Professional Documents
Culture Documents
| 65
UNIT PELAJARAN 4
OLAHRAGA
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengenalpasti berbagai jenis sukan olahraga yang ditawarkan kepada individu berkeperluan khas di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 2. Menjelaskan tentang peringkat- peringkat pemilihan atlit bagi sukan olahraga ini. 3. Membincangkan tentang syarat dan peraturan sukan olahraga di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
PENGENALAN
Terma olahraga merangkumi acara sukan dan permainan yang melibatkan kemahiran fizikal dan sistem latihan yang menyediakan atlet untuk mengikuti sesebuah kejohanan. Kejohana olahraga yang memerlukan kualiti stamina, kecerdasan dan juga kemahiran. Olahraga ini mempelbagai lagi sukan yang popular dalam bentuk sukan permotoran, sukan yang memerlukan ketepatan dan juga sukan yang melibatkan haiwan. Menurut sumber Wikipedia, olahraga mula disertakan dalam sukan Olimpik yang pertama iaitu pada tahun 1896 dan masih diteruskan hingga sekarang. Penglibatan wanita dalam sukan dibenarkan bagi acara trek dan acara padang bermula tahun 1928. Kejohanan sukan untuk atlet yang mengalami kekurangan upaya secara umumnya dibahagikan kepada tiga kategori; masalah pendengaran, kekurangan fizikal dan masalah interlektual. Setiap jenis kategori ini mempunyai sejarah, organisasi, pertandingan dan pendekatan yang tersendiri. Kejohanan rasmi bagi golongan yang masalah pendengaran yang pertama pada 1924, di Paris, Perancis yang dinamakan Paris Silent Games yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan untuk Pekak Antarabangsa, CISS ( Comit International des Sports des Sourds ). Kejohanan ini merupakan pelopor kepada deaflimpik moden yang dikelolakan oleh CISS. CISS ini memantau dari kejohanan ini berdasarkan jumlah peserta, cara berkomunikasi yang khas di padang dan juga interaksi sosial. Deaflimpik ini dianjurkan setiap 4 tahun. Kejohanan yang pertama di Paris pada 1924 merupakan kejohanan pertama bagi golongan masalah pendengaran ini dan golongan kurang upaya ini secara amnya. Kejohanan ini dianjurkan setiap empat tahun kecuali pada Perang Dunia Kedua. Dalam pada itu juga, kejohanan deaflimpik musim sejuk mula dianjurkan pada 1949. Kejohanan ini bermula daripada seramai 148 atlit daripada sembilan buah negara eropah pada 1924 dan sekarang, mendapat penyertaan daripada seluruh dunia.
DEFINISI OLAHRAGA
Sukan ialah segala bentuk fizikal aktiviti yang mana penyertaan secara kasual ataupun pertandingan yang menyasarkan untuk meningkat ataupun mengekalkan tahap kecergasan fizikal dan menyediakan hiburan kepada peserta. Sukan juga merupakan sesebuah
| 66
pertandingan mahupun kejohana yang mana pemenangnya diiktiraf dan juga memerlukan tahap kemahiran yang tinggi. Pelbagai jenis sukan wujud termasuklah acara individu dan juga berpasukan. Olahraga pula bermaksud acara sukan yang melibatkan kejohanan berlari, melompat, melontar dan berjalan. Acara olahraga yang paling biasa ialah acara balapan dan acara padang, merentas desa dan juga lumba jalan kaki. Acara yang ringkas dan tidak memerlukan peralatan sukan yang mahal menjadikan olahraga merupakan sukan yang paling selalu dipertandingkan. Perkataan olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yang membawa maksud bertanding.
Bincangkan konsep dan definisi olahraga dalam konteks pendidikan khas dan bagaimanakah pengubahsuaian peraturan dan undang-undang olahraga pendidikan khas dilaksanakan.
