You are on page 1of 17

RANCANGAN PENGAJARAN PRASEKOLAH TUNJANG FIZIKAL DAN ESTETIKA SLOT 30 MINIT

Nama Kelas : Bil Murid Minggu Hari Tarikh Masa Tema Sub Tema Fokus MI : : : : : : : :

Prasekolah Kreatif 25 Orang 9 Isnin 5 Mac 2012 9.00 9.30 pagi Diri Saya Kawan saya Kinestetik

Fokus Standard :

PFK 2.1 Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor. PFK 2.3 Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan motor kasar.

Objekti/ Standartd pembelajaran: PFK 2.1.3 Berjalan dan mengimbangi badan di atas garisan atau tali di atas lantai. PFK 2.3.10 Membawa objek dalam sudu sambil berjalan. Bahan Bantu Mengajar : Kun, tali skipping, bola pingpong, sudu plastik, gelung getah, gelung rotan, wisel dan laptop

Masa/ Tunjang Set Induksi (5 minit) Aktiviti Luar

Standartd Kandungan

Standard Pembelajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid Bahan / Catatan

Guru meminta Murid beratur murid beratur dan berbaris di padang sekolah dalam barisan di luar kelas dan menuju ke padang

Skitle Speker CD muzik

Guru meminta Murid murid membuat bulatan dan membuat aktiviti memanaskan badan dan membuat pergerakan kreatif dengan iringan muzik membuat barisan dan memulakan aktiviti memanaskan dengan mengikut guru melakukan pelbagai aktiviti motor kasar dan halus dengan iringan muzik. Langkah 1 ( 7 Minit ) PFK 2.3 Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan motor kasar. PFK 2.3.10 Membawa objek dalam sudu sambil berjalan. Guru memberi Murid penerangan dan menunjukkan demontrasi cara membawa bola ping pong di dalam
2

Bola pingpong Sudu plastik Skittle Gelung rotan

membawa bola ping pong dii dalam sudu secara individu sehingga ke garisan

Masa/ Tunjang

Standartd Kandungan Kemahiran motor kasar

Standard Pembelajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid Bahan / Catatan

sudu

penamat

Langkah 2 (7Minit)

PFK 2.3 Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan kemahiran motor kasar.

PFK 2.3.6 Membaling objek lembut ke sasaran menggunakan satu tangan atau dua tangan.

Tunjuk cara oleh guru cara membaling objek lembut (gelung getah) ke sasaran

Murid membaling objek lembut ke sasaran dengan menggunaka n satu tangan atau dua

Gelung getah Model gajah plastik

(Murid yang berjaya memasuk kan ojek kesasara n paling banyak dikira sebagai pemenang

menggunakan tangan satu tangan atau dua tangan. secara berkumpulan.

Langkah 3 ( 7 minit )

PFK 2.1 Melakukan kemahiran motor kasar lokomotor.

PFK 2.13 Berjalan dan mengimbang badan di atas garisan atau tali di atas lantai.

Tunjuk cara oleh guru cara berjalan dan mengimbangi badan di atas garisan atau tali di atas lantai.

Murid mengikut kumpulan yang telah diberikan melakukan aktiviti yang diarahkan oleh guru iaitu

Tali Kun

Masa/ Tunjang

Standartd Kandungan

Standard Pembelajaran

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid Bahan / Catatan Berjalan dan mengimbangi badan di atas garisan atau tai di atas lantai.

Penutup ( 4 minit)

Guru membuat senaman ringan atau warming down sebelum masuk ke kelas.

