You are on page 1of 17

InsyaAllah kita bincangkan sama2 ciri2 yg ada kepada sebuah negara Islam mengikut nas-nas dari Al-Qur'an dan

As-Sunnah, serta pandangan ulama'-ulama' yg muktabar mengenai negara Islam yang sebenarnya.. Al Ustaz Fathi Yakan dlm bukunya Bagaimana kita menyeru kepada Islam, menggariskan lapan perkara; 1) Ummat Islam adalah satu: Negara-negara Islam tersebar di seluruh permukaan bumi ini seluruhnya merupakan sebahagian dari satu Negara Besar, yang tunduk di bawah Satu Pimpinan. Sesungguhnya agama Islam ini adalah agama kamu semua, agama yang satu. Dan Aku adalah Tuhan kamu, maka sembahlah Aku. (Surah Al-Anbiya:92) 2)Aqidah Islam itulah Undang-undang Dasar Negara. Dari aqidah itulah punca segala peraturan-peraturan dalam Negara itu. Allah berfirman, Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul2 Kami dengan membawa bukti2 yang nyata. Dan Kami telah menurunkan bersama mereka Kitab2 suci dan neraca keadilan, agar supaya manusia dapat melaksanakan keadilan itu. Dan Kami menciptakan besi, yang padanya terdapat kekuatan yg hebat dan berbagai manfaat bagi manusia (Surah Al-Hadid:25) 3)Menyebarkan Dawah Islamiyah merupakan tugas utama Pemerintah. Allah berfirman, Mereka itu, jika Kami mengukuhkan kedudukannya di muka bumi, nescaya akan mendirikan Solat dan membayar Zakat, dan menyuruh orang berbuat baik, mencegah orang berbuat munkar. Dan kepada Allah sajalah akan kembali segala urusan. (Surah Al-Hajj: 41) Dalam ayat lain Allah berfirman, Kamu adalah umat yang terbaik, yang dilahirkan untuk manusia; kamu menyuruh orang berbuat baik dan mencegah mereka berbuat munkar, dan kamu beriman kepada Allah.. (Surah Ali Imran: 110) 4)Hakim Tertinggi, yang menetapkan Hukum dalam Negara (Daulah) ialah Allah Subhanahu Wataala, Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w., itu sajalah yang dijadikan sebagai BUKTI yang sah untuk menetapkan Hukum Syara. Allah berfirman, Dan tentang sesuatu apapun yang kamu berselisih, maka keputusannya terserah kepada Allah. Yang mempunyai sifat-sifat demikian, itulah Allah Tuhanku. Hanya kepadaNya sajalah aku berserah diri, dan kepadaNya aku akan kembali. (Surah As-Syura: 10) Dlm ayat lain Allah berfirman, Menetapkan hukum, itu hanyalah hak Allah (Surah AlAnam: 57) Rasulullah s.a.w. bersabda, Sudah kutinggalkan untuk kamu dua perkara; kamu tidak akan sesat sepeninggalanku, selama kamu berpegang pada keduanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.. (Riwayat Al-Hakim)

5)Dalam Negara Islam, MUSYAWARA merupakan hak bagi kaum Muslimin seluruhnya, dan wajib dilaksanakan oleh pemerintah. Pemerintah wajib mengajak rakyat bermusyawarah. Ia tidak boleh bertindak menurut pendapatnya sendiri. Allah s.w.t berfirman, Maka hanya dengan rahmat Allah sajalah engkau dapat berlemah lembut kepada mereka. Kalau sekiranya engkau bersikap kasar dan berhati keras, tentulah mereka akan menjauhkan diri daripadamu. Oleh sebab itu maafkanlah kesalahan mereka, dan mohonkanlah keampunan bagi mereka. Dan bermusyawarahlah engkau dgn mereka dlm menghadapi sesuatu perkara. Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad utk mengerjakan sesuatu, maka berserah dirilah engkau kpd Allah. (Surah Ali Imran: 159) 6) Dalam Negara Islam, Pemerintah bertanggungjawab dihadapan Allah dihadapan masyarakat. Pemerintah adalah pemimpin yang dibebani tugas melaksanakan perintah-perintah Allah. Rakyat wajib taat kepada perintahnya, selagi ia tidak memerintahkan supaya rakyat mengerjakan dosa. Allah berfirman, Wahai orang2 beriman, taatlah kamu kepada Allah, Rasullullah dan juga kepada orang2 yg memegang kuasa di antara kamu (ulul-amri). Kemudian, jika kamu berselisih faham mengenai sesuatu, maka hendaklah kamu mengembalikan masalah itu kepada Allah dan Rasul-Nya, jika kamu benar2 beriman kpd Allah dan Hari Kemudiannya. Yang demikian itu adalah lebih utama bagi kamu dan lebih baik akibatnya. (Surah An-Nisa: 59) Rasulullah s.a.w. bersabda, Barangsiapa yang taat kepadaku, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Dan barangsiapa yg derhaka kepadaku, maka sesungguhnya ia telah durhaka kepada Allah. Dan barangsiapa patuh kepada pemimpin, maka sesungguhnya ia telah taat kepadaku. Dan barangsiapa yang durhaka kepada pemimpin, maka sesungguhnya ia telah durhaka kpdku. (Riwayat Bukhari dan Muslim) 7) Dalam Negara Islam, rakyat berhak mengguling pemerintah; dan itu termasuk salah satu hak2 mereka. Rakyat bertugas melaksanakan penggulingan itu sebagai Fardhu Ain. Tugas ini diterangkan dalam sabda Rasulullah s.a.w., Rakyat bertugas mendengarkan perintah dan mematuhinya baik perintah itu mereka senangi atau tidak mereka senangi; kecuali kalau pemimpin memerintahkan supaya mereka mengerjakan suatu dosa. Apabila seseorang diperintah supaya mengerjakan dosa, maka ia tidak boleh mendengarkan dan tidak boleh patuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dan dalam hadith lain diterangkan, Rasulullah s.a.w. bersabda: agama itu adalah nasihatmenasihati, Para sahabat bertanya untuk siapa, ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w. menjawab, Untuk menegakkan agama Allah, untuk melaksanakan ajaran2 yang termaktub dlm Kitab-Nya, untuk mematuhi perintah Rasul-Nya, untuk mematuhi pemimpin2 kaum muslimin dan untuk kesejahteraan mereka, kaum muslimin seluruhnya (Riwayat Muslim). Dalam satu hadith lain, Apabila kamu melihat umatku sudah takut untuk menegur orang yang zalim dgn kata2: Wahai orang yang zalim! maka sesungguhnya Islam sudah mengucapkan Selamat Tinggal kepada mereka. (Riwayat Muslim).

