You are on page 1of 10

Bagaimanakah bermulanya sejarah dan perkembangan tulisan jawi di Malaysia?

Sebelum itu, Ustaz Irwan izinkan saya jelaskan di sini mengapa tajuk PELESTARIAN TULISAN JAWI ini penting dalam segmen ini. Bila kita membincangkan mengenai hadhari; ketamadunan ummah itu, bukan faktor kebendaan sahaja yang seharusnya menjadi ukuran standard. Tetapi agamanya, bahasanya, budayanya dan termasuk tulisan. Bila terhakisnya agama, bahasa, budaya dan kesenian dan termasuk tulisan maka terhakis jugalah tamadunnya. Secara ringkasnya latar belakang kemunculan tulisan Jawi dikatakan ada hubung kaitnya dengan sejarah kedatangan Islam ke kepulauan Melayu ada yang mengatakan pada 55 hijrah dan ada yang mengatakan 505 hijrah Apabila Islam datang, Islam membawa ajarannya berasaskan al-Quran dan hadis yang bertulisan Arab. Tulisan Jawi yang bersumberkan tulisan Arab/Islam yang telah dipinjam oleh orang Melayu untuk menggantikan tulisan hindu yang digunakan sebelum itu.

Kemudian berlakunya evolusi abjad jawi daripada abjad Arab itu. Bagi kata-kata Melayu yang tidak ada lambang fonetik dalam huruf Arab, diciptakan lambang yang baharu sebahagiannya dipinjam daripada tulisan Parsi-Hindi yang sedia ada. seperti huruf CA JIM, NGA GHAIN, PA FA, GA KAF, VA WAU, NYA THA. Huruf-huruf yang digubal oleh genius orang Melayu inilah diguna pakai hingga ke hari ini. Tulisan jawi kemudiannya berkembang daripada tulisan Arab yang menggunakan sistem baris kepada penggunaan abjad vokal alif, wau dan ya.
2Adakah cara penulisan dan pemahaman tulisan jawi pada zaman dahulu dan sekarang berbeza?

Sistem penulisan Jawi dahulu dan kini tidak jauh bezanya. Tulisan Jawi kini tetap berasaskan sistem yang disusun oleh Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad (Zaba). Berasaskan aturan sistem Zaba itulah usaha membaiki, melengkapkan, memperjelas, memudahkan, menyelaraskan dan mengemaskinikan dilakukan sehingga terhasilnya sistem ejaan Jawi yang mutakhir dan dimuatkan dalam daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi-Sebutan-Jawi) terbitan DBP. Perubahan ini harus berlaku, kerana bahasa dan tulisan itu ialah suatu yang hidup berkembang selari dengan perkembangan zaman. Cepat atau lambat perubahan tersebut pasti akan berlaku dan ia relevan untuk digunakan pada masa kini dan pada masa yang akan datang terutama demi generasi baharu dan pada masa yang sama tidak meminggirkan orang Melayu dahulu. Berasaskan Kajian Dr. Amat Johari Moin ada 15 perbezaan sahaja, yang lain sama sahaja. Antaranya; 1. Sistem ejaan Jawi Zaba mempunyai banyak undang-undang dan aturan kemudian banyak pula kekecualian sehingga menyukarkan pelajar dan golongan generasi baharu untuk memahami. (Ada 20 undang-undang tidak termasuk pecahan-pecahan. Pengecualian ini dimuatkan dalam bab peringatan-peringatan dalam buku daftar ejaan Melayu Zaba.

2. Dalam Sistem ejaan jawi Zaba terdapat satu fonem Melayu hentian glotis diberi padanan dengan tiga huruf Qaf, Kaf dan Hamzah. Contohnya (batuk (qaf), rokok (hamzah) dan baik (kaf) Dalam sistem ejaan Mutakhir hanya satu sahaja dipakai iaitu qaf. 3. Sistem ejaan jawi Zaba tidak dijelaskan kaedah mengeja kata-kata pinjaman bahasa Inggeris. Dalam pedoman jawi mutakhir diberikan panduan khas. Contohnya bagi huruf F dan P, (faktor atau politik) JIM dan GA (generasi) atau V dan W (van atau wau) 4. Terlalu banyak perkataan yang dieja secara homograf. Seperti guli atau gulai.

sama ada dibaca

Topi atau tupai. Ejaan mutakhir diberi alif pembeza.