Murid membuat senaman ringan bersama guru.

wisel

REFLEKSI Tunjang Fizikal Dan Kreativiti merupakan aktiviti yang penting bagi kanakkanak yang belum menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Tugasan kali ini mengkendaki saya membuat pengurusan grafik merangkumi konsep

perkembangan fizikal dan kaitannya dengan teori-teori kematangan ; Arnold Gesell, robert Havighurst, Model motor persepsi (Piaget) dan lain-lain teori. Pelaksanan pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah merupakan satu cabaran bagi saya kerana saya sedang mengajar Program Pendidikan Khas. Saya terpaksa mencuri masa yang terluang untuk mengajar di kelas prasekolah. Dengan semangat pentingkan peningkatan profesionalisma dan demi mendidik anak-anak bangsa, saya teruskan perjuangan sebagai seorang guru yang sentiasa boleh dan berwawasan. Pengalaman lama mengajar di kelas prasekolah ( 2003-2007) menguatkan semangat dan perasaan saya untuk mula mengajar di kelas prasekolah bagi menyiapkan tugasan kali ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, pepatah Melayu yang sering kita dengar dan mungkin menjadi satu panduan bagi para guru untuk mendidik muridmurid di sekolah. Tak kurang juga betapa pentingnya ungkapan ini buat kanakkanak dan juga murid-murid prasekolah yang baru memasuki alam persekolahan yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan secara perlahan-lahan. Baka, Fisiologi dan Persekitaran yang memberangsangkan akan menjadikan kanakkanak ini lebih bersedia dari segi fizikal dan menjadikan mereka lebih matang dalam pelbagai aspek. Aspek perkembangan motor kasar dan motor halus perlu ditekankan pada peringkat umur 5-6 tahun, kerana pada masa ini mereka baru belajar bagaimana untuk memegang sesuatu dan bergerak dengan betul. Pelbagai koordinasi perlu dimanipulatifkan oleh guru, agar kanak-kanak dapat menguasai perkembangan motor kasar dan motor halus secara tidak langsung samada di dalam kelas mahupun luar kelas. Sesunguhnya aktiviti yang telah saya laksanakan amat penting kepada kanak-kanak di kelas Prasekolah. Menurut Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003) perkembangan fizikal kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu : kebersihan alam sekitar, keselamatan,
5

kesihatan dan psikomotor. Ia juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot, dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Dengan terlaksananya aktiviti ini, diharapkan objektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan jasmani). Sebagai seorang guru Prasekolah yang dikenali sebagai pendidik selepas ibu kandung, aspek perkemabangan fizikal seharusnya diberi perhatian. Seseorang kanak-kanak tidak dapat berkembang dengan baik sekiranya aspek ini diabaikan. Misalnya, seorang kanak-kanak yang cerdas dan pintar tetapi lemah dalam kemahiran motor halus seperti kemahiran untuk memegang pensil, sudah tentu kanak-kanak ini akan mengalami masalah pembelajaran dan akan ketinggalan di dalam kelas. Oleh itu kanak-kanak ini perlu diberi latihan dan kemahiran motor halus agar dapat memegang pensil dengan betul untuk menulis. Kesihatan yang sempurna dan persekitaran yang selamat juga perlu diambil berat dan diberi pendedahan kepada kanak-kanak. Kepentingan lain dari aktiviti yang telah saya laksanakan yang ada hubung kait dengan bidang kerjaya sebagai seorang guru ialah, aktiviti ini merangkumi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) iaitu memperkembangkan telah tercapai dalam semua aspek (inteleks, rohani, emosi dan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui aktiviti di atas pelbagai penggabungjalinan kemahiran yang terdapat di dalam tunjangtunjang yang diajarkan di kelas Prasekolah telah disepadukan. Melalui aktiviti ini, kanak-kanak akan dapat mengembangkan kemahiran sosioemosi, kemahiran berbahasa, meningkatkan kemahiran jasmani ( lomotor dan bukan lokomotor) dan emosi serta inteleks semasa bergaul dan menjalankan aktiviti permainan kecil di dalam tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika. Selain itu, melalui aktiviti ini secara tidak langsung telah menjayakan tema pembelajaran Prasekolah iaitu belajar sambil bermain. Tanpa disedari oleh kanakkanak ini, mereka telah mempelajari pelbagai kemahiran semasa melaksanakan aktiviti permainan kecil secara kumpulan mahupun individu. Melalui permainan ini juga kanak-kanak dapat menyalurkan tenaganya dan menyegarkan tubuh badan. Bermain juga dapat menambahkan dan mengukuhkan pelbagai kemahiran
6