Dalam hadith yg diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah, Rasulullah bersabda, Perjuangan yg paling mulia ialah mengemukakan kata2 yg benar di hadapan seorang raja yang zalim. Dan dlm satu hadith yg lain, Rasulullah bersabda, Tidak boleh patuh kepada makhluk yg memerintahkan utk mengerjakan sesuatu yg merupakan maksiat kepada Tuhannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Dalam Negara Islam, rakyat yang tidak beragama Islam mendapat jaminan utk dapat hidup dengan tenang, dan menikmati kemudahan2 yang diberikan kpd kaum Muslimin. Mereka mempunyai hak dan kewajipan yang sama seperti kaum Muslimin. Mereka juga mendapat hak istimewa, mempunyai hak kemerdekaan yang penuh dlm urusan2 peribadinya, dan dalam hukum2 yang khusus menurut agama mereka, seperti perkahwinan dan sebagainya. Peraturan dlm hal ini ialah: Lahum ma lana waalaihim ma alaina Mereka mempunyai hak yang sama dgn kita, dan juga mereka dibebani kewajiban yg sama dgn kewajiban kita. Peraturan ini dipetik dr sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud, Barangsiapa yg mengganggu seorang Dzimmi, maka sesungguhnya ia telah mengganggu aku sendiri. Dan barangsiapa yang mengganggu aku maka kelak di Hari Qiamat aku akan menuntut dia di Pengadilan. Dalam satu hadis lain, Awas! Barangsiapa yang menganiayaseorang dzimmi, atau mengambil hartanya, atau membuat dia kalah dalam suatu pertengkaran padahal dia yang benar, atau menimpakan beban kepadanya lebih dari kesanggupannya, atau mengambil suatu daripadanya tanpa persetujuannya. Barangsiapa berbuat demikian, maka aku akan menuntut dia kelak di Hari Qiamat. Saya nak tambah sikit, sifat negara Islam seperti yang disebut oleh Syeikh Said Abu Jib ialah Perundangan Hukum Milik Allah atau Hakimiyatillah, Keadilan atau al-Adalah, Kesaksamaan atau al-Musaawah, Kebebasan atau al-Huriyyah dan Syura... Dengan makna, undang-undang Allah mengatasi segala-galanya... Firman Allah s.w.t:Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa menentang (perintah Allah, membantah hukum Allah dan RasulNya), maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam, serta ia kekal di dalamnya. Balasan demikian ialah kehinaan yang besar, Al-Taubah ayat 63 Banyak ayat2 hukum telah pun di keluarkan, seperti di dalam surah al-Maidah ayat 44 dengan maksud:Barangsiapa tidak berhukum dengan hukum yang diturunkan oleh Allah, maka ia telah kafir Cuba anda fikirkan, ayat hukum ini diturunkan untuk siapa? Adakah anda boleh hukum orang berzina, mencuri, merompak, minum arak dan sebagainya jika anda tidak mempunyai sebuah negara?

Maka, untuk menjalankan hukum Allah iaitu Hudud, Qisas dan Tazir perlukan pemerintahan... selepas dapat membentuk sebuah negara Islam di Madinah, barulah hukum ini dilaksanakan sepenuhnya... iaitu selepas mempunyai kuasa... Dan negara Islam yang perlu kita contohi untuk bergelar sebuah negara Islam ialah negara di bawah pemerintahan Rasulullah yang meletakkan hukum Allah itu di tempat yang tertinggi di dalam negara... Jadi, kalau kita tidak ikut cara pemerintahan atau negara Islam Rasulullah di Madinah, negara Islam mana pulak kita nak ikuti? Wallahualam MALAYSIA BUKAN NEGARA ISLAM Oleh kerana kontroversi mengenai Malaysia adakah sebuah negara Islam atau bukan terus berlanjutan sehingga kini dan diterbitkan pula dalam Suara Masjid Negara pada hari ini maka berikut adalah fakta-fakta yang menjelaskan bahawa Malaysia bukan sebuah Negara Islam:1-Undang-undang tertinggi negara bukan undang-undang Islam,sebaliknya adalah Perlembagaan Persekutuan yang dicipta oleh penjajah. Perkara 4 (1) Perlembagaan Malaysia menjelaskan kedudukan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi bagi negara ini. 2-Malaysia tidak ditadbir secara Islam, tetapi Islam itu sendiri ditadbir oleh Kerajaan Malaysia seperti dengan mewujudkan Jabatan Kemajuan Islam, Jabatan Agama Negeri- Negeri dan sebagainya. 3-Peguam Negara bukan seorang mufti,sebaliknya ia hanyalah manusia biasa yang memahami undang-undang warisan penjajah yang digunapakai dalam urusan hariannya. 4-Malaysia masih mengekalkan undang-undang Inggeris yang banyak bercanggah dengan undang-undang Islam seperti Panel Code, Criminal Procedure Code, Akta Keterangan, Kastam, Cukai dan sebagainya termasuk Inner Security Act yang amat bercanggah dengan hak asasi manusia. 5-Pemimpin Utama Malaysia bukan orang yang memahami Islam dengan baik, bahkan di satu pihak mencerca Islam dan nabinya seperti isu nabi tidak bercukur sedikit masa lalu, menyamakan ucap salam sama dengan selamat pagi dan sebagainya. 6-Parlimen Malaysia bukan majlis syura. Sebuah negara Islam mesti ditadbir secara syura. Ahli majlis syura pula mesti terdiri dari orang yang memahami Alquran dan Hadith, kalau pun tidak sampai pada peringkat mujtahid. Dalam majlis syura tidak ada orang yang bernama Liong Sik atau Samy Vellu. Apa yang dia tahu tentang Islam? 7-Undang-undang Islam hanya digunapakai dalam hal-hal perkahwinan, kekeluargaan, harta pesaka, lahir dan mati. Ia tidak dipakai dalam urusan pentadbiran negara. Urusan negara Islam

