You are on page 1of 2

REMAJA HIDU GAM PADA TAHAP KRITIKAL PUTRAJAYA: Walaupun tiada maklumat lengkap jumlah remaja terbabit dengan

kegiatan menghidu gam di negara ini, tetapi tidak dinafikan kegiatan yang berleluasa di kalangan remaja berusia 12 hingga 22 tahun itu berada pada tahap kritikal. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Profesor Dr Mahmood Nazar Mohamed, berkata pihaknya sukar memperoleh maklumat lengkap berikutan tiada akta membolehkan penghidu gam ditangkap. Apa yang boleh saya katakan, kegiatan menghidu gam di negara ini memang serius dan ia agak terkenal di kalangan penduduk tempatan Sarawak dan pendatang asing tanpa izin (Pati) di Sabah, manakala di Selangor dan Kuala Lumpur, ia lebih sinonim dengan pelajar yang ingin mencuba. Jika tidak ditangani dari peringkat awal, kita bimbang mereka terbabit dengan kegiatan itu menjadi seorang penagih satu hari nanti dan kemungkinan itu perlu dielakkan. Ini berikutan lima peratus daripada jumlah penagih dirawat di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) mengaku pernah menghidu gam ketika remaja, sebelum menghadapi ketagihan melampau menyebabkan mereka beralih kepada dadah, katanya. Dr Mahmood berkata, walaupun tidak banyak jumlah kematian direkodkan akibat kegiatan itu, tetapi penagih gam berdepan risiko kematian akibat bekalan oksigen yang terputus ketika penghidu gam asyik melakukan perbuatan itu. Pada 2000, ada tiga atau empat kematian direkodkan akibat menghidu gam. Ini menunjukkan kegiatan ini mengundang bahaya yang besar kerana tubuh tidak memperoleh oksigen mencukupi menyebabkan mereka lemas. Ketika seseorang itu sedang menghidu gam, mereka menyedut dengan cepat dan berulang kali supaya mudah khayal, tanpa menyedari tindakan itu sebenarnya menghalang bekalan oksigen ke otak, akibatnya mereka boleh meninggal dunia serta merta, katanya. Menurutnya, kajian Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) awal tahun lalu mendapati faktor utama mendorong remaja menghidu gam akibat kelalaian ibu bapa yang tidak mengambil tahu kegiatan dilakukan anak mereka. Katanya, sikap lepas tangan ibu bapa dan memberi penuh kepercayaan kepada anak memberi kesan buruk terhadap tingkah laku anak, sekali gus mendorong mereka melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam.

HIDU GAM ITU APA ? Hidu gam ialah aktiviti tidak sihat yang di lakukan oleh sebahagian remaja di Malaysia.Mereka melakukan aktiviti menghidu gam ini untuk berseronok dan tidak menghiraukan kesan buruk yang akan mereka alami daripada aktiviti tersebut. Kesan buruk daripada aktiviti menghidu gam adalah seperti berikut. 1. Menghidu gam boleh membawa kematian kerana gam mengandungi toksik yang boleh mengganggu fungsi jantung. 2. Kesan euforia iaitu kelihatan seronok tanpa sebab (Stim) 3.Boleh terjebak kepada penagihan dadah 4. Boleh menjadi nyanyuk,hilang ingatan,gila dan hilang upaya deria. 5. Boleh menjadi lumpuh 6.Menjadi pemalas dah hilang minat untuk belajar

HIDU PEN MARKER GANTI GAM ? Tidak cukup menghidu gam dan minyak petrol, kini ada sebilangan remaja di negara ini melepaskan gian menghidu bahan alkohol dan bahan kimia yang terdapat di dalam dakwat pen penanda atau marker. Teknik terbaharu itu didedahkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ekoran beberapa operasi pihaknya sejak kebelakangan ini. Ketua Pengarah AADK, Datuk Zuraidah Mohamed berkata, harga pen berkenaan yang jauh lebih murah selain mudah diperoleh di pasaran juga dipercayai menjadi punca ia pilihan utama remaja sebelum berjinak-jinak dengan dadah sebenar. Caranya, mereka menghidu kepala pen ini sekuat mungkin bagi mendapatkan kesan khayal yang maksimum dan tidak kisah jika hidung diwarnai dakwat sekalipun kerana yang penting mereka khayal,- Sumber Kosmo Kesan keburukan menghidu pen marker, gam dan sebagainya. 1. Kematian, kerana gam yang mengandungi bahan organic atau pelarut seperti toluene serta trichloroethylene itu adalah toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika di ambil secara berlebihan , bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian. 2. Ia juga boleh memberi kesan serta merta seperti kesan euphoria iaitu kelihatan seronok tanpa sebab. 3. Seseorang itu juga boleh menjadi dan sekiranya terus di biarkan tidak mustahil boleh terjebak dengan ganja ataupun dadah. 4. Kesan lain ialah risiko menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila dan hilang upaya deria. 5. Boleh juga mengakibatkan kelumpuhan pada bahagian tertentu sekiranya di ambil berlebihan. 6. Hilang minat untuk belajar dan menjadi pemalas. 7. Merosakkan masa depan. 8. Boleh bertindak di luar kawalan dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang lain seperti mengamuk, bergaduh, merempit dan sebagainya. Paling bahaya jika gejala ini diamalkan urat saraf dibahagian kepala... kata orang boleh putus, boleh mengakibatkan gila atau langsung terus menemui kematian :( Moralnya perkara seumpama ini jangan sesekali di cuba-cuba walaupun sekadar utk suka-suka :( kerana kesannya amat bahaya.

You might also like