You are on page 1of 15

ISI KANDUNGAN

[1]

1.0 Pengenalan Kanak-kanak pada umumnya adalah kreatif. Kreativiti ini disalurkan melalui bermain yang merupakan media mereka meluahkan perasaan dan akhirnya mereka belajar dari permainan dan aktiviti itu. Ini memberikan mereka kepuasan dan keseronokan. Belajar dan bermain tidak semestinya menggunakan alat permainan berjenama dan dilihat menarik sahaja. Pelbagai cara dan perkara yang dilihat seolah-olah tidak memberi faedah, tetapi apabila didedahkan kepada kanak-kanak ini, dengan sendirinya kita akan dapat melihat hasilnya. Antaranya adalah Pergerakan Kreatif. Pergerakan kreatif melibatkan penggunaan pergerakan anggota tubuh, irama dan daya kreativiti sebagai media kanak-kanak melahirkan perasaan. Matlamatnya adalah untuk kanak-kanak ini berkomunikasi melalui pergerakan dengan bimbingan daripada pengasuh. Salah satu aktiviti pergerakan kreatif ialah, mengadakan aktiviti yang berkaitan seni kraf tangan.
Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf

Pelbagai jenis kraftangan

[2]

2.0 Kreativiti kanak- kanak


Kreativiti dapat ditafsirkan sebagai kebolehan berimaginasi atau mencipta sesuatu yang baharu. Ia merupakan satu kebolehan menjana idea baharu dengan menggabung, mengubah dan mengaplikasikan semua idea. Ada juga yang berpendapat bahawa kreativiti dapat menyumbangkan idea atau hasil baharu dalam budaya dan ia dianggap gabungan unik dan berguna.Kreativiti adalah sesuatu yang asli di mana ia merupakan satu proses separa sedar dan sesiapa sahaja boleh menjadi kreatif tetapi tidak semua orang kreatif. Kreativiti melibatkan pemikiran dan khayalan serta berkebolehan untuk melihat sesuatu dalam cara yang berbeza dan untuk mencari kepuasan dalam membuat atau menghasilkan sesuatu dan memerlukan ketekunan sehingga terhasilnya sesuatu produk. Kreativiti bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan. Kreativiti paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka. Walau bagaimanapun, jika ibu bapa ingin mengekalkan kreativiti ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreatif dan kepintaran. Sesetengah kanakkanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya. Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Komponen kreativiti kanak-kanak mengandungi lima aspek yang terdiri daripada persekitaran dan keindahan alam, lukisan dan kraf tangan, muzik, nyanyian dan pergerakan kreatif, drama dan puisi serta warisan budaya. Peranan guru sangat penting dalam membentuk kreativiti kanak-kanak. Kanak-kanak juga diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan [3]

memperkembangkan daya kreativiti mereka mengikut kreativiti masing- masing. Penglibatan aktif kanak-kanak juga akan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk nilai estetika. Kreativiti kanak-kanak juga mendorong kanak-kanak memahami hasil pembelajaran mereka dengan lebih mudah. Selain itu, dalam kreativiti juga kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian semakin meningkat. Mereka akan pandai melukis dan mengecat mengikut kreativiti masing- masing. Kanak- kanak ini juga boleh melakar, menulis, memotong, menghasilkan kraf tangan, membuat pergerakan kreatif, menyanyi dan juga menenun. Seni dapat mengembangkan peluang ekspresi diri kanak-kanak, kebebasan bersuara, membangunkan harga diri, mengalakan kerjasama dan keharmonian kumpulan, memberikan kuasa pemikiran kepada guru-guru dan pelajar, dan menyatakan kebenaran dalam kebudayaan serta bangsa. Kepentingan kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan seni visual dapat dilihat semasa kanak-kanak dilahirkan apabila mereka mula mempunyai sifat dinamik serta berkembang mengikut fitrah semulajadi dalam proses tumbesaran. Aktiviti seni visual seperti muzik, penghasilan hasil kerja berbentuk lukisan dan pergerakan amat mendorong kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, ekspresi, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana melalui aktiviti seni visual, seni muzik, pergerakan dan sebagainya, kanak-kanak dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Menurut Cassidy, seni merupakan bahagian penting kepada kanak-kanak dalam penghasilan rupa bentuk yang boleh menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik dan sekaligus menyebabkan ia menjadi satu bahagian penting dalam komponen kurikulum. Kanak-kanak yang mempunyai bakat seni seperti seni tampak dan sentuh dapat dikenal pasti melalui pengaturcaraan kurikulum yang dipelajari oleh mereka.

