You are on page 1of 2

1

Nota Fonologi KPLSPM 2007 perkataan [puyu] dan [sapu] sempurna. Sebaliknya, sebutan [p] dalam perkataan [atap>] tidak sempurna. Ciri tidak sempurna itu diberi tanda [>], yakni tidak diletupkan. Jadi ada dua jenis letupan bibir tak bersuara, iaitu [p] dan [p>]. Oleh sebab ciri fonetik kedua-duanya serupa, maka [p] dan [p>] digolongkan ke dalam satu keluarga atau fonem /p/. Jelas pula fonem /p/ mempunyai dua variasi bunyi yang dinamakan alofon iaitu [p] dan [p>]. Fonem /p/ juga mempunyai fungsi yang berbeza (berkontras) dengan fonem-fonem lain. LATIHAN Berdasarkan penerangan tentang fonem /o/ dan /p/ di atas, huraikan pula fonem /e/ dan /b/. ANALISIS PENYEBARAN SALING MELENGKAPI Telah diketahui bahawa fonem /p/ mempunyai alofon, iaitu [p] dan [p>]. Alofon [p] dipakai dalam lingkungannya sendiri, iaitu [paya] dan [sapa], dan [p>] dalam lingkungannya pula iaitu [atap>]. Lingkungan-lingkungan pemakaian alofon dari satu fonem ini dikatakan penyebaran. Perhatikan contoh di bawah ini: Awal [padi] [pagi] [pula] [puan] [parah] Tengah Akhir [dapat] [atap>] [tampi] [tetap>] [tumpul] [kedap>] [tampar] [ranap>] [lampin] [kurap>]

ANALISIS FONEM SEGMENTAL


Fonem ialah unit terkecil bunyi yang
membezakan makna. Terdapat dua bentuk fonem iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental.

Fonem segmental fonem ialah fonem yang


terhasil daripada analisis pertuturan kontinum (berterusan) kepada segmen (penggalan) yang bererti. Contohnya, dalam pasangan perkataan /pala / palang dan /gala / galang, /p/ dan /g/ dianggap dua fonem yang berbeza. Terdapat tiga kaedah yang lazim digunakan untuk mendeskripsi fonem iaitu analisis deskriptif, analisis fitur distingtif dan analisis prosodi (Abdullah, 1980). Kaedah analisis deskriptif dianggap cara tradisi dan masih popular hingga kini. Kaedah ini bertumpu pada analisis fonem penggalan yang dianggap cukup mudah difahami dan masih banyak faedahnya. ANALISIS DESKRIPTIF Bunyi-bunyi bahasa diujarkan secara kontinum. Untuk kemudahan analisis, bunyi-bunyi bahasa itu dipenggal dan dinamakan fon. Fon ditulis dalam tanda kurungan siku [ ]. Jumlah fon itu terlalu banyak. Jadi, setiap fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama digolongkan dalam satu keluarga. Setiap satu keluarga fon itu dinamakan fonem. Fonem ditulis dalam tanda garing miring / /. Setiap fonem perlu berkontras dengan fonem yang lain. Sebagai contoh, secara kasar perkataan [nona] mengandungi empat fon iaitu [n], [o], [n], [a]. Kita ambil fon [o] sebagai contoh. Berdasarkan kajian fonetik kita mengetahui bahasa fon [o] dalam perkataan itu disengaukan menjadi []. Kita juga mengetahui bahasa [o] boleh disebut [ ] dan boleh juga disengaukan. Jadi sebenarnya ada empat fon yang mempunyai ciri-ciri fonetik yang sama, dengan sedikit perbezaan tanpa mengubah maknanya dalam pasangan terkecil berkontras (pasangan minimal). Dengan kata lain, keempatempat fon itu dapat digolongkan dalam satu keluarga yang dinamakan fonem, iaitu fonem /o/. Fonem /o/ mempunyai empat variasi bunyi yang dinamakan alofon. Fonem /o/ itu juga mempunyai fungsi yang berbeza (berkontras) dengan fonemfonem lain seperti /n/ dan /a/. Mari kita perhatikan satu contoh lagi yang lebih halus iaitu bunyi letupan dua bibir tak bersuara [p]. Dalam bahasa Melayu fon [p] mempunyai dua cara sebutan, iaitu yang diujarkan dengan sempurna dan yang tidak sempurna sebutannya. Sebutan [p] dalam

