You are on page 1of 5

PENGENALAN, LATAR BELAKANG & PROFILE SYARIKAT.

Memperkenalkan Dutch Lady

[DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD (DUTCH LADY MALAYSIA).]

Sejak turun temurun kami di Dutch Lady Milk Industries mempunyai komitmen untuk membekalkan produk tenusu dan produk pemakanan bayi yang berkualiti tinggi ke seluruh negara. Kini Dutch Lady adalah antara tiga pengilang produk tenusu yang terunggul di Malaysia. Generasi demi generasi di Malaysia telah membesar dengan produk-produk tenusu Dutch Lady. Masihkah anda ingat akan susu kotak Coklat Dutch Lady UHT yang sering dibawa ke sekolah untuk waktu rehat? Pengguna muda bagi generasi baru hari ini mempunyai banyak pilihan dengan adanya rangkaian produk susu yang meluas untuk keperluan tumbesaran mereka. Dutch Lady 123 dan 456 bukan sahaja diperkaya dengan DHA, tetapi juga boleh didapati dalam perisa vanila, madu dan coklat! Pada awal operasi, Dutch Lady memulakan perniagaannya sebagai pengilang susu pekat manis. Kini rangkaian produk Dutch Lady Milk Industries semakin meluas dari rumusan bayi dan susu untuk membesar sehinggalah jus buah-buahan dan yogurt. Setiap inovasi produk dalam rangkaian rumusan susu bayi dan kanak-kanak yang berkembang pesat disokong oleh kaji selidik tempatan dan antarabangsa yang terperinci. Royal FrieslandCampina, iaitu syarikat induk kami di Belanda, sentiasa melaburkan dana dalam usaha kaji selidik untuk meningkatkan pemakanan si manja anda ke tahap yang lebih tinggi. Rangkaian produk Dutch Lady bukan sahaja setakat produk popular seperti Dutch Lady UHT Milk atau Dutch Lady 123. Antara produk lain dari syarikat kami yang mungkin anda telah pun nikmati semasa waktu rehat di tempat kerja atau sebagai pencuci mulut di restauran kegemaran anda - termasuklah jus buah-buahan JOY, MooJooz dan Yogurt Rendah Lemak Dutch Lady. Produk seperti Yogurt dan Moojooz melambangkan usaha tekad kami di Dutch Lady untuk sentiasa meningkatkan rangkaian pilihan produk tenusu untuk dinikmati anda seisi keluarga. Dengan penghasilan produk-produk berkualiti yang dirumuskan khas untuk memenuhi citarasa anda, Dutch Lady telah menjadi peneraju dan salah satu jenama produk tenusu yang paling dipercayai di seluruh pelosok negara. Sila terus membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana Dutch Lady telah berkembang bersama rakyat dan negara Malaysia sejak 50 tahun yang lalu. Profil Syarikat Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia), peneraju industri tenusu berkualiti Malaysia, telah ditubuhkan pada tahun 1963. Ianya juga syarikat tenusu pertama yang disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun 1968. Pemilik utamanya adalah Royal FrieslandCampina NV, suatu syarikat multinasional Belanda dan antara syarikat tenusu terbesar di dunia. Permodalan Nasional Berhad pula adalah pemegang saham kedua terbesar. Dutch Lady Malaysia mengilang serta memasarkan produk tenusu dan jus buah-buahan yang berkualiti tinggi untuk pasaran tempatan dan eksport Antara produk-produk termasuklah Rumusan Bayi, Susu Untuk Membesar, Susu Tepung, Susu Pekat Manis, Susu UHT, Susu Disteril, Susu Dipasteur, Susu Kultur, Yoghurt dan Minuman Jus Buah-Buahan. Syarikat juga mempunyai pengguna setia yang menyokong produk tenusu jenama Dutch Lady, Frisolac, Friso, Completa, Omela dan Joy. Syarikat percaya akan pentingnya inovasi produk yang berterusan, suatu hasrat yang disokong penuhnya oleh FrieslandCampina. Dutch Lady Malaysia juga sentiasa memperbaiki kualiti dan nutrisi produk sedia ada secara berterusan untuk memenuhi keperluan pihak pelanggan. Dutch Lady Malaysia adalah syarikat pertama di dunia yang memperkenalkan Susu Untuk Membesar yang diformulakan khas untuk kanak-kanak berumur satu hingga tiga tahun. Produk ini dipasarkan di

Page | 1

PENGENALAN, LATAR BELAKANG & PROFILE SYARIKAT.

[DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD (DUTCH LADY MALAYSIA).]

Malaysia dengan nama Susu Untuk Membesar Dutch Lady 123 dan Susu Untuk Membesar Dutch Lady 456. Selain menyokong industri tempatan dengan penggunaan ramuan tempatan dalam penghasilan produk-produknya, Dutch Lady Malaysia juga adalah penyokong dan pembeli susu segar tempatan daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Pembelian tersebut adalah hasil kolaborasi Projek Pembangunan Tenusu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan dibantu oleh Kedutaan Belanda. Dutch Lady Malaysia amat mementingkan mutu produknya dengan memastikan penjagaan kualiti berada di tahap yang optimum. Ini terbukti dengan penganugerahan pensijilan ISO 9001 kepada premis syarikat sejak tahun 1995. Syarikat juga mengamalkan keselamatan penghasilan produk dengan aplikasi HACCP di dalam premis pembuatannya. Malah, penjagaan alam sekitar dan keselamatan pekerja turut dititikberatkan apabila dianugerahkan sijil ISO 14001 dan OHSAS 18001. Kesemua produk tenusu yang dihasilkan syarikat telah mendapat pengesahan halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Dutch Lady Malaysia memperoleh hasil pendapatan tahunan sebanyak RM692 juta pada tahun 2009. Syarikat ini beroperasi di Petaling Jaya dan mempunyai 600 orang pekerja. Kini, Dutch Lady Malaysia menerajui pasaran untuk produk tenusu seperti Susu UHT, Susu Steril, dan Susu Untuk Membesar. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.dutchlady.com.my Selain dairpada Dutch Lady Malaysia, FrieslandCampina mempunyai tiga syarikat lain yang beroperasi di Malaysia. Syarikat tersebut didaftarkan dengan nama FrieslandCampina Business Development Unit, CPI Sdn Bhd, yang berfungsi sebagai ibupejabat Operasi Nasional, Syarikat FrieslandCampina Service Centre Asia Pacific Sdn Bhd, yang berstatus MSC dan Syarikat FrieslandCampina Domo Asia, yang menjalankan perniagaan jualan bahan ramuan. Royal FrieslandCampina merupakan syarikat multinasional yang menghasilkan produk tenusu dan bahan ramuan yang semulajadi, bernutrisi dan bermutu tinggi. Rasa, sihat, mudah dan jujur merupakan aspek utama yang dipegang Syarikat. FrieslandCampina mencatatkan hasil pendapatan tahunan sebanyak Euro 9.5 billion pada tahun 2008. Ianya mempunyai 21,000 orang pekerja do 100 buah premis pembuatan dan pejabat jualan di 25 buah negara. Syarikat terbahagi kepada empat organisasi dalaman iaitu Produk Pelanggan Eropah, Produk Pelanggan Antarabangsa, Keju & Mentega dan Bahan Ramuan. Variasi produk tenusu yang dihasilkan adalah seperti Susu berbentuk Tepung dan Likat, Minuman Susu, Yoghurt, Keju, Pencuci mulut, Krimer Kopi, Makanan Bayi, Mentega dan Bahan Ramuan. Berikut adalah jenama produk yang dihasilkan oleh FrieslandCampina iaitu Campina, Chocomel, Completa, Dutch Lady, Frisian Flag, Foremost, Betagen, Friesche Vlag, Fruttis, Fristi, Vifit, Landliebe, Milli, Mona, Optimel, Optiwell, Puddis, Pttys, Fruttis, NoyNoy, Peak, Rainbow, Yazoo, Appelsientje, DubbelFrisss, CoolBest, Debic, Frico, Milner, Buttergold, Valess, DMV, Kievit, Domo, Creamy Creation dan Nutrifeed. Syarikat mengamalkan model kerjasama dalam menjalankan perniagaannya dimana 16,000 penternak lembu tempatan adalah merupakan pemilik Syarikat dan mempunyai kepentingan di dalam Syarikat. Sila dapatkan informasi lengkap di www.frieslandcampina.com

Page | 2

PENGENALAN, LATAR BELAKANG & PROFILE SYARIKAT.


