You are on page 1of 11

PERLEMBAGAAN

BAGI

BADAN KEBAJIKAN

TAMAN SRI JAYA GONG PAUH

24000 CUKAI

KEMAMAN

TERENGGANU DARUL IMAN


PERLEMBAGAAN BADAN KEBAJIKAN
Taman Sri Jaya Gong Pauh,Cukai,
Kemaman, Terengganu.

FASAL 1 NAMA.

1.1 Pertubuhan ini dikenali dengan nama BADAN KEBAJIKAN TAMAN SRI JAYA
GONG PAUH, CHUKAI, KEMAMAN TERENGGANU.

Selepas ini disebut “BADAN KEBAJIKAN”.

FASAL 2 TEMPAT URUSAN.

2.1 Alamat dan tempat urusan Badan Kebajikan ialah Balai Raya Kg. Gong Pauh, 24000
Cukai, Kemaman, Terengganu Darul Iman, dan alamat untuk surat menyurat 11046,
Taman Sri Jaya, Gong Pauh, 2400 Cukai, Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Badan Kebajikan tidak boleh
diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

FASAL 3 TUJUAN / MATLAMAT.

3.1 Menyatupadu dan mengeratkan hubungan di antara semua penduduk di Taman Sri Jaya
khususnya dan kawasan sekitarnya amnya.

3.2 Membantu pertubuhan lain dalam apa jua urusan yang berkaitan dengan kemasyarakatan
sekitar.

3.3 Mengadakan aktiviti-aktiviti berfaedah berlandaskan Agama dan Undang-Undang


Negara bagi kepentingan para penduduk disamping mengikuti atau mengambil bahagian dalam
aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pertubuhan / Persatuan / Badan Kebajikan dalaman
yang lain secara aktif.

3.4 Menjadi badan penghubung di antara para penduduk diantara para penduduk dengan
mana-mana Pertubuhan / Persatuan / Badan Kebajikan dalaman mahupun luaran yang
dibenarkan atau diluluskan oleh undang-undang.

3.5 Bekerjasama dengan mana-mana Pertubuhan / Persatuan / Badan Kebajikan dalaman


mahupun luaran yang mana bertujuan sama dengan Badan Kebajikan ini demi untuk
kebaikan ahli.

3.6 Untuk memberi khidmat masyarakat dan sokongan kepada semua penduduk khususnya
dalam kegiatan kemasyarakatan.

3.7 Memupuk semangat kejiranan, tolong menolong, bantu-membantu, semangat tolenransi


dikalangan penduduk untuk membentuk masyarakat madani.
FASAL 4 KEAHLIAN.

4.1 Syarat-syarat untuk menjadi ahli Badan Kebajikan mestilah berumur 21 tahun dan ke
atas, warganegara Malaysia, lelaki atau perempuan tanpa mengira bangsa dan agama,
dan terbuka kepada semua penduduk Taman Sri Jaya Gong Pauh dan kawasan sekitarnya.

4.2 Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang
ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh
mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

4.3 Tiap-tiap permohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas,
henfaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang
ditetapkan diterima menjadi ahli Badan Kebajikan dan berhaklah ia sebagai ahli.

4.4 Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Badan
Kebajikan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib
Canselor Universiti yang berkenaan.

FASAL 5 BAYARAN KEAHLIAN MASUK DAN YURAN BULANAN.

5.1 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Bayaran masuk RM5.00 (Lima Ringgit Sahaja)

Yuran bulanan RM2.00 (Dua Ringgit Sahaja)

5.2 Yuran bulanan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 10
hari dari awal tiap-tiap bulan.

5.3 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat
peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak
keistimewannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

5.4 Ahli yang membiarkan hutangnya sebayak lebih dari jumlah yuran bagi tiga bulan
dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Badan Kebajikan dan Jawatankuasa
boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat
mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya
terlebih dahulu.

5.5 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah
membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

5.6 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh
dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir
membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, maka wang itu akan
dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.
5.7

FASAL 6 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

6.1 Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Badan Kebajikan hendaklah menberi
kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala
hutangnya.
6.2 Mana-mana ahli yang gagal mematuhi pelembagaan Badan Kebajikan atau bertindak
dengan cara yang akan mencemarkan nama baik Badan Kebajikan boleh dipecat atau
digantung keahliannya bagi satu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh
Jawatan Kuasa. Mana-mana ahli yang terlibat salah guna dadah atau kesalahan jenayah
yang lain dan telah disabitkan kesalahan terserbut oleh pihak berkuasa undang-undang
akan dengan sendirinya terkeluar dari menjadi ahli Badan Kebajikan.

FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

7.1 Pengelolaan Badan Kebajikan ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurang-
kurangnya 1/2 dari jumlah ahli atau 2 (dua) kali ganda bilangan Ahli Jawatankuasa
Badan Kebajikan mengikut yang mana lebih kurang daripada jumlah ahli yang hadir di dalam
mesyuarat bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk
bermesyuarat.

7.2 Jika korum tidak mencukupi selepas 1/2 jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh ( tidak lebih
daripada 30 hari ) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Badan Kebajikan dan jika korum
masih tidak mencukupi selepas1/2 jam daripada waktu yang ditetapkan untuk Mesyuarat
Agung yang ditangguhkan itu, ahli yang hadir berkuasa untuk menjalankan mesyuarat
tetapi tidak berkuasa untuk meminda Perlembagaan Badan Kebajikan dan keputusan-
keputusan yang melibatkan semua ahli.

10.1. Tiap-tiap ahli berhak untuk mengundi dan mempunyai satu undi. Pengundian bagi
memilih Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan di fasal 7 dalam Perlembagaan boleh
dibuat secara sulit atau secara terbuka oleh ahli-ahli yang hadir di dalam Mesyuarat
Agung.

7.4 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Badan Kebajikan hendaklah diadakan secepat mungkin
setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripad 30hb Jun pada tarikh,
masa dan tempat yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agong
Tahunan ialah:

7.4.1 Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan aktiviti Badan Kebajikan


bagi sesi Tahun yang lalu;

7.4.2 Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diauditkan bagi
tahun yang lalu;

7.4.3 Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan pemeriksa kira-kira untuk
tempoh dua tahun yang akan datang; dan

7.4.4 Mengurus lain-lain perkara yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

7.5 Pengumuman Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha kepada
semua ahli tidak lewat daripada 14 hari sebelum mesyuarat diadakan. Setelah usul,
cadangan dan lain-lain perkara yang hendak dirundingkan di dalam Mesyuarat Agung
hendaklah dikemukakan oleh ahli-ahli kepada Setiausaha tidak lewat dari 10 hari
sebelum Mesyuarat Agung dijalankan secara bertulis. Setiausaha hendaklah menyediakan untuk
setiap ahli sebelum mesyuarat dijalankan satu agenda yang termasuk salinan-salinan
peringatan mesyuarat, laporan-laporan aktiviti yang akan dibincangkan beserta dengan
Penyata Kira-Kira Badan Kebajikan bagi tahun yang diaudit. Salinan surat ini juga
hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Badan
Kebajikan.
7.6 Mesyuarat Agung Khas Badan Kebajikan

7.6.1 Bila difikirkan perlu dan penting oleh Jawatankuasa Badan Kebajikan ; atau Atas
permintaan ahli-ahli secara bertulis oleh tidak kurang 1/5 orang ahli yang berdaftar,
dengan menyatakan tujuan dan sebab-sebab Mesyuarat Agung Khas perlu diadakan.
Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Badan Kebajikan.

7.6.2 Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di
dalam tempuh sebulan dari tempoh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

7.6.3 Pengumuman dan Mesyuarat Agung Khas hendaklah diedarkan kepada semua ahli oleh
Setiausaha sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan oleh Majlis
Jawatankuasa.

7.6.4 Fasal 7.1 dan 7.2 dalam seksyen ini berkenaan dengan korum dan penangguhan
Mesyuarat Tahunan digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas tetapi dengan syarat jika
korum tidak mencukupi selepas 1 jam dari waktu yang ditetapkan, maka mesyuarat itu
hendaklah dibatalkan dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh itu Mesyuarat
Agung Khas atas permintaan ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

FASAL 8 JAWATANKUASA BADAN KEBAJIKAN.

8.1 Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Ahli Jawatan Kuasa Badan Kebajikan
hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

8.2 Jawatan dalam Jawatan Kuasa Badan Kebajikan mestilah terdiri daripada :-

8.2.1 Seorang Pengerusi


8.2.2 Seorang Naib Pengerusi
8.2.3 Seorang Setiausaha
8.2.4 Seorang Penolong Setiausaha
(dilantik oleh Pengerusi dengan persetujuan Jawatankuasa)
8.2.5 Seorang Bendahari
8.2..6 13 orang Ahli Jawatankuasa

8.3 Pemegang-pemegang Jawatan Badan Kebajikan ini dan tiap-tiap pegawai yang
menjalankan tugas eksekutif dalam Badan Kebajikan ini hendaklah terdiri dari
warganegara Malaysia.

