga dia yang telah mati dan ampunilah saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan beriman dan jangan Engkau jadikan di dalam hati kami kebencian / kecemburuan terhadap orang-orang yang beriman sesungguhnya Engkau Maha Lemah-lembut lagi Pengasih dan Penyayang. Doa ini sunat jua tidak rukun. Kemudian memberi salam "Assalamualaikum warahmatullah" seperti lain-lain sembahyang jua iaitu disudahi dengan memberi salam. Setelah selesai sembahyang dengan memberi salam baca Al-fatihah dan dibaca doa bagi si mati

, , .
Lafaz doa ini bagi mayat lelaki, jika mayat perempuan diubah dhomir "hu" itu : kepada "haa" seperti

- -
: Atau doa ini

, , , , , . , , , , . , , , . , .
Doa ini untuk si mati lelaki, jika si mati perempuan, maka lafaz doanya sebagai : berikut

, ,

, , . , , , , , . , , , . , .
Beberapa perkara sunat bagi sembahyang jenazah 1. Sunat bagi imam berdiri berbetulan dengan kepala mayat jika si mati itu lelaki, dan berdiri berbetulan dengan pinggang mayat jika si mati itu perempuan. 2. Sunat sembahyang jenazah di masjid. 3. Sunat berjemaah - makin ramai orang yang bersembahyang jenazah makin besar faedah dan kelebihannya. Bilangan sepatutnya tidak kurang daripada empat pulut orang dan jika boleh cukup seratus orang atau lebih. 4. Mengangkat dua tangan semasa bertakbir pada tiap-tiap kali (sebanyak empat kali). 5. Perlahankan bacaan. 6. Membaca A'uzubillah sebelum bismillah. 7. Sunat dijadikan tiga saf jika makmun ramai iaitu sekurang-kurang dua orang bagi satu-satu saf. 4. Fardu kifayah mengebumikannya. yang keempat terhadap mayat orang Islam,

Iaitu apabila seorang Islam mati wajiblah ia dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan (dikuburkan). Sekurang-kurang kubur yang wajib ialah yang dapat menahan daripada keluar bau dan terselamat daripada dibongkar oleh binatang buas. Dalamnya lebih daripada seperdirianmanusia biasa sekadar setengah hasta dan sebaik-baiknya dibuat liang lahad (ini lebih afdal) iaitu dikorek lubang di sebelah kiblat lubang kubur sekadar termuat mayat jika tanah kubur itu keras (liat) tetapi jika tanah itu perus (mudah runtuh) memadai digali di tengah-tengah lubang kubur itu seperti parit bagi memudahkan letak mayat. Cara menurunkan mayat ke dalam kubur Mayat hendaklah diusung dan dimasukkan pengusung ikut sebelah kaki kubur dan diletakkan mayat yang di dalam pengusung itu di tepi kubur (sebelah balik kaki kubur) dan dikeluarkan mayat daripada pengusung itu kepada terus diturunkan ke dalam kubur dan ditarik pengusung ikut sebelah kaki mayat. Mayat sunat disambut oleh tiga orang di dalam kubur, semuanya lelaki tidak kecuali mayat lelaki atau perempuan. Sebaiknya kerabat si mati yang lebih dekat kalau mayat itu perempuan yang bersuami salah seorang ialah suaminya sendiri. Mayat diletak dalam liang lahad dengan mengadap kiblat iaitumenyenggeng di atas lambung kanan atau tengah lorong yang dibuat di tengah lubang kubur dengan cara yang sama dan ditutup dengan papan atau long mana yang berkenaan. Disunatkan semasa memasuk mayat ke dalam kubur membaca :

1. 2. ,
Dan sunat diraup tanah tiga kali raup- raup yang pertama di baca

dan dijatuhkan tanah itu ke dalam kubur dan diraup kali kedua baca dan dijatuhkan ke dalam kubur, diraup kali ketiga baca dan
dijatuhkan ke dalam kubur juga. Semasa menurunkan mayat sunat ditudung dengan kain di atas muka kubur lebihlebih lagi (sunat muakkadah) jika mayat itu mayat perempuan atau khunsa. Kubur sunat dikambus dan ditinggikan sedikit sekadar sejengkal tetapi tidak membusut tinggi bahkan seperti sutuh.

PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH


KANDUNGAN
Mukaddimah | Melawat Orang Yang Sakit & Hikmahnya | Apabila sah matinya | Mengurus Jenazah | Orang yang berhak menguruskan jenazah | Perkaraperkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya | Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan jenazah | Persediaan dan keperluan untuk memandikan jenazah | Cara memandikan jenazah | Cara mengkafan jenazah | Solat jenazah | Cara mengebumikan jenazah | Talkin jenazah.

~~~

Mukaddimah ~~~(Kandungan)

Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan. Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu. Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. Sejajar dengan itu maka terbitlah halaman web ini bagi memberikan sedikit bimbingan dan panduan. Seperkara yang perlu diingat di samping kita menguruskan jenazah, diharap ianya dapat menjadi pengajaran kepada kita yang masih hidup untuk bersiap sedia menuruti jejaknya suatu hari nanti. Dengan adanya panduan-panduan ini adalah diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan kepada para pelawat jika berlaku sesuatu kematian agar dapat membantu menguruskannya. Marilah kita memahami kehendak fardhu kifayah ini, moga-moga ianya dapat menjadi penyambung kesempurnaan dalam pengamalan syariat agama kita.

~~~~~~~ InsyaAllah ~~~~~~~

~~~

Melawat orang yang sakit dan hikmahnya ~~~(Kandungan)

Sakit adalah datangnya dari Allah. Penyakit yang ditimpa ke atas kita sebenarnya mengandungi hikmah. Antaranya ialah :

1. Memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita bahawa kita ini lemah dan
tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah. Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan Allah. Allah ingin mengampunkan dosa kita yang kita telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak.

2. 3.

Oleh itu, kita hendaklah sabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah kepada kita dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud : 'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'. Ketika berada dekat dengan orang sakit, bacalah doa ini berulang kali,

Umat Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam. Apa yang perlu di lakukan ketika menghadapi seseorang yang dalam keadaan nazak?

1. Perlu berada di sisinya. 2. Sentiasa mengingatkannya dengan kalimah Syuhadah iaitu : Ash-hadu allah illaha illallah.....(cari tulisan jawi !!!!!!)
di telinganya dan hendaklah dimadkan bacaan kalimah tersebut. Manakala rakan-rakan yang lain membaca Al-Quran atau Yasin.

3. Pesakit hendaklah ditelentangkan menghala ke Qiblat dan qiam


tangannya.

~~~

Apabila sah matinya ~~~(Kandungan)

1. Apabila seseorang itu telah disahkan matinya, perkara-perkara berikut


hendaklah dilakukan : Hendaklah kita ucapkan :

2. Tukarkan pakaiannya dan bersihkan 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.


kekotoran yang keluar dari duburnya. Rapatkan kedua belah matanya. Qiamkan tangannya seperti dalam sembahyang. Rapatkan mulutnya. Ikat dagunya dan simpul di atas ubunnya. Luruskan kakinya. Ikatkan kedua ibu jari kakinya. Letakkan di tempat yang tinggi. Hadapkan ke Qiblat.

~~~

Mengurus Jenazah ~~~(Kandungan)

Mengurus jenazah orang Islam, merupakan fardhu kifayah, yakni apabila sudah dikerjakan oleh sebahagian dari orang Islam yang lain, maka yang lainnya tidak berdosa, akan tetapi apabila tidak seorang pun yang mengerjakan kewajipan tersebut, maka semua orang Islam dalam satu kampung atau kawasan tersebut akan berdosa. Di antaranya yang wajib kita kerjakan dalam mengurus jenazah ialah :

1. 2. 3. 4.

Memandikannya. Mengkafankan jenazah. Solat ke atas jenazah. Mengebumikannya.

~~~

Orang yang berhak menguruskan Jenazah ~~~(Kandungan)

Orang yang berhak dan lebih afdal untuk menguruskan jenazah ialah dari kalangan

keluarganya atau warisnya yang terdekat misalnya ; anaknya sendiri kalau simati bapanya. Kalau warisnya tidak ada kemampuan atau pengalaman, bolehlah diminta Imam atau Bilal di kawasan tersebut untuk menguruskannya.

~~~ Perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh Warisnya ~~~(Kandungan) 1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian. 2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.
Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat

kebenaran atau pengesahan dari doktor.

3. 4. 5. 6. 7. 8.

Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat. Menentukan bilal untuk memandikan mayat. Urusan menggali kubur. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat. Menguruskan kenderaan untuk jenazah. Ucapan takziah.

~~~

Sifat-sifat yang mesti ada pada seseorang yang hendak menguruskan Jenazah ~~~(Kandungan)

1. 2. 3. 4.

