You are on page 1of 3

BAB 3:ELEKTRIK KEGUNAAN ELEKTRIK Tenaga elektrik digunakan di dalm alat-alat elektrik.

Alat-alat elektrik ini dapat menukarkan tenaga elektrik Kepada tenaga lain seperti tenaga cahaya, haba, kinetik dan bunyi. A. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan haba Pekakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elemen pemanas yang diperbuat dari aloi nikel dan kromium. Contoh, cerek, periuk nasi dll. B. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik Alat-alat elektrik yang digunakan untuk menukrrkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin, mesin basuh mesin gerudi dll. Ini semua berasaskan motor elektrik. C. Kegunaan elektrik untuk menghasilkan Cahaya Lampu ialah alat elektrik yang dapat menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya. Lampu pijar menggunakan filamen manakala lampu pendarflour menggunakan gas argon dan merkuri untuk menghasilkan tenaga cahaya. D. Kegunaan Elektrik untuk menghasilkan Bunyi Tenaga elektrik boleh ditukarkan kepada tenaga bunyi. Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga Elektrik kepada tenaga bunyi adalah seperti televisyen, telefon, pembesar suara dan radio.

JENIS-JENIS Sel Kering


Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt. Sel ini digunakan dalam peralatan elektrik bervoltan rendah seperti radio, lampu suluh, jam, dan alatan mainan. Batang karbon yang terdapat di tengah-tengah sel bertindak sebagai punca positif. Di sekeliling batang karbon terdapat campuran ammonium klorida dan mangan dioksida yang bertindak sebagai elektrolit. Bahan ini terkandung dalam bekas zink yang bertindak sebagai punca negatif. Tindak balas kimia yang berlaku antara elektroilit dengan bekas zink akan menghasilkan arus elektrik. Kelemahan sel kering ialah sel ini tidak dapat digunakan lagi setelah casnya habis. Pelbagai jenis sel kering boleh didapati dipasaran, iaitu sel alkali, sel merkuri, sel lithium, dan sel nikel cadmium (Ni Cad).

i. Sel Alkali

Sel alkali merupakan sejenis sel yang mampu membekalkan tenaga elektrik dalam jangka masa yang lebih lama jika dibandingkan dengan sel biasa.

ii. Sel merkur

Sel merkuri merupakan sejenis sel bersaiz kecil yang hanya digunakan untuk peralatan peranti atau perkakas elektrik seperti alat yang hanya memerlukan seperti alat yang hanya memerlukan arus yang rendah.

iii. Sel lithium


Sel ini mampu membekalkan arus yang tinggi dan jangka hayat yang lama serta boleh dicas semula. Sel lithium biasanya digunakan pada peralatan yang kecil (mudah alih) seperti kamera, kalkulator, dan komputer (memori sokongan).

iv. Sel nikel cadmium (NiCad)


Sel ini banyak digunakan pada peralatan pada peralatan tanpa wayar (cordless). Sel ini boleh dicas semula sehingga 1000 kali dengan meggunakan peralatan khas yang membekalkan arus yang stabil serta mengelakkan litar pintas.

Sel Basah

Sel basah digunakan dalam kenderaan seperti bas, kereta, lori, dan motosikal. Tenaga yang dihasilkan oleh sel basah lebih tinggi jika dibandingkan dengan sel kering. Sel ini boleh dicas semula apabila kuasanya berkurangan atau lemah. Sel ini menghasilkan voltan 2 volt. Bagi penggunaan biasa, sel ini dibuat dalam 6 volt dan 12 volt.

1.2 Kegunaan Elektrik 1.Elektrik untuk menghasilkan haba


Perkakas elektrik yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga haba menggunakan elemen pemanas seperti periuk nasi, pengering rambut dan seterika. Elemen pemanas biasanya diperbuat daripada nikrom.

2.Elektrik untuk menghasilkan tenaga kinetik


Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik adalah seperti kipas angin, mesin pengisar, dan gerudi elektrik. Kesemua perkakas berkenaan berasaskan motor elektrik.

3. Elektrik untuk menghasilkan bunyi


Tenaga elektrik boleh ditukar kepada tenaga bunyi. Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga kepada tenaga bunyi adalah seperti radio, loceng, dan siren.

4. Elektrik untuk menghasilkan cahaya


Perkakas yang digunakan untuk menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga cahaya adalah seperti lampu pijar dan lampu pendarflour. Tiub lampu pendarflour berisi gas argon dan merkuri. Arus yang mengalir melalui campuran gas argon dan merkuri ini akan menghasilkan sinaran ultraungu. Sinaran ini akan bertukar menjadi cahaya putih apabila terkena lapisan fosfor.

You might also like