terutamanya perkembangan bahasa, sosioemosi dan fizikal mereka, seperti menguatkan otot-otot disamping mencerdaskan minda. Melalui aktiviti ini juga, telah mendedahkan saya tentang kepentingan mengaplikasikan teori pembelajaran dan teori perkembangan fizikal kanak-kanak semasa mendidik kanak-kanak di kelas Prasekolah. Mengikut teori Piajet, kanakkanak perlu diberi latihan yang banyak melibatkan aktiviti sensori/deria. Aktiviti yang telah dilaksanakan telah melibatkan pelbagai kemahiran deria yang diulang-ulang dengan harapan dapat mengukuhkan kemahiran penglihatan, pendengaran, kepekaan anggota badan dan persepsi kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak mengikut tahap-tahap tertentu dan berbeza diantara seorang kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Teori kematangan Robert Havinghurst menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak 0-6 tahun dipengaruhi oleh budaya, biologi dan sosiall. Oleh itu guru haruslah mencari satu teknik dan kaedah yang sesuai untuk membimbing dan mendidik kanak-kanak supaya menjadi seorang murid yang pintar dan cerdas. Guru haruslah memastikan murid bersedia secara fizikal dan mental untuk belajar satu pelajaran atau kemahiran yang baru. Wahananya dari aktiviti yang telah dijalankan dapatlah disimpulkan bahawa, kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang mengguatkan kawalan otot-otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap, kanak-kanak akan menghadapi masalah dalam menulis dan melukis, penglibatan dalam aktiviti sukan, aktiviti motor halus dan sebagainya.

LAPORAN PELAKSANAAN SLOT PENGAJARAN PERKEMBANGAN FIZIKAL

SEBELUM PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Untuk melaksanakan tugasan ini, pelbagai rujukan telah dibuat sebagai persiapan untuk membuat rancangan mengajar di kelas prasekolah. Pengetahuan tentang kurikulum ( rancangan bertema) dan standard kandungan kurikulum perlu difahami terlebih dahulu. Saya telah merujuk beberapa orang guru Prasekolah yang sedang mengajar di kelas prasekolah untuk mengetahui kesuaian aktiviti dan huruaian kurikulum yang saya pilih. Ini adalah kerana saya tidak mengajar di kelas Prasekolah. Sudah 5 tahun saya meninggalkan bidang prasekolah dan kini saya berada di kelas Pendidikan Khas. Walaubagaimanapun, di hati saya tetap di kelas prasekolah. Tugasan yang diberi adalah menyediakan satu aktiviti yang merangkumi perkembangan psikomotor kasar murid. Oleh itu saya telah menggunakan standard kandungan 2.1 iaitu melakukan kemahiran motor kasar lokomotor dan 2.3 Melakukan kemahiran koordinasi mata dan tangan dalam perkembangan motor kasar. Aktiviti yang dirancang ialah membaling objek lembut (gelung getah) ke dalam kun, membawa bola pingpong dengan sudu dan berjalan dan mengimbang badan di atas garisan atau tali di atas lantai. Rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah siap, ditunjukkan kepada guru prasekolah untuk pemurnian dan meminta cadangan aktiviti samada sesuai atau tidak. ABM yang akan digunakan dikumpul dan diletakkan di satu tempat agar mudah diambil untuk memudahkan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya juga telah mendapatkan maklumat dari guru tentang perkembangan kemahiran fizikal murid-murid dari segi lokomotor kasar. Kebanyakkan murid telah mengusai secara sederhana sehingga bulan Mac. Saya juga meminta bantuan seorang guru praktikum untuk mengambil gambar semasa proses pembelajaran nanti.

