You are on page 1of 19

TAJUK : PENDIDIK CEMERLANG PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BIsmillahirrahmanirrahim.. Mahatma Gandhi pernah berkata : Jadilah sebahagian daripada perubahan yang ingin kamu saksikan di dunia ini. Begitulah dominannya peranan seorang pendidik yang cemerlang dalam menjana transformasi pendidikan Negara. Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,dan seterusnya seantero dewan yang budiman. Assalamualaikum , salam sejahtera, dan salam satu Malaysia.. PENDIDIK CEMERLANG PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA BEGITULAH MAUDUK PEMBUKA BICARA. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin Menteri Pelajaran Malaysia, pendidik Cemerlang ialah pendidik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pendidik Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Kecemerlangan yang ada pada pendidik akan membawa perubahan kepada system pendidikan Negara.

Sidang dewan yang budiman, Bingkisan wacana saya yang pertama berpaksikan pendidik Cemerlang ialah Pendidik yang mempunyai peribadi, kemahiran dan pengetahuan yang unggul. Pendidik cemerlang ialah pendidik yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan, dan berpegang teguh kepada etika perguruan. Pendidik cemerlang juga mampu menguasai bidang kepakarannya, menjadi pakar rujuk, seterusnya berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud "Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat," Dengan adanya pendidik yang cemerlang ini, maka transformasi pendidikan Negara berjaya dilakasanakan. Buktinya pada tahun 2010, bermulalah kurikulum standard sekolah rendah yang kini sudah masuk tahun kedua. Program Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) berjaya direntas dan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan, sekolah berprestasi tinggi kian membanggakan. Sidang dewan yang berwawasan,

Yang tidur, bangkitlah, Yang celik, bukalah minda, Mari bersama saya menyusuri wacana ke-2 PENDIDIK CEMERLANG, HASIL KERJA GEMILANG, KOMUNIKASI TERBILANG Sebagai pendidik, perlulah berupaya meningkatkan hasil pembelajaran ke arah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik juga harus memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi. Menurut dato seri Muhammad najib tun abdul razak, pendidikan di Malaysia memerlukan pendidik yang mempunyai hasil kerja yang gemilang dan komunikasi yang terbilang bagi menggerakkan transformasi pendidikan Negara bertaraf dunia. Hal ini selaras dengan BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) yang bermatlamat mentransformasikan pendidikan Negara di peringkat global.

Seandainya saya bertanyakan anda tentang kumpulan JOZAN dengan lawak tak kering gusi mereka, Safee Sali yang tangkas beraksi harimau malaya, ROZITA CHE WAN YANG CANTIK

LAGI MENAWAN sudah pasti anda sedia maklum. Tetapi, adakah anda kenal nama-nama seperti : Amy Ng May Kay, Nur Adibah Mohd Hadzi, Nuradiza Rani dan Rohaizah Mohd Faijan Daniel Rajasingam Subramaniam ? Sudah tentu jawapannya TIDAK kerana mereka ini merupakan pelajar yang telah mengharumkan nama Negara di arena antarabangsa. Amy Ng May Kay ialah pemenang pingat emas dalam pertandingan APEC Future Scientist Conference. Nur Adibah Mohd Hadzi, Nuradiza Rani dan Rohaizah Mohd Faijan merupakan pemenang Anugerah Kedua Pengawal Pantai Amerika Syarikat atas ciptaan Bum Minyak Asli mereka manakala Daniel Rajasingam Subramaniam telah memenangi hadiah utama Anugerah Kesusasteraan Dublin untuk Remaja Malaysia 2011. Kehebatan mereka ini adalah hasil daripada pendidik cemerlang, hasil kerja pendidik yang gemilang, dan komunikasi pendidik yang terbilang. Lantaran itu, transformasi pendidikan Negara bertaraf dunia akan dapat direalisasikan.

