3.

0

SEJARAH PEMBINAAN HUKUM ISLAM Secara lengkap periodisasi sejarah pembentukan hukum Islam

dapat dibahagikan kepada beberapa fasa. Iaitu; FASA PERTAMA : MASA RASULULLAH S.A.W. Beliau wafat setelah selesai menunaikan tugasnya sebagai utusan Tuhan dan Penutup para Nabi, menanamkan nilai-nilai ke-Tuhanan, kebenaran dan prinsip hidup kemasyarakatan kepada manusia di alam semesta selama 20 tahun 2 bulan 22 hari dalam 23 tahun periode keNabiannya (dengan menghitung 3 tahun lamanya Rasul tidak mendapatkan wahyu semenjak ia dapatkan pertama kalinya di Gua Hira‟). Pada periode ini, kekuasaan pembentukan hukum berada di tangan Rasulullah s.a.w. Sumber hukum Islam ketika itu adalah al-Qur‟an. Apabila ayat al-Qur‟an tidak turun ketika ia menghadapi suatu masalah, maka ia, dengan bimbingan Allah SWT menentukan hukum sendiri. Yang disebut terakhir ini dinamakan sunnah Rasulullah s.a.w. Ijtihad juga merupakan sumber hukum sesudah al-Quran dan al-Sunnah. Tetapi ijtihad Rasulullah perlu mendapat perakuan daripada wahyu Allah. Rasulullah s.a.w. mempunyai hak untuk berijtihad. Baginda seorang Rasul, pemimpin negara, qadi dan mufti yang terdedah kepada persoalan hukum yang tidak dinaskan. i. Baginda memperincikan hukum berpandukan nusus tafsiliyyah. contoh „Ammar b. Yasir berjunub ketika musafir (beliau berguling di atas debu tanah). Baginda merujuk kepada ayat tayammum. Cara bertayammum adalah sama seperti hadas kecil atau besar. ii. Ijtihad berasaskan Qiyas Contohnya, galakan qada‟ puasa nazar atau wajib kepada ibu bapa. (berdasarkan hadis hutang orang wajib dibayar : justeru hutang Allah lagi berhak dibayar) iii. Ijtihad berasaskan prinsip umum syariah (memelihara kepentingan umum) Contohnya, perintah menghabiskan daging korban selama tiga hari (Madinah kekurangan makanan dan ada pelawat sekumpulan masyarakat Arab) 1

zaman pembinaan hukum Islam ini pada hakikatnya terbentuk dari dua peringkat zaman iaitu bermula dengan pembinaan zaman Mekah dan seterusnya zaman Madinah. baik yang berasal dari al-Qur‟an mahupun dari sunnahnya sendiri.w.a. Lebih terperinci lagi.w. Contohnya kes solat asar di Bani Qurayzah.a. Sekalipun demikian. ketika itu wahyu tidak turun dan dalam situasi yang mendesak Nabi lantas bertanyakan permasalahan tersebut kepada para sahabatnya seperti Abu Bakr r. maupun kebudayaan. Peringkat Mekah Penurunan wahyu di peringkat ini menjangkau lebih kurang tiga belas tahun lamanya.a. hukum. lalu timbul persoalan apakah yang harus dilakukan ke atas tawanan-tawanan ini.a.. Manakala ijtihad sahabat pada masa kenabian ini hanya diambilkira selepas mendapat pengiktirafan daripada Rasulullah. dan hukum yang ditentukan hanya menyangkut kes itu. Manakala keputusan yang diambil Abu Bakar pula adalah sebaliknya. lalu keputusan yang dibuat oleh Umar ialah tawanan tersebut hendaklah dibunuh atas alas an kemaslahatan kaum muslimin. Di mana kaum Muslimin telah dapat menawan ramai dari kalangan tentera-tentera musyrikin. dan „Umar r..a. i. Lalu akhirnya keputusan yang diambil Nabi berdasarkan ijtihad Baginda ialah apa yang dicadangkan oleh Abu Bakr. Rasulullah s. iaitu melepaskan mereka dengan tebusan. Pada periode Rasulullah s. hukum yang diputuskan pada periode ini bersifat aktual. Lantas turun kemudiannya wahyu menegur keputusan yang telah diambil ini. Pengertian hukum fiqh di zaman Rasulullah s. Penentuan hukum terhadap suatu masalah baru ditentukan setelah kes tersebut terjadi. Di samping itu. baik yang berkaitan dengan masalah aqidah. contohnya yang pernah berlaku ialah berkenaan dengan tawanan perang Badar.Baginda juga bermusyawarah dengan sahabat dalam penetapan hukum. adalah seluruh yang dapat dipahami dari nass (ayat atau hadis). telah mengemukakan kaedah-kaedah umum dalam pembentukan hukum Islam. belum muncul teori hukum seperti yang dikenal pada beberapa periode sesudahnya.w. bukan bersifat teori. di mana ianya lebih menitik beratkan mengenai soal 2 .