sepatutnya ditadbir dengan undang-undang Islam dan undang-undang yang selari dengan semangat syariah Islamiah, seperti undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan Islam. 8-Negara Islam menyanjung tinggi ulama-ulama dan para pendakwah, bukan menangkap dan memenjara mereka seperti apa yang berlaku terhadap Ustaz Badrul Amin, atau Ustaz Ghazali Hasbullah suatu ketika dahulu. 9-Negara Islam tidak mengamalkan dasar pilih kasih dan unsur kronisme seperti yang diamalkan oleh kerajaan BN sekarang. 10-Negara Islam tidak melindungi perasuah dan perogol seperti Khir Toyo dan Abd.Rahim Thamby Cik, sebaliknya mengambil tindakan terhadap mereka jika terbukti bersalah. 11-Negara Islam tidak memenjara seseorang tanpa kesalahan yang jelas dan tidak dapat dibuktikan bersalah atau ada keraguan dalam hal pembuktian dan keterangan seperti apa yang berlaku terhadap DS Anwar Ibrahim. Dalam proses pengadilan negara Islam cenderung untuk tidak menghukum pesalah,atas pertimbangan tidak menghukum pesalah jauh lebih baik dari menghukum seseorang yang belum tentu bersalah. 12-Negara Islam tidak ada Bukit Judi Negara seperti di Genting Highland, yang dihalalkan oleh undang-undang negara bahkan diberikan lesen untuk beroperasi. 13-Di Negara Islam tidak ada pusat-pusat maksiat seperti pelacuran di Bukit Bintang, atau di Chow Kit, pusat-pusat urut yang menggunakan wanita sebagai tukang urutnya. 14-Negara Islam tidak menjual minuman keras, terkecuali jika dalam agama seseorang warganegara yang bukan muslim ada kebenaran untuk meminumnya, dan tidak menjualnya secara berleluasa seperti sekarang ini,khususnya kepada umat Islam. 15-Di Negara Islam tidak ada pusat-pusat empat nombor ekor seperti yang bertaburan di seluruh pelusuk negara. Dan banyak lagi bukti-bukti dan alasan yang menunjukkan bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara Islam seperti yang diisytiharkan oleh PM tidak berapa lama dahulu. Dipetik dari laman web Tranungkite Cyberlink oleh Al-Kundangi Sebelum kita membahaskan adakan malaysia sebuah negara Islam atau tidak rasanya elok kita meninjau secara ringkas apakah pendapat para ulama' tentang takrif negara Islam. Ulama' hanafiah mengatakan bahawa memadai takrifan negara Islam bagi negara yg mempunyai rakyat dan pemimpin yang beragama Islam sekalipun tidak menjalankan undang-undang Islam. Ada pun pendapat sebahagian besar ulama' termasuk al Mawardi dalam "ahkamussultaniah" negara Islam perlu mempunyai identiti Islam, undang-undang Islam di samping ciri utama ialah pemimpin Islam. Namun apakah memadai sebuah negara yang hanya Islam dari sudut kehakiman seperti Saudi tetapi polisinya dan dasarnya tidak sepenuhnya Islam? Oleh itu, negara Iran sering mencanangkan bahwa Syiah itu lebih baik daripada sunni kerana tiada satu pun

negara sunni yg benar2 melaksanakan Islam seratus peratus tidak seperti Republik Islam , Iran..wallahua'lam... Assalamualaikum... Terimakasih kerana input petikan pandangan dari beberapa ulamak... Saya ada mendengar secara live, jawapan Tuan Guru Haji Hadi mengenai takrif Negara Islam... secara ringkasnya, kebanyakan ulamak menetapkan Negara Islam ialah negara yang melaksanakan hukum yang ditetap oleh al-Quran dan hadis, di samping takrif yang lain... Dan Umno suka mengambil takrif ulamak yang tidak berapa dikenali dan memetik takrif TANPA mengambil kenyataan yang menyeluruh (iaitu meletakkan hukum yang bersumber pada al-Quran dan hadis sebagai hukum tertinggi sesebuah negara Islam), semata-mata untuk menghalal perbuatan pemimpin mereka yang jauh menyimpang dari landasan Islam... Menurut Tuan Guru Haji Hadi, segelintir ulamak tidak menyebut al-Quran dan Sunnah sebagai sumber tertinggi Negara Islam kerana beberapa sebab... 1) Ulamak tersebut berada di zaman pemerintahan pemimpin yang zalim, sebagai maslahat perkara yang berkaitan hukum dalam pemerintahan tidak disebut (kerana dilarang keras pada masa itu). 2) Ulamak tersebut berada di dalam pemerintahan Islam, secara keseluruhan umat Islam sudah memahami, pemerintahan Islam perlu meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai hukum tertinggi negara. Saya berpendapat, tidak guna kita meletakkan Negara Islam pada ISTILAH... Menegakkan hukum Allah ini berkaitan dengan aqidah dengan maksud keyakinan kita sebagai seorang Islam terhadap KEWIBAWAAN Allah s.w.t di dalam mengatur sesebuah pemerintahan melalui hukum yang ditetapkanNya. Jika kita mengambil selain dari hukumNya, bermakna dari segi perbuatannya kita tidak meyakini akan kewibawaan hukum yang telah Allah s.w.t tetapkan... dan kita meyakini ada hukum lain yang lebih berwibawa dan dapat menyelesaikan masalah manusia... ini adalah perbuatan syirik yang nyata... Kita semua (termasuk pemimpin yang mengaku Islam) telah menyatakan ikrar Lailahaillallah Muhammadarrasulullah... jadi tuntutan dua kalimah syahadah itu perlu kita praktikkan di dalam hidup dan pemerintahan kita... kalau tidak, kita telah berbohong atau kita sekadar menyatakannya pada lisan sahaja. Kalau setakat lisan sahaja, tidak ada bezanya kita dengan burung kakaktua.... Jadi... kita perlu utamakan Negara Islam yang HAKIKI sepertimana yang diamalkan Rasulullah s.a.w. iaitu meletakkan hukum al-Quran dan Sunnah sebagai sumber hukum tertinggi negara... mengharamkan apa yang diharamkan oleh Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan oleh Allah s.w.t...

Konsep Negara Islam Menurut Professor Wahbah Zuhaily, jumhur fuqaha iaitu Abu Yusuf dan Muhammad daripada mazhab Hanafi, Malik dan Syafie serta Ahmad berpendapat bahawa negara Islam adalah kawasan atau negara yang berada di bawah kekuasaan orang Islam serta melaksanakan undangundang dan peraturan Islam juga didirikan padanya syiar-syia Islam. Sekiranya negara tersebut diancam musuh maka wajib ke atas umat Islam untuk berjihad mengembalikan semula kawasan tersebut kepada status asalnya walaupun memerlukan masa yang panjang Darul harb pula adalah kawasan yang tidak dijalankan padanya hukum Islam sama ada aspek keagamaan mahupun politik disebabkan ia terletak di luar kekuasaan Islam. Manakala Imam Abu Hanifah berpendapat bahawa penetuan asas bagi Darul Islam adalah keamanan yang diperolehi oleh mereka yang tinggal di dalamnya. Adapun Imam Abu Hanifah bersependapat dengan sahabatnya Abu Yusuf dan Ahmad bahawa Darul Harbi akan bertukar status kepada Darul Islam dengan pendominasian hukum-hukum Islam padanya. Namun beliau berpendapat penukaran stastus Darul Islam kepada Darul Harbi hanya sekiranya terkumpul tiga syarat; 1. pendominasian hukum-hukum kufur padanya 2. bersambung dengan Darul Harbi 3. Muslim atau Zimmi tidak mendapat keamanan seperti keamanan yang dahulu ketika berada dalam Darul Islam. Manakala Al Ustaz Said Hawwa dalam kitabnya Al Islam beliau telah menerangkan perbezaan jelas antara Darul Harb dan Darul Islam Darul Harb terbahagi kepada dua iaitu Darul `ahd dan Darul Harb. Manakala Darul Islam itu terbahagi kepada lima: Darul `ad (ada pemimpin Islam dan undang2 Islam) , Darul bagh (ada pelampau), darul bidaah (dikuasai oleh pengamal bidaah) , Darur riddah (rakyatnya murtad atau dikuasai mereka), Darul maslubah (negara yang ditawan oleh kafir). Terdapat beberapa perbezaan antara DAR dan DAULAH. Menurut Dr Wahbah, Dar lebih merujuk kepada unsur kebendaan :tanah dan kawasan . Manakala daulah islamiyah lebih berisfat mempunyai kedaulatan, kemerdekaan dan syaksiah manawiyah. Assalamualaikum... Cuma, saya ada sedikit pandangan dari beberapa artikel yang memaparkan bagaimana yang dikatakan HIKMAH yang sebenar yang berubah mengikut situasi semasa, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat... insyaAllah kalau ada masa saya akan masukkan artikel tersebut...