Wawasan Kami

[DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD (DUTCH LADY MALAYSIA).]

Wawasan korporat Dutch Lady Milk Industries Berhad ialah untuk menjadi syarikat tenusu terbaik di Malaysia melalui produk-produk dan tawaran cemerlang kepada para pengguna, pelanggan perdagangan, pemegang saham dan pekerja.

Misi Syarikat Helping Malaysians move forward in life with trusted dairy nutrition.

Kisah Kejayaan PIAWAIAN DAN PENCAPAIAN SYARIKAT Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah pemenang Anugerah Produktiviti Tahun 2004 yang telah diiktirafkan oleh Nasional Productivity Corporation (NPC) dalam kategori syarikat-syarikat yang mempunyai pulangan RM 100 juta keatas. Anugerah ini diberikan dengan objektif untuk menghargai syarikat yang cemerlang dalam pengurusan & peningkatan tahap produtiviti, dan juga untuk meningkatkan saingan dalam industri dan akhir sekali bagi menyedarkan semua akan kepentingan untuk memperbaiki produktiviti syarikat bagi menyumbang terhadap pembangunan ekonomi di Malaysia. Kemenangan ini membuktikan kesungguhan syarikat untuk sentiasa mengamalkan yang terbaik bagi menaikkan keyakinan pemegang saham dan memperbaiki pengalaman pengguna bersama jenama Dutch Lady. Anugerah produktiviti NPC ini bukan sahaja merupakan penghargaan terhadap dedikasi dan kerjasama setiap pekerja di Dutch Lady, malah ia juga dapat membantu mengetengahkan kebaikan menggunakan unit-unit untuk mengukur tahap productiviti yang digunakan sebagai usaha untuk memastikan daya ketahanan syarikat akan kekal lama dan terus meningkat maju. Pada tahun 2003, Dutch Lady Milk Industries Berhad memperoleh sijil pengiktirafan di bawah piawai ISO 9001 yang baru. ISO 9001 bukan saja membantu piawaian sistem kualiti dalam syarikat, malah digunakan sebagai jaminan tambahan untuk meyakinkan para pelanggan kami tentang sistem ketat yang diamalkan dalam penghasilan produk berkualiti untuk mereka. Organisasi Piawaian Antarabangsa (International Organization of Standardization, ISO) ialah rangkaian institut piawaian kebangsaan sedunia dari 146 buah negara. ISO menggalakkan piawaian sedunia yang memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan antarabangsa. Pengiktirafan ISO diberi berdasarkan kriteria yang ditetapkan melalui kerjasama dengan organisasi-organisasi

Page | 3

PENGENALAN, LATAR BELAKANG & PROFILE SYARIKAT.

[DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD (DUTCH LADY MALAYSIA).]