BALAPAN UNTUK OLAHRAGA Pihak penganjur sukan hendaklah memastikan supaya semua acara yang akan dipertandingkan dalam sesuatu perjumpaan olahraga dapat dijalankan dengan baik dan sempurna. Persediaan awal yang merangkumi peralatan dan kemudahan untuk setiap acara hendaklah diberi perhatian. Salah satu kemudahan yang utama ialah balapan yang bakal diadakan dalam perjumpaaan itu. Biasanya balapan diadakan di padang besar seperti stadium bola.
Di negara kita boleh dikatakan di setiap stadium disediakan balapan mengelilingi padang bola. Ini memudahkan mana-mana pihak untuk menganjurkan sesuatu kejohanan atau perjumpaan olahraga. Biasanya balapan yang mengandungi lapan lorong disediakan. Balapan diperbuat daripada bitumen dan ada pula daripada tar. Setiap lorong balapan sejauh 400 meter. .
| 67
1.
2. 3.
4. 5.
6. 7. 8.
100 m 200 m 400 m 800 m 1500 m 3000 m 5000 m 10,000 m 3000 m 100 m 110 m 400 m 4 x 100 m 4 x 400 m 7 acara
Lelaki / Wanita Lelaki / Wanita Lelaki / Wanita Lelaki / Wanita Lelaki / Wanita Wanita Lelaki / Wanita Lelaki Lelaki Wanita Lelaki Lelaki / Wanita Lelaki / Wanita Lelaki / Wanita Lelaki / Wanita Wanita
| 68
9. 10.
SPECIAL OLYMPICS
Special Olympics atau dikenali juga sebagai Olimpik Khas adalah kejohanan sukan terbesar bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang menghadapi masalah intelektual. Kejohanan Olimpik Khas ini mempunyai atlet seramai 3.1 juta di dalam 175 negara. Kejohanan Olimpik Khas juga dianjurkan 2 tahun sekali dan sejak tahun 1975, Olimpik Khas ini diadakan pada 4 tahun sekali. Kejohanan Olimpik Khas pada musim panas peringkat antarabangsa yang pertama telah diadakan di Soldier Field, Chicago pada tahun 1968. Anne McGlone Burke, seorang guru pendidikan fizikal merupakan pelopor kepada idea kejohanan olahraga bagi golongan berkeperluan khas. Burke kemudiannya telah memperkenalkan idea ini kepada Eucine Kennedy Shriver, iaitu ketua di Joseph P. Kennedy Jr. Foundation untuk membiayai kejohanan ini. setelah itu, lebih daripada 1000 atlet daripada seluruh Amerika Syarikat dan Kanada meyertai kejohanan ini. Ketika kejohanan itu sedang berlangsung, Shiver telah mengumumkan pembentukkan kejohanan Olimpik Khas . Pada Jun 1962, Eunice Kennedy Shriver telah menganjurkan kem yang dikenali sebagai Kem Shriver, untuk kanak-kanak yang mengalami masalah intelektual di rumahnya di Potomac, Maryland. Dengan menggunakan Kem Shriver sebagai panduan, Shriver telah memperkenalkan konsep penglibatan di dalam aktiviti fizikal serta peluang bagi golongan yang mengalami masalah intelektual. Kem Shriver telah menjadi acara tahunan dan Yayasan Kennedy yang mana Shriver menjadi naib presiden yang membenarkan university, pusat rekreasi dan pusat komuniti untuk menganjurkan kem yang serupa tanpa apa-apa bantahan. Pada tahun 1971, Jawatankuasa Olimpik Amerika Syarikat telah membenarkan penggunaan nama Olimpik di dalam Olimpik Khas. Kejohanan Olimpik Khas Musim Sejuk telah dianjurkan pada Februari 1977 di Steamboat Spring, Colorado, Amerika Syarikat. Pada 1988, Olimpik Khas diiktiraf secara rasmi oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.. Lebih daripada 3 juta atlet merangkumi semua peringkat usia yang terlibat dalam latihan sukan Olimpik Khas dan pertandingan bersama lebih daripada 170 negara. Pertubuhan Olimpik Khas ini juga menawarkan setahun latihan dan juga penyertaan di dalam 31 acara yang bakal dipertandingkan. Kebanyakan peserta digalakkan menyertai Olimpik Khas ini kerana ianya mendatangkan faedah seperti mengurangkan kadar penyakit kardiovaskular dan obesiti dalam kalangan golongan yang menghadapi masalah intelektual. Mereka juga akan memperolehi faedah dari segi emosi dan mental seperti meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan persaingan sosial secara sihat dalam kalangan masyarakat.