akidah berkenaan dengan mentauhidkan Allah. serta terdapat juga yang berbentuk cerita-cerita lama sebagai bahan renungan dan malah bertujuan untuk memujuk hari Nabi s. Sedangkan hukum-hukum amali (yang berkaitan dengan tindaktanduk) tidak banyak dibicarakan. sekalipun ada. Terdapat dua bentuk kaedah penurunan wahyu dalam melakukan pembinaan asas hukum Islam sepanjang dua peringkat masa ini.w.w.a. agar tidak merasa serik dan kecewa dalam menghadapi kejerihan perjuangan di dalam menegakkan agama Allah. namun hakikatnya hukum-hukum seperti ini adalah bertujuan untuk mengawal akidah umat Islam itu sendiri dari nilai-nilai syirik tinggalan masyarakat jahiliyah seperti larangan memakan bangkai binatang yang tidak disembelih atau binatang sembelihan yang tidak disebut padanya nama Allah. bersama beberapa orang sahabatnya. Ini kerana pada peringkat ini umat Islam sudah mula untuk membina negara Islam yang pertama di Madinah. ii. beriman kepada rasulrasul-Nya dan hari akhirat. Tidak kurang juga dalam menekankan soal-soal yang berkaitan dengan pembinaan akhlak yang mulia. tidak seperti sebelum ini di mana wahyu banyak tertumpu pada perkara-perkara yang banyak berhubung dengan akidah.a. Dalam penyusunan ini segala peraturan diperlukan dan keperluankeperluan ini dipenuhi oleh wahyu. Syariat Islam pada zaman kedua ini berdasarkan wahyu ilahi samada berbentuk al-Quran ataupun al-Sunnah tidak lagi dianggap hanya tertumpu pada perkara-perkara tertentu sahaja bahkan ianya telah dianggap sebagai suatu yang sudah cukup sempurna dan lengkap serta mencakupi segala hukum dalam semua aspek kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Dengan itu. Ianya adalah seperti berikut : 3 . Ketika inilah turunnya wahyu-wahyu yang yang menerangkan hukum-hukum Syariat dalam semua bentuk persoalan yang dihadapi oleh manusia. Ini kerana akidah adalah suatu asas yang paling utama bagi penerimaan pengajaran Islam sepenuhnya. Peringkat Madinah Peringkat kedua ini bermula dari detik penghijrahan Nabi Muhammad s.

akan menunggu turunnya wahyu samada dalam bentuk al-Qur‟an ataupun Hadis.a. para sahabat besar melihat bahawa perlu dilakukan ijtihad apabila hukum untuk suatu persoalan yang muncul dalam masyarakat tidak ditemukan di dalam al-Qur‟an atau 4 . Jika berlaku demikian maka Nabi s. ii. para Sahabat r.a. dalam menghadapi berbagai masalah yang menyangkut hukum senantiasa bertanya kepada Rasulullah s. Menyelesaikan persoalan yang sedang dihadapi. apa-apa pertanyaan mengenainya. Menilai kaedah ini pula dapat difahami bahawa meskipun hukum Islam itu menitikberatkan realiti semasa.PERTENGAHAN ABAD KE-1H Pada zaman Rasulullah s. Menilai kaedah ini dapat difahami bahawa pembinaan hukum Islam itu telah dilakukan oleh wahyu dengan mengambil kira perkembangan dan keperluan semasa. setelah ia wafat. FASA KEDUA : MASA KHULAFA’ AL-RASYIDIN .ah.. Biasanya wahyu akan segera turun menjawab segala persoalan tersebut.i. Namun dalam beberapa hal terkadang Nabi tidak mendapat jawapan dari wahyu yang dinantikan. Berdasarkan kaedah ini sesutu hukum itu akan dijawab dan diselesaikan sesudah adanya kes atau pertanyaan mengenainya. Mengikut kaedah ini. sesuatu hukum itu akan diterangkan oleh wahyu bukan kerana atau berlaku timbul apa-apa peristiwa yang memerlukannya.w. Oleh sebab itu.w. namun dalam banyak hal ia merasakan perlu untuk mendedahkan nilai kebaikan secara lebih awal. maka permasalahan seperti ini memaksa Baginda untuk membuat kesimpulannya sendiri (berijtihad) dalam menentukan hukum yang bersifat sementara bagi persoalan tersebut yang kemudiannya akan ditentukan sendiri oleh wahyu sama ada ijtihad tersebut tepat atau tidak. Ia diterangkan oleh wahyu dengan perhitungan bahawa masanya sudah sampai untuk melaksanakan ideal berkenaan dalam masyarakat. Menerangkan hukum tentang apa yang belum berlaku.w. rujukan untuk tempat bertanya tidak ada lagi.a.