Menurut Confessore (1991), kejayaan sesuatu kerjaya adalah berdasarkan kepada bakat [4]

dan kebolehan untuk mengaplikasikannya. Selain itu, peranan guru juga amat penting khususnya dalam bilik darjah untuk mengenal dan mengesan bakat seni yang terdapat dalam diri setiap muridnya. Hal ini kerana seni dapat membantu seorang guru untuk mengenal personaliti diri dan potensi diri murid- muridnya. Seni juga merupakan bahasa non- verbal bagi manusia secara global. Dalam komponen pendidikan seni visual, strategi pengajaran yang sedia ada dalam kurikulum akan membantu guru mencungkil bakat murid-muridnya supaya menjadi lebih berjaya.

Menurut Clark (1993) dan Parath (1997), ciri- ciri bakat seni yang terdapat dalam kreativiti kanak-kanak dapat dilihat melalui kemudahan pemahaman dan kebolehangunaan bilik darjah yang berdasarkan kepada analisis penyelidikan tentang pendidikan seni. Ciri bakat seni boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu daripada kemahiran teknikal, pemikiran visual dan kreativiti. Menurut Winner (2000), pencapaian seseorang dalam bidang seni sangat penting bagi pencapaian kerjaya agar ia sentiasa berada pada tahap tinggi seperti dalam bakat seni.

Kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan muzik dan seni visual dari segi kemahiran teknikal adalah berkaitan dengan kebolehan dan kemampuan untuk memanipulasi bahanbahan bagi menyampaikan sesuatu tujuan atau idea yang telah dicadangkan. Hal ini mungkin termasuk juga penggunaan sumber media seperti seni cetak, lukisan dan arca- arca seni. Tambahan pula, kemahiran ini merupakan petunjuk yang dilihat amat ketara dalam pendidikan seni visual dan dapat diluahkan terus untuk mewujudkan tafsiran realistik yang mewakili konsep abstrak. Menurut Lowenfeld (1963), kemahiran teknikal banyak berkaitan dengan peringkat pembinaan kemajuan. Oleh itu, kebanyakan penulis muda menganggap kemahiran teknikal adalah terhad bagi mereka dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Walaubagaimanapun, Prath (1993) pula menyatakan bahawa terdapat ramai penulis [5]

muda yang menunjukkan keupayaan menulis sehingga membawa kepada peningkatan konsepkonsep seni seperti penggunaan perspektif yang lebih menjurus kepada kemahiran secara terperinci dan fleksibel dalam semua produk yang dihasilkan. Sebagai contoh, seorang pelukis berbakat di tadika bukan sahaja dapat menunjukkan kemahiran yang boleh menbangunkan sesebuah sekolah tetapi dapat menarik orang ramai. Oleh itu, pembangunan kemahiran teknikal amat penting untuk penghasilan bakat seni seseorang. Menurut Winner (1986 & 29007), kreativiti kanak-kanak dalam pendidikan muzik dan seni visual dari segi pemikiran visual merujuk kepada kebolehan seseorang untuk memahami dan mentafsir maklumat berkaitan seni visual dan muzik. Hal ini termasuk kesedaran estetik dan keupayaan untuk melihat serta mengkritik unsur- unsur artistik berdasarkan kepada sebuah karya seni berkaitan peggubahan organisasi dalam bahagian seni seperti mewarna, menggaris dan melukis tekstur. Pemikiran visual juga termasuk keupayaan mencari makna yang nyata dan abstrak dalam sesebuah karya seni atau maklumat visual. Kanak-kanak yang mempunyai pemikiran visual yang tinggi digalakkan melakukan pertimbangan tentang produk yang dihasilkan. Menurut Fredette (1893), kemahiran berfikir secara visual ini adalah lebih kepada bakat seni yang besar. Pemikiran visual boleh di anggap sebagai satu binaan serupa dalam konsep membanding, mengenalpasti, dan mendefinisikan bakat seni yang terdapat dalam diri seseorang pelajar. Kenyataan ini merupakan pendapat Chetelat (1981), Lowenfeld (1947) dan Haroutonian (1995). Terdapat beberapa perkara yang sering diberikan perhatian oleh guru ketike berada di dalam suasana bilik darjah. Contohnya, seorang kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran visual yang tinggi sudah tentu akan dapat mentafsir maklumat visual dengan mudah berbanding rakan- rakan mereka yang mempunyai pemikiran visual yang rendah. Kanak-kanak yang mempunyai bakat dalam bahagian seni berkeupayaan dengan mudah untuk mentafsir makna dan juga carta- carta yang terdapat dalam seni. Di samping itu, cara lain untuk melibatkan kanak-kanak dalam kemahiran visual ialah dengan menggalakkan [6]

