You are on page 1of 23

VARIASI BAHASA

MAKSUD: perbezaan bentuk-bentuk bahasa KEGUNAAN: untuk maksud yang sama berdasarkan situasi tertentu
MENGAPA ADA VARIASI BAHASA?

dialek daerah
perbezaan bahasa pengguna berdasarkan daerah atau perbezaan bahasa pengguna berdasarkan faktor geografi

Apakah sebab lain?

idiolek perbezaan sebutan antara individu dengan individu yang lain Apakah istilah isoglos pula?

Isoglos
isoglos juga dinamakan garis sempadan linguistik MAKSUD: garis pemisah antara satu dialek dengan dialek yang lain dalam satu bahasa Contoh: Dialek Terengganu dengan Kelantan Apakah pula maksud dialek sosial?

dialek sosial
MAKSUD: bahasa yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan

Contoh: bahasa baku, bahasa formal, bahasa tidak formal, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa istana, bahasa pasar dan bahasa slanga
Apa pula maksud dialek?

Dialek
ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku yang digunakan secara tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian Apakah maksud bahasa baku?

Bahasa baku (bahasa standard)


ialah kelainan bahasa yang diterima oleh anggota komuniti bahasa yang digunakan sebagai satu bahasa perhubungan oleh penutur pelbagai dialek. berkait dengan golongan berpendidikan tinggi dalam masyarakat yang digunakan dalam urusan rasmi sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa persuratan.

Apakah perbezaan antara bahasa baku dengan dialek?

Bezanya
Baku
Tujuan rasmi Tiada penutur asli Patuhi peraturan tatabahasa Formal Pelbagai aras Fonemik Alami perancangan Perkataan lengkap, tepat Tiada singkatan Bahasa tersusun Penekanan tentang ketepatan Kejelasan makna

Dialek
Tujuan tidak rasmi Ada penutur asli Tidak patuh peraturan tatabahasa Tidak mementingkan tatabahasa Banyak guna istilah daerah Sebutan tidak tepat atau tidak ikut ejaan Guna unsur kependekan kata Dalam lisan Sistem sapaan berbeza

Dialek Daerah (Loghat Daerah)


Dialek Utara Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara Dialek Perak Perak Tengah Dialek Kelantan Kelantan dan kawasan sempadan Pahang dan Terengganu Dialek Terengganu di negeri Terengganu Pahang di negeri Pahang Dialek Selatan Perak Selatan, Selangor, Melaka dan Johor Dialek Negeri Sembilan di negeri Sembilan Dialek Sabah tertumpu di Pulau Labuan dan sekitar Beaufort Dialek Sarawak Bahagian Pertama, khususnya di Kuching dan Pantai Utara serta kawasan Miri, Bintulu dan Sibu

Apakah kategori dialek sosial?

Kategori Dialek Sosial


1. Bahasa Pasar 2. Bahasa Slanga Bahasa Pasar ialah bentuk bahasa campuran yang berkait dengan bahasa pijin, iaitu bahasa yang dipermudah untuk proses komunikasi Apakah antara contoh bahasa pasar?

contoh
a. Kita orang ada satu kereta, baik punya. Banyak cantik. Kalu suka esok boleh mari tengok. b. Itula, lu tatak mau ikut gua pindah. Sikalang sutat susah.
Kita bicarakan pula bahasa slanga

bahasa slanga / bahasa kutu / bahasa rocker


- bahasa yang dipertuturkan golongan tertentu, khususnya remaja Ciri-ciri: tidak rasmi, tidak baku, tidak kekal, istilah pupus setelah beberapa waktu, variasi rendah taraf daripada bahasa standard, kosa kata ada makna sendiri yang difahami golongan tertentu Contoh: awek, cun, poyo, tangkap relaks dan bro

Apakah bahasa formal (bahasa terkawal)?

Bahasa formal
ialah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi. Ciri-ciri: teratur, lengkap, patuhi peraturan sebutan, tatabahasa, imbuhan, binaan serta susunan ayat dan perkataan, tidak mengandung kesalahan bahasa dan disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan, sama ada menerusi tulisan mahupun lisan Apakah yang disebut sebagai bahasa tidak formal?

Bahasa tidak formal


ialah bahasa bebas yang tidak mementingkan peraturan bahasa, selain terdapat percampuran kod. Contoh: Sorrylah sayang, I tak nampak u semalam.

Apakah perbezaan antara bahasa formal dengan bahasa mesra?

Umumnya bahasa mesra berbentuk lisan


atas alasan digunakan orang yang ada hubungan rapat yang mesra antara satu sama lain Ciri-ciri: a. Penggunaan kata ganti nama: Siti nak ikut Milah tadi tapi ibu tak bagi. b. Penggunaan kata gelaran tidak lengkap: Kak cik nak ke mana? c. Penggunaan unsur kependekan dan percampuran kod: Kau tak pergi sekolah, Din? Dah siang ni. d. Penggunaan unsur partikel lah Dahlah tu. Janganlah ingatkan orang yang dah tak nak kat awak. Apakah yang perlu anda fahami tentang bahasa halus?

Bahasa halus
ialah bahasa yang digunakan secara beradat dan bersopan santun serta menggunakan segala strategi untuk melunak dan memaniskan percakapan. Mengapakah anda menggunakan bahasa halus? menghormati dan menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap mewujudkan kemesraan dalam perhubungan

Apakah pula bahasa kasar?

Bahasa kasar / bahasa kesat


ialah bahasa yang tidak sopan dan kurang beradab dalam pertuturan. Apakah contoh bahasa kasar dan bahasa kiasan pemanis?

KASAR
kencing berak mengandung menguburkan mati suami isteri

KIASAN PEMANIS
ke sungai kecil ke sungai besar berbadan dua mengebumikan menghembuskan nafas terakhir bapa budak ni orang rumah

Bahasa Istana
- bahasa dalam - bahasa halus - bahasa diraja yang digunakan khusus dalam perhubungan kebahasaan dalam golongan diraja atau perhubungan rakyat dengan mereka - digunakan secara bersopan santun dan penuh beradab, sama ada dalam situasi formal ataupun tidak formal Apakah lima aspek dalam penggunaan bahasa istana?

Penggunaan Kata Nama Diri Orang


KGNDO Pertama Kedua Ketiga RAJA Beta Tuanku Baginda RAKYAT Patik, Hamba Tuan hamba

Penggunaan gelaran
Raja: Tunku / Ungku: Perak dan Selangor Johor, Kedah dan Negeri Sembilan Kelantan, Pahang dan Terengganu

Tengku:

Perbendaharaan kata leksis


Bahasa Istana Santap Bersiram Bersemayam Titah Murka Bahasa Biasa ? ? ? ? ?

Mangkat

Pemulukan (menyanjung atau meletakkan baginda pada taraf yang tinggi) Contoh: Duli Yang diPertuan Pendinaan (merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja) Contoh: patik pacal yang hina, patik merafakkan sembah, ampun tuanku beribu-ribu ampun SEKIAN

You might also like