8.4 Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas kecuali Penolong Setiausaha hendaklah


dicadangkan dan disokong dan pemilihan akan dijalankan dua tahun sekali dengan cara
mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai layak
memegang jawatan selama 2 ( dua ) tahun serta layak dipilih semula.

8.5 Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Badan
Kebajikan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalan Badan
Kebajikan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa
seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan
mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa
mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah
mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap
Mesyuarat Agung Tahunan.
8.6 Jawatan Kuasa hendaklah mengadakan Mesyuarat Majlis Jawatankuasa sekurang-
kurangnya sekali dalam tiga bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah
diberikan kepada ahli-ahli tujuh hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau
tidak kurang daripada empat orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil
supaya diadakan mesyarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya
setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa diperlukan untuk mengesahkan
perjalanan daan mencukupkan korum mesyuarat.

8.7 Seorang Ahli Jawatan Kuasa yang tidak menghadiri mesyuarat sebanyak 3 kali berturut-
turut tanpa kenyataan atau sebab-sebab yang munasabah dianggap tidak lagi berminat
untuk menjalankan tugas Badan Kebajikan dan digugurkan jawatannya.

8.8 Jika berlaku kematian, perletakan jawatan dan sebagainya oleh seseorang Ahli
Jawatankuasa, Majlis Jawatan Kuasa berhak untuk melantik mana-mana Ahli Badan
Kebajikan yang difikirkan sesuai bagi mengisi kekosongan berkenaan tetapi jika jawatan
Pengerusi calun yang mendapat undi kedua terbanyak semasa Mesyuarat Agung yang
lepas akan memegang jawatan tersebut jika ahli tersebut masih berminat. Jika tiada maka
Naib Pengerusi akan memangku jawatan tersebut sehingga Mesyuarat Agung yang akan
datang.

8.9 Tertakluk kepada Perlembagaan ini Jawatan Kuasa Badan Kebajikan berkuasa
mengambil tindakan yang wajar dan mendatangkan faedah kepada Badan Kebajikan untuk
kepentingan Badan Kebajikan dan untuk mencapai objektif-objektif Badan Kebajikan.

8.10 Jawatan Kuasa Badan Kebajikan boleh membentuk Jawatankuasa Kecil dari masa
kesemasa untuk dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas perlaksanaan rancangan
Badan Kebajikan bagi mencapai objektif-objektif dan matlamat Badan Kebajikan.

8.11 Majlis Jawatankuasa Badan Kebajikan berkuasa untuk menggantung atau


memberhentikan keahlian seseorang ahli jika didapati bersalah kerana cuba merosakkan
nama baik Badan Kebajikan atau berbuat sesuatu yang bertentangan dengan
Perlembagaan Badan Kebajikan dan Undang-Undang Negara atau tingkah laku yang
boleh mencemarkan nama Badan Kebajikan atau terlibat atau camputangan di dalam
perbuatan mengutuk atau mencaci pegawai-pegawainya ataupun dasar-dasarnya.

8.12 Segala urusan berkaitan dengan Badan Kebajikan hendaklah diuruskan melalui
Jawatankuasa Badan Kebajikan melainkan seseorang ahli Badan Kebajikan itu
diamanahkan untuk menjalankan urusan tersebut.

8.13 Menerima perletakan jawatan dari mana-mana Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan dan
berhak melantik mana-mana ahli Badan Kebajikan yang difikirkan sesuai untuk mengisi
kekosongan tersebut demi kebaikan Badan Kebajikan.

8.14 Berhak memanggil Mesyuarat Agung Khas Badan Kebajikan bagi membincangkan
sesuatu perkara yang dianggap penting demi kebaikan Badan Kebajikan.

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI.

9.1 Pengerusi.

Pengerusi, dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua


Mesyuarat Agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas
kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah
ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah
menandatangani semua cek Badan Kebajikan bersama-sama dengan Setiausaha dan
Bendahari.

9.2 Naib Pengerusi.

Semasa ketiadaan Pengerusi, Naib Pengerusi akan memangku jawatan Pengerusi


dan mempunyai semua kuasa yang diberi kepada Pengerusi.

9.3 Setiausaha.

Setiausaha hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Badan Kebajikan mengikut undang-


undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia
bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua buku,
surat dan kertas kecuali akaun dan buku-buku kewangan. Setiausaha hendaklah
menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, tempat dan
tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat
rumah tiap-tiap ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan
mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek Badan Kebajikan bersama-sama
Pengerusi dan Bendahari. Setiausaha hendaklah dalam masa enam puluh hari dari tarikh
Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata tahunan Badan Kebajikan
kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki dibawah Seksyen 14(1)
Akta Pertubuhan 1966.

