You are on page 1of 2

Permainan kotak beracun merupakan permainan yang kerap dibuat oleh kelompok pelajar-pelajar sekolah tidak kira sama

ada sekolah rendah, menengah dan pelajar universiti. Permainan kotak beracun sungguh mudah dilaksanakan dan sangat menyeronokkan. Perkara yang perlu disediakan hanyalah sebuah kotak atau bola atau belon, muzik dan tentunya sekumpulan peserta. Permainan kotak beracun ini boleh dimainkan dalam dua konsep berbeza iaitu konsep indoor dan outdoor. Jika menggunakan konsep indoor biasanya ia dimainkan di dalam kelas atau dewan. Manakala konsep outdoor pula boleh dimainkan di kawasan terbuka seperti di tepi pantai, padang, gelanggang dan sebagainya. Kelebihan jika permainan ini menggunakan konsep outdoor seperti dilakukan ditepi pantai, permainan ini boleh dibuat pada waktu malam. Pengendali program boleh menyediakan unggun api dan peserta akan mengelilingi unggun api tersebut. Pengalaman sebegini sangat sukar diperolehi dan sememangnya akan meninggalkan 1001 kenangan paling manis dalam hidup seseorang bersama rakan-rakan mereka. Anda perlu mencubanya (",).

Berikut merupakan kaedah penyediaan permainan kotak beracun.


Konsep : Indoor (Dalam Dewan) Peralatan : Kotak @ Botol @ Bola Musik Kertas untuk cabutan bertuah (dilipat @ digulung rapi) - Anggota = Pelaksana, Peserta dan Pengawal Musik - Kaedah Pelaksanaan 1. Peserta perlu membuat bulatan lengkap (tidak boleh berlapis-lapis) dan pelaksana program berada ditengah-tengah. 2. Salah seorang peserta memegang kotak/bola. Sebaik sahaja musik dimainkan, peserta tersebut perlu memberikan kotak/bola tersebut kepada peserta disebelahnya dan diteruskan sehingga musik berhenti. 3. Peserta yang memegang kotak/bola akan mencabut kertas undian dalam kotak beracun. 4. Peserta perlu membuat tugasan yang diberi dalam kertas undian yang diperolehinya. - Objektif Program

1. Memberi keyakinan kepada peserta berhadapan dengan rakan-rakan 2. Menghilangkan rasa malu 3. Membolehkan peserta berfikir secara kritikal menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang singkat. 4. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri peserta

- Antara contoh-contoh denda permainan kotak beracun

1. Anda dimina menari tarian hip hop bersama seorang rakan pilihan anda. 2. Anggapkan diri anda seekor katak. Anda diminta menyanyikan lagu yang merdu seperti katak untuk memanggil hujan. 3. Anda diminta menarikan mengikut irama musik dangdut yang akan dimainkan sambil bergelek sakan. 4. Jika anda terpaksa pindah kelas, apakah perkara yang anda paling rindu pada rakan anda (berlainan jantina). Ungkapkan kata-kata anda tersebut dihadapannya. 5. Anda diminta melakonkan watak orang utan yang tengah mengamuk disebabkan makanannya telah dicuri. 6. Serahkan kotak beracun kepada salah seorang rakan anda. Anda boleh kembali ketempat asal anda, sebaliknya rakan anda yang akan mencabut undian misteri dalam kotak beracun tersebut. 7. Anda diminta mendeklemasikan satu rangkap sajak kepaad guru kesayangan anda dengan penuh perasaan yang menyentuh jiwa. 8. Anda dikehendaki mencari 2 pasangan rakan anda yang mempunyai rupa seiras dan nyatakan apakah yang menyebabkan mereka seiras. 9. Expresikan kemarahan anda bila kekasih ati anda dirampas rakan anda sendiri. Pilih seorang rakan untuk menjadi perampas kekasih anda tersebut. 10. Anda diminta menyanyikan lagu yang dicipta oleh makluk asing daripada planet pluto bertajuk @#@!%^&@%$&??. 11. Bayangkan anda adalah tarzan. Lakonkan watak tarzan yang tengah memanggil haiwanhaiwan lain untuk berkumpul. 12. Bayangkan anda seekor rama-rama yang sedang terbang diudara sambil memberitahu rama-rama lain bahawa andalah rama-rama yang terhensem @ tercantik dikalangan ramarama beserta lenggok badan. 13. Anda merupakan seorang pemberita. Laporkan berita berkaitan parit yang tersumbat mengikut gaya Karam Singh Wali menyampaikan berita. 14. Anda dikehendaki mencium dinding sambil mengungkapkan kata-kata berikut dengan penuh perasaan" I Love Youuu, I miss Youuu, Muah, Muaah, Muaaaaaah (",).

You might also like