Sidang dewan penjana transformasi, Mari kita meneliti wacana saya yang ke -3 PENDIDIK CEMERLANG, PENDIDIK BERWAWASAN, PROAKTIF DAN INOVATIF Dalam hal ini, pendidik cemerlang seharusnya berupaya menjana idea baru dalam pelbagai bidang dan berkongsi idea bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara. Pendidik juga haruslah mempunyai inisiatif dan bersifat responsif dalam mentransformasikan pendidikan negara untuk mendepani cabaran globalisasi. Menurut Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi mantan Perdana Menteri Malayasia yang kelima mengatakan bahawa warga pendidik perlulah berwawasan, proaktif dan inovatif serta sentiasa berada di barisan hadapan agar sistem pendidikan Negara dinamik dan progresif. Membaca , menulis dan mengira (3M) menjadi asas kepada pembentukan akademik seseorang pelajar. Dalam bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA pendidikan, bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan 3M,program Literasi dan Numerasi ( LINUS) telah diperkenalkan.Sesungguhnya, program transformasi pendidikan yang telah dijalankan ini membantu murid-murid kearah penguasaan 3M yang lebih mantap.

Buktinya ,menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr. Zahri Aziz ,pencapaian Literasi dan Numerasi meningkat kepada 85 peratus berbanding 64 peratus manakala kadar numerasi meningkat kepada 91 peratus berbanding 73 peratus pada saringan kedua dan ketiga selepas diperkenalkan pada tahun 2010.Kejayaan ini dicapai apabila pendidik cemerlang, yang mempunyai wawasan tinggi, proaktif dan inovatif dalam melaksanakan transformasi pendidikan Negara.

4 NKRA Pendidikan lepasi sasaran


PUTRAJAYA 20 Feb. Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) program Transformasi Kerajaan (GTP) berjaya meningkatkan taraf pendidikan dan prestasi pencapaian pelajar-pelajar sekolah kebangsaan tahun lalu dan dijangka bertambah baik tahun ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, ia dibuktikan melalui pencapaian cemerlang empat NKRA yang melepasi sasaran asal iaitu prestasi prasekolah, literasi dan numerasi serta Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) termasuk Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP). Katanya, aspirasi NKRA Pendidikan memberi penekanan kepada meningkatkan pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual, emosi, rohani dan jasmani. Peningkatan pencapaian pelajar pada semua peringkat pendidikan amat penting untuk membangunkan modal insan yang cemerlang bagi menghasilkan tenaga kerja mahir supaya Malaysia menjadi negarar berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, katanya. Selain itu, aspirasi NKRA Pendidikan juga adalah untuk memastikan pendidikan berkualiti dan berkemampuan dapat dikecapi oleh semua pihak bagi menambahbaik dan meningkatkan taraf penduduk Malaysia secara menyeluruh. Dalam NKRA Pendidikan, dua fokus utama telah dijadikan asas kepada transformasi yang dilaksanakan iaitu memastikan semua kanak-kanak mendapat permulaan pendidikan berkualiti serta membangunkan budaya pencapaian untuk memacu transformasi dalam sistem pendidikan. Aspirasi NKRA memberi penekanan kepada pencapaian pelajar secara holistik dari segi intelektual, emosi, rohani dan jasmani sekali gus membangunkan modal insan cemerlang bagi mencapai hasrat menuju negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dapat dicapai, katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, di samping empat sub-bidang NKRA (lihat carta), bidang-bidang utama lain juga akan ditambah baik untuk memastikan kelangsungan transformasi serta menghasilkan outcome seperti dihasratkan. Antara perkara yang diberi penekanan dan keutamaan termasuk profesioan keguruan lebih menarik serta membangunkan guru-guru yang cemerlang. Hasil satu kajian syarikat perunding antararbangsa ke atas sistem pencicikan dinegara-negara maju membuktikan bahawa kualiti guru merupakan pemangkin utama dalam memastikan kecemerlangan sistem pendidikan sesebuah negara.