Fiqh Sahabi memperoleh kedudukan yang sangat penting dalam khazanah pemikiran Islam. Dari makalah kita mengenal sunnah Rasulullah. Terakhir keempat.a.w.). Inilah embrio ilmu fiqh yang pertama.a. Ertinya. Pertama. Apabila sahabat yang menghadapi persoalan itu tidak memiliki teman musyawarah atau sendiri. Pembentukan hukum pada zaman ini sama dengan zaman Rasulullah s.w. bukan teori.adalah orang yang berjumpa dengan Rasulullah s. Ditambah lagi. Sementara itu. maka ia melakukan ijtihad sesuai dengan prinsip-prinsip umum yang telah ditinggalkan Rasulullah s. atau dinilai sebagaimana perawi hadis lain. Ketiga. Dan para sahabat merespon situasi ini dengan mengembangkan fiqh (pemahaman) mereka. zaman sahabat adalah zaman segera setelah berakhirnya masa tasyri'.w. zaman sahabat juga melahirkan prinsip-prinsip umum dalam mengambil keputusan hukum (istinbat al-hukm. Kedua. Ketika itu para sahabat melakukan ijtihad dengan berkumpul dan musyawarahkan persoalan itu.w. dan meninggal dunia sebagai orang Islam. 5 . iaitu bersifat aktual. ketentuan hukum bagi suatu masalah terbatas pada kes itu saja.a. Bila pada zaman tasyri' orang memverifikasi pemahaman agamanya atau mengakhiri perbezaan pendapat dengan merujuk pada Rasulullah. Dengan demikian. tidak merambat kepada kes lain secara teoretis. perluasan kekuasaan Islam dan interaksi antara Islam dengan peradaban-peradaban lain menimbulkan masalah-masalah baru. dipersalahkan. sahabat --sebagaimana didefinisikan ahli hadis-. Mereka tidak boleh dikritik. perilaku mereka menjadi sunnah yang diikuti. yang nanti diformulasikan dalam kaedah-kaedah usul al-fiqh.a. kerana itu. ahl al-Sunnah sepakat menetapkan bahawa seluruh sahabat adalah baik (al-sahabi kulluhum ‘udul). ini yang terpenting. ijtihad para sahabat menjadi rujukan yang harus diamalkan. Dalam keadaan seperti ini. bertambah luasnya wilayah kekuasaan Islam membuat persoalan hukum semakin berkembang kerana perbezaan budaya di masing-masing daerah. dari mereka juga kita mewarisi perbezaan di kalangan kaum Muslim.sunnah Rasulullah s. pada zaman sahabat rujukan itu adalah diri sendiri. para sahabat berupaya untuk melakukan ijtihad dan menjawab persoalan yang dipertanyakan tersebut dengan hasil ijtihad mereka.

bila mereka ikhtilaf.adalah fondasi utama dari seluruh bangunan fiqh Islam sepanjang zaman. Tentu saja. Fiqh Sahabi memberikan dua macam pola pendekatan terhadap syari„ah yang kemudian melahirkan tradisi fiqh yang berbeza. Sebagian sahabat sedikit sekali memberi fatwa. FASA KETIGA : PERTENGAHAN ABAD 1H . maka tidak menghairankan bila mazhab sahabat menjadi rujukan penting bagi perkembangan fiqh Islam sepanjang sejarah. atau kerana posisinya memungkinkan untuk itu.a. di antara para sahabat itu yang paling penting adalah Khulafa‟ al-Rasyidin. Masingmasing sahabat mengajarkan al-Qur‟an dan hadis Rasulullah s. Thabit (11 SH/611M45H/665M) dan „Abdullah b. Mas„ud (Ibn Mas„ud). apabila orang-orang Islam bertanya pada sahabat dalam urusan hukum-hukum agama tidak semua sahabat menjawab pertanyaan mereka. para sahabat sudah banyak yang bertebaran di berbagai daerah yang ditakluki Islam. mazhab sahabat menimbulkan kemusykilan yang sulit diatasi.AWAL ABAD KE-2 H Periode ini merupakan awal pembentukan hukum Islam. Bila mereka sepakat. Sejak zaman „Uthman b. Para sahabat ini kemudian berhasil membina kader masing-masing yang dikenal dengan para Tabi„in. menurut kesepakatan Ahl al-Sunnah. Masing-masing sahabat ini menghadapi persoalan yang berbeza. Yang disebut "para pengikut" (makna kata Tabi„in) ialah kaum Muslim generasi kedua (mereka menjadi Muslim 6 . „Umar (Ibn „Umar) di Madinah dan Ibn „Abbas di Mekah. kepada penduduk setempat. Di Iraq dikenal sebagai pengembang hukum Islam adalah „Abdullah b. Fiqh para sahabat --khususnya seperti diwakili oleh al-Khulafa‟ alRasyidun-. pendapat mereka dapat membantu memecahkan masalah fiqh. dan mereka pun tidak bertanya pada semua sahabat. khalifah ketiga. mungkin kerana ketidaktahuan. kehati-hatian. mungkin kerana pengetahuan mereka. Zayd b. atau pertimbangan politik. „Affan (576-656).w. sesuai dengan keadaan masyarakat setempat. Sebagian lagi banyak sekali memberi fatwa. Walaupun begitu.Kerana posisi sahabat begitu istimewa.

