You are on page 1of 2

http://www.news.utm.

my/2012/03/3-tokoh-kreatif-terima-anugerah-inovasi-utm-hall-of-fame2012/

JOHOR BAHRU, 31 Mac: - Seramai tiga individu kreatif dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Inovasi UTM Hall of Fame oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Naib Canselor Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata,anugerah berkenaan diberikan sebagai menghargai sumbangan mereka dalam mempelopori bidang inovasi sehingga mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Penerima anugerah tersebut ialah pengasas dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Jobstreet.com, Chang Mun Kee, pereka cipta Tan Yeow Kiang dan pengasas siri kartun Boboi Boy, Mohd Nizam Abdul Razak. Anugerah berkenaan disampaikan oleh Pro Canselor UTM, Datuk Dr Redzuan Salleh sempena Festival Inovasi dan Kreativiti UTM 2012. Chang adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Jobstreet.com, laman sesawang yang menyediakan kemudahan kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan, terutamanya yang baru bergraduat. Anak kelahiran Perak ini merupakan pelajar lulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Massachusetts Institute of Technology (MIT), USA pada tahun 1990. Manakala Tan Yeow Kiang atau lebih dikenali sebagai Bugs Tan adalah pereka cipta terkenal di Malaysia yang telah menghasilkan lebih daripada 10 produk yang sebahagiannya mendapat anugerah di dalam dan luar negara. Antara produk beliau yang banyak mendapat anugerah ialah Litewalk Grating System yang menerima Anugerah Inovasi Kebangsaan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia dan Anugerah Pereka Cipta Istimewa dari Persatuan Pereka Cipta Asia. Bugs Tan juga pengasas syarikat Creative and Innovative Practicing Company (CIPCO) dan penasihat kepada beberapa syarikat berkaitan inovasi serta bergiat aktif dalam pengembangan inovasi dan kreativiti di Malaysia.

Beliau pernah dilantik sebagai salah seorang panel dalam My Ideas, Ahli Kehormat Persatuan Perekacipta Asia, hakim dalam rancangan realiti TV IDEAS dan banyak lagi. Beliau yang ingin melihat anak muda Malaysia bergiat aktif dalam bidang inovasi dan kreativiti akan meluangkan masa setiap pagi Sabtu untuk berjumpa sesiapa sahaja yang inginkan pandangan dan pendapat berkaitan inovasi. Sementara itu, Mohd Nizam adalah penerima Anugerah Tokoh Negara sambutan Hari Malaysia 2011berikutan pencapaian beliau dalam industri animasi negara. Beliau merupakan pengasas kepada Animonsta Studio di Putrajaya yang telah menerbitkan siri animasi televisyen terkenal Boboi Boy yang mendapat sambutan yang menakjubkan di rantau Asia Tenggara; tempat pertama di Malaysia dan Filipina dan tempat kedua di Singapura. Rancangan tersebut banyak menyelitkan elemen inovasi dan kreativiti bagi membantu membuka fikiran kanak-kanak yang menontonnya untuk memikirkan idea kreatif baru. Sebelum menerbitkan rancangan berkenaan beliau pernah menjadi Pengarah Eksekutif di LesCopaque Production dan merupakan penulis skrip rancangan Upin & Ipin dan filem Geng Pengembaraan Bermula.

You might also like