You are on page 1of 3

Teks Ucapan MC - Anti Dadah

Assalammualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Bungan mawar si bunga rampai, Harum mekar menghiasai taman, Wakil AADK sudahlah sampai, Selamat datang kami ucapkan.

Yang berusaha En.Abdul Malek bin Zainal,Guru Besar SKMJ, Pn Norhayati Bt Hasan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Harison bt Ahmad, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Kamal Hisham b Dato Ibrahim, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Badan Pengawas SKMJ, barisan guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita berkumpul pada hari ini untuk sama-sama menjayakan majlis kemuncak minggu antidadah dan ceramah Kesedaran Bahaya Dadah dari wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan dibaca oleh al Fadhil Ustaz Fahmy Nofal b Bashir. Dipersilakan.

*** Amin.. amin ya rabbal alamin. Seterusnya para hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan lagu sekolah dengan penuh semangat.. * Semua hadirin dipersilakan duduk. ***

Untuk makluman para guru dan pelajar-pelajar, AADK merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu memulihkan penagih dadah, mencegah masyarakat dari terlibat dengan dadah serta membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah. *** Seterusnya, saya ingin menjemput En. ................................................. iaitu ................................. untuk menyampaikan ceramah Kesedaran Bahaya Dadah. Tuan dengan segala hormatnya dipersilakan.

*** Terima kasih ................................... Diharap kita semua dapat memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan dalam ceramah ini, untuk kita jadikan panduan dalam meniti hari hari yang mendatang dalam kehidupan kita.

Sebagai tanda penghargaan kepada pihak AADK, saya ingin mempersilakan GB SKMJ En Abd Malek b Zainal untuk menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita.

Dipersilakan En .................................... untuk menerima cenderahati daripada kami. *** Terima kasih En Abd Malek b Zainal, GB SKMH kerana sudi menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya menjemput Guru Besar untuk mengiringi penceramah kita ke kantin bagi menikmati sedikit jamuan ringan. Segala hormatnya dipersilakan.

*** Terima kasih .................................... Majlis diteruskan lagi dengan sesi Kuiz Tahap 2. Dengan itu, majlis menjemput En........ guru penyelaras Program Minggu AntiDadah SKMJ untuk menyampaikan taklimat berkenaan kuiz ini. *** Majlis bersambung semula selepas waktu rehat. Di minta murid tahap 1 untuk ke kantin dan kembali semula pada jam _______ manakala murid tahap 2 masih di dewan ini. ***

Selamat kembali ke dewan ini dengan majlis seterusnya ialah perasmian penutupan Sambutan Minggu AntiDadah SKMJ. Dengan itu, majlis dengan ini menjemput En Abd Malek b Zainal, GB SKMJ untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan penutupan sambutan minggu AntiDadah SKMJ bagi tahun 2012 ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. *** Terima kasih Tuan GB dengan perasmian penutupan itu tadi. Buat pengetahuan semua, kita telah menjalankan beberapa aktiviti dan pertandingan berkaitan bahaya dadah sepanjang minggu ini. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah senamrobik, pertandingan penghasilan kolaj, teka silangkata, pertandingan melukis, mewarna serta kuiz antidadah. Kemuncak pertandingan yang ditunggu telah pun tiba. Bagi menyempurnakan majlis ini, seterusnya, majlis dengan ini menjemput tuan penceramah kita, diiringi Guru Besar SKMj untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis kini sudah sampai ke penutupnya.

Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Majlis kita selesailah sudah, Jumpa lagi di lain kali.

Tuan puteri pergi ke Rasah, Pulang semula di sebelah pagi, Yang baik itu datangnya dari Allah, Yang buruk itu dari kelemahan sendiri.

Akhir kata, saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang saya mengendalikan majlis ini. Kita sudahi majlis ini dengan membaca tasbih kafarah dan surah alasr. Sekian, wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh. Dengan ini majlis bersurai.

Pihak AADK ada menyediakan pameran berkaitan dadah di ......................................... Para guru dan pelajar bolehlah berkunjung ke pameran yang telah disediakan selepas majlis ini.

You might also like