mereka belajar mengenai konsep- konsep abstrak berkaitan seni. Walaubagaimanapun menurut Norman Rockwell, penghasilan kerja seni yang sesuai untuk pemikiran visual seperti penghasilan kerja berbentuk naratif termasuk bahan- bahan bercerita dapat menarik minat kanak-kanak terutama di prasekolah. Seterusnya bahagian terakhir dalam bakat seni adalah kreativiti. Kreativiti dapat dilihat dalam bahagian pemikiran visual dan kemahiran teknikal yang merupakan ciri- ciri bebas dalam bakat seni. Hal ini kerana, bahagian kreativiti merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Kreativiti juga perlu bagi kanak-kanak untuk mengekalkan pencapaian yang berterusan dalam seni. Menurut Chetelat (1981), Haroutonium (1995) dan Cowenfeld (1947), kreativiti turut termasuk dalam mendefinisikan bakat seni. Hal ini kerana, melalui maklumat seni, seseorang yang berkreativiti berkebolehan dalam menghasilkan karya yang menarik berdasarkan idea dan imaginasinya sendiri. Manakala menurut Wakefield (1992) pula kreativiti sangat berkait rapat dengan langkah-langkah dalam pemikiran, orientasi artistik dan aspirasi kerjaya. Di samping itu, Poyath turut menyatakan bahawa kanak-kanak yang berbakat dalam bidang seni tampak berkemampuan dalam menghasilkan karya yang terbaik melalui lukisannya. Amabile telah mencadangkan cara yang sah untuk mengukur kreativiti kanakkanak dalam Pendidikan Muzik ialah dengan menggunakan taksiran subjektif Sesuatu produk yang kreatif. Penaksiran kuantitatif kreativiti muzikal kanak-kanak bermual pada 1970 dan sejak itu telah mula dibentuk. Semenjak itu, pengaruh Guilford dan Torrance amat ketara dalam kajian kreativiti muzik di mana beberapa aspek telah dipersoalkan bertujuan untuk menilai kreativiti muzikal. Kajian terbaru juga membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak.

[7]

Selain itu, kepelbagaian jenis muzik berguna untuk masa depan bayi kerana ia memupuk kemahiran menulis, membaca dan perbahasan. Semasa usia enam tahun pertama mereka, kanak-kanak boleh berlagu mengikut irama apabila mereka cuba membezakan deria dan bunyi daripada irama muzik serta memperoleh penyampaian visual bunyi tersebut. Proses mendapatkan maksud dari bunyi merupakan kunci utama untuk permulaan kanak-kanak dalam perkembangan bahasa. Kelebihan kreativiti kanak-kanak dalam Pendidikan Muzik antaranya ialah dapat meningkatkan keupayaan otak kanak-kanak untuk mengenalpasti dengan cepat perubahan bunyi dan juga nada. Selain itu, Pendidikan Muzik juga dapat meningkatkan keupayaan pemikiran spatial dan temporal (yang merupakan asas penting untuk matematik dan sains) dan prestasi yang lebih baik dalam menjalankan tugas dibandingkan rakan mereka yang tidak mengambil pelajaran muzik, termasuk mereka yang mengambil pelajaran komputer dalam tempoh yang sama. Pendidikan Muzik telah membawa peningkatan celik huruf, muzik sememangnya menjadi komponen penting dalam perkembangan bahasa kerana ia merupakan cara yang baik untuk melibatkan kanak-kanak dalam menerokai bunyi dan perkataan, manakala irama pula alat yang berguna untuk meningkatkan memori. Contoh terbaik adalah lagu huruf. Sesetengah orang dewasa masih menyanyikan ABCDE hingga Z untuk membaca huruf.