hujah-hujah sesat/fahaman sesat yang dipegang oleh JAKIM demi untuk mempertahankan pemimpin mereka dan untuk menjaga 'periuk nasi' mereka dan mereka ini menjual agama dengan harga yang murah hanya semata-mata hanya untuk mencari sesuap nasi, mereka inilah yang yang disebutkan oleh Rasulullah sebagai 'ulama suk(jahat)'.inilah hujjah mereka....

MALAYSIA NEGARA ISLAM Oleh : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia PENDAHULUAN Istilah Negara Islam tidak tercatat secara langsung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Perbahasan mengenainya hanya dibuat berpandukan kepada ijtihad para ulama mujtahidin. Perbahasan ini dibuat bertujuan menentukan kategori sesuatu negara atau tempat yang didiami oleh umat Islam samada bertaraf kampung halaman Islam atau hak umat Islam atau kampung halaman kafir harbi yang memerangi umat Islam.

Negara-negara di dunia ini mengikut penilaian hukum fiqh terbahagi kepada tiga kategori, iaitu; i. Negara Islam. ii. Negara kafir yang berperang dengan Islam, dan. iii. Negara kafir yang tidak memerangi Islam.

DEFINISI NEGARA ISLAM Beberapa definisi Negara Islam yang dirumuskan oleh ulama dan cerdikpandai Islam adalah seperti berikut; i. Muhammad bin Hasan As Syaibani: Negara yang dikuasai dan diperintah oleh umat Islam dan orang-orang Islam menikmati keamanan dan keselesaan di dalamnya. ii. Muhammad Abu Zuhrah: Negara Islam ialah negara yang berada di bawah kuasa pemerintahan orang Islam. Kekuatan dan pertahananya dikuasai orang Islam. Negara sedemikian wajib dipertahankan oleh setiap individu muslim. Berpandukan kepada definisi di atas, jelaslah Malaysia adalah sebuah negara Islam. Keraguan dan pertikaian mengenai Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah tidak berasaskan fakta dan ianya tertolak. Malaysia sebagai negara Islam telah diperkuatkan lagi dengan peruntukan dalam Perlembagaan

Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan. Peruntukan ini tidak diadakan oleh penjajah, tatapi diusaha oleh pejuang dan pemimpin negara seiring perjuangan mencapai kemerdekaan.

ASAS-ASAS NEGARA ISLAM Asas-asas utama sesebuah negara itu diiktiraf sebagai negara Islam antaranya ialah; Sesebuah negara yang tunduk akur di bawah kuasa Islam dan orang Islam sebagai ketua pemerintah. Tanahair orang Islam adalah sah sebagai negara Islam. Sesebuah negara yang aman dan bebas didirikan syiar Islam di dalamnya.

MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM Hasil dari definisi dan pandangan ulama mengenai negara Islam, jelaslah Malaysia sebagai negara Islam kerana ciri-ciri berikut; Malaysia adalah tanahair orang Islam sejak turun temurun. Ketua pemerintahan negara dipegang oleh orang Islam. Malaysia masih didiami oleh orang-orang Islam sebagai pemunya. Umat Islam bebas menunaikan amalan syariat Islam malah dibantu oleh Kerajaan. Sistem mempertingkatkan ibadah, munakahat dan muamalat dilaksanakan di serata negara. Pendidikan Islam diajar dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat institusi pengajian tinggi dan sentiasa ditingkatkan mutunya. Mahkamah syariah ditubuh dengan rasmi dan hasil keputusannya tidak boleh diganggu oleh mahkamah sivil.

MALAYSIA NEGARA SEKULAR ? Terdapat di kalangan umat Islam di Malaysia yang menganggap Malaysia sebagai negara sekular. Oleh itu eloklah difahami terlebih dahulu apakah erti sekular. Perkataan sekular berasal daripada perkataan Latin seaculum yang bermakna alam ini atau dunia ini. Gerakan fahaman sekularisma bermula pada pertengahan abad ke 19 di England yang diasaskan oleh George Jacob Holyoake (1817-1906). Golongan ini hanya mementingkan kebajikan manusia di dunia dan menafikan kewujudan alam akhirat. Dalam suasana sedemikian, sekularisma telah dipersepsikan menerusi ciri-ciri berikut; Menolak kepercayaan adanya Tuhan. Segalanya berpusat pada alam ini. Menolak kepercayaan adanya hari akhirat dan perkara-perkara berkaitan dengan kehidupan selepas mati. Agama dan dunia terpisah secara total. Apa yang sedang diamalkan oleh negara Malaysia hari ini ialah berusaha menjaga kebajikan umat Islam dan memartabatkan agama Islam serta tidak lupa tanggungjawab kepada rakyat bukan Islam. Tanggungjawab sedemikian adalah sebahagian suruhan Islam. Kerajaan juga telah berusaha memantapkan akidah, memajukan syariah dan mempertinggikan akhlak umat. Dengan pelaksanaan tugas-tugas tersebut, keadaan dan keraguan serta kekeliruan umat Islam di negara ini adalah tidak berasas dan tidak mempunyai sebarang faedah. Status negara Malaysia sebagai negara Islam tidak boleh lagi dipertikaikan, sebaliknya adalah lebih baik menerima realiti yang ada dan berusaha memperkuat serta memperbaiki lagi mana-mana kelemahan dan kekurangan jika ada.