Syarat-syarat penyertaan
Bagi sesiapa sahaja yang berumur 8 tahun dan keatas boleh menjadi alet Olimpik Khas ini. Sebagai kelayakan untuk menyertai Olimpik Khas ini seseorang itu mesti mempunyai masalah intelektual, perkembangan kognitif yang lambat, serta masalah dalam perkembangan seperti perkembangan adaptif dan pembelajaran. Bagi kanak-kanak yang berusia 2-7 tahun, mereka boleh menyertai program pembangunan atlet muda.
| 69
Ahli keluarga juga tidak terkecuali dan boleh melibatkan diri dalam penganjuran Olimpik Khas ini. Keluarga sememangnya merupakan sumber galakan dan dapat membantu atlet untuk mencapai tahap yang terbaik serta menjadi sukarelawan dalam kejohanan ini. Ini juga boleh meningkatkan tahap keyakinanan diri di dalam diri setiap ahli. Selain ahli keluarga, mereka yang lain seperti jurulatih, sukarelawan dan penaja juga boleh terlibat dalam Olimpik Khas ini. Tugas jurulatih ialah membantu atlet untuk mencapai tahap terbaik walaupun mereka menghadapi pelbagai kekurangan. Jurulatih yang terlibat tidak memerlukan pengalaman untuk menjadi jurulatih kerana sesebuah pertubuhan sukan akan melatihnya dahulu sebelum diberi peluang untuk melatih atlet. Bagi sesiapa yang berusia 10 tahun dan keatas boleh menjadi sukarelawan. Terdapat beberapa acara yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik Khas ini. Antara acara yang dipertandingkan ialah seperti olahraga, akuatik, bola keranjang, boling, hoki, golf, gimnastik, angkat berat, bola sepak, bola lisut, tenis, bola tampar dan sebagainya. Ini merupakan sebahagian daripada sukan yang dipertandingkan dalam Olimpik Khas ini. Sukansukan yang dipertandingkan adalah berbeza mengikut musim olimpik itu dianjurkan iaitu sama ada pada musim panas dan musim sejuk. Olimpik musim panas yang baru dinjurkan pada 2011 di Athens, Greece dan musim sejuk pada 2010 di Boise, Amerika Syarikat. Olimpik Khas musim panas akan diadakan pada 2015 di Los Angeles, Amerika Syarikat dan Olimpik Khas musim sejuk akan diadakan pada 2013 di Pyeongchang, Korea Selatan.