„Umar 537 hadis. kurang dari 27% hadis yang diriwayatkan Abu Hurayrah (Abu Hurayrah meriwayatkan 5374 hadis). bersama dengan masa para Sahabat sebelumnya dan masa Tabi„ al. „Umar al-Khattab menahan para sahabat senior di Madinah dan melarang mereka meninggalkan kota itu. Oleh kerana itu. „Ata‟ b. Hasan al-Basri (21 H/642 M-110H/728M) di Basrah.Tabi„in ("para pengikut dari para pengikut" yakni. umumnya bukanlah murid al-Khulafa al-Rasyidin. Sebenarnya. „Ali 586 hadis. yakni mereka yang berguru pada sahabat. Masingmasing ulama di daerah tersebut berupaya mengikuti metode ijtihad sahabat yang ada di daerah mereka. Yang keluar kebanyakan 7 . baru mereka diizinkan keluar. Makhul di Syam (Syria) dan Tawus di Yaman. Para Tabi„in yang terkenal itu adalah Sa„id b. Selepas „Uthman memerintah. dianggap sebagai masa-masa paling autentik dalam sejarah Islam. ia mempertimbangkan alasan-alasan. Kedua. baik secara politik maupun administratif dalam pemerintahan. bahawa dalam khazanah fiqh para khalifah sedikit sekali memberi fatwa atau meriwayatkan hadis. tidak banyak. kaum Muslim generasi ketiga). Musayyab (15-94 H) di Madinah. hanya sedikit para sahabat yang meninggalkan Madinah.ditangan para Sahabat Nabi). „Umar ingin mengambil manfaat dari pendapat mereka. para Tabi„in. Abu Bakr meriwayatkan hanya 142 hadis. ketika kekuasaan Islam meluas. Dalam pandangan keagamaan banyak ulama masa Tabi„in itu. 76 H) di Kufah. Ibrahim al-Nakha„i (w. Mereka ini kemudian menjadi guruguru terkenal di daerah masing-masing dan menjadi rujukan untuk masyarakat setempat. Pertama. Persoalan yang mereka hadapi di daerah masingmasing berbeza sehingga muncullah hasil ijtihad yang berlainan. bahkan sedikit sekali sahabat yang keluar dari Madinah. Jika semua hadis mereka disatukan hanya berjumlah 1411 hadis. sebelum Dinasti Umayyah berkuasa. „Uthman 146 hadis. Menarik untuk dicatat. sehingga muncullah sikap fanatisme terhadap para sahabat tersebut. dan ketiga masa itu sebagai kesatuan suasana yang disebut salaf (Klasik). Abi Rabah (27-114H) di Mekah. Dalam pada itu.

para Tabi„in mengumpulkan dua hal: Hadis-hadis Nabi s. dan pendapat-pendapat para sahabat (aqwal al-sahabah). Abu Musa al-Asy„ari. Khalifah III. pada periode ketiga ini pun usul al-fiqh telah matang menjadi salah satu cabang ilmu keislaman. Juga bukan sahabat senior. mereka melakukan ijtihad seperti atau dengan metode yang dilakukan para sahabat. Dalam perkembangannya. Walaupun begitu tidaklah bererti masa generasi kedua ini bebas dari persoalan dan kerumitan. Dari sahabat. terutama yang terjadi sejak peristiwa pembunuhan „Uthman. dengan penampilan kesarjanaan di bidang keahlian yang lebih mengarah pada spesialisasi. istihsan dan istislah. Kebanyakan murid-murid sahabat itu para mawla (non Arab). dan lain-lain.a. Justru sifat transisional masa ini ditandai berbagai gejala kekacauan pemahaman keagamaan tertentu. Fiqh Tabi„in. telah dikembangkan oleh ulama fiqh. kerana itu. Pada periode ini. yang bersumber dari sisa dan kelanjutan berbagai konflik politik. Tumbuhnya 8 . Berbagai metode penetapan hukum seperti qiyas. Bila ada masalah baru yang tidak terdapat pada kedua hal tersebut. di lain pihak pada masa itu juga mulai disaksikan munculnya tokoh-tokoh dengan sikap yang secara nisbi lebih mandiri. Pada periode ketiga ini pengaruh ra’y dalam pembinaan hukum semakin berkembang kerana ulama Madrasah al-hadith juga mempergunakan ra’y dalam hukum fiqh mereka. Mas„ud. Di samping fiqh. sehingga muncul fiqh iftirâdî (fiqh berdasarkan pengandaian tentang persoalan yang akan terjadi di masa datang/futuristik).bukan fuqaha’. umumnya fiqh mawla. seperti „Abd Allah b. Di satu pihak masa itu bisa disebut sebagai kelanjutan wajar masa sahabat Nabi.w. pengertian fiqh sudah beranjak sebagai salah satu cabang ilmu keislaman yang mengandung pengertian mengetahui hukumhukum syara' yang bersifat amali (praktikal) dari dalil-dalilnya yang terperinci. kecuali yang diizinkan keluar oleh Umar. hukum fiqh tidak saja membahas persoalan aktual. tetapi juga menjawab persoalan yang akan terjadi. Dalam bidang fiqh seperti juga dalam bidang-bidang yang lain masa Tabi„in adalah masa peralihan dari masa sahabat Nabi dan masa tampilnya imam-imam mazhab.