Menurut Haward Gardner (1983), kecerdasan ruang melibatkan kebolehankebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Kecerdasan juga termasuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, ruang, bentuk, rupa dan yang berkaitan dengannya. Bilik darjah perlu disusun atur dengan baik untuk memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat dan selesa. Ini dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam aspek ini murid meluahkan

[8]

fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih, mengubah, memodifikasi, mengadaptasi, menyusun atur dan membentuk bahan muzik. Kreativiti dapat dicungkil melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Aktiviti melalui penggunaan warna dapat merangsang minda pelajar lebih kreatif. Ketika menghasilkan karya catan misalnya, pelajar diberi peluang mencuba pelbagai warna yang mereka fikir sesuai. Mereka bebas menggabungkan warna pilihan untuk menghasilkan warna baharu yang sesuai dengan karya. Dengan cara ini, pelajar bebas meneroka dan meluahkan perasaan dalam kreativiti. Kesimpulannya seni dalam pendidikan dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif para pelajar. Guru dapat kenal pasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberikan peluang kepada pelajar menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan. Oleh sebab itu, pihak sekolah sepatutnya tidak meminggirkan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik di sekolah, atau menggantikannya dengan mata pelajaran lain hanya kerana ingin pencapaian tinggi dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Hal ini kerana seni dalam pendidikan mampu merangsang minda pelajar agar lebih kreatif, berkeyakinan dan berdaya maju.

[9]

3.0 Aktiviti kraf di sekolah Pelbagai aktiviti yang membina bakat seni kraf kanak kanak boleh diadakan di sekolah. Antaranya adalah seperti berikut:-

3.1 Seni kraftangan rotan Salah satu kraftangan ialah seni kraftangan rotan oleh kerana benda ini dipakai oleh hampir semua kumpulan etnik. Bentuk dan jenis bakul bergantung kepada fungsi dan tradisi penduduk yang membuat benda-benda ini.

Artifak berbagai-bagai macam kini telah diubah suai dan dihasilkan untuk memenuhi selera pelancong walaupun sesetengah dari artifak ini masih dibuat dalam bentuk yang asal.

Pelbagai jenis kraftangan rotan

[10]

3.2 Seni kraftangan manik Kraftangan yang diperbuat daripada manic sesuai untuk perhiasan diri dan perhiasan dalam rumah.

Pelbagai jenis kraftangan manik

[11]

3.3 Seni kraftangan kayu Kraftangan yang diperbuat daripada kayu boleh dijadikan perhiasan dalam rumah dan digunakan untuk kegunaan sendiri.

Pelbagai jenis kraftangan papan 3.4 Seni kraftangan origami Kraftangan yang diperbuat daripada origami boleh dijadikan perhiasan dalam rumah.

Pelbagai jenis kraftangan origami

[12]

3.4 Seni kraftangan bahan buangan Kraftangan yang diperbuat daripada bahan buangan boleh dijadikan perhiasan dalam rumah dan kegunaan sendiri.

Pelbagai jenis kraftangan bahan buangan

[13]

REFLEKSI

Salam bahagia. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberikan bantuan kepada saya supaya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan lancar dan lengkap. Dengan itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah yang amat dihormati, Tuan Hj.Naffi Mat yang mendidik mata pelajaran Bahasa Melayu dan memberi kerja kursus yang berfaedah ini kepada kami. Di samping itu, saya turut ingin mengambil kesempatan tersebut untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberikan idea, pandangan dan galakkan kepada saya apabila melaksanakan tugasan ini sehingga habis menyelesaikan tugasan kerja kursus pendek ini. Bukan setakat itu sahaja, saya dan rakan-rakan saya sering mengadakan perbincangan Saya dan rakan-rakan sekelas saya sentiasa tolong-menolong dan bekerjasama untuk melaksanakan tugasan ini dengan baik. Secara tuntasnya, saya dapat memperolehi banyak pengajaran, pengalaman dan juga ilmu pengetahuan melalui kerja kursus ini. Kesemua hal ini adalah amat penting bagi saya dan juga mampu menjadi sebagai sumber kepada saya pada masa yang akan datang. Oleh itu, saya amat menghargai peluang ini untuk mengambil pengalaman bagi membuat tugasan kerja kursus ini. Sekian.

[14]

Burton, J.M. (1994). The arts in school reform. Teachers College Record, 95, 477- 493.

Burton, J.M. (2000). The configuration of meaning: Learner- centered art education. Studies in Art Education, 41, 330-345.

Chetelat, RJ. (1981). Visual arts education for the gifted elementary level art student. Gified Child Quarterly, 25(4), 154-158.

Clark, G.A. (1993). Judging childrens drawing as measures of art abilities. Studies in Art Education, 34, 72-81.

Amabile, T.M. (1983). The social psychology of creativity. New York: Springer Verlag.

Torrance, E.P. (1974). The Torrance tests of creative thinking: Technical- norms manual Bensenville, IL: Scholatic Testing. http://www.kraftangan.gov.my/main/content/33/?page_name=Sejarah_Kraftangan_33& menuid=52

[15]

You might also like