Olahraga Dalam Special Olympics Biasanya, acara-acara olahraga dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu acara balapan atau acara trek dan acara padang. Sukan olahraga yang kini dikenali sebagai acara balapan dan padang merupakan sejenis sukan yang menarik dan amat berlainan daripada sukan-sukan yang lain. Hal ini disebabkan, di dalam olahraga, terdapat banyak acara untuk lelaki dan wanita. Acara-acara ini juga adalah secara perseorangan ataupun secara berpasukan. DEAFLYMPIC Sukan Deaflympic merupakan sejenis sukan yang berada dibawah naungan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan juga sukan yang kedua tertua selepas Sukan Olimpik. Sebelum tahun 1924, sukan antarabangsa menyediakan penglibatan yang terhad untuk orang yang pekak. Walau bagaimanapun, pada tahun 1924 semua ketua sukan pekak berkumpul dan sebulat suara membuat keputusan untuk membentuk sebuah organisasi yang dikenali sebagai
| 70
Comit International des Sports des Sourds (CISS) yang kemudiannya dinamakan Le Comit International des Sukan des Sourds(Jawatankuasa Antarabangsa Sukan Orang Pekak), ICSD. Tujuan organisasi ini adalah untuk menyatukan semua pertubuhan Sukan Kebangsaan bagi golongan pekak disamping menggubal undang-undang untuk organisasi ini mengelolakan sukan ini empat tahun sekali. Mesyuarat ini secara sekaligus telah menandakan bermulanya perkembangan dalam Sukan Deaflympic. Sukan ini merupakan cadangan yang dihasilkan oleh seorang Presiden Persekutuan Pekak Perancis iaitu Eugne Rubens-Alcais yang mana beliau juga merupakan seorang yang mempunyai masalah pendengaran. Beliau mempunyai ilham membentuk sukan ini melalui pemerhatiannya terhadap masyarakat yang sering memandang rendah golongan pekak dari segi intelektual dan linguistic. Dengan itu, beliau merasakan bahawa kejohanan seperti Deaflympic ini mampu menaikkan lagi pandangan masyarakat terhadap orang pekak dan menjadi medium untuk menghapuskan andaian-andaian yang tidak baik dalam kalangan masyarakat sekeliling. Antara sukan dunia yang berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan yang menggalakkan ialah Deaflympic Musim Panas dan juga Deaflympic Musim Sejuk yang mana pada kejohahan Deaflympic Musim Panas 20 di Melbourne, Australia, telah mencatatakan bahawa lebih daripada 3200 atlet pekak termasuk pegawai daripada 67 buah negara telah mengambil bahagian pada kejohanan ini pada bukan Januari 2005. Deaflympic Musim Panas yang pertama telah diadakan di Paris pada tahun 1924 dan Deaflimpic Musim Sejuk yang pertama pula telah dimasukkan ke dalam kejohanan ini sejak tahun 1949. Keperluan yang digunakan bagi atlket pekak berlainan dengan keperluan atlet biasa. Mereka dapat dilihat perbezaannya melalui keperluan yang mereka gunakan untuk berkomunikasi semasa bersukan. Hanya golongan yang pekak sahaja layak berkhidmat dalam lembaga ICSD dan badan-badan eksekutif. Semasa kejohanan Deaflympic yang pertama, hanya sembilan buah negara sahaja yang menghantar wakil atau peserta. Pada hari ini, bilangan negara yang menyertai kejohahan ini meningkat sehingga mecapai 104 buah negara.
Acara olahraga yang dipertandingkan dalam Deaflympic Dalam Deaflympic, permainan yang dipertandingkan adalah kebanyakkannya sama seperti permainan yang dimainkan dalam kejohanan bagi orang biasa. Walau bagaimanapun, setiap acara yang dipertandingkan akan diubahsuai mengikut kepada kesesuaian yang boleh dimainkan oleh golongan pekak. Antara acara yang dipertandingkan dalam acara Deafympic Musim Panas ialah olahraga, Bola Keranjang,Bola tampar pantai, Bowling, Berbasikal, Judo, Karate, Menebak, Renang, Ping Pong, Polo Air, Gusti Greco-Roman dan Taekwaondo.Manakala Musim sejuk ialah acara Alpine Skiing, Curling, Cross Country dan Hoki Ais
| 71
Acara lelaki 100 m 200m 400m 800m 1 500m 5 000m 10 000m 110m halangan 400m halangan 3000m lari berhalangan Maraton Lompat tinggi Lompat jauh Lompat kijang Lompat bergalah Lontar peluru Lempar cekera Rejam lembing Baling tukul besi Berganti-ganti 4x100m 4x400m Acara gabung:
Acara wanita 100 m 200m 400m 800m 1 500m 5 000m 10 000m 100m halangan 400m halangan 3000m lari berhalangan Maraton Lompat tinggi Lompat jauh Lompat kijang Lompat bergalah Lontar peluru Lempar cekera Rejam lembing Baling tukul besi Berganti-ganti 4x100m 4x400m
1) Decathlon 2) Heptathlon
Syarat-syarat penyertaan
Sebelum menyertai sukan deaflympic, seseorang individu tersebut perlulah menepati syarat untuk menyertai acara ingin dipilih. Syarat-syarat untuk menyertai acara ini merangkumi lima aspek iaitu peraturan penyertaan, peraturan pertandingan, pelan pertandingan, pegawaipegawai dan yangterakhir ialah kawalan dan sekatan
Peraturan Penyertaan
Untuk menyertai acara olahraga dalam Deaflympic, individu tersebut seharusnya menepati peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Deaflympic sendiri. Terdapat lima perkara akan diambil kira bagi mengukur kelayakan seseorang itu untuk menyertai acara olahraga iaitu Umur kelayakan, Acara individu, Acara individu (Pemain simpanan), Acara ganti-ganti, Standard kemasukan pertandingan Masa/Jarak
| 72
Peraturan Pertandingan
Untuk melayakkan diri menjadi peserta dalam acara olahraga dalam sukan Deaflympic, individu tersebut seharusnya menepati beberapa kriteria yang telah ditetapkan dalam: Syarat pertandingan, Peralatan pertandingan dan Pakaian semasa pertandingan. Syarat pertandingan bagi acara olahraga yang akan dipertandingkan dalam sukan Deaflympic akan dijalankan mengikut Peraturan Pertandingan IAAF (versi 2008/09). Insiden yang tidak diduga yang tidak dilindungi oleh Peraturan-Peraturan hendaklah diuruskan mengikut kepada ketetapan yang telah dirangka. Kes-kes bersifat umum akan diselesaikan mengikut kepada beberapa rujukan seperti merujuk kepada Peraturan-Peraturan Deaflympics, berdasarkan kepada keputusan muktamad Ketua Teknikal Peraturan bagi Deaflympic Musim Panas dan Peraturan-Peraturan Teknikal Olahraga. Bagi aspke peralatan pertandingan dan kelengkapan dan alat-alat yang digunakan semasa pertandingan perlu mematuhi Peraturan Pertandingan IAAF. Jawatankuasa Penganjur akan menyediakan peralatan dan alatalat untuk pertandingan, memanaskan badan dan latihan kecuali tiang lompatan. Jawatankuasa Penganjur tidak akan menyediakan tiang untuk atlet. Tiang lompatan yang telah dibawa untuk pertandingan hendaklah diserahkan ke bilik teknikal pada sehari sebelum pertandingan. Kelengkapan yang digunakan semasa pertandingan haruslah menepati berat dan jenama yang disenarai oleh Jawatankuasa Penganjur. Berikut merupakan berat dan jenama yang boleh digunakan semasa pertandingan.
Berat dan jenama Peralatan Lontar peluru Cekera Lembing Tukul besi 7.260kg 2.000kg 800g 7.260kg Lelaki Bhalla, Nelco, Nordic, Polanik 4.000kg & USC Nelco, Nordic, & UCS Gill, Nemeth, & Nordic Anand, Nelco, & Nordic 1.000kg 600g 4.000kg Wanita Nelco, Nordic, & UCS Gill, Nelco, & Nordic Gill, Nemeth, & Nordic Anand, Nelco, & Nordic
Pakaian semasa pertandingan Atlet berdaftar hendaklah memakai pakaian seragam yang telah direka bagi mewakili Sukan yang mereka sertai. Nombor pertandingan akan diberikan kepada setiap pemain. Dua helai kain bernombor akan diberi kepada pemain dan nombor tersebut perlu dipakai pada bahagian hadapan dan belakang pakaian seragam dengan melekatkannya menggunakan pin. Pin seharusnya tidak kurang daripada 4 pin supaya seluruh nombor dan maklumat tajaan boleh dibaca dengan mudah.
| 73
a. Huraikan perbezaan kejohanan olahraga antara deaflympic dengan special Olympics. b. Bincangkan acara-acara olahraga yang sesuai dipertandingan disekolah anda untuk kategori bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. c. Nyatakan dan huraikan peralatan dan kemudahan yang perlu diubahsui dalam kejohanan olahraga yang melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas.