Banyak meriwayatkan Hadis yang bersambung dengan Abu Hurayrah. Wafat pada 106H. „Ali b. Anas b. Wafat pada 114H. Muhammad ibn Muslim. Dan pertikaian itu antara lain menjadi sebab bagi berkecamuknya amalan pemalsuan hadis atau penuturan dan cerita tentang Nabi dan para sahabat. „Aisyah. Mendapat perintah dari „Umar ibn „Abd al-„Aziz untuk mencatat Sunnah penduduk Madinah sebagai rintisan rasmi pertama pembukuan Hadis. Abu Ja„far ibn Muhammad ibn „Ali ibn Husayn. „Urwah ibn al-Zubayr ibn al-„Awwam. iii. vii. isteri Nabi s. dan sebagainya. ii.w. Qasim b. Lahir dimasa kekhalifahan „Uthman. antara lain: i.partisan-partisan politik yang berjuang keras memperoleh pengakuan dan legitimasi bagi klaim-klaim mereka. Sa„id ibn al Musayyib al-Makhzumi. Wafat pada 94H. Husayn ibn „Ali ibn Abi Talib. 9 . telah mendorong berbagai pertikaian fahaman. Abu Bakr ibn „Abd al-Rahman ibn al-Harith ibn Hisyam alMakhzumi. Umawiyyah. Banyak belajar dari ibu saudaranya. yang dikenal dengan sebutan al-Baqir. vi. ibn „Abbas. Lahir dua tahun kekhalifahan 'Umar. Dikenal dengan Zayn al„Abidin. Lahir di masa kekhalifahan „Umar. Syi„ah. iv. juga dari Jabir dan „Abd Allah ibn „Umar. Muhammad ibn Abi Bakr. Terkenal sangat saleh sehingga digelari pendeta Quraysy (rahib Quraysy). Malik. Ia belajar dari ayahnya dan dari bapa saudaranya Hasan b. Mendapat pendidikan dari „A'isyah (ibu saudaranya sendiri). „Aisyah. Wafat pada 94H. dan sempat belajar dari para Sahabat Besar Nabi. Sa„id ibn al-Musayyib. v. ibn „Abbas. seperti Khawarij. „Ali. Wafat pada 94H. yang terkenal dengan Ibn Syihab al-Zuhri. Di Madinah tampil cukup banyak sarjana. Ibn „Umar.. dan sebagainya. Lahir 50H.a. Belajar dari ayahandanya sendiri. dan belajar dari „Abd Allah ibn „Umar. Wafat pada 94H.

Wafat pada 114H. Wafat pada 107H. iaitu kaum Tabi„in yang bersemangat untuk tinggal di sana. mendengarkan. Mujahid ibn Jabr. Kemudian mereka ini mewariskan apa saja yang mereka ketahui kepada penduduk (berikut)-nya. Wafat pada 103H. Mawla Bani Makhzum. Lahir di masa Nabi masih hidup. system pemerintahannya. Masruq al-Hamdani. Ubay. Dari kalangan warga Kufah yang tampil antara lain ialah: i. ii. memelihara sabda-sabda beliau dan menerapkannya. iv. kerana ia Sahabat Nabi sejak Hijrah sampai wafat. „Uthman. kompleksitas kehidupannya. Seorang khadam. Padahal peristiwa-peristiwa (hukum) di Iraq itu. kemudian para Sahabat beliau menyambut. menyampaikan seruannya. dan tidak mendapatkan bagian dari Sunnah kecuali melalui para Sahabat dan Tabi'in yang pindah kesana. Murid terkemuka Ibn Mas„ud. „Umar. Dianggap Bapa Ilmu tafsir al-Qur‟an. disebabkan masa lampaunya. ii. Wafat di Ta‟if pada 68H. „Ata ibn Rabah. ii. antara lain: i. Dan yang dibawa pindah oleh mereka itu pun masih lebih sedikit daripada yang ada di Hijaz. „Abd Allah ibn „Abbas ibn „Abd al-Mutalib. „Ikrimah mawla Ibn „Abbas. Sedangkan Iraq telah mempunyai peradabannya sendiri. „Alqamah ibn Qays al-Nakha„i. adalah lebih banyak daripada yang ada di 10 . Hijaz adalah tempat tinggal kenabian.Di Mekah beberapa sarjana terkenal juga tampil: i. Selain belajar dari Nabi juga banyak belajar dari Abu Bakr. Wafat pada 62H. iii. Wafat pada 63H. Kemudian dari Basrah. Anas b Malik al-Ansari. Muhammad ibn Sirin. tampil tokoh-tokoh. Wafat pada 90H. Lahir dua tahun sebelum Hijrah. Dan (Hijaz) tetap menjadi tempat tinggal banyak dari mereka (para Sahabat) yang datang kemudian sampai beliau wafat. Wafat pada 110H. Di situ Rasul menetap.