SEMASA PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran aktiviti fizikal, rancangan mengajar yang disediakan dihafal dan dilaksanakan mengikut peringkatperingkat kemahiran psikomotor kasar. Alat bantu mengajar diletakkan di dalam bakul besar agar memudahkan guru membawa kepadang. Pergerakan kreatif dan keregangan merupakan aktiviti set induksi yang dijalankan oleh guru bersama murid. Guru meminta murid menari mengikut gaya guru sambil mendengar lagu chickens dance yang diperdengarkan kepada muridmurid. Kelihatan murid seronok dengan tarian yang dilakukannya. Setiap aktiviti yang dijalankan, guru memainkan peranan sebagai pemudah cara. Aktiviti yang dijalankan merangkumi tema pembelajaran dan belajar sambil bermain. Murid dibahagiakan kepada 5 kumpulan bagi setiap aktiviti. Ini akan menimbulkan semangat saing secara sihat antara kumpulan-kumpulan murid prasekolah. Aktiviti pertama : membaling objek ke sasaran

Rajah 1 Seorang murid sedanga

membaling gelung getah ke dalam kun dengan menggunakan dua belah tangan

Hasil dari aktiviti yang dijalankan, didapati tahap kemahiran koordinasi mata dan tangan murid masih di peringkat sederhana. Guru memberikan 6 gelung getah untuk dibaling dan masukkan ke dalam kun. Kekerapan yang masuk adalah 3-4 sahaja. Tidak ada murid yang dapat memasukkan semua gelung dan paling banyak hanya 5 gelung getah sahaja. Kemahiran koordinasi mata dan tangan masih sederhana. Murid sukar menganggar jarak kun dan lemah semasa membaling
9

gelung getah (kemahiran membaling) samada menggunakan satu atau dua belah tangan. Walaubagaimanapun, murid gembira dan berusaha bersungguh-sungguh semasa membaling gelung getah ke sasaran. Sebelum aktiviti bermula, guru membuat demontrasi dan menunjukkan cara membaling gelung dengan

menggunakan satu tangan atau dua belah tangan. Ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan mengajar kemahiran yang akan dilakukan oleh murid. Aktiviti ke-2 : Membawa bola pingpong di dalam sudu

Rajah 2 Seorang murid sedang

membawa bola pingpong ke dalam sudu sambil berjalan menuju ke kumpulannya.

Aktiviti membawa bola pingpong dengan menggunakan sudu adalah aktiviti yang kedua yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sebelum memulakan aktiviti guru menunjuk cara membawa bola pingpong dan berjalan menuju ke kun dan membuat pusingan dan seterusnya kembali semula ke kumpulan masing-masing. Keseimbagnan badan, koordinasi mata dan tangan amat perlu agar bola yang dibawa tidak jatuh ke lantai. Melalui aktiviti di atas, kemahiran koordinasi mata dan tangan amat perlu diberi perhatian. Segelintir murid membawa dengan gopoh gapah menyebabkan bola pingpong terjatuh dan ada murid yang sentiasa peka dengan tangan dan bola yang dibawa dengan berhati-hati dan akhirnya berjaya diberi kepada rakan di dalam kumpulan. Guru membuat perlawanan sebanyak dua kali, dengan memberi peluang kedua kepada murid untuk membawa bola pingpong dengan berhati-hati. Boleh

10

dikatakan ramai murid yang berjaya setelah kemahiran ini diulang. Murid lebih memberi fokus kepada kemahiran penglihatan, mata dan tangan. Aktiviti ke-3 : Berjalan dan mengimbang badan di atas tali, di atas lantai.

Rajah 3 Seorang mengimbang murid badan sedang untuk

berjalan di atas tali dengan berhati-hati.

