You are on page 1of 3

TUMBUHAN AKUATIK UNTUK HIASAN DALAM AKUARIUM Ciri 1. tahan hidup di dalam air 2.

mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan Kepentingan : untuk menyerap bahan-bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan

menyerap sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium dan menjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen ke dalam air hasil dari proses fotosistisis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan. Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan yang

menjadi

musuhnya,

menjadi

tempat

persembunyiannya dan tempat berehat. 4.2 Keperluan penanaman tumbuhan akuatik

dalam akuarium
a. Karbon dioksida proses fotosintisis sebagaimana kita

Tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida untuk menjalankan b. Baja memerlukan oksigen untuk bernafas. Baja diperlukan untuk membekalkan zat-zat mineral untuk proses pembesaran tumbuhan akuatik.. c. Cahaya

Cahaya diperlukan untuk proses fotosintesis. Oleh itu tangki akuarium mesti dipasang lampu yang dinyalakan selama 10 hingga 12 jam setiap hari.

4.3

Cara memasukkan ikan ke dalam akuarium 1. Letakkan beg ikan ke dalam tangki akuarium selama 20 hingga 30 minit.

2. Tujuannya ialah untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik dan air di dalam akuarium. 3. Buka beg plastik dan biarkan ikan keluar dengan sendirinya bersama air daripada beg plastik. CARA MENJAGA AKUARIUM 5.1 Penjagaan harian Beri makan sekali atau dua kali sehari. Makanan adalah mencukupi apabila dapat dihabiskan oleh ikan dalam masa 2 hingga 3 minit. Perhatian kelakuan ikan. Sekiranya tedapat tanda-tanda ikan tidak normal atau sakit seperti berenang dalam keadaan luar biasa, berpusing-pusing, terdapat kecederaan, berubah warna, sisiknya tanggal atau kembang, ikan tersebut perlu diasingkan dan diberi rawatan. Ikan yang mati perlu dibuang. Pastikan semua peralatan pengudaraan, penapis dan lampu berfungsi dengan baik. Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammonia, oksigen dan karbon dioksida menggunakan alat yang disediakan. 5.2 Penjagaan mingguan Setiap minggu atau sekurang-kurangnya 2 minggu air perlu diganti sebanyak atau bahagian dari isipadu tangki. Cantas tumbuhan akuatik yang tumbuh terlalu tinggi Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki. Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat sementara waktu. Siphonkan kotoran yang terdapat di dasar tangki. Cucikan kapas penapis dengan air bersih. Tambahkan air dalam tangki seniggga ke paras asal.

Perlu diingat supaya tidak memberi makan dengan berlebihan sebelum bercuti pada hujung minggu. Ikan tidak akan mati sekiranya tidak diberi makanan selama beberapa hari sebaliknya akan lebih mebahayakan ikan sekiranya diberi makan dengan berlebihan

You might also like