Contoh di atas menunjukkan alofon [p] tersebar di awal dan di tengah kata. Alofon [p>] pula tersebar di akhir kata. Hal ini berlaku disebabkan sifat fonetik bunyi yang sentiasa menyesuaikan dirinya dengan lingkungannya. Walau bagaimanapun perbezaan itu tidaklah cukup besar sehingga menjadi bunyi yang berlainan. Jadi hendaklah diketahui ciri fonetik yang boleh membezakan fonem dan yang hanya merupakan perubahan bunyi menurut lingkungannya. LATIHAN Berdasarkan analisis terhadap fonem /p/ di atas, huraikan pula penyebaran saling melengkapi bagi fonem /o/. ANALISIS PASANGAN TERKECIL BERKONTRAS Cara yang mudah untuk menentukan taraf dua bunyi yang berlainan (sama ada dua alofon daripada satu fonem atau dua fonem yang berlainan) ialah dengan mencari pasangan terkecil perkataan yang mempunyai bentuk fonetik yang sama, dan dua bunyi itu dapat dikontraskan. Pasangan perkataan itu hendaklah terkecil, yakni belum menerima imbuhan. Pasangan terkecil berkontras bermaksud

2
dua bunyi dapat membezakan erti sepasang perkataan. Perhatikan contoh yang berikut: Pasangan Terkecil Berkontras: Vokal [alu] - [ulu] [cari] -[curi] [aci] -[acu] Pasangan Terkecil Berkontras: Konsonan [pagi] - [bagi] [tapi] - [tali] [kapal] - [kapas] Pasangan [alu] dan [ulu] berbeza pada [a] dan [u] sahaja. Dengan sebab itu /a/ dan /u/ dianggap fonem yang berlainan. Begitu juga dalam contoh [pagi] dan [bagi]. Yang membezakan kedua-duanya hanyalah [p] dan [b]. Oleh hal yang demikian /p/ dan /b/ dianggap fonem yang berlainan. ANALISIS LAIN Sebenarnya kontras itu terjadi oleh sebab ciri fonetik yang berlainan. Ciri yang dapat membezakan fonem dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada iaitu keadaan pita suara, daerah sebutan, cara sebutan. Keadaan Pita Suara Keadaan pita suara itu boleh menjadi ciri fonetik yang dapat menentukan sama ada dua bunyi itu sebagai fonem yang berlainan atau tidak. Pasangan perkataan [upah] dan [ubah], dikatakan sama dalam semua hal melainkan pada bunyi [p] dan [b]. Bunyi [p] dan [b] itu pun serupa dalam cara dan daerah sebutannya. Keduaduanya diujarkan secara letupan dan kedua-duanya diujarkan di daerah bibir. Yang berbeza hanya sedikit, [p] diujarkan tanpa menggetarkan pita suara dan [b] dengan menggetarkan pita suara. Oleh sebab [p] tak bersuara dan [b] bersuara maka pasangan terkecil seperti [upah] dan [ubah] itu berkontras, yakni berbeza ertinya. Dengan itu /p/ dan /b/ menjadi dua fonem yang berlainan. Daerah Sebutan Daerah sebutan juga dapat membezakan fonem. Dalam pasangan terkecil [padi], [tadi] terdapat [p] dan [t] sahaja yang berbeza. Bahagian lain pasangan itu sama. Sedangkan [t] dan [p] itu pun banyak persamaannya. Kedua-duanya diujarkan dengan cara letupan dan kedua-duanya tak bersuara. Yang berbeza hanya dari segi daerah sebutan, [p] dihasilkan di daerah bibir dan [t] di daerah gusi. Oleh sebab perbezaan tersebut, maka pasangan [padi] dan [tadi] sudah berkontras, kerana makna setiap satunya berlainan. Dengan itu /p/ dan /t/ menjadi dua fonem yang berlainan. Cara Sebutan Cara sebutan juga boleh membezakan makna fonem dalam pasangan terkecil. Dalam pasangan [bata] dan [mata], hanya [b] dan [m] yang berbeza. Kedua-dua [b] dan [m] dihasilkan di daerah bibir. Kedua-duanya bersuara. Yang berbeza ialah [b] diujarkan dengan cara letupan dan [m] dengan cara sengauan. Oleh itu /b/ dan /m/ menjadi dua fonem yang berlainan. KELAINAN DAN VARIASI BEBAS Kadang-kadang dua fonem yang didapati tidak berkontras dalam pasangan tertentu, misalnya: /agama/, /ugama/ dan /igama/. Dalam hal ini /a/, /u/ dan /i/ adalah fonem yang berlainan dan didapati tidak berkontras dalam satu perkataan ini. Kejadian ini dipanggil kelainan bebas. Fonem /a/ mempunyai kelainan, iaitu /u/ dan /i/. (Dalam ejaan bahasa Melayu, hanya satu sahaja yang diterima, iaitu, agama.) Ada juga kejadian alofon satu fonem tersebar dalam satu lingkungan tanpa berkontras. Misalnya [b t l] dan [botol] tidak berbeza. Dalam hal ini [ ] dan [o] bukanlah dua fonem yang berlainan, malah hanya alofon fonem /o/. Kejadian ini dikatakan variasi bebas. Sistem ejaan hanya menerima botol.

You might also like