Pada masa yang sama, Kementerian Pelajaran juga sedang melaksanakan transformasi kurikulum bagi memastikan modal insan yang dihasilkan memenuhi permintaan dan keperluan bagi mencapai taraf negara maju. Transformasi kurikulum juga memberi penekanan kepada aspek penguasaaan bahasa khususnya Bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris tanpa meminggirkan bahasa ibunda murid. Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr. Zahri Aziz berkata, pencapaian prasekolah telah melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu 72.42 peratus berbanding 72 peratus dengan bilangan prasekolah sebanyak 1,500. Sebanyak 315 buah prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran telah beroperasi mulai Januari tahun lalu dan tambahan sembilan kelas dibina di Sarawak dan pusat komuniti di Sabah yang mula beroperasi mulai pertengahan Jun 2010. Selain itu, 50 prasekolah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan 500 prasekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) telah mula beroperasi. Ini termasuk prasekolah swasta yang telah berjaya dibuka melebihi unjuran daripada 488 kepada 625 sekali gus menyaksikan 701,144 kanak-kanak berusia empat dan lima tahun ke atas di seluruh negara telah menyertai prasekolah, katanya. Pada masa sama, Zahri berkata, seramai 24,179 murid prasekolah swasta daripada keluarga berpendapatan RM2,300 ke bawah layak menerima bantuan yuran sebanyak RM150 sebulan membabitkan peruntukan sebanyak RM10.8 juta. Pemberian bantuan yuran adalah untuk menggalakkan semua kanak-kanak yang tinggal di kawasan tiada prasekolah awam, mengikuti pendidikan prasekolah swasta. Bantuan makan untuk kanak-kanak prasekolah awam pula telah diselaraskan dan dinaikkan kepada RM1.80 di Semenanjung dan RM2.05 di Sabah dan Sarawak melibatkan peruntukan sebanyak RM4.9 juta, katanya. Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 3,439 guru prasekolah awam dan swasta telah mendapat latihan daripada 11 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) manakala 3,561 lagi dilatih oleh Institut Pendidikan Guru (IPG). Pada tahun ini sebanyak 715 prasekolah kementerian, 1,000 (Kemas), 50 (JPNIN) dan 1,000 (swasta) dijangka beroperasi, katanya. Bagi pencapaian Literasi dan Numerasi (Linus), Zahri memberitahu, peratus murid yang menguasai literasi meningkat kepada 85 peratus berbanding 64 peratus manakala kadar numerasi meningkat kepada 91 peratus berbanding 73 peratus pada saringan kedua dan ketiga. Walaupun tidak mencapai sasaran 90 peratus, pencapaian setakat ini merupakan satu indikator kepada sasaran untuk 2012 nanti, katanya.

Sementara itu, sejak 20 sekolah SBT dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan pembentukan sahsiah pelajar, banyak kejayaan dirangkul sekolah terbabit di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Antaranya tiga orang pelajar Kolej Tunku Kurshiah muncul sebagai Naib Johan Intel ISEF dalam kategori Special Award di San Jose, Amerika Syarikat dengan projek bertajuk Natural Oil Boom. Seorang pelajar SMK Aminuddin Baki pula memenangi pelbagai pertandingan renang peringkat antarabangsa iaitu dua pingat perak dalam 2nd ASEAN School Games, satu emas dan satu perak dalam SEA Age Group , satu emas, dua perak dan satu gangsa dalam Malaysian Open serta mewakili negara dalam 51st Japan Open Swimming Championship, Sukan Komanwel dan Sukan Asia. SK Bandar Baru Uda 2 pula memenangi dua pingat emas, satu pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Mathematics Olympiad. Pada masa sama, SBT sedia ada akan dipantau bagi memastikan petunjuk prestasi utama (KPI) dan sasaran yang ditetapkan tercapai, katanya. Sementara itu, katanya, guru besar atau pengetua yang layak menerima ganjaran menerusi tawaran baru berdasarkan Baiah, mereka perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang cemerlang, bebas daripada sebarang tindakan tata tertib serta tiada audit bersyarat. Kriteria bagi sekolah rendah pula mempunyai syarat tambahan iaitu mencapai sasaran Linus yang ditetapkan. Menerusi program SIP yang diperkenalkan bagi membantu sekolah-sekolah berprestasi rendah, ia ternyata berkesan apabila dinilai menerusi pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), katanya. Berdasarkan perbandingan pencapaian UPSR tahun 2009 dan 2010, didapati sekolah-sekolah berprestasi rendah telah berjaya menunjukkan pencapaian yang baik. Sebanyak 140 daripada 209 sekolah rendah telah menunjukkan penambahbaikkan dalam pencapaian Gred Purata Sekolah (GPS).

