You are on page 1of 27

BENTUK DAN JENIS UJIAN

UJIAN RUJUKAN NORMA


Bertujuan untuk menentu atau membanding prestasi seorang murid dengan murid yang lain, prestasi sesuatu kumpulan dengan kumpulan lain berdasarkan penggunaan keputusan ujian yang sama.

Perbandingan relatif antara sekolah boleh dilakukan, maka ianya dikenali juga sebagai Ujian Pencapaian Relatif.
Item ujian : Berdasarkan kepada sukatan pelajaran dalam sesuatu peringkat tertentu di mana soalan-soalannya meliputi aras mudah ke susah (25% mudah, 50% sederhana, 25% susah)

Markah lulus tidak ditetapkan, pencapaian keseluruhan kumpulan menentukan gred pencapaian, menyebabkan markah lulus / taraf pencapaian berbeza antara tahun & mata pelajaran. Contohnya : Markah lulus mata pelajaran Fizik tidak sama dengan BM dalam SPM Contoh: ujian pertengahan semester atau akhir semester peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM, Peperiksaan Akhir Maktab. Keputusan ujian digunakan sebagai penilaian sumatif bagi menentu / membanding pencapaian antara murid-murid.

UJIAN RUJUKAN KRITERIA


Berdasarkan standard / taraf prestasi (ditetapkan) untuk menentukan pencapaian tanpa membuat perbandingan dengan individu / kumpulan lain. Tujuan : Menentukan taraf pencapaian seseorang yang dikehendaki dalam sesuatu bidang kemahiran & diadakan setelah sesuatu kemahiran diajar. Keputusan ujian dibandingkan dengan kriteria yang telah ditetapkan, contohnya : sebagai peringkat pencapaian minimum:

I.
II. III.

Pelajar-pelajar hendaklah menjawab sekurang-kurangnya 4 daripada 5 soalan dengan tepat Murid-murid dapat menjawab 7 daripada 10 soalan yang diberi Murid-murid dapat menjawab dengan betul 70% soalan yang disediakan

Kegunaan : i. Menguji sebahagian kecil isi kandungan pelajaran, iaitu satu / beberapa kemahiran yang telah diajar spt kemahiran membaca, menulis,mengira ii. Menentukan sama ada pelajar berkenaan menguasai kemahiran dalam peringkat yang dikehendaki atau tidak. iii. Sebagai penilaian formatif bagi mengesan kelemahan pelajar dalam penguasaan tertentu.

Maklumat dari ujian, membolehkan guru merancang semula strategi yang sesuai untuk membaiki P&P dalam bilik darjah. Sesuai untuk menilai murid-murid pendidikan khas kerana ianya menilai kemahiran tertentu dalam sesuatu masa. Contoh : Ujian kepantasan menaip Ujian memandu Ujian amal

Perbezaan antara ujian norma dan kriteria

Ujian Rujukan Norma Pengertian Ujian pencapaian relatif yang menunjukkan prestasi kumpulan calon dalam bentuk graf normal.

Ujian Rujukan Kriteria Ujian rujukan objektif yang menentukan pencapaian individu berdasarkan kriteria minimum yang ditetapkan terlebih dahulu Menentukan penguasaan pembelajaran berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Tujuan

Membanding dan membeza prestasi antara calon-calon atau antara kumpulan Untuk penilaian sumatif dengan membezakan caloncalon dalam peringkat prestasi cemerlang, kepujian, lulus dan gagal.

Kegunaan

Untuk penilaian formatif dengan membaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.

Ujian Rujukan Norma Sasaran Perbandingan prestasi antara ramai calon. Terdiri daripada soalansoalan mudah ke soalan susah dan mempunyai diskriminasi antara calon. Markah lulus ditentukan selepas keputusan ujian.

Ujian Rujukan Kriteria Penentuan prestasi secara individu atau kumpulan kecil. Terdiri daripada soalansoalan hampir sama peringkat kesukaran berdasarkan objektif pelajaran. Markah lulus ditetapkan sebelum ujian dijalankan.

Ciri Soalan

Ciri Ujian

Liputan

Isi kandungan soalan meliputi suatu bidang pelajaran yang luas.


Peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM.

Isi kandungan soalan tertumpu kepada tugastugas pembelajaran yang terhad.


Ujian pendek, kerja kursus dan latihan bertulis di dalam bilik darjah.

Contoh Ujian

JENIS DAN BENTUK UJIAN

UJIAN OBJEKTIF
Salah satu jenis ujian kertas-pensel. Terdiri drpd soalan-soalan yang memerlukan jawapan pendek dan respons kepada gerak balas yang merupakan jawapan-jawapan soalan yang disediakan terlebih dahulu. Terdiri dalam dua bentuk : o Item respons bebas o Item respons tetap

Item respons bebas Menggunakan soalan yang memerlukan jawapan ringkas sahaja. Contohnya : I. Nama ibu kota Malaysia ialah II. Bilakah Malaysia dibentuk?

Item respons tetap Menggunakan solaan yang memerlukan calon memilih jawapan daripada beberapa gerak balas yang diberikan di bawah setiap soalan, misalnya : i. KBSM ialah kata ringkas bagi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Betul / Salah. ii. A. B. C. D. Itik diklasifikasikan di bawah kumpulan Mamalia Burung Reptilia Amfibia

UJIAN SUBJEKTIF
Dikenali sebagai ujian esei, memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk perkataan atau karangan dengan idea sendiri. Jawapan boleh diberi dalam satu ayat, perenggan atau karangan yang lengkap. Ciri utama ujian ini ialah memberi kebebasan kepada calon untuk menjawab soalan. Sesuai digunakan untuk uji kefahaman dan kemahiran menyusun idea serta pendapat calon mengenai sesuatu topik dalam mata pelajaran yang dipelajari.