Sifat berani. Sabar. Amanah. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

~~~ Persediaan dan keperluan untuk memandikan Jenazah ~~~(Kandungan) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.


Sediakan tempat mandi. Sabun mandi. Air daun bidara. Air bersih. Sugi - 7 batang. Sarung tangan - 3 atau 5. Sedikit kapas. Air kapur barus.

9. Baldi serta gayong.


Sebelum memandikan mayat, pastikan dahulu kubur telah digali dan peralatan mengkafan mayat telah disediakan seperti :

1. Kain putih (bidang 45") - 20 meter bagi dewasa 2. Gunting 3. Kapas 4. Cendana 5. Kapur barus 6. Air mawar 7. Minyak wangi (Minyak Attar) 8. Tikar jerami 9. Bantal (dari daun pandan) 10. Tempat mandi yang khas. ~~~ Cara memandikan Jenazah ~~~(Kandungan) 1. Letakkan mayat di tempat mandi
yang disediakan.

2. Tutup seluruh anggota mayat kecuali


muka.

3. Semua Bilal hendaklah memakai 4. 5. 6. 7. 8.


sarong tangan sebelah kiri. Sediakan air sabun. Sediakan air kapur barus. Istinjakkan mayat terlebih dahulu. Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya. Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau mimicit-micit perutnya secara perlahan-lahan dan hati serta kotoran dalam mulutnya dengan menggunakan kain alas atar tidak tersentuh auratnya.

9. Siram dan basuh dengan air sabun sahaja dahulu. 10. Kemudian gosokkan giginya, lubang hidung, lubang telinga, celah ketiaknya, celah
jari tangan dan kakinya dan rambutnya.

11. Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga. 12. Kemudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat :

Lafaz niat memandikan jenazah lelaki :

"Sahaja aku memandikan jenazah (lelaki) kerana Allah Taala" Lafaz niat memandikan jenazah perempuan :

"Sahaja aku memandikan jenazah (perempuan) kerana Allah Taala"

13. Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali
dengan air bersih.

14. Siram sebelah kanan 3 kali. 15. Siram sebelah kiri 3 kali. 16. Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah
belakang.

17. Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula. 18. Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram seperti bil. 13 hingga 17. 19. Lepas itu siram dengan air kapur barus. 20. Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan jenazah lelaki :

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah s.w.t"

"Sahaja aku berniat mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah s.w.t" Cara mewudukkan jenazah ini iaitu dengan mencucurkan air ke atas jenazah itu bermula dari muka dan akhir sekali pada kakinya, sebagaimana melaksanakan wuduk biasanya. Jenazah lelaki hendaklah dimandikan oleh lelaki dan mayat wanita hendaklah dimandikan oleh perempuan.

21. Siram dengan air sembilan. 22. Setelah selesai dimandikan dan diwudukkannya dengan baik dan sempurna 23. 24. 25. 26.
hendaklah dilapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat. Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan. Lepas itu usung dengan menutup seluruh anggotanya. Segala apa-apa yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan berama (Contoh : rambut, kuku dll). Dengan ini selesailah kerja memandikan mayat dengan sempurnanya.

~~~

Cara-cara mengkafankan jenazah ~~~(Kandungan)

Pertama : Hendaklah disediakan tiga lembar kain kafan dibentangkan dengan disusun, kain yang paling lebar diletakkan di bawah atau dengan cara kain tiga lembar dibentangkan dan letaknya agak serong yang atas melebar dan yang bawah mengecil, setiap lembar disapu dengan wangi-wangian atau minyak wangi yang tidak mengandungi alkohol. Kedua : Ketiga : Hendaklah disediakan tali pengikat sebanyak tiga atau lima utas yang diletakkan di bawah kain kafan tersebut. Hendaklah disediakan kapas yang disapu dengan wangi-wangian dan kayu cendana yang digunakan untuk menutup antara lain : 1. Kemaluan 2. Wajah (muka) 3. Kedua buah dada 4. Kedua Telinga 5. Kedua siku tangannya 6. Kedua tumitnya

Keempat : Angkatlah mayat tersebut dengan berhati-hati kemudian baringkan di atas kain kafan yang sudah dibentangkan. Kelima : Tutupkan jenazah itu dengan kapas yang telah disediakan pada bahagian-bahagian yang telah disebutkan di atas.