KERTAS KERJA KAJIAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN (MTT2353)


PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN CABARAN DALAM MENEMPUH ABAD KE21. Pendahuluan Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :

Pembangunan tenaga manusia Kepesatan pertumbuhan ekonomi Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual Pembangunan teknologi dan sains Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain. Sebagai

sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan, sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia pendidikan di peringkat antarabangsa.

PERANAN guru sebagai tunjang utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan di negara ini sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Fungsi dan peranan guru dipandang tinggi dan diiktiraf bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda, pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Oleh yang demikian, pemilihan tema hari guru pada tahun ini iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" adalah amat bertepatan sekali. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud berkata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru atas jasa bakti tidak kenal erti jemu dalam usaha mendidik anak-anak bangsa yang amat memerlukan ilmu bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.

"Guru bertindak sebagai pencetus dan penggerak kepada proses transformasi sistem pendidikan negara dalam usaha melahirkan generasi masa depan yang intelek, berdaya saing, berjati diri kukuh dan berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai sejagat," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini. Menurut beliau, Kementerian Pelajaran telah merencanakan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi memantapkan proses dan pengendalian pembelajaran dan pengajaran (P&P) di sekolah. "Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang selepas ini akan diikuti pula oleh Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) juga tidak akan berjaya tanpa komitmen dan sokongan jitu para guru. "Peranan guru juga besar dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Satu Murid Satu Sukan (1M1S). "Semua dasar dan pembaharuan pendidikan ini tidak akan memberi makna tanpa warga pendidik sebagai golongan yang berada di barisan hadapan dalam memacu arus pendidikan agar sentiasa dinamik dan progresif," jelas beliau. Terang beliau lagi, Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang dilancarkan pada awal tahun lalu menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara.

"Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar. "Namun demikian, tanpa komitmen dan usaha gigih para guru, semua pelan yang direncanakan pasti sukar untuk dijayakan dan ia jelas menunjukkan betapa besar peranan para guru yang berupaya mencorak dan membentuk generasi masa muka," tambahnya. Abd. Ghafar berkata, transformasi dalam pendidikan akan terus berlaku kerana ia selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju dengan acuan tersendiri yang mengambil kira kepercayaan, budaya dan nilai setempat yang terpelihara sekian lama. "Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada guru dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum juga pembinaan sahsiah anak didik. "Justeru, saya menyeru agar warga pendidik sentiasa bersedia untuk menyambut sebarang perubahan pendidikan bagi diterjemahkan semasa proses P&P dalam bilik darjah," ujarnya. Beliau menambah, kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif dan inisiatif bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. "Keprihatinan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha seperti menubuhkan jawatankuasa mengkaji beban tugas guru, cadangan wujudkan jawatan pembantu guru, menambah baik infrastruktur