USAHA YANG DILAKUKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA Antara usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam menunaikan tanggungjawab sebagai sebuah Kerajaan Islam ialah seperti berikut; Menjaga kepentingan agama serta mentadbir urusan negara dan umat. Mengurus pemerintahan adalah antara kewajipan agama yang terbesar, malah agama itu sendiri tidak dapat ditegakkan tanpa wujudnya pemerintahan. Memelihara agama dari sebarang pencerobohan fahaman dan ajaran yang boleh memesongkan akidah sebenar Islam. Fahaman agama yang dipegang ialah yang bertepatan dengan al-Quran dan al-Sunnah serta akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Melantik jemaah menteri bagi membantu negara dalam menjalankan tugas-tugas pemerintahan.

Dalam hal ini, Islam mengharuskan melantik orang bukan Islam yang menjadi warganegara sebagai menteri untuk melaksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan. Menyediakan tenaga tentera dan sistem pertahanan negara bagi menjamin keselamatan agama, bangsa dan negara. Mewujudkan sistem perundangan dan kehakiman bagi menyelesaikan pertikaian dan menegakkan keadilan. Mendirikan dan menguruskan kelicinan peribadatan seperti mendirikan masjid dan menguruskan pentadbiran berkaitannya. Mengendalikan urusan ibadat haji dengan teratur. Menguruskan hal ehwal zakat secara bersistem. Memungut hasil cukai yang pelbagai untuk dana negara. Menguruskan sistem pentadbiran awam yang cemerlang. Membanteras jenayah dan sebagainya.

KEWAJIPAN RAKYAT TERHADAP PEMERINTAH Oleh kerana Malaysia sebuah negara Islam, maka berkewajipan setiap rakyat melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang antara lainnya ialah seperti berikut; Taat serta patuh dengan ikhlas dan penuh rasa bangga. Bersedia menolong pemerintah dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Menjauhi diri dari perbuatan-perbuatan mungkar seperti menganggu ketenteraman awam, menimbulkan huru-hara dan mengancam keselamatan masyarakat dan negara. Bertanggungjawab mempertahan dan menaikkan nama negara pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Berusaha membangun dan memajukan ekonomi diri, masyarakat dan negara.

PENUTUP Malaysia sebagai sebuah negara Islam adalah menepati dengan definisi yang diperkatakan oleh

ulama masa kini dan terdahulu. Tugas kita sekarang ini adalah untuk mengisi dan memantapkan lagi apa-apa yang perlu diperkemaskan dan tidak lagi menghabiskan masa mempertikaikannya kerana telah jelas bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terbukti dari segi sejarah, perundangan, pembangunan dan penghayatan Islam.

salam ramadhan.. SEDIKIT PERBINCANGAN TENTANG NEGARA ISLAM. KEMENTERIAN DAN JABATAN YG ADA SPT ZAMAN KHILAFAH TERDAHALU. Ketua negara dan kementerian serta jabatan: Para fuqaha menyatakan perlantikan ketua negara melalui empat cara: baiah, nas, perlantikan pemangku dan melalui kekerasan. Namun, cara-cara yg benar-benar menepati ruh syara pada hari ini adalah baiah yg dilakukan oleh ahlul hil wa aqd dengan disertakan keredhaan umat Islam. Ketua negara dibantu oleh dua kementerian yang hampir sama dengan Perdana Menteri di sesebuah negera. Kementerian ini dikenali sebagai wizarah tafwidh. Kewajipan kementerian ini adalah mengemukan kepada ketua negara sebarang tindak-tanduk yang dilakukan.. Dalam masa yang sama ketua negara berhak memberi pandangan membetulkan sebarang perkara yang dirasakan perlu. Kementerian kedua ialah kementerian yang melaksanakan keputusan ketua dan mendengar aduan rakyat untuk disampaikan kepada ketua negara. Kementerian ini tidak berhak membuat sebarang keputusan. Kementerian ini dikenali sebagai wizarah tanfiz. Syyarat-syarat kelayakan di kementerian ini adalah lebih rendah daripada kementerian tanfiz tadi. Undang-undang Undang -undang negara Islam adalah berasaskan Al Quran , al hadith, sunnah, ijma dan qiyas. Bagi sesiapa yg ingin melihat undang-undang tersebut secara bertulis dan mengikut methgodology ilmu undang-undang bolehlah merujuk majalah al ahkam al `adliah yg menjadi undang-undang tertinggi dalam khilafah Othmaniyah.

Isu Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mula diperkatakan dengan hangat apabila Dato Seri Dr. Mahathir (Perdana Menteri Malaysia ketika itu) mengisytiharkannya secara terbuka pada 29/09/01 semasa Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan ke-30 Parti Gerakan Rakyat Malaysia. Bermula dari sini, ada pihak yang kerana ingin menjaga periuk nasi hanya tunduk dan yes sir sahaja kepada apa yang diumumkan. Di samping itu, tidak kurang juga bilangan pihak yang menyanggah pernyataan tersebut, termasuklah dari golongan bukan Islam sendiri. Yang pasti, perdebatan mengenainya sehingga kini masih belum sampai ke penghujung. Baru-baru ini pula, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjawab pertanyaan dari wartawan mengatakan bahawa Malaysia bukan negara sekular tetapi merupakan sebuah negara Islam dengan takrifnya yang tersendiri. Menurutnya lagi, Malaysia tidak pernah berpegang kepada sekularisme tetapi didorong oleh asas Islam kerana