9.4 Penolong Setiausaha.

Membantu Setiausaha dalam semua aspek pengurusan Badan Kebajikan supaya


berjalan lancar. Semasa ketiadaan Setiausaha, Penolong Setiausaha akan memangku
jawatan Setiausaha dan mempunyai semua kuasa yang diberi kepada Setiausaha.

9.5 Bendahari.

9.5.1 Bertanggungjawab berkenaan kewangan Badan Kebajikan.

9.5.2 Bertanggungjawab mengeluarkan resit rasmi bagi semua wang yang diterima.
Ianya hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara
kewangan dan bertanggungjawab di atas ketetapannya.

9.5.3 Bersama Pengerusi atau Setiausaha menandatangani semua cek Badan


Kebajikan dan jika dikehendaki Bendahari perlu memberi keterangan mengenai
kira-kira Badan Kebajikan.

9.5.4 Bendahari adalah berkuasa untuk meneliti serta memeriksa perjalanan kira-kira
dan perbelanjaan yang dibuat oleh biro-biro atau Jawatankuasa Badan
Kebajikan dari masa ke semasa.

9.5.5 Semua pembayaran yang dibuat oleh Badan Kebajikan hendaklah dibuat melalui
Bendahari dan diluluskan oleh Pengerusi atau Setiausaha.

9.5.6 Bendahari juga dikehendaki mengemaskinikan segala butir-butir atau penyata


kewangan dan juga menyediakan penyata kewangan tahunan bagi tujuan
Mesyuarat Agung.
9.6 AHLI JAWATANKUASA.

Membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

FASAL 10 KEWANGAN

10.1. Tertakluk kepada peruntukan yang berikut, wang Badan Kebajikan boleh digunakan
untuk perkara yang berfaedah bagi tujuan-tujuan Badan Kebajikan seperti belanja
pentadbiran, pembayaran gaji dan elaun, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai
Badan Kebajikan untuk tujuan kepentingan Badan Kebajikan.

10.2. Bendahari tidak boleh memegang lebih dari RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus
Sahaja) secara tunai pada sesuatu masa.Wang yang melebihi dari jumlah tersebut
hendaklah dimasukkan ke Akaun Bank Badan Kebajikan dengan seberapa segera yang
boleh serta tidak boleh lebih dari 7 hari.

10.3. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari boleh meluluskan perbelanjaan kurang daripada
RM1000 ( Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa dan perbelanjaan
yang lebih dari RM1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa
hanya boleh diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa terlebih dahulu .

10.4. Wang-wang Badan Kebajikan tidak boleh digunakan secara langsung atau sebaliknya
untuk membayar denda atau hukuman yang dikenakan oleh mana-mana mahkamah
kepada ahli atau sesiapapun.

10.5. Bendahari bertanggungjawab mengurus penerimaan dan perbelanjaan wang Badan


Kebajikan. Apabila beliau diberhentikan atau meletakkan jawatan, maka hendaklah ia
menyerahkan kepada Badan Kebajikan sata kenyataan yang sah serta betul perihal semua
wang yang diterima atau dibayarnya dalam masa ia memegang jawatannya atau jika ia
pernah membentangkan kira-kira terlebih dahulu, maka dari tarikh perbentangan itu,
hendaklah dinyatakan baki wang ditangannya semasa penyerahan dan menerangkan
semua harta atau hutang Badan Kebajikan semasa di bawah jagaannya.

10.6. Semua cek atau kenyataan pengeluaran wang Badan Kebajikan hendaklah ditandatangani
oleh Pengerusi atau Setiausaha dan Bendahari .

10.7. Penyata dari hal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang
dilantik di bawah fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya
tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk
diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah
dibekalkan untuk maklumat ahli di tempat urusan Badan Kebajikan.

10.8. Tahun Kewangan Badan Kebajikan adalah 1 Januari hingga 31 Disember tiap-tiap tahun.
FASAL 11 PEMERIKSA KIRA-KIRA.

11.1 Dua orang yang bukannya Pegawai Badan Kebajikan boleh dilantik dua tahun sekali di
dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai pemeriksa kira-kira. Mereka akan memegang
jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

11.2 Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira Badan Kebajikan bagi
setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan .
Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Badan
Kebajikan bagi mana-mana masa di dalam tempuh perkhidmatan mereka dan membuat
laporan kepada Jawatankuasa.