antarabangsa, kerajaan, industri, perniagaan dan wakil pengguna. Pada tahun 2007, para pengguna Malaysia sekali lagi memilih Dutch Lady sebagai jenama susu yang lebih digemari lalu memberikan anugerah "Reader's Digest SuperBrands Gold Award" yang kesembilan kepada kami. Ini adalah kemenangan terbaru dalam rekod berterusan Dutch Lady sejak Reader's Digest mula menganjurkan soal selidik tahunan ini pada tahun 1999. Soal selidik Reader's Digest SuperBrands ialah untuk mengenalpasti jenama yang paling digemari oleh para pengguna Asia berdasarkan 41 kategori produk. Secara spontan, responden menamakan jenama kegemaran, daripada kategori produk gaya hidup hinggalah keperluan harian yang merangkumi pelbagai perkhidmatan dan barangan seperti insurans, stesen minyak dan sup. Menurut penganjur, jenama yang "layak dipanggil SuperBrands mewakili pengiktirafan kualiti cemerlang oleh para pengguna umum, di samping menggambarkan pilihan para pengguna di antara pelbagai pilihan yang sedia ada. Kejayaan Dutch Lady adalah kerana ia sentiasa mengutamakan para pengguna dalam memenuhi keperluan pemakanan mereka - satu fokus yang mengilhamkan syarikat kami untuk menghasilkan produk-produk berkhasiat yang memenuhi keperluan pemakanan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan umur. Produk Dutch Lady mempunyai tanda 'halal' daripada Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam, JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia). Proses pengilangan kami menunjukkan pemahaman bahawa makanan dan minuman halal adalah suatu perkara yang penting untuk setiap orang Islam. Sekiranya sebarang makanan atau minuman mempunyai tanda 'halal', ini bermaksud bahawa ia boleh dimakan oleh orang Islam. Barangan halal tidak mengandungi sebarang bahan tidak suci di bawah Undang-undang Syariah. Dutch Lady Milk Industries Berhad begitu beriltizam untuk mendukung piawai kesucian dan mengekalkan kepercayaan pengguna dalam setiap barangan yang dikeluarkan oleh kilang Dutch Lady. Setiap produk Dutch Lady mempunyai logo 'halal' rasmi keluaran JAKIM. Selain daripada mengesahkan taraf 'halal' produk, ini juga memberi kepastian kepada pengguna bahawa Dutch Lady Milk Industries Berhad mematuhi amalan kebersihan yang ketat, mengesahkan nama baik jenama yang telah sekian lama bertapak di pasaran yang penuh dengan saingan. Segala kemudahan pengilangan Dutch Lady Milk Industries Berhad adalah tertakluk pada lawatan tapak rutin yang menyeluruh oleh pegawai-pegawai teknikal JAKIM. Tatacara ini biasanya termasuk lawatan fizikal ke tapak, temu ramah dengan pekerja kilang dan perbincangan dengan pegawai-pegawai kanan Dutch Lady Milk Industries Berhad. Sijil 'halal' yang dikeluarkan oleh JAKIM

Page | 4

PENGENALAN, LATAR BELAKANG & PROFILE SYARIKAT.

[DUTCH LADY MILK INDUSTRIES BERHAD (DUTCH LADY MALAYSIA).]


diperbaharui setiap dua tahun. Pada bila-bila masa sahaja, JAKIM berhak untuk mengadakan pemeriksaan pematuhan menerusi pemantauan tetap secara perhubungan lisan dengan pihak syarikat, ataupun lawatan dan pemeriksaan mengejut. Sijil Piawaian HACCP (Sistem Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal - Hazard Analysis and Critical Control Point) telah dianugerahkan kepada kilang Dutch Lady Milk Industries Berhad bagi semua kilang pemprosesan dan pengilangan mereka. HACCP ialah satu kaedah penilaian risiko yang menggunakan pendekatan sistematik untuk menilai amalan keselamatan makanan. Ia dirancang untuk mengenalpasti, menilai, dan mengawal bahaya dalam keselamatan makanan agar proses pengilangan terlindung daripada pencemaran dan risiko keracunan makanan dapat dikurangkan. ISO 14001:2004 Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) adalah satu pendekatan pengurusan bersistematik bagi menangani masalah alam sekitar yang dihadapi oleh syarikat seperti pengurusan air & sisa air, kualiti air, pengurusan sisa.

KELEBIHAN ISO14001 Mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar melalui kaedah pencegahan dari punca. Mempertingkatkan imej syarikat. Penambahan keuntungan hasil dari penjimatan kos yang berkait dengan alam sekitar. Sentiasa memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

Piawaian ini menyediakan satu sistem yang memberi perlindungan kepada pekerja, pengunjung dan kontraktor daripada kemalangan yang tidak diingini. Ia membantu mengelak kecederaan di tempat kerja, kehilangan upaya, kesihatan yang terjejas, penyakit, kecelakaan dan kematian

Page | 5

You might also like