Ah, masanya begitu mencemburui. Masakan 15 minit boleh huraikan segala-galanya dari A-Z Ibnu Ahmad al-Kurauwi Ads by Google

ERKEMBANGAN TULISAN JAWI DI TANAH MELAYU


Sistem tulisan dalam masyarakat Melayu telah lama wujud, iaitu bermula dari wujudnya konteks hubungan masyarakat Melayu dengan masyarakat antarabangsa. Sebahagian rumpun Melayu di Nusantara mempunyai sistem tulisan mereka sendiri, antaranya seperti huruf rencong yang digunakan oleh masyarakat Melayu Acheh. Selain dari itu, masyarakat Melayu Bugis di Sulawesi, masyarakat Melayu Jawa dengan sistem tulisan kiwi dan winggi dan masyarakat-masyarakat lain lagi yang mempunyai sistem tulisan mereka sendiri (Ahmad Farid Abdul Jalal, 2005). Penemuan batu bersurat zaman Sriwijaya seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M.), Kota Kapur (686 M.) dan Talang Tuwo (684 M.) yang ditulis pada abad ketujuh Masihi dalam bahasa Melayu Kuno jelas menunjukkan kepada kita bahawa masyarakat Melayu pada ketika itu sudah mempunyai sistem tulisan yang tersendiri (Muhd. Bukhari Lubis, 2006:1). Namun sekitar abad ketiga belas Masihi, Islam mula bertapak dan tersebar luas di Alam Melayu. Kedatangan Islam ke alam ini telah membawa kepada satu perubahan besar yang besar dalam sistem kehidupan masyarakat Melayu. ianya bukan sahaja mengubah sistem kepercayaan masyarakat Melayu pada ketika itu yang berpegang dengan ajaran Buddha, tetapi turut membawa kepada wujudnya sistem penulisan yang baru dalam dunia Melayu. Masyarakat Melayu tidak lagi menggunakan skrip Pavalla Selatan dari India yang telah mereka gunakan sejak berabad lamanya. Skrip baru yang berasaskan kepada skrip Arab telah dicipta dan dinamakan sebagai tulisan Jawi. Pada mulanya aksara Jawi diambil sepenuhnya dari aksara Arab. Namun untuk memenuhi keperluan masyarakat setempat pada ketika itu, terutamanya untuk mempelajari agama Islam, beberapa abjad dalam bahasa Parsi telah diubah suai dan diterapkan. Menjadikan bilangan huruf Jawi sebanyak 33 kesemuanya, 28 daripadanya adalah huruf Arab dan 5 lagi dari bahasa Parsi. Antara huruf yang baru yang ditambah ialah , , , dan ( Muhd. Bukhari Lubis, 2006:14). Peranan yang dimainkan oleh tulisan Jawi amat besar. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan sebagai alat persuratan, bahkan turut berfungsi sebagai alat kepada penyebaran ilmu agama. Di negara kita (dulunya Tanah Melayu), tulisan Jawi telah wujud sejak abad ke 13 lagi. Perkara ini dapat dibuktikan dengan penemuan tulisan Jawi pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh Jumaat 4 Rejab 703H (bersamaan 22 Februari 1303M). Namun