FASAL 12 PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DI BAWAH SEKSYEN 9 (b) AKTA


PERTUBUHAN, 1966.

12.1 3 (Tiga) pegawai yang terdiri dari pemegang-pemegang jawatan dan berusia lebih dari
21 (Dua Puluh Satu) tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan bagi
maksud seksyen 9 (b) Akta Pertubuhan 1966.

12.2 Mereka hendaklah memegang jawatan mereka sehingga tempoh bagi mereka memegang
jawatan selama 2 (dua) tahun berakhir dan Mesyuarat Tahunan diadakan pada setiap
tahun.

12.3 Pegawai-pegawai yang dilantik di bawah undang-undang ini hendaklah mengurus harta
tetap Badan Kebajikan sebagaimana yang dikehendaki oleh Mesyuarat Agung tetapi semua
harta tetap Badan Kebajikan hendaklah didaftar atas nama Badan Kebajikan.

12.4 Mereka tidak boleh, menarik balik atau menukarkan harta kepunyaan Badan Kebajikan
dengan tidak ada persetujuan dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung ahli-ahli.

12.5 Seorang pegawai yang diperakukan boleh dilucutkan jawatannya oleh Mesyuarat Agung
oleh sebab uzur kerana sakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana lain-
lain sebab yang menyebabkan ia tidak boleh menjalankan tugasnya atau pekerjaannya
tidak memuaskan. Jika berlaku kematian, meletak jawatan atau pembuangan bagi
seseorang pegawai yang diperakuan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan maka
kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Mesyuarat Agung Khas yang diadakan untuk
tujuan tersebut.

FASAL 13 TAKSIRAN UNDANG-UNDANG.

13.1 Diantara berlangsungnya Mesyuarat Agung , Jawatankuasa boleh memberikan


taksirannya
kepada Perlembagaan ini dan Jawatankuasa jika mustahak, boleh memutuskan perkara-
perkara yang tidak terkandung dalam Perlembagaan ini.

13.2 Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah
muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENAUNG DAN PENASIHAT BADAN KEBAJIKAN.

14.1 Jika Majlis Jawatankuasa merasakan perlu untuk melantik Penaung dan Penasihat Badan
Kebajikan maka Majlis Jawatankuasa adalah berhak untuk melantik mana-mana orang
yang difikirkan layak untuk menjadi Penaung dan juga Penasihat Badan Kebajikan.

FASAL 15 LARANGAN.

15.1 Permainan yang disebut di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Badan
Kebajikan:- Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien
Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Satu, Sepuluh dan Setengah,
semua permainan dadu, banker’s game dan semua permainan yang bergantung semata-mata
kepada nasib.

15.2 Badan Kebajikan atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara
juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam
gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

15.3 Badan Kebajikan ini tidak boleh menjalankan loteri semada dikhaskan kepada ahli-ahli
atau tidak, atas nama Badan Kebajikan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau
ahli-ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

15.4 “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah
boleh diberikan oleh Badan Kebajikan kepada ahli-ahlinya.

15.5 Mana-mana orang tidak boleh memegang jawatan dalam Badan Kebajikan menjadi
penasihat atau pekerja Badan Kebajikan jika ia hilang kelayakan menurut Sekyen 9A
Akta Pertubuhan, 1966.

FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN.

16.1 Sebarang pindaan atau perubahan bersangkutan Perlembagaan ini hanya boleh dibuat di
dalam Mesyuarat Agung. Segala pindaan atau perubahan hendaklah dimaklumkan
kepada Pendaftar Pertubuhan selewat-lewatnya 60 (enam puluh) hari selepas Mesyuarat
Agung
diadakan dan hanya boleh dikuatkuasa daripada perubahan atau pindaan itu diluluskan
oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN.

17.1 Badan Kebajikan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada Dua Per Tiga (2/3) daripada jumlah ahli yang menghadiri dalam suatu
Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya.

17.2 Sekiranya Badan Kebajikan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka
segala hutang dan tanggungan Badan Kebajikan yang sah mengikut Perlembagaan
hendaklah dijelaskan dengan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut
cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan.

17.3 Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam masa 14 ( Empat Belas hari ) dari tarikh pembubaran itu.

……………………………………………….
( Pengerusi )
SHAIKH AHMAD ZAKI B. SHAIKH AHMAD

……………………………………………….
(Setiausaha)
MOHD ANUAR B. IBRAHIM

You might also like