sekolah, menyediakan peluang melanjutkan pelajaran dan menambah kuota pengetua serta guru cemerlang sehingga peringkat JUSA C," terang beliau. Abd. Ghafar berkata, cadangan penstrukturan semula pemberian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan bagi guru-guru di Sabah dan Sarawak membuktikan bahawa bidang pendidikan, guru-guru dan murid-murid walau di mana sahaja berada menjadi keutamaan dalam agenda semasa kerajaan. "Konsep pendemokrasian pendidikan sentiasa dipraktiskan oleh pihak kementerian bagi memastikan peluang mengikuti pendidikan berkualiti dapat dikecapi secara sama rata di seluruh negara tanpa mengira batas geografi, gender, tahap sosio ekonomi, bangsa dan fahaman politik," jelasnya. Katanya lagi, pelbagai inisiatif diambil bagi memastikan tiada golongan yang terpinggir seperti penyediaan Sekolah pendidikan khas dan kelas integrasi pendidikan khas bagi kanak-kanak kelainan upaya "Kementerian Pelajaran juga telah mengambil langkah memperkemas dan menambah baik syarat dan kriteria pengambilan guru pelatih bagi kursus pra perkhidmatan. "Langkah untuk meningkatkan profesionalisme guru akan meningkatkan martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat," terangnya. Menurut Abd. Ghafar, usaha memartabatkan profesion keguruan tidak akan mencapai sasaran jika dirancang dan dilaksanakan pada peringkat kerajaan atau kementerian sahaja.

Katanya, warga pendidik sendiri selaku agen perubahan perlu memainkan peranan berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. "Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif. "Guru-guru juga disarankan supaya mengaplikasi dan mengamalkan kaedah P&P terkini seiring dengan proses globalisasi agar kekal relevan dan mampu menarik minat murid-murid untuk menimba ilmu," jelasnya.

KOTA KINABALU, 11 Julai -- Pencapaian luar biasa pelajar Maktab Sabah di Pertandingan Tarian Dunia 2011 di Paris baru-baru ini membuktikan pelajar negeri ini mampu bersaing dan cemerlang di peringkat antarabangsa, kata Pengarah Pelajaran Negeri Datuk Dr Muhiddin Yusin. Beliau berkata kejayaan maktab itu meraih tiga pingat emas dan satu anugerah harus dijadikan motivasi oleh pelajar serta sekolah di seluruh Sabah dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan bukan akademik. "Maktab ini membanggakan Jabatan Pelajaran serta meletakkan Sabah dan Malaysia di peta

dunia dalam bidang tarian di kalangan pelajar sekolah. "Kejayaan Maktab Sabah akan membuka mata semua pihak dan meningkatkan keyakinan mereka bahawa sekolah tempatan mampu mencipta nama dalam acara di peringkat antarabangsa, setaraf dengan institusi dari negara maju," katanya pada majlis penghargaan di sekolah itu Isnin. Minggu lepas, Maktab Sabah menerusi penyertaan sulungnya di WDC, menewaskan 27 pasukan lain dalam kategori Tarian Rakyat (Berpasukan), selain mencatat kemenangan berganda bagi kategori Duet/Trio, serta meraih pingat emas bagi segmen Kontemporari dan Keseluruhan Terbaik. Koreografer untuk pasukan yang dianggotai lapan pelajar lelaki dan dua perempuan turut menerima Anugerah Koreografi Terbaik

Ciri-ciri Guru Cemerlang


Guru Cemerlang mempunyai cirri-ciri yang berikut dari segi kualiti: a. Peribadi Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh kepada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar yang dapat menjadi role model kepada warga pendidik. b. Pengetahuan dan kemahiran Guru Cemerlang ialah guru yang menguasai dan menghayati kandungan matapelajaran atau bidang pengkhususan dan kepakarannya, menjadi pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran, bijak mengurus masa, bahan sumber, alat pengajaran dan pembelajaran, mampu mengenal pasti keperluan dan masalah pembelajaran pelajar serta menyediakan program tindakan susulan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. c. Hasil kerja Guru Cemrlang ialah guru yang berupaya meningkatkan hasil pembelajaran (learning outcomes) kea rah membangunkan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

d. Komunikasi Guru Cemerlang ialah guru yang memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.

e. Potensi Guru Cemerlang ialah guru berwawasan, proaktif, mempunyai inisiatif, bersifat responsive dan inovatif dalam rangka menjalankan tugas sebagai pendidik. f. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan Negara Guru Cemerlang ialah guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan Negara.

You might also like