dakwaan tersebut dikatakan kurang tepat dan tidak dipersetujui oleh sesetengah ahli sejarah. Ini kerana terdapat catatan dalam tulisan Jawi pada batu nesan yang ditemui di Permatang Pasir, Pekan mempunyai tarikh yang jauh lebih awal, iaitu hari rabu 14 Rabi 419H (bersamaan April/Mei 1028). Zaman kesultanan Melayu Melaka yang terkenal dengan kuasa perdagannya suatu ketika dahulu, merupakan zaman yang penting dalam pertumbuhan tulisan Jawi di Tanah Melayu. Tulisan Jawi digunakan untuk tujuan permeteraian perjanjian (undang-undang) serta dalam bidang pendidikan. Dalam pada itu banyak kitab-kitab agama yang berbentuk sejarah, hikayat, falsafah dan lain-lain lagi ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi. Kelahiran ulama dari Tanah Melayu juga telah menarik minat masyarakat dari dalam dan luar negeri pada ketika itu untuk datang belajar ilmu agama dan juga tulisan Jawi (Ahmad Farid Abdul Jalal, 2005). Peranan yang dimainkan oleh tulisan Jawi dalam memartabatkan bangsa Melayu sangat besar. Kini, tulisan jawi telah menjdai salah satu identiti masyarakat Melayu, terutamanya di Malaysia. Sebagaimana yang telah diterangkan oleh penulis sebelum ini bahawa tulisan Jawi telah wujud di Tanah Melayu bermula dari abad kesepuluh Masihi lagi. Pernyataan ini telah dibuktikan dengan penemuan batu nesan di Permatang Pasir, Pekan (419H/1028M) dan juga Batu Bersurat Terengganu (702H/1303M). Keadaan ini telah menunjukkan kepada kita bahawa tulisan Jawi telah mula dikembangkan peranannya. Ia bukan lagi sekadar alat yang digunakan untuk mencatat undang-undang (merujuk kepada kerajaan kesultanan Melayu Melaka yang menguasai jalan perdagangan laut), bahkan turut digunakan untuk mencatat sesuatu peristiwa-peristiwa penting berlaku dalam masyarakat. Kemudian tulisan Jawi ini mula berkembang penggunaannya dikalangan masyarakat dan di Tanah Melayu. Perkembangan ini adalah sebagaimana berikut : Alat Penting Dalam Urusan Pentadbiran Istana dan Adat Istiadat Raja Melayu Tulisan Jawi juga turut digunakan dalam urusan pentadbiran dan adat istiadat raja-raja Melayu (Muhd. Bukhari Lubis, 2006:3). Pihak istana pada zaman dahulu juga menggunakan tulisan Jawi sebagai alat perakam segala aktiviti yang berkaitan dengan pentadbiran, perundangan, bahasa, hubungan dangangan antarabangsa dan diplomatik. Oleh itu tidak hairanlah istana menjadi tempat perkembangan persuratan Melayu seperti manuskrip dan kitab-kitab agama berjalan dengan rancaknya dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pusat-pusat penulisan manuskrip di istanaistana raja dan raja-raja tersebut mempunyai jurutulis yang akan menulis jikalau mendapat perkenan daripada raja tersebut. Manakala dalam urusan perdagangan pula, tulisan Jawi digunakan untuk mencatat sesuatu perjanjian disamping menulis undang-undang kanun dalam pemerintahan mereka. Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 Setelah sekian lama dijajah oleh bangsa asing, akhirnya Tanah Melayu telah diberi kemerdekaan oleh British pada tahun 1957. Kemerdekaan yang kita kecapi pada hari ini adalah hasil penat lelah para pejuang kemerdekaan yang lantang dan berani melawan pihak penjajah dari terus bermaharajalela di bumi kita ini. Bagi merealisasikan impian tersebut, seramai lima orang delegasi negara kita yang dketuai oleh Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj telah berlepas ke London dan mengadakan rundingan dengan pihak British. Hasilnya, Malaysia telah diisytiharkan merdeka dengan rasminya pada tanggal 31 Ogos 1957. Apa yang menariknya, dokumen pengisytiharan kemerdekaaan telah

ditulis dalam dua bentuk tulisan, iaitu satu dalam tulisan rumi dan satu lagi dalam tulisan Jawi. Penggunaan tulisan Jawi dalam surat pemasyhuran tersebut jelas menunjukkan kepada kita bahawa tulisan Jawi bukan sahaja digunakan untuk tujuan penulisan pada kitab-kitab agama dan tujuan tradisional sahaja, bahkan ianya juga digunakan untuk menulis satu dokumen yang memberi erti yang sangat besar kepada kita rakyat Malaysia (Mohd. Alwee Yusoff, 2005:26). Penulisan Akhbar dan Majalah Selain digunakan untuk menulis dokumen pemasyhuran kemerdekaan dan alat penting dalam sistem penradbiran, akhbar dan majalah juga turut ditulis dalam ejaan jawi. Utusan Melayu merupakan antara akhbar yang terawal di negara kita yang ditulis dengan ejaan jawi. Selain dari akhbar, banyak juga majalah-majalah yang ditulis dengan ejaan jawi antaranya ialah majalah Mastika (Mohd. Alwee bin Yusoff, 2005:26). Tulisan Jawi di Sekolah Sistem pendidikan awal negara kita adalah bermula dengan penggunaan tulisan Jawi. Bukubuku atau teks-teks yang menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran ditulis dalam tulisan jawi dan ada juga yang ditulis dengan bahasa Arab (Nik Rosila Nik Yaacob, 2007:162). Institusi pendidikan

