You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO ABU BAKAR BAGINDA

KERTAS KERJA BADAN BERUNIFORM PERSATUAN BULAN SABIT MERAH TAJUK BENGKEL BALUTAN DAN ANDUH

TEMPAT PUSAT SUMBER SMK DATOABU BAKAR BAGINDA

ANJURAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN SEPANG

1.0 PENGENALAN Aktiviti kokurikulum meruakan aktiviti yang berteraskan akademik,pasukan pakaian seragam, pendidikan luar dan kesenian serta kebudayaan. Kokurikulum ditakrifkan sebagai segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.Aktiviti yang dirancang bagi sesebuah organisasi hendaklah sesuai dengan peringkat perkembangan dan pertumbuhan pelajar. Selain itu, aktiviti yang dirancang hendaklah sesuai dengan situasi, alam sekitar, ekonomi dan keadaan sekolah. 2.0 RASIONAL Tujuan bengkel diadakan adalah untuk menggabungkan pelajar-pelajar yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama supaya pelajar itu berpeluang dan berkesempatan: a) berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam bidang yang diminati b) merancang dan melaksanakan aktiviti secara berkumpulan c) mempersetujui matlamat yang ditentukan dan dilaksanakan bersama d) mengembangkan bakat dan potensi 3.0 OBJEKTIF Pada akhir aktiviti diharakan ahli PBSM dapat: 1. 2. 3. Membentuk satu pasukan yang berkualiti, fleksibiliti dan mempunyai koordinasi yang baik antara satu sama lain untuk membentuk organisasi produktiviti Melahirkan satu pasukan bantu mula kecemasan yang terlatih dan cekap dalam rawatan kecemasan Memberikan pengetahuan dan memupuk semangat kerjasama serta komitmen pada seorang ahli PBSM.

4.0 KUMPULAN SASARAN Semua ahli Persatuan Bulan Sabit Merah sesi 2011

5.0 TARIKH DAN TEMPAT Rujuk takwim PBSM (Lampiran 1)

6.0 JAWATANKUASA ORGANISASI PBSM Pengerusi Naib Pengerusi Guru Penasihat Ketua Utama Seksyen Penolong Ketua Seksyen Setiausaha Penolong setiausaha Bendahari Quartermaster Penolong Quartermaster AJK : Puan Hajah Khatijah Bt Kunji Maraikar : En. Hassan Hamidi B Benu : Pn. Zarah Ahmad Pn. Nor baizura Bt Mohd Nor : Muhd Syamim B Azman : Wan Ahmad Fathi B Mohd Jarir : Ieshahira Bt Ahmad : Siti Nor Azimah Bt Mohd Sulaiman : Siti Mazieyana Bt Mohd Mustakim : Muhd Addieq Efwan B Mohd Zaizul : Mehnaz Zainab Bt Wan Mokhtar : 1. Muhammad Haikal B Hamdan 2. Muhd Sahlan B Sharudin 3. Nooraqma Laily Bt Zamshahri 4.Mohd Syafiq Hamidi B Zulkifli 5. Wan Amirul Ashraf B Abdul Razak 7.0 BUTIRAN PERBELANJAAN AKTIVITI Bil 1. 2. 3. 4. Perkara Anduh Balutan Cenderahati Bayaran perkhidmatan jurulatih JUMLAH Kuantiti 30 x RM5 30 x RM5 1 x RM50 1 x RM100 Jumlah(RM) 150 150 50 100 450

8.0 PERUNTUKAN Sumber kewangan unit kokurikulum 9.0 LAMPIRAN 1. Surat permohonan pembiayaan 2. Surat jemputan jurulatih Bulan Sabit Merah Malaysia (Cawangan Sepang)

10.0 PENUTUP Aktiviti badan beruniform mampu membentuk pelajar yang bertanggungjawab, berdedikasi dan berpengetahuan tinggi jika aktiviti dirancang dengan teratur. Pendedahan pelajar terhadap siri rawatan kecemasan dapat membentuk pelajar yang mampu menangani saat kecemasan dengan jaya mengikut prosedur yang selamat. Sokongan dan dorongan adalah diperlukan untuk terus membakar semangat ahli PBSM supaya dapat melaksanakan aktiviti yang telah dirancangkan pada tahun ini dengan jayanya. Disediakan oleh :

(ZARAH BT AHMAD)

Disahkan oleh :

SMK DATO ABU BAKAR BAGINDA JALAN MAKTAB, SUNGAI MERAB, SEPANG 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR D.E. BEA 9612 Tel : 03 89266839 Fax: 03 89266840 _______________________________________________________________________________ ______ Rujukan tuan : Rujukan kami : SMKDABB02/03/03 (1) Tarikh : 1 APRIL 2011 PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM) SMK Dato Abu Bakar Baginda Tuan, MEMOHON PEMBIAYAAN AKTIVITI BENGKEL ANDUH DAN BALUTAN AHLI PBSM SESI 2011 Adalah dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. 2. Untuk makluman pihak tuan, ahli PBSM adalah seramai 100 orang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2,3,4 dan 5. Pelbagai aktivit telah dirancang, namun kerana masalah kekangan kewangan maka aktiviti ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. 3. Disini saya lampirkan bersama kertas kerja BENGKEL BALUTAN DAN ANDUH PBSM TAHUN 2011 untuk perhatian pihak tuan. Saya berharap akan mendapat sokongan dan sumbangan dari pihak tuan untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang. 4. Kerjasama dari pihak tuan amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian,terima kasih. Yang Benar,

You might also like