Oleh kerana para sahabat sendiri tidak sama dalam memiliki pengetahuan tentang hadis-hadis Rasulullah. adalah lebih luas dan lebih banyak. Perkara ini berlaku disebabkan negara Islam yang telah menguasai bidang politik dan pemerintahan pada waktu itu kian membangun dengan pesat sekali sehingga melibatkan berbagai-bagai daerah. Kerana itulah keperluan mereka kepada penalaran lebih kuat terasa. Perkara ini tidak berlaku di zaman sahabat kerana takut-takut ianya boleh membuka peluang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab lalu meriwayatkannya secara dusta untuk semata-semata tujuan peribadi. Perpindahan para fuqaha‟ dari Madinah ke daerah lain. Ini masih ditambah dengan kecenderungan mereka untuk banyak membuat andaian-andaian dan perincian kerana keinginan mendapatkan tambahan pengetahuan. Keterlaluan di dalam meriwayatkan Hadis. Terkadang bila berlaku sesuatu kes. Mereka ini bukan sekadar menjadi guru dan pembimbing bagi penduduk-penduduk di daerah-daerah tersebut malah dilantik juga untuk menjadi pegawai-pegawai pemerintah dan pentadbiran di sana. maka mereka telah melakukan riwayat dalam kadar yang berbeza-beza. penalaran (akal) mendalam dan pelaksanaan yang banyak. Penyandaran diri kepadanya juga lebih jelas nampak. begitu pula kebudayaan penduduknya dan terlatihnya mereka itu kepada penalaran. mengingat sedikitnya Sunnah pada mereka itu tidak memadai untuk semua tuntutan mereka. Namun. dan penggunaannya juga lebih banyak. ditambah dengan bilangan orang yang memasuki agama Islam yang semakin meningkat yang memerlukan kepada sumbangan dan khidmat dari para fuqaha itu sendiri. ii. Pada period ini berlakunya perselisihan pendapat para fuqaha‟.Hijaz. mereka 11 . disebabkan tekanan-tekanan keperluan kepada fatwa di dalam menyelesaikan segala persoalan baru di daerahdaerah baru itu para fuqaha merasa perlu untuk meriwayatkan hadis secara meluas sama ada sebagai asas bagi fatwa-fatwa yang diberikan kepada orang ramai atau sebagai bertujuan untuk mengajar murid-murid mereka. Ia merujuk kepada beberapa faktor seperti berikut : i.

w. Imam Abu Yusuf. kitab-kitab fiqh banyak berisi al12 .PERTENGAHAN ABAD KE-4 H Periode ini disebut sebagai periode gemilang kerana fiqh dan ijtihad ulama semakin berkembang. Hasan al-Syaybani. Oleh sebab itu.yang menghafal sedikit biasanya akan mengeluarkan hukum yang berbeza dari mereka yang menghafal banyak hadis seperti yang berlaku dalam kes menyapu “Khuf” seperti yang telah disebutkan tadi. Pertentangan ini tidak berlangsung lama. Perpecahan politik yang mendalam di kalangan umat Islam pada waktu itu. Secara kasarnya dapat dinilaikan di sini bahawa pembahagian aliran ilmu kepada dua pembawakan yang amat berbeza ini adalah merupakan juga rentetan dari tindakan khalifah Uthman sendiri dengan memberi keizinan kepada para sahabat untuk berpindah ke merata daerah-daerah Islam yang baru dibuka akibat beberapa desakan. iv. khususnya mazhab yang empat. Imam Muhammad b. Mazhab Syafi‘i dan Mazhab Hanbali. Syi„ah dan ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Mazhab Maliki. tokoh ahl al-ra’yi. banyak mendukung pendapat ahl al-hadith dengan mempergunakan hadishadis Rasulullah s. datang ke Madinah berguru dengan Imam Malik dan mempelajari kitabnya. ulama dari Mazhab Hanafi yang dikenal sebagai ahl al-ra’yi. Imam al-Syafi„i. Pada periode inilah muncul berbagai mazhab. Hasan al-Syaybani. Antaranya Khawarij. Ra`y dan Athar. salah seorang tokoh ahl al-hadith. iii. al-Muwatta’ (buku hadis dan fiqh). iaitu Mazhab Hanafi. Meluasnya perbezaan pendapat di antara dua aliran Golongan Jumhur . FASA KEEMPAT : PERTENGAHAN ABAD KE-2H . Pertentangan antara Madrasah alhadith dengan Madrasah al-ra’yi semakin menipis sehingga masing-masing pihak mengakui peranan al-ra’yu dalam berijtihad. Bibit-bibit perpecahan ini telah bermula dengan persoalan mengenai jawatan khalifah dan syarat-syarat orang yang layak untuk menerajuinya. kerana ternyata kemudian masing-masing kelompok saling mempelajari pandangan fiqh kelompok lain. datang belajar kepada Imam Muhammad b. Pada dasarnya pergolakan politik ini telah manimbulkan tiga kelompok yang berbeza.a.