formal dan tidak formal juga lebih menekankan penggunaan tulisan Jawi dalam sistem ejaan mereka. Bagaimanapun selepas negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan telah dibentuk
berdasarkan Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak. Penyusunan semula kurikulum dan program pelajaran yang berteraskan perkembangan semasa yang lebih ke arah sekular seolah-olah ingin menngantikan tulisan rumi sebagai tulisan utama dalam sistem pendidikan. Bermula dari sini, banyak buku-buku teks telah dicetak dalam tulisan rumi. Hal ini adalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mencapai matlamat serta objektif Dasar Pelajaran Kebangsaan yang ingin memperkukuhkan perpaduan antara kaum (Ahmad Farid Abd Jalal, 2005).

KEPENTINGAN TULISAN JAWI DALAM PENDIDIKAN ISLAM Di Tanah Melayu, dan kemudiannya Malaysia, apabila tulisan Jawi sedikit demi sedikit kehilangan pengaruh berikutan perkembangan tulisan Rumi, isu memartabatkan tulisan Jawi mula hangat diperkatakan. Bagi masyarakat Islam, kepentingan tulisan Jawi dilatari dengan kewajipan mempelajari ilmu agama yang dituntut ke atas setiap penganutnya. Namun begitu, keistimewaan tulisan Jawi membuatkan ia mampu menarik pengikut dan penggemar dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Tulisan Jawi Sebagai Medium Asas Pengajaran Pendidikan Islam Tulisan Jawi merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari huruf-huruf Arab. Kebanyakan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut kesusaian lidah orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara huruf-huruf yang diubah suai seperti huruf Ga ( )dan Cha ( .)Untuk itu, tulisan Jawi telah dijadikan sebagai medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini, terutamanya dalam pembelajaran al-Qur'an. Matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam (Nik Rosila Nik Yaacob, 2007:162). Mengatasi Masalah Penguasaan Dalam Pembacaan Teks Jawi Dikalangan Pelajar Sekolah