Aktiviti

terakhir yang dijalankan ialah berjalan di atas tali dengan

mengimbangi badan. Murid berjalan di atas tali yang diregang lurus oleh guru. Secara individu dan berkumpulan murid berjalan terus di atas tali. Murid yang tergelincir dari tali diminta mengulangi semula. Kemahiran ini menguji kemahiran lokomotor berjalan yang merupakan salah satu kemahiran lokormotor selain daripada berlari, melompat, skip dan lain-lain lagi. Kemahiran ini juga bolehmnguji keseimbangan murid semasa berada di atas tali. Murid terpaksa berdiri dan berjalan dengan postur yang betul. Kemahiran ini amat berguna agar murid dapat kuasai kemahiran lokormotor kasar dengan baik. Melalui pemerhatian sepanjang aktiviti berjalan, guru dapati kemahiran murid berjalan di atas tali adalah baik. 20 daripada 23 orang murid berjaya berjalan dengan baik di atas tali serta mengimbangi badannya. Melalui ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan, dapatlah disimpulkan bahawa aktiviti amat berkesan untuk murid-murid menguasai kemahiran motor kasar. Semua murid dapat mengikuti langkah-langkah aktiviti dan berjaya melakukannya.

11

SELEPAS PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Apa yang perlu dibuat selepas selesai sahaja aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah refleksi oleh guru. Refleksi melibatkan proses pengajaran guru, objektif pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dirancang, kawalan kelas, alat bantu mengajar yang digunakan dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran selama 30 minit di padang sekolah. Guru harus mengetahui kelemahan dan kekuatan pengajarannya serta aktiviti yang membantu memberangsangkan dan menguatkan kemahiran fizikal kanakkanak. Alat bantu mengajar yang digunakan disimpan dengan baik dengan bantuan murid-murid dan pembantu pengurusan murid. Guru membuat laporan seperti yang diarahkan oleh pensyarah.

12

KEKUATAN

DAN

KELEMAHAN

AKTIVITI

PENGAJARAN

DAN

PEMBELAJARAN YANG TELAH DILAKSANAKAN KEKUATAN 1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini telah berjalan dengan lancar. Guru telah membuat perancangan dengan teliti iaitu berbincang dengan guru prasekolah yang berpengalaman dan merujuk Kurikulum Standard Prasekaolah Kebangsaan. 2. Bahan bantu mengajar diurus dengan baik. 3. Murid dapat mengikut arahan dan pergerakan yang dijalankan oleh guru dengan mudah. KELEMAHAN Guru belum mengenali murid sepenuhnya kerana tidak mengajar di kelas Prasekolah. Guru sukar menyebut nama murid apabila melakukan kesilapan atau memberi peneguhan dan pujian secara individu. Perlukan bantuan pembantu untuk mengurus ABM yang disediakan. Terdapat masalah semasa guru memainkan muzik chicken dance menggunakan laptop. Wayar penyambung pendek. 4. Murid gembira semasa aktiviti seti induksi. Murid sudah bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya. 5. Kawalan murid terurus. 6. Pelaksanaan aktiviti ini dibantu oleh guru Praktikum, sedikit sebanyak dapat membantu guru menyediakan dan menguruskan BBM dan gelanggang. 7. Murid gembira dan teransang semasa bermain. 8. Arahan guru jelas dan mudah difahami oleh murid. Semua murid dapat bermain dengan lancar. 9. Murid dapat memberi kerjasama dengan guru dan rakan pasukan.

13

LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TUNJANG FIZIKAL SLOT 30 MINIT

Aktiviti keregangan dan tarian chicken dance dalam langkah set induksi

14

LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TUNJANG FIZIKAL SLOT 30 MINIT

Pelbagai aksi murid semasa membaling gelung getah ke dalam kun.


15

LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TUNJANG FIZIKAL SLOT 30 MINIT

Guru membantu murid memberi semangat untuk membawa bola pingpong di dalam sudu

16

LAPORAN BERGAMBAR SEPANJANG PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TUNJANG FIZIKAL SLOT 30 MINIT

Murid berjalan di atas tali (Kaki tergelincir) dari tali)

Murid berjalan di atas tali dengan penuh berhati-hati

17

You might also like