You are on page 1of 3

kuantitatif untuk dapatkan fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk memahami dan

menjelaskan sesuatu perkara atau fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada amalan dan polisi (Gay&Airasian,2000) mengutamakan kuantiti. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka-angka, data-data numerikal atau statistik -

kualitatif untuk mendapatkan maklumat secara terperinci dan mendalam di satu kawasan dan tempat yang kecil melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahaja.

berasaskan kualiti. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian makna perkara-perkara yang dikaji.

menggunakan eksperimen yang melibatkan data-data numerik yang membolehkan penggunaan analisis statistik pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai, skor-Z, skor-T, varian, dan sebagainya.

data dikutip melalui teknik pemerhatian, temu bual,penulisan diari dan analisis dokumen.

penyelidik tidak terlibat secara langsung

penyelidik turut terlibat dalam kajian

contoh: Kajian eksperimen Kajian kuasai-eksperimen Kajian tinjauan Kajian kolerasi

contoh: Kajian etnografi Kajian kes Kajian sejarah

berstruktur , mempunyai darjah

kurang berstruktur, terbuka dan lebih

kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil skop kajian boleh melibatkan responden yang besar

menumpukan kepada proses

Skop kajian meliputi bilangan responden yang kecil.

kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis, eksperimental, data numarika dan ujian statistik

penyelidikan kualitatif menggunakan kaedah interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian kes, data verbal dan triangulasi data.

PERBINCANGAN Terdapat banyak perbezaan antara pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dari sudut kaedah penyelidikan atau pendekatan kuantitatif menggunakan kaedah postivis, eksperimental, data numarika dan ujian statistik. Manakala penyelidikan kualitatif pula menggunakan kaedah interpretif, penghuraian, kajian lapangan, kajian sejarah, kajian kes, data verbal dan triangulasi data. Selain itu, dari segi konsep utama pula ialah penyelidikan kuantitatif mengamalkan konsep variable, konsep hipotisis kepercayaan, operasional, kesahan dan signifikan. Sebaliknya kaedah kualitatif pula mengamalkan konsep makna, esei, pemahaman, pembentukan fenomena, konteks dan triangulasi.Seterusnya ialah perbezaan dari sudut bidang yang dikaji oleh penyelidik. Kaedah kuantitatif lebih menjurus kearah bidang sains asas, perindustrian, psikologi, sains politik, kejuruteraan, ekonomi dan pendidikan. Manakala kaedah kualitatif pula cenderung kearah bidang antropologi, kemasyarakatan, linguistic, sosiologi dan sejarah. Dalam menentukan tujuan pula, kaedah kuantitatif melihat kepada tujuan untuk menguji teori, membina fakta, menunjukkan perbezaan, menunjukkan hubungan, meramal tingkah laku dan

menerangkan kejadian secara statistik. Berbeza pula dengan kaedah kualitatif iaitu membina tujuan untuk melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan, menyatakan kejadian semulajadi dan menerangkan kejadian secara verbal. Melihat pula perbezaan dari sudut reka bentuk kajian, kaedah kuantitatif berbentuk eksperimental, kuasi eksperimental, temubual berstruktur, pemerhatian berstruktur dan tinjauan. Kaedah kualitatif pula berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta, temubual tidak berstruktur, rujukan maklumat dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut sampel pula, kaedah kuantitatif mengambil sampel bersaiz besar, kaedah persampelan kebarangkalian, pemilihan sampel secara rawak, kumpulan sampel kawalan dan sampel berlapis. Manakala kaedah kualitatif pula, sampel yang diambil berskala kecil, persampelan bukan kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan mempunyai tujuan berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan keputusan yang digeneralisasikan adalah tinggi dengan menggunakan kaedah kuantitatif berbanding kaedah kualitatif. Melihat perbezaan dari segi data pula, kaedah kuantitatif mengumpul data secara kuantiti, bilangan, pengukuran dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menjurus kearah penghuraian deskriptif, nota pandangan, catatan verbal, rakaman pemerhatian atau temubual dan maklumat dari bahan dokumentasi. Dari sudut analisis data pula, kaedah kuantitatif menganalisis data secara deduktif dan statistik. Manakala kaedah kualitatif pula menganalisis secara tertutup, dalam jangka masa yang panjang dan secara mendalam. Seterusnya perbezaan dari segi format instrument untuk membentuk data pula, kaedah kuantitatif adalah lebih formal, spesifik, struktur, telah ditetapkan dan menggunakan skala. Manakala kaedah kualitatif adalah sebaliknya.

You might also like