Kelemahan penguasaan Jawi dalam kalangan murid bukan lagi perkara baru malahan banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti punca berlakunya keadaan tersebut. Tidak ketinggalan kajian-kajian turut dijalankan untuk melihat tahap penguasaan muridmurid dalam kemahiran. Pengenalan Program j-QAF dengan satu model khusus untuk pemulihan jawi telah mula dilaksanakan pada tahun 2005. Salah satu dari model yang terkandung dalam kurikulum j-QAF ialah Model Pemulihan Jawi yang memberi penekanan untuk memberi pemulihan terhadap murid yang tercicir dalam Jawi (Hj Maimun Aqsha Lubis, 2010:1). Kaedah yang ditekankan bagi melaksanakan P&P Model Pemulihan Jawi ini adalah untuk memperkasakan pelajar dalam bidang tilawah al-Quran, bidang aqidah, ibadah, Sirah Nabawi, akhlak dan jawi agar ianya lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan dalam kehidupan. Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam Banyak khazanah intelektual masyarakat lama disimpan, didokumentasikan, dan ditulis dalam tulisan Jawi. Malah, terdapat pemindahan budaya dan pengetahuan dari negara Islam, terutama negara Arab, seperti kesusasteraan, ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu agama, dan ilmu matematik, yang diterjemahkan ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori kemajuan dan inovasi budaya masyarakat Asia dan Asia Tenggara. Banyak juga kitab-kitab lama yang ditulis dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi, tetapi kebanyakannya ditulis dengan menggunakan sistem ejaan jawi lama. Menjadi Lambang Kesenian dan Identiti Umat Islam Tulisan Jawi mempunyai sistem ejaan dan tulisan yang paling mudah, ringkas, dan tepat. Tulisan Jawi turut mempunyai nilai estetika yang tinggi, menarik, unik, dan klasik. Tulisan ini dapat dilentur dan digayakan mengikut kemahiran, kecekapan, dan ketelitian seseorang. Tulisan Jawi mempunyai kaitan yang penting dengan literasi agama dan kehidupan beragama dalam masyarakat Melayu. Rujukan utama bagi mengukuhkan akidah masyarakat Islam berasaskan al-Quran, hadis, sunah, kitab, dan sebagainya yang ditulis dalam tulisan Jawi atau bahasa Arab. Kelemahan generasi muda dalam tulisan Jawi menyebabkan literasi agama dalam kalangan generasi itu merosot. Banyak golongan muda Melayu tidak dapat membaca dan memahami kandungan al-Quran dan tidak dapat menggarap pengetahuan agama Islam dengan baik kerana kebanyakan mereka buta jawi. Pemesongan akidah dan kedangkalan pengetahuan agama dapat berlaku kerana kelemahan dalam tulisan Jawi. Kelemahan yang dihadapi oleh generasi muda menjadi amat kritikal apabila pengajaran dan pemelajaran agama Islam di sekolah tidak lagi mengutamakan tulisan Jawi, sebaliknya disampaikan dengan menggunakan tulisan Rumi. Ada juga guru agama yang buta Jawi, iaitu tidak tahu dan tidak cekap menulis dan membaca bahan agama dan ayat al-Quran dalam tulisan Jawi. Kelemahan yang berlaku ini tidak mendapat perhatian serius daripada ibu bapa Melayu dan guru agama yang bertanggungjawab terhadap pendidikan agama, tidak dinilai dan dipantau, serta dibiarkan sebagai amalan biasa sehingga pendidikan agama di sekolah sekarang mempunyai berbagai-bagai kepincangan dan kelemahan yang sukar diatasi. Sebagai Nadi Bagi Masyarakat Melayu Yang Sinonim Dengan Agama Islam Kepupusan tulisan Jawi sebagai pengantar intelektual dan tradisi keilmuan masyarakat Melayu mempunyai kesan yang amat besar dalam proses pembinaan jati diri bangsa Melayu dan pengukuhan sosiobudaya bangsa itu di negara ini. Tulisan Jawi merupakan

khazanah intelektual, jati diri budaya, wacana pemikiran dan kesusasteraan, serta estetika bahasa yang penting kepada pembinaan kekuatan bangsa Melayu. Tulisan itu turut menjadi medium yang menjalin keintiman hubungan dan siratulrahim ummah dan sebagai genre bahasa yang mempunyai kaitan yang amat unggul dan penting kepada jati diri dan unsur Islam yang mendasari kekuatan dan kekukuhan jati diri Melayu. Sejak berabad lamanya, tulisan Jawi telah memainkan peranan yang amat penting dalam mendukung perjuangan kemelayuan dan keislaman. Tulisan itu bukan sahaja mempunyai kekuatan dari segi jati diri kebangsaannya, malah kekuatan simbolisme terhadap perkembangan budaya dan bahasa Melayu. Tulisan Jawi, dari segi sejarah penakatan dan perjuangan Melayu, telah memberikan sumbangan yang besar dan banyak kepada perubahan dan kemajuan bangsa Melayu. Pendidikan Melayu berkembang dan dapat disampaikan kepada orang Melayu, khususnya generasi tua dahulu, melalui tulisan Jawi. Walau bagaimanapun, tulisan itu semakin pupus apabila mula dipinggirkan daripada sistem pendidikan negara yang mengutamakan tulisan Rumi. Secara beransur-ansur, tulisan Jawi diketepikan dan tidak lagi menjadi pengantar dalam pengajaran dan pemelajaran di sekolah. RUJUKAN Ahmad Farid Abdul Jalal, Yaakob Isa. 2005. Tulisan Jawi : Sejarah Seni dan Warisan. Pekan: Lembaga Muzium Negeri Pahang. Dr. Wan Ali Wan Mamat. 2006. Sejarah dan Pertumbuhan Skrip Jawi. Dlm. Muhammad Bukhari Lubis, Fatimah Salleh, Husniyati Ali, Huzaimah Ismail & Siti Fatimah Sudin (pnyt). Tulisan Jawi Sehimpun Kajian Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM. Hj Maimun Aqsha Lubis, Sabariah Sulaiman & Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. 2010. Aplikasi Teknik Permainan dan Multimedia Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Modul Pemulihan Jawi di Bilik Darjah. Kertas Kerja Persidangan di Institut Agama Islam Negeri Medan Sumatera Utara Indonesia. Kerjasama UKM-IAN, 2 April. Mohd. Alwee Yusoff. Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam di Malaysia. Nik Rosila Nik Yaacob. 2007. Penguasaan Jawi dan Hubungannya Dengan Minat dan Pencapaian Pelajar Dalam Pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 22:161172.
Dicatat oleh Muhammad bin Razali di 7:08 PM E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz Assalamualaikum...tersentuh hati apabila melihat seni khat yang cantik atas nama sendiri...sape x terkejut...ini khat yang dilakukan seorang muslimah yang memperjuangkan seni khat... ana terkesima dan x tau nk ckp mcm mana..rasa2 dah jatuh hati kowt kat seni khat ni... alang2 menyelok pekasam biar sampai ke pangkal lengan...jum baca ni..
Pengenalan Khat ialah perkataan arab yang bermaksud garisan. Oleh itu, seni khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Khat juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi. Picasso, seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis pernah mengatakan, "Selepas aku melihat seni yang terdapat pada Khat Arab, aku mengakui bahwa dunia seni lukis masih terkebelakang dengan kesenian itu ".

Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya. Sejarah Ringkas Perkembangan Khat Kajian ilmiah membuktikan bahawa bangsa Arab telah mengenali khat (tulisan) melalui berbagai-bagai sumber yang sampai ke Hijjaz pada abad 6 Masihi. Ianya dibawa masuk oleh ahli-ahli perniagaan Quraisy dan pada waktu itu ia dikenali sebagai tulisan Nabati, Hiri dan Anbari. Bilangan mereka yang pandai menulis di Hijjaz pada waktu ketika Islam adalah sedikit. Di kalangan suku kaum Quraisy sebelum Islam, terdapat 17 orang sahaja yang pandai menulis antaranya Umar bin Khattab, Ali bin Abu Talib, Uthman bin Affan dan Yazid bin Abu Suffian. Seni khat pada zaman permulaan Islam Kedatangan Islam membawa keperluan yang banyak kepada pembangunan tulisan lalu membuka bidang yang luas dalam penulisan dan dakwah secara persuratan. Rasulullah s.a.w. mengizinkan penulisan Al-Quran malah berdakwah dengan menggunakan surat. Rasulullah s.a.w. mengarahkan sahabat-sahabat untuk menulis ayat-ayat al-Quran. Kemudian, penulisan itu terus rancak pada zaman Saidina Abu Bakar r.a. hingga ke zaman Saidina Uthman dengan terhimpunnya Al-Quran Mushaf Uthmani yang ditulis semula sebanyak 6 naskhah dan diedar ke beberapa jajahan Islam. Seni khat di Alam Melayu Seni khat mula memasuki Tanah Melayu semenjak abad ke-7 melalui dakwah dan perniagaan yang mula berpusat di Gujerat. Perlak, Sumatera, kemudiannya menjadi pusat penyebaran Islam dan titik berkembangnya seni tulisan Khat di bumi Melayu. Sehingga kurun ke-15, Melaka telah mengambil alih peranan pusat perniagaan dan penyebaran Islam di Tanah Melayu. Islam dan tulisan Khat terus berkembang dan ianya terbukti secara rasminya melalui penemuan batu bersurat Terengganu (1303M). Seterusnya, seni khat dipelajari di Tanah Melayu melalui pengajian pondok, sekolah-sekolah Arab dan beberapa institusi yang lain. Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim contohnya telah melahirkan ramai guru yang mengajar tulisan jawi suatu masa dahulu. Antara sekolah-sekolah Arab yang telah melahirkan penulis-penulis Khat tanahair ialah Madrasah Al-Attas Johor, Sekolah Sultan Zainal Abidin Terengganu, Madrasah Muhammadiyyah Kelantan, Maktab Mahmud Kedah, Madrasah Al-Ihya Al-Syarif Perak dan lain-lain. Penulis-penulis Khat tanahair yang tersohor antaranya ialah Syed Abdul Rahman bin Hasan Al-Attas, Haji Wan Salleh Fathi bin Wan Isa serta beberapa penulis muda yang semakin menonjol pada masa kini. Terdapat penulispenulis tempatan yang telah memasuki pertandingan di peringkat antarabangsa bahkan di kalangan mereka yang kerap menjuarai pertandingan peringkat ASEAN. Adalah lebih baik, bidang penulisan Khat ini disemarakkan kembali di peringkat pembelajaran tanahair samada formal mahupun tidak formal agar ianya tidak pupus dimamah zaman. callidesign

nak tau lebih lanjut..jum kita ke kelas khat firdausmahadi yang merupakan designer iluvislam.com...click this for more infomation about khat..--> Mari belajar khat & Jawi Posted by syazwan at 6:19 PM