Keenam :

Hendaklah kain kafan tersebut diselimutkan atau ditutupkan dari lembar yang paling atas sampai lembar yang paling bawah, kemudian ikatlah dengan tali daripada kain yang telah disediakan sebanyak tiga atau lima ikatan. Semua tali pengikat mayat hendaklah disimpul hidup di sebelah kiri. Sebelum diikat di bahagian kepala, benarkan warisnya melihat atau menciumnya. Tulislah kalimah "ALLAH dan MUHAMMAD" di dahi mayat dengan menggunakan minyak wangi. Setelah siap diikat renjislah dengan air mawar dan sapulah minyak wangi.

~~~

Solat Jenazah ~~~(Kandungan)

Dalam mengerjakan solat jenazah, yang paling utama ialah dikerjakan secara berjemaah dan harus dijadikan tiga saf (barisan) sekurang-kurangnya setiap satu saf dua orang. Bagi orang perempuan diperbolehkan mengikuti berjemaah bersama-sama dengan orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah setalah disolatkan oleh orang lelaki. Adapun hukum solat jenazah ini adalah Fardhu Kifayah seperti hal menguruskannya.

1. Cara mengerjakan Solat Jenazah


Bagi jenazah lelaki, Imam yang akan mendirikan solat ke atasnya hendaklah berdiri searah dengan kepala jenazah itu. Bagi jenazah perempuan, Imam hendaklah berdiri searah dengan lambung atau bahagian tengah jenazah itu. Tentang tempat untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah

2.

3.

dengan syarat tempatnya itu luas dan bersih. Rukun Solat Jenazah Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun rukunnya ada empat : i. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan ii. Berdiri bagi yang berkuasa. iii. Bertakbir empat kali. iv. Salam Lafaz niat solat jenazah : a. Lafaz niat solat jenazah lelaki secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala" b. Lafaz niat untuk jenazah perempuan secara persendirian :

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah ini dengan empattakbir fardhu kifayah kerana Allah Taala" c. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala"

d. Lafaz niat untuk mayat perempuan bagi Imam.

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi Imam kerana Allah Taala" e. Lafaz niat untuk mayat lelaki bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(lelaki) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

f. Lafaz niat untuk jenazah perempuan bagi Makmum

"Sahaja aku berniat mendirikan solat ke atas jenazah(perempuan) ini dengan empat takbir fardhu kifayah menjadi makmum kerana Allah Taala"

4. Bacaan dan Doa dalam Solat Jenazah. a. Takbir yang pertama :


Membaca lafaz :

Allahu Akbaru (Allah Maha Besar). Kemudian dilanjutkan dengan membaca Al-Fatihah :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang berkuasa mengadili pada hari pembalasan. Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memita segala pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Iaitu Jalan orang yang engkau kurniakan nikmat ke atras mereka, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.

b. Takbir yang kedua. Membaca lafaz seperti pada takbir pertama, kemudian dilanjutkan dengan membaca selawat atas Nabi Muhammad s.a.w :

"Ya Allah! Berilah rahmat atas penghulu kami Muhammad s.a.w dan atas keluarganya sebagaimana Engkau telah memberi rahmat pada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Dan berkatilah atas Nabi Muhammad s.a.w. dan atas keluarganya. Sebagaimana Engakau memberkati Nabi Ibarahim dan atas keluarganya. Pada seluruh alam. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia". c. Takbir yang ketiga :

Selepas takbir yang ketiga hendaklah membaca doa untuk memohonkan ampun pada si mati :

"Ya Allah! Ampunilah dia dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia. Dan muliakanlah kedatangannya dan luaskanlah tempat masuknya (kuburnya) dan bersihkanlah dia dengan air salju dan embun, bersihkanlah dia dari segala dosa dan sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran dan gantikanlah baginya rumah yang lebih baik dari rumahnya dan gantikanlah isteri yang lebih baik dari isterinya dan gantikanlah keluarga yang lebih dari keluarganya dan peliharalah (hindarkanlah) dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

d.

Takbir yang ke empat.

Selepas mengangkat takbir yang keempat hendaklah membaca doa seperti di bawah ini :

"Ya Allah ! Janganlah kiranya pahala tidak sampai pada kami dan janganlah Engkau memberi pada kami fitnah sepeninggalannya dan ampunilah kami dan dia dan bagi saudara -saudara kami yang telah mendahului kami dengan imam dan janganlah menjadikan gelisah (dengki) dalam hati kami pada orang-orang yang beriman, Ya Allah! Ya Tuhan kami sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Selanjutnya yang terakhir adalah memberi salam dan palingkan ke kanan dan ke kiri dengan membaca :

Back | Home

You might also like