Kelemahan ujian ini ialah soalan tidak dapat diberikan banyak. Penilaian ujian ini juga merupakan subjektif dan pemeriksa harus menguasai kecekapan menilai serta punya ilmu pengetahuan yang cukup dalam bidang yang diuji.

UJIAN KERTAS DAN PENSEL


Libat kemahiran dalam menggunakan perkataan dan bahasa Calon perlu kuasai kemahiran membaca / kefahaman soalan & kemahiran menulis menggunakan alat tulis Murid-murid diberikan soalan untuk dijawab / topik utk dibincangkan / masalah utk diselesaikan & jawapan di tulis atas kertas. Diadakan di dalam kelas Contoh : Ujian kefahaman, penguasaan kemahiran dalam bidang kognitif

Boleh dilakukan dalam dua bentuk iaitu: I. Bentuk yang calon memilih jawapan yang telah disediakan, berbentuk ujian objektif. II. Bentuk yang calon membekalkan jawapan sendiri, biasanya ujian berbentuk esei dan ujian berstruktur.
2 masalah mungkin berlaku: I. Item tidak sepadan dengan matlamat kelas II. Ujian amat lemah dari segi kualiti psikometriknya jika ia tidak dibuat dengan baik.

UJIAN KEPANTASAN DAN DAYA


KEPANTASAN : Masa tindak balas (masa antara pemberian rangsangan dengan permulaan tindak balas) dan masa pergerakan (masa diambil untuk sempurnakan pergerakan) atau kebolehan otot membuat sesuatu dalam jarak masa pendek. Contoh : Larian 100M DAYA : Kebolehan bertahan / menahan keletihan. Diukur sebagai ulangan kejutan otot. Daya dikaitkan dengan kepantasan Individu yang mempunyai kekuatan akan membuat sesuatu aktiviti berulang kali, prestasi tambahan akan bergantung kepada daya tahan otot. Contoh : Individu yang membuat bangun tubi tertinggi dalam 1 minit dikatakan mempunyai daya tahan yang tinggi.

UJIAN TARA
Disedia, ditadbir, diperiksa, dianalisis secara piawaian Item soalan disediakan oleh pakar (individu / kumpulan), mengikut objektif dalam satu bidang.

Item soalan berbentuk item objektif dengan jawapan ringkas


Keputusan ujian diakui sah kerana ujian mempunyai kesahihan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtabdiran dan kemudahtafsiran. Keputusan ujian dinilai mengikut standard ditetapkan.

Contoh : Ujian Tara Binet / Ujian IQ : Mengukur kecerdasan akal kanak-kanak pada peringkat umur tertentu
Ujian Bakat : mengukur bakat dalam satu bidang (nyanyian, melukis, muzik, permainan) Ujian Kepantasan : mengukur darjah kepantasan dalam melakukan sesuatu tugas Ujian Daya : menilai darjah daya tahan individu.

UJIAN PERLAKUAN/PRESTASI
Valencia, Hiebert & Afflerback (1994) : ujian prestasi ialah tugasan yang perlu dibuat oleh murid-murid untuk mempamerkan tahap kompetensi atau pengetahuannya dengan membina satu hasil atau memberi respon yang tertentu. Feuer & Fulton (1993) : ujian prestasi cuba mengaitkan kesahihan dengan meletakkan murid-murid dalam situasi sebenar dan menilai prestasinya berdasarkan kriteria yang disediakan. Ujian kebolehan / kecekapan individu melakukan sesuatu aktiviti / amali.

Melibatkan penggunaan radas / alatan konkrit / gambar. Murid-murid perlu mempamerkan kemahirannya secara hand-on Tidak banyak bahasa / kertas-pensel Sesuai bagi murid-murid yang lemah berbahasa

Tujuan : mengumpul maklumat mengenai kebolehan murid-murid mengaplikasikan pengetahuan dalam situasi yang realistik Contoh : i. Mencantum kad perkataan dengan gambar yang berkenaan ii. Mencantumkan kepingan potongan gambar untuk menjadikan satu gambar yang lengkap iii. Menyusun satu siri gambar untuk membentuk satu cerita yang logik iv. Menggunakan kiub-kiub untuk membina benda yang menarik

UJIAN BINAAN GURU


Disediakan oleh guru untuk menguji kefahaman, penguasaan, kemajuan murid-murid dalam pembelajaran. Soalan berdasarkan isi pelajaran yang telah dipelajari Bentuk ujian : objektif / subjektif Contoh : Ujian Kelas Ujian Bulanan Ujian penggalan Peperiksaan Percubaan Peperiksaan Pertengahan / Akhir Tahun.

UJIAN-UJIAN LAIN
A. Ujian saringan Mengasingkan murid-murid mengikut aliran / penguasaan / kemahiran Bertujuan menjalani program seperti pemulihan atau pengayaan

B. Ujian diagnostik Mengesan punca kelemahan murid-murid menguasai kemahiran Keputusan ujian membolehkan guru merancang aktiviti pemulihan yang lebih berkesan.

C. Ujian Pra
Untuk mendapat maklumat tentang pengetahuan sedia ada murid-murid untuk merancang aktiviti P&P yang berkesan. Menentukan kesesuaian item ujian

D. Ujian lisan
Mengesan kelemahan murid-murid dengan serta merta dan membantu mereka memperbetulkan kelemahan. Khusus untuk penguasaan bahasa.

Bentuk soalan Apa?, Bagaimana? Mengapa?

You might also like