iaitu sebagai berikut: i. seperti dalam pemerintahan Dawlah ‘Abbasiyyah yang menjadikan fiqh Mazhab Hanafi sebagai pegangan para hakim di pengadilan. Lebih jauh. Terdapat beberapa penyebab yang menjadikan tertutupnya pintu ijtihad pada periode ini. Munculnya sikap taksub mazhab (fanatisme mazhab imamnya) di kalangan pengikut mazhab. Sebagaimana pada periode ketiga. dan pemerintah pun mulai menganut salah satu mazhab fiqh rasmi negara. pada periode ini fiqh iftirâdî semakin berkembang kerana pendekatan yang dilakukan dalam hukum fiqh tidak lagi pendekatan aktual di kala itu. seperti kitab al-Risalah yang disusun oleh Imam al-Syafi„i. pada periode ini muncullah anggapan bahawa pintu ijtihad sudah tertutup. memperluas atau meringkas masalah yang ada dalam kitab fiqh mazhab masing-masing. Kitab-kitab fiqh pun mulai disusun pada periode ini. ii.ra’yi dan al-hadith. dalam periode ini juga disusun kitab-kitab usul al-fiqh. bahkan mereka cukup puas dengan hukum fiqh yang telah disusun dalam berbagai mazhab. hukum untuk permasalahan yang mungkin akan terjadi pun sudah ditentukan. PERIODE KELIMA : PERTENGAHAN ABAD KE-4H . Ulama lebih banyak mencurahkan perhatian dalam mengomentari. 13 . tetapi mulai bergeser pada pendekatan teoretis. Oleh sebab itu. Di samping sempurnanya penyusunan kitab-kitab fiqh dalam berbagai mazhab. sehingga hukum fiqh yang diterapkan hanyalah hukum fiqh mazhabnya. Hal ini menunjukkan adanya titik temu antara kelompok masing-masing. Dipilihnya para hakim yang hanya bertaqlid kepada suatu mazhab oleh pihak penguasa untuk menyelesaikan persoalan. Ulama ketika itu merasa lebih baik mengikuti pendapat yang ada dalam mazhab daripada mengikuti metode yang dikembangkan imam mazhabnya untuk melakukan ijtihad.PERTENGAHAN ABAD KE-7H Periode ini ditandai dengan menurunnya semangat ijtihad di kalangan ulama fiqh.

Usaha mentakhrij (mengembangkan hukum fiqh melalui metode yang dikembangkan imam mazhab) dan mentarjih pun sudah mulai memudar. sehingga penyusunan kitab fiqh pada periode ini pun hanya terbatas pada meringkas dan mengomentari kitab fiqh tertentu. serta pertimbangan tujuan syara„ (maqasid al-Syari‘ah) dalam menetapkan hukum. perdebatan ini kadang-kala jauh dari sikap-sikap ilmiah. Munculnya buku-buku mengenai hukum fiqh yang disusun oleh mazhab masing-masing. Di samping itu.a. PERIODE KEENAM : PERTENGAHAN ABAD KE-7H . Penyelesaian masalah hukum tidak lagi mengacu pada al-Qur‟an dan sunnah Rasulullah s. Sekalipun ada mujtahid yang melakukan ijtihad ketika itu. Akan tetapi. perkembangan pemikiran hukum serta metode ijtihad menyebabkan banyaknya upaya terjadi (menguatkan satu pendapat) dari ulama dan munculnya perdebatan antara mazhab di seluruh daerah. membuat umat Islam mencukupkan diri mengikuti yang tertulis dalam buku-buku tersebut. Pada akhir periode ini dimulai usaha kodifikasi hukum Islam 14 . para hakim yang ditunjuk oleh penguasa adalah ulama mujtahid yang tidak terikat sama sekali pada suatu mazhab. keinginan penguasa pun sudah masuk ke dalam masalahmasalah fiqh. Hal ini pun menyebabkan masing-masing pihak/mazhab menyedari kembali kekuatan dan kelemahan masing-masing. tetapi telah beralih pada sikap mempertahankan pendapat mazhab secara jumud (konservatif). Di akhir periode ini pemikiran ilmiah berubah menjadi hal yang langka.MUNCULNYA MAJALLAH AL-AHKAM AL-‘ADLIYYAH (1286H) Periode ini dimulai dengan kelemahan semangat ijtihad dan berkembangnya taqlid serta taksub (fanatisme) mazhab. hal ini pun. ijtihadnya hanya terbatas pada mazhab yang dianutnya.w. Di samping itu. dan iii. Ulama merasa sudah cukup dengan mempelajari sebuah kitab fiqh dari kalangan mazhabnya.sedangkan sebelum periode ini.