perlembagaan jelas menyebut bahawa Islam adalah agama rasmi. Ketika diajukan soalan tentang kerajaan kelihatan sedang menuju ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, Najib berkata: Saya perlu betulkan anda. Kita tidak pernah menjadi sekular kerana sekular seperti yang ditakrif oleh Barat bererti meminggirkan prinsip Islam daripada cara kita mentadbir negara. Kita tidak pernah berpendirian sedemikian (kerana) kita sentiasa didorong oleh pegangan kita kepada asas Islam. Tanggapan anda adalah salah. *UM 18/07/07+ Kecelaruan Takrif Mutakhir ini kita melihat hasrat umat untuk kembali semula kepada Islam semakin meningkat. Arus kebangkitan Islam telah mengalir di mana-mana dan menyapu apa-apa sahaja yang menghalang laluannya. Rata-rata umat Islam sudah mula nampak bahawa keburukan yang membelenggu mereka selama ini adalah berpunca dari sistem sekular yang busuk. Kebangkitan ini dapat dilihat telah menjadi ancaman kepada mereka yang memegang tampuk kekuasaan. Justeru, agar tidak ditolak oleh kebangkitan rakyat yang mahukan Islam, maka golongan ini terpaksa merubah haluan mereka agar nampak lebih Islami. Tindakan ini perlu agar mereka dilihat sejalan dengan arus (Islam) yang menerpa dan dalam masa yang sama mereka boleh kekal di kerusi pemerintahan. Padahal, pada hakikatnya, mereka boleh terus kekal di kerusi pemerintahan hanya dengan membuang sistem sekular dan menggantikannya dengan hukum-hakam Islam. Sekiranya mereka melakukan perkara ini, InsyaAllah seluruh umat Islam akan mendokong pemerintahan mereka. Malangnya mereka ternyata lebih rela membenarkan dunia yang fana ini membelenggu mereka. Dalam mengubah haluan ini, pelbagai kekeliruan ditimbulkan dalam penggunaan istilah seperti sekular dan Negara Islam. Istilah-istilah ini ditakrif mengikut kehendak sendiri tanpa bersandarkan fakta dan dalil yang sahih. Oleh itu, kita menyaksikan pada hari ini banyak konsep, definisi dan istilahistilah Islam yang sebelum ini begitu jelas menjadi kabur, keliru, terseleweng dan yang lebih teruk, hilang dari kamus kaum Muslimin. Walaupun istilah hudud telah dikenali ramai, namun istilah-istilah seperti tazir, ghanimah, jizyah, khumus, siyasah, kharaj, usyur, darul harb, darul islam dan banyak lagi ternyata kabur, malah sebahagian dari umat Islam sendiri langsung tidak memahaminya. Istilah seperti khalifah, syura, wali, jihad dan sebagainya pula telah diselewengkan sehingga lari dari maknanya yang sebenar dari segi syara. Inilah juga apa yang telah terjadi dengan istilah Darul Islam (Negara Islam) di mana ramai umara dan ulama sekarang memberikan maksud baru Negara Islam yang begitu asing dari Islam, sehingga ada yang membolehkannya diterjemah mengikut acuan sendiri. Maksud sekular juga telah dipolemikkan sehingga umat terjerat dengan pelbagai tafsirannya. Ada yang cuba memesongkan maknanya dengan mengatakan bahawa kita mesti memahami istilah sekular bukan sebagaimana takrifan Barat yang seolah-olah menjelaskan sekular boleh ditakrifkan dengan maksud yang baik, jika tidak mengikut Barat. Ada yang mengatakan sekular bermaksud tidak mempercayai hari kiamat dan hisab di akhirat. Manakala sebahagian umat Islam yang lain hanya nampak sekular membawa erti politik yang dipisahkan dari agama. Justeru, adalah perlu untuk kita mencerahkan kembali kekaburan penakrifan sekularisme dan Negara Islam memandangkan telah berlaku pelbagai tafsiran mengikut kepentingan yang tersasar jauh dari maksud sebenar istilah-istilah ini.

Malaysia Dan Sekularisme Sesungguhnya Barat adalah penganut dan pengembang Ideologi (mabda) Kapitalis yang menjadikan sekularisme sebagai akidah mereka. Kelahiran mabda ini bermula pada saat kaisar (caesars) dan raja-raja di Eropah menjadikan agama sebagai alat untuk memeras, menganiaya dan menghisap darah rakyat. Para pemuka agama (gereja) waktu itu, dijadikan perisai untuk mencapai keinginan mereka. Maka timbullah pergolakan sengit, yang kemudian membawa kepada kebangkitan ahli falsafah dan cendekiawan. Sebahagian mereka mengingkari adanya agama secara mutlak, sedangkan yang lainnya mengakui adanya agama, tetapi menyeru agar ia dipisahkan dari kehidupan dunia. Sampai akhirnya, pendapat majoriti dari kalangan ahli falsafah dan cendekiawan itu lebih cenderung memilih idea untuk memisahkan agama dari kehidupan yang kemudiannya menghasilkan usaha pemisahan antara agama dengan negara. Jika dahulu agamalah yang menjadi penentu di dalam kehidupan, sekarang, telah disepakati agar agama tidak diperhitungkan lagi dalam kehidupan ini. Maksudnya, seseorang boleh menerima mahupun menolak agama (atau Tuhan) selama mana ia (agama) tidak campurtangan dalam kehidupan.Pokoknya, agama itu harus dipisahkan dari kehidupan dan kehidupan mesti ditentukan sendiri oleh manusia. Idea ini dianggap sebagai kompromi (jalan tengah) antara pemuka agama yang mengkehendaki segala sesuatu itu harus tunduk kepada mereka (atas nama agama) dengan para ahli falsafah dan cendekiawan yang mengingkari adanya agama. Jadi, idea sekularisme ini sama sekali tidak mengingkari atau menolak adanya agama, *****a ia tidak menjadikan agama berperanan dalam kehidupan. Ini menjadikan agama hanya sekadar formaliti belaka, kerana sekalipun mereka mengakui kewujudannya, namun pada dasarnya mereka menganggap bahawa kehidupan dunia ini tidak ada hubungannya dengan agama. Justeru, kita menyaksikan bahawa sesiapa yang mahukan agama, maka mereka akan pergi ke gereja-gereja untuk berhubung dengan Tuhan mereka tetapi apabila mereka (di luar gereja) melakukan aktiviti jual beli, mengambil riba, sewamenyewa, mencuri, membunuh, berzina dan sebagainya, maka segala peraturan dalam hal ini ditentukan oleh mereka sendiri tanpa ada ketentuan atau hubungan dengan Tuhan. Penentuan jenis hukuman, terpuji dan tercela, halal dan haram dan sebagainya berada di tangan manusia dan boleh diubah mengikut kehendak manusia. Dengan kata lain, mereka meyakini bahawa peraturan kehidupan tidak ada hubungan dengan Tuhan, kerana agama hanyalah berperanan dalam mengatur hubungan peribadi seseorang itu dengan Tuhannya sahaja. Setelah mereka sepakat untuk memisahkan agama dari kehidupan, maka timbullah persoalan bagaimana untuk mengatur kehidupan manusia, apakah yang harus dilakukan dan apakah tolok ukur yang akan digunakan. Dari sini timbullah idea demokrasi yang dianut oleh ideologi ini yang berasal dari pandangannya bahwa manusialah yang berhak membuat peraturan (undang-undang). Menurut keyakinan mereka, rakyat adalah sumber kekuasaan. Rakyatlah yang berhak membuat undang-undang dan setiap orang bebas berpendapat dan berbuat sesuka hati di dalam mengatur kehidupan ini. Oleh kerana ada terlalu ramai manusia dan ini menyukarkan proses untuk membuat sesuatu peraturan atau mengambil keputusan, maka mereka menetapkan agar dilantik wakil (rakyat) dan diambil suara majoriti di dalam apa jua keputusan. Dengan ini, mereka boleh menggubal, meminda dan menghapuskan mana-mana undang-undang semahu mereka berdasarkan kaedah atau kehendak majoriti tadi. Inilah konsep sekular yang mereka terapkan di dalam negara mereka. Kemudian, apabila mereka menjajah negeri-negeri umat Islam, konsep inilah yang mereka bawa dan terapkan di dalam negeri umat Islam sehingga kita saksikan sekarang di seluruh dunia Islam termasuk Malaysia, konsep sekularisme, iaitu konsep memisahkan agama dari kehidupan ini (faslud