0 comments:

CIRI-CIRI SISTEM EJAAN JAWI ZA'BA:

4.1- Sebelum dibuat kesimpulan tentang peranan Za'ba dalam pembaharuan sistem ejaan Jawi, elok kita tinjau sepintas lalu tentang Daftar Ejaan Melayu itu sendiri. Di antara lain:

(a) Usahanya itu bermula dalam tahun 1918 lagi bila beliau mengumpulkan perkataan-perkataan Melayu dalam tulisan Jawi sahaja; (b) Sumber perkataan-perkataan itu ialah daftar ejaan Rumi Kerajaan Negeri Persekutuan yang dikeluarkan oleh sebuah jawatankuasa dalam tahun 1904. Dalam menyusunnya semula menurut abjad Jawi, beliau menambah beberapa banyak perkataan pula. (c) Sejak itu beberapa kali lagi penyemakan semula dilakukannya. (d) Dalam tahun 1925, senarai perkataan itu disemak pula oleh guru-guru "Kolej Tanjung Malim" bergilirgilir, dan ditambah lagi oleh mereka beberapa perkataan lagi. Pada waktu itu, saya percaya, beliau juga mendapat bantuan daripada pelajarpelajar Maktab. (10) (e) "Setelah itu," menggunakan kata-katanya sendiri; "terbenamlah lagi Daftar ini beberapa lama kerana menantikan peluang hendak memulakan kerja menjadikan dia kamus betul-betul itu tidak juga dapat-dapatnya". (11) (f) Dalam tahun 1933 hingga 1935, beliau mengubah rancangan asalnya dengan mengemukakan hanya sebuah daftar ejaan, dan bukannya kamus, yang susunannya ialah menurut susunan abjad Jawi, dan pada setiap perkataan dalam ejaan Jawi itu diberi pula persamaan ejaan Ruminya. (g) Walau bagaimanapun, beliau menaruh harapan untuk kemudian kelak menjadikannya sebuah kamus dengan tiap-tiap perkataan itu diberi tidak sahaja makna tetapi juga contoh ayat memakainya dan simpulan-simpulan bahasa yang terbit

daripadanya, "sebagai membanyak dan menambah elokkan kamus-kamus kita yang sedia ada". (12) 4.2- Demikianlah sekadarnnya latar penyediaan Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) itu yang siap dalam tahun 1938, iaitu setelah melalui tempoh dua puluh tahun lamanya. Malangnya lagi, hanya kira-kira sepuluh tahun sesudah itu pula baru Daftar itu diterbitkan, iaitu dalam tahun 1949 - selepas 31 tahun projek itu dimulakannya dalam tahun 1918. 4.3- Di dalam buku itu terdapat dua buah bab selepas "Pendahuluan". Bab-bab itu ialah "Pengenalan 'Am" (11 halaman) dan "Kaedah-kaedah Ejaan Jawi" (39 halaman). Kedua-dua bab ini jauh lebih penting daripada daftar ejaan itu sendiri. Daftar itu mensenaraikan perkataan menurut abjad, sedang kedua-dua bab yang dirujukkan tadi memberi huraian tentang rasionel, modus operandi, prinsip-prinsip dan rumusan-rumusan kaedah ejaan Jawi. Demikianlah, jika tidak kerana dua bab itu, tidaklah akan jelas kepada kita bagaimana dan sejauh mana Za'ba memainkan peranannya dalam merumuskan sistem ejaan Jawinya itu. ______________________________
10. Menurut maklumat yand diberikan kepada saya oleh beberapa orang guru yang berkesempatan belajar dengannya semasa menuntut di Tanjung Malim.

11. Za'ba, op. cit., halaman 4.

12. Za'ba, op. cit., halaman 5.

You might also like