Kawalan perubatan
Seorang atlit yang menggunakan ubat-ubatan atau bahan-bahan yang diharamkan disebabkan oleh penyakit yang berkekalan seperti alergi, asma atau epilepsi perlu memohon untuk mendapatkan borang pengesahan.
| 74
RUMUSAN
Sukan adalah medium bagi golongan kurang upaya atau OKU menunjukkan kebolehan serta kemampuan mereka dalam bidang sukan. Ketidakupayaan bukanlah penghalang atau alasan bagi mereka untuk tidak bergiat aktif dalam aktiviti yang berbentuk fizikal. Penglibatan mereka dalam bidang sukan bukan sahaja membantu mereka dalam proses pemulihan malah membantu mereka dalam penjagaan kesihatan tubuh badan. Disamping itu, dapat membantu mereka melibatkan diri dengan masyarakat tanpa rasa rendah diri atas kekurangan yang mereka miliki tidak kira kekurangan daripada aspek fizikal mahupun mental. Tidak kira apa jenis sukan yang mereka ceburi atau tahap mana pencapaian mereka dalam bidang sukan dalam peringkat kebangsaan atau antarabangsa, usaha dan kesungguhan mereka harus dipuji serta diberi penghargaan kerana sanggup dan berani
| 75
mencabar kemampuan diri sendiri dalam melaksanakan misi negeri atau negara masing-masing. Golongan OKU juga mempunyai hak dan peluang dalam menentukan kerjaya dan kehidupan mereka, dan mereka mendapat kebebasan beraksi dalam sukan disamping memberi peluang kepada meraka untuk berfungsi sebagai anggota masyarakat walaupun mereka mempunyai kecacatan atau kekurangan anggota. Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, haruslah kita sama-sama memberi sokongan serta kata-kata semangat yang sewajarnya kepada golongan OKU serta menyokong usaha kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada golongan OKU agar mereka terus menyumbang kudrat serta keringat mereka dalam sama-sama menjayakan bidang sukan negara.
RUJUKAN Special Olympics. Retrieved 11 2011, 1, from Special Olympics: http://en.wikipedia.org/wiki/Special_Olympics Deaflympics. Retrieved 11 2011, 1, from Deaflympics: http://en.wikipedia.org/wiki/Deaflympics Paralympic Games. Retrieved 11 2011,1 , from Paralympic Games: http://www.paralympic.org/Paralympic_Games/ About Deaflympics. Retrieved 11 2011, 1, from Deaflympics: http://www.deaflympics.com/about/ History. Retrieved 11 2011, 1, from Spesial Olympics: http://www.specialolympics.org/history.aspx ICSD (2009). General Technical Rules - Summer Deaflympics. Diperoleh pada 14 Oktober 2011. http://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=526. ICSD (2009). Competition Entry Standards Athletics. Diperoleh pada 15 Oktober 2011. http://www.deaflympics.com/sports/regulations.asp?ID=5. ICSD (2009). Audiogram regulation. Diperoleh pada 15 Oktober 2011. http://www.deaflympics.com/pdf/AudiogramRegulations.pdf. IPC(2011). IPC athletics rules and regulation. Diperolehi pada 20 oktober 2011 http://ipcathletics.paralympic.org/export/sites/ipc_sports_athletics/Rules/2011_2012_Fin al_IPC_Athletics_Rules_Regulations.pdf IPC(2009). London 2012 paralympic games qualification guide. Diperolehi pada 20 Oktober 2011 http://www.paralympic.org.my/mpc/doc/London2012PGQualificationGuide_NEW.pdf MPM. Paralimpiad Malaysia. Peraturan Tetap Sukan Paralimpiad Malaysia. Diperolehi pada 21 Oktober 2011 International Paralympic Committee. IPC atheletic: about the sport. Diperolehi pada 5 Disember 2011 http://ipcathletics.paralympic.org/About_the_Sport/ _______. Kamus Dewan edisi ke empat. Dewan bahasa dan pustaka. Kuala Lumpur
| 76
| 77
| 78
| 79
| 80
| 81