deen anil hayah), telah diterapkan dengan baik dan sempurnanya. Terlalu banyak bukti yang menunjukkan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan golongan bukan Islam benar-benar memahami akan hakikat ini. Sebab itulah mereka boleh mendatangkan fakta yang tidak dapat disangkal membuktikan yang Malaysia adalah sebuah negara sekular. Malangnya, dengan hanya pengisytiharan oleh seorang pemimpin, banyak pihak cuba menegakkan benang yang basah. Dalam ruangan yang serba sempit ini, kami paparkan sedikit bukti baik secara normatif, empirik mahupun historis yang dapat disaksikan oleh setiap orang yang mempunyai penglihatan dan pendengaran berkenaan hakikat Malaysia sebagai sebuah negara sekular: (i) Bukti Normatif: Perlembagaan Persekutuan yang digubal oleh sikafir Lord Reid adalah bukti yang paling jelas meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara demokratik, sekular dan berbilang agama dengan kedudukan Islam hanyalah sebagai agama rasmi. Ini diperjelaskan lagi dari peristiwa semasa majlis sambutan harijadi Tunku Abdul Rahman yang ke-81 pada tahun 1983 di mana beliau menegaskan Perlembagaan mestilah dihormati dan diikuti. Pernah adanya percubaan oleh segelintir orang untuk cuba memperkenalkan undang-undang agama dan undang-undang moral. Ini tidak dibenarkan. Negara ini mempunyai penduduk berbilang kaum dengan pelbagai kepercayaan. Malaysia mesti terus kekal sebagai negara sekular dengan Islam sebagai agama rasmi. Dari sudut ekonomi pula, sistem ekonomi yang diamalkan di Malaysia adalah sistem ekonomi Kapitalis di mana riba menjadi tunjang kepada banyak aktiviti perdagangan, khuususnya perbankan. Judi dan arak dibenarkan dengan hanya memberikan satu tauliah yang dipanggil lesen. Hak umum rakyat yang wajib disediakan secara percuma oleh pemerintah seperti pendidikan, kesihatan, petrol, air, jalanraya dan lain-lain dikenakan bayaran sesuka hati oleh pemerintah. Ada yang berdalih dengan mengatakan Malaysia adalah negara Islam dengan adanya Bank Islam, pajak gadai Islam (ar-Rahn), universiti Islam dan sebagainya. Mereka jahil bahawa penerapan nilai-nilai Islam di dalam sistem Kapitalis tidak sekalikali menjadikan sistem itu Islam, sebagaimana jika kita melihat Ah Chong atau Muthusami menutup aurat seperti yang dituntut oleh Islam tidaklah menjadikan mereka Muslim. (ii) Bukti Empirik: Bukti empirik pula boleh dilihat dengan jelas dari peruntukan Perlembagaan dan undang-undang yang diterimapakai dan diterapkan di negara ini. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa ia adalah undang-undang tertinggi negara dan mana-mana undang-undang yang diluluskan bertentangan dengan Perlembagaan, maka ia secara otomatik akan terbatal. Peruntukan ini telah meletakkan AlQuran di bawah (lebih rendah dari) Perlembagaan dan dengan sendirinya menafikan kedudukan AlQuran dan Hadis yang sepatutnya menjadi undang-undang tertinggi (dan satu-satunya undang-undang) bagi negara. Kewujudan dua sistem mahkamah (sivil dan syariah) mengukuhkan lagi hakikat yang Malaysia adalah negara sekular (sila rujuk SN117 Konflik Antara Agama dan SN125 Sijil Mati Untuk Lina Joy untuk penjelasan lanjut). Dari sudut pemerintahan pula, sistem yang dilaksanakan adalah Demokrasi berparlimen sebuah sistem (sekular) yang dicedok sepenuhnya dari penjajah British. Mengikut ajaran dan amalan sekular, segala undang-undang hendaklah dibuat oleh manusia dan hak Allah sebagai AsSyari (Pembuat Undang-Undang) hendaklah diketepikan. Jadi, jika majoriti manusia bersetuju untuk tidak berhukum dengan hukum Allah, maka ini adalah sah menurut amalan demokrasi-sekular. Pendek kata, undang-undang boleh digubal, dipinda atau dihapuskan sesuka hati oleh manusia hanya dengan