Pengambilan pendapat dilakukan tidak saja dari mazhab yang empat. Munculnya kodifikasi hukum Islam dalam bentuk Majalah al-Ahkam al-‘Adliyyah dilatarbelakangi oleh kesulitan para hakim dalam menentukan hukum yang akan diterapkan di pengadilan. Memilih pendapat terkuat dari berbagai kitab fiqh merupakan kesulitan bagi para hakim di pengadilan.SEKARANG Ada tiga ciri pembentukan hukum Islam pada periode ini. Munculnya Majalah al-Ahkam al-‘Adliyyah sebagai hukum muamalah umum yang diambilkan dari fiqh Mazhab Hanafi.yang seluruhnya diambilkan dari mazhab rasmi pemerintah Turki Uthmani (Kerajaan Ottoman. 1300-1922). dan iii. tetapi juga dari para Sahabat dan Tabi„in. sesuai dengan keperluan zaman. maka pada tahun 1333H pemerintah Turki Uthmani menyusun kitab hukum keluarga (alAhwal al-Syakhsiyyah) yang merupakan gabungan dari berbagai pendapat mazhab. Berkembangnya usaha kodifikasi hukum Islam. iaitu: i. dengan syarat bahawa pendapat itu lebih tepat dan sesuai. sementara kitab-kitab hukum fiqh muncul dari berbagai mazhab dan seringkali dalam satu masalah terdapat beberapa pendapat. yang dikenal dengan Majallah al-Ahkam al-‘Adliyyah. PERIODE KETUJUH : SELEPAS MUNCUL MAJALAH AL-AHKAM AL'ADLIYYAH . pemerintah Turki Uthmani berpendapat bahawa harus ada satu kitab hukum yang boleh dirujuk dan diterapkan di pengadilan. Bersumber dari berbagai pendapat atas pendapat terkuat dari berbagai mazhab. di samping memerlukan waktu yang lama. 15 . Oleh sebab itu. Pada abad ke-19M muncul berbagai pemikiran di kalangan ulama dari berbagai negara Islam untuk mengambil pendapat-pendapat dari berbagai mazhab serta menimbang dalil yang paling kuat di antara semua pendapat itu. iaitu Mazhab Hanafi. ii. Munculnya pemikiran untuk memanfaatkan berbagai pendapat semua mazhab yang ada.

Malaysia dan Indonesia. Sudan. Pengaruh hukum Barat ini menyedarkan ulama untuk merujuk kembali khazanah intelektual mereka dan memilih pendapat mazhab yang tepat diterapkan saat ini. pembentukan dan pengembangan hukum Islam tersebut. Iran. Pakistan. Ijtihad jama‘i (kolektif) harus dikembangkan dengan melibatkan berbagai ulama dari berbagai disiplin ilmu. tetapi dengan melakukan ijtihad kembali ke sumber aslinya. 16 . Usaha penerapan hukum Islam di berbagai neqara Islam semakin tampak. seperti di Jordan. seperti bidang kedoktoran dan sosiologi. iaitu al-Qur‟an dan al-Sunnah.Semangat kodifikasi hukum fiqh Islam di berbagai negara Islam ikut didorong oleh pengaruh hukum Barat yang mulai merembat ke berbagai dunia Islam. Lebih jauh lagi. usaha penerapan hukum Islam dengan beberapa penyesuaian dengan keadaan setempat mulai berkembang. Di banyak negara Islam telah muncul hukum keluarga yang diambil dari berbagai pendapat mazhab. di daerah yang berpenduduk majoriti Islam. Dengan demikian. tidak hanya ulama fiqh. tetapi juga sarjana dari disiplin ilmu lainnya. Syria. tidak harus mengacu kepada kitab-kitab fiqh yang ada. hukum fiqh menjadi lebih akomodatif jika dibandingkan dengan hukum fiqh dalam kitab berbagai mazhab. Akan tetapi.