undi majoriti. Di sinilah peranan agama dinafikan secara total di dalam menentukan kehidupan. (iii) Bukti Historis: Hasil dari penjajahan kafir British ke atas Tanah Melayu yang sebelumnya pernah berada di bawah pemerintahan Islam, undang-undang Barat yang berasaskan sekular telah diperkenalkan. British telah memaksa umat Islam menerima undang-undang mereka. Penggantian undang-undang ini tercatat dalam sejarah penentangan hebat oleh para ulama di Tanah Melayu. Penentangan Naning (1831-1832) yang dipimpin Dol Said bermula apabila penjajah memaksa kes jenayah diselesaikan mengikut undang-undang British. Apabila Undang-undang 99 berteraskan Islam diketepikan penjajah, peristiwa ini telah memunculkan penentangan di Perak. Di Kelantan pula, penentangan berlaku apabila British melaksanakan undang-undang berkenaan cukai hasil. Ia dipimpin Tok Janggut (Haji Mat Hassan) dan Engku Besar Jeram dan dibantu oleh Haji Said, Penghulu Adam dan Ishak Merbau di Pasir Puteh. Di Terengganu, gerakan dimulakan oleh Sultan sendiri, kemudian oleh Hj Abdul Rahman Limbong, Haji Musa Abdul Ghani Minangkabau, Syed Saggot dan Tok Janggut (Lebai Deraman). Di Pahang, Dato Bahaman, To Gajah, Mat Kilau, Mat Kelubi, Panglima Muda Jempul, Mat Lela dan lain-lain telah bangkit meniupkan jihad melawan British yang telah memaksa pelaksanaan undang-undang British menggantikan undang-undang Islam di Tanah Melayu. Namun, penjajah berjaya menguasai politik Tanah Melayu dengan kelicikan dan kekuatan mereka. Sejak itu urusan pemerintahan diurus dengan undang-undang British dan merekalah yang menentukan perjalanan pentadbiran dan pemerintahan berdasarkan sistem sekular mereka yang diwarisi sehingga ke hari ini. Definisi Dar (Negara) Islam Istilah Negara Islam (Darul Islam) adalah istilah syara. Negara Islam menurut syara adalah suatu wilayah yang melaksanakan hukumhakam Islam dan keamanan wilayah tersebut berada di tangan Islam, iaitu di bawah kekuasaan dan kekuatan kaum Muslimin, walaupun majoriti penduduknya bukan Islam. Oleh itu, untuk menentukan keadaan sebuah wilayah, apakah termasuk Negara Islam atau Negara Kufur, bukanlah negeri atau penduduknya yang diambil kira, tetapi undang-undang di wilayah tersebut dan keamanannya. Apabila hukum (undang-undang) yang diterapkan oleh suatu wilayah adalah Islam dan keamanannya berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah seperti inilah yang disebut Darul Islam atau Negara Islam. Sedangkan apabila hukum-hakam (undang-undang) yang diterapkannya adalah undang-undang kufur dan keamanannya tidak berada di tangan kaum Muslimin, maka wilayah demikian disebut Darul Kufur atau Darul Harb. Pengertian dar ini diambil dari sebuah hadis riwayat Sulaiman ibnu Buraidah yang di dalamnya tercantum: Serulah mereka kepada Islam, maka apabila mereka menyambutnya, terimalah mereka dan hentikanlah peperangan atas mereka, kemudian ajaklah mereka berpindah dari negerinya (yang merupakan darul kufur) ke darul muhajirin (darul Islam yang berpusat di Madinah) dan beritahulah kepada mereka bahawa apabila mereka telah melakukan semua itu, maka mereka akan mendapatkan hak yang sama sebagaimana hak kaum muhajirin dan juga kewajiban yang sama seperti halnya kewajiban kaum muhajirin. *HR Muslim+ Hadis ini menyatakan dengan jelas wujudnya pembezaan antara Darul Islam dan Darul Kufur. Hadis ini menunjukkan bahawa apabila mereka tidak berpindah, maka hak mereka tidak sama dengan kaum muhajirin iaitu orang-orang yang telah berada di Darul Islam. Dengan demikian, hadis ini sesungguhnya telah menjelaskan perbezaan hukum (undang-undang) antara orang yang telah berhijrah dan yang tidak. Darul Muhajirin adalah Darul Islam pada zaman Rasulullah dan selainnya adalah Darul Kufur. Dari sinilah diambil istilah Darul Islam dan Darul Kufur atau Darul Harb. Jadi, penambahan kata Islam, kufur atau harb pada Dar adalah mewakili sistem hukum (undang-undang) dan pemerintahannya. Oleh kerana itu untuk menggunakan

istilah dar atau negara, ianya selalu dikaitkan dengan penguasa iaitu berkenaan: (1) pemeliharaan kepentingan umat mengikut undang-undang tertentu dan (2) kekuatan (negara) yang menjaga/membela rakyat serta melaksanakan undang-undang tersebut, iaitu faktor keamanannya. Dari sinilah dua syarat yang disebutkan di atas ditekankan. Selain itu mengenai syarat penerapan hukum-hukum, ia digali dari dalil al-Quran dan juga Sunnah. Firman Allah: Barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang kafir *TMQ al-Maidah (5):44+. Dalam Hadis riwayat Auf ibnu Malik mengenai kedudukan pemimpin-pemimpin zalim, tercatit sebahagian di dalamnya: ...ditanyakan oleh para sahabat: Wahai Rasulullah tidakkah kita perangi saja mereka itu dengan pedang? Baginda menjawab: Tidak selama mereka masih menegakkan solat (maksudnya menerapkan hukum-hukum Islam) di tengah-tengah masyarakat. Terdapat juga hadis riwayat Ubadah ibnu Samit mengenai baiat aqabah, di mana katanya: Dan hendaknya kami tidak menentang kekuasaan penguasa kecuali (sabda Rasulullah:) Apabila kalian melihat kekufuran yang bersifat terangterangan, yang dapat dibuktikan berdasarkan keterangan dari Allah.. Di dalam riwayat Imam Thabrani disebut kekufuran yang jelas (surahan). Manakala syarat keamanan mestilah keamanan Islam, yakni di bawah kekuasaan kaum Muslimin, ini diistinbat dari firman Allah: Dan Allah (selama-lamanya) tidak memberi hak bagi orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin *TMQ an-Nisa (4):141+. Ayat ini bermaksud tidak boleh memberi ruang kepada orang-orang kafir untuk berkuasa atas orangorang Mukmin. Ini adalah kerana dengan memberikan kekuasaan kepada mereka bererti menjadikan keamanan kaum Muslimin berada di bawah kekuasaan mereka (kufur) bukan di bawah kekuasaan Islam. Keadaan ini boleh dilihat di negara kaum Muslimin saat ini seperti Pakistan, Afghanistan, Arab Saudi, Kuwait, Libya dan banyak lagi yang mana pemimpin mereka nyata-nyata tunduk di bawah rejim kafir Amerika. Walaupun (kerana keterbatasan ruang) kami tidak dapat mengungkapkan semua nas, namun berdasarkan nas yang qati dari al-Quran dan Hadis, ternyata pada hari ini, tidak ada satu negarapun di dunia ini, termasuk Malaysia yang layak disebut negara Islam. Namun perlu difahami bahawa istilah negara sekular atau negara kufur bukanlah membawa maksud penduduknya juga semua sekular atau kufur. Istilah ini merujuk kepada negara bukan individunya. Adapun untuk individu, perlu dilihat kepada akidah dan pemikiran yang dimilikinya untuk menentukannya samada ia adalah seorang Muslim, kafir atau sekular. Khatimah Wahai kaum Muslimin! Kita mengetahui bahawa Negara Islam adalah Negara Khilafah dan inilah bentuk negara dan pemerintahan yang diwariskan oleh Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam kepada para sahabat baginda serta generasi sesudah mereka hingga ke hari kiamat. Kita juga mengetahui bahawa Negara Khilafah ini telah runtuh kira-kira 83 tahun yang lalu, tepatnya pada tanggal 3 Mac 1924 dan sejak itu hingga sekarang, Negara Khilafah ini masih belum muncul kembali. Sedarlah wahai saudaraku bahawa tidak ada satu negara kaum Musliminpun, termasuklah Malaysia, yang boleh diberi status Negara Islam. Seluruh tanah kaum Muslimin telah mewarisi bentuk pemerintahannya dari penjajah kuffar, bukannya diwarisi dari Rasulullah. Justeru itu, bangkitkanlah kalian untuk menunaikan kewajiban kalian mengembalikan semula, melalui tariqah Rasulullah, Negara Khilafah yang merupakan satu-satunya Negara Islam yang sebenar.

You might also like